Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

4.

0 METODOLOGI

Menurut kamus dewan edisi keempat, metodologi merupakan sistem yangmerangkumi kaedah dan
prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan, disiplin dansebagainya. Metodologi dalam bab ini
merujuk kepada tatacara melaksanakan kajian atautatacara mendapatkan maklumat bagi mencapai
matlamat kajian. Ahmad Mahdzan Ayob(1993:44) menetapkan metodologi sebagai segala langkah
atau prosedur untuk mencapaisegala objektif yang mana aktiviti kajiannya sudah tentu dijalankan
mengikut kaedah sains.Bagi pelaksanaan kajian ini, penulis akan memastikan teknik- teknik kajian
yang dipilihdapat menjamin kajian dapat dilakukan secara lebih teratur dan teliti dalam semua
aspek.Secara umum, kajian ini menggabungkan dua bentuk asas kajian bagi menghasilkandapatan
yang lebih berkualiti. Bentuk kajian yang dimaksudkan ialah kajian perpustakaan(library research)
dan kajian lapangan (field research). Gabungan kedua-dua bentuk kajian ini amat sesuai dengan
kaedah kajian masa kini yang mementingkan kedua-dua elemen tersebut

Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian adalah berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik. Kajian ini menggunakan
persampelan rawak mudah. Tatacara kajian ini dilakukan dengan mengedarkan borang soal selidik.
Maklumat juga boleh diperolehi daripada data sekunder penyelidikan yang sedia ada. Maklumat
yang diperolehi daripada data sekunder adalah lebih mudah kerana ia telah dibuat terlebih dahulu
oleh orang lain untuk kegunaan lain.Selain itu, kaedah soal selidik juga digunakan kerana ia
bersesuaian dengan objektif serta persoalan yang ingin dikaji. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti
jenis-jenis pembayaran tanpa tunai dalam kalangan penghuni dan mengkaji faktor-faktor penduduk
di Sentul Point,Kuala Lumpur memilih kaedah pembayaran tanpa tunai ketika membuat pembelian
di Kondominium Sentul Point.

Instrumen Kajian

Instrumen ialah proses menyediakan alat mengumpul data menerusi konsep yang berkaitan dengan
sikap, persepsi, pandangan dan keterangan latar belakang. Dalam kajian ini, instrumen yang
digunakan untuk mendapatkan data adalah dengan menggunakan borang temubual, boring soal
selidik, kaedah rujukan.

Kaedah Instrumen Kajian


Kuantitatif Borang Soal Selidik
Kualitatif Temu bual,rujukan

Cara mendapatkan responden

Responden kajian ini terdiri daripada 30 orang penghuni asrama dari Kondominium Sentul
Point,Wilayah Persekutuan.. Responden terbatas kepada penghuni asrama yang tinggal di
Kondominium Sentul Point,Wilayah Persekutuan dan mengisi borang soal selidik dengan lengkap
pada hari kajian dijalankan. Bagi teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini pula ialah
menggunakan teknik persampelan rawak mudah di mana dengan menggunakan prosedur
persampelan ini, setiap penghuni Kondominium Sentul Point mempunyai peluang yang sama untuk
dipilih sebagai responden. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang penduduk,30 set borang soal
selidik akan diberikan kepada mereka secara rawak mudah untukmemperoleh data yang lebih tepat.
Dalam kualitatif pula, 3 orang akan dipilih untuk ditemubual. Selain itu, kaedah rujukan akan
dilakukan oleh saya sendiri.

Cara mendapatkan maklumat/data daripada responden

Borang soal selidik yang sesuai telah saya buat untuk mendapat dan mengumpulmaklumat yang
tepat dan betul berdasarkan objektif kajian. Borang telah diedarkan secara

rawak kepada responden di kawasan kajian. Borang soal selidik terdiri daripada dua bahagian iaitu
Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A adalah mengenai maklumat diriresponden manakala
Bahagian B adalah persepsi pelajar asrama terhadap asrama dan faktormereka untuk tinggal di
Kondominium Sentul Point,Wilayah Persekutuan. Kajian ini menggunakan skala pemarkahan likert
lima mata yang mengandungi lima aras, iaitu 1 = sangat tidak setuju, 2= tidak setuju, 3 = kurang
setuju, 4 = setuju, 5 = sangat setuju.

Jadual 3.1 : Skala likert 5 aras digunakan

Sangat tidak setuju 1


Tidak setuju 2
Kurang setuju 3
Setuju 4
Sangat setuju 5

Selain itu, kaedah temu bual digunakan. Dalam pada itu, pengkaji akan menemu bual 30 orang yang
tinggal di Kondominum Sentul Point. Tujuan utama temu bual ini adalah untuk mengkaji faktor-
faktor penduduk di Sentul Point,Kuala Lumpur memilih kaedah pembayaran tanpa tunai ketika
membuat pembelian. Di samping itu, pengkaji akan meminta pendapat responden tentang temubual

Seterusnya, kaedah ketiga yang digunakan oleh pengkaji adalah melalui kaedah rujukan. Pengkaji
telah merujuk internet dan Kamus Dewan Edisi ke-4. Pengkaji telah mencari banyak perkataan
dengan maknanya daripada Kamus Dewan sebagai sokongan hasil kerja

Memproses dan mempersembahkan data

Kaedah statistik deskriptif digunakan dalam penganalisisan data yang berbentuk skalaLikert. Untuk
memudahkan penganalisisan data, skala Likert akan dikategorikan sepertiditunjukkan dalam Jadual
3.2

Jadual 3.2 Pengkelasan Skala Likert


Kategori Tidak Setuju Setuju
1 2 3 4 5
Sangat tidak Tidak setuju Kurang setuju Setuju Sangat setuju
setuju

Selain itu, dalam aspek penganalisisan data, pengiraan manual akan diguna pakai. Oleh sebab itu,
kekerapan dan peratus sahaja akan dijadikan data untuk dianalisis. Data yang dikumpulkan akan
dipersembahkan dalam bentuk grafik iaitu graf bar dan jadual.

Rumusan

Metodologi yang dikenal pasti diharap dapat menjamin kebolehpercayaan dan kesahandapatan
kajian. Sehubungan dengan itu, pengkaji akan mengikut tatacara kajian yang ketat dan menepati
prosedur kutipan data dan instrumen yang telah dikenal pasti.

You might also like