5.5 Nota Pemasangan CCTV

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 28

Pengenalan CCTV (Closed-Circuit Television) - SIRI I

Closed-circuit television (CCTV) adalah kamera yang merakam imej


video dan menghantar isyarat video komposit tempat-tempat tertentu.
CCTV sering digunakan untuk tujuan pengawasan yang biasa terdapat di
bank, lapangan terbang, bangunan-bangunan malah sekarang ini juga
digunakan di rumah-rumah.

CCTV pertama telah dipasang oleh syarikat Jerman Siemens AG pada


Test Stand VII di Peenemünde, Jerman pada tahun 1942, digunakan
untuk memerhati perlancaran roket V-2.

Kelengkapan Sistem CCTV


Kelengkapan utama dalam sistem pengoperasian CCTV adalah seperti
berikut:

1) Kamera

Kamera CCTV berfungsi sebagai alat perakam imej bergerak (video) dan
menukarkannya kepada isyarat video komposit. Terdapat beberapa jenis
kamera yang berbeza dari segi kualiti, penggunaan dan fungsi-fungsinya.
Setiap kamera akan disambungkan ke Digital Video Recorder (DVR)
secara langsung.

Terdapat pelbagai jenis kamera yang dijual dipasaran antaranya ialah :

i. Dome Camera

ii. Waterproof Camera

iii.Infra Red Camera


iv. IP Camera
v. Stabdard Box Camera dan banyak lagi dipasaran
2) Digital Video Recorder (DVR)

DVR adalah sistem yang digunakan oleh CCTV untuk merakam video
dalam bentuk digital. Bagi menyimpan data atau maklumat yang
dirakam, DVR hendaklah disertakan dengan hard disk dengan kapasiti
yang besar sekurang-kurangnya 80Gb.

Pada masa kini terdapat pelbagai lagi jenis sistem CCTV hasil daripada
penyelidikan dan kemajuan berterusan. Antaranya seperti kepelbagaian
DVR yang boleh disambungkan ke talian internet, sistem pemantauan
berkomputer dan yang menjadi perhatian masa kini adalah IP Camera

Sistem IP (Internet Protokol) Camera menghantar isyarat video dan


audio melalui jaringan tanpa wayar dengan memakai protokol
TCP/IP.Menarik sistem ini, ianya boleh dipantau di mana sahaja melalui
internet. Ia juga tidak memerlukan DVR. Artikel berkenaan IP Camera
akan diterangkan secara terperinci pada catatan akan datang.
DVR 4-Channel

3) Monitor

Monitor digunakan untuk memaparkan imej yang dirakam oleh kamera


secara langsung. Paparan imej pada monitor bergantung kepada
bilangan port yang digunakan pada DVR. Monitor komputer adalah yang
paling popular digunakan kerana harganya yang murah dan mudah
dipasang.

Contoh penyambungan dalam sistem pemasangan CCTV adalah seperti


gambarajah di bawah.
KAEDAH PEMASANGAN CCTV - SIRI III

Pada minggu lepas pelajar saya telah mempelajari tentang pemasangan


CCTV di bangunan kediaman dan pejabat. Peringkat awal saya telah
menerangkan secara teori tentang pengenalan CCTV (Rujuk entri SIRI I
& SIRI II).

Pelajar terlebih dahulu mengenal pasti tentang peralatan yang


diperlukan dalam pemasangan CCTV. Spesifikasi bagi system CCTV
untuk pemasangan CCTV di rumah kediaman atau ruang pejabat adalah
mencakupi seperti berikut :

i. 1 unit DVR (4-channel/ 1 BNC output/ 1 VGA output / 1


network port) model

ii. Hard Disk SATA (80Gb)

iii. 4 biji kamera Dome

iv. Monitor - boleh guna monitor komputer

Rajah asas pemasangan CCTV


(Set router adalah aksesori tambahan bagi mengawal DVR
melalui internet)

Projek pendawaian amali SMK seterusnya adalah melibatkan


pemasangan CCTV. Berikut adalah perkara utama dalam proses
pemasangan CCTV :

1. Tentukan kabel yang sesuai

Dalam projek amali ini, kabel CCTV yang digunakan adalah jenis
coaxial cable RG59/6 series. Ini merupakan kabel standard yang sering
digunakan untuk penyambungan antara kamera CCTV dan DVR.
Manakala penyambung yang digunakan adalah jenis BNC connector. Ia
menyambungkan antara panel video pada DVR dan kamera jenis Dome.
2. Tentukan lokasi dan area pantauan CCTV

Lokasi pemasangan CCTV ditentukan berdasarkan jarak pandangan


yang hendak dikawal samada jauh atau dekat dan apakah untuk
keadaan gelap atau terang. Penetapan lokasi amat penting bagi
mendapatkan titik fokus kawasan yang hendak di kawal.

3. Penetapan Kedudukan kamera CCTV

Terutama untuk pemasangan CCTV di rumah, perletakkan sudut kamera


CCTV di bawah tempat berbumbung boleh melindungi kamera CCTV
anda dari hujan, angin, dan sebagainya. Selain itu, penempatan di
bawah bumbung juga biasanya memberikan paparan yang lebih baik dan
mudah untuk menarik kabel jaringan.

Dalam projek amali ini, kamera jenis Dome infrared digunakan. Ia boleh
menghasilkan gambar yang terang walau pun pada waktu malam atau
dalam suasana yang gelap.
Kabel video dan bekalan kuasa di sambung secara berasingan di mana
bekalan kuasa menggunakan palam 3-pin yang di sambung ke soket alir
keluar 13A.

4. Proses Menarik Kabel (Lay-out cabel)

Setelah menentukan titik pemasangan CCTV, berikutnya adalah mencari


titik masuk untuk menarik kabel RG59/6 dari luar ke dalam melalui atas
siling atau laluan conduit dan sebagainya. Pada kebiasaannya pada
ruang pejabat lebih praktikal menarik kabel dilakukan melalui atas siling.
Ia nampak lebih kemas dan tersusun
DVR yang digunakan mempunyai panel untuk bekalan kuasa secara
berasingan. Oleh itu kabel untuk bekalan kuasa kamera CCTV perlu
disambungkan kepada punca bekalan yang terhampir dengan lokasi kamera
tersebut.

5. Penempatan Monitor dan DVR

Monitor dan DVR adalah peralatan yang melengkapi sistem CCTV anda.
Tentukan tempat dimana monitor dan DVR akan diletakkan secara
bersebelahan bagi memudahkan proses ‘setting’ (biasanya pengguna
akan merujuk kepada buku manual yang disediakan oleh pihak
pembekal DVR). Untuk keselamatan ada baiknya set DVR diletakkan
secara tersembunyi terutama di rumah kediaman bagi mengelakkan
penceroboh merosakkan atau mengambil set DVR.

6. Lay-out kabel & 'Setting'

Setelah mendapatkan posisi perletakkan kamera CCTV dan lokasi


penempatan monitor serta DVR, maka berikutnya adalah proses terakhir
iaitu menarik kabel RG59 yang menghubungkan antara CCTV dengan
monitor dan DVR. Maka lengkaplah proses pemasangan set CCTV di
rumah kediaman atau di bangunan pejabat. Setelah set CCTV selesai di
pasang dan boleh disambung bekalan kuasa, maka proses 'setting' DVR
merujuk kepada manual yang disertakan dapat dilakukan.
Sambungan kabel kamera, monitor dan mouse untuk proses 'setting'
DVR

Sambungan semua komponen yang telah lengkap di mana monitor


memaparkan imej yang telah dirakam oleh kamera CCTV
JENIS KAMERA CCTV - SIRI IV

Mengenal Berbagai Jenis Kamera CCTV

Kamera CCTV, seperti yang kita telah ketahui merupakan alat yang
digunakan untuk pemantauan secara elektronik. Untuk mengetahui
kamera CCTV yang sesuai dengan keperluan anda, di entri kali ini saya
akan membicarakan mengenai jenis-jenis kamera CCTV yang ada
dipasaran.

1. Dome Camera

Sesuai dengan namanya - Dome Camera - kamera ini berbentuk seperti


kubah. Reka bentuknya yang simple menjadikannya jenis kamera yang
paling popular dan sering digunakan dalam pemasangan CCTV, kerana
kamera ini sangat mudah untuk dipasang.

Posisi kanta kamera yang tidak kelihatan kerana terhalang oleh lapisan
dome, membuatkan kita tidak dapat mengetahui arah mana yang
sedang di fokuskan oleh kamera tersebut.

Kamera jenis ini sesuai digunakan untuk pemasangan di dalam ruang


(indoor), baik di dalam rumah atau pun di ruang pejabat.

2. Standard Box Camera

Berbentuk seperti kotak, kamera ini sering digunakan untuk


pemasangan baik indoor mahupun outdoor. Jenis kamera ini boleh juga
digunakan untuk keperluan surveillance jarak jauh. Apabila pemasangan
di outdoor dengan posisi yang boleh di capai oleh tangan, sebaiknya di
tambahkan sebuah pelindung, supaya dapat mencegah kerosakan
terhadap kamera tersebut.

3. Vandal Proof Camera


Vandal proof camera bermaksud kamera tersebut anti kerosakan. Ia
diperbuat dari bahan yang di reka khusus untuk melindungi kamera dari
sebarang kesan kerosakan yang melampau.

4. Waterproof Camera

Kamera ini biasanya untuk pemasangan outdoor. Berbentuk bullet


camera – kamera yang mempunyai reka bentuknya seperti peluru. Reka
bentuk pelindung luarannya direka khusus agar dapat menahan air
hujan, debu, dan suhu yang melampau.
5. Infra Red Camera

Tingkat pencahayaan yang kurang di malam hari menyebabkan perlunya


pemasangan kamera yang menggunakan Infra Red. Semakin banyak
titik infra red di dalam kamera, maka akan semakin jelas kecerahan
gambar yang dirakam oleh kamera.

6. PTZ Camera / Speed Dome Camera

PTZ Camera/Speed Dome Camera adalah kamera serba lengkap yang


memiliki lensa zoom hingga puluhan kali dan mekanisme 'pan tilt'
berupa motorservo yang mempunyai pergerakan yang halus.
Pergerakan fokus kamera ini tidak dapat dikesan oleh individu.

7. IP Camera

Kamera yang mengirimkan 'discrete streaming video' melalui kabel UTP.


Umumnya ia dilengkapi dengan IP Address. Dengan adanya IP Camera,
kita dapat maklumat secara langsung dan boleh mengakses hasil
rakaman melalui jaringan LAN/WAN tanpa harus menggunakan
tambahan converter.

8. Covert Camera / Hidden Camera


Sesuai dengan namanya, kamera ini merupakan kamera CCTV yang
dimaksudkan untuk penggunaan yang tersembunyi di mana ia tidak
dapat dikesan oleh individu tertentu . Bentuknya bermacam-macam,
ada yang seperti smoke detector, jam dinding, lampu, bahkan pemancut
air.

LANGKAH 1 : Proses menarik kabel dari kamera ke DVR melalui atas


siling

Menarik kabel di atas siling untuk disambungkan ke kamera

Menarik kabel untuk 'Power supply' kamera


Kabel telah direntangkan di atas siling

Proses menarik kabel


Proses menarik kabel untuk disambungkan ke DVR

Proses memasang punca 'power suply' pada kamera

LANGKAH 2 : Proses pemasangan kamera pada siling


Proses memasang tapak kamera pada siling

Kamera yang telah siap di pasang, di sambungkan dengan kabel ke DVR


Kamera yang telah siap di pasang

LANGKAH 3 : Proses penyambungan kabel dari kamera ke DVR dan


monitor

Proses pengujian pemasangan set CCTV

You might also like