Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

2021

SK TAMAN
KERAMAT 1
JALAN
ENGGANG
TIMUR 1,
TAMAN
KERAMAT,
54200 KUALA
KERTAS KERJA
LUMPUR,
SELANGOR
SAMBUTAN HARI
KANAK-KANAK 2021
&
MAJLIS SAMBUTAN HARI
LAHIR MURID
PRASEKOLAH

Tarikh : 3 Disember 2021 (Jumaat)


Tempat : Prasekolah Ibnu Abbas
Masa : 8.00 pg - 12.00 tengah hari
KANDUNGAN
1.0 PENDAHULUAN

2.0 RASIONAL

3.0 OBJEKTIF

4.0 MATLAMAT

5.0 SASARAN DAN PENGLIBATAN

6.0 KETETAPAN

7.0 SUMBANGAN

8.0 ANJURAN

9.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

10.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

11.0 JADUAL PELAKSANAAN

12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

13.0 PENUTUP

KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2021 1


KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2021 &
MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR MURID PRASEKOLAH
PRASEKOLAH IBNU ABBAS, SK TAMAN KERAMAT 1

1.0 PENDAHULUAN

Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia telah disambut di Malaysia sejak tahun 1959,
setelah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengistiharkan Hari Kanak-kanak
Sedunia dan meminta semua negara meraikannya setiap tahun sebagai “Satu Hari  Bagi
Persaudaraan Dunia dan Persefahaman Di Kalangan Kanak-kanak”. Malaysia adalah di
antara 150 buah negara yang menyambut Hari Kanak-kanak Kebangsaan pada bulan
Oktober setiap tahun. Namun pada 16 Oktober tahun ini, Perintah Kawalan Pergerakan
telah dilaksanakan di seluruh negara menyebabkan murid tidak dapat hadir ke sekolah
untuk bersama-sama menyambut Hari Kanak-kanak. Oleh itu, sebagai membuktikan
keprihatinan masyarakat terhadap kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak, pihak
prasekolah ingin turut serta meraikan Hari Kanak-kanak Kebangsaan ini. Tema Hari
Kanak-kanak Kebangsaan 2021 ialah ‘Anak Kita Masa Depan Kita’. Bagi meraikan murid
Prasekolah Ibnu Abbas, pihak prasekolah juga akan mengadakan Majlis Sambutan Hari
Lahir bagi semua murid.

2.0 RASIONAL

Memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada kanak-kanak dan mencetuskan


kesedaran kepada kita semua bahawa masyarakat mempunyai tanggungjawab
untuk menentukan perlindungan, kebajikan, kesejahteraan serta hak-hak kanak-kanak
sentiasa dipelihara.

3.0 OBJEKTIF

3.1      Meraikan kanak-kanak sempena sambutan Hari Kanak-kanak Kebangsaan


dengan menghiburkan mereka dengan beberapa aktiviti yang dirancang.
3.2      Menghargai sumbangan dan peranan kanak-kanak di prasekolah.
3.3      Mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk memelihara hak dan masa
depan kanak-kanak.

KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2021 2


3.4      Memastikan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi fizikal, kognitif,
bahasa, sosio-emosi, sahsiah dan rohani.
3.5       Melahirkan generasi yang dinamik, progresif, aktif, berdisiplin dan berinovasi.
3.6       Melahirkan bangsa yang memiliki keperibadian terpuji, cemerlang, berbakat serta
berwibawa.

4.0 MATLAMAT

4.1 Mendedahkan murid prasekolah tentang kepentingan menjadi seorang kanak-


kanak yang dinamik, progresif, aktif, berdisiplin dan berinovasi.
4.2 Memberikan kesedaran dan kefahaman tentang tanggungjawab seorang kanak-
kanak.

5.0 SASARAN DAN PENGLIBATAN

5.1 Murid Prasekolah Ibnu Abbas, SK Taman Keramat 1.


5.2 Guru, ustazah dan pembantu pengurusan murid prasekolah.

6.0 KETETAPAN

Tarikh : 3 Disember 2021


Hari : Jumaat
Masa : 8.00 pg - 12.00 tengah hari
Tempat : Prasekolah Ibnu Abbas, SK Taman Keramat 1

7.0 SUMBANGAN

7.1 Cabutan Bertuah - Ibu bapa murid Prasekolah Ibnu Abbas

8.0 ANJURAN

8.1 Prasekolah Ibnu Abbas

KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2021 3


9.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penasihat : Puan Khong Lee Peng


(Guru Besar SK Taman Keramat 1)

Pengerusi : Puan Hazlina binti Aripin


(GPK Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi : Encik Azmin bin Abdullah


(GPK Pentadbiran)

Encik Saiful Bahri bin Abdullah


(GPK Kokurikulum)

Penyelaras / Setiausaha : Cik Nur Afifah bt Ahmad


(Guru Prasekolah)

Bendahari : Puan Zalina binti Harun


(Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah)

AJK : Puan Hilyatun Nufus binti A. Yazid


(Guru Pendidikan Islam Prasekolah)

KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2021 4


10.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGERUSI MAJLIS
Cik Nur Afifah bt Ahmad

BACAAN DOA
Encik Ahmad Zulhusni bin Ismail

AJK PERSIAPAN KELAS & PERALATAN


Cik Nur Afifah bt Ahmad
Encik Najwan Khairi bin Sholahudin
Encik Mohd. Syukur bin Abu Bakar

AJK FOTOGRAFI & DOKUMENTASI


Cik Nur Afifah bt Ahmad
Puan Asmaliza binti Torin

AJK SIJIL, CENDERAMATA & HADIAH


Cik Nur Afifah bt Ahmad
Puan Zalina binti Harun

AJK CABUTAN BERTUAH


Puan Hilyatun Nufus binti A. Yazid

AJK ‘FASHION SHOW’

Puan Zalina binti Harun

Puan Hilyatun Nufus binti A. Yazid

KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2021 5


11.0 JADUAL PELAKSANAAN

7.20 pagi : Murid tiba di kelas

: Guru prasekolah mengambil kehadiran

7.40 pagi : Murid sarapan pagi

8.00 pagi : Ucapan aluan pengerusi majlis

: Bacaan Doa

: Ucapan Guru Besar

: Persediaan untuk ‘Fashion Show’

8.45 pagi : Sesi ‘Fashion Show’

10.00 pagi : Majlis Sambutan Hari Lahir

10.10 pagi : Sesi Memotong Kek Hari Lahir

: Makan

: Penyampaian Hadiah Hari Lahir dan Cenderahati Akhir Tahun

: Pertandingan Maal Hijrah

: Pertandingan Kuiz Kemerdekaan & Payung Merdeka

: Pertandingan Maulidur Rasul

: Sesi Bergambar

12.00 : Bersurai
tgh. hari

12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA UNIT JUMLAH


1 Hadiah Hari Lahir Murid 25 x RM 10.00 RM 250.00
2 Hadiah Pertandingan 25 x RM 6.00 RM 150.00
3 Sijil 25 x RM 1.50 RM 37.50
JUMLAH RM 437.50
KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2021 6
13.0 PENUTUP

Diharapkan Sambutan Hari Kanak-kanak dan Majlis Sambutan Hari Lahir ini dapat melahirkan
murid-murid yang sedar tentang kasih-sayang dan penghargaan guru-guru terhadap mereka.
Di samping itu juga diharapkan murid-murid sedar tentang tanggungjawab mereka sebagai
seorang kanak-kanak dan murid apabila mereka berada di rumah atau di sekolah. Semoga
mereka sedar dengan perlindungan, kebajikan, kesejahteraan serta hak-hak mereka yang
sentiasa dipelihara di sekolah ini akan menjadikan mereka seorang individu yang berguna
kepada agama, bangsa dan negara.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………….. ………..…………………….
(NUR AFIFAH BT AHMAD) (HAZLINA BINTI ARIPIN)
Guru Prasekolah GPK Hal Ehwal Murid
SK Taman Keramat 1 SK Taman Keramat 1

Disahkan oleh,

……………………………….
(KHONG LEE PENG)
Guru Besar
SK Taman Keramat 1

KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2021 7

You might also like