Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG GEMUROH

21060 KUALA NERUS TEL:09-6667882(Pej.Am)


Fax : 09-6674397
TERENGGANU DARUL IMAN E-mail:tba3067skkg@gmail.com

                                                                                         Ruj Kami         :
                                                                           Tarikh              : 17 MEI 2022
                                                                                        

PERINGATAN MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI 1/2022

Tarikh : 17 MEI 2022


Hari : SELASA
Masa : 1.45 PETANG
Tempat : BILIK MESYUARAT KGemS

Kehadiran :
1. Encik Mohd Shafawi bin Mat Hassan ( PK Pentadbiran)
2. Che Choh @ Alias bin Embong
3. Encik Abdul Rahman bin Abdullah
4. Puan Maisarah Binti Manas
5. Puan Nordiana bt Besar

AGENDA

1. UCAPAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul kitab al-Fatihah dan bacaan doa.

1.2 Wakil Pengerusi Panitia Sains mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru
untuk mesyuarat panitia kali pertama.

1.3 Beliau mendoakan agar pengurusan kurikulum akan bertambah cemerlang dalam segala
kerja buat yang bakal dijalankan bagi tahun semasa.

2. UCAPAN GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

2.1 Guru Penolong Kanan Pentadbiran merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran semua
guru dalam mesyuarat Panitia Sains buat kali pertama. Beliau berharap semua guru dapat
memberikan komitmen yang terbaik dalam menjayakan misi dan visi panatia sains.

Catatan : Makluman dan tindakan semua ahli panitia.

3. PERSEDIAAN REKOD MENGAJAR - RPH, RPT DAN DSKP.

3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa penulisan rancangan pengajaran harian


bagi tahun 2022 hendaklah ditulis secara online menggunakan aplikasi ERPH dan perlu
dihantar secara online kepada pentadbir pada setiap minggu untuk semakan

3.2 Pengerusi mengingatkan kepada guru untuk merancang PDP yang


bersesuaian dengan murid memandangkan takwim sekolah berubah pada tahun 2022.

3.3 Rancangan pengajaran Tahunan perlulah mengikut DSKP yang


terbaru yang telah dikongsikan oleh KPM. Rancangan pengajaran Tahunan hendaklah
dicetak dan dicop oleh pentadbir.

Tindakan : Makluman

4. JAWATANKUASA PANATIA SAINS

4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa terdapat tiga orang guru telah dilantik oleh pentadbir
sekolah sebagai guru sains untuk tahun semasa.

Kelas Mengajar Nama Guru


Tahun 3,5 Maisarah Binti Manas

4.2 Cikgu Maisarah adalah guru yang baru berpindah ke SK KG Gemuroh. Pengerusi berharap
agar semua ahli dapat memberikan komitmen dan kerjasama bagi meningkatkan prestasi
murid dan panitia.

4.3 Cikgu Maisarah juga dilantik sebagai setiausaha untuk panitai sains Sekolah Kebangsaan
Kampung Gemuroh.

Tindakan : Makluman

5. PENTAKSIRAN BERASASKAN BILIK DARJAH

5.1 Guru-guru perlu mengikut panduan pada buku / video panduan PBD yang dikeluarkan oleh
pihak KPM untuk melakukan pentaksiran berasaskan bilik darjah kepada murid-murid,

5.2 Pentaksiran PBD akan berjaya secara menyeluruh sekiranya guru-guru mengunakan
pelbagai kaedah pedagogi dan pentaksiran yang telus.

6. PROGRAM PANITIA

6.1 Pengerusi memaklumkan terdapat beberapa aktiviti panitia yang bakal dijalankan bagi tahun
2021. Antara aktiviti tersebut adalah seperti berikut :

BIL PROGRAM PELAKSANAAN


1.
Mesyuarat Panitia Kali Pertama Bulan Mei
2.
Mesyuarat Panitia Kali Kedua Bulan September
3.
Mesyuarat Panitia Kali Ketiga Bulan Disember
4.
Minggu Sains Peringkat Sekolah SEPTEMBER

6.2 Pengerusi turut memaklumkan aktiviti Panitia Sains yang tertangguh pada tahun 2021 akan
dilaksanakan pada tahun ini. Pengerusi berharap agar ahli panitia memberikan kerjasama
sepenuhnya sepanjang aktiviti panitia dijalankan.

Tindakan : Makluman

7. SEMAKAN BUKU LATIHAN

7.1 Pengerusi memaklumkan penggunaan sebuah sahaja buku tulis bagi Tahap 1 manakala dua
buah buku tulis bagi Tahap 2. Pengerusi mengingatkan semua ahli panitia untuk
memastikan buku latihan dan buku aktiviti murid perlulah sentiasa disemak dan
ditandatangan.

7.2 Pengerusi juga berpesan agar meminta murid untuk membuat pembetulan sekiranya
terdapat sebarang kesalahan semasa membuat latihan.

Tindakan : Makluman

8. PENCERAPAN OLEH PENTADBIR DAN KETUA PANITIA

8.1 Pengerusi memaklumkan kepada guru supaya sentiasa bersedia dengan pencerapan yang
akan dilakukan oleh beliau sendiri dan bersama pihak pentadbir.

8.2 Pengerusi meminta ahli pantia untuk merujuk Jadual Pencerapan yang terdapat di dalam
buku pengurusan sekolah.

8.3 Pengerusi mengingatkan supaya ahli panitia untuk sentiasa menyediakan rancangan
pengajaran harian serta aktiviti yang berasaskan PAK 21. Disamping itu juga guru
diingatkan untuk menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik untuk menarik
perhatian murid semasa sesi PDPC.

Tindakan : Makluman

9. HAL-HAL LAIN

9.1 Pengerusi memaklumkan bajet untuk Panita Sains masih belum diberitahu jumlah
perbelanjaan bagi Panitia Sains Pengerusi meminta ahli panitia memaklumkan atau
berjumpa dengan kerani sekiranya terdapat keperluan untuk dibeli menggunakan
реrbеlаnjааn Panita Sains.

9.2 Pengerusi meminta ahli panitia melengkapkan borang maklumat guru yang telah diedarkan
oleh beliau dan menghantar kembali borang tersebut kepada beliau untuk dimasukkan ke
dalam fai panitia.

9.3 Guru Penolong Kanan Pentadbiran meminta agar guru-guru mempelbagaikan kaedah dan
strategi PdPc.
Tindakan : Makluman

10. PENUTUP

10.1 Wakil Ketua panitia mengucapkan terima kasih dan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua
ahli pantia dalam menyumbang idea bagi memajukan lagi panitia ini.

10.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang dan diakhiri dengan bacaan Surah Al-Asr.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................... ................................
(ABDUL RAHMAN BIN ABDULLAH) (HAJAH HUSNI BINTI YUSOF )
Setiausaha Panitia Sains Guru Besar SKKG

You might also like