Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL


21030 KUALA NERUS TERENGGANU

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)


AMBILAN JUN 2021
SEMESTER 2
TUGASAN 1 : PENULISAN

NAMA PELAJAR : MUHAMAD HELMI SHAFI BIN SHAROLNIZAM


ANGKA GILIRAN : 2021902340144
NO KAD PENGENALAN : 010427030575
KUMPULAN/ UNIT : SEJARAH 2 (SK)
KOD DAN NAMA KURSUS : MPU3052
NAMA PENSYARAH : HASNUL HADI BIN TENGAH
TARIKH MULA : 21 NOVEMBER 2021
TARIKH HANTAR : 4 DISEMBER 2021
NO. TEL : 0145220414

Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :

Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh : 4 Disember 2021

Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tanda tangan Pelajar : HELMI Tarikh : 12 Disember 2021


PENGAKUAN

“Saya akui tugasan ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : HELMI

Nama penulis : Muhamad Helmi Shafi bin Sharolnizam

Tarikh : 4 Disember 2021


1.0 PENDAHULUAN

Tamadun merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Arab iaitu mudun,
madain dan madana yang bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Malaysia
merupakan sebuah negara di Asia Tenggara yang mempunyai pelbagai tamadun termasuklah
tamadun Melayu, Cina dan India. Menurut J.S. Furnival dalam Ruslan Zainuddin (2004),
masyarakat majmuk di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dengan setiap kaum
mempunyai budaya, agama, adat resam dan cara hidup tersendiri. Sungguhpun begitu, rakyat
tetap hidup aman dan harmoni sejak kemerdekaan. Hal ini kerana rakyat Malaysia dapat
menerima dan berinteraksi dengan perbezaan kepelbagaian tamadun di Malaysia
termasuklah dari segi sosio budaya, ekonomi dan pendidikan.

2.0 KEPELBAGAIAN TAMADUN ASIA DI MALAYSIA


2.1 SOSIO BUDAYA

Sosio budaya bermaksud amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi
sesuatu masyarakat, lahir dari pegangan dan kecenderongan diri masyarakat berkenaan
dalam berbagai bidang hidup, untuk memberi kepuasan dan meransang pembangunan hidup
masyarakat itu. Masyarakat di Malaysia mempunyai sosio budaya yang berbeza mengikut
kaum contohnya dalam adat perkahwinan. Menurut Aziz Deraman (2005) adat itu adalah satu
perkara baharu yang lahirnya mengikut cara berfikir sesuatu bangsa. Dalam adat kaum
Melayu, pengantin lelaki akan diarak dengan paluan kompang dan diringi dengan bunga
manggar dari menuju ke rumah pengantin perempuan. Kedatangan pengantin lelaki lalu akan
disambut oleh pengantin perempuan dan pasangan pengantin kemudiannya akan dibawa
duduk di tempat khas yang disediakan. Berbeza dengan masyarakat Cina, mereka
mempunyai kepercayaan bahawa pasangan yang berkahwin tanpa mengikut adat dianggap
tidak sah. Masyarakat Cina sangat mengambil berat tentang nama, keturunan, peribadi, watak
dan tingkah laku si gadis kerana ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan perkahwinan yang
berkekalan. Cara merisik kaum Cina terpulang kepada ibu bapa kerana lazimnya ibu bapa
pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis.
Perbincangan ketika merisik adalah berkenaan perkara-perkara umum terutama tentang latar
belakang keluarga dan asal keturunan. Bagi masyarakat India pula, sebelum perkahwinan
adat penyediaan thaali dan Mukuurta Kaal akan dilaksanakan. Thaali merupakan lambang
suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher kedua-dua pengantin. Adat penyediaan thaali
ini biasanya dilakukan tujuh atau sembilan hari sebelum hari perkahwinan yang mana pihak
lelaki akan membawa emas, cendana, Kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk
pembuat thaali. Kemudian, mukuurta kaal akan dibuat lima hari sebelum perkahwinan.
Sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukuurta kaal.
Batang kayu akan dibersihkan serta dibuang kulitnya kemudian lima orang perempuan akan
yang sudah berkahwin akan menyapukan kunyit cair dan kumkum pada batang kayu tersebut
dari pangkal hingga hujung.

Rajah 1 : Adat bersanding orang Melayu

2.2 EKONOMI

Kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh sesebuah masyarakat adalah bertujuan untuk
menampung kehidupan harian mereka. Keadaan ekonomi tamadun Melayu lebih tertumpu
kepada ekonomi sara diri iaitu kegiatan ekonomi masyarakat yang paling asas dan hanya
cukup untuk menampung keperluan diri dan keluarga. Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu
pada masa itu adalah bersifat jenis sara hidup yang mudah, berasaskan pada penanaman
padi dan aktiviti perikanan. Namun tamadun Melayu berjaya menggerakkan ekonomi orang
Melayu ke persada serantau dan antarabangsa. Hal ini dibuktikkan apabila terdapat kegiatan
perekonomian yang berpusat di pelabuhan-pelabuhan Alam Melayu yang telah berjaya
menjadi pusat import eksport yang maju di rantau Asia contohnya Pasai, Melaka, Aceh,
Demak Terengganu dan Johor. Selain itu, tamadun China pula menjalankan sistem ekonomi
perdagangan yang mula wujud sejak Dinasti Shang. Kegiatan ini kemudiannya terus
berkembang pada zaman Dinasti Tang yang mana dasar kerajaan Dinasti Tang pada waktu
itu menerima hubungan perdagangan dengan negara luar. Hal ini telah membawa kepada
hubungan dagangan antara pedagang dari Parsi dengan China (Paul Wheatley, 1964). Bagi
tamadun India pula, mereka juga mengamalkan aktiviti ekonomi sara diri seperti tamadun
Malayu. Namun, tanaman yang diusahakan oleh mereka berbeza dengan tamadun Melayu
kerana mereka mengusahakan tanaman seperti barli, gandum dan tebu. Aktiviti ekonomi sara
diri mereka kemudiannya berkembang kepada aktiviti komersial pada zaman Pra-Maurya
(600-322 SM) yang mana aktiviti penanaman telah dilakukan secara besar-besaran. Petani-
petani telah berjaya mengeluarkan hasil pertanian yang berlebihan dan hasil pertanian telah
disimpan untuk memenuhi keperluan penduduk bandar yang telibat dalam perdagangan dan
perniagaan.

2.3 PENDIDIKAN

Pendidikan kaum Melayu di negara ini pada awalnya hanya rumah yang menjadi
tempat belajar dan mengajar al-Quran dan secara tidak langsung telah menjadikan ‘sekolah
Islam’ yang pertama (Hassan Langgulung, 1986). Corak pendidikan yang ada pada ketika itu
ialah pengajaran al-Quran, akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni
mempertahankan diri. Pengajian al-Quran bermula di rumah yang mana kanak-kanak diajar
oleh ibu bapa sendiri dan kemudiannya belajar di rumah Tok Guru. Pendidikan Islam di
peringkat awal untuk kanak-kanak Melayu dikatakan bermula sejak umur mereka enam tahun
di dalam kelas al-Quran di mana mereka diajar tentang cara adab santun, membaca doa dan
mengaji al-Quran. Dalam tamadun China pula, masyarakatnya menghargai pendidikan,
perniagaan dan kesusasteraan dengan matlamat utama pendidikannya adalah untuk lulus
peperiksaan awam kerajaan. Sistem pendidikan China lebih sistematik kerana mempunyai
tiga peringkat iaitu pendidikan rendah, menengah dan tinggi. Pendidikan sekolah rendah lebih
menumpukan kepada mengenal tulisan ideogram dan menghafal sembilan buah buku suci.
Pada peringkat menengah, tumpuan adalah terhadap kerangan dan sastera, dan pada
peringkat tinggi pula tumpuannya adalah untuk menterjemah buku suci. Pendidikan tamadun
India pula sangat mementingkan keagamaan dan agama Hindu menjadi terasnya. Pendidikan
banyak memberikan perhatian kepada pembelajaran kitab-kitab Veda dan bahasa Sanskrit
menjadi medium pengajaran. Namun, hanya golongan lelaki yang berpeluang menerima
pendidikan pada masa itu. Pendidikan yang berteraskan agama Hindu dan Buddha ini adalah
bertujuan untuk menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati. Sama seperti tamadun
China, tamadun India juga mempunyai pendidikan tinggi yang diberikan di Kolej Brahman.

3.0 ANALISIS INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI MALAYSIA

Setiap tamadun mempunyai pelbagai kelebihan dan kekurangan yang menyebabkan


berlakunya interaksi di antara tamadun.

3.1 SOSIO BUDAYA

Setiap tamadun mempunyai pelbagai kelebihan dan kekurangan yang menyebabkan


berlakunya interaksi di antara tamadun. Kita dapat lihat hasil daripada interaksi antara
tamadun Melayu, China dan India di Malaysia telah melahirkan pelbagai bukti yang
menunjukkan berlaku interaksi antara mereka dari segi sosio budaya. Buktinya ialah apabila
wujudnya apabila wujud amalan kahwin campur di Malaysia. Perkahwinan campur yang tinggi
dalam masyarakat merupakan satu petunjuk keadaan masyarakat yang harmoni. Sejarah
Malaysia menunjukkan bahawa perkahwinan campur sudah lama wujud di Malaysia.
Perkahwinan yang paling masyhur ialah perkahwinan Sultan Mansor Shah dengan Puteri
Hang Li-po. Di semenanjung Malaysia sahaja terdapat sekurang-kurangnya sembilan jenis
komuniti yang dikenal pasti sebagai Peranakan, iaitu komuniti yang ahli-ahlinya merupakan
kelahiran tempatan yang mempunyai keturunan etnik bukan tempatan yang berkahwin
campur dengan etnik tempatan. Antaranya ialah Peranakan China iaitu komuniti Baba dan
Nyonya yang mana komuniti ini telah muncul dalam abad ke-16 diasaskan oleh orang China
yang terdiri daripada golongan pedagang yang tertarik dengan Melaka sebagai pusat
perdagangan. Mereka memanggil diri mereka sebagai “Baba” atau “Peranakan” kerana
kebudayaan mereka yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur
pengaruh kebudayaan Melayu. Selain itu, terdapat juga komuniti Chetti yang merupakan
Peranakan Hindu atau India. Komuniti Chetti di Melaka dipercayai mempunyai asal-usul
daripada golongan pedagang Tamil dari India Selatan yang tiba di Melaka untuk berdagang
rempah sebelum pembukaan kawasan tersebut oleh Parameswara lagi (Moorthy, 2009). Ahli
komuniti Chetti dikatakan mengamalkan amalan-amalan keagamaan lebih ketat berbanding
penganut Hindu yang lain (Moorthy, 2009).

Rajah 2 : Perkahwinan campur antara kaum Melayu dan Cina

3.2 EKONOMI

Kepelbagaian tamadun Malaysia sudah tentu memerlukan kerajaan untuk


menyediakan peluang pekerjaan yang cukup untuk semua kaum bagi menggalakkan interaksi
dan merapatkan jurang pendapatan antara kaum. Setiap kaum sudah tentu memiliki
kepakaran tersendiri dalam sesuatu bidang ekonomi contohnya kaum Cina amat cenderung
dalam bidang perniagaan. Kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang
bermatlamat untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di
negara ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi
mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan sesetengah
kaum untuk bersaing dengan kaum lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki
keadaan ini. Menurut Abdul Halim Husin (2021) melalui akhbar Malaysia Kini, DEB telah
berjaya membasmi kemiskinan dengan ketara dan cukup pantas selepas 50 tahun.
Menurutnya lagi, hal ini telah telah menjayakan pengagihan kekayaan negara merangkumi
semua kawasan dan kaum. Kita dapat lihat juga diskriminasi kaum dalam pengambilan
pekerja dalam sektor awam juga sudah terhapus. Menurut Mohamed Hanapi Maidin (2019),
semua warganegara Malaysia mempunyai peluang yang sama untuk dipertimbangkan dalam
persaingan yang dilakukan secara adil dan terbuka dan istilah ketidakseimbangan kaum tidak
digunakan dalam pelantikan perkhidmatan awam.

3.3 PENDIDIKAN

Interaksi yang berlaku antara tamadun Melayu, China dan India di Malaysia telah
menyebabkan berlakunya perselisihan faham dan persengketaan antara kaum. Hal ini kerana
masyarakat kita hidup dalam pelbagai budaya dan cara hidup, namun masih terdapat rakyat
Malaysia yang tidak dapat menerima gaya hidup kaum lain. Hal ini telah mendorong kerajaan
untuk menubuhkan Sekolah Wawasan yang menggabungkan Sekolah Kebangsaan (SK),
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan India iaitu SJKC dan SJKT dalam satu sekolah yang
sama. Dengan wujudnya Sekolah Wawasan, sifat toleransi dan persefahaman antara kaum
dapat dipupuk sesama pelajar. Selain itu, kerajaan juga telah menyeragamkan penggunaan
kurikulum yang sama di semua peringkat pendidikan. Hubungan kurikulum sekolah dengan
perpaduan negara adalah rapat kerana ianya dapat membentuk keperibadian dan perwatakan
murid. Pelaksanaan satu sistem pendidikan yang sama dan seragam menggambarkan hasrat
untuk membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang perlu diterima oleh semua kaum
(Charil Marzuki & Habib Mat Som, 1999).

Rajah 3 : Kompleks Sekolah Wawasan di Subang Jaya


4.0 KESIMPULAN

Interaksi pelbagai kaum boleh memberikan kesan dan manfaat kepada negara dari
pelbagai aspek. Namun, interaksi ini juga boleh membawa kepada keburukan seperti
perselisihan faham dan lain-lain. Oleh sebab itu, semua pihak haruslah mempunyai sifat
toleransi antara pelbagai kaum bagi mewujudkan suasana yang harmoni dengan bersifat
terbuka dan dapat menerima perbezaan budaya pelbagai kaum di Malaysia.

(1440 patah perkataan)


5.0 RUJUKAN

References
Anto, B. (2020). Amalan Kahwin Campur dalam kalangan Masyarakat di Kota Kinabalu, Sabah.
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 13.

Deraman, A. (2005). Masyarakat dan kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Hun, P. G. (2015, September). Perkahwinan Campur Dan Fenomena Peranakan di Semenanjung


Malaysia. From ResearchGate:
https://www.researchgate.net/publication/317228777_Perkahwinan_campur_dan_fenome
na_Peranakan_di_Semenanjung_Malaysia

Husin, M. R. (2017). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Titas). Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Jaafar, N. (2019, October 29). Tiada ketidakseimbangan kaum dalam perkhidmatan awam. From
BHONLINE: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/10/622759/tiada-
ketidakseimbangan-kaum-dalam-perkhidmatan-awam

Langgulung, H. (1986). Pengenalan tamadun Islam dalam pendidikan . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Paul, W. (1964). The Golden Khersonese. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.

Som, C. M. (1999). Isu Pendidikan di Malaysia: Sorotan dan Cabaran . Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

Zainuddin, R. (2004). Sejarah Malaysia: kertas 2. Selangor: Penerbit Fajar Bakti .

You might also like