Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGKAI

35600 SUNGKAI, PERAK


ABA 0018

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI KE-2 2021

TARIKH : 14 JUN 2021


HARI : RABU
MASA : 3.00 PETANG
TEMPAT : GOOGLE MEET

KEHADIRAN
1. Pn. Rusmaliza Binti Kamaruddin (Ketua Panitia)
2. Pn. Munah Bt Othman (Pk Hem)
3. Pn. Mariam Bt Md Saad (Pk Kokurikulum)
4. Pn. Normi Zarifah Binti Mohd Isha (Setiausaha)
5. Pn. Marzura Binti Mohd Zaini
6. Cik Norazan Merdukawati Binti Shahruddin
7. Pn. Norliza Bt Zainal Abidin
8. Pn. Renny Mazuin Bt Abdooll Rahim
9. Pn. Rosda Binti Yusof
10. Pn. Umi Syahidah Binti Mahmud
11. En.Ahmad Faiz Bin Mohd Yusoff

AGENDA
1.UCAPAN PENGERUSI
2.PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT
3. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR)
4.ANALISA UJIAN DAN PBD
5.TS25 MODUL 6
6.HAL-HAL LAI
AGENDA 1: UCAPAN ALUAN KETUA PANITIA
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab Al Fatihah
1.2 Pengerusi berterima kasih kepada semua guru yang hadir ke mesyuarat Panitia Bahasa Melayu
Kali Kedua ini secara dalam talian menggunakan Google Meet.
1.3 Beliau menegaskan bahawa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah dibangunkan bertujuan
untuk membantu guru melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sebagai
alternatif pembelajaran norma baharu.
1.4 Beliau juga mengharapkan agar semua guru dapat memberikan komitmen yang baik semasa
menjalankan PdPR ini di rumah.

AGENDA 2: MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


2.1 Setiausaha Pn Normi Zarifah binti Mohd Isha membentangkan minit mesyuarat yang lalu untuk
diterima dan disahkan.
2.2 Minit mesyuarat diterima dan disahkan oleh Pn Renny Mazuin bt Abdooll Rahim dan disokong
oleh Pn Umi Syahidah binti Mahmud.
Makluman: Semua Guru

AGENDA 3: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR)


3.1 Ketua Panitia menegaskan bahawa PdPR ini sangat pening untuk difahami dan
dilaksanakan.Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ialah pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi
yang bersesuaian. PdPR boleh dilaksanakan dalam talian dan/ atau luar talian dan/ atau off-site
dengan berstruktur dan terancang.

3.2 PdPR boleh dilaksanakan secara dalam talian atau luar talian atau secara off-site. Guru boleh
melaksanakan PdPR dengan menggunakan satu daripada kaedah ini atau gabungan kaedah
mengikut kesesuaian.
3.3 Beliau memaklumkan bahawa pada minggu ini, kita masih menggunakan jadual PdPR 3.0.
Manakala bermula 21/6/2020 kita akan mula menggunakan jadual PdPR 4.0.
3.4 Beliu juga menyampaikan beberapa pesanan Pn Marsita ( Guru Besar). Antaranya adalah untuk
memastikan semua guru untuk menyampaikan dan menyeselaisakn semua kandungan asas
DSKP. Beliau juga mengharapkan agar semua murid memahami dan menguasai kemahiran asas
yang terdapat di dalam DSKP.
3.5 Guru juga harus memikirkan bagaimana caranya untuk mengisi Pelaporan PBD berdasarkan
tahap penguasaan murid. Hal ini kerana, PDP secara bersemuka hanya beberapa bulan sahaja.
3.6 Beliau juga meminta guru-guru untuk menyatakan beberapa masalah yang dihadapi sepanjang
PdPR dijalankan.
3.7 Masalah yang dihadapi sepanjang PdPR :
1. Masalah peralatan dan capaian internet yang sangat lemah.
2. Murid tidak memberikan sebarang respon dan tidak menyertai PdPR.
3. Murid tidak menghantar tugasan.
4. Terdapat ibu bapa yang bekerja dan mempunyai anak lebih dari seorang. Mereka
terpaksa bergilir-gilir menggunakan telefon bimbit.
5. Murid kurang memahami topik pembelajaran dan memerlukan penjelasan khusus
terutamanya bagi pelajaran yang melibatkan fomat.

Makluman: Semua Guru

AGENDA 4: ANALISA UJIAN DAN PBD


4.1 Lampiran 1. 
Makluman: Semua Guru

AGENDA 5: TS 25 MODUL 6
5.1 Melalui Modul 6 TS25, perkongsian KmR adalah untuk memberi fokus kepada pemantapan
pembelajaran bermakna (deep learning) dan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Model
KmR (Elemen Pembelajaran Bermakna)

5.2 Pengerusi mengharapkan agar kita dapat menyediakan sekurang-kurangnya satu laporan KMR
bagi Panitia Bahasa Melayu.
5.3 Pn Normi Zarifah telah menyediakan satu laporan KMR dan telah menghantarnya kepada Pn
Marsita untuk disemak dan disahkan.

Makluman: Semua Guru


AGENDA 6 : HAL-HAL LAIN
6.1 Pn Rosda meminta pandangan cara mengatasi masalah murid yang tidak mengikuti PdPR.
6.2 Guru-guru mencadangkan agar menghubungi ibu bapa murid tersebut.

Makluman: Semua Guru

AGENDA 7: UCAPAN PENANGGUHAN


7.1 Pengurusi berharap semua guru dapat terus bekerjasama dan bersama sama meningkatkan lagi
prestasi sekolah.
7.2 Mesyuarat di tangguhkan pada pukul 4.30 petang

Disediakan oleh, Disemak oleh,


Disahkan oleh,
………………………………. ……………………………….
……………………………….
(PN NORMI ZARIFAH BINTI (PN RUSMALIZA BINTI
(PN SURAYA BINTI MOHD LUT)
MOHD ISHA KAMARUDDIN
PEN KANAN PENTADBIRAN
SETIAUSAHA KETUA PANITIA
SK SUNGKAI
PANITIA BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU

You might also like