Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Ruj.Kami : STPM.

Tarikh : 27 MAC 2022


Tuan/Puan,
MESYUARAT RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN/SUSU KALI PERTAMA BAGI TAHUN
2022/2023

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Berhubung dengan perkara di atas mesyuarat RMT kali pertama akan diadakan seperti
ketetapan berikut:

Tarikh : 04 April 2022 (Isnin)


Masa : 2.15 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi : Encik Nantagobalan A/L Munusamy AMK.,PJK

3. Agenda mesyuarat :

i. Ucapan alu-aluan (Setiausaha)


ii. Perutusan Guru Besar
iii. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu
iv. Perkara-perkara Berbangkit
v. Penubuhan / Lantikan Jawatankuasa Bantuan Murid /RMT
vi. Pelaksanaan dan Pengurusan Rancangan Makanan Tambahan ( RMT)
vii. Pelaksanaan Menu Susu dalam Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
Tahun 2022/2023.
viii. Pemilihan Murid-murid yang layak mendapat Bantuan Rancangan Makanan
Tambahan (RMT).
ix. Laporan Kewangan RMT /bekalan susu
x. Penyeliaan RMT/Pelaksanaan bekalan susu

xi. Hal-hal lain


xii. Ucapan penangguhan

Sehubungan dengan itu, tuan / puan / cik adalah diwajibkan hadir. Kerjasama anda akan
melicinkan mesyuarat panitia tersebut.
Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,


______________________________________________
( NANTAGOBALAN A/L MUNUSAMY AMK.,PJK )
Guru Besar
SJK (T) Ladang Padang Meiha
RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN ( RMT)
SJKT LADANG PADANG MEIHA
Bil.1 Tahun 2022/2023
Tarikh : 04 APRIL 2022
Masa : 2.15 petang
Hari : Selasa
Tempat : Bilik Mesyuarat

KEHADIRAN:
1. En.Nantagobalan A/L Munusamy AMK,PJK ( Guru Besar)
2. Pn.Jayabarathy A/P Balakrishnan (PK Hal Ehwal murid)
3. Pn.Indra A/P Rangasamy ( PK Pentadbiran
4. En.Selvan A/L Marimuthu ( PK KOKO)
5. Pn.Uthaya Chandriga A/P Muthayah ( ( Setiausaha Jawatankuasa RMT)
6. Pn.Murugamah A/P Narayanan
7. Pn.Sivakamy
8. Pn.ChandraKumari A/P Nadarajan
9. Pn.Shasiikala A/P Kathirvelupillai
10. Cik.Kalaiselvi A/P Govindasamy
11. Pn.Vasantha A/P Mahamani

Perutusan Pengurusi

1.Pengerusi mengucapkan salam dan memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat adalah untuk memilih
menu makanan yang dicadangkan oleh JPN bagi murid yang menerima skim Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) sesi persekolahan tahun 2022/2023. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada
guru RMT kerana meluangkan masa menghadiri mesyuarat ini.

Tindakan : Makluman

Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu

2.Dicadang untuk disahkan oleh : Pn.K.Shasiikala


Disokong oleh untuk pengesahan oleh : Pn.M.Sivakami

Perkara-perkara Berbangkit

3.TIADA

Penubuhan / Lantikan Jawatankuasa Bantuan Murid /RMT

4. Jawatankuasa yang bertujuan untuk membantu dan melancarkan program RMT dan
perlaksanaan menu susu dalama Rancangan Makanan tambahan di sekolah telah dibuhkan dan
adalah seperti berikut:
1. Pengerusi : En.Nantagobalan A/L Munusamy AMK,PJK ( Guru Besar)
2. Naib Pengerusi : Pn.B.Jayabarathy ( PK Hem)
3. Setiausaha : Pn.M.Uthayachandriga ( Penyelaras RMT/Susu)
4. AJK : PT Kewangan
: Penyelaras Tahun 1-6

Tindakan : Makluman

Pelaksanaan dan Pengurusan Rancangan Makanan Tambahan ( RMT)

5. Dasar pemberian Rancangan Makanan Tambahan (RMT) berikutan Surat Pekeliling Kewangan
Bilangan 2 2016 KPMSP.100-1/7/1 LLD bertarikh 14 Oktober 2016.

6. Syarat-syarat Permohonan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ialah murid warganegara Malaysia
dari tahun 2 hingga Tahun 6 di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.

7.Pendapatan ketua isi rumah (KIR) adalah di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional RM580/RM
140. Diperakui oleh JKBM dan kemaskini dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid(APDM).

Tindakan : Makluman

Pelaksanaan Menu Susu dalam Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Tahun 2022/2023.

8. Pelaksanaan ini merujuk kepada surat Kementerian Pendidikan Malaysia ,KPM 100-/1/7/1 JLD.9(78)
bertarikh April 2019.

9. PK HEM menyatakan beberapa prosedur untuk menyediakan pesanan bagi menu susu dan fail yang
harus dirujuk kepada Guru RMT baru dan guru kelas tugas mereka untuk menghantar murid untuk
pemberian susu.

Tindakan : Gru RMT/SUSU dan guru kelas

Pemilihan Murid-murid yang layak mendapat Bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

10. Dengan merujuk kepada data Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) yang telah dikemaskini. Berikut
disertakan murid-murid yang layak menerima RMT 2022.

KELAS MURID LAYAK JUMLAH MURID


Tahun 2
Tahun 3
Tahun 4
Tahun 5
Tahun 6

11.program RMT sekolah bermula pada 28 Mac 2022. Murid terlibat adalah daripada tahun 2 hingga
tahun 6.

12. Tanggungjawab jawatankuasa RMT.

a) Borang KR/RMT

b) Kehadiran murid hendaklah direkodkan jumlah kehadiran murid yang menyertai RMT.

Rekod kehadiran RMT mestilah Bersama dengan buku rekod kehadiran murid bagi memudahkan guru
mencatat kehadiran murid.
Tindakan : Guru Kelas

Laporan Kewangan RMT /bekalan susu

11.Kewangan RMT /bekalan susu semasa dibentangkan oleh PT sekolah,dimana beliau menyatakan
kewangan RMT mencukupi sehingga akhir persekolahan tahun semasa dan jumlah baki
sebanyak…………… semua baki akan dibawa ke Tahun hadapan.

Tindakan : Makluman

Penyeliaan RMT/Pelaksanaan bekalan susu

12.Guru bertugas mingguan hendaklah mencatat /membuat laporan harian di dalam buku pemantauan
dan membuat catatan mengenai pemberian susu dan keadaan kotak susu dalam ruang catatan.

13. guru bertugas boleh menegur pihak pengusaha makanan jika kualiti makanan yang dibekalkan tidak
memuaskan.

14. Guru bertugas mingguan hendaklah mencatat/membuat laporan harian di dalam buku pemantauan.

15. Guru bertugas boleh menegur pihak pengusaha makanan jika kualiti makanan yang dibekalkan tidak
memuaskan.

Tindakan : Guru Bertugas mingguan

Hal-hal lain

17. Pengerusi berharap semua ahli jawatankuasa dapat bekerjasama dalam melancarkan program
RMT/bekalan susu sekolah.

18. Guru bertugas perlu memastikan makanan yang dibekalkan berkhasiat dan segar.

19. Perubahan menu mengikut kesesuaian dan selera murid-murid.

20. Bekalan susu harus diedarkan seperti jadual yang disediakan oleh pihak KPM yang akan diedarkan
nanti.

Tindakan : Makluman

Ucapan Penangguhan

21. Tuan Pengerusi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sokongan dan
pandangan yang membina daripada semua AJK.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh,

(PN.M.UTHAYACHANDRIGA)

SETIAUSAHA RMT

You might also like