Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990, LEMBAH PANTAI,


KUALA LUMPUR.

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH (SK)

TUGASAN 1 :
PENULISAN ESEI 1
(BMMB3043)

NAMA ISKANDAR ZULKARNAIN BIN MOHD ZAN

ANGKA GIILIRAN 2021192340051

NO. KAD PENGENALAN 020219100531

KUMPULAN KUMPULAN G3

KAJIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU SEKOLAH


NAMA KURSUS
RENDAH

NAMA PENSYARAH PN SABARIAH BINTI YAAKUB

07/3/2022
TARIKH HANTAR

TARIKH MAKLUM
BALAS
Kandungan
1.0 Pendahuluan……………………………………………………………………………… 3
2.0 Ciri Profil Murid dan Perkaitan Antara Standard Kandungan
g (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) bagi Melahirkan
t Murid Menguasai Kemahiran Abad Ke-21……………………………………………. 3
2.1 Mahir Berkomunikasi…………………………………………………………… 3
2.4 Berdaya Tahan……………………………………………………………………. 4
2.5 Bermaklumat………………………………………………………………………. 4
3.0 Kesimpulan…………………………………………………………………………………. 5
4.0 Rujukan……………………………………………………………………………………… 7

2
1.0 Pendahuluan

Dunia pendidikan yang sangat dinamik dalam arus globalisasi menuntut banyak perubahan dalam
kurikulum. Seiringan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil inisiatif menyemak dan
melakukan penambahbaikan dalam kurikulum termasuklah Kurikulum Standard Bahasa Melayu yang turut
melalui proses semakan dan penambahbaikan dalam penggubalannya. Standard Kurikulum Bahasa
Melayu Sekolah Rendah yang mengandungi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard
Prestasi yang didokumenkan sebagai Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa
Melayu. Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi ini merupakan pernyataan
yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang mesti dipelajari dan dikuasai oleh murid di
sekolah rendah.

2.0 Ciri Profil Murid dan Perkaitan Antara Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran
(SP) bagi Melahirkan Murid Menguasai Kemahiran Abad Ke-21

Satu daripada hasrat KSSR adalah untuk melahirkan murid yang menguasai Kemahiran Abad Ke-21
dengan memberi fokus kepada kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan kerjaya yang berteraskan
amalan nilai murni. Perkara ini dapat dilihat di dalam profil murid antaranya ialah mahir berkomunikasi,
berdaya tahan dan juga bermaklumat.

2.1 Mahir Berkomunikasi

Diantara profil murid yang perlu dikuasai ialah kemahiran dalam berkomunikasi. Menurut Kamus Dewan
Edisi Keempat, (2015), Komunikasi ialah berhubungan secara langsung atau dengan perantaraan surat,
radio, telefon. Dalam profil murid, mahir berkomunikasi ialah murid yang dapat menyuarakan dan
meluahkan fikiran, idea dan maklumat dengan yakin dan kreatif secara lisan dan bertulis dan
menggunakan pelbagai media dan teknologi. Stalling (1980), 50% dalam pengajaran merupakan interaksi
antara guru dengan pelajar. Ini menunjukkan komunikasi merupakan elemen penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Interaksi perlu dilakukan bagi memindahkan pengetahuan yang ada kepada
murid-murid (Zunaedah, 2015). Pengajaran yang baik berlaku apabila terdapat komunikasi daripada dua
hala iaitu perlu ada interaksi antara guru dan murid (Habibah, Zaidatol & Rahil, 1995).

Untuk mencapai profil ini murid ini, murid-murid mestilah menguasai kemahiran yang terdapat
dalam Standard Kandungan (SK) ialah 1.1 iaitu kemahiran mendengar dan memberikan respon terhadap
pelajaran. Bagi menguasai kemahiran ini, kita boleh rujuk di dalam Standard Pembelajaran (SP) iaitu murid
perlu dapat mendengar, mengecam dan juga menyebut frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk dengan baik.
Diantara aktiviti yang guru boleh lakukan bagi mencapai kemahiran berkomunikasi mengikut sp ialah
aktiviti ‘tunjuk dan beritahu’. Aktiviti keseronokan interaktif ini dapat membantu mempertajam kemahiran
komunikasi lisan murid. Dalam permainan, anda harus memberikan objek rawak kepada murid anda di
mana mereka harus bercakap lima hingga enam baris. Objek atau gambar yang ingin digunakan boleh
menjadi perkara asas contohnya makanan, pensil atau meja. Semasa bercakap mengenai topik tersebut,

3
murid akan menyatakan perasaan atau fikiran yang akan meningkatkan keyakinan mereka serta
meningkatkan perbendaharaan kata, diksi, dan lancar. Menurut ILA (1995),maksud kemahiran mendengar
ialah satu proses menerima atau memahami makna dan bertindak balas terhadap sesuatu percakapan
atau bukan percakapan. Melalui aktiviti ini, pelajar akan dapat menggunakan minda supaya lebih mahir
untuk berkomunikasi dan menyuarakan pendapat mereka.

Matlamat akhir aktiviti ini ialah sekiranya murid yang telah menguasai kemahiran ini dapat
memberikan respons terhadap pelbagai soalan, suruhan, dan pesanan serta menyampaikan maklumat dan
idea yang kritis dan kreatif secara bertatasusila pada tahap sangat terperinci, konsisten, dan menjadi
model teladan

2.4 Berdaya Tahan

Profil murid mengikut DSKP ialah berdaya tahan. Menurut Covey, Daya tahan merujuk kepada
kemampuan menghadapi sesuatu perjalanan hidup (Ibrahim & Hussin, 2016). Murid yang berdaya tahan
menurut konteks DSKP ialah murid yang mampu menghadapi dan mengatasi kesukaran, mengatasi
cabaran dengan kebijaksanaan, keyakinan, toleransi, dan empati. Menurut Dr Radzi Jidin Menteri
Pendidikan Malaysia, (2021) semua guru dan pelajar perlu menghargai betapa pentingnya peranan mereka
dan memupuk pemikiran seorang peneroka yang berdaya tahan dalam usaha mencari ilmu dan
pengetahuan. Dalam mimbimbing murid untuk jadi seorang murid yang mempunyai daya tahan yang kuat
bagi menghadapi pembelajaran abad ke 21, guru boleh merujuk SK iaitu 4.3 menghasilkan bahan sastera
dengan menyerapkan keindahan dan kesantunan bahasa serta mempersembahkannya secara kreatif.
Untuk melaksanakan SK tersebut, guru boleh merujuk pada SP 4.3.2 iaitu mempersembahkan cerita
berkaitan haiwan dan juga cerita jenaka.

Guru boleh melakukan aktiviti bercerita kisah pilihan pelajar. Aktiviti bercerita dapat menyuburkan
daya imaginasi murid usaha ini akan menjadikan murid-murid lebih imaginatif dan kreatif. Semasa guru
menjalankan aktiviti bercerita, secara imaginasi murid-murid dapat memasuki alam cerita tersebut dan
menggambarkan seolah-olah mereka terlibat dalam cerita itu. Contohnya, kanak-kanak boleh menjadi
angkasawan, haiwan dan sebagainya. Perkara ini dapat membangkitkan juga emosi murid ketika
mempersembahkan cerita mereka. Selain itu, aktiviti ini juga dapat meningkatkan keyakinan murid-murid
untuk bercakap dikhalayak ramai.

Dengan melakukan aktiviti ini murid akan dapat membaca, memahami, dan menaakul bahan,
mengenal pasti kandungan teks bahan sastera dan bahan bukan sastera serta mempersembahkan karya
sastera pada tahap sangat terperinci, konsisten, dan menjadi model teladan.

2.5 Bermaklumat

Akhir sekali, antara profil murid yang boleh dilaksanakan ialah bermaklumat. Menurut DSKP bermaklumat
ialah murid yang mendapatkan pengetahuan dan membentuk pemahaman yang luas dan seimbang
merentasi pelbagai disiplin pengetahuan. Mereka dapat meneroka pengetahuan dengan cekap dan

4
berkesan dalam konteks isu tempatan dan global. Mereka memahami isu-isu etika dan juga undang-
undang berkaitan maklumat yang diperoleh.

Bagi mencapai perkara ini, murid perlulah menguasai kemahiran SK 2.1 iaitu ‘asas membaca dan
memahami’. Untuk menguasai perkara ini guru boleh merujuk SP 2.1.2 iaitu membaca dan memahami
perkataan, ayat, petikan dan perenggan. Kemahiran ini penting bagi murid kerana dengan kemahiran
membaca dan memahami, murid akan dapat memproses maklumat yang diterima dan dapat membezakan
tentang maklumat yang benar dan palsu. Lord Bacon, seorang ahli falsafah Inggeris pernah berkata
”reading make a full man” yang membawa maksud membaca menjadikan sesorang itu berisi. Justeru,
insan yang membaca itu ialah manusia yang berilmu dan berupaya berfikir secara kritis, rasional dan
mengamalkan gaya pemikiran terbuka, (Tew Wai Sin, Jurnal PPM Vol. 4, 2010)

Diantara aktiviti yang boleh dilakukan ialah kaedah fonetik (Abd. Aziz Abd. Talib, 2000), kaedah ini
memerlukan murid untuk mengenal dan mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama
huruf. Kaedah ini merujuk kepada teori bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan mengenal
lambang dan hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat. Kaedah ini menekankan kepada setiap
bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa. Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu. Ada juga
abjad yang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutamanya dalam bahasa Inggeris. Kaedah ini
dimulakan dengan mengenalkan bunyi huruf-huruf vokal dan konsonan. Kemudian gabungkan bunyi-bunyi
tersebut untuk membentuk suku kata seterusnya kepada pembentukan perkataan yang bermakna. Guru-
guru boleh menggunakan gambar-gambar ilustrasi untuk menarik minat murid-murid sebagai sokongan.
Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, sebaliknya diajar bunyi-bunyi huruf. Setelah mereka tahu
hubungan setiap bunyi huruf, suku kata pula dibina, kemudian gabungkan suku kata-suku kata ini menjadi
perkataan-perkataan. Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat mudah yang
menggunakan perkataan-perkataan yang telah dipelajari.

Sekiranya aktiviti ini dijalankan dengan sempurna, murid akan dapat mencapai matlamat
pembelajaran iaitu Membaca, memahami, dan menaakul bahan, mengenal pasti kandungan teks bahan
sastera dan bahan bukan sastera serta mempersembahkan karya sastera pada tahap terperinci dan
menjadi model teladan.

3.0 Kesimpulan

Rumusannya, Dokumen Standard yang terdiri daripada Standard Kandungan (SK) dan Standard
Pembelajaran (SP) merupakan sebuah panduan untuk guru melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran. Modul Pembelajaran adalah untuk bahan pembelajaran untuk murid untuk menggantikan
buku teks. Modul ini akan menjadi rujukan guru sejauh mana tahap yang perlu dikuasai oleh setiap murid
dan guru tidak akan tersasar dari objektif yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian Guru yang efektif
mengaplikasikan ilmu untuk membangunkan proses rancangan PdP (PdP) terhadap kanak-kanak bermula
daripada perancangan, pelaksanaan dan seterusnya pentaksiran (Norshafinas & Faridah, 2018).

Guru perlu menyediakan instrumen berdasarkan Dokumen Standard Prestasi yang diberikan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Di dalam Dokumen Standard Prestasi ini, terdapat band yang
5
merangkumi band 1 hingga band 6. Guru boleh mempelbagaikan instrumen pembelajaran mengikut tahap
murid-murid yang diajar. Guru juga perlu mengambil kira SK dan juga SP untuk merancang aktiviti untuk
dilakukan di dalam kelas mengikut profil murid yang dipilih. Sebagai seorang guru, merancang
pembelajaran perlulah dilakukan secra berhemah bagi mencapai target DSKP yang disediakan oleh KPM.
Akhir sekali, saya berharap agar pendidikan negara akan menjadi lebih gemilang sehingga dijadika contoh
oleh negara-negara lain.

6
4.0 Rujukan

Kamus Dewan edisi Keempat, (2015). Dewan Bahasa & Pustaka.

Zunaedah, (2015). Kepentingan Penguasaan Kemahiran Komunikasi. Kolej Komuniti Tawau.

Habibah Elias, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Rahil Mahyuddin. (1995). Persepsi pelajar terhadap
pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 14, 1–9

ILA (April, 1995). Definition Of Listening. Listening Post, 53, 4

Radzi Jidin, (2021). Sekolah memerlukan pemimpin berdaya tahan. Bernama Online.
https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news_pemerkasa.php?id=2008291

Tew Wai Sin, (2010). Tabiat dan minat membaca di kalangan pelajar tingkatan 4 di SMK Hulu Kelang,
Gombak,Selangor Pada Tahun 2010. Jurnal PPM Vol. 4, 2010

Abdul Aziz Abdul Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu, prinsip, kaedah dan teknik. Utusan Publications
Sdn.

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu Tahun 4. (2018). Bahagian
Pembangunan Kurikulum.

Irmohizam Ibrahim & Muhammad Hussin, (2016). Tahap Daya Tahan dalam Kalangan Pelajar IPTA di
Malaysia dan di Luar Negara. Jurnal Personalia Pelajar 19(1)(2016): 75-85.
http://journalarticle.ukm.my/10884/1/Artikel-8_Irmohizam-Ibrahim_FPend.pdf

Norshafinas Abdul Sani & Faidah Yunus, (2016). Amalan Perancangan, Pelaksanaan dan Pentaksiran
dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Pranumerasi di Tadika Swasta. Jurnal Pendidikan
Malaysia 43(2)(2018): 101-110 DOI: http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2018-43.02-10.

You might also like