Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH RENDAH AGAMA TAMAN DATUK HARUN

__________________________________________________
KERTAS KERJA
 PROGRAM PASCA PEPERIKSAAN
TAHUN 6

1. PENDAHULUAN
Setiap tahun Sekolah Rendah Agama Taman Datuk Harun akan
merancang pelbagai aktiviti untuk murid-murid selepas PSRA. Aktiviti-aktiviti
yang dirancang saban tahun adalah untuk mengisi masa murid-murid selepas
PSRA. Setiap aktiviti yang dirancang menjurus kepada kesesuaian dan
kemampuan murid. Aktiviti-akitiviti yang dirancang berbentuk keagamaan
serta kerohanian di samping menguji tahap kreativiti murid-murid sesuai
dengan usia mereka yang meningkat remaja.

2. RASIONAL
Melahirkan insan yang seimbang dengan kecemerlangan dan berjaya
mencapai hasrat untuk kesejahteraan apabila berada di alam sekolah
menengah. Justeru itu, keperibadian mulia perlu dibina dan diterap seawal-
awalnya agar sikap berketrampilan yang ada pada manusia dapat diobjektif
mengikut kehendak pemimpin dan negara.

3. OBJEKTIF
3.1 Memastikan program yang diamanahkan oleh pihak sekolah akan
tercapai dengan jayanya.
3.2 Menyumbang kesedaran kepada ibu, bapa dan penjaga bahawa
program yang dirangka oleh pihak sekolah perlu mendapat sokongan
dan kerjasama yang menyeluruh.
3.3 Keprihatinan ibu, bapa dan penjaga sewaktu menjaga dan
mendidik anak-anak agar menjadi insan yang seimbang dan selari
dengan kehendak ajaran agama.
3.4 Ibu, bapa dan penjaga perlu merancang corak kehidupan anak-anak
demi masa hadapan mereka.
3.5 Daya pemikiran kreatif dan kritis ibu, bapa dan penjaga penting
untuk anak-anak dan membuka minda anak-anak daripada senantiasa
dijajah oleh kemiskinan.
3.6 Mendapat maklumat terkini mengenai peranan pihak kerajaan dalam
menjanakan masyarakat Malaysia yang berilmu dan serba boleh.
3.7 Menyedarkan bahawa anak-anak adalah generasi akan datangdan
mereka perlu disemai dan diacuankan mengikut peredaran zamanserta
tidak lari dengan landas- landas agama Islam dan kehendak
pemerintah.
3.8 Mengisi masa selepas peperiksaan PSRA dengan aktiviti-aktiviti yang
menarik.
3.9 Menyemai benih sayangkan sekolah dan semangat ingin belajar.

4. TEMPOH MASA
  Sepanjang bulan Januari dan Februari 2022

5. SASARAN
Murid-murid Tahun 6 2021/2022

6. SENARAI AKTIVITI

JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM


Pengerusi : Ustaz Mohammad Marzohrin bin Abdul Malek (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi : Mazura binti Esa (Guru Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi : Mohd Hafiz bin Mohd Noor (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Penyelaras Program :
Setiausaha :
Bendahari :
Ahli Jawatankuasa:

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM LEPAS UPSR 2017


Pertandingan FUTSAL
Hadiah tempat pertama                                                                          RM 25.00
Hadiah tempat Kedua                                                                            RM 20.00
Hadiah tempat ketiga                                                                             RM 15.00
                                                                                                            Jumlah RM
60.00
Pertandingan BOLA TAMPAR
Hadiah tempat pertama                                                                          RM 25.00
Hadiah tempat Kedua                                                                            RM 20.00
Hadiah tempat ketiga                                                                             RM 15.00
                                                                                                            Jumlah RM
60.00

Aktiviti memasak
Bahan untuk Memasak                                                                           RM 250.00

SAHUHATI PENCERAMAH AADK                                                                      RM


50.00
MAKAN DAN MINUM PENCERAMAH PROGRAM TAHUN 6                               
RM 50.00
                                                                                                           
                                                                                   
Jumlah keseluruhan                                                                             RM 470.00

SUMBER KEWANGAN
Unit Peningkatan UPSR 2017

PENUTUP
Segala perancangan tentang aktiviti-aktiviti ini dapat dijalankan dalam tempoh masa
yang ditetapkan. Diharap semua murid dapat melibatkan diri dalam setiap aktiviti
yang akan diadakan kelak. Kerjasama daripada semua pihak terutama pihak
pentadbir amatlah diharapkan agar perjalanan setiap aktiviti ini dapat berjalan lancar
dan tersusun.

Disediakan oleh,                                                                                                   

__________________________________________                                                              
             
(ROSMAWATI BT ABDUL GHANI)                    
Guru  Bimbingan dan Kaunseling                                                                        

Sekolah Kebangsaan Pokok Sena

You might also like