Hujahan Hukuman Kedah AKB

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

DALAM MAHKAMAH SESYEN ALOR SETAR

DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN


PERBICARAAN JENAYAH NO:

PENDAKWA RAYA
lwn

HUJAHAN PENDAKWAAN MEMOHON HUKUMAN BERAT


DIJATUHKAN KE ATAS TERTUDUH (OKT)

Dengan Izin Puan Hakim,


Pohon hujahan bertulis ini diguna pakai bersama hujahan lisan.

A) PENDAHULUAN

1. Di dalam kes ini, Tertuduh (selepas ini dirujuk sebagai “OKT”) dan
(selepas ini dirujuk sebagai “OKS”) telah dituduh di Mahkamah
Majistret Jitra dengan pertuduhan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan
Bekalan 1961 dibaca bersama dengan Peraturan 3(1) Peraturan-
Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan boleh dihukum di bawah
Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961.

B) HUJAHAN PENDAKWAAN

2. OKT dalam kes ini telah mengaku salah terhadap pertuduhan dan OKT
telah didapati bersalah dan disabitkan sepertimana pertuduhan. Pihak
pendakwaan memohon kepada Mahkamah yang mulia ini untuk
menjatuhkan hukuman yang berat ke atas Tertuduh atas alasan-alasan
berikut:

1
i) Kes ini merupakan kes berprofil tinggi yang melibatkan
penyelewengan minyak petrol yang memberi kesan kepada
ekonomi negara dan boleh dikenakan hukuman berat di
bawah undang-undang. Seksyen 22(1) Akta Kawalan
Bekalan 1961 [Akta 122] memperuntukkan hukuman penjara
dalam tempoh tidak melebihi 3 tahun, atau denda tidak
melebihi satu ratus ribu (RM100,000.00) atau kedua-duanya
sekali bagi individu. Manakala bagi kesalahan kali kedua dan
seterusnya, boleh dipenjara dalam tempoh tidak melebihi 5
tahun atau denda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu
ringgit (RM250,000.00) atau kedua-duanya sekali.

ii) Bukan sahaja hukuman yang tinggi diperuntukkan di bawah


Akta 122, malah Seksyen 27 Akta 122 juga memberikan
kuasa kepada Majistret untuk memberikan hukuman
maksimum kepada tertuduh dalam membicarakan kesalahan
di bawah Akta ini. Apa yang jelas, peruntukan-peruntukan
mengenai hukuman ini membuktikan hasrat Parlimen yang
memandang tinggi kesalahan melibatkan barang kawalan
seperti minyak petrol yang dibiayai oleh Kerajaan dan
menggambarkan betapa sirius kesalahan ini.

iii) Tambahan lagi, penyelewengan yang dilakukan dalam kes


ini juga melibatkan kuantiti minyak yang agak banyak dan
kes ini dihasilkan melalui operasi khas oleh pihak
Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Koperasi dan Kepenggunaan. Jumlah keseluruhan minyak
yang hendak diseludup keluar bukanlah untuk tujuan
kegunaan persendirian tetapi untuk dijual ke negara jiran. Ini
jelas menunjukkan betapa sirius penyelewengan ini yang
sewajarnya tidak dapat meraih simpati dari pihak Mahkamah
yang Mulia ini.

2
iv) Bukan sahaja penyelewengan ini melibatkan nilai yang
banyak, malah pengeluaran minyak petrol dalam kuantiti
sebanyak itu dibuat hanya dengan melibatkan sekali
pengeluaran sahaja dengan menggunakan tangki tambahan
pada kenderaan. Jika sekali pengeluaran sahaja sudah
boleh mengeluarkan minyak bersubsidi sebanyak itu, sudah
semestinya Kerajaan menangung kerugian yang amat besar
jika penyeludupan dibuat melalui kenderaan yang dipasang
dengan tangki tambahan. Oleh sebab itu, penyelewengan
melalui medium tangki tambahan kenderaan seperti ini perlu
dipandang berat oleh semua pihak termasuk Mahkamah
yang mulia ini.

v) Hasil pemeriksaan juga mendapati bahawa minyak yang


diseludup juga adalah Petrol RON95 yang merupakan
minyak subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan. Pihak
Kerajaan dan badan penguatkuasaan telah mengambil
pelbagai langkah untuk menangani kegiatan-kegiatan
penyelewengan minyak bersubsidi seperti ini dan mahkamah
juga sewajarnya membantu dalam menangani kegiatan-
kegiatan tersebut dengan mengenakan hukuman berat
seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang.

vi) Hukuman yang berat juga dapat dijadikan mesej yang amat
berguna kepada masyarakat bahawa mahkamah tidak
teragak-agak untuk bertindak keras ke atas mereka yang
cuba menyelewengkan barang kawalan seperti minyak petrol
yang merupakan hak rakyat Malaysia secara
keseluruhannya. Malah, penyelewengan petrol bersubsidi
seperti ini adalah menjejaskan ekonomi negara dan memberi
kesan kepada kepentingan negara.

vii) Bukan sekadar itu, kes ini juga melibatkan penyelewengan


yang dilakukan ke atas kenderaan milikan asing yang masuk

3
ke sempadan negara Malaysia semata-mata untuk
mengeluarkan minyak subsidi dari Malaysia. Malah,
berdasarkan keterangan yang ada juga menunjukkan
bahawa kenderaan berkenaan masuk dan keluar dari
Malaysia pada hari yang sama. Ini menunjukkan dengan
jelas bahawa kemasukan kenderaan berkenaan ke dalam
Malaysia adalah semata-mata untuk mengeluarkan minyak
subsidi dari Malaysia bagi tujuan penyelewengan.

viii) Tambahan lagi, kesalahan melibatkan penyelewengan


minyak petrol dan diesel ke luar negara adalah amat kerap
berlaku di negara ini. Maka, satu pengajaran perlu diberi
bukan sahaja kepada tertuduh, malah orang lain supaya
tidak melakukan kesalahan yang sama. Masalah
penyelewengan subsidi adalah suatu masalah serius yang
telah membelenggu negara dan langkah-langkah yang
serius telah diambil untuk membanteras jenayah seperti ini.
Mohon Mahkamah untuk mengambil “judicial notice”
terhadap peningkatan kes-kes melibatkan penyelewengan
petrol sebagaimana yang dilaporkan melalui media-media
massa dan elektronik.

ix) Selain itu juga, kepentingan awam perlu diambil-kira dalam


mengenakan hukuman ke atas OKT. Harus diingat bahawa
pesalah seperti tertuduh-tertuduh telah mengutip wang
dengan jalan mudah sedangkan kerugian dialami oleh
negara. Pihak Pendakwaan merujuk keputusan Hakim
Hilbery J dalam kes Rex v. Kenneth John Ball 35 Cr. App.
R 164 :

“In deciding the appropriate sentence a Court should


always be guided by certain considerations. The first
and foremost is the public interest. The criminal law is
publicly enforced, not only with the object of punishing
crime, but also in the hope of preventing it. A proper

4
sentence, passed in public, serves the public interest in
two ways. It may deter others who might be tempted to
try crime as seeming to offer easy money on the
supposition, that if the offender is caught and brought to
justice, the punishment will be negligible. Such a
sentence may also deter the particular criminal from
committing a crime again, or induce him to turn from a
criminal to an honest life. The public interest is indeed
served, and best served, if the offender is induced to
turn from criminal ways to honest living. Our law does
not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but
fixes a maximum sentence and leaves to the Court to
decide what is, within that maximum, the appropriate
sentence for each criminal in the particular
circumstances of each case. Not only in regard to each
crime, but in regard to each criminal, the Court has the
right and the duty to decide whether to be lenient or
severe.”

x) Selanjutnya, mitigasi tertuduh-tertuduh juga perlu diimbangi


dengan kepentingan awam sebagaimana yang diputuskan
dalam kes PP v Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256:

"The mitigation submitted by a convicted person will


also normally bring up problems of family hardship and
other usual problems of living. In such a situation the
courts might perhaps find it difficult to decide as to what
sentence should be imposed so that the convicted
person may not be further burdened with additional
hardship. This is in my view a wrong approach. The
correct approach is to strike a balance, as far as
possible between the interests of the public and the
interests of the accused."

xi) Pengakuan salah oleh tertuduh tidak secara automatik


memberikan diskaun kepada tertuduh dari segi hukuman.
Dalam kes PENDAKWA RAYA LWN. OOI KWANG LAI
[2006] 6 MLJ 622, Hakim Y.A. Augustine Paul menyatakan:

“…diskaun untuk mengakuan salah ini hanyalah


merupakan satu kenyataan bersifat peraturan yang

5
umum sahaja dan bukannya satu kemestian untuk
semua kes. Pengakuan salah ini hanya boleh memihak
kepada tertuduh apabila lain-lain factor dan keadaan di
mana sesuatu kesalahan itu dilakukan mengizinkan
pertimbangan sedemikian diberikan kepada tertuduh.
Tidak ada peraturan yang menyatakan sesuatu
pengakuan salah itu akan secara automatic
membolehkan tertuduh mendapat hukuman yang lebih
ringan. Kadangkala di dalam kes-kes tertentu, factor
kepentingan awam mengatasi segala factor mitigasi
yang diberikan dari pengakuan salah tertuduh.” \

xii) Sebagai perbandingan, pihak pendakwaan merujuk


beberapa kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah baru-
baru ini dalam kes melibatkan penyelewengan subsidi
seperti berikut:

(i) PP LWN HASANUL IDRIS (NO KES: 62ES-3-07-14)

Tertuduh mengaku salah pada 15 Julai 2014 di Mahkamah


Sesyen Kota Tinggi Melaka dan telah dijatuhi hukuman
denda sebanyak RM100,000 jika gagal bayar 1 bulan
penjara dan eksibit berupa kapal Christine dan diesel
(280,191 liter) dilucuthakkan dan diserahkan kepada
Pengawal Bekalan KPDNKK untuk pelupusan.

(ii) PP LWN KYAW ZAY YAA (NO KES: 62ES-T-07-2014)

Tertuduh telah mengaku salah pada 15 Julai 2014 dan


dijatuhi hukuman RM100,000 jika gagal bayar 1 bulan
penjara dan eksibit berupa kapal MT TJ99 dan diesel
(260,319 liter) dilucuthakkan dan diserahkan kepada
Pengawal Bekalan KPDNKK untuk pelupusan.

(iii) PP LWN AGUS (NO KES: 62 ES-8-07-14)

Tertuduh telah mengaku salah pada 16 Julai 2014 dan


dijatuhi hukuman RM100,000 jika gagal bayar 6 bulan
penjara dan eksibit berupa kapal MT Selina dan diesel
(81,397 liter) dilucuthakkan dan diserahkan kepada
Pengawal Bekalan KPDNKK untuk pelupusan.

6
(i) PP LWN THAUNG TWIN (NO KES: W789-684-07-2014)

Kapten Kapal telah mengaku salah pada 22 Julai 2014 dan


dijatuhi hukuman RM100,000 dan 6 bulan penjara serta jika
gagal bayar denda tambahan 12 bulan penjara dan eksibit
berupa kapal MT Aquarious dan diesel (70,405 liter)
dilucuthakkan dan diserahkan kepada Pengawal Bekalan
KPDNKK untuk pelupusan.

(ii) PP LWN LI BAO MEI (NO KES: 63-8-7-2014)

Tertuduh telah mengaku salah pada 24 Julai 2014 dan


dijatuhi hukuman RM100,000 jika gagal bayar 2 bulan
penjara dan eksibit berupa kapal City Point dan diesel
(76,800 liter) dilucuthakkan dan diserahkan kepada
Pengawal Bekalan KPDNKK untuk pelupusan.

3. Pihak Pendakwaan juga memohon agar eksibit berupa minyak petrol


yang disita dan kenderaan yang digunakan untuk tujuan
penyelewengan petrol dalam kes ini dilucuthakkan dan diserahkan
kepada Pengawal Bekalan KPDNKK untuk pelupusan sebagaimana
dinyatakan di bawah Seksyen 26 Akta Kawalan Bekalan seperti
berikut:

“Power of court to confiscate

26. (1) Where any person is convicted of an offence


against this Act the court may order the confiscation
in whole or in part of—

(a) any controlled article in respect of which the


offence has been committed which has been seized
by, or has otherwise come into the possession of the
Controller or any person acting under his authority or
any vehicle, vessel or other article, the property of
the accused, by means of which the offence has been
committed or which is intended to be used for the
commission of an offence against this Act; or

(b) the proceeds of sale of any such controlled article


if it has been sold under section 12.”

7
C) KESIMPULAN

4. Berdasarkan hujahan-hujahan yang dikemukakan, pihak Pendakwaan


memohon supaya hukuman yang berat dikenakan ke atas tertuduh-
tertuduh dan eksibit berupa minyak petrol yang disita dan kenderaan
yang digunakan untuk tujuan penyelewengan petrol dalam kes ini
dilucuthakkan dan diserahkan kepada Pengawal Bekalan KPDNKK
untuk pelupusan.

Bertarikh pada ……………..

(MIOR MOHAMMAD NAZREY BIN AROBI)


Pegawai Pendakwa
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Koperasi dan Kepenggunaan

You might also like