Kelahiran Kekasih Allah

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

Bab 5 : Sirah

5.1   Kelahiran Kekasih Allah

 
Kekasih Allah ialah Nabi Muhammad SAW. Jadi, di dalam subtopik ini, akan membincangkan tentang biodata Kekasih Allah, kejadian
sebelum dan selepas kelahiran Nabi Muhammad SAW. 

 
Biodata Kekasih Allah Nabi Muhammad SAW
 
Nama : Nabi Muhammad bin Abdullah

lTarikh Lahir : Isnin, 12 Rabiul Awal Tahun Gajah

Tempat lahir : Mekah

Bangsa : Arab Quraisy


 
 
Salasilah Nabi Muhammad 
 

 
 
 
Kelahiran Nabi Muhammad SAW
 
1. Berita kelahiran Nabi dinyatakan didalam al-Quran dan amat ditunggu tunggu.

2. Pada malam sebelum dilahirkan, ibunya, Aminah melihat cahaya yang amat terang menyinari seluruh istana dinegara Syam.

3. Nabi Muhammad dilahirkan daripada keturunan yang amat dihormati di Mekah kerana mereka merupakan golongan pemimpin dan
bangsawan.

4. Mereka juga pemegang kunci Kaabah dan sering memberikan makanan kepada tetamu yang mengunjungi Kaabah.
 
 
Sebelum Kelahiran Nabi Muhammad SAW
 
 Nabi Muhammad merupakan seorang anak yatim.

Bapanya meninggal dunia ketika baginda masih dalam kandungan.

Apabila dilahirkan, datuknya Abdul Mutablib membawa baginda ke Kaabah dan menamakannya Muhammad bermaksud Yang Terpuji.
 
 
Selepas Kelahiran Nabi Muhammad SAW
 
Nabi Muhammad dibesarkan di perkampungan bernama Bani Saad.

Disana, baginda disusukan oleh Halimatus Saadiah.


 
 

5.2   Meneladani Sifat Siddiq Nabi Muhammad

 
Sifat Sifat Wajib Nabi Muhammad SAW
 
1. Siddiq (bercakap benar)

2. Tabligh (menyampaikan)

3. Amanah (jujur)

4. Fathanah (bijaksana)
 
 
Bukti Sifat Siddiq Nabi Muhammad
 
Sifat siddiq yang dimiliki oleh Nabi bukan sahaja dikagumi oleh para sahabat baginda, malah musuh musuh Nabi juga turut mengaguminya.
Ia disebabkan baginda sentiasa berkata benar dan berterus terang walaupun dalam bergurau. Oleh uty, semua perkara yang disampaikan
oleh baginda adalah berdasarkan wahyu, iaitu peerintah dan petunjuk daripada Allah.
 
 
Sebab Allah Mewajibkan Kita Bercakap Benar
 
1. Mendapat pahala

2. Allah mencatatkan sebagai seorang yanng benar

3. Kita dijauhi daripada neraka


 
 
Cara Mengamalkan Sifat Siddiq
 
1. Beriman kepada Allah dan Rasul

2. Bersahabat dengan rakan yang baik

3. Berani untuk bercakap benar


 
 

5.3   Kenali Keluarga Nabi Muhammad SAW

 
Cahaya Mata Rasul Allah
 
1. Qassim

2. Abdullah

3. Ibrahim

4. Zainab

5. Ruqaiyah

6. Fatimah

7. Ummu Kalthom
 
 
Sifat Nabi Muhammad Terhadap Keluarga
 
1. Bertanggungjawab

- Nabi sentiasa membantu isteri-isterinya melakukan kerja kerja dirumah dan melayan mereka dengan adil serta lemah lembut

2. Penyayang

- Setiap kali Nabi melihat anaknya Fatimah datang, beliau akan mengucapkan salam dan melayaninya dengan baik.

3. Sabar

- Baginda pernah memanjangkan tempoh sujudnya ketika solat semata mata cucundanya, Hasan dan Husin memanjat belakang baginda.

4. Tegas 

- Nabi Pernah bersabda seandainya anaknya Fatimah melakukan kesalahan, dia tetap akan dihukum.

 
 
Cara Mewujudkan Keluarga Bahagia 
 
1. Sayang menyayangi

2. Saling membantu

3. Saling menghormati

4. Saling menasihati

5. Saling menghargai

 
 
Kepentingan Mengamalkan Sunah Nabi dalam Keluarga
 
1. Mendapat pahala

2. Saling mengasihi

3. Berdisiplin

4. Menjamin kebahagian

5. Saling mengambil berat

6. Bekerjasama
 

© 2022 Pandai.org All Rights Reserved Made with  in Malaysia

You might also like