Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

1

KERTAS KERJA PROGRAM


MINGGU MATEMATIK SESI 2013

PENGANJUR : UNIT PANITIA MATEMATIK DAN PENDIDIKAN SIVIK DAN


KEWARGANEGARAAN SK RANGALAU BARU, TUARAN.

1.0 PENDAHULUAN

Pencapaian dan prestasi akademik murid selain bergantung kepada kemudahan yang
disediakan disekolah, peranan ibu bapa dan murid-murid itu sendiri, ia juga dicorakkan
oleh panitia yang menguruskan organisasinya. Program Minggu Matematik ini
dilaksanakan serentak dengan akiviti Minggu Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan bagi
mengisi sebahagian daripada keperluan murid-murid iaitu memupuk semangat berpasukan
dan cintakan ilmu seterusnya membentuk sahsiah murni seperti jujur, amanah dan tekun
berusaha.

2.0 RASIONAL

2.1 Pengisian waktu terakhir minggu persekolahan setelah murid menamatkan


peperiksaan semester kedua, 2013.
2.2 Membentuk sikap positif murid-murid melalui aktiviti yang mereka jalani.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Murid-murid menghayati ilmu matematik dan sivik serta kewarganegaraan yang
dipelajari semasa berada di dalam kelas.
3.2 Murid-murid berusaha meningkatkan kefahaman mereka dalam pembelajaran
matematik dan sivik & kewarganegaraan pada masa hadapan.
3.3 Murid-murid dapat menimba pengalaman dan bersaing secara sihat sesama
rakan.
3.4 Murid-murid tahu bahawa ilmu yang dipelajari di dalam kelas adalah
sangat berguna dalam kehidupan mereka yang sebenar.

4.0 MATLAMAT

4.1 Memupuk minat murid-murid terhadap pelajaran Matematik dan Pendidikan


Sivik & Kewarganegaraan .
4.2 Membentuk murid yang seimbang dari segi JERIS seiring dengan kehendak
Falsafah Pendidikan Negara.
4.3 Memupuk semangat berpasukan di kalangan guru-guru walaupun dari panitia
pelajaran yang berbeza.

5.0 SASARAN

5.1 Semua guru SKRBT .


5.2 Semua murid Tahap 1 hingga 2

6.0 SENARAI AKTIVITI

6.1 Soalan Kuiz Matematik & Pendidikan Sivik Kewarganegaraan


6.2 Melukis Wang Kertas Malaysia
6.3 Mewarna Wang Kertas Malaysia.
6.4Permainan Ketinting
6.5 Permainan Congkak

Kertas Kerja Program “Minggu Matematik dan Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan , 2013” | SK Rangalau Baru Tuaran
2
7.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

7.1 Penaung : Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran


7.2 Pengerusi : Mohamad Juin@Mohd bin Nauli@Moli
7.3 Timbalan Pengerusi I : Suryani binti Ramin
7.4 Timbalan Pengerusi II : Yuniza Idayu Ismail
7.4 AJK : I Jovita Sarabun
ii Ramlah Dulmukti
iii Hamdan Wahab
iv Semua guru SKRBT

8.0TENTATIF AKTIVITI MINGGU MATEMATIK DAN PENDIDIKAN SIVIK &


KEWARGANEGARAAN BAGI TAHUN 2013

TARIKH MASA AKTIVITI TINDAKAN CATATAN

08.11.201 8:00 am Taklimat Program Suryani Ramin - Kelas Tahun 6


3 hingga - Semua Murid
JUMAAT 9:00 am Tahap I&II

Ucapan Guru Besar - Kelas Tahun 6


Pelancaran Aktiviti

9:00 am Pertandingan Jovita Sarabun - Koridor PSS/ICT


hingga Permainan dibantu oleh SKRBT
selesai Ketinting Sitinah Malik - Murid Tahap I

9:00 am Pertandingan Ramlah Dulmukti - Kelas Tahun 6


hingga Permainan Batu dibantu oleh Dg. - Murid Tahap II
selasai Seremban Yasitah

10:30am Pertandingan Kuiz Suryani Ramin - Kelas Tahun 6


hingga Matematik dan Dibantu oleh - Murid Tahap II
selesai Pendidikan Sivik & Hamdan Wahab
Kewarganegaraan.

Jovita Sarabun - Kelas Tahun 2


dibantu oleh Yuniza - Murid Tahap I
Idayu

11.11.201 7:20 am Pertandingan - Suryani Ramin - Kelas Tahun 6


3 hingga Melukis Wang dibantu oleh - Semua murid
ISNIN 9:50 am Kertas (Tahap II) Ramlah Dulmukti Tahap II

Mewarna Wang - Jovita Sarabun - Kelas masing-


Kertas (Tahap I) dibantiu oleh Dg. masing
Yasitah Ag. - Murid Tahap I
Hassan

Kertas Kerja Program “Minggu Matematik dan Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan , 2013” | SK Rangalau Baru Tuaran
3

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL AKTIVITI HADIAH PEMENANG JUMLAH


JOHAN N.JOHAN KETIGA
1. Permainan Ketinting
* Berkumpulan
(Murid Tahap I) RM16 RM14 RM13 RM43.00
2. Permainan Congkak
* Berkumpulan
(Murid Tahap II) RM16 RM14 RM12 RM42.00
3. Pertandingan Kuiz Matematik
* Berkumpulan
Murid Tahap I RM16 RM14 RM12 RM42.00
Murid Tahap II RM16 RM14 RM12 RM42.00
4. Pertandingan Melukis Wang
* Individu
Murid Tahap II RM5.50 RM4.50 RM3.50 RM13.50
5. Pertandingan Mewarna Wang
*Individu
Murid Tahap I RM5.50 RM4.50 RM3.50 RM13.50
6. JUMLAH BESAR : RM196.00

Sumber Kewangan : PCG Panitia Matematikdan PCG Panitia Pendidikan Sivik &
Kewarganegaraan.

10.0 PENUTUP

Dengan iringan doa dan harapan, semoga kertas kerja yang dibina ini dapat dijadikan
rujukan dan panduan sepanjang pelaksanaan program “Minggu Matematik dan Pendidikan
Sivik & Kewarganegaraan” pada tahun ini. Aktiviti seumpama ini amat bersesuaian
dijalankan agar murid-murid dapat memaksimumkan bakat dan kebolehan mereka bukan
sahaja dalam bidang akademik, bahkan juga dalam semua aspek seperti kecergasan
fizikal, kecerdasan emosi dan rohani seterusnya dalam pergaulan. Selain itu, warga
pendidik SK Rangalau Baru juga turut berpeluang memupuk semangat kerja walaupun
berbeza panitia matapelajaran. Komitmen dan usaha ini sudah pasti sedikit sebanyak
memberikan impak positif ke arah pembangunan modal insan yang berdaya saing pada
masa hadapan.

Disediakan oleh Disemak dan disahkan oleh

SURYANI BINTI RAMINMOHAMAD JUIN@MOHD BIN NAULI


KP MATEMATIK GURU BESAR,
SK RANGALAU BARU TUARAN.SK RANGALAU BARU TUARAN

Kertas Kerja Program “Minggu Matematik dan Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan , 2013” | SK Rangalau Baru Tuaran

You might also like