Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-46

MINIT SMK TENGKU AFZAN, KUANTAN, PAHANG 2021

1.TARIKH : 24 APRIL 2021 (SABTU)

2.MASA : 10.00 PAGI

3.TEMPAT : Tempat kediaman masing-masing


( Pautan: Google Meet / Youtube )

4. KEHADIRAN :

1.1 Hadir
Sila rujuk senarai

5. CATATAN MESYUARAT

5.1 Ucapan Alu-aluan Naib Yang DiPertua PIBG:


Mejar Norkamal bin Norizan Bakri

5.1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa,
penjaga dan guru-guru yang hadir bagi menjayakan Mesyuarat
Agung
PIBG kali ke-46 yang dijalankan secara dalam talian melalui Google
Meet dan Youtube. Kehadiran ibu bapa dan penjaga membuktikan
komitmen mereka yang tinggi kepada pihak sekolah dalam
melaksanakan program anjuran sekolah.

5.2 Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali


ke- 45 Tahun 2020.

5.2.1 Puan Nor Aidah selaku Setiausaha PIBG sesi 2020/2021


membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45 yang telah
berlangsung pada 7 Mac 2020 untuk disahkan bermula muka surat 10
hingga 13.
5.2.2 Pengerusi meminta semua ahli mesyuarat menyemak dan meneliti
minit mesyuarat yang lalu.
5.2.3 Pengesahan:
Cadangan : Pn. Suriati binti Mohammad
Sokongan : En. Nas Irwan bin Nordin
Makluman semua ahli mesyuarat
5.3 Membentangkan dan Mengesahkan Laporan Kewangan

5.3.1 Puan Nurul Ain bt Che Ismail selaku Bendahari membentangkan


laporan kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2020 bermula
muka surat 15 hingga 17.
5.3.2 Pengesahan:
Cadangan : En. Nas Irwan bin Nordin
Sokongan : Pn. Josephine Hezrin binti Azhar

Makluman semua ahli mesyuarat

5.4 Membentangkan dan Mengesahkan Anggaran Perbelanjaan Tahun 2021

5.4.1 Puan Nurul Ain binti Che Ismail membentangkan anggaran


perbelanjaan tahun 2021 bermula muka surat 19 hingga 21.

5.4.2 Puan Nurul Ain memaklumkan kepada semua ahli mesyuarat


bahawa sumbangan PIBG pada tahun 2021 adalah sebanyak
RM100.00.

Cadangan : En. Md Peizu


Sokongan : Puan Lizawati binti Othman

Makluman semua ahli mesyuarat

5.5 Membahaskan dan Menerima Usul

5.5.1 Mejar Norkamal bin Norizan Bakri selaku NYDP PIBG meminta semua
ahli mesyuarat merujuk muka surat 23 bagi membincangkan usul dan
juga cadangan daripada ibu bapa dan penjaga.

5.5.2 Bagi usul yang pertama berkenaan kebebasan balik sekolah di pintu
pagar B dan C yang dianggap menyusahkan ibu bapa. Puan Haniliza
menjelaskan dalam hal ini pihak sekolah telah memutuskan untuk
memilih model 1 daripada 5 model yang telah diberi pilihan oleh KPM.
Dalam garis panduan Model 1, semua ibu bapa perlu mengambil
anak-anak di dalam pagar sekolah (sama ada di pintu pagar A atau
C). Kerusi telah disediakan untuk murid-murid di tempat menunggu
(dalam jarak 1 meter).

5.5.3 Bagi usul kedua berkenaan membenarkan anak asrama pulang ke


rumah dua minggu sekali atau membenarkan ibu bapa melawat anak
pada hujung minggu. Puan Haniliza menjelaskan berdasarkan garis
panduan 2.0 (pengurusan asrama), peraturan 5.5.3 menyebut, aktiviti
“outing” atau keluar bermalam adalah tidak dibenarkan sehingga
dimaklumkan oleh KPM. Begitu juga peraturan 5.5.4 menjelaskan
bahawa ibu bapa tidak dibenarkan melawat anak jagaan di asrama
sehingga dimaklumkan KPM.

5.5.4 Cadangan pertama berkenaan kelas tambahan untuk murid tingkatan 1


disebabkan mereka tiada UPSR. Puan Haniliza menjelaskan didalam
garis panduan, tidak digalakkan pihak sekolah mengadakan kelas
tambahan, di samping kekangan guru mengajar, kerana ramai guru
yang menanda kertas SPM 2021. Walau bagaimana pun pihak
sekolah akan mempertimbangkannya bergantung pada situasi
semasa.

5.5.5 Cadangan kedua berkenaan yuran asrama dibayar secara online.


Puan Haniliza menjelaskan segala pembayaran asrama secara online
tidak dibenarkan kerana melibatkan audit. Slip pembayaran secara
online tidak diterima sebagai bukti dokumen yang sah. Puan Haniliza
menyatakan ibubapa boleh membuat pembayaran dibank, tetapi slip
pembayaran perlu diserahkan kepada pihak sekolah.

5.5.6 Cadangan ketiga berkenaan mewujudkan program keceriaan di


sekolah. Puan Haniliza memaklumkan pihak sekolah sedang
merangka beberapa proram kecerian, seperti projek Quranic Valley.
Puan Haniliza amat mengalu- alukan sumbangan dari ibubapa untuk
projek keceriaan sekolah.

5.5.7 Cadangan kelima berkenaan murid-murid dibenarkan memakai baju


rumah sukan semasa kelas PJK memandangkan baju tersebut hanya
dipakai setahun sekali pada hari sukan tahunan. Puan Haniliza
menjelaskan pakaian sukan bukan dipakai setahun sekali tetapi
pakaian ini dipakai semasa latihan rumah sukan dan semasa aktiviti
kokurikulum, atau aktiviti lain seperti aktiviti gotong-royong pada hari
sabtu. Pihak sekolah menetapkan murid perlu memakai baju PJ pada
waktu PJK supaya nampak seragam.

Makluman semua ahli mesyuarat

5.7 UCAPAN PENANGGUHAN


Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru yang
telah hadir ke Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-46. Beliau turut merakamkan
ucapan terima kasih kepada AJK yang telah membantu menjayakan pelbagai
program sekolah sepanjang tahun 2020 dan mengharapkan penglibatan dan
kerjasama daripada semua ibu bapa dan penjaga bagi semua program yang
akan dilaksanakan pada tahun 2021.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 pagi.

Disediakan oleh,

…………………………………………….
(PUAN WAN DAPINAH BT WAN NGAH)
Pencatat 1

Disahkan

…………………………………..
(MEJAR NORKAMAL BIN NORIZAN BAKRI)
Naib Yang DiPertua PIBG
SMK Tengku Afzan

You might also like