Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

PEMAKLUMAN TERKINI BERKAITAN

PROSES PERGERAKAN PULANG PELAJAR SEMPENA


CUTI SEMESTER, SESI AKADEMIK 2020/2021

Susulan kenyataan media oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bertarikh 9 Julai 2021
mengenai pergerakan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pulang sempena Cuti Semester,
Sesi Akademik 2020/2021 dan hasil perbincangan bersama wakil-wakil pelajar (Kesatuan
Mahasiswa Universiti Malaya, Sekretariat Presiden Kolej-kolej Kediaman dan Jawatankuasa
Pelajar Luar Kampus) pada 10 Julai 2021, berikut adalah keputusan yang dicapai:

1) PENGANGKUTAN UNTUK PULANG KE KEDIAMAN

Pergerakan pulang pelajar hanya dibenarkan melalui KAEDAH PENGANGKUTAN berikut:

(a) Menggunakan kenderaan sendiri (kereta atau motosikal).


(b) Perkhidmatan Penerbangan.
(c) Pengangkutan bas yang disediakan oleh Universiti atau yang diselaraskan oleh
Universiti

Ibubapa/penjaga pelajar TIDAK DIBENARKAN untuk hadir mengambil pelajar di kampus.

2) PERGERAKAN PULANG SEHALA

Pergerakan pulang pelajar adalah untuk PERJALANAN SEHALA SAHAJA. Pelajar tidak
dibenarkan untuk kembali semula ke kampus sehingga satu tarikh/ketetapan baharu yang
akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Bagi fasa permulaan, pergerakan pelajar hanya dibenarkan di kawasan yang tidak tertakluk
kepada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD). Pergerakan pelajar di dalam
kawasan PKPD hanya dibenarkan selepas tempoh PKPD tersebut tamat.

3) KEPERLUAN UJIAN CALITAN (SWAB TEST) BAGI PELAJAR BORNEO

(a) Semua pelajar yang akan pulang ke negeri Sabah, Sarawak & WP Labuan
DIWAJIBKAN untuk menjalani Swab Test RT-PCR sebelum bergerak pulang ke
destinasi masing-masing dan proses kuarantin seperti ketetapan berikut:
TEMPOH PENGAMBILAN
NEGERI PROSES KUARANTIN
SWAB TEST
Sabah
5 hari SEBELUM tarikh penerbangan Kuarantin di Rumah
WP Labuan
Kuarantin di Pusat
Kuarantin yang akan
Sarawak 3 hari SEBELUM tarikh penerbangan
ditetapkan oleh kerajaan
negeri
(b) Pelajar Borneo dinasihatkan untuk mengambil kira tempoh pengambilan ujian swab test
tersebut sebelum membuat pembelian tiket penerbangan.
(c) Kos swab test akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan. KPT sedang
menjalankan penyelarasan berkaitan perkara ini dengan Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM). Pemakluman berkaitan perkara ini akan dikeluarkan dari semasa ke
semasa.
(d) Kos kuarantin di Pusat Kuarantin akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri.

4) TARIKH PERGERAKAN PULANG SECARA BERFASA

TARIKH ZON PERGERAKAN MASA PERGERAKAN


Zon Utara
13 Julai 2021 9.30 pagi - 4.30 petang (Kenderaan Sendiri)
(Kedah, Perlis & Pulau
(Selasa) 9.00 malam (Bas UM)
Pinang)
Zon Barat 9.30 pagi - 4.30 petang (Kenderaan Sendiri)
14 Julai 2021 (Perak) 9.00 malam (Bas UM)
(Rabu) Zon Selatan 9.30 pagi - 4.30 petang (Kenderaan Sendiri)
(Melaka sahaja) 9.00 malam (Bas UM)
Zon Selatan
15 Julai 2021 9.30 pagi - 4.30 petang (Kenderaan Sendiri)
(Johor & *Negeri
(Khamis) 9.00 malam (Bas UM)
Sembilan)
Zon Timur
16 Julai 2021 9.30 pagi - 4.30 petang (Kenderaan Sendiri)
(Kelantan, *Pahang &
(Jumaat) 9.00 malam (Bas UM)
Terengganu)
*Zon Tengah
17 Julai 2021
(Selangor, WP Kuala 9.30 pagi - 4.30 petang (Kenderaan Sendiri)
(Sabtu)
Lumpur & WP Putrajaya)
18 Julai 2021 *Zon Tengah
2.00 petang (Bas UM)
(Ahad) (Selangor)
13 - 18 Julai
2021 Zon Borneo 8.30 pagi (Van UM)
(Selasa - Ahad)
*Pergerakan bergantung kepada status PKPD di negeri yang berkenaan dari semasa ke semasa.

Tarikh di atas adalah bagi pergerakan FASA PERTAMA. Mana-mana pelajar yang tidak
dapat bergerak pulang ke kediaman masing-masing mengikut tarikh-tarikh yang telah
ditetapkan di atas perlu menunggu pemakluman tarikh pergerakan bagi FASA KEDUA yang
akan tertakluk kepada ketetapan kerajaan seterusnya di bawah Pelan Pemulihan Negara.

5) DROP OF POINT (DOP) BAGI PELAJAR YANG MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN BAS


UNIVERSITI ATAU BAS YANG DISELARASKAN OLEH UNIVERSITI

(a) Bagi pergerakan pulang yang menggunakan perkhidmatan bas universiti atau bas yang
diselaraskan oleh universiti, berikut adalah DOP bagi setiap zon/negeri yang berkenaan:
ZON NEGERI DROP OF POINT (DOP)
(1) Shahab Perdana
Kedah
(2) Stesen Bas Sungai Petani
Zon Utara
Perlis (1) Stesen Bas Ekspress Kangar
Pulau Pinang (1) Penang Sentral
(1) Gua Musang
Kelantan (2) Hentian Bas Machang
(3) Stesen Bas Kota Bharu
Zon Timur (1) Kuantan*
Pahang (2) Temerloh
(3) Bandar Muazzam Shah
Terengganu (1) Kuala Terengganu
(1) Stesen Bas Amanjaya
Zon Tengah Perak
(2) Terminal Bas Kemunting
(1) Stesen Bas Yong Peng
Johor
(2) Larkin Sentral
Zon Selatan
Melaka (1) Melaka Sentral
Negeri Sembilan (1) Terminal 1 Seremban*
Sabah, Sarawak &
Zon Borneo (1) Terminal KLIA 1 & 2
WP Labuan
Zon Tengah Selangor *akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
*Pergerakan bergantung kepada status PKPD di negeri yang berkenaan dari semasa ke semasa.

6) KAWASAN/LOKALITI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETAT (PKPD)

(a) Semua pelajar yang kediaman mereka berada di kawasan PKPD TIDAK DIBENARKAN
untuk bergerak pulang. Pelajar dinasihatkan untuk terus kekal berada di kampus/rumah
sewa masing-masing.
(b) Bagi pelajar yang kini berada di kawasan PKPD atau PKPD Bersasar juga TIDAK
DIBENARKAN untuk bergerak pulang ke kediaman masing-masing walaupun lokasi
yang ingin ditujui bukan di bawah pelaksanaan PKPD atau PKPD Bersasar.
(c) Pelajar diminta supaya membuat semakan status KAWASAN/LOKALITI SEMASA
PKPD mengikut negeri melalui pautan https://tinyurl.com/8jtavx8w.

7) POINT OF ASSEMBLY (POA) BAGI PERGERAKAN PULANG PELAJAR

(a) Semua proses daftar keluar dan kelulusan pergerakan pulang pelajar sama ada yang
menggunakan kenderaan sendiri, perkhidmatan penerbangan atau bas universiti akan
dilaksanakan sepenuhnya di POA Auditorium Kompleks Perdanasiswa (KPS) termasuk
penyerahan Borang Daftar Keluar (Check-Out) Kolej Kediaman dan Kunci Bilik
Penginapan.
(b) Pelajar yang menginap di luar kampus DIKEHENDAKI melapor diri terlebih dahulu di
Auditorium KPS sebelum bergerak pulang.
(c) Waktu operasi di Auditorium KPS adalah seperti berikut:
Tarikh : 13 - 18 Julai 2021
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

(d) Bagi pelajar yang menginap di kolej kediaman, sekiranya pelajar mendaftar keluar di luar
waktu yang ditetapkan seperti di atas hendaklah berurusan terus dengan Felo Bertugas
dengan menyerahkan Borang Daftar Keluar (Check-Out) Kolej Kediaman & Kunci Bilik.
(e) Pelajar boleh mendapatkan Borang Daftar Keluar (Check-Out) Kolej Kediaman di pautan
berikut https://tinyurl.com/4uyz6ytw.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di talian berikut:

Bilik Gerakan COVID-19


d/a Pejabat Urusan Penempatan Pelajar
URUSAN Seksyen Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Aras 1 Blok A, Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya
NO. TELEFON 03-7967 3216
E-MEL covid19_bhep@um.edu.my
LAMAN WEB hep.um.edu.my

Sekian, harap maklum.

JK COVID-19 BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR


UNIVERSITI MALAYA

Dikeluarkan pada : 11 JULAI 2021

Dikeluarkan oleh:
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Aras 1 Blok A, Kompleks Perdanasiswa
Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur
Tel: +603-7967 3506 | E-mel:hep@um.edu.my

You might also like