Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA
Bil. 12 / 2021

MESYUARAT KHAS URUSAN


PILIHAN RAYA UMUM DEWAN UNDANGAN NEGERI
(PRU DUN) MELAKA YANG KE-15

1. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan


bahawa satu Mesyuarat Khas berkaitan urusan Pilihan Raya
Umum Dewan Undangan Bagi Negeri Melaka ke-15 akan
diadakan seperti mana maklumat berikut;

Tarikh : 18 Oktober 2021 (Isnin)


Masa : 10.00 pagi
Tempat : Double Tree by Hilton Hotel,
Melaka

2. Mesyuarat Khas tersebut akan dipengerusikan oleh YBhg.


Datuk Abdul Ghani Salleh, Pengerusi SPR yang akan
membincangkan tarikh-tarikh penting PRU DUN Melaka
seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari
Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-
lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.
Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas
mesyuarat tersebut.

Sekian.

DATUK IKMALRUDIN ISHAK


Setiausaha
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)
Tarikh: 13 Oktober 2021 / 6 Rabiulawal 1443H

You might also like