Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

BAB 1 : KEDATANGAN KUASA BARAT

1.1 Kestabilan dan Kemakmuran Negara Kita


Kemakmuran
1. Negara kita terkenal dengan di persada antarabangsa kerana memiliki kekayaan
hasil bumi dan sumber hasil alam daripada hasil galian, kesuburan tanah , sumber
makanan,kelautan,flora dan fauna

Sumber Kekayaan

Hasil Galian a) Bijih timah


b) Emas
c) Perak

Hasil Hutan a) rempah ratus


b) damar
c) rotan
d) kapur barus
e) getah jelutung
f) kayu gaharu
g) kayu cendana
h) kayu-kayan

Hasil laut a) sirip ikan yu


b) timun laut
c) mutiara

Memanfaatkan Hasil Alam


1.Masyarakat tempatan mempunyai sifat yang kreatif dan berkemahiran tinggi
2.Mereka berjaya menghasilkan kraftangan yang indah dan menarik daripada
sumber alam
3.Masyarakat Melayu juga mahir dalam pertukangan kayu, membuat perahu,
membuat perabot daripada rotan dan menempa alat senjata tradisional
4.Di Sarawak, terdapat kegiatan menenun kain pua dan menyulam selendang

Sistem ekonomi
1.Kebijaksanaan masyarakat tempatan memanfaatkan sumber alam semula jadi
telah memajukan ekonomi dan memakmurkan kehidupan
2.Kegiatan perdagangan yang dijalankan oleh mereka membawa kepada :
a) kemudahan di pelabuhan
b) Penggunaan mata wang
c) Sistem percukaian
d) Sistem timbangan dan ukuran
i) Perdagangan dan Pelabuhan
1.Kebanyakan pelabuhan di Negeri-negeri Melayu terletak di kawasan muara sungai
yang strategik.Contohnya ,Pelabuhan Johor, Kedah, Klang dan Melaka
2.Syahbandar dilantik untuk mengurus pelabuhan

ii)Sistem timbangan , sukat dan ukur di pelabuhan Alam Melayu


Masyarakat Melayu Masyarakat Melayu- Masyarakat Melayu-
Pedagang China Pedagang India

1 leng = 2 kepul 16 tahil = 1kati 12 saga = 1 mayam


1 kal = 2 leng 100 kati = 1 pikul 16 mayam = 1 bungkal
1 cupak = 4 kal 12 bungkal = 1 kati
1 gantang = 4 cupak

- Apabila pengaruh British sampai ke Alam Melayu, muncul sukatan baharu


seperti auns, paun,tan dan gelen

iii)Mata wang
1.Pada mulanya, pedagang menggunakan sistem barter(tukar barang) dalam
urusan perdagangan.
2. Kemudian, menggunakan mata wang logam daripada timah dan emas

iv)Sistem percukaian
1. Cukai ialah bayaran yang bayaran yang dikenakan ke atas hasil perlombongan ,
pertanian, hasil hutan dan perdagangan
2. Cukai merupakan sumber pendapatan pemerintah

Kegiatan Intelektualan
Pendidikan Tidak Formal
1.Merupakan pendidikan awal atau asuhan dalam institusi keluarga
2. Kanak-kanak diajar kemahiran seperti bercucuk tanam, menangkap ikan,
bertukang dan menghasilkan kraftangan.
3. Mereka diajarkan ilmu agama, pekerti mulia,cara berkawan dan menjaga maruah.
4. Disampaikan melalui pantun, syair, peribahasa, pepatah, pantang larang, cerita
berbentuk teladan dan pengajaran.
Pendidikan Tidak Formal
1.Pendidikan formal masyarakat Melayu adalah bercorak Islam dan menekankan
ilmu keagamaan.
2. Pendidikan formal dilaksanakan di masjid, surau, pondok ,madrasah dan
istana
Iktibar
Kita harus berbangga dengan kestabilan dan kemakmuran tanah air yang
diwarisi daripada generasi yang terdahulu. Kita harus berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk membangunkan negara kita

You might also like