Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN MUKAH,

96400 MUKAH, SARAWAK.

AKTIVITI:
PROGRAM SEMBELIHAN DAN MEMASAK

TEMPAT:
SK MUKAH

TARIKH:
13 OKTOBER 2022 (SELASA)

MASA:
0700 HINGGA 1300

ANJURAN:
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SK MUKAH
DENGAN KERJASAMA
KELAB AGAMA ISLAM
1.0 PENDAHULUAN
Firman Allah swt:
“Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah
ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatNya”
(Surah Al-An’am: 118)

Berdasarkan ayat di atas, penyembelihan adalah diwajibkan ke atas haiwan yang halal
dimakan oleh orang Islam bagi memastikan daging binatang tersebut halal dimakan. Hasil
tinjauan kepada sebahagian besar pelajar sekolah ini, didapati mereka tidak mengetahui
cara penyembelihan menurut Islam dan mereka juga mengharapkan supaya mereka dapat
didedahkan mengenainya. Jesteru itu, sebagai memenuhi prasyarat program internship ini,
saya sukacita mencadangkan untuk menganjurkan bengkel yang berkaitan kaifiat
penyembelihan mengikut hukum syarak.Tujuan utama bengkel ialah bagi memberikan
pengetahuan seterusnya akan dapat melakukan penyembelihan menurut hukum syarak

2.0 OBJEKTIF
2.1 Memberi pendedahan kepada guru dan murid tentang cara-cara melakukan
sembelihan yang betul.
2.2 Memberi peluang kepada murid-murid untuk mempraktikkan ilmu sembelihan
yang telah mereka pelajari di dalam kelas.
2.3 Memberi pengalaman yang berguna kepada murid-murid bermula dari proses
sembelihan sehingga proses memasak.
2.4 Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan.

3.0 TARIKH & MASA


13 Oktober 2022 (Selasa), 07.00 pagi hingga 13.00 tengahari.

4.0 TEMPAT
Sekolah Kebangsaan Mukah, Sarawak.

5.0 SASARAN
Guru dan murid yang beragama Islam (300 – 400 orang)
6.0 JAWATANKUASA PERLAKSANA

PENGERUSI
Encik Burhanuddin bin Kaderi

NAIB PENGERUSI
Ustazah Salmy binti Morshidi

PENYELARAS SEMBELIHAN
Ustaz Mohd Hafizsalehuddin bin Ismail

SETIAUSAHA
Ustazah Intan Hanim binti Hanifah

BENDAHARI
Ustaz Shamsul Bakhtiar bin Hasbollah

KAWALAN MURID
Mohd Bari bin Johari

DOKUMENTASI
Ustazah Nurul Ain Shuhada

TUKANG MASAK
Ustaz Mohd Radzi bin Mohamed
Ustazah Amirah ‘Afifah Auni binti
7.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Perkara Tindakan


0700 Murid dan guru berkumpul
0730 Taklimat program dan pembahagian ayam
sembelihan
0800 Penerangan ringkas tentang teori sembelihan
dan demonstrasi penyembelihan
0830 Praktikal sembelihan oleh para murid
1100 Rehat
1130 Murid dan guru memasak ayam sembelihan Ustaz Radzi
1300 Bersurai

8.0 ANGGARAN PEMBELANJAAN


Bil Perkara Kuantiti Jumlah
1 Ayam 15 ekor RM300
2 Bahan Masakan 1 RM200
3 Air Mineral 5 kotak air mineral RM50
besar
Jumlah RM550

Kami mengharapkan agar aktiviti ini dapat memberi manfaat yang berguna buat semua
pihak yang terlibat dalam menjayakannya. Semoga usaha ini akan mendapat keberkatan
dan keredhaan Allah s.w.t.

Disediakan oleh,

………………………………
(MOHD HAFIZSALEHUDDIN BIN ISMAIL)
Penyelaras
Amali Sembelihan 2022
Sekolah Kebangsaan Mukah,
96400 Mukah, Sarawak.

You might also like