Penggunaan Nama Allah Oleh Agama Kristian

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

PENGGUNAAN NAMA ALLAH OLEH KRISTIAN DI MALAYSIA

MBA1191F

NAMA AHLI KUMPULAN :

1) Muhammad Nabil Haiqal bin Mohd Hisam


2019298628

2) Munirah binti Azman


2019411304

3) Noramirah binti Maslan


2019299448

4) Norhafiza binti Jamal Abdul Nasir


2019286646

5) Norfarah Hanim binti Jamaluddin


2019240438

NAMA PENSYARAH : Ustaz Aiman Rafie


PENDAHULUAN

Isu berkaitan penggunaan perkataan nama Allah menjadi buah bicara penduduk Malaysia. Isu

yang berpanjangan ini secara tidak langsung menimbulkan perasaan ketidakpuasan hati

antara orang Islam dan orang Kristian. Oleh yang demikian, perbincangan ini dilakukan

adalah bagi mengenal pasti latar belakang isu tersebut dan penilaiannya berdasarkan

perspektif undang-undang Islam. Kalimah Allah merupakan kata nama khas yang berasal

daripada bahasa Arab. Oleh itu, isu tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut

Kristian perlu ditangani dengan bijak kerana mempertahankan kesucian Islam itu sendiri

adalah kewajipan bagi umat Islam.


HUKUM PENGGUNAAN NAMA ALLAH OLEH KRISTIAN

Secara umumnya , hukum penggunaan nama Allah oleh golongan Kristian terbahagi

kepada dua pandangan iaitu pandangan membenarkan dan pandangan melarang . Hal

ini disebabkan tiada dalil yang bersifat qat’i sebaliknya bergantung kepada kaedah

mantuq al-nas yang berkedudukan zanni al-dilalah . Maka pengkaji akan menganalis

hujah yang didatangkan oleh kedua-dua pandangan terlebih dahulu sebelum menjurus

kepada perbincangan berkaitan hukum yang sesuai dalam konteks dan realiti semasa

di Malaysia .

 PANDANGAN MEMBENARKAN

Pandangan membenarkan , dipelopori oleh golongan tempatan yang terdiri daripada

sarjana luar negara dan sarjana setempat berkaitan amalan penggunaan nama Allah

oleh golongan musyrikin Makkah serta golongan ahli kitab sejak sebelum kedatangan

Rasulullah SAW . Golongan ini percaya akan kewujudan Allah akan tetapi menjadikan

berhala perantaraan mereka dalam melaksanakan ibadah kepada Allah .

Tujuan penyembahan ini hanya untuk merapatkan kedudukan di sisi Allah .

Penyelewengan ini disebabkan kejahilan mereka sendiri . Bagi golongan ahli kitab pula,

mereka menggunakan kalimah Allah dalam konteks yang menyimpang jauh daripada

maksudnya yang sebenar . Sebagai contohnya ,mereka percaya bahawa Allah tidak

mempunyai pasangan tetapi dalam masa yang sama mereka menetapkan bahawa Allah

mempunyai anak . Tuduhan ini berat dan besar dosanya di sisi Allah.
Selain dari nas al-Quran , al-Sunnah juga digunakan sebagai hujah untuk menguatkan

pandangan membenarkan penggunaan nama Allah dari golongan Kristian . Sebagai

contoh , peristiwa perjanjian Hudaibiyah antara Rasulullah dengan Suhail Bin

Amru .Rasulullah meminta Ali Bin Abi Talib memulakan dengan lafaz Bismillah tetapi

dibantah oleh Suhail yang mahukan lafaz Allah digunakan mengikut kefahaman

mereka iaitu “ Bismikallahumma’ . Rasulullah menerima permintaan tersebut kerana

menyedari bahawa perdamaian dan keamanan yang ingin dicapai lebih utama . Contoh

berikutnya , Rasulullah juga pernah mengiktiraf penyair Arab Jahiliah yang

menggunakan kalimah Allah dengan tepat dan benar .

Maka jelaslah bahawa , pandangan membenarkan ini lebih menumpukan kepada aspek

hukum asal penggunaan kalimah tersebut sebagaimana amalan sejak zaman

Rasulullah .Namun , dari masa ke semasa keterikatan dengan hukum asal semata-mata

sedikit pincang kerana dari setiap tempat yang berbeza menatijahkan perbahasan

hukum yang berbeza . Maka penggunaan nama Allah oleh golongan bukan muslim

akan menghasilkan suatu ketetapan hukum yang kurang berpaut kepada realiti semasa .
 PANDANGAN MELARANG

Golongan kedua pula mengharamkan penggunaan nama Allah kepada bukan

Muslim .Golongan kedua terdiri daripada sarjana luar negara dan sarjana tempatan . Hal

ini kerana mereka bersandarkan kepada nas al-Quran yang telah menetapkan elemen

ketauhidan yang sebenar menerusi surah al-Ikhlas . Tiga dasar yang utama ialah

pengisbatan keesaan Allah , penolakan fahaman menyeleweng serta penyucian daripada

keserupaan makhluk . Maka pengisbatan kepada Allah dalam konteks yang lain adalah

batil .

Selain itu , golongan kedua ini juga turut berpandukan kepada fakta sejarah , iaitu

wujud pandangan yang mengatakan golongan Kristian terlebih dahulu menggunakan

kalimah tersebut berbanding umat Islam tanpa ada sebarang kesahihan . Sekiranya ,

fakta penggunaan kalimah Allah oleh golongan Kristian Arab sebelum Islam pula

dijadikan sandaran , sebahagian sarjana berpendapat bahawa keabsahan penggunaan

kalimat tersebut telah ditamatkan sebaik sahaja kemunculan Islam yang diiktiraf

sebagai agama penutup dan terakhir .

Seterusnya , dari aspek linguistik pula , beberapa sarjana Bahasa cenderung merujuk

kalimah Allah sebagai suatu kata nama khas (ism ‘alam) dan bukannya kata terbitan

(musytaq) . Jika kalimah Allah adalah musytaq , pasti akan membawa maksud yang

pelbagai . Sebarang pengubahsaian makna menunjukkan bahawa kalimah tersebut

mempunyai ruang untuk ditakwilkan , pasti akan menjejaskan ketauhidan Allah

sendiri .Maka sesuatu istilah bahasa itu perlu digunakan dalam lingkungan yang tepat

bagi menghasilkan maksud yang autentik .Pandangan daripada golongan kedua ini

dilihat lebih seimbang dan meraikan realitisemasa


PENYELESAIAN TERHADAP ISU PENGGUNAAN NAMA ALLAH OLEH

KRISTIAN DI MALAYSIA

Berdasarkan isu yang dinyatakan di atas, kita mestilah melakukan sesuatu tindakan bagi

menyelesaikan isu tersebut. Antara langkah penyelesaian yang boleh diambil ialah

berdasarkan tiga aspek iaitu penyelesaian dari pihak individu , masyarakat dan kerajaan.

Penyelesaian bagi pihak individu pulak ialah kita mestilah mengawal tatasusila dan menjaga

adab kita agar tidak mencetuskan sebarang masalah seperti memburukkan agama lain di

media sosial atas isu penggunaan kalimah Allah dalam agama lain. Hal ini akan membuatkan

keadaan menjadi lagi parah dan mungkin bakal mencetuskan persilisihan faham antara

penganut agama lain. Selain itu, agama lain juga akan memandang serong terhadap Muslim

disebabkan permasalahan yang timbul berpunca daripada satu pihak individu.

Masyarakat juga memainkan peranan yang penting untuk membantu menyelesaikan masalah

isu penggunaan kalimah Allah .Masyarakat haruslah saling hormat-menghormati agama yang

lain. Sebagai contoh, pihak yang bukan beragama islam haruslah menghormati asas yang

dipegang oleh agama muslim supaya tidak berlaku sebarang provokasi dan kekeliruan.

Langkah penyelesaian yang boleh diambil oleh kerajaan ialah kerajaan perlulah memberi

perhatian kepada agensi-agensi yang terlibat dalam menguruskan isu ini dengan memastikan

pihak yang terlibat ini menganalisis dengan teliti setiap penggunaan nama Allah mengikut

kerangka hukum Islam serta mengikut penilaian yang hanya dipandang kepada hukum asal

sahaja. Ia juga perlu dilihat berdasarkan elemen realiti semasa masyarakat pelbagai kaum dan

agama di Malaysia.
ANALISIS BAGI ISU PENGGUNAAN NAMA ALLAH OLEH KRISTIAN DI

MALAYSIA

Saya tidak setuju dengan penggunaan nama Allah oleh Kristian di Malaysia. Pertama, saya

tidak setuju kerana menggunakan nama Allah oleh Kristian merujuk kepada Tuhan orang

bukan Islam. Mereka boleh sahaja menyebut dan membaca nama Allah dan tiada yang dapat

menghalangnya tetapi yang menjadi persoalan di sini adakah penggunaan istilah atau

pemberian nama yang sama bagi Tuhan yang berlainan? Perubahan pada bahasa dengan

merubah maknanya akan memberi kesan yang besar kepada perubahan pandangan alam dan

seterusnya akidah dan amal ibadah orang Islam.

Selain itu, saya tidak setuju kerana pemahaman orang Kristian berbeza. Orang Kristian

menganggap Allah mempunyai isteri dan mempunyai anak. Isu ini pun sudah menjelaskan

bahawa mereka menukar maksud nama-nama Allah.

Di samping itu, saya tidak setuju kerana orang Kristian telah menyalahgunakan nama-nama

Allah.Mereka menganggap Allah sudah tua dan tidak larat untuk mentadbir alam dan

memerlukan pembantu. Oleh sebab itu, mereka mengangkat Nabi Isa menjadi pembantu

Tuhan.

Seterusnya, saya juga tidak setuju kerana ia akan memberi kesan negatif terhadap konsep

ketuhanan dalam agama Kristian. Mereka juga tahu nama-nama Allah itu adalah kalimah

yang digunakan oleh umat-umat Islam. Penggunaan peristilahan yang sama akan

menimbulkan kecelaruan dalam kalangan penganut agama Kristian.


Akhir sekali, saya tidak setuju Kristian menggunakan kalimah Allah kerana orang Kristian

tidak percaya kepada Allah. Perkataan God dalam Bible bermaksud Tuhan. Jika mereka

percaya dengan kewujudan Allah, maka mereka tidak boleh menggunakan Bible dan mereka

haruslah menggunakan Alquran. Selain itu, jika mereka percaya dengan kewujudan Allah,

mereka haruslah beriman kepada Allah dan bukannya menganut Kristian.


PENUTUP

Kesimpulan daripada semua info dan penjelasan berkenaan isu tuntutan kalimah Allah di

atas adalah sangat perlu dilihat dalam dalam skala yang lebih besar dan bukan hanya dilihat

berdasarkan hukum-hukum asal semata-mata bahkan kita juga perlu kepada perangkuman

elemen realiti semasa masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia. Keputusan yang

dikeluarkan oleh pihak makhamah haruslah diambil berat dan diterima dengan hati yang

terbuka dalam usaha mengekalkan perpaduan dan keharmonian yang telah wujud sejak

sekian lama dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Selain itu, hal yang perlu dititik beratkan ialah dengan pihak yang terlibat perlu

memperhalusi dan menangani isu ini dengan bijak agar tidak mencetuskan pertembungan

berbentuk provokasi antarapihak yang terlibat sehingga menjejaskan keharmonian dan

keamanan yang telah terbina sejak sekian lama.

Seterusnya, pihak kristian juga perlu menghormati asas yang dipegang oleh masyarakat

semua Muslim dalam mengaitkannya dengan sebarang elemen penindasan terhadap hak

kebebasan beragama di Malaysia.

Akhir sekali, pihak Muslim mestilah perlu memainkan peranan yang penting dalam

mengawal emosi diri dengan sedaya upaya menahan diri daripada melakukan atau

mencetuskan sebarang masalah dan provokasi yang bakal menambahkan lagi kesulitan

kepada semua pihak samada berbentuk lisan mahupun fizikal dalam memastikan

keharmonian dalam agama mampu dikekalkan.


Maka dalam isu ini , kajian berpandangan bahawa penggunaan kalimah Allah oleh pihak

kristian adalah kurang sesuai dengan konteks dan realiti semasa di Malaysia berdasarkan

hujah perundangan yang ditetapkan oleh pihak makhamah serta perbahasan hukum islam

semasa.
SUMBER

http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/33982/Article_7.PDF

https://www.researchgate.net/publication/

321298933_ISU_PENGGUNAAN_KALIMAH_ALLAH_OLEH_PIHAK_KRISTIAN_

ANALISIS_MENURUT_HUKUM_ISLAM

https://www.researchgate.net/publication/

321298933_ISU_PENGGUNAAN_KALIMAH_ALLAH_OLEH_PIHAK_KRISTIAN_

ANALISIS_MENURUT_HUKUM_ISLAM

https://muftiwp.gov.my/en/sumber/media/penerbitan/suara-pemikir/2157-isu-nama-allah-

mengapa-orang-bukan-islam-tidak-berhak-menggunakan-nama-allah

https://www.academia.edu/18252145/Isu_Penggunaan_Kalimah_Allah

https://www.youtube.com/watch?v=Ve7460T9Z5s

You might also like