Minit Mesyauarat Bil 1 2022 DRAFF

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PK11 Pengurusan Mesyuarat

PK11/3

SISTEM PENGURUSAN KUALITI


SEKOLAH-SEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 14 (1)

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER SEKOLAH BIL. 1 2022

Tarikh : 8 April 2022 (JUMAAT)


Masa : 12.30 -1.30 petang
Tempat : Secara google meet
Pengerusi : Datin Nor Hayati Binti Zakaria
Kehadiran (Bilangan) : 10 orang

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Cikgu NurZahida selaku Pengerusi Mesyuarat mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli jawatankuasa
kerja PSS dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kali Pertama 2022.

1.2 Beliau berharap kepada semua AJK Induk Pusat Sumber pada tahun 2022 dapat membantu dan
berkerjasama bagi meningkatkan mutu perkhidmatan Pusat Sumber SMKPP 14(1).

1.3 Pengerusi menjemput Datin Nor Hayati Binti Zakaria untuk mengucapkan sepatah dua kata
kepada ahli jawatankuasa kerja PSS bagi tahun 2022.

1.4 Oleh itu, pengerusi berharap sokongan moral dari semua AJK Induk untuk menjayakan dan
merealisasikan Pusat Sumber SMKPP 14 (1) berjaya di ubahsuai, supaya lebih ceria dan menarik
minat pelajar untuk berkunjung ke Pusat Sumber.

Tindakan: Makluman

2. PEMBENTANGAN ISU SEMASA

2.1 Pengerusi meminta ahli JawatanKuasa Kerja Induk dan ahli mesyuarat supaya dapat
menyediakan dan meneliti perkara-perkara yang berikut :
a) Carta Organisasi Induk
b) Carta Organisasi Kerja
c) Jadual Bertugas Pengawas Pusat Sumber
d) Pelancancaran Pembugaran Nilam
e) Takwim Pusat Sumber

2.1.1 Datin Nor Hayati Bt Zakaria memaklumkan pesanan daripada En Faizal untuk menambah baik
Pusat Sumber terutama dari segi susunan rak dan sudut papan tanda Pusat Sumber agar pusat sumber
menampakkan perubahan yang baharu.

Tindakan : Penyelaras NILAM

2.1.2 Datin Nor Hayati Binti Zakaria juga berpesan kepada semua ahli jawatankuasa supaya memilih
tarikh Pembugaran Nilam pada tahun 2022 secepat mungkin kerana tarikh yang sepatutnya telah
berlalu. Bagi program Nilam pada tahun ini perlu banyak fokus terhadap murid tingkatan 1 kerana
murid tingkatan 1 belum didedahkkan lagi cara perekodan nilam, cara penullisan dan pengiraan
NILAM.

Tindakan: Penyelaras NILAM

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya


1 Jun 2011 - Kel. 02 | Pin. 00
PK11 Pengurusan Mesyuarat

2.1.3 Cikgu Aminah memaklumkan tentang sudut NILAM di dalam kelas dan NILAM semasa
PDPC. Keputusan mesyuarat sudut NILAM dan NILAM semasa pdpc diteruskan iaitu pada slot
perhimpunan pada hari isnin.

Tindakan :Jawatankuasa NILAM

3. Aktiviti Pusat sumber


Di antara cadangan aktiviti oleh Datin Nor Hayati ialah :
a) Sudut Pusat Sumber perlu ditukar dengan info dan hiasan yang terbaharu bagi tahun 2022.
b) Komputer sewaan telah diletakkan di dalam di bilik tayang pusat sumber sekolah dan
dipertanggunjawabkan oleh Cikgu Syareza Azreen bt Samad.

Tindakan : Penyelaras Pusat Sumber dan AJK

3.1.1 Pengerusi menjemput Setiausaha AJK Induk Pusat Sumber Cikgu Nur zahidah untuk memberi
sedikit taklimat tentang perancangan aktiviti tahunan pusat sumber.

3.1.2 Di antara perancangan aktiviti tahunan pusat sumber yang dikemukakan oleh Cikgu Nur Zahida
dan telah ditambah baik mengikut cadangan Penolong Kanan adalah seperti berikut :

BIL PERKARA CADANGAN TARIKH PERLAKSANAAN


1. Pembugaran NILAM 10 Mei 2022
2. Program “Jom Baca Sekejab” Setiap hari rabu

3. Mesyuarat Pusat Sumber 4 kali mesyuarat:


1) 8 April 2022
2) 23 Jun 2022
3) 23 September 2022
4) 25 januari 2022
4. Pertandingan E Poster sempena 13 Mei 2022
Hari Guru

5. Watikah Perlantian Pengawas 15 Mei 2022


6. Majlis Pelancaran Dekad 16 Mei 2022
Membaca
7. Kempen Galakan Membaca 15 Ogos 2022
(NILAM) & Minggu Pusat
Sumber Sekolah
8. Pertandingan Bercerita 18 Ogos 2022
sempena minggu PSS
9. OPS NILAM 12 September 2022
10. Pertandingan Bilik Akses 3 Oktober 2022
dan Pertandingan Sudut
Nilam
11. Pertandingan E kad Raya 29 April 2022

12. Mesyuarat Agung Pengawas 13 April 2022


Pusat Sumber
13. Gotong Royong PSS Sebanyak 3 kali
11 April 2022

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya


1 Jun 2011 - Kel. 02 | Pin. 00
PK11 Pengurusan Mesyuarat

14. Anugerah NILAM dan 1 September 2022


Pengawas PSS Terbaik
Bulanan (Apr-Ogos)
15. Anugerah NILAM dan (Sept – Jan) 1 Februari 2023
Pengawas PSS Terbaik
Bualanan
16. Jamuan Akhir Tahun Februari tahun 2022
Pengawas Pusat Sumber
17. Temuduga Pengawas 1 Disember 2022
Percubaan Pusat Sumber
18. Majlis Orientasi Pengawas 1 Februari 2022
Percubaan Pusat Sumber
19. Anugerah Pusat Sumber Disember 2022

Tindakan: Makluman

4. NILAM

4.1 Pengerusi memakluman tentang kotak bakul yang digunakan untuk meletakkan bahan bacaan
nilam ditukarkan kepada kotak supaya kelihatan lebih kemas dan teratur.

4.1.1 Taklimat NILAM perlu difokuskan kepada murid tingkatan 1 terdahulu memandangkan mereka
belum didedahkan dengan NILAM yang telah dijalankan oleh pihak pusat sumber sekolah.

4.1.2 Terdapat perubahan dan penambahan bagi AJK NILAM bagi tahun 2022 semoga AJK NILAM
tahun 2022 dapat bekerjasama dan

4.1.3 Pengerusi menegaskan bahawa tiada sebarang aktiviti PdP dijalankan di dalam Pusat Sumber
dan guru perlu membimbing pelajar dan menunjukkan cara menulis buku NILAM.

4.1.4 Pengerusi menyatakan DATA NILAM sepatutnya diuruskan oleh guru NILAM bagi kelas
masing-masing bukan menyerahkan 100% kepada AJK NILAM Pusat Sumber.

Tindakan : Penyelaras NILAM & JAWATANKUASA NILAM

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Pengerusi mohon Cikgu Seti Zainab untuk memastikan semua pemakaian Pengawas Pusat
Sumber lengkap beserta dengan tanda nama kerana Watikah Pelantikan Pengawas akan diadakan
pada 13 mei 2022.

Penyelaras Pengawas Pusat Sumber

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya


1 Jun 2011 - Kel. 02 | Pin. 00
PK11 Pengurusan Mesyuarat

5.2 Pengerusi mencadangkan supaya setiap orang AJK Pusat Sumber untuk mengadakan satu
program untuk Pusat Sumber. “Satu AJK Satu Program.
AJK Pusat Sumber

5.3 Pengerusi memohon untuk adakan rak rujukan di atas permintaan Ketua Panitia untuk meletakkan
buku rujukan mereka.

Penyelaras Pusat Sumber

5.4 Cikgu Shareza dipertanggungjawabkan untuk menguruskan TV Astro di Pusat Sumber.


Penyelaras TV PSS

5.4 Sumbangan duit RM500 dan set sofa untuk bilik TV PSS akan diberikan dan Penyelaras Bilik
Tersebut perlu memastikan dari semasa ke semasa kemudahan dan peralatan di dalam bilik TV
tersebut
Tindakan : GPM

6.0 UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 Pengerusi juga berharap agar kerjasama yang erat antara semua JK untuk meningkatkan
keceriaan PSS.

Tindakan: Makluman

PENUTUP

Pengerusi menangguhkan mesyuarat dengan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir dan
berharap pusat sumber sekolah akan lebih cemerlang pada masa akan datang. Mesyuarat
ditangguhkan pada jam 1:30 petang.

Disediakan oleh,

....................................
(NURZAHIDAH BT ZAMAT)
Guru Media dan Perpustakaan,
Pusat Sumber
SMK Putrajaya Presint 14(1)

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya


1 Jun 2011 - Kel. 02 | Pin. 00

You might also like