Cover Letter To Cikgu Sejarah

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PUAN NORAIDAH BINTI ABU

GURU TINGKATAN 6,
SMK DATO’ SRI AMAR DIRAJA,
JALAN TUNKU BENDAHARA,
KAMPUNG SRI AMAR DIRAJA,
84000 MUAR, JOHOR.   30 Mac 2019

Puan,

PERMOHONAN PENYEMAKAN DAN PEMBETULAN BAGI KERJA KURSUS SEJARAH STPM 2019

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman puan, saya Aina Syuehada Binti M Azri merupakan calon persendirian yang berpusat di
SMK Dato’ Sri Amar Diraja, ingin memohon penyemakan dan pembetulan bagi kerja kursus Sejarah STPM 2019. Saya
telah dimaklumkan puan merupakan guru dan pemeriksa kerja kursus Sejarah 2019 bagi calon persendirian yang
dilantik oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) .

3. Dokumen ini dihantar secara pos kerana kesukaran untuk menghantar dokumen secara fizikal kepada
pemeriksa disebabkan kekangan masa dan faktor lokasi kawasan kediaman calon yang jauh daripada pusat yang telah
didaftarkan. Bersama-sama ini disertakan dokumen kerja kursus Sejarah untuk penilaian dan pembetulan puan
sebelum tarikh akhir kerja kursus 9 April 2019.

4. Perhatian dan kerjasama puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian,terima kasih.

( AINA SYUEHADA BINTI M AZRI )


Calon Persendirian STPM 2019,
SJ0503/3001 SMK Dato’ Sri Amar Diraja

You might also like