Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

20 Januari 2011

Nama dan alamat pelatih JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA


KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA ARAS 2-5, BANGUNAN ZETRO JALAN 9/27C SEKSYEN 5, WANGSA MAJU 53300 KUALA LUMPUR. Tuan/Puan, SURAT PEMBERITAHUAN PENGECUALIAN DARIPADA MENJALANI PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN) KUMPULAN 1 SIRI 8/2011. Merujuk perkara di atas, adalah saya, Mohd Afif Ameer Bin Zulkifli, pelatih PLKN bagi kumpulan 1 Siri 8/2011 di Kem Latihan Indra Pahlawan, Maran, Pahang diberi pengecualian daripada menyertai PLKN yang bermula pada 2 Januari 2011. 2. Berdasarkan pemeriksaan kesihatan yang dilakukan pada 30 Disember 2010 yang lalu, saya telah diberi peluang untuk menangguh program tersebut oleh pegawai perubatan di klinik kesihatan kerajaan atas sebab masalah kesihatan dan tidak cergas untuk menjalani program tersebut. Manakala pemeriksaan lanjutan yang telah dilakukan pada 19 Januari 2011 yang lalu di Hospital Tengku Ampuan Afzan, doktor telah memberi pengecualian kepada saya untuk tidak menyertai PLKN. 3. Untuk makluman saya telah mengalami kecederaan dibahagian bahu saya dan ia dikenali sebagai recurrent bilateral shoulder dislocation. Saya telah mengalami kecederaan ini pada tahun 2009 dan ia menjadi semakin teruk apabila saya mewakili pasukan ragbi negeri Pahang pada bulan Jun 2010. Kecederaan yang saya alami tidak membolehkan saya melakukan aktiviti fizikal yang lasak kerana ia akan memberi kesan kepada kedua-dua belah bahu saya.

4. Oleh yang demikian saya ingin memaklumkan pihak tuan bahawa saya diberi pengecualian oleh doktor untuk tidak menyertai PLKN kerana keaadan kecederaan saya adalah kekal dan memerlukan pembedahan untuk memulihkan semula bahu saya. Disini juga saya sertakan surat akuan doktor yang memberitahu akan kondisi kecederaan saya. 5. Akhir sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan kerana menyenaraikan saya sebagai salah seorang pelatih PLKN untuk sesi ini dan saya amat berduka cita kerana tidak dapat menyertainya. Sekian, terima kasih. Yang Benar,

_____________________________ Nama NO. K.P. PELATIH PLKN SIRI 8/2011.

You might also like