Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SMA DARIL IKTISAM

KERTAS KERJA
PROGRAM KECERIAAN SURAU SYEIKH RAMLI

TARIKH

14 November 2019

TEMPAT

Surau Syeikh Ramli


SMA Daril Iktisam

ANJURAN

Panitia Dini / KBD


KERTAS KERJA
PROGRAM KECERIAAN SURAU SYEIKH RAMLI

1.0 PENGENALAN

Program keceriaan surau Syeikh Ramli melibatkan semua guru


Dini/KBD sebagai pelaksana. Program ini dirancang bertujuan untuk
menceriakan surau supaya menjadi lebih menarik, kemas dan teratur.

2.0 RASIONAL

Rasional program keceriaan surau ini dilaksanakan untuk


menceriakan surau agar lebih menarik disamping memastikan surau
sentiasa kemas dan teratur.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memastikan surau sentiasa kemas dan teratur.


3.2 Membuat penambahbaikan kelengkapan dan keceriaan alatan surau.
3.3 Memudahkan pelaksanaan program-program yang dianjurkan oleh
Panitia Dini/KBD.
3.4 Menyuburkan semangat cintakan surau dalam kalangan murid
melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
3.5 Meningkatkan keceriaan dan keindahan surau sebagai salah satu
tanda syiar Islam yang agung.
3.6 Melahirkan murid yang sayang dan cinta kepada surau seterusnya
menjadikan surau dekat di hati murid-murid.
3.7 Membina semangat kerjasama antara pihak sekolah, PIBG, guru,
murid-murid dan masyarakat dalam usaha mengimarahkan surau
sekolah.

1
4.0 BUTIR-BUTIR PROGRAM

4.1 TARIKH

14 November 2019

4.2 HARI

Khamis

4.3 TEMPAT

Surau Syeikh Ramli

5.0 AHLI JAWATANKUASA SURAU

JAWATANKUASA PROGRAM KECERIAAN SURAU

Penaung : En. Khubaib bin Ramli


( Pengetua )

Pengerusi : En.Abdul Haris bin Ibrahim


(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid )

Timb.Pengerusi I : En. Abdul Rahman bin Abidin


(Penolong Kanan Pentadbiran)

Timb.Pengerusi II : En. Ahmad Lutfi bin Abdullah


( Penolong Kanan Ko-Kurikulum )

Timb.Pengerusi III : En. Rahim bin Jusoh


( Penolong Kanan Tingkatan 6 )

Setiausaha : Pn. Rohani binti Abu Hassan

Bendahari : Pn. Iman bt Ramli

Ahli Jawatankuasa : En. Syahril bin Ab Azir


En.Mohd Hafizal bin Harun
En. Abdul Muiz bin Samsul Bahari
En. Ribhi bin Abdull Sattar
Pn. Fatimah bt Safar
Pn. Nurhidayah bt Abd Manaf
2
6.0 ATURCARA PROGRAM

7.45 Pagi Taklimat kepada pelajar

8.00 Pagi Pembahagian Tugas kepada pelajar

8.10 Pagi Program bermula

1.30 Petang Selesai

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Sumber Peruntukkan

1. Peruntukkan Wang Kegiatan Pendidikan Islam RM 542.48

Anggaran Perbelanjaan

1. Rak al-quran 1 x RM232.00 RM232.00


2. Microfon klip 1 x RM70.48 RM 70.48
3. Banner surah Sajadah & Insan 1 x RM40.00 RM 40.00
4. Yasin & maksurat 100 x RM 1.50 RM150.00
5. ABM Surau 10 x RM5.00 RM 50.00

JUMLAH KESELURUHAN RM542.48

3
8.0 PENUTUP

Dengan pelaksanaan program ini, diharapkan dapat memberikan manfaat kepada


semua pihak dan mencapai matlamat dan objektif program yang telah
disasarkan.Pihak jawatankuasa Program Keceriaan Surau Syeikh Ramli
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak
atas sumbangan kewangan, buah fikiran, tenaga dan sumbangan material dalam
menjayakan program ini. Pihak jawatankuasa juga yakin dan percaya program ini
dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna sebagaimana yang dirancang
dan akan mencapai segala objektif yang telah digariskan hasil komitmen dan
kerjasama yang ikhlas semua pihak yang terlibat dari awal hingga akhir program
ini. Semoga usaha murni ini akan mendapat limpahan rahmat, inayah dan barakah
daripada Allah S.W.T. Insya-Allah.

Disediakan oleh:

......................................
( Rohani bt Abu Hassan )
Setiausaha,
Program Keceriaan Surau Syeikh Ramli
SMA Daril Iktisam

Disemak oleh :

......................................
( Abdul Haris bin Ibrahim )
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SMA Daril Iktisam

Diluluskan oleh:

................................
( Khubaib bin Ramli )
Pengetua
SMA Daril Iktisam

You might also like