Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MUTIARA

81100 JOHOR BAHRU, JOHOR

KERTAS KERJA
PROJEK SANTAI BESTARI

TARIKH :
SEPANJANG TAHUN 2018

TEMPAT :
KELAS DIDIK BESTARI
(KELAS PEMULIHAN KHAS SKBM)

ANJURAN :
JAWATANKUASA LINUS DENGAN KERJASAMA
JAWATANKUASA PEMULIHAN KHAS
SK BUKIT MUTIARA
PROJEK SANTAI BESTARI SK BUKIT MUTIARA

1.0 PENDAHULUAN
Kerja rumah merupakan tugasan yang diberikan oleh guru kepada pelajar
untuk disiapkan di luar waktu persekolahan. Kerja rumah merupakan satu
komponen yang penting dalam suatu proses pembelajaran. Kerja rumah
berfungsi sebagai latihan kepada pelajar dan melangkaui kerja yang dilakukan di
dalam kelas. Walaupun terdapat pandangan yang berbeza mengenai kebaikan
kerja rumah, kerja rumah masih dapat menyumbang kepada pencapaian
pelajar.
Oleh itu, Projek Santai Bestari adalah salah satu projek cuti terancang
berbentuk kerja rumah yang akan diberikan kepada murid-murid LINUS pada
setiap kali cuti umum yang melebihi tempoh tiga hari.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Santai Bestari ini diharapkan dapat :
 Meningkatkan prestasi pembelajaran murid
 Latih tubi kepada murid untuk mengukuhkan ingatan murid terdapat
pembelajaran lepas
 Memberi persediaan kepada murid untuk menjalani Saringan LINUS
 Meningkatkan kemahiran 4M murid

3.0 ANJURAN
Jawatankuasa LINUS dengan kerjasama Jawatankuasa Pemulihan Khas SK
Bukit Mutiara 2018

4.0 CARA PELAKSANAAN


Murid akan dibekalkan set cuti terancang yang perlu disiapkan sepanjang
tempoh cuti sekolah bersesuaian dengan kemahiran dan tahap murid. Murid
yang berjaya menyiapkan dengan cemerlang set cuti terancang tersebut akan
diberikan hadiah sebagai motivasi.

5.0 TEMPOH PELAKSANAAN

SIRI 1 : 15 Februari – 19 Februari 2018 (5 hari)


SIRI 2 : 16 Mac – 25 Mac 2018 (10 hari)
SIRI 3 : 8 Jun – 23 Jun 2018 (16 hari)
SIRI 4 :17 Ogos – 25 Ogos 2018 (9 hari)

6.0 KUMPULAN SASARAN


Murid-murid pemulihan khas SK Bukit Mutiara

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil. Perkara Jumlah Catatan
-
1. Hadiah
RM 20 x 4 SIRI RM80
Jumlah RM 80.00

8.0 SUMBER KEWANGAN


Panitia Bahasa Melayu (RM40)
Panitia Matematik (RM40)

9.0 PENUTUP
Semoga projek yang dirancang ini mencapai objektif yang digariskan
dan mendapat sokongan serta kerjasama dari semua pihak sama ada
yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakannya

Disediakan oleh, Disokong oleh,

................................................ ................................................
.
(NUR IZZAH BINTI SAUTI ) (JALILAWATI BT JAMIAN)
Guru Pemulihan NKRA GPK Pentadbiran
SK Bukit Mutiara SK Bukit Mutiara

Diluluskan / Tidak Diluluskan,

……………………………………………..
(NOOR HUDA BINTI HAMID)
Guru Besar,
SK Bukit Mutiara

You might also like