Proses Permohonan KWSP

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

PROSES PERMOHONAN KWSP

1. Pelajar muat turun dan mengisi borang KWSP - Borang Permohonan KWSP

2. Kaedah Bayaran ada 2:

a) Bendahari UUM: Penolakan terus daripada KWSP ke UUM, pelajar perlu tandakan ✅ pada
bahagian Bendahari UUM dan menyatakan jumlah RM___.
b) 2.Tuntutan semula:

Pelajar hendaklah membuat bayaran yuran terlebih dahulu, kemudian tuntut semula dari
KWSP (sila lampirkan bukti resit bayaran) tandakan ✅ pada bahagian tuntutan semula dan
menyatakan jumlah RM__.

3. Isikan alamat lengkap dan alamat hendaklah yang terkini.

4. Pelajar boleh menggunakan perkhidmatan Poslaju/ABX, pelajar perlu membuat bayaran RM10
(Semenanjung) / RM12 (Sabah/Sarawak) untuk proses pengeposan. (lampirkan bukti resit bayaran)
Untuk pengeposan bersetem tidak dikenakan bayaran.

Bayaran pengeposan tersebut perlu dibuat ke akaun Bank Islam, atas nama Uniutama Education &
Consultancy (UECSB), no akaun: 02093010007784.

Bayaran boleh dibuat melalui pindahan ATM/mesin CDM/online transfer/kaunter bank. Resit
bayaran tersebut perlu diemelkan bersama borang permohonan.

5. Permohonan ini perlu diemelkan kepada Puan Aunie Syamimie di emel aunie@uum.edu.my

Nota: Pelajar disarankan membuat permohonan KWSP seawal Pertemuan Pertama setiap semester
bagi mengelakkan kelewatan kerana proses pengeluaran KWSP mengambil masa 21 hari bekerja.

� Untuk makluman, pihak KWSP hanya menerima surat asal dari PACE sahaja. Walau
bagaimanapun, ia tertakluk kepada budi bicara pihak KWSP.
� Bagi pelajar semester 1, yuran pendaftaran RM 583 boleh dituntut semula dari KWSP pelajar.
Untuk yuran proses permohonan tidak boleh dituntut semula.

� Urusan surat-menyurat bagi pengeluaran KWSP akan diproses dalam tempoh 5-7 hari bekerja.
Pelajar boleh membuat semakan surat tersebut melalui email (softcopy) terlebih dahulu bagi
mengelakkan kesalahan atau kesilapan maklumat.

� Pelajar boleh membuat pengeposan untuk 1 alamat sahaja sekiranya pelajar berada di alamat
yang sama.

You might also like