Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 31

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

GGGE3403 FOTOGRAFI
SEMESTER 2 SESI 2021/2022

TAJUK TUGASAN:
TOKOH AKADEMIK UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
DR. NASRUDDIN BIN YUNOS

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA AHLI KUMPULAN NO. MATRIK
MUNIRAH HANI BT MOHD HALMI A174232
ASMA’ BT HANAFIAH A173483
MOHAMMAD SYAZWAN B AHMAD ROSMINI A175425
NOR FARAHAIN BT NORZAM A188648
WAN FARAH ALEEYA NATASHA BT MOHD AZMI A188860

DISEDIAKAN UNTUK:

LT. KOL. MOHD JASMY BIN ABDUL RAHMAN


ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Muka Surat

1 Prakata 3

2 1.0 Pengenalan 4-6

3 2.0 Latar Belakang Keluarga 7-8

4 3.0 Latar Belakang Pendidikan 9-13

5 4.0 Pembinaan Kerjaya 14-19

6 5.0 Kejayaan dan Sumbangan 20-23

7 6.0 Perancangan dan Harapan 24-25

8 7.0 Penutup 26

9 Rujukan 27-30

10 Lampiran 31

2
PRAKATA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kami ucapkan sebagai pembuka kata dalam
kajian tokoh akademik GGGE 3043 Kursus Fotografi bagi semester 2 sesi 2021/2022.
Kami, Munirah Hani binti Mohd Halmi, Asma’ binti Hanafiah, Mohd Syazwan bin
Ahmad Rosmini, Nor Farahain binti Norzam dan Wan Farah Aleeya Natasha binti
Mohd Azmi berasa sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk menjalankan kajian
tokoh akademik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Segala puji dan syukur
kehadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat kami menyiapkan hasil kajian ini dengan
jayanya.

Pertama sekali, kami ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Dr.
Nasruddin Bin Yunos kerana sudi meluangkan masa untuk ditemu bual, meskipun
sibuk dengan urusan kerja yang lain. Mujurlah dengan kemudahan dan norma baharu
kini, temu bual bersama beliau telah dijalankan secara maya selepas mengambil kira
kesesuaian masa dan lokasi semua pihak. Pelbagai maklumat berkaitan beliau dan
nasihat berguna yang kami perolehi sepanjang temu bual yang diadakan. Hasil
kerjasama dan komunikasi yang baik antara kami dan Dr Nasruddin, laporan tokoh
akademik ini berjaya ditulis dan dilengkapkan bagi memenuhi keperluan kursus

Tidak lupa juga dalam kesempatan ini, kami ingin berterima kasih kepada
pensyarah Kursus Fotografi, Lt. Kol. Mohd Jasmy bin Abdul Rahman, kerana banyak
membantu kami sepanjang proses menyiapkan laporan ini. Segala tunjuk ajar dan
dorongan beliau amatlah kami hargai. Akhir kata, segala kekurangan yang dilihat dalam
laporan ini adalah murni kedangkalan kami. Justeru, kami bersedia menerima
pandangan untuk menambah baik laporan ini pada masa akan datang.

3
1.0 PENGENALAN

Tugasan berkenaan dengan laporan tokoh akademik ini telah disempurnakan


dengan meneliti latar belakang seorang pensyarah akademik di Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) dalam beberapa aspek yang berkait rapat dengan beliau. Pada
awalnya, kami telah bertanya kepada lebih kurang 4-5 orang pensyarah tersohor di
UKM namun tiada seorang pun yang berkelapangan untuk ditemubual disebabkan oleh
kekangan masa serta terdapat banyak perkara yang tidak dapat diselesaikan dalam
waktu yang singkat.

Namun begitu, kami telah diberi peluang untuk menemubual seorang pensyarah
iaitu Dr. Nasruddin Bin Yunos. Beliau merupakan seorang pensyarah yang mempunyai
banyak pengalaman. Kami memilih untuk menemubual Dr Nasa adalah disebabkan
beliau mampu menjadi seorang pensyarah di UKM ketika usia yang muda. Ianya amat
memberikan inspirasi kepada kami untuk terus berusaha dengan lebih gigih dalam
mendalami ilmu yang diberikan.

Khususnya, kami telah menemubual dengan bertanyakan beberapa soalan


ringkas, pendapat serta maklum balas daripada pensyarah tersebut. Kami melakukan
temu bual ini menerusi beberapa platform seperti Microsoft Teams dan WhatsApp
secara berkumpulan kerana ianya lebih memudahkan dan menjimatkan masa pensyarah
itu sendiri. Sejujurnya, Dr Nasa amat memberikan kerjasama yang sangat baik dalam
sesi temubual secara berkumpulan yang kami lakukan. Ianya membantu kami dalam
menerima maklumat yang banyak dengan lebih cepat, kemas dan tersusun.

Sesi temubual bersama Dr Nasa dimulakan dengan pertanyaan berkenaan


dengan latar belakang diri dan juga keluarganya. Melalui temubual ini, kami dapat
mengenali Dr Nasa dengan lebih terperinci. Soalan-soalan yang ditanyakan berkenaan
dengan diri dan keluarga beliau adalah soalan yang biasa sahaja dan bukannya berkaitan
dengan hal-hal yang terlalu peribadi. Sememangnya, keluarga Dr Nasa ini juga bukan
orang yang biasa-biasa sahaja tetapi sememangnya merupakan sebuah keluarga yang
cinta akan ilmu pendidikan.

Seterusnya, bahagian yang kedua adalah melibatkan latar belakang pendidikan.


Seperti yang kami tahu, Dr Nasa ini sudah banyak pengalaman dalam bidang
pendidikan dan bukannya mudah untuk mencapai sehingga ke tahap yang dia telah
berjaya sekarang. Oleh itu, menerusi temubual berkenaan dengan latar belakang

4
pendidikan beliau kita dapat lihat bahawa Dr Nasa sememangnya merupakan individu
yang tekun dan gigih dalam pelajaran yang beliau lakukan. Bukan itu sahaja, beliau
turut mendengar kata serta mendapat dorongan dan sokongan yang begitu kuat daripada
ibu dan bapanya untuk capai sehingga ke tahap ini.

Bahagian yang ketiga ini pula melibatkan latar belakang kerjaya. Melalui
soalan-soalan yang diajukan berkenaan dengan latar belakang kerjaya ini, kami
mendapati bahawa Dr Nasa sememangnya seorang yang sangat gigih dan mempunyai
semangat dalam bidang pendidikan yang sangat tinggi. Kami telah mengetahui bidang
kerjaya yang telah diceburi oleh beliau dengan lebih rapi serta turut mengetahui
perjalanan beliau untuk berada dan digelar sebagai Dr Nasa. Bukan itu sahaja, melalui
sesi temubual bersama beliau, kami juga telah mengetahui beberapa jenis penerbitan
yang dilakukan oleh beliau bersama beberapa orang rakan setugasnya. Ianya
merupakan sesuatu yang amat membanggakan dengan disiplin yang tinggi untuk
menghasilkan penerbitan yang sangat banyak dan berguna buat ramai pihak.

Selanjutnya, kejayaan dan sumbangan merupakan bahagian keempat dalam sesi


temubual bersama Dr Nasa. Bahagian ini dilaksanakan adalah untuk mengetahui apa
jua pencapaian yang telah diraih oleh beliau sebelum dan semasa berada di dalam
bidang pendidikan serta sebagai seorang pensyarah di UKM. Pastinya menerusi sesi
temubual berkenaan dengan kejayaan dan sumbangan ini kami dapat melihat bahawa
beliau turut mempunyai sumbangan yang besar kepada UKM sebelum tempoh menjadi
seorang pensyarah lagi. Kejayaan yang diraih beliau bukanlah suatu perkara yang
mudah untuk dicapai kerana pastinya ia memerlukan usaha dan semangat juang yang
tinggi sekali gus memupuk minat yang mendalam dalam diri beliau sendiri.

Lanjutan daripada itu, sesi temubual yang terakhir adalah berkaitan dengan
cadangan dan harapan beliau pada masa yang akan datang tidak kiralah sama ada dari
segi kerjaya ataupun kehidupan beliau itu sendiri. Temubual ini telah menunjukkan
kepada kami bahawa beliau mempunyai cadangan yang baik serta mampu menaikkan
semangat untuk melakukan apa sahaja yang kita inginkan sehingga memperoleh
kejayaan. Tidak ketinggalan juga beliau memiliki harapan yang sangat tinggi dalam
bidang kerjaya yang beliau sedang ceburi. Namun begitu, beliau percaya dengan minat
serta usaha yang tinggi pasti mampu mencapai apa yang diinginkan selama ini. Selaras
dengan itu, berkat kesabaran serta restu daripada kedua ibu bapanya yang sentiasa

5
mahukan yang terbaik buat dirinya juga memberi satu inspirasi dan aura positif dalam
jiwa beliau untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik tanpa berputus asa. Bukan itu
sahaja, beliau turut memberi beberapa nasihat kepada kami untuk tidak duduk di dalam
situasi yang terlalu selesa kerana ia sedikit sebanyak membantutkan proses kematangan
di dalam diri seorang mahasiswa/wi itu sendiri.

6
2.0 LATAR BELAKANG KELUARGA

Dr. Nasruddin Bin Yunos dilahirkan pada 13 September 1973 di Mekah. Beliau
dibesarkan sehingga berusia enam tahun kerana bapa beliau masih melanjutkan
pelajaran di sana. Kemudian, beliau pulang ke tanah air untuk belajar di Sarawak.
Selepas berusia 12 tahun, beliau kembali ke negeri asalnya, Perlis, untuk menuntut ilmu
di sekolah menengah. Beliau merupakan anak kedua daripada lapan adik-beradik, di
mana dua daripadanya perempuan dan enam orang lelaki. Beliau gemar mengembara
ke tempat baharu kerana ia membolehkan beliau keluar dari zon selesanya dan
meneroka perkara baharu. Beliau telah melawati Istanbul di Turki, Beijing di China,
Thailand dan beberapa lokasi lain di seluruh dunia. Bagaimanapun, hasrat beliau adalah
melancong ke Afrika untuk memerhati realiti seorang manusia menjalani kehidupan.

Mekah, Arab Saudi

7
Bendera Perlis Indera Kayangan

Walaupun berasal dari keluarga yang sederhana, beliau sangat bersyukur


dilahirkan dalam keluarga yang harmoni dan kerjayanya yang berjaya. Meskipun,
kakak beliau merupakan seorang suri rumah tangga, tetapi suaminya adalah bekas
pensyarah. Manakala, adik ketiga dan keempat beliau pula merupakan guru sekolah.
Selain itu, adik kelima beliau bekerja sebagai juruteknik serta adik ketujuh dan kelapan
adalah ahli perniagaan yang berjaya.

Dr Nasruddin telah berkahwin selama beberapa tahun apabila beliau bertemu


isterinya sebagai rakan sekelas semasa beliau melanjutkan pengajian di peringkat
Doktor Falsafah di United Kingdom. Isteri beliau kini telah menjadi seorang pensyarah
di sebuah institusi pendidikan. Mereka telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu dua
orang lelaki dan dua orang perempuan.

Anak sulung mereka merupakan seorang perempuan yang kini telah memasuki
usia 19 tahun dan anak bongsu beliau juga seorang perempuan yang berumur 13 tahun.
Selain itu, anak kedua dan ketiga beliau merupakan remaja lelaki yang masing-masing
berumur 16 tahun dan berumur 14 tahun.

8
3.0 LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Dr. Nasruddin Bin Yunos atau lebih mesra disapa dengan panggilan Dr Nasa
telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Bantuan Rakyat Tupong, Kuching,
Sarawak dari Tahun 1 hingga Tahun 6 pada tahun 1979-1985 yang kini telah diberi
nama baru iaitu Sekolah Kebangsaan Rakyat Tupong selepas diambil alih oleh pihak
kerajaan. Sepanjang persekolahan dari Tahun 1 hingga Tahun 6, Dr Nasa menceritakan
bahawa beliau mengalami kesukaran untuk memahami bahasa atau dialek Sarawak
ketika berada di sekolah.

Akan tetapi, kesukaran itu bukanlah menjadi penghalang terbesar buat beliau
dalam meraih keputusan yang cemerlang di dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang
mana beliau adalah satu-satunya pelajar yang mendapat keputusan 5A bermula sekolah
tersebut dibangunkan oleh rakyat sehinggalah penilaian tersebut dimansuhkan. Berkat
dan inspirasi kejayaaan yang dicapai oleh Dr Nasa ini telah membuka hati seorang
rakan kampungnya untuk menamakan juga anaknya sempena dengan nama Dr Nasa.

Sekolah Rendah Bantuan Rakyat Tupong, Sarawak

Seterusnya, setelah Dr Nasa menamatkan pengajian Tahun 6, Dr Nasa


memberitahu kami bahawa beliau seharusnya menyambung pengajiannya di Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab (SHOAW),
Kuching, Sarawak.

9
Namun, seminggu sebelum bermulanya persekolahan, beliau telah berpindah ke
negeri Perlis bagi melanjutkan pelajarannya untuk Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 dan
beliau turut mengalami kesukaran yang sama iaitu masalah komunikasi dari segi dialek.
Selain itu, Dr Nasa juga menceritakan bahawa beliau juga pernah belajar Bahasa Arab
selama 3 bulan di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan yang mana beliau pergi
ketika seminggu selepas selesainya beliau menjawab peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM).

Pada asalnya, niat sebenar Dr Nasa pergi ke Kelantan bukanlah untuk menuntut
ilmu Bahasa Arab semata-mata kerana beliau sendiri telah mempunyai asas Bahasa
Arab ketika menetap 6 tahun di Madinah akan tetapi niatnya yang sebenar adalah lebih
ke arah untuk bercuti dan berjalan-jalan bersama rakannya.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab


(SHOAW), Kuching, Sarawak

10
Pusat Bahasa Arab, Kelantan

Namun, perkara yang menarik turut berlaku pada Dr Nasa yang mana beliau juga
merupakan antara pelajar yang terbaik di dalam kalangan 2 orang yang mendapat
pangkat tertinggi iaitu Jayyid Jiddan ketika di dalam peperiksaan walaupun niat asalnya
bukanlah untuk menuntut ilmu Bahasa Arab. Setelah menamatkan pengajian Bahasa
Arab selama 3 bulan, Dr Nasa telah kembali ke Perlis dan menyambung pengajiannya
pula di Tingkatan 6 selama 3 bulan walaupun pada ketika itu Dr Nasa telah pun
mendapat keputusan SPM yang cemerlang dengan meraih keputusan 6A 1 aggregat
sekali gus juga merupakan pelajar SPM terbaik di sekolah tersebut.

Dengan berbekalkan keputusan SPM yang cemerlang, Dr Nasa amatlah yakin


bahawa beliau mempunyai peluang yang tinggi untuk diterima masuk di mana-mana
Institusi Pengajian Tinggi yang lain.

Hal ini terbukti apabila Dr Nasa mencuba nasibnya untuk memohon matriks di
Universiti Islam Antarabangsa di dalam program Islamik tetapi ketua penemuduga
sendiri telah meminta beliau untuk menukar program tersebut kepada program Undang-
undang yang jauh lebih susah untuk dimohon dengan alasan bahawa keputusan SPM
Dr Nasa yang cemerlang adalah sama taraf dengan jurusan tersebut. Oleh itu, Dr Nasa
telah membuat keputusan untuk meneruskan pengajiaannya di matriks UIA berbanding
meneruskan pengajiannya di Tingkatan 6.

Namun begitu, seminggu sebelum peperiksaan akhir bagi semester 1, Dr Nasa


memberitahu bahawa beliau telah terbang ke Madinah kerana beliau mendapat tawaran

11
untuk meneruskan pengajiannya di dalam Sarjana Muda Syariah di Universiti Islam
Madinah pada tahun 1991-1996.

Universiti Islam Madinah, Arab Saudi

Pada tahun 1996, Dr Nasa telah kembali ke Malaysia sebaik sahaja beliau
menamatkan pengajian Sarjana Mudanya lalu memilih jalan untuk mengajar selama
setahun di sekolah sebagai seorang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) akibat
dirinya yang kehabisan duit belanja dan juga merupakan cadangan daripada ibunya
sendiri. Pada tahun 1997 pula, Dr Nasa juga telah mendapat tawaran dan menjadi
seorang pensyarah kontrak di Institut Teknologi MARA. Pada tahun 1998 pula, Dr
Nasa telah lapor diri di Universiti Kebangsaan Malaysia bagi meneruskan kariernya
sebagai seorang pensyarah.

Kemudian, pada tahun 1999 beliau telah meneruskan pengajiannya di peringkat


sarjana di Universiti Malaya di dalam bidang pengajian peradaban dengan bantuan
biasiswa yang diberikan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Setelah Dr Nasa berjaya
mengakhiri pengajian sarjana di Universiti Malaya pada tahun 2002, beliau telah
menghadirkan diri untuk temuduga biasiswa bagi menyambung pengajiannya di
peringkat Doktor Falsafah ketika di tahun 2008.

12
University of Wales Trinity Saint David, United Kingdom

Dr Nasar berjaya menjadi satu-satunya pelajar sains sosial yang mendapat tawaran
biasiswa tersebut bagi menyambung pengajiannya di University of Wales, Trinity Saint
David, United Kingdom di dalam pengajian peradaban. Setelah 4 tahun menimba ilmu
di sana, beliau berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dan bergraduasi dengan
Graduate On Time (GOT) untuk PhD dalam jurusan peradaban pada tahun 2013. Dalam
pada itu, kos keseluruhan pengajian beliau telah dibiayai oleh biasiswa.

13
4.0 PEMBINAAN KERJAYA

Perjalanan pembinaan kerjaya Dr Nasruddin bermula apabila beliau telah memohon


untuk bekerja sebagai guru di Jabatan Pendidikan diatas saranan ibunya. Dengan
bantuan yang diperoleh daripada pegawai Jabatan Pendidikan yang pernah
mengajarnya dahulu, proses permohonannya berjalan lancar. Tidak lama selepas
pulang daripada Jabatan Pendidikan, beliau telah dimaklumkan secara panggilan
bahawa beliau telah diterima untuk berkhidmat sebagai guru sandaran tidak terlatih di
sebuah sekolah pada keesokannya. Hal ini disebabkan terdapat kekosongan jawatan
kerana kelas aliran agama baru telah dibuka dan mempunyai masalah tiada guru Bahasa
Arab. Subjek utama yang diajar beliau adalah Pendidikan Islam tetapi beliau juga
mengajar subjek lain seperti sejarah, Bahasa Melayu dan Pendidikan seni visual. Beliau
telah mula mengajar lebih kurang pada pertengahan tahun 1996 sehingga pertengahan
tahun 1997. Selama setahun perkhidmatan beliau sebagai guru, beliau telah
berkesempatan untuk mengajar di 3 buah sekolah. Beliau telah mendapat jadi guru
kontrak selama enam bulan di sebuah sekolah dan menjadi guru ganti sebanyak dua
kali.

Logo MRSM

Beliau amat bersyukur diberikan rezeki untuk mengajar. Kemudian Dr


Nasruddin telah ditawarkan untuk menjadi guru di sebuah sekolah MRSM pada usia
beliau mencapai 24 tahun. Walaubagaimanapun, beliau telah mengambil keputusan

14
untuk menolak tawaran tersebut. Hal ini kerana merasakan dirinya seorang yang panas
baran dan tidak boleh tahan dengan karenah pelajar yang nakal malah merasakan tidak
sesuai untuk menjadi guru di sekolah tersebut. Perkara ini secara tidak langsung telah
menimbulkan persoalan kepada dirinya sendiri tentang apa yang dirinya ingin lakukan
pada masa itu. Kemudian terlintas di fikirannya untuk memohon pula sebagai
pensyarah kontrak di UITM Shah Alam. Permohonan yang beliau lakukan adalah
dengan melalui cara temuramah. Perjalanannya di UITM bermula daripada sebagai
seorang pendatang baru sehingga menjadi penyelaras Bahasa Arab untuk semua
kampus di UITM pada masa itu.

Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam

Pada 1 Disember 1998, Dr Nasruddin telah melaporkan diri di Universiti


Kebangsaan Malaysia (UKM) dan telah berkhidmat selama enam bulan sebelum
membuat keputusan untuk menyambung pelajarannya pada peringkat master. Hal ini
kerana beliau telah dihubungi oleh pensyarah daripada UKM untuk memohon mengajar
di UKM. Beliau berjaya menamatkan Master pada 2002 dan kembali berkhidmat di
UKM sebelum meneruskan pengajian pada peringkat PhD. Setelah menamatkan
pengajian pada peringkat PhD pada tahun 2013, beliau telah pulang ke Malaysia dan
berkhidmat di Pusat Pengajian Umum, Pusat Citra dan terkini dikenali sebagai Pusat
Pengajian Citra UKM. Menurutnya ketiga-tiga pusat ini merupakan pusat yang sama

15
tetapi telah mempunyai tiga nama berlainan. Pusat Pengajian Citra pada masa kini
berada pada taraf yang berbeza apabila telah menjadi bertaraf fakulti.

Pusat Pengajian Citra, UKM

Bagi menjawab persoalan mengenai bagaimana perjalanannya sebagai seorang


pensyarah, beliau menyatakan bahawa dirinya tidak pernah mempunyai perancangan
untuk menjadi seorang pensyarah sebelum ini. Walaubagaimanapun, beliau
mempunyai prinsip hidup dan percaya dengan berpegang teguh bahawa apabila kita
telah menerima tanggungjawab yang telah diberikan orang lain, kita mesti melakukan
yang terbaik untuk melaksanakannya. Prinsip itulah yang beliau pegang semasa
bersetuju untuk menjadi pensyarah.

Menurut Dr Nasruddin, beliau sebenarnya menghadapi beberapa cabaran


semasa menjadi seorang pendidik. Cabaran pertama yang beliau perlu hadapi ialah
perasaan mudah gugup apabila bercakap di hadapan khalayak ramai. Beliau akui akan
berasa mudah sesak nafas apabila mula bercakap di hadapan orang ramai walaupun
pelajar sendiri. Mengimbau kenangan apabila beliau bekerja sebagai seorang guru yang
mengajar pelajar tingkatan 4 di sebuah sekolah yang berada di tepi sawah, beliau
merasakan amat gementar sehinggakan berpeluh semasa mengajar walaupun tidak
panas. Namun disebabkan prinsip dirinya, beliau berjaya menghadapi masalah yang
dihadapinya. Pada tahun 2005, beliau telah berjaya menerima anugerah pengajar
cemerlang di UKM di antara lima orang penerima yang lain.

16
Dr Nasruddin merasakan kebelakangan ini beliau menghadapi cabaran yang
agak berbeza daripada sebelum ini. Beliau merasakan tiada masalah dengan pelbagai
subjek seperti falsafah, sejarah dan psikologi yang perlu diajar. Hal ini kerana telah
dilatih semasa belajar di Arab Saudi untuk belajar pelbagai subjek dan perlu menghafal.
Cabarannya bermula apabila pulang ke Malaysia pada tahun 2013 selepas menamatkan
PhD. Beliau terpinga-pinga dengan sistem baharu yang semakin maju di UKM
sehingga ke hari ini. Menurutnya sistem lama pada tahun 2010 amat berbeza dengan
sistem baharu pada tahun masa kini yang memerlukanya untuk melakukan segala kerja
dalam talian. Selain itu, sistem universiti juga memerlukannya untuk menulis jurnal dan
menerbitkan buku dalam tempoh yang dikehendaki.

Perkara ini secara tidak langsung telah melunturkan semangatnya sebagai


pensyarah. Beliau percaya bahawa dirinya ialah ‘student person’ yang lebih suka
meluangkan masa dan membimbing pelajarnya daripada melakukan perkara lain untuk
diri sendiri. Tambahan pula, beliau pernah berkhidmat sebagai felo selama tujuh tahun
menyebabkan dirinya sentiasa rapat dengan pelajar-pelajarnya. Beliau pula seorang
yang kurang menggemari membuat penulisan sejak daripada kecil dan kini perlu
memenuhi tuntutan untuk membuat penyelidikan. Perkara ini menyebabkan beliau
mengalami konfliks dan bergelut dengan diri sendiri.

Dr Nasruddin mengalami dilema antara perlu memenuhi kehendaknya yang


mengutamakan pelajar-pelajar ataupun memenuhi keperluan universiti yang lebih
kepada penyelidikan dan penerbitan buku. Menurut beliau penerbitan jurnal dan buku
kini termasuk dalam kpi yang perlu dicapai pada setiap tahun. Apabila digalakkan untuk
mengeluarkan buku, beliau terpaksa bergelut sehinggakan pernah terfikir untuk
berhenti dan keluar daripada UKM. Tambahan pula beliau sebenarnya pernah dilamar
oleh beberapa buah universiti untuk berkhidmat di bawah mereka. Beliau pernah
bekerja bagi pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan mempunyai
pengalaman menjadi diantara ‘key person’ untuk kursus tuntas dan falsafah. Selain itu,
beliau berpengalaman dalam memberi latihan kepada para pensyarah baru dan
sebagainya. Hal ini menyebabkan beliau amat dikenali di mana-mana universiti sama
ada universiti awam atau swasta.

17
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Apabila beliau ditanyakan tentang siapakah yang menjadi tulang belakangnya


selama ini bagi mengharungi segala cabaran dan halangan, beliau menyatakan bahawa
keluarga, isteri dan majikannya yang menyokongnya. Permulaannya, beliau
menyifatkan sokongan daripada keluarganya berlaku secara semula jadi kerana beliau
datang daripada keluarga yang mempunyai latar belakang majoritinya pendidik. Selain
itu, beliau mengatakan sentiasa mendapat sokongan daripada isterinya yang juga
merupakan seorang pensyarah di sebuah universiti awam lain. Sepanjang berkahwin,
beliau sentiasa mempunyai teman untuk berbicara tentang perkara yang difikirkan dan
boleh berkongsi pendapat antara satu sama lain.

Berkenalan semasa mengikuti kelas yang sama pada peringkat Doktor Falsafah,
beliau dan isterinya sering berkongsi maklumat dan pendapat tentang falsafah. Isterinya
juga sering merujuk kepada beliau jika mempunyai sebarang persoalan dan masalah
mengenai falsafah. Dengan berkongsi bidang kerja yang sama dengan pasangan iaitu
sebagai pensyarah, beliau merasakan itu antara salah satu sebab yang memberikan
kekuatan kepadanya untuk meneruskan kekuatan. Seterusnya, beliau juga amat
berterima kasih kepada bekas majikannya yang pertama semasa beliau memasuki UKM
iaitu Professor Dr Abdul Latif. Beliau menyifatkan bekas majikannya itu seorang yang
sangat suka memberikan sokongan kepadanya. Jasanya menyebabkan Dr Nasruddin

18
berasa amat kerdil dan amat menghormatinya sehingga ke hari ini walaupun bekas
majikan telah lama pencen. Beliau berbangga dengan cara yang dilakukan oleh
professor untuk mentadbir dan mendidiknya secara tidak langsung.

19
5.0 KEJAYAAN DAN SUMBANGAN

Banyak kejayaan yang telah dicapai sepanjang kerjaya beliau. Antaranya, beliau
telah dinobatkan sebagai Anugerah Pengajar Cemerlang Universiti Kebangsaan
Malaysia pada tahun 2005. Selain itu, beliau juga mendapat Anugerah Akademik
Negara Bahagian Pengajaran, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2015 dan
juga memperoleh Anugerah Perkhidmatan 20 Tahun pada tahun 2019. Namun, beliau
menganggap kejayaan-kejayaan ini hanya satu pencapaian peribadinya sahaja daripada
seorang yang gugup apabila bercakap di hadapan orang ramai sehingga beliau
mendapat pengiktirafan sebegitu. Tahap kemurungan beliau tidak boleh bercakap di
hadapan orang ramai sehingga boleh menjadi sesak nafas. Walau bagaimanapun, beliau
menyahut cabaran tersebut sehingga dinobatkan pelbagai anugerah dalam kerjaya
beliau. Kejayaan sebenar yang paling dibangga oleh beliau apabila anak didikannya
masih ingat nama beliau walaupun bertahun-tahun lamanya tidak bersemuka. Sikap
rendah diri yang ada dalam diri beliau membuatkan beliau menganggap kejayaan-
kejayaan besar yang telah dicapai itu hanyalah pencapaian yang bukan untuk
dibanggakan, tetapi untuk mengingatkan diri beliau supaya sentiasa rendah diri apabila
telah mencapai sesuatu.

Keterlibatan beliau dalam Kementerian Pendidikan Tinggi memberi banyak ruang


kepada beliau untuk berjumpa dengan pensyarah-pensyarah universiti lain. Beliau telah
memberi latihan kepada para pensyarah dengan keterlibatan tersebut sehinggakan
menyahut satu cabaran untuk belajar bahagian teknikal dengan mentafsir dan membuat
soalan.

Logo Kementerian Pengajian Tinggi

20
Kemahiran beliau dalam bahagian teknikal dibawa sehingga ke hari ini.
Contohnya, dalam bidang falsafah, tugas membuat soalan dan cara pembahagian
markah akan diserahkan kepada beliau. Kenangan yang membuatkan beliau gembira
dan bangga apabila pensyarah-pensyarah beliau sendiri semasa menyambung ijazah
sarjana menyerahkan tugas dan percaya dengan kebolehan yang ada dalam diri beliau.
Sama juga di saat beliau berjaya membeli kereta pertamanya iaitu kereta Iswara di usia
yang masih muda lagi hasil daripada usaha beliau sendiri. Sebelum itu, beliau pernah
diketawakan oleh pelajarnya sendiri semasa mengajar di Universiti Teknologi MARA
(UiTM) kerana hanya menaiki motor sahaja ketika itu. Sikap rendah diri beliau yang
tidak pernah pudar dalam diri beliau membuatkan beliau serba salah dengan pencapaian
yang lebih tinggi daripada ayah beliau sehingga berjumpa dengan ibunya untuk
meminta maaf disebabkan perkara tersebut. Tiada apa yang beliau banggakan atas
pencapaian-pencapaian tersebut melainkan sentiasa mengingatkan diri beliau untuk
merendah diri dan ingat dari mana beliau bermula.

Di samping itu, beliau juga banyak memberi sumbangan sepanjang


perkhidmatannya sebagai pensyarah. Beliau pernah menghasilkan buku karyanya
sendiri iaitu Kemahiran Berfikir serta Tamadun Islam dan Tamadun Asia bersama
dengan pengarang-pengarang yang lain. Kemahiran serta ilmu pengetahuan yang luas
yang ada dalam diri beliau sehinggakan beliau dapat mengajar pelbagai kursus iaitu
bidang falsafah, sejarah pemikiran dan juga psikologi. Beliau turut aktif dalam kajian
dan penyelidikan antaranya Kajian Pengenalpastian Model Ramalan serta Penilaian
Faktor yang Mempengaruhi Permintaan Nota Bank di Johor dan Melaka. Beliau pernah
terlibat dalam penerbitan artikel Berita Harian berkenaan dengan UKM salur bantuan
RM80,000 bagi membantu rakyat terkesan semasa pandemik Covid-19.

Selain itu, beliau juga banyak berkhidmat tidak kira luar atau dalam universiti
di mana beliau pernah menjadi Jawatankuasa Teknikal Kursus Mata Pelajaran Umum
(MPU) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di peringkat kebangsaan,
Jawatankuasa Program Baru MSc. Disaster and Resilience Management peringkat
kebangsaan serta menjadi moderator in 4th International Seminar on Islamic
Civilization di peringkat antarabangsa. Tambahan pula, beliau pernah melatih Program

21
Latihan Sukarelawan Sukan SEA Kuala Lumpur di peringkat universiti serta menjadi
pemeriksa Tesis Pemantapan PhD untuk Seminar Siswazah Fakulti Pendidikan.

Perkara yang selalu dikongsikan oleh beliau kepada rakan-rakan pensyarah


adalah sentiasa memberi layanan yang baik kepada pelajar. Bermulanya kerjaya beliau
dalam bidang pendidikan, beliau meletakkan hati dan jiwa beliau lebih kepada pelajar.
Beliau pernah berkhidmat menjadi felo Kolej Ibu Zain di Universiti Kebangsaan
Malaysia selama tujuh tahun. Beliau mula berkhidmat sebelum beliau kahwin lagi. Jiwa
beliau yang ingin sentiasa bersama dengan pelajar sehingga beliau pernah menolak
tawaran menjadi Timbalan Pengetua ketika itu. Apabila memegang jawatan, terdapat
kerja dan tanggungjawab yang harus difokuskan. Oleh itu, beliau menolak dan tidak
berminat untuk berkecimpung dalam urusan pentadbiran kerana lebih memilih untuk
hidup bersama pelajar. Seiring dengan matlamat utamanya apabila berkecimpung
dalam bidang pendidikan, jiwanya adalah lebih kepada apa yang beliau dapat beri
manfaat kepada pelajarnya.

Logo Kolej Ibu Zain

22
Kolej Ibu Zain

23
6.0 PERANCANGAN DAN HARAPAN

Berbicara tentang masa hadapan, ujar Dr Nasa, beliau mempunyai pelbagai


perancangan. Beliau ingin menawarkan kursus citra yang dirasakan patut diajar kepada
anak-anak muda masa kini di universiti. Mendepani hakikat seruannya yang tidak
disambut baik oleh individu berkelayakan, beliau berhasrat untuk mendapatkan
Diploma Guaman dan Kehakiman Syarie, dengan harapan beliau sendiri dapat
mewujudkan kursus yang mana pengetahuan seperti hak wanita dalam rumah tangga
dan solusi kepada masalah yang sewaktu dengannya dapat diajarkan. Menurut beliau,
ilmu-ilmu seperti ini merupakan sebuah hak kepada anak muda yang wajar seorang
pendidik seperti beliau, sumbangkan bagi kemaslahatan masa hadapan.

Beliau juga menyatakan pernah merancang untuk mendapatkan sebuah lagi PhD,
dalam bidang kekeluargaan atau pendidikan. Seiring dengan matlamat utamanya untuk
berkongsi ilmu tersebut yang dilihat sebagai keperluan masa kini bagi anak muda,
beliau juga menganggap rancangan ini sebagai sebuah fardu kifayah terhadap diri
beliau sendiri dalam menjalankan tanggungjawab kepada masyarakat.

Memegang prinsip bekerja untuk keluarga dan bukan korbankan keluarga kerana
bekerja, Dr Nasa mengutamakan keseimbangan dalam kerjaya dan kehidupan
peribadinya. Tidak menafikan usaha mendapatkan pangkat Profesor Madya wajar
untuk dilakukan, Dr Nasa yang telah berkecimpung dalam bidang akademik sebagai
seorang pensyarah selama 24 tahun ini, tidak meletakkan pencapaian tersebut sebagai
sebuah prioriti. Malah, beliau berhasrat untuk berpencen awal. Memetik hadis riwayat
Imam Tarmizi yang bermaksud, “Daripada Abu Hurairah RA. Ia berkata, Rasulullah
SAW bersabda, ‘Umur-umur umatku diantara 60 hingga 70 tahun dan amat sedikit yang
lebih daripada itu.’ ”, beliau berpendapat bahawa masa mencari bekalan akhirat jika
hanya mula difokuskan setelah berpencen di umur wajib adalah tidak memadai. Bersara
awal merupakan pilihan yang lebih dekat di hati beliau, di samping memanjatkan rasa
syukur jika sebaliknya dikurniakan rezeki memperoleh Profesor Madya.

Selain tidak menolak kemungkinan untuk menjadi seorang peguam, Dr Nasa


merasakan penglibatannya dalam bidang sosiologi banyak mendekatkan beliau kepada
isu-isu sosial dalam masyarakat. Hal ini menetapkan kakinya untuk kekal berjalan di
laluan kerjaya tersebut sehingga kini.

24
Bertanyakan pula berkenaan pandangan beliau terhadap kualiti mahasiswa dan
mahasiswi pada era ini, pengamatannya yang juga disokong oleh pensyarah-pensyarah
lain, melakarkan graf penurunan dari aspek tingkah laku, pengetahuan dan kesediaan.
Anak muda pada generasi ini rapuh, sensitif, dan terlalu memperjuang hak-hak yang
tidak tentu skopnya. Namun begitu, Dr Nasa percaya senario ini berlaku bukanlah 100
peratus salahnya pada generasi baru, sebaliknya lebih besar berpunca daripada sistem
pendidikan yang merosakkan potensi para pelajar sejak di bangku sekolah lagi. Pelajar
sekolah telah ‘dilatih’ untuk menjadi mesin perakam yang menghafal pelajaran dan
menjawab peperiksaan. Hal ini menyebabkan generasi baru memerlukan lebih banyak
masa untuk menjadi matang dan membina jiwa yang kental untuk menghadapi fasa
kedewasaan.

Dalam menangani isu ini, beliau berpendapat bahawa titik tolak perubahan itu
adalah bergantung kepada diri sendiri. Besar harapan beliau agar mahasiswa kini
melakukan langkah inisiatif untuk sedar dan keluar dari zon selesa. Alam universiti
sewajarnya dimanfaatkan dengan mengambil peluang untuk mengenal orang baru,
menimba pengalaman daripada aktiviti-aktiviti luar silibus dan meluaskan jaringan.

Sebelum temu bual berakhir, Dr Nasa telah menitipkan beberapa pesanan yang
cukup bermakna. Beliau berpesan untuk melakukan yang terbaik apabila memilih untuk
menerima tanggungjawab, ambil peluang untuk keluar dari zon selesa, banyakkan
berfikir untuk mempercepat kematangan, selalu muhasabah diri agar boleh
memperbaiki kekurangan, merendah diri dan beri manfaat kepada orang lain.

25
7.0 PENUTUP

Temu bual yang dijalankan secara maya ini ternyata bukan sekadar bertujuan
melengkapkan tugasan kursus. Jawapan yang kami perolehi dengan hanya bertanyakan
perihal peribadi, kejayaan dan matlamat hidup tokoh akademik ini telah membuka mata
dan mengilhamkan inspirasi untuk menjadi seberjaya beliau. Seberjaya beliau
berdasarkan definisi beliau. Perkongsian yang hanya memakan masa 2 jam terasa
begitu singkat kerana sarat dengan nasihat yang memotivasikan.

Akhir kalam, terima kasih diucapkan kepada setiap ahli yang telah berusaha
menyiapkan laporan ini. Pengalaman yang diperolehi dalam menyiapkan tugasan ini
akan kami ingat sampai bila-bila. Sebegitu juga nama Dr Nasa.

26
RUJUKAN

Abdul Latiff Ahmad, Mohamed Zain Sulaiman, Azhar Jaludinshahrul Nazmi Sanusi,
Emma Mirza Wati, Azul Mohamad Salleh, Wan Amizah , Nasarudin Yunos,
Mohammad Rahim Kamaluddin , Rozainee Khairuddin, Tengku Nor Rizan,
Ravichandran Vengadasamy, Zubir Idris, Y. 2017. Modul 4 Program Latihan
Sukan Sea 2017 Komunikasi Merentas Budaya Dan Kemahiran
Komunikasi Berkesan.. - . 1-22.

Abdul Latiff Ahmad, Mohamed Zain Sulaiman, Azhar Jaludinshahrul Nazmi Sanusi,
Emma Mirza Wati, Azul Mohamad Salleh, Wan Amizah , Nasarudin Yunos ,
Mohammad Rahim Kamaluddin , Rozainee Khairuddin, Tengku Nor Rizan,
Ravichandran Vengadasamy, Zubir Idris, Y. 2017. Slaid Modul 4 Program
Latihan Sukarelawan Sukan Sea 2017 Komunikasi Merentas Budaya Dan
Kemahiran Komunikasi Berkesan.. - . 1-10.

Ahmad Yunus Bin Mohd Noor;Arena Bt. Che Kasim;Mashitoh Binti


Yaacob;Nasruddin Bin Yunos;Ahmad Munawar Bin Ismail;Rosmawati Binti
Mohamad Rasit;Mujahid Bin Abu Bakar;Zakaria Bin Stapa. 2020. Impak
Industri Perlancongan Terhadap Kelestarian Tradisi Islam Di Langkawi. - . .

Ahmad Yunus Mohd Noor (Ketua), Zakaria Stapa, Mashitoh Yaacob, Ahmad Munawar
Ismail, Nasruddin Yunos, Arena Che Kasim, Rosmawati Mohamad Rasit,
Mujahid Abu Bakar, Asmilyia Mohd Mokhtar, Najwa Amalina Abdul Wahab,
Nurul Ainshah Muzamli Shah. 2018. Poster K-Inovasi 2018 : Penyeliaan
industri Pelancongan Terhadap Kelestarian Tradisi Islam Di Langkawi.. - . 1.

Fatin Hazwani Siran, Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, Nasrudin Yunos,. 2017.
Penerapan Indikator Cinta Kemanusiaan Melalui Kursus Pengajian
Ketamadunan. - Jurnal Insani. 117-126.

Hamdzun Haron, Nasruddin Yunos, Norhasliyana Hazlin Zainal Amri, Siti Maryam
AliYasin. 2018. Labu Acu: An Innovation For Commercialization Of
Malaysian Pottery Heritage. - International Journal Of Mechanical

27
Engineering & Technology. .

Iszan Hana Kaharudin, Mohd Syuhaimi Ab Rahman, Lai Wei Siang, Rokiah Omar,
Nasruddin Yunos. 2021. Berita Harian. - Covid-19: Ukm Salur Rm80,000
Bantu Rakyat Terkesan. 1.

Khairul Anwar Mastor, Taufiq Yap Yun Hin, Fazilah Idris, Chang Peng Kee, Hew
Wai Weng, Nasruddin Yunos, Rozita Ibrahim & Adam Arif Lee Aik Keang.
2019. Pendekatan Menangani Islamofobia Dalam Kalangan Masyarakat Cina
Di Malaysia. - . .

Mat Noor Mat Zain, Aisyah Abdul Rahman, Md. Yazid Ahmad, Zamzuri Zakaria,
Nasruddin Yunos, Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Ahmad Munawar Ismail.
2022. Keperluan Garis Panduan Pengurusan Sumber Manusia Ngo Islam. - E-
Proceedings On International Conference On Contemporary Fiqh And Law
(Iconfiqh 2022). 293-300.

Nasruddin Yunos, Fazilah Idris, Khalim Zainal, Abdul Aziz Mat Isa & Siti Nor Baya
Mat Yacob. 2017. Development Of Ethnic Stereotypes In Malaysia (Estima)
In Assessing Ethnic Stereotypes In Malaysia. Prosiding Persidangan
Pemantapan Citra Kenegaraan (Cosna 5) 2017. .

Nasruddin Yunos, Nazri Muslim. 2021. The Concept Of Decolonization In Malaysia:


A Philosophy Perspective. - International Journal Of Academic Research In
Business And Social Sciences. 13-25.

Nasruddin Yunos, Siti Nor Baya Mat Yacob, Fazilah Idris, Khalim Zainal, Abdul
Aziz Mat Isa. 2019. Isu Kontemporari Kesepaduan Sosial Di Malaysia. - . 11.

Nasruddin Yunos, Siti Nor Baya Mat Yacob, Fazilah Idris, Khalim Zainal, Abdul
Aziz Mat Isa. 2019. Isu Kontemporari Kesepaduan Sosial Di Malaysia. - . 13.

Nasruddin Yunos, Syaidatun Nazirah Abu Zahrin & Mohamad Sabri Haron. 2017.
Tamadun Islam & Tamadun Asia. - . 220.
28
Nasruddin Yunos, Zulkifli Mohamad, Mohd. Alikhsan Ghazali, Mohd. Daud
Awang. 2018. Halal Food Consumption As Perceived By The Non-Muslim
In Malaysia. - Malaysian Journal Of Consumer Family Economics. .

Nazri Muslim, Fazilah Idris, Rozita Ibrahm, Nasruddin Yunos, Ahmad Zamri Mansor
Dan Hasanah Abd. Khafidz. 2017. Kursus Hubungan Etnik Sebagai Pembugar
Keharmonian Sosial Pelajar: Kajian Di Ukm. - Proceedings Of The
International Conference On Islam, Development & Social Harmony In
Southeast Asia. 145-159.

Noor Aziah Mohd Awal, Bariah Mohd Ali, Emma Mirza Wati Mohamad, Bahiyah
Dato Haji Abdul Hamid, Rohayu Abdul Ghani, Mohd Suhami Mohamad,
Haniff Ahamat, Normah Mustaffa, Hanita Othman, Nasrudin Yunos,
Muhammad Walid Osman, Abdul Aziz Abu Bakar Dan Lain-Lain. 2021.
Dasar Universiti Kebangsaan Malaysia Terhadap Gangguan Seksual & Kod
Amalan Pengendalian Aduan Dan Pencegahan Gangguan Seksual Ukm
(Pindaan 2021). - . 1-28.

Shahrir Abdullah, Aishah Abu Bakar, Jaafar Jantan, Nazri Muslim, Mashitoh Yaacob,
Fazilah Idris, Nasruddin Yunos, Mardian Shah Omar & Puan Aisah Mat Dan.
2017. Garis Panduan Matapelajaran Pengajian Umum (Mpu). - . 176.

Shahrir Abdullah, Mashitoh Yaacob, Nazri Muslim, Fazilah Idris, Nasrudin Yunos,
Wan Zulkifli Wan Hassan. 2019. Buku Panduan Amalan Pendidikan
Berimpak Tinggi (High-Impact Educational Practices-Hieps) Dalam
Matapelajaran Pengajian Umum. - . 103.

Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, Azwira Abd Aziz, Nasruddin Yunos. 2018. Islam Dan
Psikologi Menurut Perspektif Kemanusiaan. - . 16.

Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, A. Nazilah, Radin Anis Adlina Radin Hasbani,
Nasruddin Yunos, Fatin Hazwani Siran, Khairul Hamimah Mohamad Jodi,
Azwira Abdul Aziz. 2020. Validation Of Humanitarian Love Scale (Hls)
Through Exploratory And Confirmatory Factor Analysis. - International
29
Journal Of Psychosocial Rehabilitation. 2016-2030.

Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, Fatin Hazwani Siran, Nazrudin Yunos, Khairul
Hamimah Mohamad Jodi, Siti Nazilah Mat & Azwira Abdul Aziz. 2018.
Penerapan Cinta Kemanusiaan Melalui Kursus Tamadun IslamDan Tamadun
Asia. - . 1.

Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, Maznah Hj Ibrahim, Fazilah Idris, Nasrudin Yunos,
Radin Anis Adlina Radin Hasbani. 2019. Love For Humanity Through
Disaster Management And Halal Food Distribution. - 2nd International
Conference On Islamic Civilisation (Isic 2019): The Movement Of Population,
Objects, And Ideas In The Pre-Modern And Modern Muslim World. 108-122.

Wan Zulkifli Wan Hassan, Nabilah Abdullah, Nazri Muslim, Jamsari Alias, Azizi
Umar, Rozmel Abdul Latiff, Nani Rahayu Sallihuddin, Zulkifli Mohamad,
Aminuddin Basir And Nasaruddin Yunus. 2019. Linguistic Elements Of
Arabic Language Applied By Imam Shafii In Islamic Jurisprudence. -
International Journal Of Civil Engineering And Technology. 1704-1711.

Zulkifli Muhamad, Ruzman Md Noor, Suwaid Tapah, Wan Zulkifli Wan Hassan,
Khalim Zainal, Nazri Muslim, Azizi Umar, Aminudin Basir, Abdul Salam
Yusuff, Nasruddin Yunus And Jamsari Alias. 2018. The Implementation Of
The Milk Almanfaah Concept In Malaysia: Reference To The Group Settlement
Area Land Act(1960). - International Journal Of Civil Engineering And
Technology. .

30
LAMPIRAN

Gambar 1 & 2: Kumpulan 24 sedang menemu bual Dr Nasa.

Gambar 3 & 4: Kumpulan 24 mengambil gambar kenang-kenangan bersama Dr


Nasa selepas temu bual berakhir.

31

You might also like