Anggerik Merpati

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

ANGGERIK MERPATI

Anggerik merpati merupakan antara orkid liar yang paling mudah


dijumpai di Malaysia. Ia merupakan sejenis tumbuhan epifit, iaitu pokok
penumpang yang tidak akan menyerap makanan daripada pokok yang
ditumpangnya kerana ia mampu membuat makanan sendiri. Ia paling
mudah dijumpai tumbuh pada dahan kayu yang telah tua. Antara pokok-
pokok yang biasa ditumpang oleh anggerik merpati ialah pokok durian,
pokok getah dan pokok kelapa sawit.

Kelebihan orkid ini ialah bunganya yang berwarna putih mempunyai


bau yang sangat harum. Sayangnya keharuman kuntuman orkid ini hanya
boleh bertahan dalam masa 2 hari sahaja. Ia akan mengeluarkan bunga
yang banyak selalunya selepas hujan lebat yang turun selepas cuaca
panas yang berpanjangan.

Walaupun anggerik ini mempunyai bunga yang cantik dan berbau


wangi, ia jarang dijadikan tumbuhan hiasan kerana bunganya yang hanya
dapat bertahan selama 1 hingga 2 hari sahaja. Tumbuhan ini tergolong
antara tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan. Antara kegunaannya
dalam perubatan ialah air yang dikeluarkan daripada batangnya untuk
mengubati sakit telinga.

You might also like