Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)


SEMESTER 2/2010

Program Bina Insan Guru pada kali ini yang bertemakan Khdimat Masyarakat telah
berjaya dilaksanakan pada 29 September 2010 bertempat di Sekolah Kebangsaan Siong, Baling,
Kedah Darul Aman. Guru pelatih seramai 39 orang yang terdiri daripada 22 orang guru pelatih
daripada Kumpulan IP2J Sains dan 17 orang guru pelatih daripada Kumpulan IP2E Pendidikan
Jasmani telah menyertai program ini. Para guru pelatih telah diiringi oleh dua orang penyarah
iaitu Tuan Haji Mohd Nasir bin Abdullah dan Encik Zulkifli bin Mohd Yusof. Program ini
dijalankan bertujuan untuk memenuhi sukatan pelajaran Bina Insan Guru Fasa II (2010)
disamping memupuk kesedaran dalam kalangan guru pelatih tentang kepentingan khidmat
kemasyarakatan melalui penglibatan langsung di dalam aktiviti seumpama ini.

Para guru pelatih bertolak seawal jam 8.15 pagi dengan menaiki bas institut dan tiba di
SK Siong pada jam 9.50 pagi. Ketibaan kami disambut dengan baik oleh warga sekolah. Sikap
ramah yang ditunjukkan membuatkan kami berasa amat bertuah dapat menjejakkan kaki di
sekolah tersebut walaupun ini merupakan pengalaman pertama kami ke sini. Upacara perasmian
telah diadakan di Dewan SK Siong dan majlis tersebut telah dirasmikan oleh Guru Besar SK
Siong iaitu Encik Mahali bin Mahat. Program ini diteruskan lagi dengan aktiviti sukaneka,
aktiviti mengemas pusat sumber sekolah dan aktiviti mengecat bangunan Pendidikan Khas.
Pelajar yang terlibat di dalam aktivti sukaneka merupakan pelajar Tahun 6 yang baru sahaja
tamat menduduki peperiksaan UPSR. Setelah itu, para guru pelatih mengambil tempat masing-
masing dan memulakan tugas mereka. Pada kali ini, guru pelatih dibahagikan kepada tiga
kumpulan untuk mengendalikan tiga aktiviti pada masa yang sama.

Untuk sukaneka, terdapat 8 aktiviti yang dijalankan. Dua daripadanya dijalankan di


padang, tiga aktiviti di tapak perhimpunan dan tiga aktiviti lagi diadakan di dalam dewan. Antara
contoh aktiviti sukaneka yang dijalankan ialah roket air, helikopter kertas, dan mengisi air di
dalam botol. Kesemua aktiviti ini telah dijalankan dengan jayanya dan para pelajar dilihat begitu
teruja dan seronok sewaktu bermain. Para guru pelatih juga dilihat memberi komitmen yang baik
sewaktu menjalankan tugas masing-masing. Bagi yang bertugas di pusat sumber, mereka
dikehendaki menyusun buku-buku dan mengemas pusat sumber sekolah agar kelihatan lebih
kemas dan selesa manakala bagi yang menjalankan kerja-kerja mengecat di bangunan
Pendidikan Khas mereka dikehendaki mengecat bangunan tersebut beramai-ramai.

Kesemua aktiviti di atas tamat pada jam 12.35 tengah hari dan diteruskan lagi dengan
majlis penutup. Pemenang bagi sukaneka diumumkan sebelum majlis bersurai. Jutaan
penghargaan diucapkan kepada warga SK Siong dan sedikit cenderahati disampaikan sebagai
tanda kenang-kenangan. Kesemua guru pelatih meninggalkan sekolah pada jam 1.00 tengah hari
dan menuju ke Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Ulu Legong untuk menikmati makan tengah hari
dan menunaikan solat Zohor. Setelah kesemuanya selesai, para guru pelatih bertolak pulang pada
jam 2.30 petang dan tiba di institut pada jam 4.10 petang.

Disediakan oleh, 30 SEPTEMBER 2010

………………………………………
(SITI ZULAIHA BINTI MOHD ZIN)
Naib Setiausaha,
Program Bina Insan Guru,
PISMP Semester 2/2010,
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim.

You might also like