Professional Documents
Culture Documents
3.0 Lokasi
3.0 Lokasi
3.0 Lokasi
Tidak dinafikan bahawa perniagaan dijalankan sama ada perniagaan kecil kecilan
mahupun besar adalah untuk mendapatkan keuntungan. Perniagaan yang bakal
saya jalankan turut perlu mendapatkan sokongan yang besar daripada pelanggan.
Kedatangan pelanggan yang konsisten pada setiap hari dapat memberikan
keuntungan kepada perniagaan saya disebabkan kos pengeluaran yang dilibatkan
dapat memberi kadar keuntungan yang berpatutan.
terdapat pelbagai kriteria yang perlu diambil kira ketika memilih lokasi perniagaan
termasuklah untuk mengambil kira mengenai lokasi yang dianggap baik dan
strategik. Bagi usahawan yang sudah lama berniaga, tanggapan ini dipengaruhi oleh
pengalaman mereka yang lepas. Usahawan yang baru biasanya tidak mempunyai
pengalaman yang lalu dan tanggapan mereka mengenai tempat perniagaan yang
baik adalah berasaskan tindakan usahawan-usahawan yang sudah lama berniaga.
Seterusnya adalah untuk mengenal pasti jenis perniagaan atau perusahaan yang
akan dijalankan sama adalah peruncitan, perkhidmatan dan perkilangan. setiap jenis
perniagaan ini memerlukan lokasi yang berbeza bagi mendapatkan langganan yang
menggalakkan.
kemampuan dan kesanggupan untuk membayar sewa untuk lokasi dan tempat yang
dipilih turut mengandungi risiko yang berkait terus dengan sejauh mana pelunjuran
yang akan dicapai oleh peniaga. Pada dasarnya, usahawan tidak mempunyai kuasa
yang luas bagi menentukan tapak atau kawasan perniagaan. Penentuan tapak atau
kawasan perniagaan dibuat oleh ahli-ahli perancang bandar dan kawasan.
Sungguhpun demikian, ahli-ahli perancang bandar dan kawasan ini akan mengambil
kira pandangan dan kepentingan ahli-ahli perniagaan, pengilang-pengilang,
persatuan-persatuan pengguna dan agensi-agensi kerajaan ketika merancang
penempatan kawasan-kawasan perniagaan dan perindustrian. Usahawan hanya
dapat memilih tempat atau tapak perniagaan selepas kawasan-kawasan perniagaan
dan perindustrian dimajukan dan diwartakan. Sebahagian besar kawasan-kawasan
perniagaan dimajukan oleh sektor swasta sementara kawasan-kawasan
perindustrian dimajukan oleh agensi-agensi kerajaan.
Proses pemilihan lokasi perniagaan bagi Diamond cake house mengambil masa
yang agak panjang disebabkan oleh kekurangan pengalaman dalam memilih lokasi
perniagaan yang baik. Disamping itu, bagi diamond cake house terdapat dua lokasi
yang menjadi tumpuan kepada saya sebagai usahawan iaitu di Pekan Kinabutan
batu lima dan Bandar sri indah. Terdapat beberapa langkah yang diambil sebelum
lokasi tapak perniagaan dipilih.
pertama sekali, kedua-dua lokasi yang disenarai pendek akan ditinjau tentang
kemungkinan yang akan wujud. di dalam lokasi tersebut. Kedua, kumpul maklumat
mengenai kawasan-kawasan yang sudah dikenal pasti. Maklumat-maklumat yang
diperlukan ialah:
2. Prestasi perniagaan
3. Kedudukan infrastruktur
4. Kadar pembangunan
Lokasi yang telah dipilih untuk memulakan perniagaan bakeri, Diamond Cake House
adalah terletak di Pekan Kinabutan, Batu lima Tawau. Lokasi ini telah dipilih setelah
mengambil kira beberapa faktor seperti kedudukan infrastruktur, taraf dan gaya
hidup penduduk dan lain lain. Walaupun Lokasi ini tidak terletak di Bandar tawau,
tetapi kedudukan infrastruktur yang berhadapan dengan klinik kesihatan ibu dan
anak, sekolah pendidikan awal kanak kanak, pasar harian, masjid dan pusat
kesihatan menjadikan kawasan ini menjadi tumpuan orang ramai sehari harian.
Di samping itu, kos sewaan yang dikenakan untuk lot perniagaan bakeri yang bakal
dijalankan adalah sebanyak RM300 untuk per bulan. Kos sewaan yang dibayar
adalah sangat berpatutan dan murah jika dibandingkan dengan kos swah lot kedai di
kawasan Bandar tawau.
Taraf dan gaya hidup penduduk juga memainkan peranan yang penting dalam
menuntukan lokasi Diamond Cake House. Berdasarkan pemerhatian beberapa hari
di lokasi tersebut, boleh disimpulkan bahawa pelbagai status sosial orang ramai
hadir dalam kejiranan ini bermula dari golongan berpendapatan rendah hinggah
tinggi.
Akhir sekali, ialah faktor saingan perniagaan. Terdapat beberapa premis yang
menjalankan kegiatan perniagaan yang sama. Namun yang demikian, saya percaya
dengan kualiti produk yang bakeri kami hasilkan mampu untuk memberikan saingan
yang sihat dan sengit kepada peniaga peniaga lain.