Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA 2022

TARIKH : 31 Mac 2022

MASA : 1:00 petang

HARI : Khamis

TEMPAT : Bilik Akses

KEHADIRAN :

1. Pn Siti Khadijah Abdullah

2. Pn Stridevi

3. Pn Monica

4. . En Petrus

5. En. Rismond

6. En Richard

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Pengerusi

2. DSKP, Rancangan Tahunan/ Harian dan kelas DLP

3. Kewangan

4. Pencerapan guru

5. Kaedah PdPc Abad 21

6. Carta Panitia

7. Hal-hal Lain

1. Ucapan Pengerusi ( Ketua Panitia )


1.1 Pn Siti Khadijah mengucapkan bersua di tahun baru dan selamat tengahari serta terima
kasih diatas kehadiran semua ahli.

2. DSKP, Rancangan Pengajaran Tahunan dan Harian, DLP


2.1 Rancangan Tahunan dan DSKP KSSR bagi Tahun 1 sehingga tahun 6 telah sedia ada
dan hendaklah digunakan. Semua guru harus memastikan mereka ada menyimpan DSKP
sama ada dalam bentuk soft copy atau hard copy dan mudah dikemukakan jika ada
pemantauan.

2.2 Format bagi Rancangan Pengajaran Harian adalah seperti yang telah dipersetujui dan
mengikut kehendak TS25. Refleksi wajib diisi setiap kali PdP berakhir . Refleksi bagi kelas
dlp boleh ditulis dalam Bahasa Malaysia.
2.3 Kelas DLP
Tahun ini kelas DLP adalah dari tahun1-3. RPT dan RPH harus diadakan dalam Bahasa
inggeris. Refleksi boleh ditulis sama ada dalam Bahasa inggeris ataupun Bahasa Malaysia.

2.4 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) akan diteruskan seiring dengan pemansuhan amalan
peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun bagi bagi semua kelas.

2.5 Rekod PBD tahun lepas akan digunapakai bagi mengenalpasti murid lemah.

Tindakan : Semua AJK

3. Kewangan
Peruntukan kewangan untuk matapelajaran belum ada lagi. Pengerusi memohon ahli panitia
menyenaraikan bahan/peralatan BBM yang diperlukan dalam borang pesanan.

Tindakan: Semua AJK

4. Pencerapan guru
4.1 Pencerapan guru akan dibuat dari masa ke semasa oleh pihak Pentadbir
mengikut persetujuan dalam mesyuarat Kurikulum akan datang.
Tindakan : Semua AJK

5. Kaedah PdPc Abad ke 21


Guru diingatkan supaya memperbanyakkan latihan berbentuk KBAT atau Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi. Guru juga harus memastikan kondisi kelas berasaskan abad 21 dan
mengikut peredaran terkini. ( Penggunaan ICT, Power Point, Video dan peta minda) dan
mempelbagaikan kaedah PdPc.
Tindakan : Semua AJK

6. Carta Organisasi Panitia


Carta Panitia akan disediakan oleh ketua Panitia.

7. Hal-hal Lain
7.1 Makluman kepada semua ahli panitia supaya menghantar jadual waktu mengajar dan
biodata kepada Setiausaha Panitia.
7.2 Mengharapkan guru-guru memberi sokongan dan kerjasama agara semua aktiviti dapat
dilaksanakan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.45 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,


..................................................... ......................................
...................
(EN. PETRUS ) (PN.SITI KHADIJAH ABDULLAH)
Setiausaha Panitia Sains Ketua Panitia Sains
CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PANITIA SAINS
2022

PENGERUSI

EN. STANLEY
GURU BESAR

NAIB PENGERUSI NAIB PENGERUSI BERSAMA

EN. ROBY
EN. JORGY EN. RISMOND
GPK
GPK PENTADBIRAN GPK HEM
KOKURIKULUM

KETUA PANITIA

PN. SITI KHADIJAH

SETIAUSAHA

EN. PETRUS

AHLI JAWATANKUASA

TAHUN 1 TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN 6

MAWAR MAWAR & MAWAR


MAWAR
EN. RISMOND ORKID EN. PETRUS
EN. PETRUS
PN. MONICA
ORKID ORKID
ORKID
PN. MONICA PN. SITI
PN. SITI
KHADIJAH
KHADIJAH
TAHUN 2 TAHUN 5

MAWAR & MAWAR


ORKID EN. PETRUS
PN. STRIDEVI
ORKID
EN. RICHARD

You might also like