Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 44

020315-08-0462

NAMA: SANGETHA A/P ARAMUGAM

ANGKA GILIRAN: SA6005/1030

Kesetiaan pengguna terhadap jenama komputer riba dalam


TAJUK
kalangan pelajar Tingkatan Enam di SMK St. George Taiping

RASIONAL KAJIAN Pelbagai jenama komputer riba di pasaran sehingga pengguna


tidak tahu memilihnya.
1. Apakah jenama komputer riba yang sering digunakan oleh
pelajar Tingkatan Enam di SMK St. George Taiping
PERSOALAN KAJIAN 2. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kesetiaan
pengguna
terhadap pembelian komputer riba dalam kalangan pelajar
Tingkatan Enam di SMK St. George Taiping.
1. Mengenal pasti jenama komputer riba yang sering
digunakan
dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam di SMK St. George
Taiping.
OBJEKTIF KAJIAN 2. Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kesetiaan
pengguna
terhadap pembelian jenama komputer riba dalam kalangan
pelajar
Tingkatan Enam di SMK St. George Taiping.
1. Cara mendapatkan Responden-30 orang pelajar Tingkatan
Enam SMK St. George Taiping.
2. Cara mendapatkan maklumat daripada responden Borang
Soal
METODOLOGI Selidik atas talian - menggunakan aplikasi Google Form.
KAJIAN 3. Cara memproses dan menganalisis data-
-Data diproses secara manual
Menggunakan Skala Guttman ( YA/TIDAK)
4. Cara mempersembahkan data
Data dipersembahkan dalam bentuk jadual dan carta.

1|P ag e
020315-08-0462

ABSTRAK

Kajian ini adalah untuk mengkaji kesetiaan pengguna terhadap jenama komputer riba dalam
kalangan pelajar Tingkatan Enam di SMK St. George Taiping. Objektif kajian adalah untuk
mengenal pasti jenama komputer riba yang sering digunakan dan mengkaji faktor-faktor yang
mempengaruhi kesetiaan pengguna terhadap pembelian jenama komputer riba sebagai pilihan
dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam di SMK. St. George Taiping. Pengkaji memilih SMK
St. George Taiping sebagai lokasi kajian. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah borang
soal selidik secara talian menggunakan Google Form dan pemerhatian. Seramai 30 orang
responden telah dipilih dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam di SMK St. George Taiping.
Data kajian menunjukkan bahawa Acer merupakan jenama komputer riba yang paling banyak
digunakan oleh pengguna dan jenama komputer riba yang paling kurang digunakan oleh
pengguna ialah Msi. Faktor yang paling banyak mempengaruhi kesetiaan pengguna terhadap
pembelian jenama komputer riba ialah jenama yang berkualiti manakala pengguna kurang setia
terhadap komputer riba yang tidak mempunyai harga rendah untuk membaik pulih.
Kesimpulannya, jenama komputer riba yang berkualiti memberikan kesetiaan kepada pengguna.

2|P ag e
020315-08-0462

ISI KANDUNGAN

Muka
Bil Butiran surat
Abstrak 2
Isi kandungan 3-4
Penghargaan 5
1.0 Pengenalan 6-8
2.0 Objektif kajian 9
3.0 Lokasi kajian
3.1 Peta Negeri Perak
3.2 Peta Daerah Larut Matang Dan Selama 10-12
3.3 Peta SMK St. George Taiping
4.0 Metodologi Kajian
4.1 Cara mendapatkan Responden
4.2 Cara mendapatkan Maklumat
4.2.1 Borang Soal Selidik
4.2.2 Pemerhatian
4.2.3 Kaedah Rujukan 13-19
4.3 Cara memproses dan Menganalisis Data
4.4 Cara Mempersembahkan Data
5.0 Dapatan Kajian
5.1 Demografi Responden
5.1.1 Demografi Responden Berdasarkan
Kelas 20-36
5.1.2 Demografi Responden Berdasarkn
Jantina
5.1.3 Demografi Responden Berdasarkan
Umur

3|P ag e
020315-08-0462

5.1.4 Demografi Responden Berdasarkan


Bangsa
5.2 Mengenal pasti jenama komputer riba
yang sering digunakan dalam kalangan pelajar
Tingkatan Enam di SMK St. George Taiping
5.3 Mengkaji faktor-faktor yang
mempengaruhi
kesetiaan pengguna terhadap pembelian
jenama
komputer riba dalam kalangan pelajar
Tingkatan
Enam di SMK St. George Taiping
6.0 Kesimpulan 37-38
7.0 Rujukan 39-40
8.0 Lampiran 41-

4|P ag e
020315-08-0462

Penghargaan

Pengkaji sangat bersyukur kepada tuhan kerana pengkaji dapat menyiapkan kerja kursus
Pengajian Am Kertas ( 900/4 ) penggal 2 Tahun 2021.Tajuk kerja kursus pengkaji adalah
kesetiaan pengguna terhadap jenama komputer riba dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam di
Smk St.George Taiping dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh guru pembimbing iaitu
Pn Wan Hasni binti Wan Hamid yang merupakan guru pengajian am.

Pengkaji ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu dan bapa yang amat saya sayangi
iaitu , Aramugam a/l Palasuppramaniam dan Parimala Devi a/p Gopal, kerana mereka banyak
mambantu dan menasihatkan serta memberi sokongan moral dan mengkorbankan masa mereka
semasa pengkaji menjalankan kerja kursus ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Pengajian Am , Puan Wan
Hasni binti Wan Hamid. Beliau telah meluangkan masa yang banyak dan juga memberikan
panduan , bimbingan serta nasihat yang sugguh berfaedah semasa saya menjalankan projek ini.

Saya juga ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada rakan-rakan yang disayangi
kerana sudi membantu dan berkongsi ilmu serta segala bentuk bantuan. Jasa mereka amat
dihargai.

Sebelum menuntut bicara, saya ingin menyampaikan ribuan terima kasih kepada sesiapa sahaja
yang terlibat dalam menjayakan kerja kursus, Pengajian Am ini dalam tempoh masa yang
ditetapkan.

5|P ag e
020315-08-0462

1.0 PENGENALAN

Komputer riba merupakan sejenis alat ciptaan elektronik yang canggih pada era sains dan
teknologi. Komputer riba mempunyai banyak kegunnanya. Kita boleh melayari internet dangan
komputer riba. Melalui internet, kita boleh melayari pelbagai laman web untuk memperoleh
maklumat. Ini boleh meluaskan pandangan dan menambahkan pengetahuan kita dan mudah
dibawa sesama kita. Kita boleh menggunakan komputer riba untuk banyak perkara yang
berfaedah. Seperti, memproses dan menyimpan data atau maklumat, untuk memperoleh ilmu
pengetahuan dan berita semasa, untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas, untuk memudahkan pelajar berkomunikasi secara maya dengan guru mahupun
rakan, untuk dijadikan alat mengulang kaji pelajaran, untuk memberikan hiburan dan
kegembiraan kepada pelajar dan manjadi bahan penyebar dakwah kepada pelajar.( Sumber:
https://www.scribd.com).

Definisi 'kesetiaan' adalah pemenuhan apa yang undang-undang kesetiaan dan kehormatan.
Mengikut konvensyan tertentu, seseorang yang baik mestilah setia kepada orang lain, kepasa
institusi tertentu dan organisasi.( Sumber: https://ms.erf-est.org/4500-lealtad.html).

Definisi menurut 'pengguna' adalah orang yang menggunakan barang , perkhidmatan dan alam
sekitar untuk memenuhi keperluan dan kehendak dalam kehidupan. Pungguna perlu tahu hak
mereka selepas membeli, atau menggunakan perkhidmatan yang memenuhi keperluan hidup
dalam hidup . " satu pengguna satu suara".( Sumber: masyarakatgembira.wordpress.com/maksud
pengguna).

Definisi 'jenama' adalah istilah yang mempunyai beberapa kegunaan dan makna. Salah satu
yang paling kerap dikaitkan dengan hak eksklusif untuk menggunakan perkataan, frasa, imej atau
simbol untuk mengenal pasti yang produk atau perkhidmatan. Jenama mewakili imej atau cita-
cita dalam fikiran pengguna yang melenihi ciri khas barang.(Sumber:
https://ms.dictionaryapps.com/definici-n-de-marca).

6|P ag e
020315-08-0462

Definisi 'pelajar' menurut kamus dewan (2002:18), istilah pelajar bermaksud orang yang
belajar atau orang yang mengkaji. Ia juga membawa maksud orang yang menyelidiki ilmu.
(Sumber: studentsrepo.um.edu.my).

Rasional kajian pelbagai jenama komputer riba di pasaran sehingga pengguna tidak tahu
memilihnya.Oleh itu pengkaji ingin mengkaji dengan lebih mendalam berkaitan dengan jenama
yang menjadi pilihan pengguna dalam pembelian komputer riba dalam kalangan pelajar di Smk
St. George Taiping.

Rasional kedua adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pembelian


pengguna terhadap komputer riba dalam kalangan pelajar di Smk St. George Taiping. Salah satu
faktor adalah dengan memilih komputer riba yang mempunyai ruang simpanan yang banyak.Hal
ini dikatakan demikian kerana, simpanan dalaman komputer riba terbahgi kepadadua pilihan
iaitu HDD dan SSD.SSD adalah lebih pantas berbanding HDD.Terdapat komputer riba yang
menawarkan penggunaan kedua-duannya akan tetapi belanjanya juga adalah mahal sedikit
berbanding komputer riba dengan HDD sahaja.Faktor seterusnya adalah dengan memilih saiz
dan berat komputer riba. Saiz dan berat peranti adalah penting bagi menentukan betapa mudah
alinya sesebuah komputer riba. Saiz komputer riba harini selalu sebesar 11 hingga 17 inci.
Selalunya, saiz yang besar akan hadir dengan berat yang lebih tinggi.( Sumber:
https://wiser.my/5-perkara-asas-yang-perlu-diambil-kira-sebelum-membeli-komputer-riba).

Berdasarkan masalah tersebut, persoalan kajian ini adalah untuk memperhatikan apakah
jenama komputer riba yang sering digunakan oleh pelajar Tingkatan Enam di SMK. St. George
Taiping. Selain itu, persoalan kajian yang kedua adalah untuk memperhatikan apakah faktor-
faktor yang mempengaruhi kesetiaan pengguna terhadap pembelian jenama komputer riba dalam
kalangan pelajar Tingkatan Enam di SMK St. George Taiping.

Kemudian, pengkaji menggunakan kaedah borang soal selidik secara talian menggunakan
Google Form, dan pemerhatian untuk mendapatkan data. Kesemua data tersebut diproses secara
manual dan dianalisis menggunakan Skala Guttman. Data dipersembahkan dalam bentuk jadual,
graf dan carta pai.

7|P ag e
020315-08-0462

Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis jenama komputer riba dipasarkan di pasaran sehingga
pengguna tidak tahu memilihnya. Oleh itu, pengkaji berharap agar pengguna dapat membuat
pilihan komputer riba berdasarkan kelebihan dan kecanggihan komputer riba. Pengkaji yakin
bahawa pengguna akan setia terhadap jenama komputer riba yang sentiasa digunakan oleh
pengguna sendiri.

8|P ag e
020315-08-0462

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Pengkaji menjalankan kajian tentang kesetiaan pengguna terhadap jenama komputer riba
dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam di SMK St. George Taiping. Dalam kajian ini , pengkaji
telah memerhatikan dua objektif apabila melaksanakan kajian Pengajian Am ini. Objektif bagi
kajian ini ialah:

1. Mengenal pasti jenama komputer riba yang sering digunakan dalam kalangan pelajar
Tingkatan Enam di SMK St. George Taiping.

2. Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kesetiaan pengguna terhadap pembelian jenama


komputer riba dalam kalangan pelajar SMK. St. George Taiping.

9|P ag e
020315-08-0462

3.0 LOKASI KAJIAN

3.1 NEGERI PERAK

Peta: NEGERI PERAK

(Sumber: Google Maps)

Kawasan kajian pengkaji ialah SMK St. George Taiping, Perak. Negeri Perak dikenali sebagai
Perak Darul Ridzuan. Perak merupakan salah satu negeri daripada 14 buah negeri yang
membentuk Malaysia. Negeri Perak merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung
Malaysia, dengan berkeluasan 21 000 km persegi. Negeri Perak juga dikenali sebagai Bumi
Bertuah, dikurniakan dengan pelbagai anugerah tuhan dan tempat-tempat menarik untuk
dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.Perak terletak di koordinat 4.5921°N, 101.0901°E.Ibu
negeri Perak ialah Ipoh dan bandar Diraja Perak ialah Kuala Kangsar. Perak juga bersempadan
dengan negeri-negeri Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Pahang.( Sumber:
https://www.perak.gov.my/).

10 | P a g e
020315-08-0462

3.2 DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA

Peta 2: DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA

( Sumber: Google Maps)

Larut Matang Dan Selama merupakan salah sebuah daerah yang terletak di utara Negeri Perak.
Daerah ini terletak berbatasan dengan Daerah Kerian di Utara, Daerah Kuala Kangsar dan
Daerah Manjung di Selatan, Daerah Hulu Perak di timur, Selat Melaka Di barat dan Negeri
Kedah di utara. Pusat administrasi daerah adalah di Bandar Taiping yang merupakan antara kota
tertua di Malaysia. Daerah ini mencakupi 3 daerah kecil iaitu Matang di barat dan Selama di
utara dan mempunyai wilayah 151.104,03 hektar ( 170 Kilometer Persegi).( Sumber:
https://www.wikiwand.com/id/Larut,_Matang,_dan_Selama.

11 | P a g e
020315-08-0462

3.3 SMK ST. GEORGE TAIPING, PERAK

Peta 3: SMK ST. GEORGE TAIPING, PERAK


( Sumber: Google Maps)

Kawasan kajian adalah amat penting untuk menjalankan sesuatu kajian.Lokasi kajian bertapak di
bandar Taiping iaitu SMK St. George Taiping, Perak. SMK St. George Taiping, Perak terletak di
koordinat 4°51'08.7°N 100°44'15.6"E. Cara untuk pergi ke SMK St. George Taiping, Perak ialah
pengkaji harus berjalan lurus dari Jalan Simpang. Kemudian belok ke Jalan Taming Sari selepas
lampu isyarat Jalan Raja Sulong. Sepanjang Jalan Taming Sulong , pengkaji berhampir dengan
SK Taiping, Gereja Taiping Gospel Hall, Hospital Taiping dan Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD). Seterusnya pengkaji harus membelok kiri ke Jalan Yusuf dan membelok kiri lagi ke Jalan
Stesen. Selepas lampu isyarat SMK St. George Taiping, Perak terletak di sebelah kiri Jalan
Stesen mendekati dengan Hospital Taiping, Bank Hong Leong dan dan Restoran Firdaus
Kader.(Sumber:https://www.wikiwand.com/ms/Sekolah_Menengah_Kebangsaan_St._George,_P
erak

12 | P a g e
020315-08-0462

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat metodologi membawa maksud sistem yang
merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin. Maksud
lain metologi ialah kaedah, jalan, teknik, gaya, ragam, rentak, corak, dan sistem. Metodologi
juga bermaksud ilmu tentang metode atau disiplin yang digunakan semasa melakukan kajian
tertentu. Antara perkara penting yang dibincangkan dalam bahagian ini ialah cara mendapatkan
responden, cara mendapatkan maklumat dan data responden serta teknik memproses dan
mempersembahkan data. Tujuan metodologi kajian adalah untuk membantu memahami dengan
lebih luas atau lebih terperinci tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang
proses kajian.( Sumber: https://www.coursehero.com/file/).

13 | P a g e
020315-08-0462

Dalam kajian kerja kursus ini, pengkaji telah menggunakan pelbagai kaedah untuk
mendapatkan maklumat. Antaranya ialah pengkaji menggunakan kaedah borang soal selidik
secara atas talian menggunakan Google Form sebagai instrumen atau bahan utama untuk
mengumpukan maklumat yang jelas daripada respoden. Borang soal selidik secara atas talian
diberikan secara rawak kepada responden dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam di SMK St.
George Taiping.

Pengkaji juga menggunakan dua cara kaedah kajian secara kuantitatif dan kualitatif. Kajian
kuantitatif merupakan satu kajian secara umunya menggunakan analisis statistic, ia lebih bersifat
objektif dan berorientasikan kepada hasil. Merujuk kepada istilah kuantiti , membawa erti berapa
banyak atau bilangannya.Kuantiti merujuk kepada bilangan yang diskrit , yang dinyatakan
dengan tepat.Berdasarkan kepada istilah kuantiti, penyelidikan kuantitatif dikaitkan dengan data
numerika dan ketepatan. Ia adalah berdasarkan kaedah penyelidikan inkuiri dimana penyelidikan
dilakukan melalui kajian eksperimental dan data numerika yang dipungut dianalisis dengan ujian
statistic. Melalui penyelidikan kuantitatif masalah kajian dinyatakan dalam bentuk hipotesis.
Kajian kualitatif pula merupakan satu kajian penyelidikan dimana pengkaji bergantung kepada
pandangan beserta, menanyakan soalan yang luas dan umum, mengumpul data dalam bentuk
perkataan atau teks daripada peserta, menjelaskan dan menganalisis perkataan-perkataan tersebut
dalam bentuk tema-tema serta menjalankan inkuiri dalam bentuk yang subjektif.( Sumber:
https://www.slideshare.net/).

Selain itu, pengkaji membuat pemerhatian terhadap pelajar Tingkatan Enam di SMK St.
George Taiping dalam membuat pilihan jenama komputer riba. Pengkaji juga membuat kajian
awal berkaitan dengan jenama komputer riba yang ada di pasaran dengan menggunakan kaedah
kajian perpustakaan. Hal ini dikatakan demikian kerana, pengkaji meneliti risalah yang
memaparkan promosi jualan komputer riba dari beberapa kedai elektronik seperti "Senheng" dan
"Ai Computer".Kajian ini adalah penting untuk pengkaji bagi menjalankan kajian kerja kursus
ini. Tujuan membuat metodologi kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenama komputer riba
yang sering digunakan dan mangkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kesetiaan pengguna
terhadap pembelian jenama komputer riba sebagai pilihan dalam kalangan pelajar Tingkatan
Enam di SMK St. George Taiping.

14 | P a g e
020315-08-0462

4.1 CARA MENDAPATKAN RESPONDEN

Perkataan responden bermaksud orang yang memberikan maklumat iaitu menjawab soalan-
soalan yang dikemukakan dalam sesuatu kegiatan kaji selidik.(Sumber:
https://prpm.dbp.gov.my/). Seramai 30 orang responden dipilih secara rawak dalam kalangan
pelajar Tingkatan Enam di SMK St. George Taiping untuk menjawab soalan yang dikemukakan
dalam borang soal selidik atas talian melalui Google Form. 30 orang responden melalui kerelaan
mereka untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh pengkaji. Cara ini dikenali sebagai
persampelan rawak mudah. Persampelan rawak mudah merupakan kaedah persampelan jenis
yang paling asas dan biasa digunakan dalam kajian kuantitatif . Setiap anggota populasi
mempunyai peluang yang sama untuk dipilih untuk kajian ini. Pengkaji memilih responden
berdasarkan latar belakang responden seperti kelas, jantina, umur, dan bangsa. Semasa
menjalankan kajian ini, semua responden memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi
kepada pengkaji.

15 | P a g e
020315-08-0462

4.2 CARA MENDAPATKAN MAKLUMAT

4.2.1 BORANG SOAL SELIDIK

Borang soal selidik merupakan satu set soalan atau bahan dalam bentuk tulisan. Borang soal
selidik merupakan satu alat yang dibentuk secara khusus untuk mengumpul maklumat bagi
tujuan analisis yang dapat menjawab persoalan kajian. Individu yang membina borang soal
selidik ini perlulah berpengetahuan luas agar soalan yang dibina adalah wajar, boleh dipercayai
dan tidak dipengaruhi emosi. Pelaksanaan soal selidik memerlukan masa dan pemikiran yang
mendalam agar soal selidik mendapat sambutan yang memberangsangkan.( Sumber:
https://intanjuita66449933.wordpress.com/). Pengkaji menggunakan borang soal selidik bentuk
tertutup untuk mengumpulkan data daripada responden. Borang soal selidik bentuk tertutup ialah
butiran yang berkehendakkan jawapan pendek seperti 'Ya' atau 'Tidak'. Butiran jenis ini biasanya
sesuai untuk memperoleh maklumat tertentu sahaja. Kebaikan menggunakan butiran bentuk
tertutup ialah, boleh dijawab dengan mudah, mengambil masa yang pendek, berbentuk objektif
dan mudah disusun dan dianalisis. Skala yang digunakan oleh pengkaji dalam borang soal selidik
ialah Skala Guttman. Skala Guttman ialah skala yang menginginkan jawapan tegas, seperti
jawapan benar-salah, ya-tidak, pernah-tidak pernah, positif- negatif, tinggi-rendah, baik-buruk
dan seterusnya. Pada Skala Guttman, hanya ada dua interval, iaitu setuju dan tidak setuju. Skala
Guttman dapat dibuat dalam bentuk pilihan ganda mahupun daftar checklist.( Sumber:
http://cikgusyamsp.blogspot.com/).

Dalam borang soal selidik yang telah diedarkan, terdapat 3 bahagian. Bahagian A ialah
bahagian demografi. Perkataan demografi bermaksud analisis masyarakat manusia dari statistik.
Konsep ini berasal dari perkataan Greek kompaun yang boleh diterjemahkan sebagai
"penerangan bandar".( Sumber: https://ms.erf-est.org/). Pengkaji menentukan demografi
responden seperti jantina, kelas, bangsa, dan umur. Seterusnya, bahagian B merupakan soal
selidik yang berkaitan dengan 9 jenis jenama komputer riba yang berada di pasaran. Contohnya,
Apple, Samsung, Huawei, Acer, Hp, Msi, Lenovo, Dell dan Asus. Bahagian C pula merupakan
faktor-faktor yang mempengaruhi kesetiaan pengguna terhadap pembelian komputer riba sebagai
pilihan dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam di SMK St. George Taiping.

16 | P a g e
020315-08-0462

Soal selidik berkaitan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi kesetiaan pengguna terhadap
pembelian komputer riba sebagai pilihan dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam di SMK
St.George Taiping dan responden perlu menjawab borang soal selidik dengan menandakan (/)
pada ruang Ya atau Tidak.

Bil Perkara Ya Tidak

1 Harga yang berpatutan


2 Harga yang mahal

3 Model komputer riba yang menarik

4 Jenama yang berkualiti


5 Risiko kerosakan adalah tinggi

6 Harga rendah untuk membaik pulih


7 Pelbagai pilihan warna
8 Mudah dibawa dan selesa digunakan

9 Cepat habis bateri


10 Mudah dibeli di pasaran

11 Tempoh jaminan yang lama.

4.2.2 PEMERHATIAN

Pekataan pemerhatian bermaksud satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur
pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternative yang ada dalam
mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temuduga. Peranan
pengkaji ialah sebagai pemerhati atas Kesetiaan pengguna terhadap jenama komputer riba dalam
kalangan pelajar Tingkatan Enam di SMK St. George Taiping. Kaedah pemerhatian ini
membolehkan pengkaji lebih memahami situasi yang sebenar yang hendak digambarkan oleh
responden.Setiap pemerhatian pengkaji mempunyai tujuan tertentu , dilakukan secara sistematik,
mempunyai fokus dan betul. Catatan yang dibuat mestilah tepat ,sah dan boleh dipercayai.(
Sumber: https://www.slideshare.net/wonderwhy/kaedah-pengumpulan-data-pemerhatian).

17 | P a g e
020315-08-0462

4.2.3 KAEDAH RUJUKAN

Bagi melengkapkan lagi kajian pengkaji, pengkaji telah menggunakan kaedah rujukan dengan
menggunakan internet. Kebanyakkan maklumat yang pengkaji dapati terdapat di dalam laman
web. Ini dapat memudahkan lagi kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh masa
yang telah ditetapkan oleh guru Pengajian Am saya iaitu Puan Wan Hasni Binti Wan Hamid.
Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat juga digunakan untuk mencari definisi perkataan yang
sering pengkaji gunakan di dalam kajian ini.

4.3 CARA MEMPROSES DAN MENGANALISIS DATA

Bahagian ini menjelaskan tentang cara memproses dan menganalisis data . Pengkaji akan
mengkaji data yang telah diperoleh dan dikumpulkan daripada soal selidik. Data yang telah
diperoleh daripada soal selidik adalah berbentuk jadual, bilangan, kekerapan, peratus dan carta
pai. Pernyataan yang menggunakan Skala Guttman akan disertakan oleh pengkaji. Hasil data
yang didapati pula akan dipersembahkan dalam bentuk jadual serta carta pai. Secara ringkasnya,
pengkaji telah mengikut prosedur pengumpulan data dan melalui

Proses kajian secara sistematik:-

Membina Borang soal selidik kajian

Mendapat pengesahan daripada guru mata pelajaran

Menghantar Borang soal selidik kepada responden secara atas talian.

Menganalisis Data

Membuat dapatan dan rumus kajian.

18 | P a g e
020315-08-0462

4.4 CARA MEMPERSEMBAHKAN DATA

Pengkaji telah mencari seramai 30 responden secara rawak untuk menjawab soalan di borang
soal selidik secara atas talian. Setelah penkaji memproses data yang diperoleh melalui borang
soal selidik, pengkaji mempersembahkan data-data tersebut dalam bentuk jadual, graf dan carta
pai. Hal ini kerana analisis kajian dapat dilakukan berdasarkan data-data tersebut. Perkataan
jadual bermaksud, daftar atau senarai fakta yang tersusun biasanya dalam bentuk lajur.( Sumber:
https://educalingo.com/ms/dic-ms/jadual). Graf merupakan perwakilan datayang menunjukkan
perubahan numerik sesuatu perkara dalam suatu tempoh masa tertentu.Graf yang telah digunakan
dalam kajian ini ialah Graf Bar. Graf bar digunakan untuk menunjukkan data statistik dengan
lebih jelas dan mudah. Graf Bar sesuai digunakan untuk membuat perbandingan atau perubahan
sesuatu pemboleh ubah.( Sumber: https://www.slideshare.net/vilara2010/graf-bar-34434286).
Carta pai bermaksud sejenis carta atau graf yang berbentuk bulatan bersudut 360° yang terdiri
daripada beberapa sektor atau belahan. Saiz sudut yang dicakupi oleh setiap sektor mewakili
kekerapan atau frekuensi setiap item atau data yang ingin ditunjukkan. Namun begitu, untuk
membina dan seterusnya mentafsir carta pai, kemahiran yang kukuh dalam topik pecahan sangat
penting.( Sumber: https://pt.slideshare.net/ruhanaahmad/carta-pai/3).

19 | P a g e
020315-08-0462

5.0 DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian yang diperolehi daripada pemerhatian, temubual dan soal selidik perlu
dianalisis untuk mendapat jawapan objektif kajian.( Sumber: https://ustazkenali.wordpress.com).
Dalam dapatan kajian yang dijalankan, bahagian ini menerangkan keputusan analisis data yang
memaparkan hasil kajian yang telah dilakukan daripada soal selidik yang telah diisi oleh
responden atas talian. Dapatan kajian yang diperolehi melalui kajian ini adalah bilangan
responden melalui persampelan responden yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Enam di SMK
St. George Taiping.

5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN

5.1.1 DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN KELAS

Kelas Bilangan Responden (orang) Peratus (%)


U6SC 10 33.3
U6K1 1 3.3
U6K2 1 3.3
U6K3 8 26.7
U6K4 10 33.3
Jumlah 30 99.9

Jadual: Demografi responden berdasarkan kelas

Sumber: Kajian Lapangan 2021

20 | P a g e
020315-08-0462

Kelas
U6SC U6K1 U6K2 U6K3 U6K4

33.3% 33.3%

26.7%
3.3%
3.3%

Carta: Demografi responden berdasarkan kelas

Sumber: Kajian Lapangan 2021

Jadual 2 dan carta 1 menunjukkan demografi responden berdasarkan kelas pelajar


Tingkatan Enam SMK St. George Taiping, Perak. Dapatan hasil kajian menunjukkan sebanyak
30 orang responden dipilih secara rawak daripada setiap kelas Tingkatan Enam SMK St. George
Taiping. Responden yang paling banyak terdiri daripada responden kelas U6SC dan U6K4 iaitu
seramai 10 orang responden bersamaan dengan 33.3 peratus. Selain itu, responden yang terdiri
daripada kelas U6K3 menunjukkan bilangan kedua banyak iaitu 8 orang bersamaan dengan 26.7
peratus . Responden yang paling rendah terdiri daripada kelas U6K1 dan U6K2 iaitu seramai 1
orang responden bersamaan dengan 3.3 peratus. Kesimpulannya, responden daripada kelas
U6SC dan U6K4 merupakan responden yang bergiat aktif dalam soal selidik pengkaji.

21 | P a g e
020315-08-0462

5.1.2 DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN JANTINA

Bilangan Responden
Jantina (orang) Peratus (%)
Lelaki 7 23.3
Perempuan 23 76.7
Jumlah 30 100

Jadual 3: Demografi responden berdasarkan kelas

Sumber: Kajian Lapangan 2021

Kelas
Lelaki Perempuan

23%

77%

Carta 2 : Demografi responden berdasarkan jantina

Sumber: Kajian Lapangan 2021

Jadual 3 dan carta 2 menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina dalam


kalangan pelajar Tingkatan Enam di SMK St. George Taiping.Daripada 30 orang responden
yang telah disoal selidik, bilangan responden yang paling telah ialah responden perempuan iaitu
seramai 23 orang bersamaan dengan 76.7 peratus. Manakala responden lelaki adalah seramai 7

22 | P a g e
020315-08-0462

orang bersamaan dengan 23.3 peratus. Hal ini menjelaskan bahawa faktor jantina tidak
mempengaruhi data keputusan ini kerana tiada perbezaan pendapat yang terlalu ketara.

5.1.3 DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN UMUR

Umur Bilangan Responden (orang) Peratus (%)


18 Tahun 2 6.7
19 Tahun 28 93.3
20 Tahun 0 0
Jumlah 30 100

Jadual 4 : Demografi responden berdasarkan umur

Sumber: Kajian Lapangan 2021

Umur
18 Tahun 19 Tahun 20 Tahun

0%

7%

93%

Carta 3 : Demografi responden berdasarkan umur

Sumber: Kajian Lapangan 2021

23 | P a g e
020315-08-0462

Berdasarkan jadual 4 dan carta 3 menunjukkan demografi responden berdasarkan umur


pelajar Tingkatan Enam di SMK St. George Taiping, Perak. Data ini didapati melalui kaedah
soal selidik. Melalui kaedah ini dapat ditunjukkan bahawa hampir keseluruhannya seramai 28
orang responden bersamaan dengan 93.3 peratus adalah pelajar yang berumur 19 tahun.
Seterusnya, responden yang berumur 18 tahun seramai 2 orang bersamaan dengan 6.7 peratus.
Tiada responden yang berumur 20 tahun. Hal ini dikatakan, kerana pengkaji memerhatikan
kajian ini yang melibatkan mereka yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Enam.

5.1.4 DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN BANGSA

Bilangan Responden
Bangsa (orang) Peratus (%)
Melayu 6 20
Cina 15 50
India 8 26.7
Lain-lain 1 3.3
Jumlah 30 100

Jadual 5 : Demografi responden berdasarkan bangsa

Sumber: Kajian Lapangan 2021

24 | P a g e
020315-08-0462

Bangsa
Melayu Cina India Lain-lain

3%
20%
27%

50%

Carta 4: Demografi responden berdasarkan bangsa

Sumber: Kajian Lapangan 2021

Berdasarkan jadual 5 dan carta 4 menunjukkan demografi responden berdasarkan bangsa


pelajar Tingkatan Enam di SMK St. George Taiping, Perak.Pengkaji memilih responden yang
terdiri daripada pelbagai bangsa, supaya mendapat data yang lebih tepat. Dapatan data kajian
menunjukkan responden yang paling banyak terdiri daripada bangsa Melayu iaitu seramai 6
orang bersamaan dengan 20 peratus. Responden seterusnya ialah bangsa Cina , seramai 15 orang
bersamaan dengan 50 peratus. Selain itu, responden berbangsa India ialah seramai 8 orang
bersamaan dengan 26.7 peratus.Responden yang terdiri daripada lain-lain merupakan 1 orang
bersamaan dengan 3.3 peratus. Hal inidikatakan demikian kerana , paling ramai pelajar
Tingkatan Enam SMK St. George Taiping, Perak terdiri daripada bangsa Cina.

25 | P a g e
020315-08-0462

5.2 MENGENAL PASTI JENAMA KOMPUTER RIBA YANG SERING DIGUNAKAN


DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN ENAM DI SMK ST. GEORGE
TAIPING, PERAK.

Bilangan Responden
Jenama Komputer riba Peratus (%)
(orang)
Apple 4 13.3
Samsung 4 13.3
Huawei 5 16.7
Acer 15 50
Hp 10 33.3
Msi 1 3.3
Lenovo 3 10
Dell 2 6.7
Asus 8 26.7

Jadual 7 : Mengenal pasti jenama komputer riba yang sering digunakan

dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam di SMK St.George

Taiping, Perak.

Sumber: Kajian Lapangan 2021

26 | P a g e
020315-08-0462

JENAMA KOMPUTER RIBA

100%
90%
80%
70%
60%
50%
TIDAK
40%
YA
30%
20%
10%
0%

Carta 6 : Mengenal pasti jenama komputer riba yang sering digunakan dalam kalangan

Pelajar Tingkatan Enam di SMK St. George Taiping

Sumber : Kajian Lapangan 2021

Jadual 7 dan carta 6 menunjukkan jenama komputer riba yang sering digunakan dalam kalangan
pelajar Tingkatan Enam di SMK St. George Taiping. Responden telah disediakan pilihan jenama
dengan 9 jenis jenama komputer riba yang terdapat di pasaran dalam borang soal selidik yang
disediakan.

27 | P a g e
020315-08-0462

5.2.1 TINDAK BALAS RESPONDEN TERHADAP JENAMA

Apple
Ya Tidak

13%

87%

Carta 7 : Tindak balas responden terhadap jenama komputer riba Apple

Sumber : Kajian Lapangan 2021

Berdasarkan jadual 7 dan carta 7 menunjukkan tindak balas responden terhadap jenama
komputer riba Apple. Berdasarkan jadual dan carta di atas, seramai 4 orang responden
bersamaan 13.3 peratus memilih jenama komputer riba Apple. Manakala seramai 26 orang
responden bersamaan 86.7 peratus tidak memilih jenama komputer riba Apple. Melalui kajian
ini, pengkaji mendapat tahu melalui data tentang jenama komputer riba Apple merupakan
komputer riba yang mendapat sambutan yang kelima dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam di
SMK St. George Taiping, Perak. Apple merupakan sesuatu jenama yang terkenal di seluruh
dunia. Pengeluar komputer riba Apple berasal dari Cupertino, Carlifonia. Jenama ini sangat
popular kerana kualiti jenama ini adalah sangat tinggi dan canggih.

28 | P a g e
020315-08-0462

5.2.2 TINDAK BALAS RESPONDEN TERHADAP JENAMA KOMPUTER RIBA

SAMSUNG

Samsung
Ya Tidak

28%

72%

Carta 8 : Tindak balas responden terhadap jenama komputer riba Samsung

Sumber : Kajian Lapangan 2021

Berdasarkan jadual 7 dan carta 8 menunjukkan tindak balas responden terhadap jenama
komputer riba Samsung. Berdasarkan jadual dan carta di atas, seramai 4 orang responden
bersamaan 13.3 peratus memilih jenama komputer riba Samsung. Manakala seramai 26 orang
responden bersamaan 86.7 peratus tidak memilih jenama komputer riba Samsung. Melalui kajian
ini, pengkaji mendapat tahu melalui data tentang jenama komputer riba Samsung merupakan
komputer riba yang mendapat sambutan yang kelima dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam di
SMK St. George Taiping, Perak. Samsung merupakan salah satu penyedia OEM terbesar di
dunia teknologi.Samsung bermula pada tahun 1938. Jenama Samsung berasal dari Korea Selatan.

29 | P a g e
020315-08-0462

5.2.3 TINDAK BALAS RESPONDEN TERHADAP JENAMA KOMPUTER RIBA

HUAWEI.

Huawei
Ya Tidak

17%

83%

Carta 9 : Tindak balas responden terhadap jenama komputer riba Huawei

Sumber : Kajian Lapangan 2021

Berdasarkan jadual 7 dan carta 9 menunjukkan tindak balas responden terhadap jenama
komputer riba Huawei. Berdasarkan jadual dan carta di atas, seramai 5 orang responden
bersamaan 16.7 peratus memilih jenama komputer riba Huawei. Manakala seramai 25 orang
responden bersamaan 83.3 peratus tidak memilih jenama komputer riba Huawei. Melalui kajian
ini, pengkaji mendapat tahu melalui data tentang jenama komputer riba Huawei merupakan
komputer riba yang mendapat sambutan yang keempat dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam
di SMK St. George Taiping, Perak. Huawei merupakan satu syarikat gergasi multinasional
rangkaian internet dan komunikasi daripada negara Cina yang beroperasi di Shenzhen,
Guangdong. Huawei ditubuhkan pada tahun 1987 oleh Ren Zhengfei. Secara asanya jenama
Huawei itu sendiri diterjemahkan daripada perkataan China yang bermaksud 'bunga'. Karakter di
dalam logo Huawei itu sendiri melambangkan 'kemegahan' dan 'kekayaan'.

30 | P a g e
020315-08-0462

5.2.4 TINDAK BALAS RESPONDEN TERHADAP JENAMA KOMPUTER RIBA

ACER

Acer
Ya Tidak

50% 50%

Carta 10 : Tindak balas responden terhadap jenama komputer riba Acer

Sumber : Kajian Lapangan 2021

Berdasarkan jadual 7 dan carta 10 menunjukkan tindak balas responden terhadap jenama
komputer riba Acer. Berdasarkan jadual dan carta di atas, seramai 15 orang responden
bersamaan dengan 50 peratus memilih jenama komputer riba Acer. Manakala seramai 15 orang
responden bersamaan dengan 50 peratus tidak memilih jenama komputer riba Acer. Melalui
kajian ini, pengkaji dapat mengetahui bahawa jenama komputer riba Acer merupakan salah satu
jenama komputer riba yang mendapat sambutan yang banyak dalam kalangan pelajar di SMK St.
George Taiping, Perak. Acer juga ditubuhkan pada tahun 1970-an, di Taiwan oleh Sten Shi.

31 | P a g e
020315-08-0462

5.2.5 TINDAK BALAS RESPONDEN TERHADAP JENAMA KOMPUTER RIBA

HP

HP
Ya Tidak

33%

67%

Carta 11 : Tindak balas responden terhadap jenama komputer riba HP

Sumber : Kajian Lapangan 2021

Berdasarkan jadual 7 dan carta 11 menunjukkan tindak balas responden terhadap jenama
komputer riba Hp. Berdasarkan jadual dan carta di atas, seramai 10 orang responden bersamaan
dengan 33.3 peratus memilih jenama komputer riba Hp. Manakala seramai 20 orang responden
bersamaan dengan 66.7 peratus tidak memilih jenama komputer riba Hp. Hp dikenali sebagai
pengeluar produk yang berkualiti tinggi, produktif dan tahan lama. Ia ditubuhkan pada tahun
1939 di Palo Alto, California.

32 | P a g e
020315-08-0462

5.2.6 TINDAK BALAS RESPONDEN TERHADAP JENAMA KOMPUTER RIBA MSI

Msi
Ya Tidak

3%

97%

Carta 12 : Tindak balas responden terhadap jenama komputer riba Msi

Sumber : Kajian Lapangan 2021

Berdasarkan jadual 7 dan carta 12 menunjukkan tindak balas responden terhadap jenama
komputer riba Msi. Berdasarkan jadual dan carta di atas, seramai 1 orang responden bersamaan
dengan 3.3 peratus memilih jenama komputer riba Msi. Manakala seramai 29 orang responden
bersamaan dengan 96.7 peratus tidak memilih jenama komputer riba Msi. Melalui kajian ini,
pengkaji mendapat tahu bahawa, jenama komputer riba Msi merupakan komputer riba yang
paling kurang mendapat sambutan daripada pengguna dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam
di SMK St. George Taiping,Perak. Msi adalah salah satu jenama terbesar dalam dunia permainan
PC. Pada tahun 1986, MSI memperkenalkan motherboard overclocking 80286 yang serasi ke
pasaran.

33 | P a g e
020315-08-0462

5.2.7 TINDAK BALAS RESPONDEN TERHADAP JENAMA KOMPUTER RIBA


LENOVO

Lenovo
Ya Tidak

10%

90%

Carta 13 : Tindak balas responden terhadap jenama komputer riba Lenovo

Sumber : Kajian Lapangan 2021

Berdasarkan jadual 7 dan carta 13 menunjukkan tindak balas responden terhadap jenama
komputer riba Lenovo. Berdasarkan jadual dan carta di atas, seramai 3 orang responden
bersamaan dengan 10 peratus memilih jenama komputer riba Lenovo. Manakala seramai 27
orang responden bersamaan dengan 90 peratus tidak memilih jenama komputer riba Lenovo.
Pada tahun 1984, Lenovo ditubuhkan di Beijing. Walaupun jenama Lenovo yang mula wujud
hanya pada tahun 2004, syarikat itu mempunyai sejarah yang lebih lama.

34 | P a g e
020315-08-0462

5.2.8 TINDAK BALAS RESPONDEN TERHADAP JENAMA KOMPUTER RIBA

DELL

Dell
Ya Tidak

7%

93%

Carta 14 : Tindak balas responden terhadap jenama komputer riba Dell

Sumber: Kajian Lapangan 2021

Berdasarkan jadual 7 dan carta 14 menunjukkan tindak balas responden terhadap jenama
komputer riba Dell. Berdasarkan jadual dan carta di atas , seramai 2 orang responden bersamaan
6.7 peratus memilih jenama komputer riba. Manakala seramai 28 orang responden bersamaan
dengan 93.3 peratus tidak memilih jenama komputer riba Dell. Syarikat komputer Dell adalah
salah satu daripada kisah kejayaan besar abad ke-20.

35 | P a g e
020315-08-0462

5.2.9 TINDAK BALAS RESPONDEN TERHADAP JENAMA KOMPUTER RIBA ASUS

Asus
Ya Tidak

27%

73%

Carta 15 : Tindak balas responden terhadap jenama komputer riba Asus

Sumber : Kajian Lapangan 2021

Berdasarkan jadual 7 dan carta 15 menunjukkan tindak balas responden terhadap jenama
komputer riba Asus. Berdasarkan jadual dan carta di atas, seramai 8 orang responden bersamaan
dengan 26.7 peratus memilih jenama komputer riba Asus. Manakala seramai 22 orang responden
bersamaan 73.3 peratus tidak memilih jenama komputer riba Asus. Sejarah syarikat Asus
bermula pada awal 2000-an. Negara asal bagi jenama ini adalah di China. Firma Asus
mempunyai pelbagai yang sangat besar pelbagai komputer, komputer riba dan komponen-
komponen komputer.

36 | P a g e
020315-08-0462

6.0 KESIMPULAN

Tajuk kajian yang telah dijalankan ialah kesetiaan pengguna terhadap jenama komputer
riba dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam di SMK St. George Taiping, Perak. Rasional kajian
ialah pelbagai jenama komputer riba di pasaran sehingga pengguna tidak tahu memilihnya.
Seterusnya, pengkaji manjalankan kajian ini berdasarkan pada dua objektif kajian iaitu, untuk
mengenal pasti jenama komputer riba yang sering digunakan dan mengkaji faktor-faktor yang
mempengaruhi kesetiaan pengguna terhadap pembelian komputer riba dalam kalangan pelajar
Tingkatan Enam di SMK St. George Taiping, Perak.

Bagi mencapai kedua-dua objektif kajian ini, seramai 30 orang responden dipilih secara
rawak dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam di SMK St. George Taiping untuk menjawab
borang soal selidik secara atas talian dibahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian pertama
adalah tentang demografi responden, bahagian kedua tentang jenis jenama komputer riba yang
terdapat di pasaran dan bahagian ketiga ialah faktor yang mempengaruhi kesetiaan pengguna
terhadap pembelian komputer riba. Setelah mendapat hasil data daripada responden, pengkaji
melaksanakan penganalisisan data dari pengiraan data secara manual. Oleh itu, kekerapan dan
peratusan dikira dan dijadikan sebagai data untuk dianalisis.

Berdasarkan hasil data di dalam borang soal selidik, dapatan kajian tentang bahagian
pertama iaitu demografi responden mengikut kelas kebanyakkanya kelas U6SC1 dan U6K4
seramai 33.3 peratus jantina perempuan seramai 76.7 peratus, berumur 19 tahun seramai 93.3
peratus, bangsa cina seramai 50 peratus.

Hasil kajian yang didapati dalam bahagian kedua iaitu jenama komputer riba di pasaran
yang menjadi pilihan pengguna. Jenama komputer riba Acer merupakan komputer riba yang
paling banyak dipilih oleh responden seramai 50 peratus dan 50 peratus responden tidak memilih
komputer riba Acer. Seterusnya, kedua tinggi seramai 33.3 peartus responden memilih komputer
riba Hp manakala 66.7 peratus respondan tidak memilih komputer riba Hp. Ketiga pula nilai
peratusan, 26.7 peratus responden memilih komputer riba Asus sebaliknya, 73.3 peratus
responden tidak memilih komputer riba Asus. Komputer riba Huawei mempunyai 16.7 peratus
responden memilih komputer riba Huawei dan 83.3 peratus tidak memilih komputer riba
Huawei. Komputer riba Apple dan Samsung mempunyai 13.3 peratus memilihnya dan seramai

37 | P a g e
020315-08-0462

86.7 peratus tidak memilih komputer riba Apple dan Samsung. Seterusnya, seramai 10 peratus
memilih komputer riba Lenovo manakala seramai 90 peratus responden tidak memilih komputer
riba tersebut. Di samping itu, komputer riba Dell mempunyai responden seramai 6.7 peratus
manakala 93.3 peratus responden tidak memilihnya. Komputer riba yang paling kurang dipilih
oleh responden ialah komputer riba Msi nilai peratusan hanya 3.3 dan seramai 96.7 peratus
responden tidak memilih komputer riba Msi.

Seterusnya, faktor-faktor yang mempengaruhi kesetiaan pengguna terhadap pembelian


komputer riba. Responden sebanyak 93.33 peratus bersetuju dengan faktor harga yang
berpatutan .Seterusnya, responden sebanyak 80 peratus tidak bersetuju dengan faktor harga yang
mahal.Di samping itu 80 peratus responden bersetuju dengan faktor model komputer riba yang
menarik, manakala 20 peratus tidak bersetuju. Responden sebanyak 100 peratus bersetuju
dengan faktor jenama yang berkualiti. Kebanyakkan responden tidak bersetuju dengan risiko
kerosakkan adalah tinggi iaitu sebanyak 6.67 peratus. Faktor bagi harga rendah untuk membaik
pulih ialah seramai 53.33 responden telah bersetuju.Manakala 46.67 responden tidak bersetuju
dengan faktor tersebut.Kemudian seramai 60 peratus responden bersetuju dengan faktor pelbagai
pilihan warna.Selain itu, hampir semua responden sebanyak 96.67 peratus bersetuju dengan
faktor komputer riba mudah dibawa dan selesa digunakan. Seterusnya, hampir semua responden
sebanyak 93.33 peratus tidak bersetuju dengan faktor cepat habis bateri. Kemudian 86.67 peratus
responden bersetuju dengan faktor mudah dibeli di pasaran. Bagi faktor tempo jaminan yang
lama pula seramai 83.33 peratus responden telah bersetuju. Manakala seramai 16.67 peratus
responden tidak bersetuju bagi faktor tersebut.

Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa komputer riba Acer merupakan komputer riba
yang paling banyak dipilih oleh pengguna dan faktor jenama yang berkualiti merupakan faktor
yang paling mempengaruhi kesetiaan pengguna terhadap pembelian jenama komputer riba dalam
kalangan pelajar Tingkatan Enam di SMK St. George Taiping, Perak.

38 | P a g e
020315-08-0462

7.0 RUJUKAN

Kamus dan Ensiklopedia

1. https://www.scribd.com

2. https://ms.erf-est.org/4500-lealtad.html

3. masyarakatgembira.wordpress.com/maksud pengguna

4. https://ms.dictionaryapps.com/definici-n-de-marca

5. studentsrepo.um.edu.my

6. https://wiser.my/5-perkara-asas-yang-perlu-diambil-kira-sebelum-membeli-komputer

riba

7. https://www.perak.gov.my/

8. https://www.wikiwand.com/id/Larut,_Matang,_dan_Selama

9. https://www.wikiwand.com/ms/Sekolah_Menengah_Kebangsaan_St._George,_Perak

10. https://www.coursehero.com/file/

11. https://www.slideshare.net/

12. https://prpm.dbp.gov.my/

13. https://intanjuita66449933.wordpress.com/

14. http://cikgusyamsp.blogspot.com/

15. https://ms.erf-est.org/

16. https://www.slideshare.net/wonderwhy/kaedah-pengumpulan-data-pemerhatian

17. https://educalingo.com/ms/dic-ms/jadual

18. https://ustazkenali.wordpress.com

39 | P a g e
020315-08-0462

19. https://www.coursehero.com/file/24732903/REPORT-APPLEdoc/

20. http://beritateknologi86.blogspot.com/2013/01/samsung-adalah-salah-satu-penyedia-
oem.html

21. https://hujanemas-dunia.blogspot.com/2017/10/huawei-teknologi-tinggi-dari-china.html

22. https://may.kagutech.com/4285919-computer-equipment-acer-country-of-origin-brand-
history-promising-areas-of-activity

23. https://may.kagutech.com/4279433-hp-is-the-country-of-origin-hewlett-packard-company-
us-it-companies

24. https://ms.comprating.com/historia-de-msi-se-ha-convertido-en-el-referente-del-gaming

25. https://handphonemurah2u.wordpress.com/lenovo/

26. https://mal.routestofinance.com/dell-computer-company-profile-mission-and-history

27. https://ms.delachieve.com/asus-negara-pengeluar-gambaran-keseluruhan-produk/

40 | P a g e
020315-08-0462

8.0 LAMPIRAN

SMK.ST.GEORGE TAIPING, PERAK

KERJA KURSUS PENGAJIAN AM 900/4

BORANG SOAL SELIDIK

Borang soal selidik mengenai kesetiaan pengguna terhadap jenama komputer riba

dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam di SMK St. George Taiping, Perak.

Bahagian A: Latar Belakang Responden

Sila tanda (/) pada ruangan yang berkenaan

1. Jantina
Lelaki ( )

Perempuan ( )

2. Kelas
U6SC1 ( )
U6K1 ( )
U6K2 ( )
U6K3 ( )
U6K4 ( )

3. Bangsa
Melayu ( )
Cina ( )
India ( )

Lain-lain:
41 | P a g e
020315-08-0462

4. Umur
18 Tahun ( )
19 Tahun ( )
20 Tahun ( )

BAHAGIAN B: MENGENAL PASTI JENAMA KOMPUTER RIBA YANG SERING


DIGUNAKAN DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN ENAM DI SMK ST.
GEORGE TAIPING (PILIH DUA JENAMA KOMPUTER RIBA)

Jenama komputer riba ( )

Apple

Samsung

Huawei

Acer

Hp

Msi

Lenovo

Dell

Asus

42 | P a g e
020315-08-0462

BAHAGIAN C: MENGKAJI FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESETIAAN


PENGGUNA TERHADAP PEMBELIAN KOMPUTER RIBA.

Faktor-faktor Ya Tidak

Harga yang berpatutan

Harga yang mahal

Model komputer riba yang menarik

Jenama yang berkualiti

Risiko kerosakan adalah tinggi

Harga rendah untuk membaik pulih

Pelbagai pilihan warna

Mudah dibawa dan selesa digunakan

Cepat habis bateri

Mudah dibeli di pasaran

Tempoh jaminan yang lama

43 | P a g e
020315-08-0462

44 | P a g e

You might also like