Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT KELAB RUKUN NEGARA KALI KETIGA 2021

Panggilan Mesyuarat : Minit Mesyuarat Futsal ke-3/2021


Tarikh : 22.09.2021
Masa : 1.30 petang
Tempat/ Platform : Pelantar Google Meet

KEHADIRAN :
Pn. S. Karpasam
Pn M. Letchumiammal
Cik K. Sanggertana

TIDAK HADIR :
-Tiada-

AGENDA MESYUARAT:
1. Ucapan Guru Penasihat
2. Perancangan Aktiviti Kelab Rukun Negara
3. Penglibatan Murid / Masalah yang dihadapi
4. Hal-Hal Lain

1.0 UCAPAN GURU PENASIHAT


1.1 Guru penyelaras mengalu-alukan kehadiran semua ahli dalam mesyuarat
Kelab rukun negara kali ketiga ini. Diharapkan semua aktiviti yang dirancang
sama ada secara dalam talian mahupun luar talian dapat dijalankan demi
kecemerlangan kokurikulum sekolah.
Tindakan / Makluman

2.0 LAPORAN RANCANGAN AKTIVITI KELAB


2.1 Segala program dan rancangan pelaksanaan aktiviti kelab telah disesuaikan
secara dalam talian atau luar talian kerana sekolah masih lagi ditutup seperti
mana yang telah diputuskan dalam mesyuarat kali kedua . Lantaran itu
platform whatapp menjadi medium terbaik untuk berkomunikasi serta
menjalankan aktiviti kelab.
2.2 Video serta gambar hasil kerja murid telah dilampirkan di buku laporan kelab
sebagai bukti penglibatan murid dalam setiap aktiviti yang telah dijalankan.
2.3 Data serta maklumat murid dalam sistem PAJSK telah selesai dikemaskini dan
direkodkan dalam masa yang ditetapkan.
2.4 Satu program pertandingan melukis poster bertemakan kemerdekaan telah
diadakan sebagai satu aktiviti untuk melatih murid agar mempunyai semangat
kewargenegaraan.
Tindakan / Makluman

3.0 PELIBATAN MURID


3.1 Penglibatan murid dalam aktiviti kelab secara dalam talian /luar talian semakin
merosot. Ini mungkin disebabkan oleh kekangan akses internet, motivasi
merudum dan ketiadaan gadget menyebabkan kehadiran dan penglibtan murid
semakin merosot

3.2 Bagi meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti kelab guru-guru telah
bercadang untuk memberi ganjaran kepada murid yang aktif melibatkan diri
dalam aktiviti kelab.

3.3 Bagi meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti kelab guru-guru telah
bercadang untuk kerap memberi pesanan/peringatan dalam whatsapp supaya
murid tidak terlepas pandang dengan tugasan yang diberi melaluinya.

Tindakan / Makluman
4.0 HAL-HAL LAIN
4.1 Guru penyelaras menyampaikan pesanan GPK Kokurikulum iaitu
guru-guru mengemas kini fail dan buku rekod badan beruniform dari semasa
ke semasa walaupun aktiviti yang dijalankan secara
dalam dan luar talian bukannya bersemuka.
4.2 Guru penyelaras menyampaikan pesanan GPK Kokurikulum iaitu guru-guru
perlu mencatat serta rekod pencapaian murid dalam buku rekod pencapaian
kokurikulum bagi memudahkan urusan perekodan PAJSK.
4.3 Guru penyelaras mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru atas
bantuan dan komitmen mereka dalam menjalankan aktiviti kelab sepanjang
tahun ini secara dalam talian mahupun luar talian. Kerjasama seperti ini
diharapkan dapat berkekalan demi meningkatkan kecemerlangan kelab rukun
negara SJKT Raub.

Tindakan / Makluman
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang

Disediakan oleh:

…………………………………………….
(SANGGERTANA KULANTHAVELU)
Guru Penasihat Kelab Rukun Negara
SJK (T) Raub
Bertarikh : 29.09.2021

Disemak oleh:

……………………………………
(MURALEE A/L RAMAN)
Penolong Kanan Kokurikulum
SJK (T) Raub

You might also like