Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

PENGUMUMAN BERHUBUNG TARIKH PENGUATKUASAAN

AKTA SYARIKAT 2016

Pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ingin memaklumkan


bahawa Akta Syarikat 2016 (AS 2016) akan dikuatkuasakan secara
berperingkat bermula dengan fasa pertama pada 31 Januari 2017.
Dengan tarikh penguatkuasaan fasa pertama AS 2016 ini, Akta
Syarikat 1965 adalah dimansuhkan.

2. Beberapa peruntukan di dalam AS 2016 yang masih belum


dikuatkuasakan adalah:
(a) seksyen 241 – peruntukan berhubung keperluan
pendaftaran setiausaha syarikat untuk berdaftar dengan
Pendaftar; dan
(b) Penggal 8 Bahagian III – peruntukan berhubung
mekanisme penyelamat korporat iaitu perkiraan
sukarela korporat (corporate voluntary arrangement)
dan pengurusan kehakiman (judicial management).

3. Bermula tarikh penguatkuasaan ini, pihak SSM ingin menarik


perhatian pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan
berhubung perkara-perkara berikut:

(a) Pengenalan Syarikat Anggota/Pengarah Tunggal


(single member/director company)

Bermula tarikh penguatkuasaan AS 2016, syarikat boleh


ditubuhkan oleh atau mempunyai seorang anggota dan
anggota tunggal tersebut boleh juga menjadi pengarah
tunggal. Namun, bagi syarikat-syarikat awam, AS 2016
masih mengekalkan keperluan minimum 2 orang
pengarah.

(b) Perubahan “sijil pemerbadanan” kepada “notis


pendaftaran”

Bermula tarikh penguatkuasaan AS 2016 ini, pihak SSM


akan mengeluarkan notis pendaftaran untuk
pemerbadanan syarikat baharu bagi menggantikan sijil
pendaftaran bagi membuktikan bahawa peruntukan
berhubung keperluan pendaftaran syarikat tersebut
telah dipenuhi selaras dengan peruntukan undang-
undang.

(c) Penghapusan konsep modal dibenar (authorized


capital)

Di bawah AS 2016 ini, syarikat tidak lagi perlu


menyatakan jumlah modal dibenar. Sebaliknya,
syarikat hanya perlu memaklumkan jumlah modal yang
dikeluarkan (issued share capital) serta jumlah modal
berbayar (paid up capital) dan perubahan yang
berkaitan melalui penyata pengumpukan (return of
allotments).

(d) Penghapusan konsep nilai nominal pada syer


(syer with nominal value)

Bermula 31 Januari 2017, mana-mana syer yang


dikeluarkan tidak lagi terikat dengan nilai nominal yang
ditetapkan sewaktu syarikat diperbadankan. Syarikat
boleh mengeluarkan syer pada harga yang ditetapkan
mengikut faktor-faktor yang mempengaruhi keadaan
dan keperluan semasa syarikat.

(e) Syarikat tidak perlu mempunyai perlembagaan


atau memorandum & artikel persatuan

Bagi syarikat yang diperbadankan bermula 31 Januari


2017, syarikat tersebut mempunyai pilihan sama ada
untuk mempunyai perlembagaan atau sebaliknya. Bagi
syarikat yang diperbadankan sebelum AS 2016
dikuatkuasakan, perlembagaan sedia ada akan terus
terpakai terhadap syarikat tersebut sehingga syarikat
memutuskan sebaliknya. Walau bagaimanapun,
syarikat berhad menurut jaminan masih diwajibkan
untuk mempunyai perlembagaan.

(f) Syarikat tidak perlu mempunyai meterai rasmi


(common seal)

Bermula 31 Januari 2017, syarikat mempunyai pilihan


untuk tidak mempunyai meterai rasmi. Pelaksanaan
dokumen syarikat hendaklah mengikut tatacara yang
digariskan di bawah Penggal 9 Bahagian II termasuk
keadaan sekiranya syarikat memilih untuk mempunyai
meterai rasmi.

(g) Penghapusan keperluan mesyuarat agung


tahunan bagi syarikat persendirian
Bermula 31 Januari 2017, semua syarikat persendirian
tidak lagi diperlukan untuk mengadakan mesyuarat
agung tahunan. Sebaliknya keputusan syarikat
persendirian boleh dijalankan sepenuhnya melalui
resolusi edaran.

(h) Pengasingan penyerahsimpanan Penyata


Tahunan dan Penyata Kewangan

Di bawah AS 2016, keperluan penyerahsimpanan


Penyata Tahunan adalah berdasarkan tarikh ulang
tahun pemerbadanan sesebuah syarikat, manakala
tarikh penyerahsimpanan Penyata Kewangan tidak
lewat dari 7 bulan daripada tarikh tahun kewangan
berakhir sesebuah syarikat.

4. Pihak SSM menyeru dan memohon kerjasama pihak YBhg.


Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk mengambilkira
perubahan-perubahan yang dinyatakan di atas dalam menyemak
semula, menggubal atau melaksanakan polisi dan proses yang
memberi kesan terhadap sesebuah syarikat ketika berurusan
dengan Kementerian/Jabatan/Agensi/Organisasi di bawah
kawalselia YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan. Ini
bertujuan untuk memastikan bahawa polisi-polisi yang bersifat
mesra perniagaan yang terkandung di dalam AS 2016 dapat
dilaksanakan dengan lebih efisien dan faedahnya dapat dinikmati
oleh masyarakat korporat secara keseluruhannya.

5. Selain daripada AS 2016, SSM juga akan menguatkuasakan


Akta Skim Kepentingan 2016 bermula 31 Januari 2017. Akta Skim
Kepentingan ini mengawalselia penawaran skim kepentingan
sebagai satu alternatif untuk menjana modal perniagaan bagi
syarikat. Peruntukan di bawah Akta Skim Kepentingan ini dahulunya
merupakan sebahagian daripada Akta Syarikat 1965.

6. Sila layari laman web SSM: www.ssm.com.my untuk


maklumat lanjut berkaitan Akta Syarikat 2016, Peraturan-Peraturan
Syarikat 2017 serta dokumen serahsimpan yang berkaitan atau
Akta Skim Kepentingan 2016. Sebagai alternatif, sila hubungi talian
Hotline di 03-77214000 atau emel enquiry@ssm.com.my untuk
sebarang pertanyaan lanjut.

Ketua Pegawai Eksekutif/Pendaftar Syarikat


Suruhanjaya Syarikat Malaysia

You might also like