Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Nama: Kelas:

TUTORIAL 9 (6 SEPTEMBER 2021)


BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
(SOALAN 3: PENYUNTINGAN) (SOALAN 5: PERIBAHASA)

TEKNIK & PETUA SOALAN 3: PENYUNTINGAN

1. Soalan penyuntingan mengehendaki anda menyenaraikan kesalahan bahasa yang terdapat


dalam petikan.
2. Anda perlu membetulkan kesalahan-kesalahan tersebut tanpa menyalin petikan semula.
3. Anda dilarang untuk menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam
arahan.
4. Tip menulis jawapan:

Penyuntingan = senaraikan kesalahan  betulkan kesalahan  jangan salin petikan

Contoh menulis jawapan:


1. bila  apabila
2. mereka hadapi  dihadapi oleh mereka

5. Jumlah markah untuk soalan ini tidak tetap. Biasakan diri untuk membaca arahan soalan dan
jumlah markah yang diperuntukkan setiap kali anda menjawab soalan. Jumlah markah
berdasarkan arahan soalan.
6. Fokus kepada unsur-unsur kesalahan bahasa seperti:
- Ejaan dan tanda baca
- Kosa kata atau istilah
- Imbuhan
- Struktur frasa dan struktur ayat
- Tatabahasa

Kesalahan Kata dan Istilah Kesalahan Tatabahasa Kesalahan Ejaan


Istilah mengikut konteks Hukum D-M Penggunaan tanda baca
Kata pemeri Frasa kerja transitif Kesalahan huruf besar
Kata sendi nama Frasa kerja tak transitif dan huruf kecil
Kata nafi Frasa kerja pasif Ejaan dirapatkan atau
Kata ganda Frasa sendi nama dijarakkan
Kata bilangan Frasa nama jamak Pola keselarasan vokal
Kata tanya Frasa adjektif dan konsonan
Pengimbuhan Kata pinjaman

7. Panduan mengesan kesalahan bahasa:


- Baca ayat berulang-ulang kali supaya anda dapat mengenal pasti kesalahan dalam
petikan.
- Perhatikan kesalahan dengan meneliti perkataan demi perkataan sambil mengaitkannya
dengan hukum tatabahasa yang telah anda pelajari.
- Sebaik mungkin garisilah perkataan atau frasa yang telah dibaiki.
LATIHAN 1

3 Dalam petikan 1 terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan
bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam soalan. Anda tidak perlu
menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1
Murid bermasalah sering dipengaruhi oleh rakan yang anti-sosial sehingga mereka cenderung
untuk melakukan perkara negatif. Mereka sependapat bahawa rakan-rakan lebih memahami
perasaan mereka berbanding daripada ibu bapa sendiri. Apabila tidak menemui pihak yang
diyakinkan dapat membantu, maka mereka lebih suka mendiamkan diri dan memendam perasaan.
Tindakan ini sebenarnya menambah parah masalah yang mereka hadapi kerana murid itu tiada
tempat untuk meluahkan perasaan. Akibatnya, kepincangan yang menghimpit kehidupannya itu
terus menyiksa perasaannya yang sudah parah.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Menangani Disiplin Remaja’
Utusan Malaysia, 8 November 2017
[6 markah]

Petikan 2

[5 markah]

Jawapan:

Petikan 1 Petikan 2
Bil Salah Betul Bil Salah Betul
i. i.
ii. ii.
iii. iii.
iv. iv.
v. v.
vi.
LATIHAN 2

3 Petikan di bawah mengandungi sembilan kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan


kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada
jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan
tersebut.

Kesusasteraan Melayu semakin tidak diminati pelajar. Oleh itu, pelajar akan lebih terkesan dan
terhibur bila pendidik turut serta terlibat diri dalam aktiviti sastera. Para pendidik disuruh untuk
berkecimpung dalam dunia sastera dengan penuh minat, kesedaran dan rasa tanggung jawab. Oleh
itu, asahlah ketajaman pengetahuan dan kebolehan di dalam bidang kesusasteraan. Sudah tiba
masanya, pendidik haruslah memainkan peranan mendendangkan sajak, mementaskan teater,
bernyanyikan lagu puisi dan menulis karya sendiri. Sekaligus, pendidik menjadi contoh dan
tauladan dalam usaha menjadi pengamal sastera.
[9 markah]

Jawapan:

Bil Salah Betul Bil Salah Betul


i. vi.
ii. vii.
iii. viii
.
iv. ix.
v.

LATIHAN 3

3 Petikan di bawah mengandungi 13 kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-


kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah
kesalahan yang dinyatakan dalam soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Emosi ialah perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, takut, gembira, dan lain-lain. Biasanya,
seseorang akan bertindakbalas dengan perasaan dan menzahirkannya laluan perbuatan. Oleh itu,
ibu bapa pula perlu membimbing anak-anak demi untuk mengurus emosi mereka dengan baiknya.
Sekiranya kita berasa gemuroh, kita sering mengelakkan diri dari berucap di hadapan orang ramai.
Terdapat berapa langkah untuk mengurus emosi dengan baiknya. Dengan letakkan matlamat yang
jelas, minda kita menjadi segar. Ketakutan yang dialami oleh kita akan berubah menjadi kekuatan.
Untuk memastikan emosi sentiasa baik, mulut mestilah sentiasa menayangkan kata-kata yang
positif. Kita hendaklah sentiasa mengukirkan senyuman agar supaya kita sentiasa ceria. Senyuman
yang ikhlas akan menjadikan kita sentiasa tenang. Kita perlu belajar untuk menjadi orang yang
positive walaupun berhadapan dengan pelbagai tekanan-tekanan kerana setiap-tiap orang
mempunyai masalah masing-masing.
[13 markah]

Jawapan:

Bil Salah Betul Bil Salah Betul


i. viii.
ii. ix.
iii. x.
iv. xi.
v. xii.
vi. xiii.
vii.
LATIHAN 4

3 Dalam petikan 1 terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan
bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam soalan. Anda tidak perlu
menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1
Dalam arus kemodenan dunia pada masa ini, gulungan remaja lebih mengutamakan aspek
materealistik dalam kehidupan seharian mereka. Remaja cenderung untuk mengikuti perluasan
teknologi dari semasa ke masa dan budaya luar melalui rangkaian media sosial, tanpa
menghiraukan kesannya terhadap diri mereka. Hal ini sekali gus mengenepikan kepentingan nilai
murni, seperti berbudi bahasa, saling tolong-menolong dan hormat-menghormati dalam diri dan
kehidupan mereka.

[6 markah]

Petikan 2
Institusi pendidikan berperanan untuk menghasilkan modal insan yang dapat menyumbang ke arah
pembangunan dan kelestarian kemajuan sesebuah negara. Banyak forum, artikal dan pihak tertentu
yang membincangkan tentang peranan institusi pendidikan tinggi yang boleh bertindak sebagai
medan untuk menghasilkan murid yang boleh menyumbang kepada kemajuan sesebuah negara.
Walau bagaimanapun, ketika tumpuan diberikan kepada peranan universiti dalam usaha
menghasilkan modal insan yang berkualiti, peratusan pengangguran di kalangan siswazah di
Malaysia terus menjadi isu yang hangat diperkata.

[5 markah]

Jawapan:

Petikan 1 Petikan 2
Bil Salah Betul Bil Salah Betul
i. i.
ii. ii.
iii. iii.
iv. iv.
v.
TEKNIK & PETUA SOALAN 5: PERIBAHASA

1. Bara arahan soalan dengan telitinya dan fahami kehendak soalan. Tindakan ini penting
supaya jawapan anda menepati kehendak soalan.
2. Jumlah peribahasa bergantung pada arahan dalam soalan.
3. Jumlah markah yang diperuntukkan bagi soalan ini tidak tetap yakni bergantung pada
kehendak soalan.
4. Pelbagai bentuk bahan boleh dikemukakan sama ada gambar situasi, karikatur, dialog,
ilustrasi, petikan dan sebagainya.
5. Aspek peribahasa yang diuji:
- Menyatakan peribahasa lain yang sama atau hampir sama maksud
- Menyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi
- Memberikan maksud peribahasa
- Membina ayat daripada peribahasa
- Mengisi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai
6. Jenis peribahasa:
Bil Jenis Maksud Contoh
Peribahasa
1 Simpulan Ungkapan yang telah mantap dan mempunyai kaki bangku, lurus bentul, ikat perut,
bahasa maksud yang khusus. Maksudnya terdapat duit kopi
daripada apa yang tersirat atau tersembunyi
2 Perumpamaan peribahasa berlapis, iaitu mengandungi laksana katak diharung ular, bagai
makna tersurat dan tersirat. Menggunakan pungguk rindukan bulan, seperti katak
kata-kata perbandingan seperti, umpama, di bawah tempurung, genggam bara
bagai, laksana, ibarat. api biar sampai jadi arang
3 Bidalan peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat. Malu berkayuh perahu hanyut, malu
Ia mempunyai maksud dua lapis. Bidalan tidak bertanya sesat jalan.
didahului oleh kata sendi nama seperti, Jika kail panjang sejengkal, lautan
bagai, laksana dan umpama. dalam jangan diduga.
4 Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi diam ubi berisi, diam besi berkara
pepatah mempunyai rangkaian perkataan
berkerat-kerat atau berpatah-patah. Pepatah
lebih ringkas sifatnya.
5 Perbilangan susunan adat mencerita dan menerangkan Cubit paha kiri, paha kanan sakit juga.
sesuatu dan berasal daripada masyarakat Ditelan mati emak, diluah mati bapak.
Melayu Minangkabau (adat/ peraturan)
6 Kata-kata perkataan orang bijak pandai yang mempunyai bahasa menunjukkan bangsa",
hikmah pengertian yang tinggi. Ini bermaksid "bersatu teguh bercerai roboh", "maju
ungkapan yang berupa nasihat, panduan dan bangsa maju negara
peringatan serta dijadikan pedoman hidup
7 Bahasa menghuraikan sesuatu dengan cara manisnya seperti lautan madu Matanya
kiasan/ mengkiaskannya kepada perkara lain, sama merah seperti sebiji saga" dan "Hatinya
Perbandingan ada dengan menyebutkan bandingan secara hancur bagai kaca terhempas ke batu
semacam langsung atau mengandaikan perbandingan
itu.
8 Bahasa kata-kata ibarat yang mempunyai rentak dan Kalau dah cinta, ingin pula bertentang
berirama keindahannya yang tersendiri. Selalunya, kata- mata,
kata berirama ini diambil daripada ungkapan Pabila bertentang mata, ingin pula
atau peribahasa yang digubah menjadi bahasa mendengar suara.
yang menarik.
7. Panduan membina ayat daripada peribahasa:
- Murid perlu memasukkan tiga elemen penting dalam satu ayat yang dibina iaitu:
Peribahasa
Maksud peribahasa
Alasan/ situasi yang mengokong maksud peribahasa
- Gariskan peribahasa yang dibina tersebut unutk memudahkan pemeriksa memberikan
markah kepada anda.

LATIHAN 1

5 Petikan dialog di bawah ini mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa
sahaja, kemudian berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud
dengan peribahasa tersebut.

Nazlan: Anak-anak tidak wajar menempatkan ibu bapa di rumah orang-orang tua kerana tindakan
itu merupakan perbuatan yang sangat memeritkan mereka.
Mila: Untuk menunaikan tanggungjawab terhadap orang tua, maka adik-beradik hendaklah
bersepakat dan berjanji untuk menjaga ibu bapa secara bergilir-gilir, barulah dapat
dikatakan yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing.
Nazlan: Namun begitu, usahlah berjanji seperti nenanam tebu di bibir sehingga akhhirnya
seorang sahaja yang terbeban. Perlakuan seperti itu memperlihatkan keperibadian orang
yang buta hati kerana sanggup membebankan adik-beradik sendiri.
[4 markah]

Jawapan

Bi Peribahasa dalam petikan Peribahasa sama maksud


l
i.
ii.

LATIHAN 2

5 Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan
situasi dalam petikan tersebut.

“Kita perlu membuat persiapan awal dengan mengemas barang-barang penting kerana sudah tiga
hari hujan turun tanpa henti dan boleh menyebabkan banjir,” pesan ketua kampung kepada semua
penduduk. “Kehidupan penduduk kampung yang hidup dalam kesusahan, bertambah susah kerana
mereka tidak dapat keluar bekerja untuk mencari rezeki. Selain itu, penduduk kampung perlu
saling membantu antara satu sama lain dan tidak boleh bersikap mementingkan diri sendiri dalam
menghadapi keadaan yang sukar ini,” ucap ketua kampung ketika perjumpaan dengan semua
penduduk di balai raya.
[6 markah]

Jawapan

Bi Peribahasa
l
i.
ii.
iii.
LATIHAN 3

5 Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai untuk
melengkapkan tempat kosong dalam petikan tersebut.

Kemajuan negara telah memodenkan pemikiran mayarakat pada hari ini sehingga terdapat
golongan yang tidak mempedulikan warisan nenek moyang lagi. Seharusnya, adat yang lama kita
amalkan, di samping budaya hidup yang baharu, bak peribahasa _______________(i)
____________________ Walau bagaimanapun, terdapat segelintir masyarakat yang masih
mempertahankan adat resamnya. Bagi mereka, _______________(ii)____________________
kerana orang yang kuat berpegang pada adat dapat membezakan identiti mereka dengan
masyarakat lain di negara ini. Selain itu, sikap pandai mengambil hati penduduk tempatan dengan
menghormati dan mematuhi adat resam atau peraturan masyarakat setempat pula menjadikan kita
disenangi walaupun berbeza adat dan budaya kerana _____________(iii)___________________.
[6 markah]

Jawapan

Bil Peribahasa
i.
ii.
iii.

LATIHAN 4

5 Petikan di bawah ini mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja,
kemudian bina ayat dengan menggunakan peribahasa tersebut.

Seiring dengan peralihan zaman, golongan remaja perlu berusaha untuk menguasai teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK) agar mereka menjadigenerasi yang berwawasan. Matlamat
tersebut akan tercapai jika mereka berusaha dengan gigihnya kerana di mana ada kemahuan, di situ
ada jalan. Usaha mereka perlu disertai dengan kesungguhan, bukannya sekadar hangat-hangat tahi
ayam. Jika mereka menguasai bidang TMK, mereka akan mempunyai peluang yang lebih cerah
dalam bidang pekerjaan pada masa hadapan. Mereka tidak seharusnya mengehadkan pemikiran
seperti katak di bawah tempurung, sebaliknya perlu berpandangan jauh agar dapat bersaing dalam
pasaran kerja.
[4 markah]

Jawapan
Bi Peribahasa Ayat
l
i.

ii.

You might also like