Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG PASIR PUTEH

TAMAN SHATIN 31650

IPOH PERAK

KERTAS KERJA PERTANDINGAN


KECERIAAN PAPAN KENYATAAN
UNIT BERUNIFORM

Di bawah kelolaan:

unit KOKURIKULUM SEKOLAH


1.0 TAJUK PROGRAM

Projek Keceriaan Papan Kenyataan Sekolah Kebangsaan Kampong Pasir


Puteh.

2.0 PENDAHULUAN

Papan kenyataan di sekolah mempunyai pengaruh penting dalam


perkembangan ilmu kepada murid-murid. Setiap sekolah mempunyai banyak
papan kenyataan yang disediakan untuk memuatkan isu-isu semasa dan
sebagai medium penyebaran ilmu. Oleh itu, pihak sekolah haruslah
memainkan peranan penting agar papan kenyataan yang terdapat di sekitar
kawasan sekolah dapat diubahsuai dihias dengan cantik dan menarik
perhatian agar menjadi tempat yang boleh memberi informasi kepada murid-
murid.

Oleh itu, bagi papan kenyataan yang bertempat di foyer tahap 1 ini
perlu diubahsuai dan maklumatnya perlu dikemas kini agar murid mendapat
info dan ilmu yang baharu. Oleh itu, melalui projek ini, keceriaan pada papan
kenyataan tersebut diharap dapat menarik perhatian murid untuk dibaca
apabila mempunyai masa lapang serta dapat meningkatkan keceriaan
sekolah.

3.0 RASIONAL

Maklumat-maklumat yang terdapat di papan kenyataan dapat membantu


meluaskan maklumat aktiviti kokurikulum kepada murid dengan mambaca
maklumat-maklumat yang terdapat pada papan kenyataan tersebut, murid-
murid dapat mengisi masa lapang dengan pengetahuan murid. Dengan
membaca maklumat-maklumat yang terdapat pada papan kenyataan
tersebut, murid-murid dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah dan
secara langsung dapat mengurangkan gejala sosial dalam bilik darjah.
4.0 OBJEKTIF
Projek ini diharapkan dapat memenuhi objektif berikut :
i. Memberi peluang kepada murid dan guru merancang, melaksana dan
mengemaskini maklumat unit masing-masing.
ii. Memanfaatkan penggunaan papan kenyataan dengan baik.
iii. Menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam sebagai sumbangan
terhadap sekolah.
iv. Meningkatkan keceriaan sekolah.
v. Melahirkan murid-murid berfikiran kreatif dan kritis.

5.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROJEK

Tarikh : 5 Julai 2022 hingga 27 Julai 2022


Tempat : Papan Kenyataan Unit Beruniform
Peserta : Guru Penasihat Unit dan Ajk Murid

6.0 JAWATANKUASA

PENASIHAT : Pn. Amnah bt Jalaludin


(Guru Besar)

PENGERUSI : Pn. Azura bt Saaddudin


(Penolong Kanan Kokurikulum)

SETIAUSAHA : En. Mohd Fadzimee b Mohd Fatihi

NAIB SETIAUSAHA : Pn. Fatin Najia bt Zaharrudin

PENYELARAS : Pn. Nalinder Kaur a/p Kartar Singh (Unit Beruniform)

AHLI AJK murid setiap Unit Kokurikulum


JAWATANKUASA :
AJK SENARAI TUGAS
PENYELARAS
Pn. Nalinder Kaur a/p Kartar Singh  Memastikan pertandingan dan
(Unit Beruniform) keceriaan berjalan dan di buat di bawah
uni.
En. Mohd Izani b Md noor (Pengakap)  Mendapatkan dan mengagihkan bahan-
En. Mohd Nazri b Rozally (PBSM) bahan yang diperlukan oleh unit
En. Khairul Zamri B Derani (TKRS) daripada Unit Kokurikulum Sekolah.
Pn. Hanizah Bt Mohjini (PPIM)  Membantu memantapkan papan
kenyataan unit.

HAKIM  Menilai dan memberi markah mengikut


Pn. Amnah bt Jalaluddin rubrik pemarkahan.
Pn. Azura bt Saaddudin  Menentukan keputusan akhir
pertandingan.
HADIAH  Mencari dan menyediakan hadiah
En. Mohd Fadzimee bin Mohd Fatihi berbentuk hamper johan, naik johan dan
tempat ke -3.
DOKUMENTASI DAN LAPORAN  Membuat laporan bergambar tentang
Pn Fatin Najia bt Zaharruddin keseluruhan aktiviti.

7.0 JADUAL PERANCANGAN PELAKSANAAN

BIL. PERKARA
1 Membersihkan papan kenyataan
2 menyediakan bahan bercetak
3 Memasang alas papan kenyataan
4 Melengkapkan maklumat mengikut unit kokurikulum
5 Memperindah papan kenyataan dengan hiasan pelbagai
TARIKH PENERANGAN
 Mencari AJK murid terlibat dalam
5 Julai 2022 – 8 Julai 2022 pertandingan.
 Mengenalpasti papan kenyataan unit.
 Membersihkan papan kenyataan.
 Mengambil bahan yang diperlukan
12 Julai 2022 – 15 Julai 2022  Menyediakan bahan bercetak

 Mengenalpasti bahan yang sesuai untuk


18 Julai 2022 – 22 Julai 2022 diletakkan.
 Melengkapkan maklumat mengikut unit
kokurikulum
 Memperindah papan kenyataan dengan
25 julai 2022 – 29 julai 2022 hiasan pelbagai.

8.0 RUBRIK PEMARKAHAN

KRITERIA MARKAH (%)


Kreativiti 30 %
Keceriaan 20 %
Kekemasan dan susun Atur 20 %
Bermaklumat 30 %

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil Perbelanjaan Kuantiti Jumlah
1 Kertas berwarna 4 plastik RM 20.00
2 Reben 4 buah RM 20.00
3 Kain (Warna ikut unit) 6 meter RM 40.00
4 Alas meja plastik 6 meter RM 25.00
5 Double side tape 4 pcs RM 10.00
6 Banner 2 pcs RM 180.00
7 Hadiah hamper 4 pcs RM 35 X 4 = RM140
8 Fail Putih 5 pcs RM 25
JUMLAH RM 455

10.0 PENUTUP
Diharapkan pertandingan ini dapat memberikan pendedahan kepada warga
sekolah mengenai kepentingan dan kegunaan papan kenyataan di sekolah
agar dapat memanfaatkan masa murid sambil memberikan maklumat dan
pengetahuan yang berfaedah kepada mereka.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………………. …………………………….

Mohd Fadzimee B Mohd Fatihi Pn. Azura bt. Saaduddin


Setiausaha Kokurikulum Penolong Kanan Kokurikulum.
Sk Kampong Pasir Puteh Ipoh Sk Kampong Pasir Puteh Ipoh
Tarikh: 24/6/2022 Tarikh: 24/6/2022

KERTAS CADANGAN
KECERIAAN PAPAN KENYATAAN UNIT BERUNIFROM TAHUN 2022

_________________________________________________________________________

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan KECERIAAN PAPAN KENYATAAN UNIT


BERUNIFROM

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan KECERIAAN PAPAN KENYATAAN UNIT


BERUNIFROM

Ulasan:

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………...

(HAJAH AMNAH BINTI JALALUDIN)


Guru Besar
SK Kampong Pasir puteh, Ipoh
TARIKH:

You might also like