Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

SMK BANDAR BEHRANG 2020, 35900 TG.

MALIM, PERAK

AMALAN TERBAIK :
PROGRAM ‘WInNER SPM BAHASA MELAYU DAN SEJARAH

TEMA : KUALITI GURU YANG KOMPETEN DAN BERINOVASI &


KEMENJADIAN MURID

1.0 PENGENALAN

1.1 LATAR BELAKANG


Program ‘WINNER’ Bahasa Melayu dan Sejarah SPM merupakan kelas
persediaan khas untuk calon-calon yang bakal menduduki Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) pada tahun semasa. Program ‘WInNER’ adalah akronim
kepada Wisdom & Intensity Nailed down Excellent Result dan
terjemahan dalam Bahasa Melayu ialah Kebijaksanaan & Kesungguhan
akan Membuahkan Kejayaan Cemerlang. Program ini merupakan salah
satu ‘Sense of Urgency’ (SOU) yang diambil oleh Panitia Bahasa Melayu
dan Panitia Sejarah bermula dari tahun 2020 bagi mengurangkan jumlah
murid gagal memandangkan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah
SPM merupakan subjek wajib lulus bagi melayakkan calon memperoleh
sijil SPM. Program ini melibatkan calon-calon SPM yang dipilih
berdasarkan skor peperiksaan dalaman yang dijalankan. Sekiranya calon
yang berkenaan tidak mencapai tahap penguasaan minimum dalam
peperiksaan tersebut (sekurang-kurangnya Gred E), maka mereka akan
disenarai pendekkan sebagai murid Program ‘WInNER SPM Bahasa
Melayu dan Sejarah.

1.2 GURU DAN MURID YANG TERLIBAT


Program ini melibatkan semua guru panitia Sejarah dan Bahasa Melayu.
Kumpulan sasaran ialah senarai 20 orang calon SPM yang mendapat gred
E dan G di dalam peperiksaan dalaman bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu dan Sejarah.

1.3 OBJEKTIF
Matlamat diadakan Program ‘WInNER’ Bahasa Melayu dan Sejarah SPM
ini adalah untuk mengurangkan jumlah murid yang gagal dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Hal ini demikian kerana peratus
murid yang gagal sebenarnya akan mempengaruhi peratus Gred Purata
Sekolah (GPS) secara keseluruhannya. Antara objektif Program ‘WInNER’
SPM Bahasa Melayu dan Sejarah adalah seperti berikut :

1
 Mengurangkan jumlah murid yang gagal dalam peperiksaan SPM
sebenar.
 Adanya kelas khas seperti ini mampu memberi ruang untuk murid
lemah untuk merujuk terus kepada guru tentang isi pelajaran.
 Mampu membina keyakinan diri murid untuk menghadapi SPM sebenar.

2.0 PELAKSANAAN PROGRAM

2.1 PROSES PELAKSANAAN


Pada tahun pertama program ini dilaksanakan iaitu pada tahun 2020, ia bermula
sebelum Peperiksaan Percubaan SPM iaitu pada 14 September 2020 dan
berlangsung sehingga 18 Disember 2020. Program ini dilaksanakan pada setiap
hari Isnin hingga Jumaat, bermula jam 7.30 pagi hingga 10.30 pagi. Ia telah
diadakan di Bilik Inspirasi yang boleh memuatkan lebih 20 peserta dalam satu
masa.

Memandangkan kejayaan program ini berikutan peningkatan peratus kelulusan


murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah semasa peperiksaan
SPM tahun 2020, program ini diteruskan dengan objektif yang sama untuk calon
SPM sesi 2021. Seramai 20 orang murid calon SPM sesi 2021 yang mendapat
gred E dan G dalam Peperiksaan Percubaan SPM bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu dan Sejarah telah mengikuti program ini pada waktu yang sama di tempat
yang sama mengikut s.o.p yang telah ditetapkan sepanjang program
dilaksanakan. Modul yang digunakan sepanjang program ini berlangsung ialah
Modul Penulisan Teknik Mengarang Cara ‘SMART’ bagi subjek Bahasa Melayu
dan Modul YAPIEM dan Modul ‘Ticket To Victory’ bagi subjek Sejarah.

Antara kaedah pelaksanaan program ialah murid-murid menjawab soalan-soalan


modul yang telah diedarkan lebih awal. Semua soalan mengikut format
peperiksaan SPM sebenar. Guru-guru ditugaskan secara bergilir mengikut jadual
yang ditetapkan iaitu mata pelajaran Bahasa Melayu diadakan pada hari Selasa
dan Rabu, manakala mata pelajaran Sejarah pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat.
Peranan guru adalah sebagai fasilitator dan aktiviti yang dijalankan adalah
berpusatkan murid di mana murid-murid menjawab soalan dan membincangkan
atau membentangkan jawapan di hadapan rakan-rakan untuk kaedah
perbincangan.

2.2 IMPAK
Antara impak pelaksanaan program ini ialah peningkatan peratus kelulusan SPM
sekolah di dalam Peperiksaan SPM 2020 iaitu 95.88% berbanding 86.96% pada
tahun 2019. Peratus kelulusan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu di dalam
Peperiksaan SPM 2020 ialah sebanyak 96.91% manakala peratus kelulusan bagi
mata pelajaran Sejarah ialah 96.91%.

Berikut disertakan senarai keputusan SPM Bahasa Melayu dan Sejarah bagi
peserta program ‘WInNER’ sesi 2020 :

2
BIL NAMA PERC. SPM PERC. SPM
. BM BM SEJ. SEJ.
1. MUHAMMAD AFIQ BIN NOR AZMI 34 C 50 D
2. MUHAMMAD ARIF IRFAN BIN KAMEL 30 D 45 E
RADHI
3. MUHAMMAD ZAHID BIN MOHD 29 D TH D
SUHAILI
4. NORFIRDAUS AFANDY BIN KHAIRUL 32 C 60 D
NIZAM
5. MUHAMMAD RAZIQ AKMAL BIN RAMLI 45 D 41 E

6. SITI NUR IZZAH BINTI RAIHAN 35 D 38 E

7. SITI NURDEANA BINTI SUHAIMI 41 E 43 D

8. MUHAMMAD HAZIM BIN RIZAL 30 D 48 E

9. MUHD. NAFIZ AQIL BIN MUHD. FAIZAL 35 D 60 D

10. MUHAMMAD NUR AFIQ IKHWAN BIN 40 C 70 C


MOHD FADLI

11. AFIQ AIMAN BIN KHAIRUN NIZAM 14 E 24 G

12. MUHAMAD NORHAFIZI BIN LOPMAN 10 G 31 E

13. NUR HANIS HIDAYAH BINTI AHMAD 25 E 36 E


NIZAM
14. NUR MAISARA ALISSA BINTI 41 D 42 E
ABDULLAH
15. RAMACHANDRAN A/L MARIAPPAN 21 E 37 D

16. SAIDATUL NABILA BINTI MOHD RAMZI 40 C+ 48 D

17. ZULAIKA ANTASYA BINTI MOHD 42 D 40 D


SHAHRIL
18. AFIQ AIMAN BIN KHAIRUN NIZAM 14 E 24 G

19. MUHAMMAD AMMAR BIN SHAMSUDIN 38 G TH TH

20. MOHAMMAD ALIF BIN MD ALI FITRI 3 G 15 G

2.3 KEKUATAN DAN KEKURANGAN


Program ‘WInNER’ telah direncanakan bagi memberi pendedahan kepada teknik
dan kemahiran menjawab soalan SPM khususnya dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu dan Sejarah bagi membantu kumpulan sasaran meningkatkan peratus
lulus sekolah di dalam peperiksaan SPM. Program ini telah berlangsung dengan
jayanya hasil daripada kolaborasi pelbagai pihak termasuklah pentadbir sekolah,
semua guru, guru kaunseling, ibu bapa dan murid-murid yang terlibat. Program ini
merupakan satu medium di mana sekolah dapat melahirkan lebih ramai murid
dengan sijil lulus SPM. Melalui program ini, jalinan silaturrahim pihak sekolah
dengan murid-murid dapat ditingkatkan. Guru-guru lebih berpeluang mengenal
dan memperbetulkan kelemahan asas murid-murid yang lemah secara
bersemuka.

Program ini juga tidak terkecuali daripada beberapa kelemahan. Antaranya ialah
masalah dari segi disiplin atau kehadiran murid. Memandangkan sesi

3
persekolahan bersemuka kali ini berdepan dengan pelbagai cabaran seperti
murid-murid yang positif dengan kes covid-19 atau menjadi menjadi kontak rapat
kes positif covid-19, maka kehadiran murid-murid setiap hari tidak mencapai
100%. Di samping itu, terdapat juga kemerosotan momentum murid-murid akibat
terlalu lama berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Peergerakan
(PKP). Semasa aktiviti-akitiviti dilaksanakan, terdapat murid-murid yang tidak
bersemangat melakukan aktiviti dan guru-guru terpaksa memantau kumpulan
berisiko ini agar lebih fokus dalam menjayakan program ini. Dari segi pengurusan
masa, terdapat juga rungutan daripada beberapa guru mata pelajaran selain
Bahasa Melayu dan Sejarah kerana murid-murid ini tidak dapat berada di dalam
kelas sepanjang program berlangsung.

Antara cadangan penambah baikan program ini ialah memberikan pengiktirafan


berupa sijil atau hadiah kepada peserta program yang menunjukkan peningkatan
gred atau anjakan paradigma di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan
Sejarah. Selain itu, rujukan kepada guru kaunseling dan unit Hal Ehwal Murid
(HEM) untuk murid-murid yang mempunyai masalah kehadiran ke sekolah.

3.0 PENUTUP
Sepanjang program ‘WInNER’ berlangsung, banyak ilmu dan kemahiran yang
dapat dikongsikan bersama kumpulan sasaran. Selain itu, guru-guru dapat
mengetahui dengan lebih lagi tentang masalah murid dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu dan Sejarah dan dapat memberi bimbingan secukupnya kepada
golongan sasaran ini untuk membantu mereka mempertingkatan gred mereka dan
seterusnya memperoleh sijil SPM. Gred purata sekolah (GPS) juga lebih
cemerlang berdasarkan keputusan SPM tahun 2020. Diharapakan agar program
‘WInNER’ ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Disediakan oleh;

(NOORHANA BINTI HOOD)


SETIAUSAHA TS25
SMKBB2020

4
LAMPIRAN

Guru membuat penerangan tentang jawapan yang dibentangkan oleh murid di


hadapan kelas.

5
Murid-murid membuat latihan di dalam modul yang disediakan.

6
Murid-murid membuat pembentangan di hadapan kelas untuk berkongsi pendapat dan
jawapan bersama murid-murid lain.

7
Nyanyian lagu oleh murid-murid yang mengandungi nota sejarah di dalam lirik lagu
tersebut.

You might also like