Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

010605-13-0115

3.0 LOKASI KAJIAN

Peta:

Peta 1: Negeri Sarawak


Sumber: Google Map

Nama Sarawak berasal daripada nama Sungai Sarawak . Sungai Sarawak meliputi
kawasan yang digelar sebagai "Sarawak Prosper" menganjur dari Pedalaman Kuching
di Bau sehingga ke Samarahan.

Nama Sungai Sarawak adalah diambil dari nama sejenis galian batu bijih iaitu
"serawak" yang mengandungi belerang dan antimoni (Rujuk Kamus Dewan edisi 3).
Ini bertepatan sekali dengan sejarahnya iaitu semasa Sarawak di bawah pemerintahan
Kesultanan Brunei, wilayah Sarawak ketika itu kaya dengan antimoni.

Sarawak ialah salah satu negeri di Asia Tenggara yang diduduki oleh manusia. Ia
berlaku kira-kira 40000 tahun dahulu. Penemuan arkeologi seperti tulang manusia,
tembikar, dan bekas perkuburan membuktikan bahawa manusia telah mendiami
Sarawak sejak sebelum Masihi lagi.

8
010605-13-0115

Ketua negara adalah Gabenor, juga dikenali sebagai Yang di-Pertua Negeri, manakala
ketua kerajaan adalah Ketua Menteri. Sarawak dibahagikan kepada bahagian
pentadbiran, dan daerah-daerah, yang dikawal oleh sebuah sistem yang dimodelkan
dengan teliti pada sistem parlimen Westminster dan merupakan sistem perundangan
negeri terawal di Malaysia.

Kerana sumber semula jadinya, Sarawak mengkhususkan dalam


eksport minyak dan gas, kayu dan kelapa sawit, tetapi juga memiliki sektor
perkilangan, tenaga dan pelancongan yang kuat. Ia bersifat etnik, budaya, dan
linguistik; Kumpulan etnik utama termasuk Iban, Melayu, Cina, Melanau, Bidayuh
dan Orang Ulu. Bahasa Melayu dan Inggeris adalah dua bahasa rasmi negeri ini.
Selain itu, negeri ini tidak ada agama rasmi.

9
010605-13-0115

Peta:

Peta 2: Bandaraya Kuching


Sumber: Google Map

Kuching atau Bandar Raya Kuching (Tulisan Jawi: ‫)كوچيڠ‬ merupakan ibu


negeri Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Ia juga merupakan pusat
pemerintahan bagi Bahagian Kuching dan memerlukan 2 jam penerbangan dari Kuala
Lumpur sahaja. Bandar ini terletak di Sungai Sarawak di hujung barat daya negeri
Sarawak di pulau Borneo yang meliputi kawasan seluas 431 kilometer persegi
(166 bt2) dengan jumlah penduduk sekitar 165,642 di kawasan pemerintahan Kuching
Utara dan 159,490 di kawasan pemerintahan Kuching Selatan.— jika digabungkan,
jumlah kesemuanya ialah 325,132 orang.

Dato Wee Hong Seng telah dilantik sebagai Datuk Bandar Kuching Selatan (MBKS)
pada 1 September 2019 manakala Datu Haji Junaidi Bin Haji Reduan secara rasmi
bergelar Datuk Bandar Kuching Utara (DBKU) yang ketujuh pada 1 September 2019.

10
010605-13-0115

Peta:

Peta 3: SMK St Joseph Kuching


Sumber: Google Map
Foto:

Pintu Masuk SMK St Joseph Kuching

11
010605-13-0115

Sumber: Kerja Lapangan 2020

Alamat: Sekolah Menengah Kebangsaan St. Joseph (M)

Jln Tun Abang Hj Openg

93000, Kuching

Sarawak, Malaysia

Sekolah Menengah Kebangsaan St. Joseph (M) atau nama ringkasnya SMK St


Joseph (M), merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jln
Tun Abang Hj Openg.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan St. Joseph (M) memiliki 1537 pelajar


lelaki dan 51 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1588
orang. Ia mempunyai seramai 107 orang guru.

Father Aloysius Goossens merupakan seorang mubaligh Kristian dari persatuan 'Mill
Hill Missionaries' yang berasal dari Mill Hill, London. Pada usia kurang 20 tahun,
beliau telah dihantar ke luar negara dan ditugaskan untuk menyebarkan agama
Kristian ke negara-negara lain yang belum lagi tahu mengenai agama tersebut. Pada
tahun 1881, Father Aloysius bersama beberapa orang mubaligh yang lain telah sampai
ke Sarawak menggunakan kapal dan telah disambut mesra dan dengan hati yang
terbuka oleh Sultan Brunei pada masa itu. Pada tahun 1882, Father Aloysius telah
datang ke Kuching dengan hasrat untuk membina dan membangunkan sebuah sekolah
untuk remaja-remaja lelaki berdekatan dengan Gereja St. Joseph yang baru sahaja
dibina atascadangan ahli-ahli lembaga "Mill Hill Missionaries". Pada sekitar bulan
April tahun yang sama, Sekolah St. Joseph dengan rasminya telah ditubuhkan oleh
beliau untuk remaja-remaja lelaki yang hendak menganuti agama Kristian. Selain
daripada jasanya dalam pembentukan agama dalam kalangan kanak-kanak dan
remaja, beliau juga telah banyak menyebarkan agama Kristian kepada penduduk
negeri Sarawak seperti yang diharapkan oleh persatuan "Mill Hill Missionaries" sejak
penubuhannya pada tahun 1866 oleh Cardinal Herbert Vaughan.

12
010605-13-0115

Jarak dari SMK St Joseph Kuching ke Majlis Bandaraya Kuching Selatan adalah
4.8km. Jarak dari SMK St Joseph Kuching ke Kuching International Airport pula
adalah 9.6km. Bangunan ini berdekatan dengan gereja St Joseph.

13

You might also like