Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Soalan a.

Sumber-sumber undang-undang di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu bertulis dan tidak
bertulis.

1. Undang-Undang Bertulis (Written Laws)

Undang-undang bertulis dikenali sebagai undang-undang statut. Ia merujuk kepada undang-


undang yang termaktub dalam perlembagaan dan perundangan (akta, ordinan dan enakmen).
Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri dari persekutuan 13 buah negeri,
maka undang-undang bertulis di Malaysia terdiri dari undang-undang negeri (State Laws) dan
persekutuan (Federal Laws). Tiga jenis undang-undang bertulis yang menjadi sumber
undang-undang di Malaysia adalah:-

I. Perlembagaan - Dua makna yang terpakai bagi perlembagaan di Malaysia

a) Ia merupakan sebuah dokumen yang mempunyai keluhuran undang-undang yang


khas yang menetapkan struktur kerajaan, fungsi badan-badan kerjaaan dan prinsip-
prinsip yang mana badan-badan ini beroperasi.

b) Ia adalah badan atau kumpulan kaedah-kaedah dan amalan-amalan yang menubuh dan
mengawal badan-badan kerajaan serta mengawal perhubungan antara individu dan
negara.

Di Malaysia ia terdiri dari Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang


utama negara (supreme law of the land) dan perlembagaan negeri-negeri di Malaysia.

Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan : “Perlembagaan ini adalah undang-undang utama


Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang
berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu“.

II. Perundangan - undang-undang yang diperbuat oleh badan yang diberi kuasa untuk
membuatnya. Ia terdiri dari perundangan utama dan subsidiari. Perundangan utama
di Malaysia diperbuat oleh Parlimen (peringkat pusat) dan Dewan Undangan Negeri
(peringkat negeri).

III. Perundangan Subsidiari – Perundangan subsidiari merujuk kepada undang-undang


yang dibuat oleh pihak berkuasa di bawah kuasa-kuasa yang diberikan kepadanya
oleh suatu statut induk. “Perundangan subsidiari bererti apa-apa perisytiharan,
kaedah, peraturan, pemberitahuan, undang-undang kecil atau suratcara lain yang
dibuat di bawah mana-mana Akta, Enakmen, Ordinan atau kuasa sah, yang lain dan
yang mempunyai kesan perundanan”. Contoh perundangan subsidiari ialah: Uniform
(Anti-litter) By-laws 2010 yang mana kuasa membuatnya diberi kepada Majlis
Tempatan menerusi Local Government Ordinance 1961.

2. Undang-Undang Tidak Bertulis (Unwritten Laws)

Undang-undang tidak bertulis tidak bermaksud undang-undang itu tidak bertulis langsung
(literally unwritten). Keputusan kehakiman misalnya boleh dirujuk secara bertulis dalam
laporan undang-undang (judicial report), begitu juga common-law Inggeris.

Sumber undang-undang Malaysia yang tidak bertulis ini terdiri dari:

I. Prinsip-prinsip undang-undang Inggeris yang sesuai dalam situasi tempatan

Prinsip undang-undang Inggeris adalah terpakai di Malaysia setakat yang dibenarkan.


Prinsip-prinsip undang-undang Inggeris ini terkandung dalam common-law dan ekuiti
Inggeris. Pemakaian prinsip-prinsip undang-undang Inggeris ini adalah terhasil secara tersirat
dan tersurat. Ianya tersirat bila mahkamah cuba menafsirkan sesuatu arahan untuk mengadili
kes berasaskan “justice and rights” (keadilan dan hak) sebagai secara tak langsung menerima
pakai undang-undang Inggeris.

II. Keputusan kehakiman oleh mahkamah atasan (superior courts)

Keputusan kehakiman adalah juga dikenali sebagai undang-undang kes (case laws). Ia
merujuk kepada keadaan yang mana mahkamah merujuk kepada keputusan-keputusan kes
terdahulu bagi menyelesaikan pertikaian dihadapan mereka Namun, hakim-hakim dalam
merujuk kes-kes terdahulu ini adalah terikat dengan prinsip-prinsip pada DOCTRINE OF
JUDICIAL PRECEDENT atau doctrine of stare decisis.

Keputusan kehakiman adalah satu sumber undang-undang Malaysia yang amat penting dan
sering digunapakai oleh mahkamah. Secara teorinya, undang-undang adalah dibuat oleh
badan-badan perundangan seperti Parlimen dan DUN. Tugas mahkamah adalah hanya untuk
memberikan tafsiran pada undang-undang yang diluluskan. Namun seperti mana yang
berlaku dalam sistem common-law, hakim dalam membuat tafsiran secara tidak langsung
juga telah membuat undang-undang.
III. Undang-undang adat Dan Undang-Undang Islam

Adat penduduk tempatan juga adalah sumber undang-undang di Malaysia. Biasanya ia


berkaitan dengan hal persendirian dan keluarga dan diberikan status undang-undang menerusi
penerimaan dalam mahkamah di Malaysia. Terdapat juga hal-hal berkaitan tanah,
umpamanya ‘native cutomary land‘ di Sabah dan Sarawak. Rujuk A First Look At Malaysian
Legal System – Wan Arfah Hamzah untuk maklumat yang lebih mendalam mengenai
undang-undang adat di Malaysia. Undang-undang Islam terpakai kepada mereka yang
beragama Islam sahaja. Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa kepada negeri-negeri
untuk melaksanakan undang-undang Islam di negeri-negeri, namun terhad kepada hal-hal
persendirian dan keluarga sahaja. Terdapat enakmen-enakmen negeri-negeri yang dibuat bagi
mengawal selia undang-undang Islam. Kes-kes berkaitan undang-undang Islam adalah di
dengar di Mahkamah Syariah.

You might also like