Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

Aspirasi sistem pendidikan


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan bagi sistem
pendidikan Malaysia secara keseluruhan, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan, dan kecekapan.

▪▪ Akses kepada kejayaan: Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan
peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. Kementerian
berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah
hingga ke Tingkatan 5 menjelang 2020.

▪▪ Kualiti standard antarabangsa yang tinggi: Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat
pendidikan cemerlang berdasarkan keunikan sistem pendidikan di Malaysia, dan setanding dengan
sistem pendidikan antarabangsa. Aspirasi sistem pendidikan negara adalah untuk meletakkan Malaysia
dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran TIMSS dan
PISA. [Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) ialah pentaksiran antarabangsa
berasaskan kurikulum Sains dan Matematik di sekolah seluruh dunia. Programme for International
Student Assessment (PISA) adalah satu lagi pentaksiran antarabangsa bertujuan menilai kemahiran
murid dalam Bacaan, Matematik dan Sains.]

▪▪ Ekuiti untuk semua murud: Sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan yang
terbaik kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, gender atau latar belakang
sosioekonomi. Kementerian berhasrat untuk merapatkan lagi jurang pencapaian antara murid bandar
1
dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50% menjelang 2020.

▪▪ Perpaduan: Murid yang berusia antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih satu perempat
daripada masa mereka di sekolah. Melalui interaksi bersama murid lain daripada pelbagai latar belakang
sosioekonomi, agama dan etnik, murid belajar memahami, menerima dan menghayati perbezaan.
Keadaan ini mewujudkan suatu perkongsian pengalaman dan aspirasi bagi membina masa hadapan
Malaysia. Kementerian berhasrat menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada
murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan
rakyat Malaysia.

▪▪ Kecekapan: Sistem pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang tinggi, namun
peningkatan keberhasilan murid masih tidak sepadan dengan sumber yang telah disalurkan ke dalam
sistem. Walaupun Kerajaan akan terus mengekalkan tahap pelaburan semasa, Kementerian berhasrat
untuk memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa.
Aspirasi murid
Secara keseluruhan, pendidik, ibu bapa, murid, dan ahli masyarakat lain bersatu pendapat dalam visi
pendidikan sebagai wadah pembangunan murid yang holistik dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani.

▪▪ Pengetahuan: Setiap kanak-kanak perlu menguasai sepenuhnya kemahiran literasi (kebolehan


menulis dan membaca) dan numerasi (kaedah mengira). Selain itu, penting bagi setiap murid menguasai
mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains. Murid juga perlu didedahkan kepada pengetahuan
am yang menyeluruh tentang Malaysia, Asia, dan dunia dari aspek sejarah, manusia, dan geografi.

▪▪ Kemahiran Berfikir: Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk
penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif. Bidang ini kurang diberi perhatian,
menyebabkan murid kurang berupaya untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan dan berfikir secara kritis
di luar konteks akademik.

▪▪ Kemahiran Memimpin: Dalam dunia yang semakin saling berhubung kait, kebolehan untuk
memimpin dan bekerja dengan orang lain secara berkesan adalah amat penting. Sistem pendidikan
negara akan membantu setiap murid mencapai potensi sepenuhnya dengan mewujudkan peluang yang
formal dan tidak formal untuk bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri kepimpinan. Dalam
konteks sistem pendidikan, kepimpinan merangkumi 4 dimensi iaitu keusahawanan, berdaya tahan,
kecerdasan emosi dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan.

▪▪ Kemahiran Dwibahasa: Setiap kanak-kanak akan menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa
2
kebangsaan dan bahasa perpaduan serta bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi antarabangsa
sekurang-kurangnya pada tahap minima. Dengan tahap penguasaan bahasa ini selepas menamatkan
persekolahan, murid sepatutnya berupaya menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dalam
persekitaran kerja. Di samping itu, Kementerian akan menggalakkan semua murid mempelajari bahasa
lain sebagai bahasa tambahan.

▪▪ Etika dan Kerohanian: Sistem pendidikan akan memupuk etika dan kerohanian dalam diri setiap
murid bagi mendepani cabaran yang akan ditempuhi dalam kehidupan dewasa, agar mereka boleh
menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang kepada prinsip ketika
berada dalam situasi yang kritikal, serta berani melakukan sesuatu yang betul. Sistem pendidikan juga
berhasrat untuk membentuk individu penyayang yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan
komuniti dan negara.

▪▪ Identiti Nasional: Identiti nasional yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun Negara,
diperlukan untuk kejayaan dan masa depan Malaysia. Setiap murid akan berbangga dikenali sebagai
rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau status sosioekonomi. Semangat patriotik perlu
dipupuk dalam diri setiap murid dengan cara memahami sejarah negara, dan berkongsi aspirasi yang
sama untuk masa depan negara.
Anjakan
Sebelas anjakan untuk transformasi sistem pendidikan Malaysia:

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa

2. Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan
digalakkan mempelajari bahasa tambahan

3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai

4. Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan

5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah

6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan

7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran Malaysia

8. Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian Pendidikan

9. Bekerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas

10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit yang dibelanjakan

11. Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung 3


Jawapan: Bahagian A
(18/05/22)
1. Nyatakan empat strategi yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mencapai matlamat Dasar
Pendidikan Kebangsaan. [4]
(a) Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.
(b) Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia.
(c) Membudayakan aktiviti kokirikulum dalam kalangan murid.
(d) Menyediakan guru terlatih yang mencukupi.

Rasional Dasar Pendidikan Kebangsaan

Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa mengambilkira kepada


keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara.
Sistem pendidikan berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang dan keturunan
mereka kepada negara asal mereka dan menekan (suppress) semangat pembangunan rakyat
tempatan. Sistem ini mungkin secocok dengan Tanah Melayu yang terjajah tetapi apabila Tanah
Melayu sudah merdeka, ia didapati tidak lagi sesuai. Oleh itu, langkah-langkah diambil bagi
menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk negara yang merdeka dan
mempunyai matlamat-matlamat sendiri.
4
2. Nyatakan tiga rasional penggubalan Dasar Pendidikan Negara. [3]
(a) Menyediakan tenaga kerja untuk keperluan pembangunan negara.
(b) Membentuk identiti kebangsaan.
(c) Memupuk perpaduan negara.

3. Berikan tiga faedah pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA). [3]
(a) Melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran atas talian.
(b) Merangsang ekonomi digital.
(c) Meningkatkan kualiti hidup rakyat
Bahagian A
1. Nyatakan empat aspek yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis. [3]

(a) _______________________________________________________________________

(b) _______________________________________________________________________

(c) _______________________________________________________________________

(d) _______________________________________________________________________

2. Nyatakan tiga aspirasi murid seperti mana yang terkandung dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025. [3]

(a) _______________________________________________________________________

(b) _______________________________________________________________________

(c) _______________________________________________________________________
5
3. Nyatakan tiga anjakan untuk transformasi sistem pendidikam Malaysia seperti mana yang
terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. [3]

(a) _______________________________________________________________________

(b) _______________________________________________________________________

(c) _______________________________________________________________________
Bahagian B
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang
sesuai untuk menunjukkan bilangan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
mengikut kumpulan umur pada tahun 2009 dan tahun 2013.

Umur pekerja yang paling muda mencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
ialah 16 tahun. Dalam tempoh lima tahun, bilangan pencarum KWSP telah meningkat hampir satu
juta orang, iaitu daripada 9.53 juta orang pada tahun 2009 kepada 10.36 juta orang pada tahun 2013.

Pencarum KWSP boleh dibahagikan kepada lapan kumpulan umur, iaitu daripada kumpulan umur
16 hingga 25 tahun hingga kumpulan umur lebih daripada 55 tahun. Secara umumnya, bilangan
pencarum semakin berkurang apabila kumpulan umur semakin meningkat. Pada tahun 2009 dan 2013,
pekerja dalam kumpulan umur 16 hingga 25 tahun adalah yang paling banyak mencarum, iaitu masing-
masing 2.39 juta orang dan 2.36 juta orang.

Berbanding dengan tahun 2009, bilangan pencarum dalam kumpulan umur 26 hingga 30 tahun telah
menunjukkan peningkatan sebanyak 70 ribu orang kepada 1.68 juta orang pada tahun 2013. Dalam
tempoh yang sama juga, bilangan pencarum dalam kumpulan umur 31 hingga 35 tahun telah meningkat
kepada 1.52 juta orang.

Bagi kumpulan umur 36 hingga 40 tahun pula, bilangan pencarum telah meningkat sebanyak 8%
pada tahun 2013 berbanding dengan 1.26 juta pencarum pada tahun 2009. Bilangan pencarum dalam
kumpulan umur 41 hingga 45 tahun pula telah meningkat sebanyak 17.14% pada tahun 2013, iaitu 6
kepada 1.23 juta orang.

Bagi kumpulan umur yang lebih tinggi, bilangan pencarum kurang daripada satu juta orang. Pada
tahun 2009, pencarum dalam kumpulan umur 46 hingga 50 tahun, kumpulan umur 51 hingga 55 tahun,
dan kumpulan umur lebih 55 tahun masing-masing sebanyak 790 ribu, 490 ribu, dan 510 ribu orang
sahaja. Dalam tempoh empat tahun berikutnya, bilangan pencarum dalam kumpulan umur 51 hingga
55 tahun telah bertambah sebanyak 180 ribu orang, manakala bilangan pencarum dalam kumpulan
umur 46 hingga 50 tahun bertambah sebanyak 200 ribu orang.

(Disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2014,


Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia)

You might also like