Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 26

SEKOLAH KEBANGSAAN GEDOK

73200 GEMENCHEH NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA:
PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2.0

TARIKH:
21 MAC – 15 APRIL 2022
1.0 PENGENALAN
PTTS 2.0 dilaksanakan bagi memastikan semua murid Tahun 1 daripada pelbagai
latar belakang, tahap penguasaan dan kesediaan dapat meneruskan proses
pembelajaran mereka seterusnya. Kejayaan pelaksanaan PTTS 2.0 bergantung
kepada kerjasama dan sokongan ibu bapa/penjaga, pentadbir dan guru.
Persekitaran sekolah dan rumah yang kondusif serta memberangsangkan juga amat
penting dalam proses pembelajaran murid. PTTS 2.0 amat menekankan kepada
persediaan dan penguasaan murid bagi mengupayakan mereka untuk melangkah ke
pembelajaran seterusnya di Tahun 1.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM


1. Membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan di rumah atau
tadika kepada pendidikan formal.
2. Menyesuaikan murid dengan keadaan dan persekitaran sekolah.
3. Membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru.
4. Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dalam interaksi
sosial serta pembelajaran.
5. Membantu murid mengurus diri sendiri.
6. Menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk
pembelajaran seterusnya

3.0 SASARAN
Semua murid Tahun 1 SK Gedok

4.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


Pengerusi : En. Ismail bin Sabtu (Guru Besar SK Gedok)
Timbalan Pengerus 1 : Pn. Nur Hanani Binti Hamzah (GPK kurikulum)
Naib Pengerusi 1 : En. Muhammad Nursalam bin Kamaruddin(GPK Hem)
Naib Pengerusi 2 : En. Hafiz bin Mohd Hamdan (GPK Ko-Ko)
Setiausaha : Pn. Nurul Syazwani binti Khairuddin (Guru Tahun 1)

AHLI JAWATANKUASA
BIDANG TUGAS NAMA GURU
Bendahari Pn. Zalilawati binti Zakaria
Siaraya En. Muhammad Ikhwan bin Zulkipeli
Jurufoto Pn. Nur Shera Nabila binti Abdul Aziz
Hadiah Pn. Norlela binti Ismail
Pn. Noriah binti Abdul Rahim
Buku Program & Teks juruacara Pn. Habibah binti Mohammad @Basiron
Modul Transisi Pn. Nurul Syazwani binti Khairuddin
Gimik dan Pelancaran En. Muhammad Zhafir bin Mustapa

5.0 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2.0

TARIKH : 21 MAC 2022


HARI : ISNIN
MASA AKTIVITI
7.40 – 8.10 Selamat datang ke SK Gedok
 Guru menyambut kehadiran murid

 Perhimpunan dan pelancaran minggu transisi

8.10 – 8.40 Rutin  Kelas


 Beratur luar kelas
 Adab dan tatacara di dalam kelas
 Guru memperkenalkan diri
 Ambil kedatangan
 Taklimat ringkas peraturan dalam kelas
8.40 – 9.40 Aktiviti Suai Kenal - Kenali diri dan kawan
 Mengenal rakan sebelah
 Mengenal rakan dalam kumpulan
Dinamika Kumpulan
 Murid memilih warna kertas dalam kotak.
 Murid sebut nama kawan dan tunjukkan tempat kawan.
 Ingat nama rakan.
 Tanya murid : Mengapa perlu tahu nama kawan.
9.40 – 10.10 Ucapan selamat
 Murid memberi salam dalam dua Bahasa.
 Murid bangun dan latih.
10.10 – 10.30 REHAT
 Mengemas meja dan sanitasi meja.
 Membasuh tangan sebelum dan selepas makan.
 Memgambil Makanan sendiri.
 Duduk di tempat masing-masing dan makan.
Pakai mask selepas makan.
10.30 – 11.30 Tatacara ke tandas
 Lawatan ke tandas
 Adab meminta izin ke tandas
 Adab masuk ke tandas
 Adab keluar dari tandas
 Peraturan menggunakan  tandas
 Kembali semula ke kelas dengan tertib
Lawatan ke Kantin
 Beratur di luar kelas
 Peraturan ketika berada di kantin.
 Penerangan tentang adab-adab sebelum dan selepas makan.
11.30 – 12.30 Cara kedudukan dan memegang pensel
 Cara kedudukan semasa menulis dan membaca.
 Cara memegang pensel semasa menulis.
12.30 – 1.00 Pengurusan Kelas & Tatacara Pulang
 Membersihkan tempat duduk masing-masing dan bilik darjah.
 Mengemas beg dan beratur
Amalan Budaya Penyayang
 Mengucapkan terima kasih
 Bersalaman dengan guru

TARIKH : 22 MAC 2022


HARI : SELASA
MASA AKTIVITI
7.40 – 8.10 Rutin Kelas
 Menanda kedatangan murid
 Menjaga kebersihan kelas.
 Ucapan bertatasusila.
 Simulasi meminta izin untuk ke tandas.
8.10 – 8.40 Aktiviti Fizikal
 Bersenam
 Rekreasi aktif – “Permainan Datuk Harimau”
8.40 – 9.40 Hari Lahir Saya
 Murid menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi
 Guru mengedarkan kad maklumat tarikh lahir murid (warna
mengikut bulan)
 Murid dikumpulkan mengikut bulan kelahiran
 Murid Mewarnakan gambar kek hari lahir
9.40 – 10.10 Perbualan Awal : Bercerita Tentang Diri Sendiri
 Cara datang ke sekolah
 Tatacara dan adab menaiki kenderaan
 Menyatakan jenis-jenis kenderaan
 Mengeja nama-nama kenderaan
10.10 – 10.30 REHAT
 Mengemas meja dan sanitasi meja.
 Membasuh tangan sebelum dan selepas makan.
 Memgambil Makanan sendiri.
Duduk di tempat masing-masing dan makan.
 Pakai mask selepas makan.
10.30 – 11.00 Cara Cuci Tangan
 Murid menonton video cara mencuci tangan.
 Murid membuat simulasi cuci tangan.

11.00 – 12.00 Nyanyian :  Lagu Tema Transisi


- Kami Murid Baharu
- Lagu Anak Cemerlang
 Murid membaca dan menyebut perkataan dengan bimbingan
guru.
 Murid mendengar lagu.
 Murid menyanyi lagu bersama guru dengan iringan muzik.
12.00 – 12.30 Numerasi Asas
 Meneroka nombor dan bentuk dalam kelas
 Membentuk simbol nombor menggunakan doh
12.30 – 1.00 Perbualan Guru dan Murid
 Bagaimana menjaga kebersihan diri
 Menamakan alatan/bahan yang digunakan untuk membersihkan
badan
Amalan Budaya Penyayang
 Mengucapkan terima kasih
 Bersalaman dengan guru

TARIKH : 23 MAC 2022


HARI : RABU
HARI AKTIVITI
7.40 – 8.10 Rutin Kelas
 Menanda kedatangan murid
 Ucapan bertatasusila.
 Melantik Ketua dan Penolong Ketua Kelas
 Penerangan tentang tugas dan tanggungjawab ketua dan
penolong ketua kelas.
8.10 – 8.40 Nyanyian : Lagu Negaraku
 Murid membaca dan menyebut perkataan dengan bimbingan
guru
 Murid membaca lirik lagu
 Nanyian bersama-sama guru
 Nyanyian lagu oleh murid
8.40 – 9.40 Mewarnakan Bendera Malaysia/Jalur Gemilang
 Soal  jawab tentang Jalur Gemilang
 Murid mewarna Jalur Gemilang
 Penerangan tentang “Jalur Gemilang”
 Cara menghormati Jalur Gemilang
9.40 – 10.10 Perbualan Awal: Nyanyian Kalau Rasa Gembira
 Murid menonton video yang ditayangkan oleh guru.
 Murid menyanyi dan membuat aksi Bersama.
10.10 – 10.30 REHAT
 Mengemas meja dan sanitasi meja.
 Membasuh tangan sebelum dan selepas makan.
 Memgambil Makanan sendiri.
 Duduk di tempat masing-masing dan makan.
 Pakai mask selepas makan.
10.30 – 11.30 Menyambung Titik-Titik
 Menyambungkan titik-titik menjadi satu gambar yang sempurna
 Mewarnakan gambar tersebut secara kreatif
 Murid menceritakan gambar yang dilihat di hadapan kelas
11.30 – 12.30 Bercerita Kisah Teladan
 Berkongsi pendapat.
 Mewarna dan menampal
12.30 – 1.00 Amalan Budaya Penyayang
 Sapu sampah, susun kerusi meja
 Cara menghormati guru
 Mengucapkan terima kasih
 Bersalam dengan guru

TARIKH : 24 MAC 2022


HARI : KHAMIS
HARI AKTIVITI
7.40 – 8.10 Perbualan Awal: Sarapan Pagi
 Murid berkongsi tentang sarapan pagi yang mereka ambil.
 Berbual tentang keperluan dan kepentingan sarapan pagi.
8.10 – 9.10 Nyanyian : Lagu Kebesaran Negeri Sembilan
 Murid membaca dan menyebut perkataan dengan bimbingan
guru.
 Murid membaca lirik lagu
 Menyanyi lagu Kebesaran Negeri Sembilan dengan sebutan
yang betul.
 Penyambungan mewarnakan gambar Bendera Negeri Sembilan.
9.10 – 10.10 Pengurusan Diri
 Penerangan tentang penjagaan diri seperti membersihkan diri,
memberus gigi, mandi, menyikat rambut, memakai baju bersih.
 Menamakan alatan/bahan yang digunakan untuk membersihkan
badan.
 Menyanyi lagu kebersihan gigi.
10.10 – 10.30 REHAT
 Mengemas meja dan sanitasi meja.
 Membasuh tangan sebelum dan selepas makan.
 Memgambil Makanan sendiri.
 Duduk di tempat masing-masing dan makan.
 Pakai mask selepas makan.
10.30 – 11.30 Lawatan ke Bilik SPBT
 Cara-cara penjagaan buku teks
 Demonstrasi menyampul buku teks
 Kembali semula ke kelas dengan tertib
 Murid menceritakan semula tentang kawasan yang telah dilawati
dan pengalaman atau perasaan masing-masing.
11.30 – 12.00 Penulisan alphabet
 Guru menerangkan cara menulis A – F.
 Murid menulis dalam lembaran kerja.
12.00 – 1.00 Amalan Budaya Penyayang
 Sebutkan nama ibu dan bapa/penjaga
 Cara-cara menghormati ibu bapa/penjaga
 Mengucapkan terima kasih
 Bersalaman dengan guru.

TARIKH : 25 MAC 2022


HARI : JUMAAT
HARI AKTIVITI
7.40 – 8.10 Bacaan Yaasin
8.10 – 9.10 Lawatan ke Surau Sekolah
 Penerangan peraturan menggunakan surau
 Penerangan adab-adab semasa berada di dalam surau.
9.10 – 10.10 Mengenal Nombor
 Murid bermain permainan kotak beracun.
 Murid mengambil kad gambar yang terdapat di dalam kotak.
 Murid memadankan kad gambar dengan kad nombor yang
terdapat pada papan putih.
 Murid menyanyi lagu nombor.
10.10 – 10.30 REHAT
 Mengemas meja dan sanitasi meja.
 Membasuh tangan sebelum dan selepas makan.
 Memgambil Makanan sendiri.
 Duduk di tempat masing-masing dan makan.
 Pakai mask selepas makan.
10.30 – 11.30 Mengenali Tubuh Badan Manusia
 Murid menyanyikan lagu anggota badan manusia.
 Murid melabel dan mewarna tubuh badan manusia.
11.30 – 12.00 Amalan Budaya Penyayang
 Memastikan kuku dipotong setiap minggu
 Memeriksa kebersihan kuku
 Cara-cara menjaga kebersihan kuku
 Mengucapkan terima kasih
 Bersalam dengan guru

TARIKH : 28 MAC 2022


HARI : ISNIN
MASA AKTIVITI
7.40 – 8.10 Perhimpunan Rasmi
8.10 – 9.10 Lawatan ke Pusat Sumber
 Penerangan tatacara dan peraturan masuk ke Pusat Sumber
 Tatacara peminjam dan pemulangan buku
 Penerangan tentang bahan bacaan Nilam
 Kembali semula ke kelas dengan tertib
9.10 – 10.10 Lawatan ke Bilik SPBT
 Cara-cara penjagaan buku teks
 Demonstrasi menyampul buku teks
 Kembali semula ke kelas dengan tertib
 Murid menceritakan semula tentang kawasan yang telah
dilawati dan pengalaman atau perasaan masing-masing.
10.10 – 10.30 REHAT
 Mengemas meja dan sanitasi meja.
 Membasuh tangan sebelum dan selepas makan.
 Memgambil Makanan sendiri.
 Duduk di tempat masing-masing dan makan.
 Pakai mask selepas makan.
10.30 – 11.00 Eja dan Baca Perkataan
 Murid mengeja perkataan ringkas.
 Murid membaca perkataan.

11.00 – 12.00 Nyanyian :  Lagu Sekolah


 Murid membaca dan menyebut perkataan dengan bimbingan
guru.
 Murid mendengar lagu.
 Murid menyanyi lagu bersama guru dengan iringan muzik.
 Guru menerangkan makna logo sekolah。
 Murid mewarnakan logo sekolah
12.00 – 12.30 Perbualan Awal : Perasaan Saya
 Murid bercerita perkara yang gembira, dan meluahkan
perasaan mereka.
 Guru mendedahkan perasaan seperta marah, tenang dan
takut.
12.30 – 1.00 Pengurusan Kelas & Tatacara Pulang
 Membersihkan tempat duduk masing-masing dan bilik darjah.
 Mengemas beg dan beratur
Amalan Budaya Penyayang
 Mengucapkan terima kasih
 Bersalaman dengan guru

TARIKH : 29 MAC 2022


HARI : SELASA
MASA AKTIVITI
7.40 – 8.10 Aktiviti Fizikal: Senamrobik
 Memanaskan badan dan regangan.
 Gerakan sambil menyanyi
 Menyejukkan badan
8.10 – 9.10 Lawatan ke Makmal Sains
 Penerangan tatacara masuk dan peraturan
 Mengenali peralatan dalam makmal sains
 Murid menceritakan semula tentang kawasan yang telah
dilawati dan pengalaman atau perasaan masing-masing.
9.10 – 10.10 Lawatan ke Bilik ICT
Mengenali Bahagian Komputer
 Monitor
 Tetikus
 Papan kekunci
 Pemacu DVD-ROM
 Port Bas Bersiri Semesta (Port USB)
 Unit pemprosesan data
 Pembesar suara
 Set fon telinga bersama mikrofon
 Murid diterangkan fungsi setiap komponen komputer yang
dipelajari
 Memadankan gambar dan perkataan
10.10 – 10.30 REHAT
 Mengemas meja dan sanitasi meja.
 Membasuh tangan sebelum dan selepas makan.
 Memgambil Makanan sendiri.
 Duduk di tempat masing-masing dan makan.
 Pakai mask selepas makan.
10.30 – 11.00 Mengenal Nombor
 Murid menyanyikan lagu ‘Bilang Jariku’.
 Murid menyebut nombor 1 hingga 20 mengikut urutan yang
betul
 Mengecam dan menyebut nombor secara rawak
 Memadankan angka dengan nama nombor
 Murid menyambung titik mengikut urutan nombor yang betul
pada lembaran bertulis.
11.00 – 12.00 Lawatan ke Bilik Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Padang
 Mengenali guru Pendidikan Jasmani tahun satu.
 Peraturan yang perlu dipatuhi ketika berada di bilik
pengurusan pendidikan jasmani.
 Tatacara meminjam peralatan sukan.
 Penerangan peralatan sukan.
 murid menceritakan semula tentang kawasan yang telah
dilawati dan pengalaman atau perasaan masing-masing.
12.00 – 1.00 Lawatan ke Tempat Menunggu Ibu Bapa (G-PUSKOM)
 Peraturan yang perlu diikut semasa menunggu.
Amalan Budaya Penyayang
 Sapu sampah, susun kerusi meja
 Cara menghormati guru
 Mengucapkan terima kasih
 Bersalam dengan guru
TARIKH : 30 MAC 2022
HARI : RABU
MASA AKTIVITI
7.40 – 8.10 Rutin Kelas
 Murid yang bertugas membersihkan kelas
 Ketua kelas dan penolong ketua kelas diminta menyemak
kedatangan rakan
8.10 – 8.40 Aktiviti Fizikal: Aktiviti di Padang sekolah
 Murid melakukan pergerakan lokomotor melalui laluan lurus,
zig-zag dan kreatif secara individu dan berpasangan
- Hopping (Lompat sebelah kaki)
- Leaping (Lompatan rusa)
- Lompat (Kanggaru)
 Gerakan sambil menyanyi
8.40 – 9.40 Lawatan ke Kawasan Sekolah
 Pejabat/Bilik Guru/Bilik Mesyuarat
 Peraturan apabila ke tempat atau bilik-bilik khas.
 Menyebut dan mengeja nama-nama tempat berdasarkan kad
imbasan/papan tanda
 Kembali semula ke kelas dengan tertib
 Murid menceritakan semula tentang kawasan yang telah
dilawati dan pengalaman atau perasaan masing-masing.
9.40 – 10.10 Nyanyian : Lagu Negaraku, Lagu Kebesaran Negeri Sembilan
dan Lagu Sekolah
 Nyanyian lagu bersama-sama guru.
 Nyanyian lagu oleh murid.
10.10 – 10.30 REHAT
 Beratur dan berjalan dengan senyap ke kantin
 Berbaris ketika mengambil makanan
 Duduk di bangku dengan tertib
 Membasuh tangan sebelum dan selepas makan
 Pakai mask selepas makan.
10.30 – 11.30 Lawatan ke Bilik Audio Visual dan Bilik ETOS
 Peraturan apabila ke tempat atau bilik-bilik khas.
 Menyebut dan mengeja nama-nama tempat berdasarkan kad
imbasan/papan tanda
 Kembali semula ke kelas dengan tertib
 Murid menceritakan semula tentang kawasan yang telah
dilawati dan pengalaman atau perasaan masing-masing.
11.30 – 12.00 Penulisan Alphabet
 Guru menerangkan cara menulis G – K.
 Murid menulis dalam lembaran kerja.
12.00 – 1.00 Perbualan Awal: Bercerita Tentang Diri Sendiri
Nama/umur/ Tempat tinggal/ Hobi /Cita-cita
 Menulis maklumat diri dalam lembaran kerja yang disedikan
Amalan Budaya Penyayang
 Sapu sampah, susun kerusi meja
 Hormat Guru
 Ucap terima kasih
 Bersalaman dengan guru

TARIKH : 31 MAC 2022


HARI : KHAMIS
MASA AKTIVITI
7.40 – 8.10 Rutin Kelas
 Murid yang bertugas membersihkan kelas
 Ketua kelas dan penolong ketua kelas diminta menyemak
kedatangan rakan
Perbualan Awal: Bercerita Tentang Ahli Keluarga
Nama ahli keluarga
 Menulis maklumat diri dalam lembaran kerja yang disedikan
8.10 – 9.10 Lawatan ke Tapak Perhimpunan dan Tapak Laluan Iqra’
 Penerangan peraturan yang perlu diikuti ketika berada di
tapak perhimpunan.
 Tatacara beratur dan berdiri dengan betul.
 Penerangan penggunaan tapak laluan Iqra’.
 Aktiviti yang dijalankan semasa laluan Iqra’.
9.10 – 10.10 Mengenal warna
 Murid menjawab soalan guru.
 Murid mengeluarkan warna pensel mengikut arahan guru.
 Murid menonton video yang disediakan oleh guru.
 Murid menyiapkan lembaran yang disediakan.
10.10 – 10.30 REHAT
 Mengemas meja dan sanitasi meja.
 Membasuh tangan sebelum dan selepas makan.
 Memgambil Makanan sendiri.
 Duduk di tempat masing-masing dan makan.
 Pakai mask selepas makan.
10.30 – 11.00 Penulisan Alphabet
 Guru menerangkan cara menulis L – Q.
 Murid menulis dalam lembaran kerja.
11.00 – 12.00 Lawatan ke Pondok Pengawal dan Kedai Buku
 Tatacara Penggunaan Telefon Awam

 Suaikenal bersama pengawal keselamatan

Peraturan yang perlu diikuti semasa berada di Kedai Buku


12.00 – 12.30 Menyebut Nama Hari/Bulan :
 Murid dibimbing menyebut hari/bulan dengan betul.
 Murid menyebut nama hari/bulan mengikut urutan dengan
betul.
12.30 – 1.00 Amalan Budaya Penyayang
 Sapu sampah, susun kerusi meja
 Hormat Guru
 Ucap terima kasih
 Bersalaman dengan guru.

TARIKH : 1 APRIL 2022


HARI : JUMAAT
MASA AKTIVITI
7.40 – 8.10 Bacaan Yaasin
8.10 – 8.40 Perbualan Awal : Sekolahku
 Menyebut nama sekolah.
 Berbual tentang apa yang ada di sekolah.
8.40 – 9.40 Lawatan ke Pra Sekolah dan Bilik Pemulihan
 Penerangan tentang pra sekolah.
 Penerangan tentang penggunaan Bilik Pemulihan.
9.40 – 10.10 Mengenali Bentuk
 Mengecam, menyebut dan mengenal pasti bentuk dengan
betul
 Murid meniru lukisan bentuk yang dilukis oleh guru
 Mewarna bentuk yang dilukis dengan kreatif
10.10 – 10.30 REHAT
 Mengemas meja dan sanitasi meja.
 Membasuh tangan sebelum dan selepas makan.
 Memgambil Makanan sendiri.
 Duduk di tempat masing-masing dan makan.
 Pakai mask selepas makan.
10.30 – 11.30 Ulat Bulu
 Murid sebut senikata lagu dengan bimbingan guru.
 Murid menyanyi bersama guru .
 Tukar huruf vokal dan nyanyi semula
(a, e, i, o, u)
 Murid menulis huruf R - V.
11.30 – 12.00 Nyanyian :  Lagu Tema Transisi
- Kami Murid Baharu
- Lagu Anak Cemerlang
 Murid bernyanyi bersama-sama guru dengan iringan muzik.

TARIKH : 4 APRIL 2022


HARI : ISNIN
MASA AKTIVITI
7.40 – 8.10 Perhimpunan Rasmi
8.10 – 9.10 Amalan Pencegahan Covid-19
 Guru menayangkan video “Norma Baharu di Sekolah” atau
menunjukkan poster “Norma Baharu di Sekolah”.
 Guru berbincang dengan murid berkaitan video atau poster
tersebut.
 Guru meminta murid bercerita mengenai amalan pencegahan
jangkitan COVID-19.
 Guru meminta murid melaksanakan aktiviti secara individu
atau kumpulan, berdasarkan tahap dan minat murid
9.10 – 10.10 Mengenali Peralatan untuk Mencegah Covid-19
 Murid namakan objek yang ditunjukkan oleh guru.
 Murid dan guru berbincang tentang penggunaan objek
tersebut.
10.10 – 10.30 REHAT
10.30 – 11.30 Membilang objek
 Guru menunjukkan objek seperti alat pengimbas suhu,
pensanitasi tangan, sabun dan tuala. Murid menamakan
objek tersebut.
 Guru menyediakan himpunan objek di kelas. Murid mengenal
pasti bilangan paling banyak dan paling sedikit.
 Guru meminta murid menyatakan bilangan objek dalam
himpunan objek yang ditunjukkan.
11.30 – 1.00 Mengenal Pasti Deria Manusia
 Guru membawa pelbagai bahan seperti makanan, alat muzik
perkusi, bunga, pewangi, boneka (soft toy), pasir dan garam
kasar.
 Guru memberi bahan-bahan tersebut kepada setiap kumpulan.
Murid melaksanakan eksplorasi dengan bahan-bahan tersebut.
 Guru menayangkan video tentang “Deria Manusia”.
 Guru mengadakan perbincangan tentang aktiviti yang
dilaksanakan oleh murid dan perkaitannya dengan deria
manusia.
 Guru menunjukkan gambar persekitaran yang kotor dan
berbincang tentang deria yang digunakan untuk mengesan
keadaan yang kotor.

TARIKH : 5 APRIL 2022


HARI : SELASA
MASA AKTIVITI
7.40 – 8.10 Mengenal Pasti Pergerakan Haiwan yang Ditunjukkan.
 Guru dan murid melakukan latihan memanaskan badan.
 Guru atau murid menunjukkan pergerakan haiwan secara
kreatif.
 Guru meminta murid meneka haiwan tersebut.
8.10 – 9.10 Mengenal Alat Perkusi
 Guru memperkenalkan nama alat perkusi seperti kastenet,
kerincing dan loceng.
 Guru dan murid mendengar lagu “Di Sana Virus Di Sini Virus”.
 Guru membimbing murid menyanyikan lagu “Di Sana Virus Di
Sini Virus” dengan sebutan yang betul.
 Guru membimbing murid memainkan alat perkusi mengikut
tempo lagu “Di Sana Virus Di Sini Virus”.
 Guru membimbing murid menyanyi lagu dengan
menggunakan alat perkusi.
9.10 – 10.10 Menghasilkan Poster yang kreatif
 Guru menunjukkan poster pencegahan penyakit COVID-19.
Guru dan murid berbincang tentang poster tersebut.
 Guru membimbing murid untuk menghasilkan poster.
 Guru menyediakan bahan untuk menghasilkan poster. *Murid
digalakkan untuk menghasilkan poster mengikut kreativiti
masing-masing.
 Guru meminta murid bercerita tentang poster yang dihasilkan
dengan rakan mereka.
10.10 - 10.30 REHAT
10.30 – 11.30 Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri
 Guru menunjukkan peralatan penjagaan kebersihan diri dan
meminta murid menamakan peralatan tersebut seperti sabun,
tuala, berus gigi serta ubat gigi)
 Guru meletakkan peralatan atau kad gambar dan kad
perkataan di tempat tersembunyi.
 Guru meminta murid mencari dan memadankan peralatan/kad
gambar dengan kad perkataan.
11.30 – 12.30 Jaga Persekitaran Kita
 Guru menunjukkan 3 jenis tong sampah.
 Murid menyatakan warna dan bagamana membuang sampah.
 Murid menyanyi lagu.
12.30 – 1.00 Cara-cara dan Kepentingan Mencuci Tangan dengan Betul
 Guru menunjukkan cara-cara mencuci tangan yang betul.
(boleh menggunakan poster, tayangan video atau
melaksanakan simulasi)
 Guru dan murid melakukan simulasi cara mencuci tangan
yang betul menggunakan sabun.
 Guru dan murid berbincang tentang kepentingan mencuci
tangan dengan bersih.
 Guru bercerita tentang pensanitasi tangan.
 Guru melaksanakan sumbang saran tentang keperluan
mencuci tangan dengan sabun sebelum makan termasuk
apabila menggunakan pensanitasi tangan.

TARIKH : 6 APRIL 2022


HARI : RABU
MASA AKTIVITI
7.40 – 8.40 Cerita Kura-Kura dan Arnab
 Guru memperdengarkan cerita Arnab dan Kura-kura.
 Murid melakonkannya.
 Pengajaran daripada cerita Kad manila
8.40 – 9.40 Haiwan di Persekitaran
 Guru meminta murid menamakan jenis haiwan yang mereka
lihat di persekitaran.
 Guru meminta murid bercerita tentang haiwan peliharaan atau
haiwan yang disukai.
 Guru meminta murid membaca cerita pendek dan bersoal
jawab dengan murid.
9.40 – 10.10 Pembacaan suku kata
 Murid membaca suku kata.
 Murid bermain dalam kumpulan
10.10 – 10.30 REHAT
10.30 – 11.30 Describe Animals
 Teacher plays audio of animal sounds. Pupils guess the
sounds.
 Teacher gives letter cards to each group. Pupils arrange
letters to form words. Example: elephant, duck, spider, lizard,
rat, dog, cat and frog.
 Teacher puts up phrase strips for pupils to read, example: a
big elephant, a small cat, a tiny rat.
 Next, teacher puts up sentence strips for pupils to read.
11.30 – 12.30 Membandingkan Kuantiti Dua Kumpulan Objek.
 Guru menunjukkan dua kumpulan haiwan. Murid menyatakan
sama ada kumpulan yang ditunjukkan “lebih” atau “kurang”.
 Guru menyuruh murid membilang kumpulan model atau
gambar haiwan yang diberi.
 Guru memberi murid beberapa kiub nombor. Murid menyusun
kiub nombor mengikut tertib menaik atau menurun mengikut
arahan guru.
12.30 – 1.00 Penulisan Alphabet
 Guru menerangkan cara menulis W - Z.
Murid menulis dalam lembaran kerja.

TARIKH : 7 APRIL 2022


HARI : KHAMIS
MASA AKTIVITI
7.40 – 8.10 Aktiviti Fizikal: Putaran
 Demonstrasi putaran telur
 Dakap lutut dan oleng berpasangan
 Oleng berulang-ulang
8.10 – 9.10 Mengenal Pasti Bahagian Tubuh Haiwan.
 Guru menunjukkan keratan gambar satu bahagian tubuh
haiwan (puzzle). Contoh: ekor arnab. Murid meneka haiwan
tersebut.
 Guru meminta murid melengkapkan cantuman keratan
gambar haiwan tersebut.
 Guru dan murid melabel bahagian tubuh haiwan tersebut.
 Guru bercerita tentang kegunaan bahagian tubuh haiwan
kepada haiwan tersebut.
9.10 – 10.10 Buah-buahan dan Sayur-sayuran
 Guru menayangkan video.
 Guru bimbing murid menyanyikan lagu “fruit salad”.
 Guru bertanya kepada murid sama ada mereka suka makan
sayur dan buah atau tidak.
 Murid berbual dengan guru tentang punca dan kesan amalan
makanan sihat dan tidak sihat.
10.10 – 10.30 REHAT
10.30 – 11.30 Pembacaan Perkataan
 Murid yang pertama dalam barisan memilih kertas yang
mengandungi satu perkataan daripada kotak secara rawak.
 Murid perlu membaca dan menghafal perkataan tersebut dan
menunjuk kepada murid yang kedua.
 Kedua-dua murid ini menyebut perkataan bersama.
11.30 – 12.30 Melukis Gambar Haiwan Kegemaran
 Guru menyuruh murid menamakan haiwan yang digemari.
 Murid melukis dan mewarna gambar haiwan kegemaran.
 Murid bercerita tentang haiwan kegemaran mereka.
12.30 – 1.00 Objek : Besar dan Kecil
 Mengenalpasti objek lebih besar atau lebih kecil.
 Mengelaskan buah-buahan yang mempunyai saiz yang kecil
dan besar.
 Mewarnakan gambar mengikut arahan.

TARIKH : 8 APRIL 2021


HARI : JUMAAT
MASA AKTIVITI
7.40 – 8.10 Bacaan Yaasin
8.10 – 9.10 Benda Hidup Dan Benda Bukan Hidup
 Murid melihat power point yang ditunjukkan oleh guru
 Murid mengenal benda hidup dan benda bukan hidup
 Murid mengelaskan benda hidup dan benda bukan hidup
 Mewarnakan gambar
9.10 – 10.10 Identify Colours
 Teacher shows a picture of a garden with colourful flowers.
Pupils identify the colours they know.
 Teacher asks pupils to point to something (red/green etc).
Encourage pupils to point to things inside or outside the
classroom in small groups.
 Teacher instructs pupils to play “Simon Says” in groups.
 Teacher shows pupils the flashcards and asks them to tell the
colour.
 Teacher asks them which sound the colour starts with, e.g.
green starts with “g”.
10.10 – 10.30 REHAT
 Mengemas meja dan sanitasi meja.
 Membasuh tangan sebelum dan selepas makan.
 Memgambil Makanan sendiri.
 Duduk di tempat masing-masing dan makan.
 Pakai mask selepas makan.
10.30 – 11.30 Mengenal Pasti Warna yang Terdapat di Sekeliling Mereka
 Guru membawa murid ke persekitaran sekolah dan meminta
murid menamakan objek-objek yang dilihat.
 Guru meminta murid menghuraikan tentang objek yang dilihat.
Contoh: i. Bunga ini kecil. ii. Bunga ini berwarna merah. iii.
Padang ini besar.
 Guru menunjukkan kad imbasan dan meminta murid
menyatakan warna.
 Guru meminta murid menyatakan warna-warna yang terdapat
di sekeliling mereka.
11.30 – 12.00 Mengenal Pasti Nilai Wang
 Guru menunjukkan wang kertas dan berbincang tentang
warna dan nilai wang.
 Guru menunjukkan wang satu demi satu dan murid menyebut
warna dan nilainya.
 Guru menyebut warna dan murid menyatakan nilai wang.

TARIKH : 11 APRIL 2022


HARI : ISNIN
MASA AKTIVITI
7.40 – 8.10 Perhimpunan Rasmi
8.10 – 9.10 Mengenal Pasti Jenis Bunga yang Terdapat di Sekeliling Mereka
 Guru memperkenalkan pelbagai jenis bunga yang terdapat di
persekitaran murid. Guru menyediakan beberapa jenis
bunga/kad bunga daripada pelbagai warna.
 Guru memberi bunga kepada murid untuk diperhati.
 Guru meminta murid menyatakan nama dan warna bunga.
9.10 – 10.10 Menyebut dan Menyalin Huruf Jawi
 Guru meminta murid membuat pemerhatian di sekitar
kelas/sekolah.
 Guru meminta murid mengecam warna dan menyebut nama
warna bagi objek yang ditemui di persekitaran.
 Guru membimbing murid menyebut huruf jawi tunggal.
 Guru meminta murid menyebut nama warna objek yang dipilih
dan memadankan dengan huruf jawi tunggal yang betul
10.10 – 10.30 REHAT
10.30 – 11.30 Menyebut Huruf Vokal dan Konsonan dalam Perkataan
 Guru meminta murid membuat pemerhatian di sekitar
kelas/sekolah.
 Guru meminta murid mengecam warna dan menyebut nama
warna bagi objek yang ditemui di persekitaran.
 Guru membimbing murid menyebut huruf jawi tunggal.
 Guru meminta murid menyebut nama warna objek yang dipilih
dan memadankan dengan huruf jawi tunggal yang betul
11.30 – 12.30 Name Parts of The Body
 Teacher asks pupils to identify and name the body parts
shown by teacher correctly.
 Teacher sings ‘Head, Shoulders, Knees and Toes’. Pupils
listen.
 Teacher asks pupils to sing the song.
 Teacher instructs pupils to match the word cards to the correct
body parts.
 Teacher asks pupils to talk about features of the body parts.
12.30 – 1.00 Menjelaskan Kepentingan Menjaga Kebersihan Anggota Tubuh
 Guru dan murid berbincang tentang kepentingan menjaga
kebersihan anggota tubuh.
 Guru dan murid berbincang tentang kesan sekiranya
mengabaikan penjagaan kebersihan pakaian dan alatan
keperluan diri.

TARIKH : 12 APRIL 2021


HARI : SELASA
MASA AKTIVITI
7.40 – 8.10 Aktiviti Fizikal: Berlari
 Regangan statik dan regangan dinamik
 Berjalan perlahan - berjalan laju
 Berjalan robot
 Berlari-lari anak - berlari laju
 Permainan kecil : Ikan dan Jaring, Musang dan Ayam
8.10 – 9.10 Menyatakan Keperluan Asas Manusia
 Guru menayangkan video “Keperluan Asas Manusia” kepada
murid.
 Guru dan murid berbincang tentang kandungan video.
 Guru dan murid berbincang tentang poster “Jika Saya Makan
Secara Tidak Sihat”.
 Guru meminta murid menyenaraikan makanan berkhasiat dan
tidak berkhasiat
9.10 – 10.10 Menghasilkan Boneka Anak Patung
 Guru meminta murid menyebut anggota badan masing-
masing.
 Guru meminta murid mengenal pasti bentuk anggota badan.
(Contoh: muka - bulat/bujur, mata - bulat)
 Guru meminta murid mengumpulkan bahan kitar semula .
 Guru meminta murid menghasilkan boneka anak patung
menggunakan bahan kitar semula seperti kain, botol dan
butang dengan bimbingan guru.
10.10 – 10.30 REHAT
10.30 – 11.30 Menyatakan Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri Mengikut Sunah
Rasulullah SAW
 Guru meminta murid menyatakan cara menjaga kebersihan
diri/anggota tubuh mengikut sunah Rasulullah SAW
berdasarkan peralatan yang dipadankan.
11.30 – 12.30 Membaca Ayat Mudah
 Murid membaca berasaskan gambar.
 Murid menyusun ayat yang betul dalam kumpulan.
12.30 – 1.00 Saya sihat, saya selamat
 Bercakap”Tidak” bagi sentuhan tidak selamat.
 Murid membuat simulasi.

TARIKH : 13 APRIL 2022


HARI : RABU
MASA AKTIVITI
7.40 – 8.10 Melakukan Balingan dan Tangkapan
 Guru menunjuk aktiviti balingan bola/pundi kacang bawah
tangan dan meminta murid melakukannya.
 Guru menunjuk aktiviti balingan bola/pundi kacang atas
kepala dan meminta murid melakukannya.
8.10 – 9.10 Membuat topeng:
 Murid mewarna gambar haiwan.
 Murid mengunting bentuk haiwan.
 Murid memasang gelung getah pada topeng.
 Murid melakukan aksi spontan.
9.10 – 10.10 Pembacaan Frasa
 Murid membaca frasa.
 Murid bermain dalam kumpulan
10.10 – 10.30 REHAT
10.30 – 11.30 Things In The Classroom
 Guru menunjukkan dan menamakan contoh-contoh barangan
yang terdapat dalam kelas.
 Murid memberikan contoh peralatan dan menamakannya
dalam Bahasa Inggeris dengan bantuan guru.
11.30 – 12.30 Operasi Tambah dalam Lingkungan 18
 Murid diberi pelekat berwarna merah.
 Setiap murid meletakkan pelekat mengikut jantina masing-
masing pada carta yang disediakan.
 Murid mengira bilangan murid perempuan dan lelaki
berdasarkan carta.
 Murid membuat operasi tambah
12.30 – 1.00 Menulis Nama Sendiri
 Murid menulis nama mengikut urutan dan ejaan yang betul.

TARIKH : 14 APRIL 2021


HARI : RABU
MASA AKTIVITI
7.40 – 8.10 Melakukan Balingan dan Tangkapan
 Guru menunjuk aktiviti balingan bola/pundi kacang bawah
tangan dan meminta murid melakukannya.
 Guru menunjuk aktiviti balingan bola/pundi kacang atas
kepala dan meminta murid melakukannya.
8.10 – 9.40 Pengagihan Buku Teks
9.40 – 10.10 Pembacaan Ayat Mudah
 Murid membaca ayat mudah.
 Murid bermain dalam kumpulan
10.10 – 10.30 REHAT
10.30 – 11.30 Nyanyian :  Lagu Tema Transisi
- Kami Murid Baharu
- Lagu Anak Cemerlang
 Murid mendengar lagu.
Murid menyanyi lagu bersama guru dengan iringan muzik.

11.30 – 12.00 Mengenal Pekerjaan


 Murid dan guru bersoal jawab.
 Murid mendengar nama pekerjaan
 Murid menonton video pekerjaan
12.00 – 1.00 Kuiz Matematik

TARIKH : 15 APRIL 2022


HARI : JUMAAT
MASA AKTIVITI
7.40 – 8.10 Bacaan Yaasin
8.10 – 10.10 Pertandingan Mewarna
10.10 – 10.30 REHAT
10.30 – 11.30 Penutupan Minggu Transisi
12.00 – 1.00 Amalan Budaya Penyayang
 Sapu sampah, susun kerusi meja
 Cara menghormati guru
 Mengucapkan terima kasih
Bersalam dengan guru

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


ANGGARAN SUMBER
PERKARA
PERBELANJAAN (RM) PERBELANJAAN
1. Modul Transisi
259.00 Ibubapa/Penjaga
(37 orang x RM 7.00)
2. Bunting
50.00 Kantin Sekolah
(1 x RM 50.00)
2.Hadiah Penyertaan
185.00 Ibubapa/Penjaga
(37 orang X RM 5.00)
JUMLAH RM 224.00

7.0 PENUTUP
Program Transisi ini dapat memberi keyakinan kepada murid-murid Tahun 1 untuk
terus melangkah kehadapan. Pendedahan awal mengenai persekitaran sekolah,
mata pelajaran yang dipelajari, permainan dan sukan dalaman yang boleh diceburi
serta pertandingan yang boleh membuka minda murid-murid.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

……………………………….............. ……………………………………. …………………………...


(NURUL SYAZWANI BINTI (NUR HANANI BINTI (ISMAIL BIN SABTU)
KHAIRUDDIN) HAMZAH) Guru Besar,
GURU TAHUN 1 GPK Pentadbiran, SK Gedok.
SK Gedok.

You might also like