Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 12

TUGASAN INDIVIDU

MOHAMAD SHAHRIL BIN MAT ISA

SOALAN PILIHAN
 SOALAN 1A
 SOALAN 2B
Jawapan Untuk Soalan 1A :

Berdasarkan permasalahan yang diberi menunjukkan bahawa ketidakhadiran


termasuklah tidak hadir bagi apa-apa jua tempoh masa pada masa dan di tempat
pegawai itu dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugas-tugasnya seperti yang
dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
(Pindaan) 2002, Bahagian III.

Ketidakhadiran bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat


kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah boleh menyebabkan seseorang pegawai
dikenakan tindakan tatatertib mengikut peraturan 24. Dalam penyataan yang diberi jelas
menunjukkan bahawa guru A telah didapati tidak hadir bertugas dan tidak memohon
sebarang bentuk cuti selama satu bulan. Tambahan juga beliau tidak dapat dikesan
walaupun telah dihubungi.

Dalam penyataan masalah ini menunjukkan bahawa guru A berada dalam


kategori tidak hadir bertugas tujuh hari berkerja berturut-turut tanpa dikesan. Pegawai
tidak hadir bertugas 7 hari bekerja berturut-turut dan usaha-usaha sewajarnya untuk
mencari serta mengesan pegawai telah dilakukan tetapi masih gagal. Ketua Jabatan
perlu menyediakan dokumen yang berkaitan dan melaporkan segera kepada Pihak
Berkuasa Tatatertib yang ada kuasa buang kerja dan turun pangkat serta
memaklumkan ketidakhadiran pegawai kepada Bahagian Kewangan untuk potong gaji.

Terdapat empat tindakan yang harus dilakukan oleh ketua jabatan untuk
menyelesaikan masalah ini. Tindakan yang pertama, ketua jabatan perlu Mengeluarkan
surat arahan kembali bertugas melalui Surat Berdaftar Akuan Terima (A.R.Register) /
serahan tangan kepada pegawai di alamat akhir diketahui. Dalam surat tersebut di
nyatakan arahan kembali bertugas dengan serta merta. Selain itu, surat tersebut turut
menyatakan bahawa ketidakhadiran guru tersebut berdasarkan rekod perakam waktu.
Surat tersebut turut menegaskan bahawa tindakan tatatertib boleh dikenakan terhadap
ketidakhadiran guru tersebut pada tempoh waktu yang dinyatakan.
Tindakan yang kedua, Ketua Jabatan boleh mengemukakan laporan berhubung
ketidakhadiran pegawai kepada Lembaga Tatatertib. Dalam laporan ini turut dinyatakan
tentang permasalahan guru tersebut dengan menyatakan bahawa surat berdaftar
akuan terima telah dihantar namun surat arahan kembali bertugas tersebut
dikembalikan tidak terserah atau pegawai berkenaan tidak lagi menetap di alamat
terakhir yang diketahui. Isi kandungan dalam laporan itu turut menyatakan bahawa
Usaha-usaha telah dibuat untuk mengesan pegawai iaitu (nyatakan usaha-usaha yang
dibuat untuk mengesan pegawai) walau bagaimanapun pegawai masih tidak dapat
dikesan. Pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan Peraturan 24,
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U(A)395/1993]
dan melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(g), Peraturan yang sama iaitu
tidak bertanggungjawab.

Tindakan ketiga yang boleh dilakukan oleh ketua jabatan ialah menyiarkan notis
dalam sekurang-kurangnya sebuah akhbar berbahasa kebangsaan dan edaran seluruh
negara sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga Tatatertib. Notis tersebut
hendaklah mengandungi fakta ketidakhadiran pegawai dan arahan kembali bertugas
dalam tempoh 7 hari dari tarikh penyiaran.

Namun begitu masa akan diberikan kepada guru berkenaan selama tujuh hari
bermula pada tarikh penyiaran notis dalam akhbar yang dipilih. Seandainya guru
tersebut hadir dalam tempoh masa yang diberikan maka permasalahan ini akan
berubah kepada laporan kepada Lembaga Tatatertib. Namun, jika sebaliknya guru
tersebut akan dianggap tidak hadir dan ketua jabatan boleh mewartakan pembuangan
kerja pegawai mulai dari tarikh pegawai tidak hadir bertugas, jika pegawai tidak hadir
selepas tempoh 7 hari dalam notis.

Harus diingat bahawa ketidakhadiran pegawai tanpa cuti/tanpa kebenaran/tanpa


sebab yang munasabah pada waktu pegawai dikehendaki bertugas tidak boleh ditolak
dari cuti rehat pegawai.
Soalan 1A (b). Huraikan 4 (empat) jenis hukuman tatatertib yang terdapat dalam
peraturan tatatertib penjawat awam.

Jawapan:

i) Amaran
Hukuman amaran ini tidak boleh dinyatakan amaran pertama atau amaran
keras atau sebagainya dan pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam
tempoh 6 bulan atau satu urusan mana terdahulu.

ii) Denda
Hukuman denda ini menetapkan had denda pada sesuatu masa tidak boleh
melebihi 7 hari emolumen. Jika dikenakan lebih sekali dalam satu bulan tidak
boleh lebih 45% daripada emolumen bulanannya. Seterusnya dipotong daripada
emolumen bulanan dan dimasukkan dalam hasil kerajaan.

iii) Tangguh kenaikan gaji


Tempoh boleh dikenakan adalah 3 bulan, 6 bulan, 9 bulan atau 12 bulan. Urusan
ini berkuatkuasa pada tarikh ulang tahun pergerakan gaji berikutnya selepas
tarikh pengenaan hukuman oleh lembaga tatatertib. Dalam tempoh hukuman,
Pegawai tidak berhak menerima pergerakan gaji

Akibat Hukuman :
a)Tarikh pergerakan gaji hendaklah diubah ke tarikh pergerakan gaji yang
paling hampir selepas habis tempoh hukuman
b)Tarikh pergerakan gaji kekal pada tarikh diubah di(a) sehingga pegawai
capai tanggagaji maksimum dalam jadual gajinya.
iv) Turun gaji
Hukuman ini adalah secara mendatar dalam peringkat gaji yang sama dan tidak
melebihi 3 pergerakan gaji. Tempoh hukuman tidak boleh kurang daripada 12
bulan tetapi tidak boleh lebih daripada 36 bulan. Kuatkuasa Hukuman iaitu tarikh
ditetapkan oleh LTT atau tarikh hukuman dijatuhkan manakala tarikh
Pergerakan Gaji iaitu berubah kepada tarikh pergerakan gaji berikutnya selepas
habis tempoh hukuman. Dalam tempoh hukuman Pegawai tidak berhak
menerima pergerakan gaji
Soalan 2A

Sejajar dengan dasar Kepimpinan Melalui Teladan, seseorang ketua Jabatan


perlulah memiliki nilai kepimpinan dan nilai peribadi asas yang boleh dijadikan
teladan kepada kakitangan dalam organisasinya.

a. Huraikan beserta contoh,lima nilai kepimpinan yang boleh ditunjukkan oleh


seseorang ketua Jabatan untuk mengelakkan dirinya daripada berlaku
tidak adil kepada kakitangannya.

JAWAPAN :

Nilai kepimpinan yang pertama ialah bersikap adil dalam semua tindakan dan
keputusan yang dibuat. Adil dalam dalam semua tindakan dan keputusan ini bermaksud
kepada tidak memilih kasih dalam memutuskan keputusan oleh sebab-sebab yang
tertentu. Sebagai contoh seseorang kakitangan itu telah melakukan kesalahan yang
sewajarnya perlu diambil tindakan ke atasnya oleh Ketua Jabatan. Namun apa yang
berlaku, Ketua Jabatan hanya melepaskan kakitangan tersebut tanpa sebarang
tindakan dan hukuman disebabkan kakitangan tersebut mempunyai pertalian darah
dengannya. Hal yang demikian menunjukkan bahawa Ketua Jabatan tersebut tidak adil
kepada semua kakitangan kerana kesalahan yang dilakukan oleh kakitangan boleh
ditebus hanya melalui pertalian darah. Oleh yang demikian, matlamat untuk mengawal
tingkah laku kakitangan tersebut tidak tercapai dan kesalahan itu akan berulang kali
disebabkan tiada hukuman dan tindakan yang berlaku.

Nilai kepimpinan yang kedua ialah dengan melakukan sesuatu keputusan dibuat
secara mesyuarah. Apa yang dimaksudkan dengan mesyuarah ini ialah sesuatu
keputusan yang diambil diputuskan berdasarkan keputusan dalam mesyuarat dalam
kalangan organisasi jabatan itu sendiri. Dalam hal ini, ketua jabatan mengambil kira
pendapat dan pandangan umum sebelum membuat sesuatu keputusan. Sebagai
contoh, seorang ketua jabatan memperoleh sebuah peruntukan dana kewangan yang
perlu digunakan untuk sebuah majlis dalam jabatannya. Berdasarkan kuasa yang ada
padanya ketua jabatan tersebut membahagi-bahagikan peruntukan tersebut kepada
ahli jawatankuasa majlis sama rata tanpa menilai tahap keperluan dalam setiap ahli
jawatankuasa yang dibentuk. Hal ini kerana setiap ahli jawatankuasa tidak sama
keperluan kewangan yang diperlukan. Sebagai contoh ahli jawatankuasa pentas
memerlukan peruntukan kewangan yang lebih untuk menghias pentas untuk majlis
tersebut berbandingan ahli jawatankuasa jemputan yang memerlukan peruntukan
kewangan yang lebih rendah. Melalui mesyuarah, ketua jabatan dapat mengetahui
dengan lebih terperinci keperluan dan kepentingan kakitangannya sebelum keputusan
diputuskan.

Nilai Kepimpinan yang ketiga ialah hanya kakitangan yang berkelayakan sahaja
dipertimbangkan kenaikan pangkat, memangku, kursus dan menerima anugerah
cemerlang. Sesungguhnya kenaikan pangkat, mengikuti kursus dan penerimaan
anugerah cemerlang merupakan sesuatu yang diimpi-impikan oleh semua kakitangan
yang berkhidmat dalam sesebuah jabatan. Namun, ketua jabatan perlu professional
dalam memberi penghargaan kepada kakitangannya. Sebagai contoh, seorang
kakitangan itu baharu sahaja bekerja nerbanding dengan kakitangan lain yang sudah
berkerja puluhan tahun namun kakitangan tersebut telah mendapat anugerah
cemerlang berulang kali berdasarkan kualiti kerjanya yang cemerlang. Oleh hal yang
demikian ketua jabatan tersebut telah membuat keputusan dan tindakan cemerlang
dengan memberi anugerah tersebut. Tempoh perkhidmatan tidak menjamin
kecemerlangan kerja namun kualiti kerja yang cemerlang itu menjamin keperibadian
terpuji. Dalam contoh yang lain, dalam sebuah jabatan itu mempunyai ramai kakitangan
yang baharu dan sedikit bilangan bagi kaitangan yang sudah lama berkhidmat namun
pada setiap tahun hanya kaitangan yang lama sahaja mendapat anugerah
kecemerlangan walaupun kualiti kerja yang ditunjukkan tidak menggambarkan
kecemerlangan yang dianugerahkan kepada mereka. Sedangkan pada masa yang
sama kakitangan yang baharu itu jauh lebih baik kualiti kerja tetapi tiada sebarang
anugerah diberikan kepada mereka. Oleh yang demikian, ketua jabatan tersebut telah
melakukan tindakan yang tidak wajar kepada kaitangannya. Perkara seperti akan
memberi kesan terhadap motivasi kakitangan untuk istiqamah berkhidmat dengan
cemerlang sepanjang masa.
Nilai kepimpinan yang keempat ialah dengan mengesahkan jawatan pekerja-
pekerja yang telah layak dan memenuhi syarat yang ditetapkan sahaja. Sesungguhnya
ketua jabatan berkuasa untuk mengesahkan jawatan pekerja berlandaskan kepada
kriteria kelayakan berpandukan syarat-syarat tertentu. Sebagai contoh, seorang pekerja
itu pada dahulunya perlu dibimbing dalam melakukan sesuatu tugasan namun setelah
sekian lama pekerja tersebut sudah boleh bekerja sendiri dalam jabatan tersebut tanpa
dibimbing lagi. Oleh yang demikian, ketua jabatan hendaklah peka akan peningkatan
potensi individu pekerja untuk mereka disahkan jawatan dalam jabatan tersebut.
Namun, terdapat juga situasi yang bertentangan berlaku dimana ketua jabatan tidak
menyedari potensi individu pekerja mereka yang menyebabkan pekerja tersebut masih
belum mendapat pengesahan jawatan yang sepatutnya. Dalam contoh yang lain,
terdapat pekerja yang tidak memenuhi syarat yang sepatutnya akan tetapi mendapat
pengesahan dengan cepat. Hal seperti ini akan memberi impak terhadap jabatan itu
sendiri. Sekiranya terdapat seorang pekerja yang belum menguasai teknik-teknik
terhadap bidang yang perlu mereka kuasai contoh dalam bidang menguruskan jadual
kurikulum sekolah maka aktiviti sekolah akan terganggu dan berkemungkinan jadual
yang dibina kelihatan tidak terurus dan kemas. Oleh yang demikian, syarat yang telah
ditetapkan perlu dipenuhi sebelum pengesahan jawatan itu diberikan kepada pekerja
yang layak.

Nilai kepimpinan yang kelima ialah mengetahui dengan jelas tugas-tugas yang
dijalankan oleh pekerja bawahannya sebelum membuat penilaian prestasi dengan adil.
Sebagai contoh, guru besar bertanggungjawab dalam menilai prestasi guru-guru
dibawahnya. Maka nilai kepimpinan ini perlu ditunjukkan oleh guru besar mahupun
pengetua sekolah dalam memberikan markah yang terbaik. Guru besar perlu menilai
guru berdasarkan bidang tugas yang digalas dan pengorbanan yang telah guru-guru
berikan kepada pihak sekolah. Untuk mengetahui khidmat gurunya, guru besar
sewajarnya perlu selalu bersama-sama melibatkan diri dalam semua aktivti sekolah
yang dijalankan dan dengan cara seperti ini penilaian yang akan dilakukan dapat
dilakukan dengan lebih baik dan tepat.
b. Merujuk contoh yang relevan, jelaskan LIMA nilai peribadi asas yang perlu
ada pada seseorang ketua jabatan, dan nyatakan kesannya terhadap
organisasi yang dipimpinnya.

Nilai peribadi asas yang harus dimiliki oleh seorang ketua jabatan ialah amanah.
Amanah bermaksud sesuatu yang diberi kepercayaan kepada orang lain untuk
melaksanakannya. Orang yang tidak amanah dianggap telah melakukan satu
pengkhianatan dan juga penipuan. Nilai amanah perlu ada pada seorang ketua jabatan
kerana tugas mereka adalah mengurus dan menjaga kepentingan kakitangan jabatan
mereka.

Nilai peribadi asas yang kedua yang harus dimiliki oleh seorang ketua jabatan ialah
bertanggungjawab. Tanggungjawab bermaksud sesuatu kerja,tugas,janji, dan lain-lain
yang mesti dilaksanakan. Seseorang ketua jabatan yang telah diberi tanggungjawab
untuk menguruskan sesuatu tugas bermakna beliau telah diamanahkan melaksanakan
tugas tersebut. Oleh itu, ia memepunyai rasa tanggungjawab terhadap dirinya dan
kepada Tuhan. Ia dikehendaki melaksanakan tugasnnya sebagai pemegang amanah
Negara dan rakyat tugasnnya dengan cemerlang dan memberikan hasil yang
maksimum. Semua anggota perkhidmatan awam daripada peringkat bawahan hingga
peringkat tertinggi mestilah sikap mempunyai sikap tanggungjawab. Kejayaan mereka
memikul tanggungjawab akan membawa kejayaan kepada perkhidmatan awam.
Sebaliknya, mereka yang gagal melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik boleh
dikenakan tindakan tatatertib seperti ayng ternaktub dalam Peraturan-peraturan
Pegawai Awam (K&TT) 1993.

Nilai peribadi asas ketiga yang harus dimiliki oleh seorang ketua jabatan ialah
Ikhlas.Ikhlas bermaksud hati yang bersih,jujur dan suci. Jika seseorang itu ikhlas dalam
kerjanya akan melaksanakan tugas tersebut dengan sempurna dan menghasilkan
output yang memuaskan secara berterusan. Tanpa sifat ikhlas,seseorang itu akan
sentiasa merungut,menyalahkan orang lain, menunjuk-nunjuk dan gagal melaksanakan
tugasnya dengan baik. Seseorang yang tidak ikhlas tidak dapt melaksanakan tugas
yang cemerlang secara berterusan.Sebagai ketua jabatan, jika nilai ini tiada disemat
dalam diri mereka maka sebarang masalah tidak akan selesai disebabkan tiada
kesungguhan untuk melakukan sesuatu dengan terbaik.

Nilai peribadi asas keempat yang harus dimiliki oleh seorang ketua jabatan ialah
Berdedikasi. Berdedikasi bermaksud pembaktian seseorang bagi melaksanakan tugas
dengan sempurna. Sikap berdedikasi sangat perlu dimiliki oleh seorang ketua jabatan.
Seseorang yang mempunyai sifat berdedikasi akan melaksanakan kerja tanpa
mengharapkan sebarang tambahan upahan,ganjaran dan juga pujian. Setiap tugas
akan dilaksanakn denagan cepat,berkesan dan berkualiti. Seseorang yang mempunyai
sifat berdedikasi juga akan sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri dan
bersedia menerima nasihat.teguran dan tunjuk ajar.Sebagai ketua jabatan yang
mempunyai nilai ini tidak akan bergantung kepada hasil kerja kaitangan mereka
semata-mata malah mereka turut serta untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik.

Nilai peribadi asas kelima yang harus dimiliki oleh seorang ketua jabatan ialah
berdisiplin. Berdisiplin bermaksud patuh kepada peraturan-peraturan dan undang-
undang. Ketua jabatan yang berdisiplin adalah mereka yang mematuhi peraturan,
arahan dan undang-undang. Mereka juga sentiasa berpegang teguh kepada ajaran
agama dan sentiasa menjaga imej dan maruah diri dan jabatannya.Oleh yang demikian,
ketua jabatan ini yang akan menjadi contoh kepada kakitangan dibawahnya dengan
mengamalkan segala aktiviti dengan kemas dan cekap atas dasar disiplin yang tinggi.

Nilai peribadi asas keenam yang harus dimiliki oleh seorang ketua jabatan ialah
bersih. Bersih bermaksud kebersihan dari aspek fizikal dan kebersihan moral.
Kebersihan dari segi tempat tinggal akan mewujudkan kesihatan yang baik dan
terhindar daripada penyakit. Kebersihan daripada aspek rohani akan menghindarkan
seseorang itu daripda perasaan dengki,khianat,tamak haloba, dan sifat-sifat lain yang
buruk. Oleh yang demikian sebagai seorang ketua jabatan,mereka seharusnya peka
terhadap persekitaran jabatan dengan mengamalkan atau menerapkan aspek
kebersihan terhadap anggota kakitangan dengan menjadikan kebersihan menjadi
aspek yang harus dihormati sepanjang masa. Persekitaran yang bersih membantu
meningkatkan kualiti perkhidmatan.
Rujukan:

1. Malaysia Kita, Panduan & Rujukan Untuk Peperiksaan Am Kerajaan, International Law
Book Services, Kuala Lumpur

2. Nota Penceramah, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993


Pindaan (2002)

3. http://www.utem.edu.my/praktis_utem/doc/tatatertib.pdf DILAWAT PADA PUKUL


1.15AM

You might also like