Minit Mesyuarat Sesi Info

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT SESI INFO MINGGU 25

SMK PULAU INDAH

Tarikh : 13 JULAI 2017

Masa : 12.30 TGH

Tempat : BILIK MESYUARAT UTAMA

Pengerusi : EN MOHD AZUAN BIN MOHD NAWAWI

Kehadiran : Seperti Dilampirkan

Agenda Mesyuarat :
1.0 UCAPAN PENGERUSI
2.0 PENYERAHAN MC DAN CRK
3.0 PENGHANTARAN BUKU REKOD MENGAJAR DAN KEDATANGAN
4.0 PENGGUNAAN BILIK SBC
5.0 HARI KEJOHANAN SUKAN SMK PULAU INDAH
6.0 HAL-HAL LAIN

AGENDA 1.0 : UCAPAN PENGERUSI


1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan alfatihah
1.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru kerana dapat
meluangkan masa menghadirkan diri dalam mesyuarat ini.

AGENDA 2.0 : PENYERAHAN MC DAN CRK

2.1 Tuan pengetua mengingatkan guru-guru agar menghantar mc dan crk mereka ke pejabat
dengan kadar segera selepas mereka pulang dari bercuti
2.2 Beliau memberitahu ramai guru tidak menghantar mc dan crk mereka ke pejabat,perkara
ini menyukar pihak pengurusan dan tidak adil kepada guru lain
2.3 Beliau juga memberitahu sekiranya beliau tiada di sekolah,guru boleh serahkan mc dan
crk mereka kepada Pn Siti Sabariah
jhjkhkjhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhTindakan:Semua Guru

AGENDA 3.0 : PENGHANTARAN BUKU REKOD MENGAJAR DAN KEDATANGAN

3.1 Tuan Pengetua mengingatkan guru-guru agar menghantar buku rekod mengajar tepat
pada waktu yang ditetapkan.
3.2 Beliau memberitahu terdapat 13 orang guru tidak menghantar buku rekod mengajar pada
minggu sebelumnya.Sekiranya guru terlewat menghantar boleh hantar buku rekod
mengajar pada hari isnin berikutnya
3.3 Tuan Pengetua juga meminta guru-guru mengisi buku jadual kedatangan pelajar setiap
hari.
Tindakan: Makluman
AGENDA 4.0 : PENGGUNAAN BILIK SBC

4.1 Tuan Pengetua memberitahu bahawa keadaan Subject Based Classsroom (SBC) perlu
dipertingkatkan lagi dan SBC akan diletakkan dibawah pengurusan panitia
4.2 Pn Norsita Bt Puteh memaklumkan bahawa gotong royong bilik SBC akan diadakan pada
12 ogos 2017.Gotong royong ini bertujuan supaya guru kelas dan ketua panitia
bersama-sama dapat menceriakan bilik SBC
4.3 Pn Norsita Bt puteh juga menasihatkan agar guru-guru sesi petang hadir ke kelas tepat
pada waktu bagi mengawal keadaan bilik SBC dan guru-guru menggunakan bilik yang
ditetapkan mengikut jadual disamping mengisi buku penggunaan bilik SBC

Tindakan: Makluman

AGENDA 5.0 : HARI KEJOHANAN SUKAN SMK PULAU INDAH

5.1 En Azmi Bin Abu Bakar,Penolong Kanan Kokurikulum memberikan taklimat tentang
hari kejohanan sukan yang akan berlangsung pada 28 julai 2017
5.2 Beliau berharap agar guru-guru dapat menjalankan tugas seperti yang terkandung
dalam rangka kerja hari kejohanan sukan.
Tindakan: Makluman

AGENDA 6.0 : HAL-HAL LAIN

6.1 Tuan Pengetua memberitahu bilangan guru di SMK Pulau Indah telah mencukupi namun
Pn Aisyah Bt Samat telah ditempatkan di SMK Dato Hamzah sebagai penyelaras PPKI
tetapi pertukaran beliau ditangguhkan sehingga tahun hadapan
6.2 En Azmi bin Abu Bakar memaklumkan tentang hibah dan beliau meminta guru-guru
membincangkan program yang akan memberi manfaat kepada pelajar
6.3 Pn Azharizah memaklumkan guru-guru bahawa penghawa dingin bilik guru sedang
diselenggara.Beliau juga melaporkan terdapat pelajar membeli makanan bukan pada
masa rehat serta memberi teguran tentang kawalan disiplin semasa perhimpunan pagi.
Tindakan: Makluman & Unit displin

PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat .
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.20 petang.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................……… ……...............................……….
(PN NUR IDAYU ISHAK)
Pencatat Minit

You might also like