Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT KURIKULUM 1/2022

SJKT BATU KAWAN

Tarikh : 17.03.2022
Masa : 9.00 – 12.00 tgh
Tempat : Bilik RBT
Pengerusi : En. Mohd Sabib bin Abdullah
Kehadiran (Bilangan ) : 13 orang

1. En. Mohd Sabib bin Abdullah GB


2. Pn.Nirmala a/p Balakrishnan GPK Pentadbiran
3. Pn.Sardadevy a/p Murugiah GPK Hal Ehwal Murid
4. Pn.Nagavalli a/p Poobalan
5. Pn.Vijayalethmi a/p Mooniandy
6. Pn.Kalaivaani a/p Veluthem
7. Pn.Sulochini a/p Sandaraj GPK Kokurikulum
8. Pn.Roslin a/p Thomas
9. Pn.Shamala a/p Kalaiarasan
10. En.James Vincent a/l Nicholas
11. Pn. Vijayakumari
12. Cik. Mageswary
13. Pn.Tamilselvy a/p Ramachandran

1. KATA ALUAN PENGERUSI


1.1 Ucapan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat
pengurusan sekolah kali pertama bagi sesi persekolahan 2022.
1.2 Pengerusi berterima kasih kepada Tuhan yang menyelamatkan kita setiap hari
agar bersihat selalu.
1.3 Pengerusi menerangkan bahawa ramai yang meninggal akibat pendemik covid
ini dan menasihat agar warga sekolah mengambil berat tentang kesihatan diri
dengan mematuhi SOP yang di tetapkan.
1.4 Beliau turut memberitahu kepada warga sekolah, RM 100,000.00 akan di beri
oleh Kerajaan Negeri dan duit tersebut telah pun di masukkan ke dalam akaun
bank PIBG.
1.5 Pengerusi menerangkan kepada semua guru bahawa, murid yang masuk ke peralihan
adalah sebanyak 78% daripada murid yang masuk ke Tingkatan 1. Perkara ini di
pandang serius dan beliau meminta semua guru melaksanakan PDPR dengan mantap.
1.6 Pengerusi juga meminta guru-guru membuat KPI.

Tindakan : Semua guru

2. PENGURUSAN PENTADBIRAN.
2.1 PK 1 memulakan ucapan dengan kecerian kelas.
2.2 Beliau meminta guru-guru menceriakan kelas masing-masing. Aspek yang
perlu ada adalah seperti berikut:-
 Visi & Misi sekolah
 Organisasi bilik darjah
 Peraturan bilik darjah
 Lagu sekolah
 Ikrar
 Keselamatan bilik darjah
 Jadual Tugas, Jadual Waktu, Headcount dan Sudut
Bacaan
 Langsir (boleh di guna jika perlu)
Tindakan : Semua guru

2.3 KP sekolah perlu di sediakan.


2.4 PKI – perlu di sediakan.
2.5 Cuti Rehat perlu kemaskini di Hrmis.
2.6 PK 1, memberitahu kepada semua guru tentang masalah beg berat murid. Beliau
meminta semua guru mencari jalan penyelesaian bagi menangani masalah ini.
2.7 PK 1 menekankan Projek Base Learning perlu di laksanakan semasa PDPR agar
murid-murid menjadi lebih aktif dan menumpukan perhatian mereka.
2.8 PK 1 membincang maklumat yang terdapat dalam Buku Pengurusan & Takwim
Sekolah 2022 dengan guru-guru.

Tindakan : Semua guru


3. PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
3.1 Puan Saradadevy membincang mengenai SSDM.
3.2 Beliau meminta Guru Displin mengisi data SSDM.
3.3 Program Guru Penyayang perlu di laksanakan sepanjang musim persekolahan.
3.4 APDM perlu di kemaskini sebelum 26 Mac 2022.
3.5 Fail murid perlu lengkap.
3.6 Isu pertukaran murid akan di uruskan oleh Encik. Faizal dan En. Suhaimi.
3.7 Pematuhan SOP perlu di ambil perhatian.
3.8 Program kebersihan perlu di ambil perhatian.
3.9 Pemilihan pengawas dan pemberian watikah di beritahu kelak.
Tindakan : Semua guru

4. PENGURUSAN KOKURIKULUM

4.1 Puan Sulochini selaku PK KOKO meminta Penyelaras Permainan, Kelab &
Persatuan menyiapkan Carta Organisasi dan Rancangan Tahunan.
4.2 Puan Sulochini juga turut menerangkan tentang pematuhan SOP sewaktu
KOKO di laksanakan.
4.3 Beliau menerangkan tugas semua guru mengikut Permainan, Kelab &
Persatuan.
4.4 Beliau mengakhiri ucapan dengan meminta semua guru memberi kerjasama
dalam segala aktiviti yang bakal di laksanakan di bawah tugasnya.
Tindakan: Semua guru

5 HAL-HAL LAIN

5.1 Guru Kelas Tahun 4 menjelaskan masalah yang terdapat di Tahun 4 dan
pentadbiran sekolah menjelaskan akan menyelesaikan masalah itu.
5.2 Guru-guru boleh membeli barang-barang keperluan untuk kecerian kelas dan
boleh meminta semula wang perbelanjaan daripada Guru Besar.
5.3 Penyediaan bilik-bilik khas perlu di selesaikan secepat mungkin.
5.4 Guru bertugas di minta untuk menjalankan tugas mereka mengikut jadual yang di
beri.
5.5 Guru Kelas perlu masuk ke kelas masing-masing semasa perhimpunan di
jalankan.

5.6 Kebersihan kelas dan persekitaran sekolah perlu di jaga oleh semua warga
sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12 tengahari.

Disediakanoleh, Disahkan oleh,

…………………………… ……………………………………………………
(SHAMALA A/P KALAIARASAN) (MOHAMED SABIB BIN ABDULLAH)
Setiausaha, AMN,PKT,PJK
Jawatankuasa Pentadbiran, Guru Besar,
SJK(T) Ladang Batu Kawan SJK(T) Ladang Batu Kawan

You might also like