Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

SK (P) METHODIST 2

BRICKFIELDS,K.L

TARIKH : 12 – 14 April 2013


TEMPAT : KEM WIRAJAYA FOREST RESORT, SG
CONGKAK, SELANGOR
PERASMI : PN HJH ZAHARAH BT HJ
BORHANUDIN
1.0 JADUAL PROGRAM PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT
BERUNIFORM 2013.

JUMAAT : 12 APRIL 2013


4.00 ptg - Taklimat kursus
5.00 ptg - Minum petang & Solat Asar
5.30 ptg - Game station
7.00 mlm - Makan Malam & Solat Maghrib
8.00 mlm - Latihan Dalam Kumpulan 1
10.00 mlm - Minum malam & Solat Isyak
10.30 mlm - Modul 1 & Latihan Dalam Kumpulan 2
1.00 pg - Tidur

SABTU : 13 APRIL 2013


6.00 pg - Persiapan diri & Solat Subuh
7.00 pg - Senaman pagi
8.30 pg - Modul 2 & Latihan Dalam Kumpulan 3
10.00 pg - Minum pagi/ Jungle Tracking
12.30 tgh - Ikhtiar Hidup / Makan Tengahari / Solat Zuhur
4.30 ptg - Minum petang& Solat Asar
5.15 ptg - Simulasi XPDC Kapal terbang
7.00 mlm - Persiapan diri / Solat Maghrib / Makan Malam
8.00 mlm - Latihan Dalam Kumpulan 4 & 5
11.00 mlm - Night Walk
12.00 pg - Tidur

AHAD : 14 APRIL 2013


6.00 pg - Persiapan diri & Solat Subuh
7.00 pg - Senaman pagi
8.30 pg - Latihan Dalam Kumpulan 6
10.00 pg - Minum pagi/ XPDC Kapal Terbang Terhempas
12.30 tgh - Penutup
1.30 ptg - Makan Tengahari dan bertolak balik

2.0 JAWATANKUASA INDUK

1
Pengerusi : Puan Zaharah bt Borhanudin
Guru Besar, SK (P) Methodist 2
Naib Pengerusi : Pn Zaleha bt Md.Isa
GPK Kokurikulum, MGS 2
Cik Indrani A/P Letchumanan
GPK Tadbir & Kurikulum
Cik Nora Bt Akir
GPK Hal Ehwal Murid
Setiausaha : Cik Siti Hawa Bt Ruslaini
Setiausaha Kokurikulum, MGS 2
Bendahari : YM Tengku Ratna bt Tengku Zain
Setiausaha Sukan, MGS 2

3.0 JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : Pn Hjh Zaharah Bt Hj Borhanudin


Naib.Pengerusi : Pn Zaleha Bt Mad Isa
Cik Indrani A/P Letchumanan
Cik Nora Bt Akir
Bendahari : Pn Tengku Ratna Bt Tengku Zain
Penyelaras : Cik Siti Hawa Bt Ruslaini
Makanan & Minuman : Cik Ummul Khairi Fatimah Bt Mohd Noor
Juru gambar : Cik Siti Hawa Bt Ruslaini
Dokumentasi : Cik Siti Hawa Bt Ruslaini
Penginapan : Cik Raudhatul Khalilah Bt Ahmad
Sijil : Pn Noraziah Bt Awang
Hadiah : Pn Nitang bt Bara
Pengangkutan : Pn Zaleha Bt Md Isa
Pendaftaran : Pn Tengku Ratna Bt Tengku Zain
Buku Program : Pn Izzaida Fadhya Bt Che Ibrahim
Fasilitator : En. Abdul Malek b. Abdul Halim
Urusetia Kem Wirajaya

4.0 PENGHARGAAN

2
Jutaan terima kasih diucapkan kepada En. Abdul Malek sebagai Pengasas Kem Wirajaya
kerana mengalu-alukan kedatangan warga SK(P) Methodist 2 ke Kem Wirajaya dan
memberikan perkhidmatan yang terbaik sepanjang kami berada di sana. Sekalung penghargaan
diucapkan terima kasih kepada Pn Hjh Zaharah kerana sudi merasmikan penutupan
Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform. Jutaan terima kasih diucapkan kepada guru
pengiring, Cik Ummul Khairi Fatimah, Cik Raudhatul Khalilah , Cik Siti Hawa dan Cik
Asniza kerana sudi mengorbankan tenaga dan masa menjaga kebajikan serta keselamatan
murid-murid sepanjang aktiviti. Tidak dilupakan kepada guru-guru : Pn Tengku Ratna, Pn
Neswaty, Pn Izzaida Fadhya, Pn Fazura, Pn Zaleha yang sudi menghadirkan diri ke Kem
Wirajaya untuk menyertai dan melihat aktiviti yang dijalankan .

5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN SEBENAR

PUNCA PENDAPATAN:

a) Kutipan drpd murid RM85 X 37 = RM 3145.00


b) Peruntukan Kokurikulum = RM 350.00

JUMLAH = RM 3660.00

ANGGARAN PERBELANJAAN

a)Tambang bas = RM 700.00


b)Khidmat Jurulatih & Perbelanjaan Kem = RM 2775.00
c) Sijil = RM 35.00
d) Hadiah = RM 150.00

JUMLAH = RM 3660.00

6.0 POST MORTEM/PENAMBAHBAIKAN

Secara keseluruhan, program yang dijalankan berjalan dengan lancar. Aktiviti yang diuruskan
oleh urusetia kem sangat memuaskan yang mana jadual program adalah sangat padat dan tiada
masa untuk murid makan angin. Pengisian program dilengkapi dengan penerapan nilai-nilai
murni seperti bekerjasama dengan rakan – rakan, bertolak –ansur, bantu –membantu tanpa kira
agama dan bangsa. Program ini juga memupuk murid supaya berdikari sendiri dan berdisplin

3
serta patuh kepada arahan ketua. Selain itu, pengisisan program juga berdasarkan aktiviti ko-
kurikulum seperti kawad kaki dan pertolongan cemas. Unsur keseronokan dan permainan juga
dimasukkan ke dalam modul untuk mewujudkan rasa gembira dan murid tidak bosan.

7.0 LAPORAN PROGRAM

Peserta-peserta berkumpul dan melaporkan diri pada pukul 3.00 ptg. Bas bertolak ke kem pada
pukul 3.30 petang. Bas sampai di kem pada pukul 5.00 petang. Setibanya di sana, murid terus
melaporkan diri di hadapan dewan dan mula melakukan latihan pengenalan diri. Peserta
diagihkan beberapa kumpulan kecil mengikut abjad A,B, C dan D serta mengikut tema
binatang masing-masing. Setiap kumpulan diminta mencipta logo dan sorakan masing-masing.
Peserta dibenarkan balik ke bilik pada pukul 1.00 pagi. Pada hari kedua, iaitu 13 April 2013 ,
aktiviti dimulakan dengan senaman pagi mengikut iringan muzik. Selepas itu, para peserta
makan pagi dan terus membuat latihan dalam kumpulan. Pada pukul 10.30 pagi, peserta
memulakan aktiviti jungle tracking bersama-sama peserta sekolah menengah. Aktiviti agak
mencabar juga kerana jalan yang berliku-liku dan berbukit menyukarkan perjalanan. Para
peserta dikehendaki menghidupkan api menggunakan ranting-ranting kecil dan bahan-bahan
dari alam semulajadi. Apabila api telah dihidupkan, para peserta perlu memasak sardin untuk
dijadikan makanan tengahari. Setelah selesai makan, para peserta diajar bagaimana untuk
bersolat di dalam hutan. Hujan turun dengan lebat sehingga menyukarkan perjalanan balik ke
kem. Namun, tiada sebarang kecederaan dan perkara yang tidak diingini berlaku. Semua
peserta balik dengan selamat. pada pukul 8.30 malam, para peserta diberi taklimat tentang
aktiviti ’night walk’ . Ramai peserta yang menangis kerana diselubungi perassan takut
keseorangan berjalan di dalam gelap dalam jarak 200 meter. Peserta dilepaskan secara
berseorangan. Selepas itu, para peserta menjalani aktiviti latihan dalam kumpulan. Aktiviti
berakhir pada pukul 12.00 malam . Pada keesokan paginya, para peserta menjalankan aktiviti
senamrobik dan beberapa aktiviti permainan dalam kumpulan. Selepas minum pagi, diadakan
taklimat untuk aktiviti XPDC Kapal Terhempas. Aktiviti ini menerapkan unsur pertolongan
cemas yang mana peserta diajar cara menyelamatkan rakan-rakan yang mengalami luka parah.
Program diakhiri dengan majlis penutupan pada jam 12.30 tengahari. Bas bertolak balik ke
sekolah pada pukul 2.00 petang.

Disediakan Oleh,

4
...............................................
SITI HAWA RUSLAINI
AJK Dokumentasi
Program Keibubapaan
SK(P) Methodist 2, Brickfileds,k.l

 GAMBAR SEPANJANG

PERKHEMAHAN

 BUKU PROGRAM

 RESIT-RESIT PERBELANJAAN

 SURAT KEPADA POLIS

 SENARAI NAMA PESERTA

 SENARAI ALATAN YANG PERLU

DIBAWA
5
GAMBAR SEPANJANG PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM 2013.

6
7
8
9

You might also like