Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PELAKSANAAN SKOR KOMPETENSI DIGITAL (DCS) TAHUN 2020

RUZLAN BIN ABDUL GANI


Mon 8/17/2020 7:18 AM

ُ‫ال َّسالَ ُم َعلَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاِ َوبَ َركَاتُه‬


Assalamualaikum.

Tuan / Puan,

Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Bersama-sama ini disertakan Surat Pelaksanaan DCS 2020. DCS yang dijalankan adalah berbentuk
permainan penerokaan angkasa yang dinamakan “Tapir Hero” yang boleh diakses di URL berikut :
(http://dcs.moe.edu.my). Unit Sumber & Teknologi Pendidikan PPD juga merupakan admin bagi sekolah-
sekolah ahli masing-masing mengikut Pusat Kegiatan Guru (PKG).

4. Tahun ini DCS akan dijalankan kepada semua sekolah-sekolah yang ada di Malaysia kecuali Kolej
Tingkatan 6 sahaja. Memandangkan tahun ini mempunyai ramai responden maka ianya telah dipisahkan
kepada 2 fasa, mohon tuan puan memberikan tumpuan terlebih dahulu kepada sekolah-sekolah
menengah. Untuk tahun 6 nanti akan dijalankan pada fasa 2. Pihak sekolah boleh menambah responden
(pelajar/kelas) jika berhajat namun sila pastikan responden yang wajib perlu diselesaikan terlebih
dahulu. Segala sijil responden yang telah selesai, mohon dimuat turun dan di simpan bagi simpanan
sekolah dan dicetak mengikut keperluan.

5. Setiap sekolah perlu login dengan menggunakan KOD SEKOLAH bagi username dan password
(HURUF BESAR). Untuk bantuan dan modul pelaksanaan dan pertanyaan, mohon pihak sekolah merujuk
“help”/bantuan selepas login.

Sebarang kemusykilan atau pertanyaan berhubung perkara ini, pihak tuan boleh hubungi saya seperti
yang tertera dibawah.

Sekian, terima kasih.

Kerjasama pihak tuan amatlah saya hargai.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,,

tt
RUZLAN BIN ABDUL GANI
Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu

You might also like