Peranan Akhbar Isu Perkauman

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PERANAN AKHBAR DALAM PENYEBARAN ISU PERKAUMAN DI TANAH MELAYU

Antara akhbar yang memainkan peranan menyebarkan isu-isu perkauman di Tanah Melayu
adalah akhbar Jajahan Melayu dimana akhbar ini menitikberatkan kepentingan dan
kedudukan orang Melayu. Selain itu, akhbar Al-Iman menyebarkan maklumat bagi
membendung pengaruh golongan Kristian daripada Seventh Day Adventist yang
menyebarkan ajaran Kristian dalam kalangan orang-orang Melayu. Pada tahun 1926, akhbar
Al-Ikhwan membawa isu pembaharuan agama kepada masyarakat Melayu selain ianya juga
banyak menyentuh mengenai kesedaran politik dan sosial di Tanah Melayu. Isu lain yang
dibangkitkan oleh akhbar Al-Ikhwan adalah isu emansipasi wanita. Isu emansipasi wanita
adalah isu yang berkaitan pembebasan wanita daripada perhambaan serta wanita harus
mendapatkan hak yang sama dengan lelaki. Pengasuh juga merupakan antara akhbar lain
yang bergiat aktif dalam membangkitkan isu-isu perkauman di tanah Melayu. Pengasuh ini
adalah majalah dan akhbar yang banyak menghuraikan isu-isu berkaitan kemasyarakatan. 1

Pada tahun 1930-an, akhbar-akhbar tempatan seperti Warta Malaya, Majlis dan Utusan
Melayu banyak memperjuangkan hak masyarakat Melayu serta memperlihatkan
ketidakpuasan hati terhadap sikap penjajah dan etnik pendatang di Tanah Melayu. 2 Pada
tahun 1932, akhbar Majlis mengatakan bahawa orang Cina diramalkan akan menjadi musuh
kepada orang Melayu. Sikap orang Cina sendiri yang masih tidak berpuas hati dengan hak
dan kemudahan yang British berikan kepada orang Melayu meskipun mereka mendapat
kemudahan yang sendiri. Akhbar Warta Malaya pada tahun 1930 pula mempersoalkan
status kaum imigran iaitu orang Cina dan India. 3 Rencana seperti ‘Ayam jantan bertenggek
di atas pagar’ jelas mengkritik sikap orang Cina dan India yang berusaha untuk
mendapatkan kerakyatan walaupun mereka masih mempunyai hubungan dengan negara
asal mereka. Jelas disini, kesemua platform melalui media akhbar ini sememangnya telah
menyemarakkan lagi isu perkauman khususnya yang melibatkan masyarakat Melayu.

ISU PETEMPATAN TIGA KAUM UTAMA DI TANAH MELAYU

1
Ahmad Faisal bin Abdul Hamid & Faizuri bin Abdul Latif, 2013, PEMIKIRAN ISLAH MAJALAH PENGASUH TAHUN
1918, Jurnal Al-Tamaddun Bil. 8 (1) , 115-131.
2
Faezah Kassim, 2017, Perkembangan Persatuan Tiga Kaum Utama Di Tanah Melayu Sebelum Perang Dunia
Kedua, JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH VOL 4 BIL 1, 188-206
3
Ibid
Dasar-dasar British telah menjadi penghalang pembentukan integrasi sosial di antara kaum
di Tanah Melayu sehingga mendorong kemunculan isu perbezaan petempatan yang ketara
di antara kaum Melayu, Cina dan India. Isu petempatan ini dapat dibuktikan dengan
perbezaan petempatan yang ketara iaitu orang Melayu tinggal di kawasan desa dan
pedalaman, orang India pula tinggal di kawasan ladang dan estet manakala orang Cina pula
tinggal di kawasan bandar. Faktor ekonomi juga menjadi salah satu pendorong kepada
kemunculan isu petempatan ini. Orang Melayu cenderung untuk tinggal di kawasan desa
dan pedalaman kerana orang Melayu lazimnya terdiri daripada golongan petani dan nelayan.
Dengan itu, ekonomi mereka banyak berfokus kepada sektor perikanan dan pertanian yang
kebanyakkan menjadikan kawasan desa sebagai petempatan mereka. Selain itu, British
cenderung mengambil tenaga kerja kaum India untuk bekerja di ladang berbanding kaum
Melayu.4 Seterusnya, orang India dilihat banyak yang bekerja di ladang-ladang getah,
ladang komersial seperti tanaman kopi yang membuatkan mereka banyak tinggal di
kawasan ladang dan estet. Orang Cina tinggal di kawasan bandar kerana orang Cina
kebanyakkannya bekerja dalam bidang perniagaan dan industri di kawasan bandar dan
lombong. Oleh sebab itu, ekonomi mereka yang banyak tertumpu dalam perlombongan,
pertukangan dan pengangkutan telah mendorong petempatan mereka tertumpu di kawasan
bandar.5 Tidak dapat dinafikan, peningkatan terhadap jurang antara kaum semakin ketara
berikutan daripada perbezaan taraf kehidupan mengikut kaum masing-masing.

Ahmad Faisal bin Abdul Hamid & Faizuri bin Abdul Latif, 2013, PEMIKIRAN ISLAH MAJALAH
PENGASUH TAHUN 1918, Jurnal Al-Tamaddun Bil. 8 (1) , 115-131.

4
A. Rahman Tang Abdullah, Mohd Sohaimi Esa & Mohamad Haziq Ikhsan Mohd Rudzainoor, 2017, Aspek
Perburuhan dan Permodalan dalam Ekonomi Melayu: Persoalan Dominasi Ekonomi Komuniti Imigran Zaman
Permulaan Kapitalisme, MANU Bil. 26, 123-151.
5
Ibid
A. Rahman Tang Abdullah, Mohd Sohaimi Esa & Mohamad Haziq Ikhsan Mohd Rudzainoor,
2017, Aspek Perburuhan dan Permodalan dalam Ekonomi Melayu: Persoalan Dominasi
Ekonomi Komuniti Imigran Zaman Permulaan Kapitalisme, MANU Bil. 26, 123-151.

Faezah Kassim, 2017, Perkembangan Persatuan Tiga Kaum Utama Di Tanah Melayu
Sebelum Perang Dunia Kedua, JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH VOL 4 BIL 1,
188-206

You might also like