Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 306

ADSE1103

Sosiologi dan Falsafah Pendidikan


di Malaysia

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ADSE1103
SOSIOLOGI DAN
FALSAFAH
PENDIDIKAN DI
MALAYSIA
Azhar Wahid

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Pengarah Projek: Prof Dr Widad Othman
Dr Aliza Ali
Open University Malaysia

Penulis Modul: Azhar Wahid


Universiti Perguruan Sultan Idris

Penyederhana: Mohd Jamaludin Mohammad


Open University Malaysia

Enhancer: Dr Mohd Khairi Hussin


Universiti Selangor

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Edisi Pertama, April 2012


Edisi Kedua, April 2020 (MREP)
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), April 2020, ADSE1103
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana
cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Kursus xi–xxi

Topik 1 Sosiologi, Sekolah dan Masyarakat 1


1.1 Definisi Sosiologi dan Sosiologi Pendidikan 2
1.1.1 Pengertian Sosiologi 2
1.1.2 Sosiologi Pendidikan 5
1.1.3 Jenis Sosiologi 7
1.2 Struktur Sosial dan Masyarakat 10
1.2.1 Struktur Sosial 10
1.2.2 Masyarakat dan Sekolah 11
1.2.3 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) 13
1.3 Proses dan Agen Sosialisasi 14
1.3.1 Pengaruh Keluarga 14
1.3.2 Peranan Sekolah 15
1.3.3 Rakan Sebaya 16
1.3.4 Media Massa 17
1.4 Penglibatan dan Mobiliti Sosial 18
1.4.1 Bentuk Mobiliti Sosial 21
1.5 Pendidikan dan Integrasi Nasional 22
1.5.1 Konsep Etnik dan Integrasi 22
1.5.2 Memupuk Integrasi Etnik di Sekolah 24
1.5.3 Sekolah sebagai Alat Perpaduan 25
1.5.4 Pelaksanaan Sekolah Wawasan 26
1.5.5 Pelaksanaan Sekolah Satu Aliran 27
Rumusan 28
Kata Kunci 29
Rujukan 29

Topik 2 Falsafah dan Falsafah Pendidikan 31


2.1 Pengertian Falsafah dan Falsafah Pendidikan 32
2.2 Ciri-ciri Falsafah 33
2.3 Cabang Falsafah 34
2.3.1 Metafizik 35
2.3.2 Epistemologi 36
2.3.3 Aksiologi 37
2.3.4 Logik 39
2.4 Mazhab Falsafah Barat 40
2.4.1 Idealisme 40
2.4.2 Realisme 41

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


iv  ISI KANDUNGAN

2.4.3 Pragmatisme 42
2.4.4 Eksistensialisme 43
2.5 Falsafah Pendidikan Islam 43
2.5.1 Konsep Pendidikan 44
2.5.2 Fungsi Pendidikan 44
2.5.3 Sumber Pendidikan 45
2.5.4 Kandungan Pendidikan 45
2.5.5 Matlamat Pendidikan 46
2.6 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 46
2.6.1 Pembentukan Falsafah Pendidikan Negara 47
2.6.2 Falsafah Pendidikan Negara (FPN) 48
2.6.3 Asas Pembinaan FPN 48
2.6.4 Unsur Integrasi dalam FPN 49
2.6.5 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) 49
2.6.6 Falsafah Pendidikan dan Pendidikan Negara 51
2.6.7 Keunggulan Dasar Pendidikan 52
Rumusan 53
Kata Kunci 54
Rujukan 54

Topik 3 Perkembangan Pendidikan di Malaysia 55


3.1 Sejarah Awal Pendidikan di Tanah Melayu 56
3.2 Perkembangan Pendidikan pada Zaman Penjajahan British 58
3.2.1 Sistem Pendidikan Vernakularisme 58
3.2.2 Pendidikan Melayu 60
3.1.3 Pendidikan Cina 61
3.1.4 Pendidikan Tamil 62
3.3 Laporan Pendidikan 62
3.3.1 Laporan Barnes 1950 63
3.3.2 Laporan Fenn-Wu 1951 65
3.3.3 Ordinan Pelajaran 1952 65
3.3.4 Laporan Razak 1956 66
3.3.5 Laporan Rahman Talib 1960 68
3.3.6 Akta Pelajaran 1961 69
3.3.7 Laporan Kabinet 1979 70
3.4 Perkembangan Pendidikan Guru 71
3.4.1 Latihan Guru 72
3.4.2 Corak Pendidikan Guru 72
3.5 Konsep Pendidikan Kebangsaan 73
3.5.1 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) 73
3.5.2 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) 78
3.5.3 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 82
3.5.4 Sekolah Bestari 82

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  v

3.6 Akta Pendidikan 1996 86


3.7 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 88
hingga 2025
3.7.1 Lima Aspirasi bagi Sistem Pendidikan dan Pelajar 89
di Malaysia
3.7.2 Enam Aspirasi Pelajar bagi Sekolah di Seluruh Malaysia 90
3.7.3 Sebelas Anjakan Sistem Pendidikan Malaysia 94
Rumusan 95
Kata Kunci 97
Rujukan 97

Topik 4 Model dan Pendekatan Pendidikan Pelbagai Budaya 98


4.1 Dimensi Pendidikan Pelbagai Budaya 99
4.2 Program Berorientasikan Kandungan 102
4.3 Program Berorientasikan Pelajar 104
4.4 Program Berorientasikan Sosial 105
Rumusan 106
Kata Kunci 107
Rujukan 107

Topik 5 Kepentingan Pendidikan Pelbagai Budaya 108


5.1 Matlamat Pendidikan Pelbagai Kaum 109
5.2 Kelebihan Pendidikan Pelbagai Budaya 114
5.3 Kekurangan Pendidikan Pelbagai Budaya 116
Rumusan 120
Kata Kunci 121

Topik 6 Pengaruh Pelbagai Budaya 122


6.1 Pengaruh Pelbagai Budaya terhadap Cara Hidup Masyarakat 123
Malaysia
6.2 Peranan Individu dalam Menghormati Pelbagai Adat Resam 126
Masyarakat
6.3 Peranan dan Tanggungjawab Mengekalkan Warisan Budaya 128
Malaysia
6.4 Dialog antara Agama dan Kepercayaan Masyarakat Malaysia 130
6.4.1 Konsep 130
6.4.2 Etika dalam Dialog antara Agama 131
Rumusan 132
Kata Kunci 133
Rujukan 133

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


vi  ISI KANDUNGAN

Topik 7 Pedagogi yang Berkaitan dengan Pendidikan Pelbagai Budaya 134


7.1 Pedagogi dalam Pendidikan Pelbagai Budaya 137
7.2 Perkara yang Perlu Diajar 139
7.3 Pluralisme dalam Pedagogi 140
7.4 Pedagogi Media (Carson dan Friedman, 1995) 145
7.5 Pedagogi Kritikal 148
7.6 Cara Guru Mengendalikan Bahan Pengajaran secara Efektif 152
7.7 Pedagogi Berpusatkan Kendiri 153
7.8 Pedagogi di dalam Bilik Darjah 154
7.9 Pedagogi Abad ke-21 158
7.10 Medium Pengajaran dan Pembelajaran Pelbagai Budaya 160
Abad ke-21
Rumusan 162
Kata Kunci 163
Rujukan 164

Topik 8 Implikasi Pendidikan Pelbagai Budaya terhadap Guru di dalam 165


Bilik Darjah
8.1 Kurikulum 168
8.2 Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran 175
Pendidikan Pelbagai Budaya
8.2.1 Pendekatan 175
8.2.2 Strategi 176
8.2.3 Kaedah 178
8.3 Sumber Pengajaran 196
8.4 Psikologi dan Kaunseling 199
8.5 Penilaian 203
Rumusan 206
Kata Kunci 207
Rujukan 208

Topik 9 Isu dan Cabaran 209


9.1 Membina Identiti Masyarakat Malaysia dalam Konteks 211
Pelbagai Budaya
9.1.1 Pendidikan Pelbagai Budaya untuk Masyarakat 214
9.1.2 Peranan Media sebagai Pemangkin terhadap 216
Pembentukan Identiti Masyarakat Malaysia
9.2 Membina Kurikulum Pendidikan Pelbagai Budaya 218
9.3 Membudayakan Kemahiran Insaniah Abad ke-21 228

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  vii

9.4 Dinamika Kekeluargaan dalam Pembangunan Pendidikan 232


Kanak-kanak Malaysia
9.4.1 Keluarga 232
9.4.2 Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Tingkah 234
Laku
9.4.3 Isu Kekeluargaan 235
9.5 Globalisasi dan Cabaran Pendidikan 241
9.5.1 Definisi Globalisasi 241
9.5.2 Isu Semasa dalam Globalisasi Pendidikan 242
Rumusan 247
Kata Kunci 248
Rujukan 248

Topik 10 Hala Tuju 250


10.1 Kesatuan dalam Kepelbagaian Budaya (Cultural Unity in 253
Diversity)
10.1.1 Asimilasi Gaya Hidup Masyarakat Pelbagai Budaya 254
10.1.2 Kehidupan yang Sejahtera dan Harmoni 258
10.2 Kesamarataan dan Kesaksamaan dalam Peluang Pendidikan 260
(Equity and Equality in Education)
10.3 Pendemokrasian dalam Pendidikan 266
10.3.1 Konsep 266
10.3.2 Isu Semasa dalam Pendemokrasian Pendidikan 267
10.3.3 Cabaran dalam Pendemokrasian Pendidikan 267
10.3.4 Peranan Guru dalam Pendemokrasian Pendidikan 268
10.4 Pembentukan Peradaban Masyarakat Malaysia dalam 269
Pendidikan
10.4.1 Peradaban 270
10.4.2 Pembentukan Peradaban Malaysia 270
10.4.3 Peranan Pendidikan 272
10.5 Peranan Falsafah dan Dasar Pendidikan Negara 273
10.5.1 Huraian Falsafah Pendidikan Negara 276
10.5.2 Keharmonian dan Kemakmuran Masyarakat 279
dan Negara
Rumusan 280
Kata Kunci 281
Rujukan 281

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  xi

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati dari awal hingga
akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu
anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa
untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya.
Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca
kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan komponen-
komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN
ADSE1103 Sosiologi dan Falsafah Pendidikan di Malaysia ialah salah satu kursus
yang ditawarkan di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan
3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 14 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program Diploma
Pengajian Islam dengan Pendidikan. Modul ini bertujuan memberi pengetahuan
asas berkenaan sosiologi dan falsafah pendidikan di Malaysia. Modul ini
seharusnya dapat membekalkan pengetahuan asas yang cukup bagi kursus asas
dalam pendidikan.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya mahir dengan keperluan


pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan
persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan
anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus
tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM, pelajar perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran
bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai 3 jam
kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa
pembelajaran adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xii  PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Jam
Aktiviti Pembelajaran
Pembelajaran
Mengambil bahagian dalam perbincangan awal dan memahami secara
7
ringkas kandungan kursus
Memahami modul 60
Menghadiri 3 sesi tutorial 6
Perbincangan dalam talian 12
Ulang kaji 15
Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20
JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS


Setelah mengikuti kursus ini, para pelajar seharusnya dapat:
1. Menghuraikan sosiologi dengan falsafah pendidikan;
2. Menerangkan konsep pendidikan pelbagai budaya;
3. Mengaplikasikan kemahiran pedagogi pelbagai budaya dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah; dan
4. Menyatakan implikasi dan isu pendidikan pelbagai budaya dalam konteks
Malaysia.

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti
yang disenaraikan berikut:

Topik 1 memperjelaskan pengertian tentang sosiologi dan sosiologi pendidikan.


Topik ini juga menerangkan struktur dan corak masyarakat majmuk di Malaysia.
Ia turut menghubungkaitkan hubungan pendidikan dan mobiliti sosial. Di
samping itu, ia menerangkan pendidikan dan integrasi negara serta hubungan
antara etnik dalam sekolah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xiii

Topik 2 menghuraikan takrifan serta pengertian falsafah dan falsafah pendidikan.


Topik ini juga mengenal pasti ciri dan cabang dalam bidang falsafah. Topik turut
memperjelaskan tentang beberapa prinsip yang terdapat dalam falsafah
pemikiran Timur dan Barat. Begitu juga dengan membuat analisis konsep
pendidikan dalam falsafah pendidikan. Di samping itu, topik ini menerangkan
konsep dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Topik 3 menjelaskan sejarah perkembangan pendidikan sebelum dan selepas


zaman British. Topik ini juga menerangkan laporan pendidikan negara yang
terdapat dalam sistem pendidikan negara sejak awal kemerdekaan. Ia turut
memperjelaskan perkembangan pendidikan guru. Di samping itu, topik ini
menerangkan konsep pendidikan; KBSR/KBSM, Sekolah Bestari dan menjelaskan
penggunaan Akta Pendidikan 1996.

Topik 4 memperkenalkan beberapa konsep dimensi pendidikan pelbagai budaya,


contoh yang bersesuaian dan kepentingannya secara umum. Topik ini turut
menyentuh berkaitan dengan ciri-ciri yang perlu ada dalam dimensi dan program
pendidikan pelbagai budaya. Begitu juga beberapa model, proses dan asas
pertimbangan bagi menyediakan model dan program tersebut yang holistik dan
bersepadu turut dibicarakan.

Topik 5 menghuraikan matlamat, kebaikan dan keburukan pendidikan pelbagai


budaya, contoh yang bersesuaian dan kepentingannya secara umum. Topik ini
juga akan menyentuh ciri-ciri berkaitan setiap unsur tersebut dalam pendidikan
pelbagai budaya.

Topik 6 menghuraikan peranan sosial dan ekonomi dalam mempengaruhi cara


hidup masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Topik ini turut menjelaskan
kepentingan faktor persekitaran dalam mempengaruhi cara hidup masyarakat
Malaysia. Selain itu, ia mengenal pasti cara menyerapkan nilai murni sejagat
dalam pendidikan di Malaysia. Topik ini juga memperjelaskan aktiviti yang dapat
mengekalkan adat resam dan warisan Malaysia berserta contoh yang bersesuaian.

Topik 7 membincangkan maksud pedagogi pendidikan pelbagai budaya. Topik


ini juga menghuraikan aspek yang terkandung dalam pluralisme dalam pedagogi
pendidikan pelbagai budaya, pendemokrasian pendidikan, pedagogi abad ke-21
dan media pengajaran abad ke-21. Selain itu, ia memperjelaskan peranan yang
dimainkan oleh guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
secara berkesan dalam pendidikan pelbagai budaya.

Topik 8 menjelaskan maksud pendidikan pelbagai budaya. Ia juga menghuraikan


implikasi yang berlaku apabila pendidikan pelbagai budaya dilaksanakan. Topik
ini turut membuat analisis mengenai pendekatan mengajar yang sesuai digunakan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xiv  PANDUAN KURSUS

dalam pendidikan pelbagai budaya. Di samping itu, topik ini menerangkan


beberapa jenis penilaian yang digunakan dalam menguji kurikulum pendidikan
pelbagai budaya.

Topik 9 membincangkan isu dan cabaran dalam pendidikan pelbagai budaya. Ia


juga menghuraikan peranan media dalam membina identiti masyarakat Malaysia.
Di samping itu, topik ini menerangkan ciri-ciri pendidikan pelbagai budaya untuk
masyarakat. Ia juga mengenal pasti perbezaan antara kurikulum Pendidikan
pelbagai budaya untuk guru, pelajar dan masyarakat. Selain itu, ia menerangkan
langkah dan ciri kemahiran insaniah yang perlu dikuasai warga pendidik di
samping mengenal pasti dinamik kekeluargaan dalam pembangunan pendidikan
kanak-kanak di Malaysia serta membicarakan aspek globalisasi dan cabaran
pendidikan.

Topik 10 menjelaskan hala tuju untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu


padu. Topik ini turut menghuraikan kesamarataan dan kesaksamaan dalam
kehidupan masyarakat pelbagai budaya. Ia juga menyatakan proses asimilasi
budaya di Malaysia dan menerangkan maksud transformasi diri. Di samping itu,
topik ini membincangkan pembinaan peradaban di Malaysia dalam pendidikan
menerusi kefahaman yang jelas tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda mengambil
tahu susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Umumnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti yang berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai
setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik, anda
digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk
memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini
akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu
topik.

Semak Kendiri: Soalan diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik. Soalan ini
menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk
soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan
menjawab soalan Semak Kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada
anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan
anda untuk menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan
kepada soalan yang ditanya terdapat dalam modul itu sendiri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xv

Aktiviti: Aktiviti juga diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik untuk
menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip yang anda telah pelajari
kepada situasi sebenar. Aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan
yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir
secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas,
merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Pada akhir topik, isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini
membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik.
Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang
disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Kata Kunci: Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Rujukan: Rujukan merupakan bahagian yang senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan
berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat dalam
beberapa bahagian seperti dalam Panduan Kursus (pada bahagian Rujukan), pada
akhir setiap topik atau akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian yang
berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut
dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Tiada pengetahuan asas diperlukan.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xvi  PANDUAN KURSUS

RUJUKAN
Ab Mumin Ab Ghani, & Fadillah Mansor (Pnyt.). (2006). Dinamisme kewangan
Islam di Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia: Penerbit Universiti Malaya.

Abd Rahim Abd Rashid. (2000). Wawasan dan agenda pendidikan. Kuala
Lumpur, Malaysia. Utusan Publications & Distributors.

Abd Rahim Abd Rashid. (2003). Gangguan seksual: Pengurusan tingkah laku dan
perkembangan gender dalam organisasi. Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan
Publications & Distributors.

Abdul Rahman Aroff, & Zakaria Kasa. (1994). Falsafah dan konsep pendidikan.
Kuala Lumpur, Malaysia: Fajar Bakti.

Abdullah Sani Yahaya. (2003). Perkembangan pendidikan di Malaysia. Bentong,


Malaysia: PTS Publications & Distributors.

Abu Bakar Nordin, & Ikhsan Othman. (2003). Falsafah pendidikan dan kurikulum.
Tanjung Malim, Malaysia: Quantum Books.

Abu Bakar Nordin. (1991). Kurikulum Perspektif dan Perlaksanaan. Kuala


Lumpur, Malaysia: Pustaka Antara.

Aldridge, J., & Goldman, R. L. (2002). Current issues and trends in education.
Boston, MA: Allyn & Bacon.

Alex Inkeles. (1985). Apa itu Sosiologi. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Amir Hasan Dawi. (2002). Penteorian sosiologi dan pendidikan. Tanjong Malim,
Malaysia: Quantum Books.

Badrul Hisham Alang Osman. (2016). Amalan pengajaran dan pembelajaran abad
ke-21 dalam kalangan pensyarah institut pendidikan guru kampus Ipoh.
Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 10.

Ballantine, J. H., Hammack, F. M., &. Stuber, J. (2011). The sociology of education:
A systematic analysis. New York, NY: Routledge.

Bandura, A. (1969). Social learning theory. Dicapai dari http://learning-


theories.com

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xvii

Banks, J. A. (1994). An Introduction to multicultural education. Boston, MA: Allyn


& Bacon.

Banks, J. A. (1995). The historical reconstruction of knowledge about race:


Implications for transformative teaching. Educational Researcher, 24(2),
15–25.

Beg, M. A. G. (1980). The image of Islamic civilization. Kuala Lumpur, Malaysia:


University Malaya Press.

Bennabi, M. (1994). „Unsur-Unsur Pembina Peradaban‰. (Terjemahan) dari


„Syuruth An Nahdah‰. Dalam Membangun dunia baru Islam. Bandung:
Mizan.

Borich, G. D. (2000). Effective teaching methods. Upper Saddle River, NJ: Merrill
Prentice Hall.

Bourdieu, P. (1995). (Terjemahan: Dari buku Questions de Sociologie). Sociology


in question. London: Sage.

Burges, P. (1971). Reasons for adult participation in group educational activities.


Adult Education Quarterly Jurnal, 22(1), 3−29.

Collin Dictionary. (2013). Dicapai dari www.collindictionary.com/word lovers

Craviotto, E., & Heras, A. I. (l999). Cultures of the fourth-grade bilingual


classroom. Dicapai dari http//eric.ed

Dewey, J. (1966). Democracy and Education an Introduction to the Philosophy of


Education. New York: Free Press.

Duvall, E. M. (1957). Family development. Oxford, United Kingdom: J. P.


Lippincott.

Fatimah Daud. (1992). Pengenalan teori-teori sosiologi. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Financial Time Lexicon. (2013). Dicapai dari www.ft.com/epaper

Foster, J. (2001). Ideaship: How to get ideas flowing in your workplace. Oakland,
CA: Berrett-Koehler.

Gardner, H. (1983). Frames of mind: The theory of multiple intelligences. New


York, NY: Basic Books.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xviii  PANDUAN KURSUS

Gay. (l986). Dlm. M. Graft. (1996). Teacher education in plural societies. An


international review. London, Unitedk Kingdom: Falmer Press.

Giddens, A. (1993). Sociology: Introduction readings (Ed. semakan ke-2).


Cambridge, United Kingdom: Polity Press.

Glidewell, J. C., Kantor, M. B., Smith, L. M., & Stringer, L. A. (1966). Socialization
and social structure in the classroom. Dlm. L. W. Hoffman, & M. L. Hoffman
(Pnyt.). Review of child development research, Vol. 2. New York, NY: Russen
Sage Foundation.

Gorski, P. C. (2010). I. The challenge of defining "multicultural education‰. Dicapai


dari http://www.edchange.org/multicultural/initial.html

Graft, M. (1996). Teacher education in plural societies: An international Review.


London, United Kingdom: Falmer Press.

Hazil Abd Rahman. (1990). Sosiologi pendidikan dalam perspektif pembangunan


negara. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibrahim Saad. (l982). Isu pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia.


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Institut Pendidikan Guru. (2018). Pembelajaran abad ke-21 (PAK21). Dicapai dari
ipgkpm.edu.my

Jabatan Perangkaan Negara. (2018). Putrajaya, Malaysia.

Jamaludin Badusah. (2009). Pembangunan pelajar: Memperkasakan kokurikulum


institusi pengajian tinggi. Serdang, Malaysia: Penerbit Unviersiti Putra
Malaysia.

Jennifer, A. (2004). (3rd ed.). Sociology of education. Australia: Thomson Learning.

Kamus Dewan (Ed. ke-4). (2005). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan


Malaysia 2013 hingga 2025 (pendidikan prasekolah hingga lepas sekolah).
Putrajaya, Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kiyao, R. (1981). Democratization of education: A Tanzania case. Paris, Perancis:


United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xix

Laporan Polis Diraja Malaysia. (2012–2018). Kementerian Dalam Negeri. Dicapai


dari www.rmp.gov.my

Lauer, R. H., & Lauer, J. C. (2000). Marriage and family: The quest for intimacy.
USA: Jeanette Lauer Books ValoreBooks.com.

Mahadi Abu Hassan, & Khadijah Mohd Khambali. (2013). Pengislaman Sains dan
pengaruhnya dalam peradaban: Respons ilmuwan Muslim terpilih. Journal
of Human Capital Development, 6(1), 133−150.

Manja Mohd Ludin. (1990). Psikologi, sosiologi, dan falsafah dalam pendidikan.
Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Marimuthu., T. (1990). Pengenalan sosiologi pendidikan. Shah Alam, Malaysia:


Penerbit Fajar Bakti.

Miles, C. W. (1959). The sociological imagination. Oxford, United Kingdom:


Oxford University Press.

Mohd Azhar Abd Hamid et al. (2004). Wajah moral masyarakat Melayu
pascamoden: Antara realiti, harapan dan gagasan pendidikan moral tinggi.
Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pascamodenisme. Anjuran
Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan (SIVIC 2004), di Hotel Bayview
Langkawi, 4–6 September 2004.

Mohd Salleh Lebar. (1998). Pengenalan ringkas: Sosiologi sekolah dan pendidikan.
Batu Caves, Malaysia: Thinker's Library.

Najeemah Md Yusof. (2006). Konsep pendidikan. Kuala Lumpur, Malaysia: PTS


Professional.

Norsaleha Mohd Salleh et al. (2018). Liberalisme dalam pemikiran belia di media
sosial. Jurnal Kajian Keagamaan dan Kemasyarakatan, 1(2), 165−175.

Rahimin Affandi Abd Rahim, Mohd Anuar Ramli, Paizah Ismail, & Nor Hayati
Mohd Dahlal. (2011). Dialog antara agama: Realiti dan prospek di Malaysia.
Kajian Malaysia, 29(2), 91–110.

Rodgers, R. H. (1964). Toward a theory of family development. Journal of Marriage


and Family. 26(3), 262−270.

Saemah Rahman. (2009). Reformasi pendidikan serantau. Bangi, Malaysia: Fakulti


Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xx  PANDUAN KURSUS

Saleh Faghirzadeh. (2008). Sosiologi sosiologi (Terj.). Sociology of sociology. Kuala


Lumpur, Malaysia: Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Sanchez, T., Lamela, L., Valdes, R., & Lopez, O. (2006). Evaluation of the
productive indicators of Holstein cows in pedestals. Pastos y Forrajes, 29(1),
51−60.

Schmidt, P. R. (2005). Learning point associates. North Central Regional:


Educational Laboratory (NCREL).

Schwab, J. J. (1960). The teaching of science as enquiry. Dlm. Schwab, J. J., &
Brandwein, P. F., The teaching of science. Cambridge, United Kingdom:
Harvard University Press.

Sharifah Mohd Nor. (2000). Keberkesanan sekolah: Satu perspektif sosiologi.


Serdang, Malaysia: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Sidek Baba. (2003). Globalisasi dan cabaran pendidikan: Memahami isu-isu


pendidikan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia: Institut Kefahaman
Islam Malaysia.

Sidek Baba. (2006). Pendidikan Rabbani: Mengenal Allah melalui ilmu dunia.
Kuala Lumpur, Malaysia: Karya Bestari.

Siti Faizzatul Aqmal Mohamad Mohsin. (2011). Pengajaran dan pembelajaran


berasaskan „streaming video‰ bagi meningkatkan tahap kefahaman pelajar
abad ke-21. Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi dalam
Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional.

Sorokin, P. A. (1956). Fads and foibles in modern sociology and related sciences.
Chicago, IL: H. Regnery.

Sufean Hussin. (1996). Pendidikan di Malaysia: Sejarah, sistem dan falsafah. Kuala
Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Taba, H. (l962). Curriculum development: Theory and practice. Dlm. A. Lewy


(Pnyt.). (l991). The international encylopedia of curriculum. Oxford, United
Kingdom: Pergamon Press.

Tanner, D., & Tanner, L. N. (1975). Curriculum development: Theory into practice.
New York, NY: Macmillan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xxi

Vijayakumari G. A. Pillai. (2011). The changing family dynamics in Malaysia and


its effects on children. Social development in Malaysia. Kuala Lumpur,
Malaysia: Malaysian Strategic Research Centre.

Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. (1993). Wawasan pendidikan: Agenda


pengisian. Kuala Lumpur, Malaysia: Nurin.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH


SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan dalam
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh
dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada
30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik
serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest,
SpringerLink, Books24 × 7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary
Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan
sepenuhnya sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
Topik  Sosiologi,
Sekolah dan
1 Masyarakat
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan definisi sosiologi dan sosiologi pendidikan;
2. Menjelaskan struktur dan corak masyarakat;
3. Menghuraikan konsep sosiologi dan agen sosiologi;
4. Menjelaskan hubungan pendidikan dan mobiliti sosial; dan
5. Menerangkan pendidikan dan integrasi negara.

 PENGENALAN
Sosiologi ialah suatu kajian yang sistematik dan saintifik mengkaji tentang
manusia dan interaksi sosial mereka dalam masyarakat dari pelbagai sudut.
Melalui interaksi, pelbagai fenomena sosial akan berlaku sama ada sesuatu
perkara itu akan berkekalan, berubah, berkembang, ditinggalkan atau mundur.
Sosiologi memfokuskan kajian penghidupan sosial pada zaman yang dianggap
moden.

Sosiologi pada amnya ialah kajian tentang sesebuah kumpulan sosial dengan lebih
terperinci, ia menekankan identiti dan menerangkan cara perlakuan kita
dipengaruhi. Seseorang itu boleh dipengaruhi oleh sesiapa sahaja.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 SOSIOLOGI, SEKOLAH DAN MASYARAKAT

Disebabkan bahan kajian sosiologi ialah masyarakat, maka skop kajiannya adalah
sangat luas; daripada peringkat yang paling kecil hubungan antara manusia
hinggalah ke proses sosial yang besar dan daripada peringkat keluarga hinggalah
ke peringkat dunia.

Contoh kecil yang dicakupi ialah hal ponteng sekolah, perkahwinan dan
kesihatan. Sementara contoh perkara besar ialah isu pemusnahan etnik,
peperangan, industrialisasi, urbanisasi, sistem politik dan globalisasi.

1.1 DEFINISI SOSIOLOGI DAN SOSIOLOGI


PENDIDIKAN
Mari kita teliti definisi bagi sosiologi dan sosiologi pendidikan dalam subtopik ini.

1.1.1 Pengertian Sosiologi


Sosiologi merujuk suatu bidang ilmu pengetahuan moden. Secara mudah, kita
boleh menghubungkan „sosiologi‰ dengan masyarakat.

Apakah definisi bagi sosiologi oleh Giddens (1993)?

Sosiologi ialah kajian mengenai kehidupan sosial manusia, kumpulan dan


masyarakat.

Sosiologi akan memberikan manusia pemahaman cara pengaruh sosial


mencorakkan kehidupan mereka.

Satu cara lain memahami sosiologi adalah berdasarkan konsep imaginasi sosiologi
yang diperkenalkan oleh Charles Wright Mills (1959). Apakah yang dimaksudkan
dengan imaginasi sosiologi?

Imaginasi sosiologi bermaksud menyedari perhubungan antara individu,


pengalaman dan masyarakat.

Beliau menganggap pengalaman peribadi sebagai „biografi‰ dan corak hubungan


dalam masyarakat sebagai sejarah. Imaginasi sosiologi membolehkan kita
memahami sejarah dan biografi serta melihat hubungan antara kedua-duanya
dalam masyarakat (Mills, 1959:6).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SOSIOLOGI, SEKOLAH DAN MASYARAKAT  3

Secara konseptual biografi adalah sebahagian daripada sejarah. Imaginasi


sosiologi mengenal pasti pertalian antara biografi dan sejarah yang manusia
dipengaruhi oleh faktor sosial (sejarah) dan kumpulan sosial pula dipengaruhi
oleh individu yang menjadi ahlinya (biografi). Oleh itu, imaginasi sosiologi akan
membolehkan seseorang itu melihat kedudukannya dalam senario masyarakat.

Boleh dikatakan bahawa sosiologi ialah suatu sains tingkah laku. Ia cuba
menghuraikan tingkah laku manusia sezaman atau masa lampau sebagaimana
yang kita alaminya sendiri ataupun sebagaimana yang kita temui dalam artifak,
tugu, undang-undang dan buku.

Namun, dalam pengertian ini, sejarah, ekonomi dan kritikan sastera juga termasuk
dalam sains tingkah laku. Pengetahuan mengenai pendekatan sosiologi dalam
fenomena ini adalah perlu untuk memahami pengertian sosiologi.

Komuniti terpelajar bukanlah merupakan golongan yang berpengetahuan dari


segi serba-serbinya. Ternyata bahawa sebarang usaha untuk membezakan
sosiologi dengan disiplin lain hanya dapat dilakukan secara arbitrari. Apatah lagi
pengetahuan bertambah maju dan aliran penyelidikan turut berubah, takrif sains
sosial pada masa itu akan menjadi kurang tepat.

Berdasarkan perspektif sejarah, Joseph J. Schwab (1960), seorang ahli falsafah dan
sejarah sains melaporkan bahawa „suatu kaedah penyelidikan yang ditolak oleh
seseorang ahli sains, ditinggalkan pada suatu ketika, diketepikan dalam sesuatu
sains akan muncul semula dan menjadi berguna dalam kajian lain atau pada
ketika lain, atau dalam sains yang lain. Walau bagaimanapun, cabang kajian yang
melibatkan manusia dan usahanya memperlihatkan banyak ciri perbezaan dan
dengan demikian, membezakan antara suatu disiplin yang lain.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 SOSIOLOGI, SEKOLAH DAN MASYARAKAT

Terdapat tiga cara untuk menggariskan bidang kajian sosiologi seperti dipaparkan
dalam Jadual 1.1.

Jadual 1.1: Tiga Cara untuk Menggariskan Bidang Kajian

Cara Deskripsi

Persejarahan Menerusi kajian mengenai penulisan sosiologi klasik, kita cuba untuk
mencari pusat tumpuan tradisi dan kepentingan sosiologi sebagai
suatu disiplin intelektual.

Empiris Kita mengkaji karya sosiologi sezaman untuk melihat persoalan pokok
yang diberi perhatian utama oleh disiplin tersebut.

Penganalisisan Secara arbitrari, kita membahagikan dan menghuraikan beberapa


persoalan pokok yang lebih besar dan menempatkannya antara
disiplin yang berlainan.

Pendekatan persejarahan mempunyai kebaikan yang tersendiri. Ia memberi kita


peluang untuk mendapatkan faedah daripada kebijaksanaan masa lampau. Ia
membolehkan kita memahami persoalan yang boleh kita terima hanya apabila kita
memahami latar belakang persoalan tersebut.

Memang benar, orang mungkin membaca sejarah yang sama tetapi mempunyai
tafsiran yang berlainan. Tambahan pula, kaedah persejarahan mungkin akan
membuntukan fikiran kita kerana tradisi mungkin tidak begitu sesuai untuk
menghadapi masalah yang timbul pada masa sekarang ataupun masa hadapan.

Kaedah empiris tidaklah begitu samar-samar terutamanya yang memerlukan


beberapa bentuk perhitungan. Memang diakui bahawa apa-apa yang ditekankan
oleh ahli sosiologi sezaman dalam karya mereka mungkin hanya merupakan
suatu khayalan yang sudah lapuk. Selain itu, hanya mempunyai perkaitan yang
longgar dengan hasil karya yang penting pada masa lalu ataupun menjanjikan
harapan yang tidak meyakinkan pada masa hadapan.

Menurut pendapat Sorokin (1956), tumpuan utama dalam sosiologi semasa tidak
lebih daripada hanya „membesarkan sesuatu yang kecil atau membanggakan
sesuatu yang salah‰, dan mengikut Mills (1959) pula, mereka menunjukkan
keruntuhan „imaginasi sosiologi‰.

Pendekatan analisis paling menyenangkan. Pendekatan ini merupakan suatu


pendekatan yang sudah lama dipakai dan digunakan sejak ia dikemukakan
oleh bapa sosiologi, Auguste Comte. Walau bagaimanapun, pembahagian
mutlak mengenai pengkajian manusia tidak mempunyai kuat kuasa dari segi
undang-undang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SOSIOLOGI, SEKOLAH DAN MASYARAKAT  5

Sarjana dan ahli sains adalah didorong oleh minat mereka; mereka adalah
„penceroboh semula jadi‰ yang tidak mementingkan hak milik dan tanda
kenyataan „Dilarang Masuk‰. Oleh yang demikian, definisi yang arbitrari
mengenai bidang kajian, walaupun selalunya memuaskan dari segi estetika tetapi
umumnya merupakan suatu panduan yang lemah kepada apa-apa yang
sebenarnya berlaku.

Ia mengemukakan suatu rancangan yang besar dan kemas. Oleh sebab tidak
terdapat peraturan yang berkesan untuk menentukan sempadan kajiannya, maka
struktur penyelidikan fakta tidak banyak membawa kejayaan rancangan tersebut.
Sosiologi membuat banyak kajian tentang manusia yang mereka mentakrifkan
bahawa sosiologi merupakan sains sosial yang menerima keseluruhan aktiviti
manusia sebagai kajian mereka dan situasi itu menjadikan bidang sosiologi
semakin luas. Oleh yang demikian, mereka telah membuka peluang untuk pakar
lain yang berminat untuk bekerjasama dalam menjayakan kajian ini.

Bidang kajian sosiologi termasuklah:


(a) Ekonomi, pekerjaan dan organisasi;
(b) Perhubungan sosial, keluarga dan gender;
(c) Identiti sosial, iaitu umur, kelas, gender dan bangsa;
(d) Agama dan kepercayaan mereka;
(e) Pertubuhan dan persekitarannya; dan
(f) Manusia dan kesihatan.

AKTIVITI 1.1
Apakah yang anda faham tentang sosiologi? Daripada pengertian
sosiologi yang anda faham, apakah keperluan sosiologi pendidikan?
Cuba anda rumuskan dan kongsikan dengan rakan sekuliah anda dalam
forum myINSPIRE.

1.1.2 Sosiologi Pendidikan


Pendidikan merupakan suatu proses transmisi secara formal dan tidak formal
terhadap ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berlaku daripada satu generasi
ke generasi yang lain ataupun dalam generasi yang sama. Institusi pendidikan
ialah struktur sosial yang berperanan sebagai tempat transmisi ilmu pengetahuan
dan kemahiran berkenaan.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
6  TOPIK 1 SOSIOLOGI, SEKOLAH DAN MASYARAKAT

Persekolahan pula secara khusus ialah proses pengajaran dan pembelajaran secara
formal yang berlaku dalam suasana bilik darjah di sekolah. Perkataan „sekolah‰
berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud „masa lapang‰ ataupun
„rekreasi‰.

Sungguhpun pendidikan telah wujud dalam semua masyarakat, hanya dalam


zaman moden pendidikan dijalankan dalam bentuk sistem persekolahan massa.
Sekarang, sudah menjadi pengetahuan umum bahawa sekolah merupakan tempat
khusus untuk menyampaikan pendidikan dan di sanalah seseorang itu
menghabiskan banyak tahun daripada jumlah usianya.

Masyarakat pada hari ini mempunyai tafsiran tersendiri mengenai pendidikan.


Seseorang boleh cuba mendapatkan pendidikan setinggi yang mampu untuk
mencapai cita-citanya. Anak mereka dihantar ke sekolah dengan harapan mereka
akan dapat menyambung pelajaran hingga ke peringkat universiti. Semasa kecil,
anak mungkin telah diperkenalkan dengan pelbagai jenis kerjaya yang berstatus
tinggi dan bergaji besar seperti doktor, peguam dan jurutera. Oleh itu, anak
disekolahkan untuk mendapatkan pekerjaan yang baik.

Namun, pada hakikatnya bukan semua orang boleh menerima pendidikan yang
setara, bukan semua orang berjaya memasuki universiti dan bukan semua orang
mendapat pekerjaan yang baik. Lulus atau gagal ke universiti, atau bekerja sebagai
buruh atau pegawai dan kaya atau miskin, barangkali merupakan perkara biasa
bagi kebanyakan orang. Namun, semuanya itu menunjukkan perbezaan ataupun
ketidaksamaan.

Para sarjana dan pengkaji yang terlibat dalam sosiologi pendidikan selalu cuba
menjawab persoalan yang sedemikian. Mereka mengkaji antaranya mengapa
suatu pihak lebih berjaya daripada pihak lain dan mengapa pula ketidaksamaan
pendidikan sering berlaku.

Sosiologi juga memperdebatkan peranan masyarakat dan individu dalam


menentukan kejayaan dan kegagalan pendidikan yang seterusnya dapat
menggariskan dasar pendidikan. Semua persoalan berkaitan diselidiki
berlandaskan perspektif teori sosiologi pendidikan.

Kepentingan sosiologi pendidikan bolehlah diringkaskan seperti yang berikut:


(a) Mengkaji cara pendidikan dapat digunakan untuk membantu individu dan
masyarakat.
(b) Mengkaji kesamaan dan ketidaksamaan dalam pendidikan supaya polisi
yang bersesuaian dapat dipraktikkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SOSIOLOGI, SEKOLAH DAN MASYARAKAT  7

(c) Meningkatkan penguasaan konsep dan kemahiran pendidik untuk


berhadapan dengan pelajar yang mempunyai latar belakang yang berlainan
seperti berbeza dari segi jantina, etnik dan kelas sosial.
(d) Memberi gambaran yang jelas kepada semua pihak yang terlibat mengenai
organisasi sekolah dan persekitarannya.
(e) Membantu guru memahami budaya lain yang berbeza dengannya, tidak
mempunyai sikap prejudis, bias atau etnosentrik. Mereka dapat melihat
pelajar berdasarkan latar belakang sosialisasi yang pelbagai.
(f) Membantu supaya guru tidak mempunyai sikap memencilkan diri dalam
tingkah laku dan sikap profesionalnya kerana sosiologi pendidikan
mendedahkan seseorang pada pengalaman yang luas dan membolehkan dia
mempunyai sikap toleransi dalam interaksi.
(g) Untuk menguasai bentuk interaksi pelajar dalam bilik darjah yang
seterusnya membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
(h) Mengkaji kesamaan dan ketidaksamaan dalam pendidikan supaya polisi
yang bersesuaian dapat dipraktikkan, terutamanya dalam masyarakat
majmuk.
(i) Membolehkan pendidik mempunyai kemahiran interpretasi hasil
penyelidikan, data statistik dan mungkin juga melakukan penyelidikan.
(j) Pendidik yang terlibat dalam penggubalan polisi pendidikan akan
memperoleh pengetahuan tentang pengaruh faktor sosial terhadap
pendidikan. Pengetahuan mengenai sikap dan tingkah laku dalam komuniti
akan membantu kelancaran pelaksanaan perubahan sosial kepada
masyarakat melalui sistem persekolahan.

AKTIVITI 1.2

Bincangkan kepentingan sosiologi dalam pendidikan.

1.1.3 Jenis Sosiologi


Sosiologi ialah proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada
seseorang dalam institusi sosial. Sosiologi merupakan proses pembelajaran yang
berterusan sepanjang hayat. Ia bermula daripada pemindahan norma dan nilai
dalam keluarga dan budaya setempat sesuatu masyarakat kepada kanak-kanak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 SOSIOLOGI, SEKOLAH DAN MASYARAKAT

Apa-apa yang dipelajari ketika kanak-kanak selalunya akan menjadi pendirian


atau membentuk konsep diri pada individu. Apabila seseorang itu bertambah
dewasa, dia akan mempelajari lebih banyak perkara hasil interaksinya dengan
pihak lain yang disebut agen sosiologi.

Sosiologi dapat mengubahsuai tingkah laku awal individu untuk diselaraskan


dengan kehendak kehidupan sosial masyarakat semasa. Peranan baharu akan
sentiasa dipelajari dari kecil hinggalah ke akhir hayat. Oleh itu, sosiologi bukanlah
sesuatu yang bersifat revolusi. Malah, sosiologi mempunyai fungsi yang penting
bagi meneruskan kewujudan sesebuah sekolah. Semua bentuk sosialisasi sama
ada diperoleh daripada keluarga atau agen lain melibatkan persoalan integrasi ke
dalam masyarakat.

Berdasarkan pandangan tokoh sosiologi, Piaget, Freud, Durkheim, Mead dan


Lacey, sosiologi dibahagikan kepada tiga jenis seperti dilakarkan dalam Rajah 1.1.

Rajah 1.1: Tiga jenis sosiologi

Sekarang, mari kita teliti ketiga-tiga jenis sosiologi ini.

(a) Sosialisasi Primer (Permulaan)


Yang berikut ialah penerangan mengenai sosiologi primer:
(i) Sosiologi peringkat ini berlaku pada zaman awal kanak-kanak.
Sosiologi permulaan pada prinsipnya adalah yang berlaku dalam
keluarga. Ia sangat penting untuk perkembangan masa kemudian. Ia
merupakan proses yang seseorang kanak-kanak belajar menjadi
makhluk sosial dewasa.
(ii) Pada peringkat ini, kanak-kanak membina konsep diri, personaliti,
memperoleh kemahiran motor, penaakulan dan kemahiran bahasa.
Mereka didedahkan kepada persekitaran sosial yang mengandungi
unsur peranan, nilai dan norma. Mereka akan mempelajari unsur
berkenaan daripada orang di sekeliling, terutamanya ibu bapa mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SOSIOLOGI, SEKOLAH DAN MASYARAKAT  9

(iii) Pada peringkat permulaan, mereka akan patuh kepada peranan, nilai
dan norma sepertimana yang diharapkan oleh ibu bapa, keluarga dan
komuniti terdekat.
(iv) Peringkat ini juga sangat penting yang sekiranya gagal, maka kanak-
kanak akan menghadapi kesukaran pada peringkat seterusnya.

(b) Sosiologi Sekunder (Penyertaan)


Sosiologi ini dihuraikan seperti yang berikut:
(i) Sosiologi sekunder ialah proses sosiologi rangsangan ke dalam
kumpulan di luar keluarga oleh agen sosiologi lain seperti rakan
sebaya, media massa dan sekolah.
(ii) Selepas ibu bapa, rakan sebaya dapat mempengaruhi individu
berdasarkan aspek tertentu seperti umur, jantina, kelas sosial dan ras.
Begitu juga dengan media massa yang sering terdiri daripada bahan
yang didengar, dibaca dan ditonton. Apabila seseorang kanak-kanak
semakin dewasa, mereka akan terus mempelajari sesuatu yang baharu
dan mungkin juga menggantikan yang lama.
(iii) Sosiologi sekunder boleh berlaku pada banyak tempat dan keadaan.
Apabila seseorang berhadapan dengan sesuatu yang baharu di tempat
baharu, dia perlu menyesuaikan diri untuk terus berada dalam
kelompok sosial berkenaan.
(iv) Pada peringkat ini, seseorang akan memilih peranan yang dia sendiri
rasakan sesuai untuk dirinya. Tidak dinafikan apa-apa yang dipelajari
pada peringkat awal banyak mempengaruhi peringkat sekunder ini.

(c) Sosiologi Semula (Resosialisasi)


Deskripsi mengenai sosiologi semula adalah seperti yang berikut:
(i) Sosiologi semula ialah proses seseorang menukarkan atau
mengalihkan konsep diri dan cara hidup yang sedia ada kepada yang
baharu dan berbeza secara drastik atau radikal. Perubahan ini selalu
berlaku dalam keadaan yang terdesak atau terpaksa. Contohnya,
apabila seseorang ditimpa kecelakaan, menjadi cacat dan tiba-tiba
dibuang kerja.
(ii) Sosiologi semula juga boleh disebabkan berlaku perubahan yang
dikehendaki oleh masyarakat. Contohnya, seorang penagih dadah
yang ditempatkan di pusat tahanan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 SOSIOLOGI, SEKOLAH DAN MASYARAKAT

(iii) Kemungkinan lain berlakunya sosiologi semula adalah kerana


perubahan mendadak pada masyarakat. Contohnya, apabila berlaku
peperangan, revolusi, kemelesetan atau perubahan sistem politik
seperti yang berlaku di Rusia, China dan Iraq.

1.2 STRUKTUR SOSIAL DAN MASYARAKAT


Keseluruhan daripada kelas, lapisan dan kelompok sosial serta sistem yang
mengurus hubungan antara mereka akhirnya membentuk struktur sosial.

Dalam menganalisis struktur sosial, Marxis membuat pembahagian antara dua


kelas berikut:
(a) Kelas fundamental dilahirkan daripada corak pengeluaran yang berlaku;
kelas tersebut tidak mungkin kita temui di bawah corak pengeluaran
lainnya.
(b) Kelas bukan fundamental dilahirkan daripada corak pengeluaran yang
berlaku.

1.2.1 Struktur Sosial


Secara umumnya, terdapat lima struktur sosial asas masyarakat yang sekali gus
menjadi lingkaran besar menentukan sosialisasi seperti dinyatakan dalam
Jadual 1.2.

Jadual 1.2: Lima Struktur Sosial

Struktur Sosial Deskripsi

Keluarga Fungsi utamanya untuk membesarkan dan tempat bergantung


kanak-kanak.

Agama Pegangan hidup yang dapat menjawab fenomena yang tidak terfikir
oleh minda manusia.

Pendidikan Pembentuk generasi muda.

Ekonomi Berfungsi mengeluarkan dan mengagihkan barangan.

Kerajaan Bertanggungjawab mentadbir dan mempertahankan negara.

Walaupun setiap struktur boleh dianalisis secara bebas, namun dalam keadaan
sebenar mereka adalah saling bergantungan antara satu sama lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SOSIOLOGI, SEKOLAH DAN MASYARAKAT  11

Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan agen sosialisasi?

Institusi sosial yang ada merupakan tempat penting untuk berlakunya proses
sosialisasi dan institusi berkenaan dipanggil agen sosialisasi.

Antara agen utama sosialisasi yang dikenal pasti ialah:


(a) Keluarga;
(b) Sekolah;
(c) Rakan sebaya;
(d) Media massa;
(e) Tempat kerja;
(f) Kelab; dan
(g) Persatuan.

1.2.2 Masyarakat dan Sekolah


Masyarakat secara umumnya merupakan suatu kumpulan manusia yang tinggal
di dalam sesebuah wilayah. Setiap ahli dalam masyarakat mempunyai sistem
hubungan antara satu sama lain. Mereka mempunyai ciri-ciri persamaan tertentu
dan berada di bawah sistem pentadbiran politik yang sama. Terdapat masyarakat
yang mempunyai ahli yang ramai dan terdapat juga yang sedikit bilangan ahlinya.

Sebuah masyarakat mempunyai banyak komuniti. Sekolah sendiri merupakan


sebuah komuniti yang menjadi sebahagian daripada masyarakat yang lebih luas.
Persekitaran sekolah pula selalunya dikelilingi oleh komuniti lain seperti komuniti
kampung tradisi, kampung baru, pekan kecil dan estet.

Sekolah merupakan sebuah komuniti yang mempunyai ciri-cirinya. Begitu juga


setiap komuniti di sekeliling sekolah mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 SOSIOLOGI, SEKOLAH DAN MASYARAKAT

Terdapat persamaan dan perbezaan ciri-ciri seperti yang berikut:


(a) Nilai tradisi;
(b) Etnik;
(c) Kelas sosial;
(d) Jenis pekerjaan;
(e) Jenis kediaman;
(f) Lokasi;
(g) Kepercayaan; dan
(h) Perbezaan politik.

Ciri-ciri komuniti yang sama akan menjadi teras penyatuan dalam komuniti dan
antara komuniti.

Hubungan sekolah dengan komuniti sekitar mempunyai pelbagai corak. Bagi


sekolah luar bandar, hubungan komuniti kampung dengan sekolah secara tradisi
adalah akrab. Penduduk kampung selalunya bersedia untuk bekerjasama dengan
pihak sekolah dalam menjayakan pelbagai aktiviti seperti gotong-royong
membersihkan kawasan sekolah, perjumpaan ibu bapa dan guru, dan aktiviti
sukan.

Manakala di sesetengah kawasan di bandar, komuniti setempat tidak lagi


mempunyai hubungan rapat dengan pihak sekolah. Fenomena sebegini
dijangkakan kerana ciri-ciri komuniti yang pelbagai dan sifat komuniti yang
sentiasa mengalami perubahan.

Hubungan sekolah dan komuniti sekitar perlu dibina dan dapat dijayakan oleh
kepimpinan sekolah. Pengetua sepatutnya tidak mengasingkan sekolah daripada
persekitarannya. Dalam keadaan ini, komuniti sebenarnya dapat memberikan
banyak sumbangan kepada sekolah. Komuniti mungkin boleh membantu sekolah
dalam hal kewangan, kemudahan prasarana dan infrastruktur yang mencukupi.

Contohnya, komuniti boleh membantu kegiatan seperti tuisyen dan kelas


pemulihan. Di samping itu, pemimpin komuniti boleh membantu dalam
menyelesaikan sebarang pertelingkahan yang berlaku antara ahli komuniti sekolah
dengan komuniti luar. Perkara yang penting ialah cara seseorang pemimpin sekolah
berusaha mendapatkan sokongan daripada komuniti di sekelilingnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SOSIOLOGI, SEKOLAH DAN MASYARAKAT  13

1.2.3 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)


Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) diwujudkan di setiap sekolah yang
dianggotai oleh guru, ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak di sekolah
berkenaan. Pada kebiasaannya, sekolah mengutip yuran daripada pihak penjaga
sebagai sumber kewangan untuk menggerakkan persatuan. Mesyuarat Agung
PIBG diadakan sekali setahun untuk memilih ahli jawatankuasanya. Pengerusi
PIBG selalunya dilantik dalam kalangan ibu bapa, sementara pengetua bertindak
sebagai penasihat dan seorang guru bertindak sebagai setiausaha.

Sambutan terhadap kegiatan PIBG adalah berbeza-beza antara sekolah. Banyak


PIBG tidak bergerak aktif dalam menjayakan aktiviti sekolah, sedangkan PIBG
dapat memberikan sumbangan yang besar terhadap kemajuan sekolah. Antaranya
ialah PIBG boleh membantu menyelesaikan masalah salah laku pelajar, dapat
membantu dalam kerja amal dan membantu mencari sumber kewangan bagi
pihak sekolah.

PIBG seharusnya mempunyai pasukan ahli jawatankuasa yang bersedia dan


berminat untuk menjayakan program sekolah. Kepimpinan PIBG yang berinovasi
dapat merancang pelbagai strategi untuk menentukan kejayaan sekolah. PIBG
tidak hanya melibatkan mereka yang mempunyai anak yang bersekolah untuk
aktivitinya tetapi cuba melibatkan juga ahli komuniti yang bukan terdiri daripada
ibu bapa untuk bergiat dalam membantu program PIBG.

Terdapat ramai ahli komuniti yang terdiri daripada mereka yang tiada anak, anak
sudah tamat persekolahan atau yang masih bujang yang mungkin berminat dalam
aktiviti berbentuk kemasyarakatan. Oleh yang demikian, terpulanglah kepada
kepimpinan PIBG menjalankan fungsi dan peranan masing-masing selaras
dengan kedudukan mereka dalam persatuan ini.

AKTIVITI 1.3

Adakah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah itu perlu?
Apakah peranan PIBG dalam pendidikan?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 1 SOSIOLOGI, SEKOLAH DAN MASYARAKAT

1.3 PROSES DAN AGEN SOSIALISASI


Agen sosialisasi ialah orang ataupun kumpulan yang mempengaruhi konsep
kendiri, emosi, sikap dan tingkah laku. Antara agen yang berpengaruh ialah
keluarga, sekolah, rakan sebaya, media massa, institusi agama dan tempat kerja.

Keluarga merupakan agen yang paling penting dan bertanggungjawab


menentukan sikap seseorang terhadap pegangan agama dan kerjaya. Sementara
sekolah pula bertanggungjawab sebagai agen untuk memupuk nilai masyarakat
dan kemahiran tertentu. Manakala rakan sebaya membantu membentuk nilai sosial.

1.3.1 Pengaruh Keluarga


Dalam memupuk dan mencorakkan hubungan dalam keluarga, ayah dan ibu
haruslah merancang dan melaksanakan dengan teliti. Tingkah laku ibu bapa akan
memberi kesan kepada anak. Keluarga yang mesra dan harmoni menggalakkan
perkembangan sahsiah yang sihat. Keluarga yang tidak berjaya dan ibu bapa yang
bermasalah boleh mewujudkan suasana rumah yang tidak sesuai dan mengancam
perkembangan sahsiah anak dari segi emosi dan sosial.

Ibu bapa juga menjalankan fungsi asas yang menjadikan keluarga lebih mantap
seperti yang berikut:
(a) Menyediakan keperluan dalam penghasilan baka;
(b) Membenarkan ahli keluarga yang dewasa mendirikan rumah tangga;
(c) Mensosialisasikan serta menerapkan nilai dan budaya masyarakat;
(d) Memenuhi secara kolektif keperluan ekonomi keluarga;
(e) Menyediakan dan mengambil berat keselamatan emosi ahli keluarga;
(f) Memikul dan menunaikan tanggungjawab menyediakan pendidikan untuk
anak.

Dengan kata lain, peranan dan tingkah laku ibu bapa ialah membina sebuah
keluarga yang bahagia dalam semua aspek kehidupan.

Ibu bapa yang mengamalkan gaya hidup demokratik, sedikit sebanyak dapat
membantu anak dalam mereka membuat sebarang keputusan. Hal ini dapat
meningkatkan konsep berdikari dalam diri anak. Kasih sayang, layanan, asuhan
dan perhatian yang diberi oleh ibu bapa secara langsung dapat membantu proses
pengembangan sahsiah positif anak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SOSIOLOGI, SEKOLAH DAN MASYARAKAT  15

Sebaliknya, ibu bapa yang bersifat keras dan autokratik menyebabkan anak
melawan, bersikap dingin, mudah iri hati dan mempunyai pandangan hidup yang
pesimis. Keadaan ini menimbulkan dendam dalam diri anak dan memungkinkan
mereka melakukan sesuatu di luar jangkaan.

Lazimnya, ibu bapa dalam kelas bekerja atau kelas pertengahan rendah lebih
mementingkan keseronokan, mahukan anak mereka bersifat kemas, bersih, patuh,
bersopan dan mematuhi kehendak orang dewasa. Namun, mereka memberi
tumpuan kepada tindak-tanduk, perbuatan secara terbuka, menghukum anak
dengan hukuman yang bercorak luaran seperti denda serta-merta berpunca
daripada akibat sesuatu perbuatan.

Bagi kelas pertengahan, ibu bapa mempunyai pekerjaan biasa melibatkan idea,
arahan kendiri dan pencapaian diri sendiri. Mereka mahukan anak mereka
gembira, berkongsi, bekerjasama, bersifat ingin tahu, suka mempelajari sesuatu,
penyayang dan mempunyai kawalan kendiri. Dalam mengawal anak, mereka
lebih berminat dengan arahan kendiri dan akan mengenakan hukuman atau
denda berpunca daripada kesedaran mengenai kesalahan yang dilakukannya.

1.3.2 Peranan Sekolah


Sekolah merupakan institusi yang membenarkan sosialisasi berlaku secara formal.
Ia mempunyai badan pentadbiran yang mengawasi proses pembelajaran.
Pengetua atau guru besar, penolong kanan, guru disiplin dan lain-lain
mempunyai kuasa dalam membangunkan dan menguruskan aktiviti di sekolah.

Kepimpinan dan suasana sekolah mempengaruhi proses perkembangan sahsiah


pelajar. Pengetua atau guru besar sekolah yang tegas melahirkan pelajar dan guru
yang berdisiplin melaksanakan tugas. Manakala, pengetua yang tidak tegas
menjadikan pelajar pasif, kurang inovatif dan tidak berani membuat sebarang
perubahan ke atas diri mereka. Hal ini boleh menyebabkan proses pengembangan
sifat kepimpinan pelajar akan terbantut atau terganggu.

Guru ialah orang yang paling rapat dengan pelajar di sekolah. Guru
dipertanggungjawabkan apabila berlakunya sesuatu di dalam kelas semasa
mereka mengajar. Sifat guru yang tidak memilih kasih, adil dan tidak menghukum
secara membuta tuli akan mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.
Guru yang penyayang akan membentuk sahsiah yang baik dan emosi pelajar yang
stabil. Pelajar akan merasa dikasihi dan guru akan dihormati.

Bagi guru yang tidak adil, memilih kasih, suka bertindak sesuka hati dan terlalu
emosi dengan pelajar akan menyebabkan pelajar berdendam, marah dan tidak
menghormati mereka. Hal ini melahirkan sahsiah pelajar yang kurang baik.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
16  TOPIK 1 SOSIOLOGI, SEKOLAH DAN MASYARAKAT

Peranan guru di dalam dan di luar kelas adalah penting terutamanya ketika
mereka berinteraksi dan berhubung dengan pelajar. Keith (1979) menegaskan
bahawa guru ialah agen sosialisasi yang berpengaruh. Kanak-kanak menjalani
proses pembesaran, pembelajaran dan mendapat banyak pengalaman di sekolah
bermula dari 7 tahun sehinggalah 17 tahun. Hal ini merupakan jangka masa yang
panjang bagi seseorang dalam membentuk dan memilih haluan mereka sendiri.

Kawasan persekitaran dan prasarana sekolah juga memainkan peranan yang


penting dalam menggalakkan proses mengembangkan sikap positif ataupun
negatif seseorang pelajar. Kawasan sekitar sekolah yang baik dapat membantu
proses membentuk sahsiah yang baik. Persekitaran yang bersih akan dapat
menjadikan pelajar dan guru merasa selesa dan tenang.

1.3.3 Rakan Sebaya


Rakan sebaya merupakan seseorang yang menjadi agen yang penting dalam diri
pelajar. Di sekolah, pelajar mempunyai kumpulan atau organisasi tersendiri yang
menjadi faktor penting. Hal ini terjadi berikutan pelajar lebih senang untuk
bercerita dan berkongsi masalah bersama rakan mereka sendiri. Rakan sebaya
ialah seorang yang paling memahami diri mereka berbanding guru dan keluarga.
Jadi, secara tidak langsung rakan sebaya akan mempengaruhi proses membentuk
sahsiah individu.

Kumpulan corak budaya pelajar terbahagi kepada empat (Clark, 1969) seperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 1.3.

Jadual 1.3: Empat Kumpulan Corak Budaya Pelajar

Kumpulan Deskripsi

Subbudaya Mengutamakan rupa paras, berkelah, sukan dan sebagainya tanpa


seronok menghargai nilai akademik. Mereka lebih sukakan hiburan semata-
mata tanpa menghiraukan pelajaran. Bagi mereka, keseronokan adalah
segala-galanya.

Subbudaya Berorientasikan pelajaran dan aktiviti yang bercorak akademik. Mereka


akademik menubuhkan kumpulan yang terdiri daripada pelajar yang berminat
untuk memajukan diri dan ingin cemerlang dalam pelajaran.
Mereka lebih gemar berbincang bersama-sama hal yang berhubung kait
dengan pelajaran. Kumpulan inilah yang akan melahirkan pelajar
cemerlang yang berpotensi untuk maju dan menjadi tonggak
memajukan negara.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SOSIOLOGI, SEKOLAH DAN MASYARAKAT  17

Kumpulan Golongan pelajar yang suka memberontak, menentang pihak sekolah


„delinkuen‰ dengan perlakuan yang negatif dan ponteng sekolah. Mereka lebih
senang digelar samseng sekolah. Mereka sering menjalankan aktiviti
seperti merokok, membuli dan memeras ugut pelajar lain yang bukan
ahli kumpulan mereka.
Apabila mereka melakukan aktiviti seperti itu, mereka merasa bangga
dan puas hati kerana mereka memartabatkan diri mereka sebagai orang
yang berani dan hebat.

Kumpulan Lebih suka mengasingkan diri dan tidak mengambil tahu tentang apa-
tidak apa yang berlaku. Golongan pelajar ini, mungkin datang daripada
menyebelahi pelajar yang pendiam, tidak suka berkawan atau tidak suka akan
mana-mana suasana berkumpulan. Mereka lebih senang bersendirian, membuat
pihak perkara yang disenangi tanpa ada bantahan daripada orang lain.

Yang berikut ialah tiga cara utama kanak-kanak dapat dipengaruhi oleh rakan
sebaya mereka (Glidewell, 1966):
(a) Anak muda dipengaruhi apabila mereka ingin diterima ataupun disukai
oleh kumpulan rakan mereka. Disebabkan minat menjadi salah seorang ahli
kumpulan, dia akur dan ikut dengan gaya dan tingkah laku ahli kumpulan
yang lain. Mereka mempunyai personaliti yang tersendiri mengikut
kumpulan masing-masing.
(b) Mereka terpengaruh oleh kepimpinan dan kemampuan rakan mereka. Hal
ini berlaku apabila seseorang itu mencari panduan melalui pemerhatian.
Mereka mempunyai idola untuk mereka ikuti dan mereka menjadikan
kemampuan rakan mereka dalam memimpin sebagai suatu yang harus
diikuti. Mereka lebih berdikari untuk menjadi seperti idola mereka.
(c) Mereka ingin membuktikan kebolehan supaya mendapatkan akuan dan
dihargai oleh rakan. Berlandaskan kebolehan yang ada pada mereka,
menyebabkan mereka mencuba untuk mengetengahkan bakat mereka itu.

1.3.4 Media Massa


Media massa ialah satu agen perhubungan dan penyebar informasi yang penting.
Media massa yang sihat memainkan peranan yang penting bagi perkembangan
sahsiah yang sihat. Pelajar yang didedahkan dengan program yang membantu
perkembangan minda seperti program agama, SesameÊs Street dan info sains akan
mudah menguasai sesuatu ilmu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 1 SOSIOLOGI, SEKOLAH DAN MASYARAKAT

Melalui televisyen mereka dapat melihat dengan jelas, di samping suaranya yang
dapat memantapkan ingatan dan menarik minat pelajar. Mungkin pada zaman
ini, informasi di radio tidak berapa meluas tetapi radio juga membantu proses
mengembangkan intelek pelajar. Program nyanyian dan muzik hari ini terbukti
berkesan dan radio tidak harus diketepikan kerana program hiburan berjaya
mendapat sambutan dalam kalangan pelajar hari ini.

Media massa seperti televisyen, wayang gambar, video, cakera padat (CD –
compact disc), cakera video digital (DVD – digital video disc) dan majalah hari ini
akan dapat mempengaruhi cara kanak-kanak berfikir, tingkah laku, kemahiran
dan sikap mereka. Bagi pelajar yang terdedah kepada tayangan video dan filem
yang memaparkan aksi ganas, bergaduh dan perbuatan zalim, mereka lazimnya
akan cenderung bertingkah laku agresif.

Ibu bapa mahupun guru menghadapi cabaran daripada media massa; mereka
haruslah bersedia dalam usaha membangkitkan motivasi dan minat kanak-kanak
terhadap pelajaran sekolah.

AKTIVITI 1.4

Bincangkan peranan media massa dalam membentuk sahsiah pelajar.

1.4 PENGLIBATAN DAN MOBILITI SOSIAL


Mari kita teliti pula definisi bagi mobiliti sosial.

Mobiliti sosial ialah perubahan kedudukan dalam sistem susun lapis;


pertambahan atau kekurangan pendapatan atau kekayaan, atau kedua-
duanya sekali; pertambahan atau kekurangan kuasa; pertambahan atau
kekurangan prestij.

Seseorang yang beralih daripada satu pekerjaan kepada suatu pekerjaan yang lain
tetapi dalam peringkat prestij atau pendapatan yang agak sama, adalah terlibat
dalam mobiliti mendatar. Mobiliti jenis ini tidak banyak mendapat perhatian
dalam kalangan ahli sosiologi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SOSIOLOGI, SEKOLAH DAN MASYARAKAT  19

Pergerakan dari suatu strata kepada strata yang lain sama ada ke atas ataupun ke
bawah bagi mana-mana hierarki susun lapis dinamakan mobiliti menegak.

Kadar mobiliti sosial mungkin boleh diukur sama ada dari segi usia hidup
seseorang atau, sebagaimana yang lebih umum dilakukan, antara generasi bapa
dan anak lelaki. Walaupun tanpa meneliti data sistematis, namun ahli sosiologi
telah lama beranggapan bahawa sesetengah masyarakat seperti masyarakat India
mempunyai sistem susun lapis yang tertutup, iaitu mobiliti ke atas jarang berlaku
dan hampir semua anak lelaki menghabiskan usia mereka dalam strata yang sama
seperti bapa mereka.

Susun lapis jenis bertentangan dengan sistem kelas terbuka seperti yang terdapat di
Amerika telah lama dianggap mempunyai kadar mobiliti ke atas yang paling tinggi.
Sekolah yang pelbagai aliran di Malaysia, akan terus membentuk mobiliti sosial
yang pelbagai rupa. Walaupun melebihi 60 tahun Malaysia merdeka dan negara
pesat membangun, pengenalan kaum mengikut sektor pekerjaan masih lagi tidak
banyak berubah.

Masyarakat Malaysia mempunyai jurang yang agak ketara yang setiap kaum
menggunakan pendekatan sosioekonomi turun-temurun seperti kaum Melayu
dengan pertaniannya, kaum India dengan ladangnya dan kaum Cina dengan
perniagaannya. Walaupun pelbagai kaedah cuba dilakukan, namun kekayaan
negara masih tidak seimbang mengikut kaum. Hal ini secara tidak langsung akan
mengasingkan kelompok kaum daripada satu generasi ke satu generasi.

Keterasingan dalam sistem pendidikan membuatkan pelajar terus menebal


dengan semangat kebangsaan masing-masing. Begitu juga dengan pergaulan dan
persefahaman antara kaum juga agak terbatas dalam kalangan pelajar.
Keterbatasan ini bukan sahaja di sekolah, malah dalam kehidupan masyarakat
setempat. Keadaan ini menyebabkan mencipta suatu identiti yang tersendiri yang
sangat berbeza.

Kerajaan telah mengambil langkah dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9)


dengan memperkasakan sekolah kebangsaan supaya menjadi sekolah pilihan bagi
pelbagai kaum, di samping memperkenalkan sekolah wawasan. Namun, sehingga
kini didapati mobiliti mendatar masih lebih banyak berlaku.

Harapan untuk melihat persefahaman antara kaum melalui sektor pekerjaan yang
sama tidak mencapai kejayaan yang memberangsangkan. Semangat kekitaan
dalam satu masyarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu akan tercapai
sekiranya sistem persekolahan yang menggabungkan ketiga-tiga aliran itu
menjadi satu dapat direalisasikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


20  TOPIK 1 SOSIOLOGI, SEKOLAH DAN MASYARAKAT

Proses perubahan kedudukan sosioekonomi inilah mobiliti sosial. Sistem kelas


terbuka bermakna kedudukan setiap individu dipengaruhi oleh status yang
diperoleh dan persaingan antara ahli kumpulan adalah digalakkan. Dalam sistem
kelas tertutup, kedudukan individu adalah tidak anjal, kurang kemungkinan
perubahan kedudukan, misalnya akibat perhambaan dan sistem kasta.

Perubahan dan pertumbuhan ekonomi mempunyai impak kepada mobiliti sosial,


soalnya ada yang meningkat dan ada yang menurun. Contohnya, pada tahun
1990-an, perkembangan pesat dalam teknologi menyebabkan usahawan dalam
bidang teknologi dan teknologi maklumat menjadi kaya raya, namun perubahan
itu juga menyebabkan ramai orang kehilangan pekerjaan.

Walaupun perkembangan dalam teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)


perlu dalam era ini, namun perkembangan TMK juga menyebabkan masyarakat
berada dalam kebimbangan. Penggabungan antara bank dan penggunaan mesin
automatik di bank merupakan contoh yang jelas, bagaimana bilangan staf yang
ramai tidak diperlukan lagi dalam sektor perbankan.

Pertumbuhan ataupun perkembangan ekonomi mempunyai hubungan dengan


mobiliti sosial secara menegak sama ada ke atas (meningkat) atau ke bawah
(menurun) sama ada meningkat atau menurun, mobiliti bergantung pada
beberapa faktor. Dalam sistem masyarakat memang wujud kelas sosial yang
berbeza, iaitu kelas sosial tinggi dan kelas sosial rendah. Wujud golongan birokrat,
kapitalis dan sosialis yang berkuasa ke atas orang lain dalam pelbagai bidang
sama ada dalam sektor kerajaan atau swasta.

Apabila pertumbuhan ekonomi tidak disertai oleh kelas bawahan, maka akan
berlaku kemerosotan ekonomi kerana perubahan sukar berlaku sekiranya
ekonomi hanya dimonopoli oleh kelas atasan. Masyarakat daripada golongan
atasan mempunyai pelbagai kelebihan; mempunyai kuasa untuk menentukan
keputusan dan mempunyai kewangan untuk pendidikan terbaik anak.

Manakala kebanyakan masyarakat kelas menengah dan bawahan tidak


mempunyai kuasa politik dan kewangan seperti kelas atasan akan terus
ketinggalan dalam komuniti. Oleh itu, kesaksamaan pendidikan mempunyai
peranan untuk mengatasi masalah ketidakadilan dalam masyarakat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SOSIOLOGI, SEKOLAH DAN MASYARAKAT  21

1.4.1 Bentuk Mobiliti Sosial


Jenis mobiliti sosial terbahagi kepada dua bentuk, iaitu:

(a) Mobiliti Sosial Horizontal


Merupakan peralihan individu atau objek sosial lainnya daripada suatu
kelompok sosial ke kelompok sosial lainnya yang setaraf. Tidak terjadi
perubahan dalam taraf kedudukan seseorang dalam mobiliti sosial.

Contohnya, Parwan seorang warga Indonesia menggantikan


warganegaranya dengan warganegara Malaysia. Dalam hal ini, mobiliti
sosial Parwan disebut mobiliti sosial horizontal kerana gerak sosial yang
dilakukan oleh Parwan tidak mengubah status sosialnya.

(b) Mobiliti Sosial Vertikal


Merupakan perpindahan individu atau objek sosial daripada suatu
kedudukan sosial ke kedudukan sosial lainnya yang tidak setaraf. Mobiliti
sosial vertikal terbahagi kepada dua, iaitu:

(i) Mobiliti Vertikal ke Atas (Social Climbing)


Mobiliti ini terdapat dalam dua bentuk utama, iaitu:

• Masuk ke dalam Kedudukan yang Lebih Tinggi


Kemasukan individu yang mempunyai kedudukan rendah ke
dalam kedudukan yang lebih tinggi yang kedudukan tersebut telah
ada sebelumnya.

• Membentuk Kelompok Baharu


Pembentukan suatu kelompok baharu memungkinkan individu
untuk meningkatkan status sosialnya, misalnya apabila menjadi
ketua organisasi.

(ii) Mobiliti Sosial Vertikal ke Bawah (Social Sinking)


Dua bentuk utama mobiliti ini adalah seperti yang berikut:

• Mobiliti antara Generasi


Mobiliti dua generasi atau lebih, misalnya generasi ayah-ibu,
generasi anak, generasi cucu dan seterusnya. Mobiliti ini ditandai
dengan perkembangan taraf hidup dan naik atau turun taraf hidup
dalam suatu generasi. Penekanannya bukan pada perkembangan
keturunan itu sendiri melainkan pada perpindahan status sosial
suatu generasi ke generasi lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 1 SOSIOLOGI, SEKOLAH DAN MASYARAKAT

• Mobiliti Intragenerasi
Mobiliti yang terjadi dalam satu kelompok generasi yang sama.

AKTIVITI 1.5

Bagaimanakah pendidikan boleh mewujudkan integrasi kaum di


Malaysia?

1.5 PENDIDIKAN DAN INTEGRASI NASIONAL


Seterusnya, mari kita membincangkan pendidikan dan integrasi nasional.

1.5.1 Konsep Etnik dan Integrasi


Etnik atau etnos dalam bahasa asal Greek membawa makna kumpulan manusia
atau bangsa. Ia merujuk pengenalan diri seseorang ke dalam kumpulan yang
mempunyai latar belakang keturunan nenek moyang yang sama. Mereka
mempunyai keturunan dari aspek sejarah, negara asal, bahasa, tradisi, budaya,
struktur dan sistem nilai.

Menurut Kamus Dewan (2005), yang berikut ialah definisi bagi etnik:

Etnik merujuk sesuatu kaum atau masyarakat majmuk yang mempunyai


kelompok, yang hidup berlainan tetapi di bawah sistem politik yang sama.

Pelbagai pandangan diberi untuk konsep integrasi sebagaimana dipaparkan


dalam Jadual 1.4.

Jadual 1.4: Konsep Integrasi oleh Sarjana

Sarjana Konsep Integrasi

Sufean Hussein Integrasi bermaksud menyatukan etnik atau kelompok yang terasing
(1996) pada asalnya kepada satu bentuk lain yang tersendiri.

Khalid Yaakub Integrasi merupakan suatu proses menyatupadukan secara budaya


(1982) dan kelompok sosial yang berbeza-beza kepada satu unit yang
mempunyai identiti yang umum dan tersendiri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SOSIOLOGI, SEKOLAH DAN MASYARAKAT  23

Mohd Salleh Integrasi yang diterima atau yang biasa dikehendaki ramai ialah satu
Lebar (1998) proses yang cuba menyatupadukan masyarakat majmuk ataupun
pelbagai kaum dan mewujudkan bentuk kebudayaan kebangsaan
ataupun nasional yang tersendiri dalam kalangan mereka.

Sistem pendidikan di negara kita sebelum merdeka turut memberi kesan secara
tidak langsung dalam integrasi kaum. Sebelum merdeka, pihak Inggeris telah
mengasingkan tiga kaum utama di Tanah Melayu mengikut penempatan
pekerjaan masing-masing.

Umpamanya, orang Cina di bandar, orang Melayu di kampung dan orang India
di ladang estet. Sistem ini masih lagi diamalkan di Malaysia yang pada hari ini,
kita dapat melihat masih lagi wujud sekolah Melayu di kampung, sekolah Cina di
bandar dan sekolah Tamil di ladang estet.

Kewujudan sekolah aliran lain sepatutnya tidak perlu dan hanya semata-mata
untuk mewujudkan persaingan antara kaum sahaja. Seharusnya sekolah satu
aliran sudah memadai. Namun, hakikatnya ini tidak diterima oleh kaum lain.
Mereka beranggapan sekiranya kerajaan menghapuskan sekolah aliran lain
seperti sekolah Tamil dan Cina, maka budaya serta kepercayaan mereka juga akan
turut hilang.

Oleh yang demikian, mereka tidak membenarkan pihak berkuasa menutup


sekolah aliran Cina dan Tamil. Konflik ini menyebabkan kaum majoriti bertindak
mengasingkan pelajar yang tidak sekaum dengan mereka.

Pelbagai dasar telah dilaksanakan sejak merdeka hingga ke hari ini bagi
mewujudkan integrasi di antara kaum atau etnik di Malaysia. Walaupun banyak
kemajuan dapat dilihat dalam hubungan antara kaum pada hari ini, masih banyak
yang perlu dilakukan bagi memantapkan proses integrasi.

Cabaran dan masalah yang timbul menunjukkan proses integrasi antara kaum
pada peringkat sekolah perlu dikemaskinikan dan dimantapkan lagi. Perlu ada
dasar atau rancangan yang lebih konkrit dan kondusif bagi mencapai objektif
integrasi antara kaum di sekolah.

Pada hari ini, tidak dinafikan bahawa menerusi sistem dua aliran yang ada,
integrasi antara kaum di sekolah telah mencapai banyak kemajuan. Walau
bagaimanapun, masih banyak yang perlu dilakukan bagi memantapkan lagi
proses integrasi antara kaum di sekolah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 1 SOSIOLOGI, SEKOLAH DAN MASYARAKAT

Proses integrasi yang berlaku pada masa ini, kadangkala menghadapi pelbagai
masalah. Jika hal ini tidak diatasi, ia boleh melambatkan proses integrasi di sekolah.
Oleh itu, pelbagai rancangan dan dasar haruslah difikirkan dan dikaji bagi
menjadikan sekolah sebagai pusat integrasi antara kaum atau etnik yang terbaik.

1.5.2 Memupuk Integrasi Etnik di Sekolah


Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan di Malaysia mewujudkan perpaduan
antara etnik di sekolah. Perpaduan ini tercapai menerusi Dasar Pelajaran
Kebangsaan yang menggunakan buku teks, sukatan pelajaran, peperiksaan,
sistem latihan guru, pakaian seragam dan bahasa pengantar yang sama.

Dalam Pendidikan Islam dan Moral misalnya, pendekatan telah digunakan untuk
pelajar memahami tentang keperluan moral, sosial, agama dan kepercayaan
kepada tuhan serta menjadi warganegara yang baik. Pelajar juga sering bergaul
antara pelbagai etnik secara lebih dekat semasa kegiatan kokurikulum, kerja luar
dan semasa belajar di dalam kelas. Melalui kegiatan tersebut dapat memudahkan
guru memupuk semangat bekerjasama antara etnik dan saling memahami antara
satu sama lain.

Walaupun Dasar Pelajaran Kebangsaan tidak dapat mencapai tahap integrasi


etnik yang unggul, namun sebahagian daripada dasar dan tindakan strategik telah
dilaksanakan dengan berkesan. Misalnya, dasar penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan, sekurang-
kurangnya telah mewujudkan generasi daripada pelbagai etnik berkomunikasi
menggunakan bahasa yang sama.

Bermula Rancangan Malaysia Ketiga, penekanan utama dalam proses integrasi


dengan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama,
pembentukan keperibadian, pembahagian sumber negara dengan lebih saksama
dan penyatuan sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak melalui sistem
pendidikan pada akhir tahun 1960-an telah memperlihatkan program integrasi
negara yang agak berkesan.

Pembaharuan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang bertujuan menggantikan


kelemahan yang terdapat dalam kurikulum yang sedia ada dengan unsur yang
lebih mantap bagi memupuk integrasi antara etnik perlu disegerakan. Hal ini
demikian kerana Dasar Pelajaran Kebangsaan ialah teras bagi sistem persekolahan
di negara kita ini. Dasar yang tidak sesuai dengan kehendak semasa haruslah
digantikan bagi memastikan integrasi pada peringkat sekolah dapat dilaksanakan
dengan baik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SOSIOLOGI, SEKOLAH DAN MASYARAKAT  25

1.5.3 Sekolah sebagai Alat Perpaduan


Sistem persekolahan sekarang yang memisahkan pelajar mengikut bahasa
pengantar dan perbezaan kumpulan etnik tidak dapat memainkan peranan yang
berkesan untuk memupuk perpaduan dan persefahaman dalam kalangan pelajar.
Usaha yang gigih harus diambil untuk mengatasi segala bentuk pengasingan dan
pemisahan yang sengaja diadakan.

Satu sistem persekolahan yang sama patut diperkenalkan dengan penggunaan


bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar untuk membentuk generasi baharu
yang mempunyai keperibadian Malaysia. Di samping itu, hak budaya kumpulan
etnik lain untuk mempelajari bahasa dan kebudayaan masing-masing patut
dihormati dan diberi perlindungan yang sewajarnya.

Perubahan ini hendaklah dilakukan secara saksama dan adil. Perubahan ini juga
harus didasarkan atas keinsafan bahawa kebaikan dan kepentingan masa depan
generasi muda negara ini mengatasi segala kepentingan lain.

Integrasi etnik di sekolah dapat dibentuk dan dipupuk dengan penggunaan


bahasa Melayu sepenuhnya. Bahasa Melayu perlu diperkaya sebagai bahasa ilmu
yang lengkap. Usaha ini bukan sahaja meletakkan taraf bahasa Melayu di tempat
sewajarnya tetapi dapat membantu merapatkan hubungan antara etnik di sekolah
dengan penggunaan satu bahasa sebagai alat berkomunikasi dan berinteraksi
yang dapat mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan pelajar yang
berbilang kaum.

Sekolah juga seharusnya mendedahkan pelajar dengan nilai bersama seperti


perasaan kasih sayang, hormat-menghormati, saling bantu-membantu, berbudi
bahasa, cinta pada keamanan, benci kekejaman dan peperangan, jujur, dan
bertanggungjawab.

Melalui kegiatan kokurikulum, pelajar daripada semua etnik hendaklah


digalakkan bercampur gaul dan menceburkan diri dalam pelbagai aktiviti
bersama. Oleh yang demikian, sekolah akan melahirkan rakyat Malaysia yang
bersatu padu dan mempunyai semangat kebangsaan yang kuat walaupun
berlainan etnik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 1 SOSIOLOGI, SEKOLAH DAN MASYARAKAT

1.5.4 Pelaksanaan Sekolah Wawasan


Pelaksanaan sekolah wawasan merupakan antara cabang bagi memupuk integrasi
kaum di Malaysia. Sekolah wawasan ialah sekolah rendah yang berkonsepkan
belajar bersama-sama di dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan
agama. Melalui konsep ini, dua atau tiga sekolah rendah berlainan akan
mempunyai bangunan yang bersambung antara satu sama lain.

Matlamat penubuhan sekolah ini adalah untuk mewujudkan perpaduan atau


integrasi antara pelajar yang berlainan etnik dan agama. Ia juga bertujuan
melahirkan sifat toleransi, persefahaman yang tinggi dan menggalakkan interaksi
yang maksimum antara semua pelajar melalui perkongsian kemudahan sekolah
dan perlaksanaan aktiviti.

Sekolah wawasan ini tidak langsung mengubah sistem pembelajaran yang asal
kerana setiap sekolah mempunyai nama yang tersendiri di samping urusan
pentadbiran dan pengurusan kewangan turut dikendalikan oleh sekolah masing-
masing. Sekolah wawasan ini membolehkan pelajar yang berlainan etnik
menggunakan pelbagai kemudahan secara bersama seperti kantin, lapangan
perhimpunan, gelanggang permainan dan padang.

Di samping itu, satu jawatankuasa penyelaras yang terdiri daripada guru yang
diwakili dari setiap sekolah akan diwujudkan untuk menyelenggarakan segala hal
seperti pengurusan, kebersihan, keceriaan dan keselamatan. Konsep sekolah
wawasan ini diharapkan dapat merapatkan hubungan pelajar daripada pelbagai
etnik walaupun berlainan aliran persekolahan.

Pada masa ini di Malaysia, walaupun sudah lebih 60 tahun merdeka, masih wujud
lagi sekolah yang berasaskan kaum seperti sekolah Cina dan sekolah Tamil.
Sekolah wawasan boleh dicernakan sebagai pertembungan etnik di dalam satu
ruang yang sama. Penggabungan sekolah yang berasaskan etnik ini di dalam satu
kawasan yang sama akan menentukan para pelajar yang pelbagai etnik
berkomunikasi secara kerap dan ini mewujudkan integrasi etnik dengan cepat.

Malaysia sebagai negara yang pesat membangun, mengalami pelbagai perubahan


dalam semua aspek keperluan negara, khususnya dalam bidang politik, ekonomi
dan sosial. Namun, keutuhan Malaysia mengekalkan konsep pemajmukan etnik
jika tidak diimbangi dengan betul akan mewujudkan pertentangan kaum.

Konsep sekolah wawasan yang kini dipraktikkan ialah satu usaha untuk
melahirkan anak bangsa Malaysia yang bersifat cinta pada negara. Jika kerangka
konsep sekolah dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam
sistem pendidikan yang seragam dan selari dengan hasrat negara.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SOSIOLOGI, SEKOLAH DAN MASYARAKAT  27

1.5.5 Pelaksanaan Sekolah Satu Aliran


Sistem sekolah satu aliran merupakan alternatif bagi memupuk integrasi etnik di
sekolah. Sistem sekolah satu aliran ialah sistem yang menggunakan satu bahasa
pengantar sahaja di sekolah. Dalam konteks Malaysia, bahasa pengantar ialah
bahasa Melayu.

Pada waktu ini, terdapat tiga aliran sistem persekolahan, iaitu:


(a) Sekolah kebangsaan pengantar bahasa Melayu;
(b) Sekolah jenis kebangsaan Cina berpengantar bahasa Cina; dan
(c) Sekolah jenis kebangsaan Tamil berpengantar bahasa Tamil.

Masalah yang timbul ialah kurangnya interaksi antara kaum yang menggunakan
pelbagai sistem ini. Keadaan ini menyebabkan proses integrasi etnik pada
peringkat sekolah berjalan agak perlahan.

Melalui sistem sekolah satu aliran, tidak akan menimbulkan masalah


penghapusan bahasa ibunda etnik. Bahasa etnik seperti bahasa Cina dan Tamil
perlu dijadikan subjek wajib bagi pelajar berkenaan dan subjek pilihan kepada
pelajar Melayu atau sesiapa sahaja daripada etnik lain yang berminat. Sistem
sekolah ini, di samping pelajar boleh bergaul secara meluas antara mereka, boleh
juga mereka memahami budaya etnik atau kaum lain.

Jika ini dapat dilaksanakan, masalah hubungan antara etnik yang lambat pada
peringkat sekolah rendah dapat diatasi dengan sendirinya melalui pergaulan dan
mereka dapat memahami antara satu sama lain. Jika tidak, kita dapat
menyaksikan keterasingan sekolah rendah ini telah menanamkan semangat
perkauman dari awal lagi. Fenomena ini akan menular pula ke peringkat sekolah
menengah, seterusnya ke institusi pengajian tinggi.

Menerusi sistem sekolah satu aliran ini, semangat perkauman ataupun etnik akan
dapat dihapuskan sejak peringkat sekolah rendah lagi. Pergaulan antara pelbagai
etnik membuatkan mereka lebih mengenali antara satu sama lain dan dapat
bertolak ansur, jika timbul sesuatu masalah. Hal ini perlu diberi perhatian segera
demi mewujudkan proses integrasi yang jitu antara pelbagai etnik demi masa
depan negara yang makmur dan harmoni.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 1 SOSIOLOGI, SEKOLAH DAN MASYARAKAT

SEMAK KENDIRI 1.1

Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya fenomena


ketidaksamaan dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

AKTIVITI 1.6

1. Mengapakah perlaksanaan sekolah satu aliran dan sekolah


wawasan kurang mendapat sambutan? Nyatakan pendapat anda
dan kongsikan pendapat tersebut dalam forum myINSPIRE.
2. Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya mobiliti
sosial di Malaysia.

• Sosiologi merupakan disiplin kajian tentang interaksi yang berlaku antara


kumpulan sosial, hubungan luar antara setiap individu, dan menerangkan
cara sesebuah kumpulan boleh memberi kesan terhadap tingkah laku
seseorang atau kumpulan.

• Tiga cara untuk menggariskan bidang kajian sosiologi ialah persejarahan,


empiris dan penganalisisan.

• Sosiologi pendidikan lebih memberi penekanan tentang pendidikan yang


dilaksanakan pada zaman dahulu hinggalah sekarang. Sosiologi pendidikan
mengkaji cara pendidikan yang telah dijalankan dapat mempengaruhi pelajar
untuk berjaya atau sebaliknya.

• Menurut pandangan tokoh sosiologi seperti Piaget, Freud, Durkheim, Mead


dan Lacey, sosiologi dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:

– Sosialisasi primer (permulaan);

– Sosiologi sekunder (penyertaan); dan

– Sosiologi semula (resosialisasi).

• Terdapat lima struktur sosial asas masyarakat yang menjadi lingkaran besar
menentukan sosialisasi, iaitu keluarga, agama, pendidikan, ekonomi dan
kerajaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SOSIOLOGI, SEKOLAH DAN MASYARAKAT  29

• Antara agen sosialisasi yang dikenal pasti ialah keluarga, sekolah, rakan
sebaya, media massa, tempat kerja, kelab dan persatuan.

• Mobiliti sosial terbahagi kepada dua bentuk, iaitu mobiliti horizontal dan
mobiliti vertikal.

• Pelbagai dasar telah dilaksanakan bagi mewujudkan integrasi antara etnik di


Malaysia. Antaranya ialah:

– Pelaksanaan dasar pelajaran yang memupuk integrasi etnik di sekolah;

– Sekolah sebagai alat perpaduan;

– Pelaksanaan sekolah wawasan; dan

– Pelaksanaan sekolah satu aliran.

Bias Program
Dasar Pendidikan Negara Sekolah satu aliran
Fenomena Sekolah wawasan
Identiti Sosiologi
Imaginasi sosiologi

Giddens, A. (1993). Sociology: Introduction readings (Ed. semakan ke-2).


Cambridge, United Kingdom: Polity Press.

Glidewell, J. C., Kantor, M. B., Smith, L. M., & Stringer, L. A. (1966). Socialization
and social structure in the classroom. Dlm. L. W. Hoffman, & M. L. Hoffman
(Pnyt.). Review of child development research, Vol. 2. New York, NY: Russen
Sage Foundation.

Kamus Dewan (Ed. ke-4). (2005). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


30  TOPIK 1 SOSIOLOGI, SEKOLAH DAN MASYARAKAT

Miles, C. W. (1959). The sociological imagination. Oxford, United Kingdom:


Oxford University Press.

Mohd Salleh Lebar. (1998). Pengenalan ringkas: Sosiologi sekolah dan pendidikan.
Batu Caves, Malaysia: Thinker's Library.

Schwab, J. J. (1960). The teaching of science as enquiry. Dlm. Schwab, J. J., &
Brandwein, P. F., The teaching of science. Cambridge, United Kingdom:
Harvard University Press.

Sorokin, P. A. (1956). Fads and foibles in modern sociology and related sciences.
Chicago, IL: H. Regnery.

Sufean Hussin. (1996). Pendidikan di Malaysia: Sejarah, sistem dan falsafah. Kuala
Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Falsafah dan
Falsafah
2 Pendidikan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan takrifan dan pengertian falsafah dan falsafah
pendidikan;
2. Mengenal pasti ciri dan cabang dalam falsafah;
3. Menghuraikan prinsip falsafah pemikiran Timur dan Barat;
4. Menganalisis konsep pendidikan dalam falsafah pendidikan; dan
5. Menjelaskan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

 PENGENALAN
Bidang falsafah bukanlah ilmu yang bersifat teori semata-mata, bahkan ia juga
dianggap sesuatu yang bersifat abstrak dan perkara yang sukar untuk diamalkan.
Sebaliknya, bidang falsafah sangat membantu dan berguna dalam kehidupan
manusia.

Aktiviti pendidikan dan falsafah mempunyai kaitan yang erat. Pendidikan boleh
dianggap sebagai bahagian dinamis falsafah. Pendidikan ialah aspek terhadap
kepercayaan falsafah, cara yang praktik bagi mencapai dan menyatakan matlamat
kehidupan. Pendidikan bergantung pada falsafah bagi asas teorinya dan falsafah
bergantung pada pendidikan bagi rancangan amalan aktif dan praktik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 2 FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN

Falsafah pendidikan merupakan suatu perkara yang praktik, berhubung kait


dengan soal pendidikan. Meliputi suatu sistem kepercayaan, pegangan dan
prinsip umum yang membincangkan pelbagai perkara berkenaan pendidikan dan
pengajaran yang patut dijalankan di sekolah atau di bilik darjah.

AKTIVITI 2.1

Apakah falsafah hidup anda?

2.1 PENGERTIAN FALSAFAH DAN FALSAFAH


PENDIDIKAN
Perkataan falsafah berasal daripada perkataan Yunani, iaitu philosophia yang
bermaksud ingin tahu dengan mendalam atau suka dan cinta dengan mendalam.
Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan falsafah?

Falsafah ialah kebijaksanaan atau hikmah menggunakan akal fikiran untuk


mengetahui kebenaran yang hakiki.

Dalam bahasa Arab, perkataan „falsafah‰ ini disamakan dengan „hikmah‰.


Menurut Kamus Dewan (2005), falsafah bermakna pengetahuan tentang
pengertian yang dianggap ilmu yang tertinggi atau sebagai dasar pada ilmu lain.
Tokoh klasik falsafah yang terkenal memberi pengertian atau penjelasan mereka
tentang falsafah dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1: Pengertian Falsafah oleh Tokoh Falsafah Terkenal

Tokoh Pengertian

Herakleitos (540 hingga 480 SM) Falsafah ialah cinta pada kebijaksanaan.

Socrates (469 hingga 399 SM) Falsafah bermula dengan pencarian.

Plato (427 hingga 347 SM) Falsafah ialah tidak lain daripada pengetahuan
tentang segala yang ada.

Aristotle (384 hingga 322 SM) Falsafah ialah usaha menyelidik sebab dan asas
kepada segala benda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN  33

Cicero (106 hingga 43 SM) Falsafah ialah pengetahuan tentang sesuatu yang
maha agung dan usaha mencapainya.

John Dewey (1859 hingga 1952) Falsafah ialah arah keseluruhan proses pendidikan.

Sumber: Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2003)

Secara konsepnya, falsafah membawa pengertian sebagai suatu usaha mencari


kebenaran atau keyakinan yang berhubung dengan suatu perkara dengan
menggunakan kekuatan minda dan akal fikiran. Selain itu, falsafah juga boleh
diertikan sebagai pertimbangan terhadap sesuatu perkara yang berasaskan
kebenaran bagi memberi penjelasan tentang sesuatu.

2.2 CIRI-CIRI FALSAFAH


Manusia mempunyai satu ciri khas yang disebut keinsafan, kesedaran diri atau
refleksi diri, iaitu suatu sistem kehidupan berfikir, cerdas dan sedar pada nilai
moral. Melalui sifat refleksi diri, manusia bukan hanya tahu, malah mengetahui
bahawa dia tidak hanya merasai bahagia tetapi sedar bahawa dia merasa bahagia
dan susah.

Falsafah dianggap dapat membantu manusia menjelaskan perkara yang kabur


dalam pengalaman dan penyelidikan. Falsafah membantu manusia berfikir secara
kritis dan logik dengan asas pemikiran bagi semua aktiviti manusia, khususnya
dalam bidang sains, seni, agama dan pendidikan. Pengertian falsafah ini dapat
difahami sebagai suatu usaha memberi penjelasan dan pendapat yang
menyeluruh tentang manusia dan kehidupannya serta hubungannya dengan
sarwajagat.

Falsafah juga sebagai suatu aktiviti mentafsir ataupun menilai keseluruhan


pengalaman manusia secara komprehensif. Falsafah melibatkan aktiviti membuat
penilaian ke atas sesuatu fakta, iaitu dengan menganalisis maknanya, membuat
interpretasi, meletakkan kepentingan dan mempertimbangkan fakta tersebut bagi
tujuan kehidupan.

Dalam falsafah juga terdapat aktiviti mengenal pasti perkara yang berhubung
dengan konsep bagi maksud untuk mencari suatu kebenaran. Selain itu, falsafah
berusaha membentuk kebolehan untuk mengatasi masalah abstrak, soalan yang
cerdik dan merumuskan jawapan yang rasional.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 2 FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN

Bidang falsafah membantu manusia membuat analisis sesuatu konsep seperti


konsep dorongan dan minat bagi memperoleh pengertian yang sebenar sesuai
dengan sesuatu keadaan. Aktiviti falsafah adalah lebih kepada aktiviti yang
berkaitan dengan perkara abstrak kerana falsafah ialah suatu kaedah untuk
mencari perkara yang berkaitan dengan konsep dalam menentukan kebenaran.

2.3 CABANG FALSAFAH


Seterusnya, Rajah 2.1 memaparkan empat cabang falsafah yang mencorakkan
dunia pendidikan hari ini.

Rajah 2.1: Empat cabang falsafah

Mari kita akan bincangkan keempat-empat cabang falsafah ini dalam subtopik
seterusnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN  35

2.3.1 Metafizik
Apakah yang anda faham mengenai metafizik?

Metafizik ialah cabang falsafah yang mengkaji keadaan yang mutlak (the
nature of reality).

Tumpuan kepada penerokaan akal dalam mencari sifat kewujudan hakiki


seterusnya membawa kepada zat dan keagungan tuhan. Pada umumnya, ilmu
metafizik melibatkan kepercayaan kepada tuhan dan kewujudan alam. Ilmu ini
penting bagi pelajar supaya mereka tahu dan sedar tentang kewujudan alam yang
kompleks dan meluas ini. Oleh yang demikian, mereka dapat mendekatkan diri
mereka dengan tuhan sebagai penciptanya.

Perkembangan metafizik berlaku secara berperingkat. Ahli fikir pada zaman


dahulu banyak menyumbang dalam usaha untuk perkembangan ilmu metafizik.
Ia berubah menjadi suatu cabang falsafah apabila dikaji dengan lebih mendalam
berdasarkan bukti yang dapat dijelaskan dengan begitu terperinci mengikut
pelopor Barat.

Cabang falsafah metafizik boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu:


(a) Realiti;
(b) Kebenaran; dan
(c) Kewujudan.

Ia juga bersandarkan fenomena nyata dan objektif untuk mencari sebab dan
akibat. Keutamaannya adalah pada pemikiran logik, sistematik dan saintifik.

Walau bagaimanapun, pada umumnya, metafizik melibatkan kepercayaan


kepada tuhan serta kewujudan alam semesta. Dari sisi, kita dapat mengetahui
serta sedar tentang kewujudan alam yang kompleks dan luas, seterusnya dapat
kita mendekatkan diri kepada Yang Maha Pencipta.

Dalam metafizik pendidikan, tujuan pendidikan bagi aliran ini mestilah ke arah
melatih pelajar berfikiran secara rasional, bebas dan baik. Hal ini demikian kerana
fungsi kecerdasan manusia ialah menyelesaikan masalah dan memberi panduan
berkelakuan kepada individu supaya dapat memenuhi kehendak dan cita-cita
mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 2 FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN

Perancang kurikulum dalam pendidikan mesti memilih pelajaran yang dapat


melatih akal seperti membaca, menulis dan mengira. Kurikulum juga mestilah
termasuk subjek kemanusiaan, kesenian, sains dan matematik. Sains dan
matematik akan membawa manusia memahami kesenian tulen yang dapat
memperkayakan jiwa.

2.3.2 Epistemologi
Apakah yang dimaksudkan dengan epistemologi?

Epistemologi juga dikenal sebagai teori ilmu dan berasaskan kebenaran.

Persoalan yang difikirkan adalah termasuk sifat serta proses mental dan kognitif
dan juga kaedah mengesahkan sesuatu idea bagi menjana ilmu.

Plato memperkenalkan soalan ataupun masalah asas tentang epistemologi seperti


yang berikut:
(a) Apakah itu pengetahuan?
(b) Di manakah pengetahuan umumnya ditemukan?
(c) Apakah itu hakikat?

Tumpuan kajian epistemologi ialah berkenaan pengetahuan manusia, iaitu kajian


perbezaan antara ketentuan dengan kemungkinan bagi ilmu pengetahuan serta
perbezaan antara mengetahui dengan percaya. Disiplin epistemologi adalah
sangat luas sehingga meliputi alam binatang.

Daripada pengamatan ahli epistemologi didapati bahawa haiwan mempunyai


ciri-ciri persamaan dalam beberapa hal dengan tingkah laku manusia. Haiwan
dikatakan mempunyai kuasa untuk berfikir dan berimaginasi. Namun, kuasa
yang terdapat pada haiwan adalah sangat terhad, jika dibandingkan dengan kuasa
yang terdapat pada manusia.

Epistemologi mempunyai kaitan dengan disiplin metafizik, psikologi, pemikiran


dan logik. Ia juga mempunyai kaitan dengan pengajian lain seperti moral,
sosiologi dan falsafah agama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN  37

Epistemologi memberi perhatian pada sifat dan batasan ilmu pengetahuan


manusia kerana akal manusia sifatnya adalah terbatas (nisbi). Cabang falsafah ini
juga membicarakan asal usul sumber ilmu, budaya ilmu, batas ilmu kemanusiaan
dan sebagainya.

Perkara utama yang menjadi kepentingan dalam pendidikan ialah menemui dan
menyampaikan pengetahuan. Kita juga perlu memikirkan sebanyak mana
pengetahuan itu dapat ditemui oleh manusia dan setakat mana pula pengetahuan
tersebut dapat disampaikan kepada manusia.

2.3.3 Aksiologi
Perkataan aksiologi berasal daripada perkataan Yunani, exios yang bermaksud
kelayakan atau pantas dan logos yang bermaksud ilmu pengajian mengenainya.

Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan aksiologi?

Aksiologi ialah cabang falsafah yang memberi perhatian terhadap persoalan


nilai dan sistem nilai.

Para sarjana mengatakan bahawa cabang falsafah aksiologi boleh dibahagikan


kepada dua, iaitu:

(a) Etika
Etika berasal daripada perkataan Yunani ethos, iaitu sifat, watak, kebiasaan
atau tempat yang biasa. Manakala perkataan ethikos bermaksud moral. Etika
menumpukan perhatian terhadap isu dan persoalan tentang nilai moral dan
peraturan kelakuan manusia yang betul.

Maka, apakah definisi bagi etika?

Etika ialah kajian tentang konsep yang melibatkan akal praktikal: baik,
patut, tanggungjawab, kebaikan, kebebasan, rasional dan pilihan.

Kategori falsafah ini memberi tumpuan pada perbahasan terhadap isu dan
persoalan moral. Falsafah etika mempersoalkan isu adab dan peradaban,
integriti manusia dan kemanusiaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 2 FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN

Dalam bahasa Melayu, etika merujuk ilmu berkaitan prinsip akhlak ataupun
moral. Ia dirujuk berdasarkan konsep etika dalam bahasa Arab, iaitu Âilm al-
akhlak yang menjadikan khulq atau karakter sebagai subjek kajian.
Tumpuan kajian kepada keperibadian semula jadi seseorang seperti watak,
tabiat semula jadi, sabar, sifat akhlak, termasuk juga budaya dan agama
seseorang.

(b) Estetika
Apakah definisi bagi estetika?

Estetika didefinisikan sebagai kajian tentang pengetahuan atau ilmu


tertinggi yang dimiliki oleh individu yang berkaitan dengan kesenian
yang meliputi pelbagai cabang dalam aspek ini.

Falsafah estetika memberi fokus pada bidang kesenian, keindahan,


kehalusan, kesentosaan dan keharmonian dalam segala kejadian dan subjek
kajian. Seni juga bermaksud kemahiran, kreativiti dan kebolehan. Oleh yang
demikian, aliran falsafah ini terpengaruh dengan elemen persepsi atau
tanggapan deria dalam membuat pertimbangan nilai.

Teori nilai ini adalah amat penting dalam amalan pendidikan sebagaimana
pentingnya teori pengetahuan untuk pengajaran sebenar di dalam bilik darjah.
Oleh yang demikian, walau setinggi mana pengetahuan seseorang itu, dia masih
belum dianggap sebagai manusia yang sempurna, jika masih belum dapat
mengamalkan pengetahuannya untuk membezakan antara yang benar dengan
yang salah dalam ucapannya, mahupun dalam kepercayaan dan perbuatannya.

Bidang aksiologi ini penting dalam pendidikan. Kebanyakan ahli pendidik


beranggapan bahawa pendidikan bercorak afektif adalah lebih penting diberi
kepada pelajar berbanding pendidikan bercorak kognitif semata-mata dari segi
pembentukan kerohanian.

Individu diberi pendidikan supaya dirinya mampu membuat penilaian yang baik
dalam kehidupannya. Ibu bapa akan menilai anaknya dan anak mereka akan
menilai ibu bapa mereka. Guru pula akan menilai pelajarnya dan pelajarnya akan
menilai guru mereka. Masyarakat juga akan menilai kursus pembelajaran dan
rancangan aktiviti yang dilaksanakan di sekolah, manakala masyarakat pula akan
dinilai oleh guru.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN  39

2.3.4 Logik
Sekarang, mari kita teliti mengenai cabang logik.

Logik merupakan suatu teori penyimpulan deduktif ataupun suatu cabang


falsafah yang berhubung kait dengan penyimpulan yang benar.

Logik juga adalah pertimbangan terhadap perkara yang membentuk penaakulan


benar dan membezakan penaakulan yang tidak benar ataupun tidak rasional.
Seterusnya, ia memberi sebab sebenar tentang sesuatu kejadian dengan
menyatakan alasan yang boleh diterima oleh semua dan tidak pula bias kepada
semua pihak.

Sekiranya timbul prasangka dalam masyarakat, maka perlulah dikenal pasti dan
diteliti perkara itu, seterusnya cuba berikan satu alasan yang munasabah yang boleh
diterima oleh semua pihak dalam masyarakat. Logik juga merupakan suatu perkara
tanpa rasa syak wasangka dan boleh mendatangkan kebaikan kepada umum. Logik
terbahagi kepada dua bahagian seperti dipaparkan dalam Jadual 2.2.

Jadual 2.2: Dua Bahagian Logik

Bahagian Logik Deskripsi

Logik induktif Bermula daripada perkara ataupun kejadian khusus yang membawa
kepada generalisasi berbentuk am.

Logik deduktif Berkaitan dengan cara mengait atau menggunakan generalisasi atau
kesimpulan am dalam perkara atau kegunaan yang khusus.

Pengetahuan ilmu logik penting dalam pendidikan. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, asas berfikir yang kuat adalah sangat penting. Sesuatu
pembelajaran hanya dapat dilakukan dengan baik dan berkesan apabila seseorang
itu dapat berfikir secara kritikal, rasional, bebas dan dapat menyelesaikan masalah
dengan baik dan bijak.

Dalam menimba ilmu pengetahuan, kita terdedah kepada pelbagai keterangan


dan kejadian. Terpulanglah kepada kita untuk menentukan mana yang baik dan
berguna serta mana yang tidak baik. Semua itu hanya dapat dilakukan setelah kita
mempraktikkan ilmu logik dengan berkesan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 2 FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN

AKTIVITI 2.2

Nyatakan perbezaan antara kepentingan epistemologi dengan logik


dalam pendidikan.

2.4 MAZHAB FALSAFAH BARAT


Secara umumnya, falsafah Barat adalah terbahagi kepada empat mazhab seperti
yang digambarkan dalam Rajah 2.2.

Rajah 2.2: Empat mazhab falsafah Barat

Semua mazhab ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam subtopik
seterusnya. Mari kita meneruskan pembacaan.

2.4.1 Idealisme
Mazhab idealisme ialah mazhab falsafah umum yang terawal wujud di Barat.

Mazhab idealisme memberi fokus terhadap:


(a) Akal;
(b) Jiwa; dan
(c) Kerohanian.

Tiga unsur ini yang paling penting dalam kehidupan kerana kebenaran menurut
mazhab ini hanyalah bergantung pada unsur tersebut.

Kebenaran, keindahan dan keadilan boleh dicari menggunakan penaakulan yang


berterusan dengan penuh kesedaran bukan daripada kebendaan. Idea klasik ini
adalah daripada tokohnya, iaitu Plato dalam bukunya The Republic.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN  41

Cabang metafizik mengikut mazhab idealisme percaya bahawa semua realiti yang
ditransformasikan ke dalam bentuk fikiran dan kerohanian. Umpamanya, benda
yang terdapat di persekitaran tidak perlu dibawa ke sana sini bagi
memperlihatkan kewujudannya. Sebaliknya, cukup ia berada dalam pemikiran
dan boleh dinyatakan secara lisan sahaja bagi menjelaskannya.

Dari epistemologi, fahaman idealisme berpendapat bahawa kebenaran adalah


sebagai idea yang berada dalam alam pemikiran yang boleh bebas daripada
pengalaman deria. Sesuatu pengetahuan adalah wujud dalam bentuk fikiran
seperti ingatan, kefahaman dan penaakulan.

Mazhab falsafah idealisme juga berpendapat bahawa pengetahuan adalah


rasional dan sistematik. Oleh itu, kewujudan pengetahuan adalah benar dan
bersistematik. Suatu sistem pengetahuan yang lebih menyeluruh mempunyai idea
yang lebih seragam dan mempunyai lebih kebenaran. Manusia boleh mendapat
pengetahuan secara intuitif ataupun celik akal dan tidak semestinya melalui
pengalaman sahaja.

Pendidikan bertujuan melahirkan individu bermoral yang boleh memainkan


peranan dalam masyarakatnya. Guru memainkan peranan yang amat besar dan
penting, iaitu sebagai orang yang akan membentuk pelajarnya. Pelajar
menggunakan sepenuhnya kaedah belajar yang diperkenalkan oleh guru. Pelajar
hanya mempelajari ilmu yang disampaikan oleh gurunya.

2.4.2 Realisme
Falsafah realisme dikenal juga sebagai materialisme dan tokohnya ialah Aristotle.
Mazhab realisme mengenali dunia daripada objek dan jirim melalui pancaindera,
seterusnya mencari sebab musabab yang berkaitan dengan objek ataupun jirim
tersebut. Kebenaran menurutnya adalah bebas daripada penggunaan akal semata-
mata. Manusia menemui sesuatu benda atau objek dikatakan melalui deria yang
ada padannya.

Secara epistemologinya, mazhab ini berpendapat bahawa pengetahuan sebenar


ialah sesuatu perkara yang bersesuaian dengan perkara itu sendiri dan bukannya
teori, kefahaman atau ingatan, atau suatu kefahaman yang kosong. Pengalaman
dalam hidup menyebabkan tertanamnya pelbagai perkara ataupun pengetahuan
dalam otaknya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 2 FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN

Dalam pendidikan, guru ialah orang yang memainkan peranan yang penting bagi
menentukan perkara yang akan dipelajari oleh pelajar. Dalam hal ini, tidak timbul
persoalan sama ada pelajar berminat atau sebaliknya untuk belajar. Minat pelajar
akan timbul berdasarkan kaedah atau strategi pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan oleh guru.

2.4.3 Pragmatisme
Falsafah pragmatisme dikenal juga sebagai:
(a) Empirisme;
(b) Fungsionalisme; dan
(c) Eksperimentalisme.

Fokus falsafah ini adalah pada pengalaman dan merujuk eksperimentalisme yang
berasaskan perubahan, proses, relativiti dan pembinaan semula.

Pragmatisme mula muncul di Amerika pada abad ke-19 dan bermatlamat ke arah
keuntungan. Pada ahli ini, kebenaran bergantung pada hasil terakhir sesuatu
tindakan ke atas idea yang mampu membawa kepada keuntungan. John Dewey
dan Charles Darwin (1809 – 1882) merupakan tokoh bagi mazhab ini.

Mazhab ini berpendapat bahawa alam semesta adalah bersifat dinamik, berubah
dari semasa ke semasa. Manusia pula mengalami pertumbuhan dan
perkembangan. Bagi tujuan itu, manusia perlu menyelesaikan masalah yang
ditempuhi atau mendapat pengalaman semasa melalui proses kehidupan yang
dilaluinya.

Secara pemikiran sahaja tanpa pengalaman, realiti tidak dapat ditentukan.


Contohnya, kebenaran selepas kematian sukar dipastikan kesahannya kerana
tiada siapa yang mempunyai pengalaman berkaitan dengan perkara tersebut.

Pengetahuan adalah sebagai proses yang sentiasa berubah kerana persekitaran


yang sentiasa berubah. Pengetahuan manusia lahir daripada perhubungan
ataupun pengalaman antara manusia dengan persekitaran dan pembelajaran
berlaku apabila manusia menyelesaikan masalah dan mendapatkan pengalaman
dalam kehidupannya.

Dalam pendidikan, pelajar mudah mendapatkan ilmu pengetahuan ataupun


kemahiran, jika mereka diberi pengalaman. Pendedahan pada kaedah
eksperimen, inkuiri penemuan dengan sebanyak mungkin penglibatan pelajar
ialah cara yang terbaik mengikut kefahaman pragmatisme.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN  43

2.4.4 Eksistensialisme
Eksistensialisme wujud selepas Perang Dunia Kedua di Eropah, diasaskan oleh
Soren Kierkegaad (1813−1855) dan kemudiannya oleh Friedrich Wilhelm
Nietzsche (1844–1900) pada abad ke-19.

Falsafah ini bertentangan dengan idealisme mahupun realisme kerana lebih


mengutamakan pengalaman yang diperoleh daripada deria seperti penglihatan,
pendengaran dan rasa. Kebanyakan idea dan pengetahuan seseorang adalah
berasal daripada pengalaman bebas ataupun laissez-faire. Tujuan falsafah ini
adalah membolehkan setiap individu mengembangkan potensi sepenuhnya demi
kesejahteraannya.

Dari sudut metafizik, falsafah ini percaya bahawa realiti ialah sesuatu kewujudan
individu. Perkembangan adalah sangat bergantung pada persekitaran yang
dengan bebas boleh ditetapkan oleh individu.

Eksistensialisme berpendapat bahawa pengetahuan individu adalah berpunca


daripada pengalamannya dengan persekitaran. Oleh yang demikian, ia bersifat
relatif dan berubah-ubah mengikut kesesuaian masa dan keadaan.

Dalam pendidikan, oleh sebab setiap individu mempunyai keperluan dan minat
yang spesifik berkaitan dengan usaha mempertingkatkan pencapaian diri, tidak
ada kurikulum yang tetap, sistematik mahupun berstruktur. Sebaliknya, pelajar
menggunakan pengalaman, bahan yang berkaitan dengan subjek tertentu dan
kemahiran intelektualnya bagi mencapai matlamatnya, iaitu kesejahteraan diri. Di
samping itu, pelajar digalakkan menjalankan projek yang boleh menajamkan lagi
kemahirannya.

2.5 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM


Pengertian pendidikan Islam dalam istilah taÊlim, tadabbur, taÊdib, irsyad dan
tadris ialah usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu
Muslim sebagai hamba Allah SWT dan khalifah-Nya di bumi secara menyeluruh
dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, akliah,
emosi, akidah dan jasmani berdasarkan ajaran Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 2 FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN

2.5.1 Konsep Pendidikan


Dalam Islam, pendidikan adalah wajib kepada semua umat manusia. Pendidikan
adalah suatu tindakan yang diambil oleh sesuatu masyarakat, kebudayaan atau
tamadun untuk memelihara kelangsungan hidup. Jika pendidikan gagal
melaksanakan fungsinya, maka ia akan membawa kehancuran kepada manusia
serta dunia amnya.

Proses pendidikan perlu berlangsung sepanjang hayat sebagaimana yang


dijelaskan dalam al-Quran dan hadis. Prosesnya bermula daripada dalam
kandungan ibu lagi hinggalah ke liang lahad. Pendidikan tidak berpusatkan guru,
isi kandungan, sumber mahupun proses tetapi berfokuskan perkembangan
individu secara seimbang, harmonis, menyeluruh dan bersepadu yang meliputi
intelek, rohani, emosi dan jasmani.

2.5.2 Fungsi Pendidikan


Fungsi pendidikan dalam Islam antaranya adalah menyiapkan generasi untuk
memainkan peranan yang baik kepada diri, manusia lain, persekitaran dan
Allah SWT.

Pendidikan dalam Islam adalah untuk memindahkan nilai kepada generasi


berikutnya sebagai satu tanggungjawab, sebagai khalifah. Nilai dalam Islam
adalah bersumberkan al-Quran, hadis dan qiyas. Nilai yang baik seharusnya
berkesinambungan daripada satu generasi ke generasi yang lain.

Selain nilai, ilmu juga perlu dipindahkan. Ilmu terbahagi kepada dua jenis
sebagaimana dipaparkan dalam Jadual 2.3.

Jadual 2.3: Dua Jenis Ilmu

Jenis Ilmu Deskripsi


Ilmu Ilmu yang datang daripada Yang Maha Pencipta kepada manusia, ilmu
wahyu yang terdapat dalam al-Quran, hadis dan qiyas.
Ilmu ilmu yang diperoleh oleh manusia daripada usahanya yang
perolehan menggunakan akal dan pancaindera.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN  45

2.5.3 Sumber Pendidikan


Dalam pendidikan Islam, terdapat enam sumber utama seperti dinyatakan dalam
Jadual 2.2.

Jadual 2.2: Enam Sumber Utama Pendidikan

Sumber Deskripsi
Al-Quran Kitab Allah SWT yang diperturunkan kepada Nabi Muhammad
SAW. Al-Quran mengandungi mukjizat dan hidayah yang
mencakupi keseluruhan aspek kehidupan manusia.
Sunah Nabi Segala yang dilafazkan oleh Rasulullah SAW dalam bentuk
perkataan, perlakuan atau persetujuannya.
Kata-kata sahabat Merupakan kata-kata para sahabat Rasulullah SAW. Mereka
Rasulullah SAW mempunyai intelek yang tinggi.
Kemaslahatan Menurut al-Ghazali, kemaslahatan masyarakat ialah perkara
masyarakat yang mendatangkan manfaat dan menghindari mudarat. Ia
terdiri daripada lima perkara, iaitu ke arah menjaga:
(a) Agama;
(b) Diri;
(c) Akal;
(d) Keturunan; dan
(e) Harta benda.
Nilai Nilai yang diwahyukan mutlak sifatnya. Nilai mendasari
hukum, budaya dan gerak-geri manusia.
Kebiasaan dalam Kebiasaan dalam masyarakat ialah amalan baik kerana
masyarakat kebiasaan masyarakat yang bernilai boleh membawa kepada
kebaikan dan dijadikan hukum.

2.5.4 Kandungan Pendidikan


Pendidikan perlu berfokuskan manusia sebagai objek yang utama. Segala
pertimbangannya adalah ke arah kebaikan pelajar.

Prinsip yang perlu dipatuhi dalam pendidikan Islam ialah manusia merupakan:
(a) Sebaik-baik kejadian berbanding makhluk lain;
(b) Dilahirkan dalam keadaan suci;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 2 FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN

(c) Khalifah Allah SWT di muka bumi; dan


(d) Makhluk yang diberi akal.

Di samping itu, empat aspek berikut perlu diambil kira:


(a) Teologi (ketuhanan);
(b) Ontologi (kejadian);
(c) Epistemologi (keilmuan); dan
(d) Aksiologi (nilai).

Pemisahan antara pengetahuan, nilai dan keimanan akan menyebabkan


pendidikan menjadi tidak sempurna.

2.5.5 Matlamat Pendidikan


Matlamat pendidikan Islam adalah untuk melengkapkan setiap individu dengan
pengetahuan Islam supaya dia dapat hidup sebagai seorang yang beriman,
berakhlak tinggi, berpengetahuan dan beramal soleh.

2.6 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Kemajuan sesebuah negara adalah bergantung pada sistem pendidikan selain
daripada kestabilan politik, ekonomi, kebudayaan dan sistem nilai masyarakat.
Dengan ketiadaan dasar pendidikan yang sempurna dan mantap dengan falsafah
yang jelas, maka sistem pendidikan adalah tidak sempurna sifatnya kerana
mempunyai pelbagai bentuk dan corak yang tidak berfokus. Dasar yang dibuat
dalam sesuatu sistem pendidikan perlu merujuk asasnya, iaitu falsafah
pendidikan.

Falsafah menjadi teras kepada sistem pendidikan kerana terkandung di dalamnya:


(a) Matlamat yang hendak dicapai;
(b) Kaedah pelaksanaan pendidikan yang akan digunakan;
(c) Ciri-ciri yang hendak dibentuk; dan
(d) Liputan yang terangkum dalam sistem pendidikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN  47

2.6.1 Pembentukan Falsafah Pendidikan Negara


Falsafah pendidikan lahir setelah melalui proses yang bersinambungan yang
selari dengan proses pembinaan bangsa dan negara Malaysia. Bermula sejak tanah
air menuntut kemerdekaan daripada penjajah.

Selepas merdeka, satu jawatankuasa dibentuk, iaitu Jawatankuasa Rahman Talib


bertujuan mengkaji Penyata Razak dan Ordinan Pelajaran 1957 yang diguna pakai
dalam sistem pendidikan selepas merdeka. Jawatankuasa ini mengeluarkan
laporan, iaitu Penyata Rahman Talib 1960.

Kementerian Pelajaran pada masa itu banyak berpandukan Penyata Razak 1956
dan Penyata Rahman Talib 1960 dalam usaha memberi pelajaran kepada rakyat di
tanah air. Soal perpaduan kaum menjadi agenda utama dalam melaksanakan
aktiviti pendidikan pada masa itu.

Akta Pelajaran 1961 digubal berdasarkan Penyata Razak dan Laporan Rahman
Talib 1960. Objektif dasar pendidikan sebagaimana yang terkandung dalam Akta
Pelajaran 1961, antaranya adalah seperti yang berikut (rujuk Rajah 2.3):

Rajah 2.3: Sebahagian daripada objektif dasar pendidikan

Pada ketika itu, falsafah pendidikan masih belum tersurat melainkan masih
berasaskan kepada yang tersirat sahaja. Akta Pelajaran 1961 diguna pakai
sehingga akta baharu, iaitu Akta Pendidikan 1996 dikuatkuasakan. Dalam tempoh
itu, pelbagai pindaan ke arah yang lebih cemerlang telah dilakukan dari semasa
ke semasa berdasarkan kesesuaian masa dan keadaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


48  TOPIK 2 FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN

2.6.2 Falsafah Pendidikan Negara (FPN)


Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran yang
diterbitkan pada tahun 1979 ialah permulaan kepada pembentukan Falsafah
Pendidikan Negara yang lebih jelas. Falsafah pendidikan yang bertulis tersebut
dikenal sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN). FPN mula diperkenalkan secara
bertulis mulai tahun 1988. FPN adalah seperti yang berikut (rujuk Rajah 2.4):

Rajah 2.4: Falsafah Pendidikan Negara

2.6.3 Asas Pembinaan FPN


Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dibangunkan berasaskan pelbagai perkara
termasuklah pembangunan insan, pembangunan negara, keadaan rakyat yang
berbilang kaum serta agama ke arah perwujudan satu bangsa Malaysia yang maju,
berdaya saing serta mempunyai jati diri yang mantap melibatkan intelek, rohani,
emosi dan jasmani secara seimbang dengan berlandaskan ketuhanan.

FPN juga berasaskan hasrat serta aspirasi negara dan dinyatakan secara bertulis
memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak,
seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi
sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Hal
ini menjadi matlamat penting sistem pendidikan kebangsaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN  49

2.6.4 Unsur Integrasi dalam FPN


Tujuan pendidikan adalah mewujudkan masyarakat yang makmur dan sejahtera
hasil daripada hubungan yang harmonis antara manusia dengan manusia lain,
manusia dengan Tuhan dan manusia dengan persekitaran serta alam.

Pendidikan mempunyai hasrat untuk melahirkan rakyat yang berilmu, berakhlak,


bertanggungjawab serta boleh menikmati kebahagiaan hidup dan sedia berbakti
kepada keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara. Bagi merealisasikan
hasrat ini, usaha secara bersepadu adalah sangat perlu.

Berasaskan FPN, matlamat pendidikan negara dapat dilihat dari sudut


merealisasikan perkara yang berkaitan dengan pembangunan sosial manusia:
(a) Menyediakan peluang kepada semua rakyat Malaysia menuntut ilmu dan
kemahiran yang diperlukan;
(b) Memperluaskan pengetahuan, kefahaman serta kesedaran tentang tujuan
dan tanggungjawab seseorang warganegara;
(c) Memberi peluang pendidikan kepada semua rakyat Malaysia; dan
(d) Membolehkan seseorang menghayati prinsip Rukun Negara.

2.6.5 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)


Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dengan mantap masih dikekalkan dalam Akta
Pendidikan 1996. Namun sedikit tambahan perkataan dilakukan bagi
memantapkan lagi falsafah ini. FPN seterusnya dikenal sebagai Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Berdasarkan kepada FPK, matlamat pendidikan negara dapat ditafsirkan sebagai


usaha yang komprehensif dan berterusan untuk melahirkan individu yang
bersahsiah baik, berketerampilan seterusnya seimbang dan bersepadu dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani tanpa mengetepikan kepercayaan dan
kepatuhan kepada perintah Tuhan.

Matlamat pendidikan negara dapat dihuraikan sebagai menyedia dan memberi


peluang pendidikan kepada semua rakyat di negara ini tanpa mengira kaum dan
asal keturunan. Seterusnya memberi peluang kepada rakyat menuntut ilmu
sepanjang hayat selaras dengan konsep pendidikan seumur hidup dan
membolehkan mereka melakukan kerja dengan menggunakan kemahiran yang
dipelajari.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 2 FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN

Konsep pendidikan berdasarkan FPK, ialah suatu usaha yang berterusan dan
berlangsung sepanjang hayat (lifelong education). Rasionalnya adalah kerana
manusia mengalami pertumbuhan dan perkembangan. Proses pertumbuhan dan
perkembangan akan menyebabkan perubahan berlaku pada individu. Usaha
adaptasi kepada perubahan perlu kepada latihan kemahiran mahupun
pendidikan.

Pengembangan unsur rohani, emosi dan jasmani adalah tidak secara terasing
(compartmentalised). Sebaliknya, ia perlu dilakukan secara bersepadu, dan
penekanan kepada mana-mana unsur sebagai yang terdapat dalam sistem
pendidikan sebelum ini hanya akan menjadikan individu yang tidak seimbang.

Kesan akhir pendidikan sebagai yang dihasratkan oleh FPK adalah dilihat dari
dua dimensi, iaitu:

(a) Dimensi Intrinsik


Melihat bahawa pendidikan adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang:
(i) Mempunyai kepercayaan kepada Tuhan;
(ii) Patuh kepada ajaran agama;
(iii) Berilmu pengetahuan;
(iv) Berakhlak mulia;
(v) Bertanggungjawab; dan
(vi) Berkeupayaan mencapai kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan
diri.

(b) Dimensi Sosial


Melihat bahawa pendidikan adalah melahirkan rakyat Malaysia yang
mampu memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.

FPK perlu dijadikan teras ke arah melahirkan rakyat yang mempunyai kualiti
keterampilan diri yang tinggi. Pembangunan diri insan mendasari pembangunan
kehidupan manusia itu sendiri yang seimbang, sepadu dan harmonis secara
mental, fizikal dan spiritual akan menentukan kesejahteraan pembangunan
negara dan ummah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN  51

2.6.6 Falsafah Pendidikan dan Pendidikan Negara


Falsafah pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam sistem
pendidikan di negara kita, iaitu sebagai dasar, hala tuju dan panduan kepada
segala usaha yang dilakukan bagi peningkatan mutu pendidikan negara.

Implikasi yang jelas falsafah pendidikan di negara ini kepada sistem pendidikan,
adalah ke atas pembentukan kurikulum negara. Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) digantikan dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR)/Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang digantikan
dengan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang sentiasa mengalami
perkembangan sehingga kepada yang terkini ialah hasil perubahan yang
aspirasinya berasaskan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Antara perubahan yang jelas adalah penegasan pada aspek
kesepaduan dan menyeluruh termasuk pendidikan asas dan pendidikan umum.

Dalam proses pendidikan wujud pelbagai ruang dan peluang untuk


memperkembangkan potensi individu, membentuk insan yang seimbang dan
harmonis dalam segala aspek kehidupan termasuk pembentukan dan pemupukan
sistem nilai yang positif. Proses ini juga sentiasa menjadikan pendidikan sebagai
sesuatu yang menyeluruh dan bersepadu.

Bagi merealisasikan falsafah pendidikan yang tersurat dan KSSR yang dibentuk
terus berkembang dari semasa ke semasa, maka beberapa perubahan penting
terutamanya dari sudut institusi pendidikan itu sendiri. Perubahan yang nyata
adalah seperti peningkatan prasarana sekolah dan penstrukturan semula nisbah
bilangan pelajar bagi setiap kelas.

Implikasi FPN mahupun FPK kepada para pendidik khususnya guru di sekolah
adalah sangat nyata. Guru perlu lebih beriltizam dalam usahanya untuk mendidik
para pelajar sebagai generasi pelapis yang akan menjadi pemimpin negara pada
masa akan datang. Guru ialah orang yang kerjayanya mempunyai implikasi yang
jauh ke hadapan; tanggungjawabnya adalah bersifat futuristik.

Bagi tujuan itu, guru perlu meningkatkan usaha ke arah pertambahan ilmu
pengetahuan seluas dan seberapa dalam yang mungkin; mempertingkat
kemahiran profesional dan membina pembawaan yang positif termasuk nilai
murni yang bersifat sarwajagat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 2 FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN

2.6.7 Keunggulan Dasar Pendidikan


Pendidikan ialah mekanisme bagi pembangunan dan perpaduan sesebuah negara.
Tanpa sistem pendidikan yang sempurna dan mantap, akan terhasillah bentuk
pendidikan yang pelbagai corak dan tidak sempurna sifatnya.

Pendidikan ialah salah satu daripada mekanisme penting negara dalam mencapai
Wawasan 2020 yang kini digantikan dengan Wawasan 2025. Menjelang tahun
2025, Malaysia disasarkan akan menjadi sebuah negara yang maju. Usaha ke arah
ini memerlukan tenaga dan kepakaran dalam pelbagai peringkat pengetahuan
dan kemahiran dengan penuh disiplin serta ketinggian etika. Melalui sistem
pendidikan keperluan tenaga dan kepakaran dapat diwujudkan.

Terdapat kekuatan yang nyata pada Akta Pendidikan 1996 untuk mengarah
kepada pencapaian wawasan negara serta untuk kepentingan rakyat, bangsa,
negara dan bangsa.

Tiga strategi untuk mencapai matlamat dasar pendidikan perlu dimantapkan,


iaitu:
(a) Menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama;
(b) Kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua sekolah;
dan
(c) Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama dan seragam bagi semua.

Pembangunan fizikal dan mental perlu diimbangi dengan pembangunan yang


bercorak spiritual. Oleh itu, pendidikan kerohanian, moral dan disiplin adalah
juga strategi yang perlu diambil bagi mencapai matlamat dasar pendidikan ke
arah mencapai Wawasan 2025.

SEMAK KENDIRI 2.1

1. Jelaskan idealisme dan realisme dalam falsafah Barat.


2. Huraikan falsafah pendidikan Islam.
3. Bandingkan falsafah Pendidikan Islam dengan Barat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN  53

AKTIVITI 2.3

1. Bincangkan kepentingan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)


untuk pembangunan negara dalam mencapai Wawasan 2025.
2. Bincangkan hubungan FPK dengan tugas guru di sekolah.
3. Apakah kesan ideologi Barat dalam pendidikan di Malaysia?

• Falsafah bererti suatu usaha mencari kebenaran ataupun keyakinan yang


berhubung dengan suatu perkara dengan menggunakan kekuatan minda dan
akal fikiran.

• Antara ciri-ciri falsafah ialah ia dapat membantu manusia berfikir secara kritis
dan logik, ia juga merupakan aktiviti mentafsir atau menilai keseluruhan
pengalaman manusia secara komprehensif dan membantu manusia membuat
analisis sesuatu konsep.

• Terdapat empat cabang falsafah: metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik.

• Falsafah barat adalah terbahagi kepada empat mazhab, iaitu idealisme,


realisme, pragmatisme dan eksistensialisme.

• Mazhab idealisme memberi fokus pada akal, jiwa dan kerohanian.

• Menurut mazhab realisme, kebenaran sesuatu objek adalah bebas daripada


penggunaan akal semata-mata. Manusia menemui sesuatu benda atau objek
dikatakan melalui deria yang ada padanya.

• Fokus falsafah pragmatisme adalah pada pengalaman dan merujuk


eksperimentalisme yang berasaskan perubahan, proses, relativiti dan
pembinaan semula.

• Falsafah eksistensialisme pula mengutamakan pengalaman yang diperoleh


daripada deria seperti penglihatan, pendengaran dan rasa.

• Pendidikan Islam bererti usaha yang berterusan untuk memperkembangkan


potensi seseorang Muslim sebagai khalifah. Antara faktornya ialah konsep
pendidikan, fungsi pendidikan, sumber pendidikan, kandungan pendidikan
dan matlamat pendidikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


54  TOPIK 2 FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN

• Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah rumusan yang mantap yang


terkandung di dalamnya matlamat yang hendak dicapai, kaedah pelaksanaan
pendidikan yang akan digunakan, ciri-ciri yang hendak dibentuk dan liputan
yang terangkum dalam sistem pendidikan.

Aksiologi Kurikulum Standard Sekolah


Rendah (KSSR)
Etika
Kurikulum Standard Sekolah
Eksistensialisme Menengah (KSSM)
Epistemologi Logik
Estetika Logik deduktif
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Logik induktif
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) Metafizik
Idealisme Pragmatisme
Ilmu pemerolehan Realisme
Ilmu wahyu

Abu Bakar Nordin, & Ikhsan Othman. (2003). Falsafah pendidikan dan kurikulum.
Tanjung Malim, Malaysia: Quantum Books.

Kamus Dewan (Ed. ke-4). (2005). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Perkembangan
Pendidikan di
3 Malaysia
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan sejarah perkembangan pendidikan sebelum dan
selepas zaman British;
2. Menjelaskan laporan pendidikan negara;
3. Menghuraikan perkembangan pendidikan guru;
4. Menerangkan konsep pendidikan, Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR)/Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
dan Sekolah Bestari; dan
5. Menghuraikan Akta Pendidikan 1996.

 PENGENALAN
Sebelum kedatangan kuasa penjajah, pendidikan di Tanah Melayu berbentuk
bukan formal dan tidak memberatkan perkembangan kognitif pelajar. Corak
pendidikan yang ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran
al-Quran, tingkah laku dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian, seni
mempertahankan diri dan kemahiran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Dua peringkat dalam perkembangan pendidikan di Tanah Melayu adalah seperti


berikut:

(a) Peringkat Awal


Pada peringkat yang lebih awal dan teratur, terdapat suatu sistem
pendidikan agama yang disebut „sekolah pondok‰ yang ditubuhkan dan
dikendalikan oleh para ulama Islam yang terkenal. Pelajar menuntut di
madrasah agama dan tinggal di pondok yang dibina di sekelilingnya
(Abdullah Sani Yahya, 2003:1).

(b) Peringkat Kedua


Peringkat kedua ini berlaku semasa penjajahan British pada tahun 1824
hingga 1957. Pada peringkat ini, pendidikan dikelolakan oleh penjajah
British tanpa mempunyai suatu falsafah ataupun dasar pendidikan
kebangsaan.

Pentadbiran pendidikan semasa ini adalah mengikut dasar penjajah, iaitu:


(i) Dasar pecah dan perintah;
(ii) Dasar terbuka dan tidak ada campur tangan daripada pihak kerajaan.

3.1 SEJARAH AWAL PENDIDIKAN DI


TANAH MELAYU
Terdapat empat corak pendidikan di Tanah Melayu sebelum kedatangan penjajah
sebagaimana disenaraikan dalam Jadual 3.1.

Jadual 3.1: Empat Corak Pendidikan di Tanah Melayu Sebelum Kedatangan Penjajah.

Corak Pendidikan Deskripsi


Pendidikan Proses pendidikan seperti ini berjalan secara tidak formal oleh ibu
tingkah laku bapa dan anggota masyarakat. Kanak-kanak dididik dan diasuh
untuk membentuk karakter dan adab sopan serta budaya yang
luhur menerusi kaedah contoh dan tauladan yang baik.
Pada peringkat ini, ibu bapa sebagai ketua keluarga memainkan
peranan yang amat penting dalam pembentukan tingkah laku
dan adab ahli keluarga. Pendekatan yang digunakan adalah
melalui pesanan dan nasihat berbentuk puisi seperti gurindam,
seloka, peribahasa, pantang larang, adat resam dan penglipur
lara.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA  57

Pendidikan Pada waktu ini juga kanak-kanak diasuh oleh institusi keluarga
kemahiran hidup dan masyarakat dalam bidang kemahiran hidup seperti bidang
pertanian, perkebunan, perniagaan serta keusahawanan,
perikanan, pelayaran dan kemahiran lain seperti kraf tangan,
kesenian, pertukangan dan pembuatan senjata untuk
kelangsungan kehidupan seharian.
Di samping itu, masyarakat juga mempelajari bidang kemahiran
komunikasi dan bahasa asing bagi tujuan berdagang dan
menjalin hubungan dengan kuasa dan negara asing.
Pendidikan seni Masyarakat juga dididik dan dilatih dalam bidang seni
mempertahankan mempertahankan diri dan kemahiran menggunakan senjata bagi
diri tujuan membangunkan jati diri dan kekuatan fizikal sebagai
persiapan menghadapi musuh dari luar dan dari dalam.
Mereka diajar oleh guru yang berkemahiran dari aspek fizikal,
emosi dan spiritual. Kemahiran seperti ini amat diperlukan oleh
masyarakat pada waktu ini bagi mempertahankan maruah dan
kedaulatan tanah air daripada serangan musuh.
Pendidikan Islam Agama Islam telah lama bertapak di Tanah Melayu.
Perkembangan pendidikan formal di Tanah Melayu adalah selari
dengan kedatangan Islam kerana Islam ialah agama yang
menitikberatkan soal ilmu, kemahiran dan ketamadunan.
Oleh itu, pendidikan formal dan tidak formal tentang Islam telah
bermula dari Istana Raja, rumah guru dan sekolah pondok.
Kurikulumnya juga telah disusun seperti pengajian al-Quran,
Ilmu Fikah, Tauhid, Tajwid, Ilmu Nahu, Saraf, Ulum Syariah,
Tafsir dan Tasawuf.
Pada peringkat ini, ilmu disampaikan secara percuma oleh guru
dalam kalangan mubaligh Muslim dari dalam negeri, alam
Nusantara dan dari negara Arab, Farsi, India dan sebagainya
yang datang untuk berdakwah sambil berdagang (Sufean Hussin,
2008:3).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


58  TOPIK 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

3.2 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PADA


ZAMAN PENJAJAHAN BRITISH
Subtopik ini akan menerangkan perkembangan pendidikan di Malaysia pada
zaman penjajahan British. Mari kita mempelajarinya.

3.2.1 Sistem Pendidikan Vernakularisme


Pendidikan Inggeris mula diperkenalkan di Tanah Melayu apabila Penang Free
School ditubuhkan pada tahun 1816. Sekolah Inggeris di negeri Melayu yang lain
ditubuhkan agak lewat. Antaranya ialah Sekolah King Edward VII di Taiping
pada tahun 1883 dan Victoria Institution di Kuala Lumpur pada tahun 1894. Pada
pertengahan abad ke-19, mubaligh Kristian membantu menubuhkan beberapa
buah sekolah Inggeris.

Kebanyakan sekolah Inggeris ditubuhkan di kawasan bandar dengan bantuan


kerajaan Inggeris. Kurikulum sekolah ini bercorak kurikulum Grammar School of
Great Britain dengan tujuan mengeluarkan pegawai tadbir rendah bagi memenuhi
keperluan kuasa metropolitan British.

Sekolah Inggeris dianggap sebagai sekolah elit kerana terletak di bandar dan
pelajarnya terdiri dalam kalangan anak bangsawan. Pendidikan di sekolah
Inggeris diadakan pada peringkat rendah dan menengah. Amalan dan dasar
pendidikan negara pada zaman penjajah adalah sangat berbeza. Peluang untuk
bersekolah juga didapati tidak seimbang kerana kerajaan British tidak mempunyai
dasar pendidikan yang jelas.

Kerajaan telah mengamalkan dasar laissez-faire dalam bidang pendidikan dan


menyebabkan wujudnya lima jenis persekolahan pada zaman pemerintahan
British seperti dilakarkan dalam Rajah 3.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA  59

Rajah 3.1: Lima jenis persekolahan pada zaman pemerintahan British

Setiap sosial persekolahan itu dibiarkan berkembang mengikut haluan sendiri.


Kesan daripada sosial persekolahan yang berbeza-beza pada zaman pemerintahan
Inggeris ini menimbulkan situasi yang rumit dalam usaha keseragaman dan
integrasi nasional.

Kewujudan vernakularisme dalam pendidikan zaman British juga menyebabkan


jurang ekonomi dan sosial semakin ketara dalam kalangan penduduk tanah
Melayu pada masa itu. Pelajar dari sekolah tersebut mempunyai nilai ekonomi
dan peluang pekerjaan yang lebih baik berbanding dengan pelajar lepasan sekolah
vernakular Melayu, Cina dan Tamil.

Kerajaan British langsung tidak berhasrat memajukan bidang pendidikan semasa


memerintah Tanah Melayu kerana beranggapan pendidikan untuk kaum Melayu
khususnya tidak mendatangkan faedah. Sebaliknya, kewujudan berpendidikan
akan menimbulkan kesedaran bagi mereka untuk menentang kerajaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


60  TOPIK 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Sistem pendidikan Inggeris ini memberi gambaran bahawa pemerintahan kolonial


tidak berminat membangunkan rakyat melalui sistem pendidikan. Persefahaman
dan perpaduan tidak dianggap penting untuk dipupuk menerusi pendidikan
Inggeris yang mengabaikan soal pendidikan kebangsaan yang terancang.
Pemerintahan Inggeris tidak menubuhkan suatu sistem persekolahan yang
tunggal yang dapat mendidik dan menyatukan anak daripada semua kaum di
tanah Melayu.

3.2.2 Pendidikan Melayu


Pendidikan Melayu yang awal menekankan pengajaran al-Quran dan
pengetahuan asas membaca, menulis dan mengira. Pendidikan Melayu diberi
secara percuma pada peringkat rendah sahaja. Anak Melayu yang bercita-cita
tinggi dan ingin melanjutkan pelajaran terpaksa memasuki sekolah menengah
Inggeris di bandar.

Tujuan utama sekolah Melayu yang diasaskan pada abad ke-19 adalah bagi
membolehkan anak Melayu terus kekal di desa, mewarisi kemiskinan keluarganya
dan membantu ibu bapa mereka. Mereka sekadar diharapkan dapat „menjadi
petani dan nelayan yang lebih baik‰ daripada ibu bapa mereka.

Oleh itu, pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa Melayu dihadkan
pada empat tahun sahaja dengan skop dan kurikulum yang terhad. Mereka diajar
membaca, menulis dan mengira serta kemahiran kerja tangan seperti menganyam.

Kemudahan pendidikan bagi masyarakat luar bandar amat terbatas sama ada dari
segi mutu pendidikan yang diberi mahupun peluang penyertaan yang disediakan.
Sekolah awal untuk orang Melayu didirikan atas daya usaha orang perseorangan
yang mengambil berat untuk memberikan pendidikan kepada orang Melayu.
Jadual 3.2 memaparkan sejarah perkembangan sekolah Melayu di Malaysia.

Jadual 3.2: Sejarah Perkembangan Sekolah Melayu di Malaysia

Tahun Peristiwa Bersejarah


1856 Sekolah Melayu pertama didirikan di Teluk Belanga, Singapura dan Kampung
Gelam dengan dibiayai oleh Temenggung Johor.
1863 Tiga buah lagi sekolah Melayu didirikan di Seberang Perai, iaitu di Penaga,
Permatang Pauh dan Bukit Tambun.
1884 Di Perak, sekolah Melayu didirikan di Kuala Kangsar dan Batu Gajah.
1894 Latihan guru Melayu dimulakan di Teluk Belanga, Singapura.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA  61

1905 Bagi menampung permintaan yang bertambah terhadap pendidikan


menengah, Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) diasaskan mengikut
model English Grammar School. Namun, sekolah ini dikhaskan untuk anak
golongan bangsawan sahaja.
Pada awal abad ke-20 itu, peluang pelajar sekolah Melayu untuk melanjutkan
pelajaran juga terhad serta tidak mempunyai peluang menyertai sosial
ekonomi dan pentadbiran pada waktu itu. Peluang yang ada bagi mereka
hanyalah menjawat jawatan rendah seperti polis, kerani, pelayan pejabat dan
buruh yang bersesuaian dengan objektif pentadbiran pihak penjajah pada
ketika itu.
1922 Bagi menampung permintaan yang bertambah terhadap guru Sekolah Melayu
yang berkelayakan, Sultan Idris Training College (SITC) ditubuhkan.
1935 Bagi memenuhi keperluan guru perempuan Melayu, maka ditubuhkan pula
Maktab Perguruan Perempuan Melayu di Melaka.

3.1.3 Pendidikan Cina


Dasar terbuka dan tidak campur tangan dalam hal ehwal sosial kaum pendatang
menyebabkan wujudnya sekolah Cina dan sekolah Tamil. Sekolah ini
dikendalikan oleh masyarakat masing-masing tanpa bantuan daripada Inggeris
sehinggalah tahun 1920-an. Selaras dengan tradisi mengutamakan pelajaran dan
mengekalkan kebudayaan serta identiti bangsa, masyarakat Cina mula bergiat
menubuhkan sekolah Cina sejak awal abad ke-19.

Pada tahun 1920-an, pengaruh kuat sekolah Cina menyedarkan kerajaan Inggeris
untuk memperkenalkan suatu undang-undang bagi mengelakkan sekolah itu
daripada terasing dan mengawal aktiviti sekolah. Hal ini disebabkan oleh dasar
tidak campur tangan oleh pemerintahan Inggeris dalam pendidikan vernakular.

Ia menyebabkan perkembangan politik dan ekonomi di negeri China


mempengaruhi sistem pendidikan masyarakat Cina di Semenanjung Tanah
Melayu, Sabah dan Sarawak. Kurikulumnya berorientasikan negeri China dan
buku teks serta gurunya juga dibawa masuk ke Semenanjung Tanah Melayu.

Bermula dari tahun 1924, sebahagian daripada sekolah Cina menerima bantuan
kewangan daripada kerajaan. Pada amnya, guru sekolah ini tidak ada latihan
formal sehinggalah selepas Perang Dunia Kedua apabila program latihan kelas
formal diadakan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


62  TOPIK 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

3.1.4 Pendidikan Tamil


Sekolah Tamil didirikan di ladang getah yang sebahagian besar penduduknya
ialah kaum keturunan India. Pada tahun 1923, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
meluluskan suatu rang undang-undang yang dinamakan Ordinan Negeri-negeri
Melayu Bersekutu 1923. Suatu peruntukan dimasukkan ke dalam ordinan itu,
iaitu majikan ladang getah diwajibkan membina sekolah bagi anak pekerja
mereka. Mubaligh Kristian juga banyak memberi sumbangan pada perkembangan
pendidikan Tamil.

Sekolah ini dikelolakan oleh masyarakat India sendiri dan pihak kerajaan
ataupun majikan ladang getah tidak memberi bantuan sama ada dari segi fizikal,
kewangan atau pedagogi. Sekolah Tamil yang didirikan di ladang getah
menghadapi beberapa kekurangan dari segi kandungan kurikulum, tenaga
pengajar dan kurikulum.

Kurikulum di sekolah Tamil ini disesuaikan mengikut negeri India, begitu juga
kebanyakan guru serta buku teks dibawa masuk dari India. Kurikulumnya juga
menegaskan pengetahuan dalam kemahiran asas membaca, menulis dan
mengira (3M).

Sebelum Perang Dunia Kedua, program latihan guru kelas formal selama tiga
tahun dimulakan untuk guru sekolah Tamil. Pendidikan di sekolah Tamil juga
terhad pada peringkat rendah sahaja.

3.3 LAPORAN PENDIDIKAN


Selepas Perang Dunia Kedua, perkembangan politik di negeri China, India dan
negara jiran banyak mengubah kedudukan sementara pendatang China dan India
di rantau ini. Kesan kedudukan yang bertambah tetap, masyarakat pendatang
mula menganggap Tanah Melayu sebagai tempat kediaman tetap mereka dan
kebangkitan nasionalisme Melayu sudah memperlihatkan tumpuan pada
kerumitan dalam masalah pendidikan. Keadaan ini menimbulkan gelombang
aspirasi dan sentimen pelbagai kaum yang bercanggah dengan dasar pendidikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA  63

Subtopik seterusnya akan membincangkan laporan pendidikan di Malaysia


seperti dipaparkan dalam Rajah 3.2.

Rajah 3.2: Tujuh laporan pendidikan di Malaysia

Sekarang, mari kita pelajari setiap laporan pendidikan ini dengan lebih lanjut
dalam subtopik berikutnya.

3.3.1 Laporan Barnes 1950


Orang Melayu mula mendesak supaya kerajaan memperbaiki mutu pendidikan
di sekolah Melayu dan menambahkan peluang bagi melanjutkan pelajaran.
Sebuah jawatankuasa berkenaan pendidikan Melayu sudah dibentuk pada tahun
1950, dipengerusikan oleh L. J. Barnes, Pengarah Bahagian Latihan Sosial,
Universiti Oxford bagi menyelidik dan membuat perakuan bagi memperbaiki
pendidikan orang Melayu.

Jawatankuasa Barnes mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah kebangsaan dan


bahasa berbilang kaum sama ada menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar utamanya. Sekolah vernakular Melayu, Cina
dan Tamil akan ditukar secara beransur-ansur kepada sekolah kebangsaan dengan
memperkenalkan aliran kebangsaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Jawatankuasa Barnes membuat beberapa syor untuk menggubal satu sistem


pendidikan kebangsaan. Antara lain, ia menyarankan supaya persekolahan pada
peringkat rendah dijadikan alat bagi perpaduan dan penyatuan masyarakat yang
berbilang kaum di Tanah Melayu. Berasaskan pandangan itu, Jawatankuasa
Barnes mengemukakan satu laporan kepada kerajaan British yang dikenal sebagai
Laporan Barnes pada tahun 1950.

Antara syor yang dikemukakan ialah:


(a) Menubuhkan satu corak sekolah rendah, iaitu sekolah kebangsaan yang
dibuka kepada pelajar daripada semua kaum dengan diajar oleh guru
pelbagai kaum dan keturunan;
(b) Memansuhkan sekolah rendah vernakular mengikut kaum dan digantikan
dengan sekolah kebangsaan;
(c) Menjadikan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
utama di sekolah rendah dan bahasa Inggeris pada peringkat sekolah
menengah;
(d) Tempoh persekolahan diseragamkan selama enam tahun bermula apabila
kanak-kanak mencapai usia enam tahun; dan
(e) Persekolahan percuma kepada semua pelajar.

Cadangan yang dikemukakan dalam Laporan Barnes mencetuskan penentangan


yang hebat oleh kumpulan masyarakat yang lain, terutamanya masyarakat Cina
yang menganggapnya sebagai percubaan bagi menindas dan menghapuskan
bahasa dan kebudayaan mereka.

Bagi mengurangkan kebimbangan masyarakat Cina, pentadbiran British melantik


sebuah jawatankuasa pendidikan Cina pada tahun 1951 di bawah Dr Fenn dan
Dr Wu bagi melaporkan berkenaan sekolah Cina di Tanah Melayu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA  65

3.3.2 Laporan Fenn-Wu 1951


Jawatankuasa Fenn-Wu mengkaji sosial persekolahan vernakular Cina dan
mengemukakan laporan yang dikenal sebagai Laporan Fenn-Wu pada tahun 1951.
Menurut mereka, sekolah vernakular Cina berperanan untuk membina bangsa
yang bersatu padu secara berasingan.

Jawatankuasa ini mencadangkan:


(a) Penggunaan tiga bahasa, iaitu bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar diteruskan; dan
(b) Menyokong penggubalan sistem pendidikan kebangsaan, namun sekolah
aliran Cina perlu dikekalkan dengan sukatan pelajarannya dan disesuaikan
mengikut persekitaran masyarakat tempatan.

3.3.3 Ordinan Pelajaran 1952


Jawatankuasa Penasihat Pusat berkenaan pendidikan dibentuk bagi mengkaji
pendapat yang bercanggah yang dicadangkan oleh kedua-dua laporan yang
membangkitkan perdebatan yang meluas dan hebat di seluruh negara. Perdebatan
jawatankuasa ini yang merupakan suatu kompromi antara pendapat yang
berlainan dan seterusnya menjadi asas terhadap Ordinan Pelajaran 1952.

Ordinan Pelajaran 1952 merupakan satu usaha yang unggul dibuat oleh British
dalam usaha untuk memperundangkan satu dasar pelajaran yang mempunyai
bidang dan ciri-ciri kebangsaan.

Ciri-ciri penting dasar yang terkandung dalam Ordinan Pelajaran 1952 adalah:
(a) Memajukan suatu sekolah kebangsaan dengan pengenalan dwibahasa
secara beransur-ansur di sekolah vernakular Melayu dan Tamil melalui
pengenalan kelas bahasa kebangsaan.
(b) Mengehadkan kadar kemasukan pelajar ke sekolah Inggeris.
(c) Mengembangkan sekolah vokasional.

Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dilaksanakan kerana kerajaan menghadapi


masalah kewangan berpunca daripada kemelesetan ekonomi. Hal ini demikian
kerana sebahagian besar peruntukan terpaksa dibelanjakan untuk menghadapi
keadaan darurat yang dialami pada ketika itu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


66  TOPIK 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Ordinan Pelajaran 1952 ini tidak mendapat sambutan yang baik, menyebabkan
Majlis Tertinggi Persekutuan sekali lagi melantik sebuah Jawatankuasa Khas
untuk mencari penyelesaian bagi melaksanakan dasar yang tercatat dalam
Ordinan 1952.

3.3.4 Laporan Razak 1956


Menjelang akhir tahun 1955, Persekutuan Tanah Melayu sudah mempunyai
kerajaan pertama yang dipilih. Dalam persediaan menuju ke arah kemerdekaan,
wujud kesedaran tentang betapa mustahaknya untuk mewujudkan dan
memelihara kestabilan sosial dan politik bagi menjamin pertumbuhan ekonomi
dan kesejahteraan hidup rakyat berbilang kaum di negara ini. Sistem persekolahan
yang diperkenalkan oleh British tidak dapat menyemai unsur semangat
kebangsaan dan tidak dapat menampung keperluan tersebut.

Laporan Razak 1956 mengesyorkan sejumlah 17 perakuan dengan mengambil kira


matlamat yang muktamad bagi menubuhkan suatu sistem pendidikan
kebangsaan untuk semua kaum dengan menggunakan bahasa kebangsaan
sebagai bahasa pengantar utama. Prinsip dan cadangan asas laporan ini yang
dimaktubkan sebagai Ordinan Pelajaran 1957 menjadi asas kepada Dasar
Pelajaran Kebangsaan.

Antara cadangan yang penting adalah:


(a) Penubuhan dua jenis sekolah sahaja, iaitu sekolah rendah yang bersendirian
ataupun yang menerima bantuan dan sekolah menengah yang bersendirian
ataupun yang mendapat bantuan terus.
(b) Menukarkan sekolah rendah yang ada sekarang kepada sekolah umum
dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya dan sekolah jenis
kebangsaan dengan bahasa pengantarnya, bahasa Cina, bahasa Tamil atau
bahasa Inggeris.
(c) Menjadikan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran
wajib di semua sekolah rendah dan sekolah menengah.
(d) Penubuhan suatu jenis sekolah menengah kebangsaan terbuka secara
saingan kepada semua bangsa, menggunakan sukatan pelajaran yang
seragam untuk semua aliran, suatu kurikulum pelajaran yang boleh diubah
suai bagi membenarkan pengajaran semua bangsa dan kebudayaan Tanah
Melayu serta mempunyai ruang bagi pelbagai bahasa menjadi bahasa
pengantar.
(e) Mengorientasikan semua sekolah ke arah Tanah Melayu melalui kandungan
sukatan pelajaran dan jadual waktu yang sama.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA  67

(f) Mengambil langkah-langkah bagi memupuk perkembangan bahasa


kebangsaan dan mempertingkatkan pengetahuan dalam kalangan
penduduk di Persekutuan Tanah Melayu.
(g) Penumpuan terhadap peringkat persekolahan di Tanah Melayu pada tahun
1956.

Bagi menampung keperluan yang bertambah untuk guru yang berkelayakan,


program latihan guru diperluaskan. Dua buah maktab seberang laut, iaitu Kirby
TeacherÊs Training College dan Brinsford Lodge Teachers Training College
ditubuhkan buat sementara di England. Di Tanah Melayu, maktab latihan guru
ditubuhkan di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Pada peringkat pengajian tinggi, Universiti Malaya ditubuhkan di Singapura pada


tahun 1940 bagi memenuhi permintaan yang bertambah terhadap pelajaran tinggi
di Tanah Melayu dan Singapura. Sesungguhnya, Laporan Razak 1956 dapat
dianggap sebagai batu asas bagi perkembangan sistem pendidikan kebangsaan di
negara ini.

Antara ciri-ciri terpenting dasar pendidikan kebangsaan yang sudah diguna pakai
sebagai garis panduan dalam segala usaha pembangunan pelajaran sejak waktu
itu ialah:
(a) Hasrat hendak membentuk suatu sistem pendidikan kebangsaan bagi semua
kaum;
(b) Hasrat matlamat akhir bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama;
(c) Hasrat bagi mengadakan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling
Malaysia dengan mewujudkan sukatan pelajaran yang sama isi
kandungannya; dan
(d) Hasrat bagi memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan dengan
mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah dan pelajar.

Cadangan Laporan Razak telah dirasionalisasikan serta dilaksanakan dalam


program dan projek pendidikan bagi memupuk semangat dan identiti kebangsaan
dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum serta mengeluarkan tenaga
yang mahir bagi mencapai pembangunan negara.

Cadangan Laporan Razak telah digubal menjadi Ordinan Pelajaran 1957. Ordinan
ini mewajibkan kurikulum yang sama digunakan di semua sekolah. Pada tahun
1959, satu jawatankuasa penyemak pelajaran ditubuhkan untuk mengkaji semula
perlaksanaan sistem pelajaran yang dicadangkan dalam Laporan Razak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Kajian itu dilakukan kerana beberapa bantahan dibuat terhadap pelaksanaan


Laporan Razak. Antaranya ialah guru sekolah Melayu melahirkan rasa tidak puas
hati kerana mereka berpendapat bahasa kebangsaan tidak dilaksanakan dengan
tegas. Persatuan Guru Sekolah Cina membantah kerana sebahagian daripada
kandungan Penyata Razak mengabaikan kepentingan pendidikan bahasa Cina.

Pada tahun 1959, Jawatankuasa Penyemak Pelajaran ditubuhkan untuk meneliti


semula perlaksanaan sistem pelajaran yang dicadangkan oleh Laporan Razak.
Menteri Pelajaran ketika itu, Abdul Rahman Talib dipilih menjadi pengerusi
jawatankuasa tersebut dan mengeluarkan laporan yang dikenal sebagai Laporan
Rahman Talib.

3.3.5 Laporan Rahman Talib 1960


Perakuan Jawatankuasa Penyemak 1960 mempunyai kaitan yang penting dalam
perkembangan pendidikan pada tahun 1960-an. Pada dasarnya, laporan ini
bertujuan memperteguh dan memperbaiki konsep dan matlamat sistem pelajaran
yang terkandung dalam Penyata Razak dan Ordinan Pelajaran.

Tugas utama yang dipertahankan ialah:


(a) Sistem persekolahan yang sama bagi semua.
(b) Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama bagi semua
peringkat persekolahan.
(c) Kurikulum dan peperiksaan sekolah yang sama kandungannya dan
bercorak kebangsaan.

Antara perkara terpenting yang diperakukan oleh Jawatankuasa Penyemak 1960


adalah:
(a) Pendidikan rendah secara percuma.
(b) Kenaikan darjah secara automatik sehingga ke Tingkatan 3.
(c) Peperiksaan Penilaian Darjah Lima.
(d) Memperbaiki mutu pendidikan di sekolah rendah vernakular.
(e) Mempertingkatkan pendidikan teknik dan vokasional.
(f) Pengawalan pelajaran rendah.
(g) Menubuhkan jemaah nazir persekutuan.
(h) Memperkenalkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA  69

(i) Penggunaan bahasa rasmi bagi peperiksaan awam.


(j) Mengembangkan program latihan guru.
(k) Menyediakan pengajaran agama dan moral.

3.3.6 Akta Pelajaran 1961


Dalam usaha hendak memperkemas dan merumuskan dasar pendidikan negara,
kesemua perkara yang diterima daripada Laporan Razak 1956 dan perakuan
utama Jawatankuasa Penyemak 1960, digabungkan ke dalam suatu peruntukan
undang-undang pelajaran yang kemudiannya disebut Akta Pelajaran 1960.

Akta Pelajaran 1960 ini digabungkan ke dalam suatu peruntukan undang-undang


pelajaran yang kemudiannya disebut Akta Pelajaran 1961. Dengan itu, segala
usaha yang dicurahkan bagi pembangunan pelajaran di negara ini adalah
berpandukan dasar yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 seperti yang
berikut (rujuk Rajah 3.3).

Rajah 3.3: Akta Pelajaran 1961

Bagi melaksanakan Akta Pelajaran 1961 dengan berkesan, bahagian pentadbiran


dan pelaksanaan Kementerian Pendidikan sudah diperluaskan. Beberapa
bahagian sudah ditubuhkan dan beberapa jawatankuasa sudah dibentuk seperti
ditunjukkan dalam Jadual 3.3.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Jadual 3.3: Bahagian dan Jawatankuasa yang Ditubuhkan

Tahun Bahagian yang Ditubuhkan


1963 Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan
1964 Bahagian Teknik dan Vokasional
1967 Bahagian Buku Teks
1972 Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan
1973 Pusat Perkembangan Kurikulum
1979 Institut Latihan Pegawai-pegawai Pelajaran Malaysia ditubuhkan bagi
meningkatkan prestasi pegawai Pelajaran Malaysia. Institut latihan ini
dinamakan semula sebagai Institut Pengurusan Pendidikan Negara sejak
tahun 1984 dan sekarang dipanggil Institut Aminuddin Baki
1985 Majlis Peperiksaan Malaysia ditubuhkan sebagai suatu badan berkanun bagi
mengendalikan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

3.3.7 Laporan Kabinet 1979


Setelah beberapa tahun sistem pendidikan yang berteraskan Laporan Rahman
Talib dilaksanakan, suatu kajian telah dijalankan bagi mengkaji keperluan
pelajaran dalam menyahut cabaran zaman sains dan teknologi dan Dasar
Ekonomi Baru. Pada tahun 1974, suatu Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan bagi
mengkaji pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Tugas penting jawatankuasa ini adalah membuat penelitian ke atas sistem


pelajaran kebangsaan. Antara lain adalah:
(a) Meneliti matlamat dan kesan sistem pendidikan pada masa itu.
(b) Memastikan keperluan tenaga rakyat dan negara dapat dipenuhi.
(c) Melahirkan masyarakat bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.

Laporan Kabinet diterbitkan pada tahun 1979 yang meneliti dan kemudiannya
mengesyorkan bentuk persekolahan, peperiksaan, pentadbiran, sukatan
pelajaran, buku teks, pendidikan sivik, pendidikan agama, pendidikan moral,
disiplin dan pendidikan kokurikulum.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA  71

Beberapa perubahan kepada sistem pendidikan kebangsaan dibuat, iaitu:


(a) Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama. Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib di sekolah.
Peluang untuk mempelajari Bahasa Cina dan Bahasa Tamil juga disediakan.
(b) Mengadakan kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama dan
berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah.
(c) Menyediakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun, di samping
meluaskan pendidikan teknik dan vokasional.
(d) Memperkenalkan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR) yang berasaskan membaca, menulis, dan mengira (3M), dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1988.
(e) Mempelbagaikan kemudahan pendidikan pada peringkat universiti,
terutamanya dalam bidang sastera dan sains gunaan serta menggalakkan
kegiatan kokurikulum bagi memupuk disiplin seperti kadet tentera, kadet
polis dan pengakap.

AKTIVITI 3.1

Cuba anda bincangkan kepentingan Akta Pelajaran 1961 dalam Sistem


Pendidikan Kebangsaan.

3.4 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN GURU


Teras utama dalam pendidikan ialah guru. Mereka ialah pelaksana bagi semua
dasar dan matlamat kurikulum seperti yang digariskan oleh pihak kerajaan. Setiap
sokongan dan dorongan daripada guru amat memberi erti kepada pendidikan.
Mereka juga dapat menjamin semua perancangan pendidikan berjalan seperti
yang dihasratkan oleh kerajaan. Oleh sebab itu, pendidikan guru adalah penting
untuk menentukan masa depan bakal guru dalam profesion perguruan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

3.4.1 Latihan Guru


Pada peringkat awal, guru menerima latihan mengikuti kursus di Maktab
Perguruan Brinsford Lodge (ditutup pada tahun 1964). Sekitar tahun 1963, satu
Jawatankuasa Mengkaji Kursus Pengajian dan Sukatan Latihan Perguruan
ditubuhkan dan mengeluarkan satu laporan, iaitu Program Bersepadu Latihan
Perguruan. Menurut laporan ini, latihan guru sekolah menengah rendah
dijalankan secara menyeluruh dengan menentukan pengkhususan mata pelajaran
tertentu sahaja bagi sesebuah maktab.

Dua tahun selepas program bersepadu dilaksanakan, Bahagian Pendidikan Guru


memperkenalkan satu rancangan ad-hoc, iaitu Sistem Pendidikan Aneka Jurusan.
Latihan ini dijalankan di seluruh Semenanjung Malaysia melalui pusat latihan
daerah.

Objektif utamanya ialah menampung kekurangan guru untuk sekolah yang


memulakan Pendidikan Aneka Jurusan. Bakal guru yang dipilih mengikuti kursus
ini merupakan mereka yang berkelayakan yang sama dengan guru pelatih di
maktab perguruan.

3.4.2 Corak Pendidikan Guru


Terdapat dua peringkat pendidikan guru, iaitu:
(a) Pendidikan Guru Praperkhidmatan; dan
(b) Pendidikan Guru dalam Perkhidmatan.

Kedua-dua peringkat kursus dijalankan oleh Bahagian Pendidikan Guru dan


universiti tempatan.

Peningkatan prestasi guru telah diberi keutamaan sejak Malaysia mencapai


kemerdekaan lagi. Bahagian Pendidikan Guru memikul tugas berat dalam
melaksanakan tugas ini. Latihan bukan sahaja di sekolah rendah tetapi juga di
sekolah menengah rendah.

Kursus dalam perkhidmatan pula diadakan dari semasa ke semasa, berselang-seli


dengan kursus orientasi dalam konsep melatih pelatih (train the trainers). Kursus
ini biasanya dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan. Tujuan utamanya ialah
memastikan kualiti prestasi perguruan tetap utuh.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA  73

3.5 KONSEP PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Subtopik ini membicarakan berkenaan beberapa konsep pendidikan kebangsaan
di Malaysia.

3.5.1 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)


Sistem pendidikan sekarang adalah hasil perkembangan yang telah bermula sejak
sebelum merdeka lagi. Walau bagaimanapun, titik permulaan perubahan yang
terdapat sekarang adalah dengan terbitnya Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956,
iaitu Penyata Razak.

Tidak dapat dinafikan bahawa perkara yang paling utama bagi sesebuah negara
adalah untuk mempunyai keperibadian nasionalnya sendiri. Atas kesedaran
inilah Penyata Razak telah menegaskan bahawa dasar pelajaran kebangsaan
seharusnya dapat diterima oleh semua orang dalam Persekutuan Tanah Melayu
ini amnya dan dapat memenuhi kemahuan mereka serta menggalakkan kemajuan
mereka sebagai satu bangsa.

Pada tarikh 8 Disember 1980, Menteri Pendidikan telah membuat pengumuman


rasmi mengenai Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Matlamatnya adalah
memastikan perkembangan pelajar secara menyeluruh. Perkembangan ini meliputi
aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai estetika dan sosial.

Kurikulum ini memberi setiap pelajar peluang yang sama bagi mendapat
kemahiran, pengetahuan, nilai, sikap dan amalan yang diperlukan. Setiap pelajar
diberi galakan dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk menguasai kemahiran
asas dengan kukuh.

Kurikulum sekolah rendah adalah bertujuan membolehkan pelajar:


(a) Menguasai bahasa Malaysia dengan meluasnya sesuai dengan
kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara;
(b) Menguasai kemahiran asas bahasa, iaitu bertutur, membaca dan menulis
dalam bahasa pengantar sekolah rendah;
(c) Menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira;
(d) Menguasai kemahiran belajar berlandaskan kemahiran asas;
(e) Berupaya memahami, membaca, menulis dan bertutur dalam bahasa
Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua negara;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

(f) Membina sikap dan perlakuan yang baik berpandukan nilai kemanusiaan
dan kerohanian yang diterima dan dihargai oleh masyarakat berlandaskan
Rukun negara, serta menjadikannya asas bagi amalan hidup;
(g) Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap
manusia dan alam sekitar;
(h) Bergaul, menghargai hak dan kebolehan orang lain dan mempunyai
semangat kerjasama dan toleransi;
(i) Mengembangkan bakat, daya kepimpinan dan keyakinan diri untuk
meluaskan pengetahuan serta mempertingkatkan kebolehan dengan
menggunakan kemahiran asas yang telah dikuasai; dan
(j) Meminati, memahami, menikmati dan menyertai aktiviti kesenian dan
rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional.

Kurikulum sekolah rendah ini dibentuk berlandaskan Perakuan 57(a) Laporan


Kabinet seperti dilakarkan dalam Rajah 3.4.

Rajah 3.4: Perakuan 57(a) Laporan Kabinet

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA  75

Mari kita teliti mengenai kurikulum sekolah rendah ini dengan lebih lanjut.

(a) Strategi Pelaksanaan


Dalam strategi pelaksanaan, tiga prinsip telah dikemukakan sebagai
panduan seperti yang disenaraikan dalam Jadual 3.4:

Jadual 3.4: Tiga Prinsip dalam Strategi Pelaksanaan

Prinsip Deskripsi
Desentralisasi Melalui prinsip desentralisasi, semua pihak diharapkan dapat
memberikan „input‰ sama ada dalam perancangan ataupun
pelaksanaan. Walaupun pada dasarnya arahan dan keputusan
dibuat pada peringkat pusat, namun setiap keputusan itu
ialah hasil daripada pendapat semua.
Budi bicara Prinsip budi bicara mempunyai perkaitan rapat dengan dasar
desentralisasi. Oleh sebab KBSR dirancang bagi mengambil
kira faktor kelainan pelajar, keadaan setempat, kemampuan
guru dan kemampuan kewangan; maka pihak negeri dan
sekolah digalakkan mengubah suai cara melaksanakan
kurikulum ini.
Percubaan Percubaan ini dilaksanakan sambil mendapat maklumat balik
sebelum untuk memperbaiki kurikulum dengan diikuti oleh
pelaksanaan pelaksanaan sepenuhnya. Setiap peringkat dicuba setahun
sepenuhnya dahulu sebelum pelaksanaan sepenuhnya.

Orientasi dan latihan guru KBSR berdasarkan konsep kesan pengganda


(multiplier effect). Oleh itu, tenaga kakitangan penting adalah diperlukan.
Peranan mereka ialah menyediakan guru untuk pelaksanaan melalui kursus
orientasi dan latihan pada peringkat negeri dan daerah.

Kursus kakitangan penting dikendalikan bersama oleh Pusat Perkembangan


Kurikulum dan bahagian lain dalam kementerian. Penggunaan strategi ini
secara keseluruhan dapat dilihat dalam Rajah 3.5.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Rajah 3.5: Strategi pelaksanaan KBSR

Sistem pendidikan KBSR memberi perhatian bukan sahaja kepada


pencapaian pelajar tetapi juga pada perkembangan bakat dan perhubungan
pelajar dengan rakan sebaya.

Sistem penilaian baharu yang dirancang sesuai untuk KBSR mempunyai ciri-
ciri berikut:
(i) Bukan dipusatkan pada peringkat kebangsaan.
(ii) Bertujuan membantu dalam pembelajaran dan kerja pemulihan.
(iii) Bercorak pelbagai bentuk.
(iv) Diadakan secara berterusan supaya kelemahan tidak terhimpun.
(v) Digubal, ditadbir dan diperiksa oleh guru sendiri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA  77

(b) Pengesanan
Dari aspek mengesan dan memperbaiki kelemahan, beberapa perkara diberi
tumpuan, antaranya:
(i) Prestasi pelajar yang terlibat.
(ii) Kesesuaian dan mutu bahan KBSR yang dibekalkan kepada sekolah
dan bahan yang dibina oleh guru.
(iii) Keberkesanan orientasi dan latihan yang diterima oleh guru dan guru
besar.
(iv) Keberkesanan khidmat bantu dan bimbingan yang didapati oleh guru
dan guru besar di sepanjang pelaksanaan awal.
(v) Kemudahan dan kelengkapan di dalam bilik darjah/sekolah yang
terlibat.

Sewaktu pengesanan dijalankan, jikalau terdapat kelemahan yang boleh


diperbaiki pada ketika itu, pembaikan serta-merta dilakukan. Pegawai
pengesan memberi bimbingan berbentuk tunjuk ajar dan nasihat sama ada
sewaktu atau selepas pemerhatian dibuat. Kelemahan yang dikesan itu
mungkin dari segi strategi mengajar, penggunaan bahan dan sebagainya.

(c) Organisasi Pelaksanaan


Bagi memastikan KBSR dapat dilaksanakan dengan berkesan, prinsip
desentralisasi telah digunakan. Melalui prinsip ini, semua pihak dilibatkan
dalam mengambil inisiatif dan membuat keputusan. Pihak ini termasuklah
sekolah, daerah dan negeri. Jawatankuasa Pelaksanaan telah dibentuk untuk
menggerakkan penyertaan pihak yang terlibat dan menentukan terdapatnya
kerjasama dan koordinasi antara pusat dan jabatan pendidikan negeri.

Perancangan mengenai soal dasar dibuat pada peringkat pusat oleh


Jawatankuasa Pelaksanaan KBSR. Tujuannya ialah menyediakan garis
panduan umum bagi membantu pelaksanaan pada peringkat negeri, daerah
dan sekolah.

(d) Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)


Ciri-ciri utama dalam strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) adalah
seperti yang berikut:
(i) Semasa proses PdP, kanak-kanak dibahagikan ke dalam pelbagai
kumpulan, iaitu kumpulan besar, kumpulan kecil, pasangan ataupun
perseorangan berdasarkan kemahiran, kebolehan dan minat kanak-
kanak tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

(ii) Pelbagai jenis kaedah pengajaran dan teknik akan digunakan bagi
memilih ilmu pengetahuan dan kemahiran yang hendak disampaikan.
(iii) Penegasan diberi terhadap keperluan dan minat kanak-kanak melalui
program pemulihan.
(iv) Menegaskan penggunaan bahan tempatan dan alatan mengajar yang
sesuai supaya proses PdP dapat dijalankan secara berkesan.

Pelaksanaan Rancangan KBSR mulai tahun 1982 telah membawa perubahan


kurikulum yang menyeluruh pada peringkat sekolah rendah. Kurikulum ini
digubal supaya terjaminnya penguasaan kemahiran asas dan perkembangan
pelajar yang menyeluruh.

Rancangan KBSR memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran asas 3M,


dan pengajaran ilmu pengetahuan ditangguhkan supaya tumpuan yang
sewajarnya dapat diberi kepada 3M ini. Perubahan pada peringkat sekolah rendah
ini, memerlukan perubahan turut dilaksanakan dalam kurikulum di peringkat
menengah supaya akan ada penyambungan yang sewajarnya dalam tumpuan, isi
kandungan dan cara belajar.

3.5.2 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah


(KBSM)
Pada tarikh 11 September 1986, Menteri Pendidikan membuat pengumuman
mengenai rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Perubahan yang menyeluruh dalam kurikulum di peringkat sekolah menengah
adalah perlu supaya wujud kesinambungan yang sewajarnya dari segi penekanan,
isi kandungan dan cara belajar.

Dalam usaha mengambil kira cadangan daripada Laporan Jawatankuasa Kabinet


dan bagi mengatasi masalah yang ditemui serta menyelaraskan pendidikan
dengan perkembangan semasa, maka kurikulum baharu memberi perhatian
kepada perkara berikut:
(a) Pendidikan sekolah menengah mestilah berteraskan pendidikan umum,
iaitu pendidikan yang menitikberatkan perkembangan menyeluruh dan
seimbang. Untuk mencapai hasrat ini, pertimbangan yang saksama diberi
terhadap unsur rohaniah, nilai, sikap, pengetahuan dan bakat pelajar.
(b) Tumpuan diberi ke arah penerapan nilai sejagat yang menyerupai nilai
bersama masyarakat Malaysia bagi mewujudkan insan yang
bertanggungjawab, berfikiran rasional dan berperikemanusiaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA  79

(c) Pendidikan sekolah menengah juga memberi perhatian khas pada


pemupukan semangat kewarganegaraan. Pendidikan kewarganegaraan
adalah bertujuan membina perasaan bangga terhadap bangsa dan negara.
(d) Dalam KBSM, penegasan terus diberi terhadap peranan bahasa Malaysia
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Hal ini untuk
membolehkan pelajar menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi
dalam bahasa Malaysia sesuai dengan fungsi bahasa Malaysia sebagai
bahasa perpaduan rakyat, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu
pengetahuan.
(e) Kemahiran hidup diperkenalkan untuk menyesuaikan diri dengan
perubahan yang telah berlaku dalam dunia teknologi dan keusahawanan.
(f) Kegiatan kokurikulum diberi penekanan yang lebih wajar supaya
mengimbangi antara pelajaran dalam bilik darjah yang bercorak formal
dengan pendidikan di luar bilik darjah yang bercorak tidak formal, dapat
dipelihara dengan baik.

Sekarang, mari kita teliti mengenai KBSM ini dengan lebih lanjut dari aspek
matlamat rancangan, asas kokurikulum, organisasi pelaksanaan dan langkah-
langkah memperkembangkan dan melaksanakan KBSM.

(a) Matlamat Rancangan KBSM


KBSM bermatlamat meneruskan perkembangan pelajar secara menyeluruh
yang meliputi aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat serta nilai moral,
estetika dan sosial.

Hal ini demikian bagi membolehkan pelajar memperkembangkan potensi


mereka, menyesuaikan diri serta dapat berfungsi dengan berkesan dan
produktif terhadap kemajuan diri, perpaduan rakyat serta proses
pembangunan negara dan perwujudan identiti bangsa.

Bagi mencapai matlamat tersebut, KBSM digubal dengan berpandukan


prinsip berikut:
(i) Keseimbangan dan kesepaduan unsur intelek, rohani, emosi dan
jasmani;
(ii) Kurikulum yang sesuai untuk semua pelajar;
(iii) Kurikulum yang membekalkan kemahiran untuk pendidikan seumur
hidup; dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

(iv) Kurikulum yang menekankan mata pelajaran teras dan wajib dipelajari
oleh semua di samping mengadakan mata pelajaran elektif bagi
memenuhi kecenderungan dan minat.

(b) Asas Kurikulum


Kurikulum yang dirancang bertitik tolak daripada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Pada dasarnya, kurikulum memberi penekanan kepada tiga
bidang berikut:
(i) Bidang komunikasi;
(ii) Bidang manusia dan alam; dan
(iii) Bidang perkembangan diri.

Kurikulum yang dibentuk berasaskan tujuh prinsip utama berikut:


(i) Ilmu pengetahuan sangat penting.
(ii) Mengakui kebenarannya, maka pemerolehan ilmu daripada peringkat
sekolah rendah dan seterusnya mesti diberi keutamaan. Dengan
adanya ilmu, manusia akan berupaya menghadapi cabaran hidup dan
terus belajar sepanjang hayat.
(iii) Prinsip peningkatan daya pemikiran.
(iv) Setiap pelajar yang telah dididik akan menunjukkan kebolehan untuk
mengemukakan pendapat dan pandangan yang berasaskan idea dan
pemikiran yang kritis dan objektif.
(v) Perkaitan dengan nilai.
(vi) Kurikulum bersepadu tidak akan lengkap, jikalau ia tidak
mengandungi unsur objektif yang mencakupi kerohanian,
kemanusiaan dan kewarganegaraan.
(vii) Memupuk perkembangan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi,
bahasa perpaduan yang berdaulat dan bahasa ilmu yang mampu
mengolah apa-apa sahaja bidang yang terfikir oleh manusia.

(c) Organisasi Pelaksanaan


Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan bagi melaksanakan program
kurikulum bersepadu. Jawatankuasa Perancangan Pendidikan yang diberi
tugas untuk merancang dan menggubal dasar dan semua tindakan
berdasarkan cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pusat
Kurikulum, iaitu Jawatankuasa Kerja dalam penggubalan kurikulum.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA  81

Tugas Jawatankuasa Perancangan Pendidikan ialah menyelidik dan


mengemukakan rumusan mengenai penggubalan kurikulum, pelaksanaan
dan penilaian program.

Bagi menjalankan pelaksanaan secara meluas, maka Jawatankuasa


Pelaksanaan ditubuhkan, beroperasi dalam dua peringkat:
(i) Peringkat pusat; dan
(ii) Peringkat negeri.

Tugas yang dilakukan berbentuk profesional dan pentadbiran. Dari aspek


pentadbiran, jawatankuasa di kedua-dua peringkat terlibat dalam tugas
pembekalan, kemudahan, kewangan, penyeliaan, pengesanan, penyebaran
maklumat dan komunikasi.

Dari aspek profesional pula, Jawatankuasa Pelaksanaan pada peringkat


pusat diberi tugas menggubal kurikulum, menyiarkan sukatan pelajaran,
menyediakan buku teks serta bahan yang berkaitan, menjalankan kursus
latihan dan menyediakan strategi PdP.

(d) Langkah-langkah Memperkembangkan dan Melaksanakan KBSM


Untuk menjamin KBSM benar-benar mencapai matlamat, beberapa aktiviti
bagi merancang, memperkembangkan, mencuba, mengesan dan menilai
rancangan perlu diusahakan.

Perkembangan bahan kurikulum untuk setiap mata pelajaran seperti


sukatan, huraian kurikulum, panduan menulis buku teks, panduan orientasi
dan latihan, dan bahan pembelajaran memerlukan penglibatan daripada
pihak di dalam dan di luar Kementerian Pelajaran Malaysia. Hal ini
diadakan untuk mendapatkan sumbangan kepakaran dan pengalaman yang
pelbagai supaya bahan itu benar-benar sesuai, maka bengkel dan mesyuarat
sering diadakan.

Guru ialah golongan yang bertanggungjawab melaksanakan KBSM di dalam


bilik darjah. Setiap guru yang akan mengajar mana-mana mata pelajaran
perlu dilengkapkan dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang sesuai
dengan kehendak dan aspirasi KBSM dan mata pelajaran yang berkenaan.
Hal ini akan dilakukan melalui sesi orientasi peringkat sekolah, daerah atau
negeri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Langkah-langkah juga diambil bagi menyesuaikan aktiviti dalam beberapa


bidang dengan keperluan Rancangan KBSM, antaranya:
(i) Rancangan di maktab perguruan disesuaikan dengan KBSM dan
pensyarah diberi orientasi bagi menjamin bakal guru mendapat latihan
dan pendedahan sewajarnya untuk mengajar KBSM.
(ii) Sistem peperiksaan dan penilaian kemajuan pelajar perlu dikaji dan
diubah suai supaya kedua-duanya boleh memperkukuhkan lagi
amalan di dalam bilik darjah yang diingini.
(iii) Rancangan radio dan TV Pendidikan perlu disesuaikan dengan KBSM
supaya akan memperkayakan lagi pembelajaran di dalam bilik darjah.

3.5.3 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)


Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (2015) yang dipetik
daripada sistem guru online menyatakan bahawa Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) dilaksanakan kepada pelajar Tahun 1 mulai tahun 2011. Hal ini
selepas ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu yang menuntut
supaya sistem pendidikan negara memberi penekanan pada pembangunan modal
insan, penghasilan pelajar celik minda, pembentukan keluarga yang celik ilmu,
kemahiran dan maklumat serta program pembangunan akal manusia dalam
melahirkan insan ulul albab.

KSSR dilaksanakan berdasarkan teras kedua Pelan Induk Pembangunan


Pendidikan (PIPP) dalam agenda pembangunan modal insan berpengetahuan,
berkemahiran dan penghayatan nilai murni. Matlamat utama adalah untuk
memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu
pengetahuan, kemahiran dan kompetensi serta menerapkan nilai. KSSR ialah
kerangka kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan untuk melahirkan modal
insan yang seimbang dan mampu menghadapi cabaran masa hadapan.

3.5.4 Sekolah Bestari


Konsep Sekolah Bestari ialah salah satu daripada aplikasi perdana dalam Koridor
Raya Multimedia (MSC − Multimedia Super Corridor) yang sedang dibangunkan.
Pelaksanaan konsep bestari adalah sesuai dengan perkembangan semasa dan bagi
keperluan pada masa akan datang, khususnya dalam melahirkan pekerja ilmu
yang bermaklumat, mahir, berketerampilan dan mempunyai etika yang positif.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA  83

Pembinaan sekolah yang bertaraf tinggi ini juga dijangka mampu mendidik dan
melatih generasi masa kini dan akan datang ke tahap yang cemerlang dari semua
aspek bagi membentuk masyarakat yang berfikiran saintifik dan berdaya cipta.
Hal ini boleh dicapai dengan memanfaatkan teknologi terkini serta menyumbang
pada pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan.

Pelaksanaan PdP kurikulum di Sekolah Bestari dengan menggunakan kemudahan


teknologi dan yang terkini mampu untuk memperkembangkan potensi pelajar
dalam pelbagai aspek melibatkan intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Perkembangan kemahiran generik dan perkembangan kepelbagaian kecerdasan
adalah diberi penekanan dalam pelaksanaan kurikulum Sekolah Bestari.

Projek Rintis Sekolah Bestari pada tahun 1999 melibatkan 90 buah sekolah di
seluruh Malaysia. Sebanyak 81 buah sekolah ialah sekolah yang sedia ada,
manakala 9 buah lagi ialah sekolah baharu. Sekolah Bestari menyediakan
infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi yang canggih dan terkini untuk
kegunaan guru dan pelajar. Sekolah ini mempunyai makmal yang dilengkapi
dengan komputer yang terdiri daripada pelbagai perkakasan dan perisian
termasuk Internet dan intranet.

(a) Kurikulum Sekolah Bestari


Kurikulum Sekolah Bestari direka cipta untuk membantu semua pelajar
mencapai kemajuan secara keseluruhan dan perkembangan yang seimbang
dengan elemen utamanya untuk menjana pemikiran pelajar. Penekanan
kurikulum Sekolah Bestari adalah terhadap integrasi ilmu, nilai dan
penyerapan bahasa merentasi kurikulum dan kemahiran serta sikap yang
sesuai bagi era teknologi maklumat.

(b) Objektif Sekolah Bestari


Objektif Sekolah Bestari adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan bertujuan:
(i) Menghasilkan tenaga kerja yang celik teknologi.
(ii) Mendemokrasikan pendidikan.
(iii) Meningkatkan penyertaan pihak yang berkepentingan.
(iv) Memupuk perkembangan individu secara menyeluruh.
(v) Memberi peluang untuk peningkatan kekuatan dan keupayaan
individu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

(c) PdP Sekolah Bestari


Dalam melaksanakan pengajaran, guru sentiasa dikehendaki
mengintegrasikan kemahiran generik supaya dikuasai oleh pelajar seperti
kemahiran:
(i) Belajar.
(ii) Berfikir kreatif dan kritis.
(iii) Teknologi maklumat.
(iv) Mentaksirkan dan menilai.

Bagi mengendalikan pembelajaran berpusatkan pelajar dan berdaya fikir,


guru perlu menggunakan teknik pengurusan pembelajaran yang sesuai.

Guru di Sekolah Bestari perlu menguasai kemahiran mengenal pasti semua


sumber pengetahuan yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan kesan
pengajarannya. Melalui pengajaran pembelajaran bestari, pelajar perlu
dilibatkan secara langsung untuk berinteraksi dengan rakannya demi
mencapai perkembangan maksimum mengikut potensinya.

Pengoptimuman sumber pembelajaran merupakan kemahiran yang sangat


penting bagi guru Sekolah Bestari. Ia merangkumi beberapa strategi yang
boleh diamalkan untuk mencapai pengoptimuman penggunaan sumber
pembelajaran yang didapati di dalam Sekolah Bestari. Proses PdP Sekolah
Bestari digambarkan dalam Rajah 3.6.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA  85

Rajah 3.6: Hala tuju amalan PdP Sekolah Bestari

Dalam proses PdP, fasilitator merupakan guru yang membantu pelajar


mencapai matlamat pembelajarannya menerusi aktiviti kumpulan ataupun
individu. Fasilitator bukan sahaja penyampai ilmu dan kemahiran, malahan
mereka membantu pelajar mencapai matlamat pembelajaran secara
optimum dengan menggunakan kemahiran fasilitator (facilitation skills).

(d) Program PERMATA Negara


Program PERMATA Negara dicetuskan oleh kumpulan profesional,
pendidik, ahli akademik dan pemimpin negara bagi menjalankan proses
pembentukan insan yang cemerlang bermula sejak awal usia dan akan lebih
berkesan, sekiranya dimulakan sejak lahir.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Program ini mengandungi enam kategori utama seperti dilakarkan dalam


Rajah 3.7.

Rajah 3.7: Enam kategori utama Program PERMATA Negara

3.6 AKTA PENDIDIKAN 1996


Sistem pendidikan kebangsaan merupakan kerangka pendidikan di Malaysia
yang termaktub dalam Akta Pendidikan Malaysia 1996. Sistem pendidikan ini
mengalami proses penstrukturan semula daripada Akta Pelajaran 1991 bagi
tujuan mengoptimumkan fungsi dan peranannya.

Akta Pendidikan 1996 yang berperanan sebagai kerangka pada sistem pendidikan
kebangsaan mengandungi perkara penting yang digunakan untuk
mendefinisikan, dan menentukan arah dasar yang akan diikuti oleh pemimpin
dan pentadbir pendidikan.

Menurut Akta Pendidikan 1995, Seksyen 15, sistem pendidikan kebangsaan


hendaklah terdiri daripada:
(a) Pendidikan prasekolah;
(b) Pendidikan rendah;
(c) Pendidikan menengah;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA  87

(d) Pendidikan lepas menengah; dan


(e) Pendidikan tinggi kecuali pendidikan di sekolah ekspatriat (sekolah
antarabangsa).

Seksyen 16 Akta Pendidikan 1996 pula menyenaraikan tiga kategori institusi


pendidikan kebangsaan, iaitu:
(a) Institusi pendidikan kerajaan;
(b) Institusi pendidikan bantuan kerajaan; dan
(c) Institusi pendidikan swasta.

Perkara 152 dalam Perlembagaan Malaysia telah memartabatkan bahasa Melayu


sebagai bahasa kebangsaan negara untuk menjamin perpaduan rakyat.

Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan Akta Pendidikan Kebangsaan


yang digubal setelah mengambil kira pandangan dan aspirasi semua pihak.
Matlamat sistem pendidikan di Malaysia dirumuskan berdasarkan matlamat yang
terdapat dalam Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar
Ekonomi Baru (DEB).

Antara matlamat sistem pendidikan di Malaysia ialah:


(a) Penghasilan pendidikan bermutu.
(b) Penghasilan pelajar yang terpelajar dan terdidik.
(c) Pembentukan masyarakat yang bersatu padu.
(d) Pembangunan sosial masyarakat.
(e) Penghasilan tenaga kerja yang bermutu.
(f) Penghasilan ekonomi, khususnya masyarakat luar bandar.
(g) Pembentukan warganegara yang bertanggungjawab dan mempunyai
komitmen dalam negara demokrasi.
(h) Penyusunan semula struktur sosioekonomi masyarakat.
(i) Pembasmian kemiskinan.

Dalam Akta Pendidikan, konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan


dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat prasekolah hingga
ke peringkat pendidikan tinggi dan meliputi semua kategori sekolah, iaitu sekolah
kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Perkara 152 dalam Perlembagaan Malaysia telah memartabatkan bahasa Melayu


sebagai bahasa kebangsaan negara untuk menjamin perpaduan rakyat.
Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan semakin kukuh apabila
Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan pada tahun 1967. Bermula pada tahun 1970,
bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris telah ditukar kepada bahasa
kebangsaan secara berperingkat.

Akta Pendidikan 1996 telah mengambil kira kepentingan semua kaum dengan
cara mengekalkan status quo sekolah rendah jenis kebangsaan dan juga 60 buah
sekolah Cina. Pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan aspirasi pelajar
yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan.

Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan strategik dan operasi yang perlu
dilaksanakan oleh kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan swasta. Di
samping itu, Unified Examination yang diambil oleh sekolah ini serta lembaga
pengelola sekolah dan sekolah mubaligh turut dikekalkan.

Akta Pendidikan 1996 juga turut memperuntukkan pengajaran bahasa suku kaum
yang terdapat di negara ini sekiranya didapati munasabah dan praktik diadakan.
Manakala kelas agama seperti kelas Bible tidak perlu mendaftar di bawah Akta
Pendidikan 1996.

3.7 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN


MALAYSIA (PPPM) 2013 HINGGA 2025
Subtopik ini akan membincangkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013 hingga 2025. Pelan ini melakarkan aspirasi bagi sistem pendidikan
dan aspirasi pelajar yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan.
Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan strategik dan operasi yang perlu
dilaksanakan oleh kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA  89

3.7.1 Lima Aspirasi bagi Sistem Pendidikan dan


Pelajar di Malaysia
Mari kita lihat Jadual 3.5 yang menyenaraikan lima aspirasi bagi sistem
pendidikan dan pelajar di Malaysia.

Jadual 3.5: Lima Aspirasi bagi Sistem Pendidikan dan Pelajar di Malaysia

Aspirasi Deskripsi
Akses Seratus peratus enrolmen merentas semua peringkat pendidikan
bermula dari prasekolah hingga peringkat lepas menengah menjelang
tahun 2020. Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat
kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai
potensi masing-masing.
Kementerian berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan
kanak-kanak daripada peringkat prasekolah hingga ke peringkat
menengah atas (Tingkatan 5) menjelang 2020.
Kualiti Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang
berdasarkan keunikan sistem pendidikan di Malaysia dan setanding
dengan sistem pendidikan antarabangsa.
Aspirasi sistem pendidikan negara adalah untuk meletakkan Malaysia
dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa
mengikut pengukuran Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains
Antarabangsa (TIMSS − Trends in Mathematics and Science Study) dan
Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA – Programme for
International Students Assessment) dalam tempoh 15 tahun yang akan
datang. TIMSS dan PISA menguji bacaan, matematik dan sains sahaja.
Pentaksiran tambahan yang menangani dimensi kualiti lain yang relevan
dengan konteks Malaysia boleh dimasukkan apabila dimensi itu
dibangunkan dan diterima di peringkat antarabangsa.
Ekuiti Sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan yang
terbaik kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi,
gender atau latar belakang sosioekonomi. Kementerian berhasrat untuk
merapatkan lagi jurang pencapaian antara pelajar bandar dengan luar
bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50
peratus menjelang tahun 2020.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Perpaduan Pelajar yang berusia antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih satu
perempat dari masa mereka di sekolah. Melalui interaksi bersama pelajar
lain daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik;
pelajar belajar memahami, menerima dan menghayati perbezaan.
Keadaan ini mewujudkan suatu perkongsian pengalaman dan aspirasi
bagi membina masa hadapan Malaysia. Kementerian berhasrat menjana
suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada pelajar
berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan
memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia.
Kecekapan Sistem pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang tinggi,
namun peningkatan keberhasilan pelajar masih tidak sepadan dengan
sumber yang telah disalurkan ke dalam sistem. Walaupun kerajaan akan
terus mengekalkan tahap pelaburan semasa, kementerian berhasrat
untuk memaksimumkan keberhasilan pelajar mengikut tahap
peruntukan semasa.

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (2013)

3.7.2 Enam Aspirasi Pelajar bagi Sekolah di


Seluruh Malaysia
PPPM 2013 hingga 2025 juga menggariskan enam aspirasi pelajar bagi sekolah di
seluruh Malaysia seperti yang dinyatakan dalam Rajah 3.8.

Rajah 3.8: Enam aspirasi pelajar bagi sekolah di seluruh Malaysia

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA  91

Sekarang, mari kita pelajari setiap aspirasi pelajar sekolah di seluruh Malaysia.

(a) Aspirasi Pengetahuan


Pada peringkat paling asas, setiap pelajar perlu memiliki keupayaan literasi
dan numerasi sepenuhnya. Ciri ini melengkapkan mereka dengan
kemahiran hidup asas serta berfungsi secara berkesan dalam masyarakat
bagi membolehkan mereka memupuk nilai untuk diri sendiri, masyarakat
dan negara.

Di samping itu, penting bagi pelajar menguasai mata pelajaran teras seperti
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah. Mereka
juga digalakkan untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan dalam
bidang lain, seperti seni, muzik dan sukan. Selain pengetahuan dalam
bidang ini, pelajar juga perlu mempunyai keupayaan mengaplikasikan
pengetahuan ini dalam situasi harian.

(b) Kemahiran Berfikir


Setiap pelajar perlu membina kemahiran inkuiri dan belajar cara untuk terus
mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat supaya boleh menghubung kait
pelbagai pengetahuan dan mewujudkan pengetahuan baharu. Kemahiran
berfikir aras tinggi dan kemampuan untuk melakukan inovasi amat kritikal
dalam dunia teknologi yang berkembang pesat.

Setiap pelajar perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang penting:

(i) Pemikiran Kreatif dan Inovatif


Kemampuan menginovasi, menjana kemungkinan baharu dan
mencipta idea atau pengetahuan baharu.

(ii) Pemikiran Kritis dan Penaakulan


Keupayaan menganalisis maklumat, menjangka masalah dan
mendekati isu secara kritis, logik, induktif dan deduktif bagi mencari
penyelesaian dan akhirnya membuat keputusan.

(iii) Keupayaan Belajar


Keupayaan memacu pembelajaran sendiri dengan kemampuan
menghargai nilai pembelajaran sepanjang hayat.

Sistem pendidikan negara perlu meningkatkan kemahiran pelajar dalam


bidang ini seperti yang digambarkan melalui skor TIMSS dan PISA sejak
lima tahun lepas. Skor TIMSS dan PISA 2009 menunjukkan bahawa pelajar
kurang mampu mengaplikasikan pengetahuan serta berfikir secara kritis di

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

luar konteks akademik biasa. Sehubungan dengan itu, adalah amat penting
bagi sistem pendidikan negara membantu setiap pelajar memperoleh
kemahiran berfikir.

(d) Kemahiran Memimpin


Kemampuan bekerja dengan berkesan dan memimpin orang lain adalah
penting, terutamanya dalam dunia yang semakin saling berkait. Dalam
Dialog Nasional, kepentingan memupuk kepimpinan dan keupayaan
bekerja secara berkesan dalam satu pasukan bagi setiap pelajar sering
dibangkitkan. Sistem pendidikan berusaha membantu setiap pelajar
mencapai potensi masing-masing sepenuhnya melalui pelibatan sebagai
pemimpin dan bekerja dalam kumpulan.

Dalam konteks sistem pendidikan, kepimpinan mempunyai empat unsur


berikut:

(i) Keusahawanan
Mengambil inisiatif untuk mewujudkan dan membangunkan
penyelesaian sendiri. Maka, bagi tujuan itu, sanggup membuat
pelaburan daripada sumber sendiri dan terdorong untuk memastikan
penyelesaian itu dizahirkan.

(ii) Berdaya Tahan


Membina cara berfikir yang konstruktif serta mampu menghadapi
rintangan.

(iii) Kecerdasan Emosi


Berupaya memahami dan bekerja secara berkesan dengan orang lain
dan mampu mempengaruhi mereka secara positif.

(iv) Keterampilan Komunikasi


Berupaya memberikan pendapat serta hasrat secara lisan dan bertulis
dengan jelas.

Pihak sekolah perlu menggunakan peluang yang disediakan di dalam bilik


darjah melalui aktiviti berasaskan projek dan kerja kumpulan. Malahan
aktiviti di luar bilik darjah melalui sukan, seni dan aktiviti kokurikulum
dalam membangunkan keperibadian pelajar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA  93

(d) Kemahiran Dwibahasa


Setiap pelajar akan menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan,
bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa komunikasi antarabangsa.
Setiap pelajar juga akhirnya akan berpeluang mempelajari bahasa tambahan.
Kepelbagaian Malaysia yang unik dan warisan berbilang budaya
memberikan kelebihan daya saing kepada semua.

Pelajar akan terus berpeluang untuk mempelajari bahasa Cina dan Tamil di
sekolah jenis kebangsaan. Kini, sesetengah sekolah kebangsaan juga
menyediakan peluang untuk mempelajari bahasa ketiga seperti bahasa Cina,
Tamil, Arab, Iban dan Kadazan Dusun. Pada peringkat menengah, peluang
ini diperluas untuk meliputi bahasa antarabangsa lain.

Selepas jangka masa tertentu, semua pelajar akan digalakkan untuk belajar
sekurang-kurangnya tiga bahasa bagi membolehkan mereka bekerjasama
dan berkomunikasi secara berkesan dengan rakan dalam kalangan rakyat
Malaysia dan juga negara jiran dalam dunia global masa ini.

(e) Etika dan Kerohanian


Sistem pendidikan akan mempersiapkan setiap pelajar supaya berani
menghadapi cabaran masa depan, menyelesaikan konflik secara aman,
membuat keputusan yang wajar dalam situasi kritikal dan mempunyai
keberanian melakukan apa-apa yang betul. Penekanan diberi kepada setiap
pelajar dengan mewujudkan satu set prinsip, termasuk nilai bersama yang
kukuh yang didukung oleh semua rakyat Malaysia, iaitu:

(i) Kerohanian
Mempunyai pegangan agama yang kuat dan mengamalkannya
sebagai asas hidup serta mendukung standard moral yang tinggi.

(ii) Integriti
Mempunyai keberanian, disiplin dan semangat untuk melakukan
perkara yang betul.

(iii) Tanggungjawab Sivik


Bertindak untuk kebaikan negara, mengambil berat terhadap orang
lain serta alam sekitar dan memiliki keupayaan yang mendalam untuk
memberikan sumbangan kepada masyarakat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


94  TOPIK 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

(f) Identiti Nasional


Rakyat Malaysia perlu mempunyai perasaan tidak berbelah bahagi tentang
identiti nasional dan berpegang teguh dengan prinsip Rukun Negara untuk
memupuk perpaduan dan masa depan Malaysia. Setiap pelajar tanpa
mengira etnik, kepercayaan, taraf sosioekonomi atau lokasi harus berbangga
menjadi rakyat Malaysia.

Pencapaian matlamat patriotisme ini memerlukan semangat keterangkuman


tinggi yang diperoleh dengan belajar memahami perbezaan dan bertolak
ansur, menerima dan menghormati orang lain serta hidup bersama dalam
kepelbagaian masyarakat Malaysia. Identiti nasional juga memerlukan
setiap pelajar memahami sejarah Malaysia, berkongsi pengalaman di dalam
dan di luar sekolah, dan berkongsi aspirasi untuk masa depan Malaysia
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).

3.7.3 Sebelas Anjakan Sistem Pendidikan Malaysia


Manakala bagi tujuan pembangunan dan transformasi menyeluruh dalam sistem
pendidikan negara, pelan ini juga melakarkan 11 anjakan transformasi dalam
sistem pendidikan negara seperti yang berikut (rujuk Rajah 3.9).

Rajah 3.9: Sebelas anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


2013 hingga 2025
Sumber: Diadaptasi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (2013:E17−E18)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA  95

SEMAK KENDIRI 3.1


1. Huraikan kepentingan Akta Pelajaran 1961 dalam sistem
pendidikan di Malaysia.
2. Jelaskan hala tuju amalan pengajaran dan pembelajaran sekolah
bestari.
3. Bincangkan strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
dalam KBSR dan KBSM.
4. Mengapakah perlunya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013 hingga 2015 dibentuk? Jika tiada, apakah yang akan berlaku?

• Sebelum kedatangan British di Tanah Melayu, terdapat suatu sistem


pendidikan agama yang disebut sekolah pondok yang ditubuhkan dan
dikendalikan oleh para ulama Islam yang dijalankan di madrasah agama.
Pendidikan Inggeris mula diperkenalkan dan dikelolakan oleh penjajah British
tanpa mempunyai suatu falsafah ataupun dasar pendidikan kebangsaan.

• Wujud lima jenis persekolahan dalam zaman pemerintahan British, iaitu:

– Sekolah vernakular Melayu;

– Sekolah vernakular Cina;

– Sekolah vernakular Tamil;

– Sekolah Inggeris; dan

– Sekolah agama madrasah.

• Untuk memperbaiki mutu pendidikan di sekolah serta menambahkan peluang


untuk melanjutkan pelajaran terdapat beberapa laporan yang telah dibuat.
Antaranya ialah Laporan Barnes 1950 dan Laporan Fenn-Wu 1951 yang telah
menyebabkan Ordinan Pelajaran 1952 terbentuk.

• Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 telah membentuk Akta
Pelajaran 1961.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

• Laporan Kabinet 1979 meneliti dan mengesyorkan bentuk persekolahan,


peperiksaan, pentadbiran, sukatan pelajaran, buku teks, pendidikan sivik,
pendidikan agama, pendidikan moral, disiplin dan pendidikan kokurikulum.

• Pendidikan guru mengalami perkembangan dari segi latihan guru dan corak
pendidikan guru.

• Antara konsep pendidikan kebangsaan ialah Kurikulum Baru Sekolah Rendah


(KBSR) yang menekankan pelajar mencapai kemahiran dalam tiga bidang
asas, iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dengan alam kelilingnya dan
bidang perkembangan diri individu yang bersesuaian dengan keperluan,
minat, bakat dan kemampuan mental serta kesediaan pelajar.

• Matlamat Kurikulum Bersepadu Sekolah Menegah (KBSM) adalah


meneruskan perkembangan pelajar secara menyeluruh yang meliputi aspek
intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat serta nilai moral, estetika dan sosial.

• Sekolah Bestari memberi penekanan terhadap perkembangan semasa dan


pada masa hadapan terhadap integrasi ilmu, nilai dan penyerapan bahasa
merentasi kurikulum dan kemahiran serta sikap yang sesuai bagi era teknologi
maklumat.

• Akta Pendidikan 1996 berperanan sebagai kerangka kepada sistem


pendidikan kebangsaan, mengandungi perkara penting yang digunakan
untuk mendefinisikan dan menentukan arah dasar yang akan diikuti oleh
pemimpin dan pentadbir pendidikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA  97

Akta Pelajaran 1961 Laporan Razak 1956


Akta Pendidikan 1996 Membaca, menulis dan mengira
(3M)
Anjakan
Ordinan Pelajaran 1952
Kajian Trend Pendidikan Matematik
dan Sains Antarabangsa (TIMSS − Pelan Induk Pembangunan
Trends in Mathematics and Science Pendidikan (PIPP)
Study)
Pelan Pembangunan Pendidikan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah Malaysia (PPPM) 2013 hingga 2025
(KBSR)
Program Penilaian Pelajar
Kurikulum Bersepadu Sekolah Antarabangsa (PISA – Programme
Menengah (KBSM) for International Students
Assessment)
Kognitif
Sekolah Bestari
Laporan Barnes 1950
Sekolah pondok
Laporan Fenn-Wu 1951
Transformasi
Laporan Kabinet 1979
Laporan Rahman Talib 1960

Abdullah Sani Yahaya. (2003). Perkembangan pendidikan di Malaysia. Bentong,


Malaysia: PTS Publications & Distributors.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan


Malaysia 2013 hingga 2025 (pendidikan prasekolah hingga lepas sekolah).
Putrajaya, Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sufean Hussin. (2008). Pendidikan di Malaysia: Sejarah, sistem dan falsafah. Kuala
Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Model dan
Pendekatan
4 Pendidikan
Pelbagai
Budaya
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan lima dimensi pendidikan pelbagai budaya yang
dikemukakan oleh Banks (1994);
2. Menjelaskan kepentingan bagi setiap model dimensi pendidikan
pelbagai budaya;
3. Membincangkan tiga program yang boleh digunakan dalam
pendidikan pelbagai budaya berserta contoh;
4. Membandingkan model Banks dengan tiga program pendidikan
pelbagai budaya dari segi kaedah, kesesuaian dan kepentingannya;
5. Menyimpulkan proses program pendidikan pelbagai budaya
secara ringkas dan menyeluruh.

 PENGENALAN
Perkembangan pendidikan yang dinamik dan berterusan menyebabkan berlaku
perubahan terhadap kurikulum dan pendekatan dalam pengajaran dan
pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah. Pendidikan juga turut melangkaui batas

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 MODEL DAN PENDEKATAN PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA  99

budaya dan sempadan geografi menyebabkan perubahan sistem pendidikan turut


berlaku. Hal ini menyebabkan kurikulum kini sudah beralih daripada bersifat
geosentrik kepada multisentrik berdasarkan keperluan dan permintaan semasa.

Negara maju khususnya mengamalkan sistem pendidikan pelbagai budaya


kerana negara ini telah menerima unsur dan budaya dari luar/asing ke dalam
sistem pendidikan mereka. Kedatangan penduduk dari luar turut membawa
bersama nilai, sifat dan budaya penduduk ke negara yang ditujui.

Anda akan mempelajari beberapa konsep, model dan pendekatan yang menjadi
inti pati dalam pendidikan pelbagai budaya. Selain itu, dibincangkan elemen
ataupun unsur yang perlu ada dalam model dan pendekatan pendidikan pelbagai
budaya.

4.1 DIMENSI PENDIDIKAN PELBAGAI


BUDAYA
Pendekatan pembentukan model pendidikan pelbagai budaya Banks (1994)
dibentuk berdasarkan konsep pendidikan pelbagai budaya yang menekankan
kesamaan, memperoleh pendidikan di sekolah, kolej atau universiti tanpa
mengira kaum, etnik, gender, jenis pelajar dan kumpulan minoriti.

Pendekatan Banks ini merupakan salah satu kaedah yang dapat membantu kita
mengubah cara mengajar dan memperbaiki pendidikan secara terancang lagi
berkesan. Namun, ia bergantung pada jenis budaya yang terdapat di dalam
sesebuah sekolah ataupun bilik darjah.

Dimensi pendidikan pelbagai budaya Banks ini berasaskan perspektif Amerika.


Bagi Banks, di Amerika sebagai sebuah negara yang luas dan negara kebajikan,
menyebabkan wujudnya kelompok berasaskan budaya di seluruh negara.
Contohnya, kelompok Afrika Amerika, Asia, Orang Asli dan Hispanik. Keadaan
ini amat ketara di selatan, barat dan timur Amerika.

Akibat daripada perkembangan ini, pelaksanaan pendidikan pelbagai budaya


adalah kompleks dan multidimensi dikaji semenjak dua dekad yang lalu. Hal ini
menyebabkan perlunya perubahan dari segi kurikulum, sistem dan pedagogi bagi
memenuhi keperluan penduduk pelbagai budaya ini.

Kajian Banks (1994; 1995) telah mengenal pasti lima dimensi yang menjadi teras
dalam pendidikan pelbagai budaya seperti dilakarkan dalam Rajah 4.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 4 MODEL DAN PENDEKATAN PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA

Rajah 4.1: Lima dimensi pendidikan pelbagai budaya dan pertaliannya

Sekarang, mari kita teliti kelima-lima dimensi pendidikan pelbagai budaya ini
dengan lebih terperinci.

(a) Integrasi Kandungan


Mengutamakan contoh dan kandungan pelajaran berdasarkan pelbagai
budaya yang terdapat pada pelajar dalam pengajaran guru. Kebanyakan
mata pelajaran yang berasaskan pelbagai budaya adalah dalam bidang Sains
Sosial seperti Bahasa, Seni dan Kebudayaan. Manakala mata pelajaran
seperti Sains, Matematik, Fizik dan Biologi adalah tidak sesuai diajar kepada
pelajar yang pelbagai budaya.

Walau bagaimanapun, berlandaskan perkembangan terkini, guru yang


mempunyai inisiatif sendiri akan memasukkan unsur kebudayaan dalam
mata pelajaran Fizik dan Matematik. Contohnya, menyenaraikan ahli fizik
dalam bentuk biografi mengikut kumpulan etnik dan budaya.

Kaedah ini sesuai bagi membandingkan kedudukan ataupun status ahli fizik
dari segi latar belakang pendidikan, kajian dan sebagainya. Oleh itu, isi
kandungan pelajaran akan diintegrasikan dengan budaya dan bidang mata
pelajaran tersebut. Usaha ini perlu dilakukan secara berhati-hati dan
disesuaikan mengikut keadaan supaya PdP tidak terganggu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 MODEL DAN PENDEKATAN PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA  101

(b) Mengurangkan Prejudis


Kurikulum yang dibina mengutamakan ciri-ciri dan sikap pelajar pelbagai
budaya yang digunakan bagi membantu memahami dan membentuk sikap
positif kaum dan etnik dalam kalangan pelajar. Guru akan menjadikan ciri-
ciri yang pelbagai ini sebagai asas dalam pengajaran supaya setiap pelajar
boleh membentuk sifat positif, maka mereka dapat memahami dan
menerima pelbagai budaya dalam kehidupan mereka.

Kajian berkaitan menunjukkan pelajar yang sedar akan kewujudan pelbagai


budaya akan menghormati kaum lain dan memahami proses serta ciri-ciri
budaya dengan lebih mendalam lagi. Hal ini akan memudahkan guru
menggunakan pelbagai ciri budaya untuk diterapkan dalam pengajaran
supaya dapat mengurangkan perasaan prasangka antara kaum di dalam
bilik darjah. Pada kebiasaannya, guru akan melibatkan semua pelajar dalam
aktiviti pembelajaran.

Contohnya, dalam pembelajaran koperatif. Pembelajaran ini menggalakkan


kerjasama dan tolak ansur dalam pelbagai perkara bagi mencapai tujuan
yang dikehendaki. Hal ini sekali gus akan mengurangkan rasa kurang
senang dalam kalangan pelajar pelbagai kaum.

Pada kebiasaannya, mata pelajaran yang menggunakan pendekatan ini lebih


berbentuk Sains Sosial seperti Bahasa, Pendidikan Moral, Agama, Aktiviti
Sukan, Pendidikan Gender, Sejarah dan Geografi. Bagi mata pelajaran lain,
perlu diubah suai berdasarkan keperluan dan peringkat pembelajaran dalam
kalangan pelajar.

(c) Pedagogi Saksama


Ia merupakan kaedah guru yang mengajar menggunakan pelbagai budaya
yang terdapat di dalam bilik darjah untuk mencetuskan pencapaian akademik
dalam kalangan pelajar. Pencapaian akademik yang berbeza-beza mengikut
budaya yang berbeza akan menyebabkan perbezaan yang tidak seimbang
antara satu sama lain.

Oleh itu, guru akan menggunakan pelbagai kaedah atau mengubahsuaikan


pengajarannya berdasarkan jenis budaya yang terdapat di dalam bilik
darjahnya. Guru memerlukan kajian yang mendalam dan meluas mengenai
sesuatu budaya di dalam bilik darjahnya supaya pengajarannya mencapai
matlamat yang diingini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 4 MODEL DAN PENDEKATAN PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA

Contohnya, di dalam bilik darjah yang mempunyai tiga kaum utama seperti
kaum Melayu, Cina dan India. Setiap guru perlu memahami dan mengetahui
budaya dan cara kehidupan setiap kaum tersebut bagi memudahkan PdP di
dalam bilik darjah.

Misalnya, memahami budaya Cina yang suka menghafal, maka PdP yang
berbentuk hafalan perlu diterapkan dan disesuaikan dengan isi pelajaran.
Namun, pendekatan ini sangat sukar dilaksanakan, jika guru tidak
menyediakan PdP berasaskan kaum ataupun pelbagai budaya ini.

(d) Pembinaan Pengetahuan


Pengetahuan dibina dan dibentuk kerana pengetahuan itu bersifat sosial, iaitu
berinteraksi dan dinamik dari semasa ke semasa. Kepelbagaian budaya di
dalam bilik darjah menyebabkan berlakunya pertukaran dan penggabungan
pengetahuan secara sihat dan bersahaja dalam kalangan pelajar.

Ia melibatkan penerokaan bahagian sosial, tingkah laku, kerangka rujukan


dan perspektif dalam disiplin ilmu yang mempengaruhi cara pengetahuan
dibentuk. Pembinaan pengetahuan sangat penting dalam pengajaran pelbagai
budaya.

(e) Budaya Sekolah dan Struktur Sosial


Ia melibatkan pembentukan semula budaya dan organisasi sekolah supaya
kanak-kanak daripada pelbagai budaya, etnik, kelas sosial dan kaum
mengalami keupayaan dan kesaksamaan tersendiri. Ia mementingkan
perubahan dan membentuk struktur dalam persekitaran sekolah supaya
kanak-kanak ini mendapat peluang yang sama dalam mencapai kejayaan.

Seterusnya, mari kita pelajari tiga program yang boleh digunakan dalam
pendidikan pelbagai budaya berserta contoh, iaitu program berorientasikan
kandungan, program berorientasikan pelajar dan program berorientasikan sosial.

4.2 PROGRAM BERORIENTASIKAN


KANDUNGAN
Secara umumnya, program berorientasikan kandungan menekankan sebarang
aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) berdasarkan isi kandungan mata
pelajaran tersebut dan disesuaikan dengan pelbagai budaya di dalam sesebuah
bilik darjah. Setiap isi kandungan pelajaran mesti menjurus ke arah pencapaian
secara menyeluruh dan memenuhi matlamat pendidikan pelbagai budaya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 MODEL DAN PENDEKATAN PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA  103

Sebagai panduan, dalam melaksanakan program berorientasikan kandungan,


aspek berikut harus diambil kira:

(a) Aktiviti atau program pendidikan yang telah dirancang perlu mengambil
kira isi kandungan mata pelajaran teras yang dikaitkan dengan pelbagai
budaya.

(b) Mengelakkan berlaku pembaziran dari segi kewangan, sumber tenaga dan
peralatan yang digunakan dalam mempelbagaikan kaedah PdP, khususnya
daripada pelbagai kaum yang berbeza.

(c) Jaminan kualiti (quality assurance) terhadap pendidikan yang


mengamalkan pendidikan pelbagai budaya kerana segala pencapaian dan
hasil daripada pendidikan ini akan menghasilkan pencapaian akademik dan
keberkesanan dalam pendidikan.

(d) Memenuhi sifat kebertanggungjawaban pihak berkepentingan. Contohnya,


ibu bapa dan dasar kerajaan. Maka, setiap kandungan kurikulum yang
dibentuk mesti selaras dengan aktiviti ke arah mencapai matlamat
pendidikan pelbagai kaum.

(i) Tujuan Kurikulum Pelbagai Budaya


Yang berikut ialah lima tujuan kurikulum ini:

• Membantu kanak-kanak mengenali budaya dari perspektif budaya


orang lain dengan lebih bermakna.

• Menyediakan kanak-kanak yang boleh menerima budaya lain


dalam kehidupan mereka secara timbal balik.

• Menyediakan kanak-kanak dengan kemahiran, sikap dan


pengetahuan yang diperlukan bagi memastikan mereka boleh
berkongsi dengan kanak-kanak daripada pelbagai budaya lain.

• Mengurangkan rasa tidak puas hati dan diskriminasi dalam


kalangan mereka.

• Memahirkan pelajar dari segi pembacaan, penulisan dan


matematik secara berkesan dan berguna.

(ii) Kurikulum yang Merangkumi Pelbagai Kumpulan Etnik


Kurikulum yang dibentuk perlu melibatkan keperluan dan kepentingan
kumpulan etnik. Contohnya, bahasa, budaya dan agama. Hal ini akan
memudahkan PdP dijalankan secara berstruktur dan sistematik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


104  TOPIK 4 MODEL DAN PENDEKATAN PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA

Kurikulum ini akan mengurangkan rasa diskriminasi dan tersisih


daripada kumpulan etnik lain. Kaedah yang biasa digunakan ialah
kurikulum ini memenuhi keperluan semua kumpulan etnik dalam
menyediakan panel penggubal kurikulum. Setiap pandangan dan
komen perlu diterima bagi menyediakan kurikulum yang bersepadu
dan memenuhi keperluan semua pihak.

(iii) Bahan Pengajaran yang Merangkumi Kumpulan Etnik


Bahan pengajaran digunakan bagi memudahkan kefahaman dan
mengukuhkan lagi kefahaman dalam satu-satu topik pengajaran. Bagi
kes pengajaran dalam pelbagai etnik, bahan daripada kumpulan ini
boleh digunakan sebagai salah satu alat pengajaran, contohnya
pakaian. Ia boleh dijadikan bahan pengajaran dalam mata pelajaran
Matematik, Seni, Sejarah dan Bahasa.

4.3 PROGRAM BERORIENTASIKAN PELAJAR


Program berorientasikan pelajar melibatkan kepentingan pelajar secara
khususnya. Segala program pendidikan adalah berfokuskan pelajar. Semua
aktiviti PdP mengambil kira keperluan pelajar. Pelajar mempunyai pelbagai
kecerdasan dan dipengaruhi oleh latar belakang keluarganya.

Oleh itu, guru akan memastikan setiap unit pengajaran menjurus pada pencapaian
ataupun prestasi pelajar mengikut kebolehan, pencapaian dan budayanya. Guru
dikehendaki mengkaji dan memantau perkembangan pelajar daripada pelbagai
budaya ini kerana ia akan mempengaruhi interaksi dan tingkah laku pelajar di
dalam bilik darjah.

Aspek yang perlu diteliti adalah seperti yang berikut:

(a) Gaya Pembelajaran Kumpulan Pelbagai Etnik


Gaya pembelajaran lebih memfokuskan tatacara pembelajaran seseorang
yang boleh menyebabkan dia selesa dan mendatangkan kesan pembelajaran
yang bermakna kepada seseorang. Terdapat pelbagai gaya pembelajaran
yang boleh dilihat dalam kalangan pelajar ini. Antaranya ialah gaya
pembelajaran bergantung dan tidak bergantung, visual dan muzikal.

Setiap guru perlu mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar daripada


pelbagai etnik ini supaya memudahkan pengajarannya dapat memfokuskan
kepada pelajar secara berkesan dan mencapai matlamat yang dikehendaki.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 MODEL DAN PENDEKATAN PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA  105

(b) Penggunaan Bahasa dan Budaya


Guru perlu menggunakan bahasa dan budaya yang pelbagai daripada
pelajar sendiri sebagai bahan pengajarannya. Ia akan memudahkan pelajar
memahami dan mengingati pembelajarannya. Walau bagaimanapun,
penggunaan bahasa perlu tekal dan berterusan supaya tidak mengganggu
pembelajaran kanak-kanak.

(c) Program Khas untuk Kumpulan Minoriti


Program ini khas untuk bilangan pelajar yang kecil dan unik di dalam satu
bilik darjah. Walaupun bilangannya sedikit, namun ia mempunyai matlamat
yang sama dengan kumpulan yang majoriti. Hal ini bermakna guru perlu
menyediakan aktiviti tertentu bagi kumpulan minoriti dengan tidak
menjejaskan kumpulan majoriti dari segi pembelajaran dan isi pelajaran.

4.4 PROGRAM BERORIENTASIKAN SOSIAL


Program ini lebih menjurus pada pencapaian matlamat sosial kanak-kanak. Setiap
aktiviti pembelajaran hendaklah mengaitkan dengan aktiviti sosial yang pelbagai
dan dikaitkan dengan pendidikan atau pelajaran yang sedang diikuti. Kurikulum
mata pelajaran yang dikehendaki perlu selaras dengan matlamat pendidikan
pelbagai budaya.

Perkara yang perlu diteliti adalah seperti yang berikut:

(a) Peluang Interaksi antara Kaum


Pelajar diberi peluang berinteraksi dengan kaum lain semasa PdP berjalan.
Pada kebiasaannya, guru akan menggunakan pendekatan pengajaran secara
berkumpulan dengan menyediakan satu siri tugasan yang menggalakkan
mereka berinteraksi.

(b) Pembelajaran Koperatif


Pembelajaran koperatif juga dikenal sebagai pembelajaran berpasukan. Ia
melibatkan semua ahli dalam kumpulan menyelesaikan tugas dalam masa
tertentu. Segala aktiviti pembelajaran mestilah ke arah pembelajaran
koperatif supaya matlamat pendidikan dan sosial tercapai, khususnya dalam
kalangan pelajar daripada pelbagai etnik.

Pembelajaran koperatif akan menggalakkan pelajar berinteraksi secara aktif


dan positif dalam satu kumpulan tugasan. Hal ini akan mewujudkan situasi
berkongsi idea, keputusan dan penerimaan pandangan secara bersemuka
dalam kalangan mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 4 MODEL DAN PENDEKATAN PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA

(c) Sumbangan Sosial yang Positif kepada Masyarakat


Setiap pembelajaran yang berteraskan kepada matlamat sosial diwujudkan
supaya kita:
(i) Memahami budaya orang lain;
(ii) Menghormati amalan budaya orang lain;
(iii) Menerima dan mengubah suai mengikut keperluan semasa;
(iv) Bertolak ansur;
(v) Mengurangkan rasa diskriminasi; dan
(vi) Membentuk masyarakat harmoni dan sejahtera.

SEMAK KENDIRI 4.1

1. Nyatakan dua kelebihan lima dimensi pendidikan pelbagai budaya


Banks berserta contoh.
2. Jelaskan dua kepentingan bagi setiap program pendidikan
pelbagai budaya.

AKTIVITI 4.1
„Pendidikan pelbagai budaya adalah rumit untuk dilaksanakan.‰
Bincangkan pernyataan tersebut dengan rakan sekuliah anda dalam
forum myINSPIRE.

• Menurut kajian Banks (1994; 1995) terdapat lima dimensi yang menjadi teras
dalam pendidikan pelbagai budaya, iaitu:

− Integrasi kandungan;
− Mengurangkan prejudis;
− Pedagogi saksama;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 MODEL DAN PENDEKATAN PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA  107

− Pembinaan pengetahuan; dan


− Memperkasa budaya sekolah dan struktur sosial.

• Tiga program yang boleh digunakan dalam pendidikan pelbagai budaya ialah
program berorientasikan kandungan, pelajar dan sosial.

• Program berorientasikan kandungan menekankan sebarang aktiviti PdP


berdasarkan isi kandungan mata pelajaran tersebut dan disesuaikan dengan
pelbagai budaya di dalam sesebuah bilik darjah.

• Program berorientasikan pelajar memberikan tumpuan kepada golongan


pelajar yang segala aktiviti PdP mengikut keperluan pelajar. Antaranya ialah
gaya pembelajaran kumpulan pelbagai etnik memfokuskan tatacara
pembelajaran seseorang yang boleh menyebabkan dia selesa dan
mendatangkan kesan pembelajaran yang bermakna kepada seseorang.

• Program berorientasikan sosial pula menjurus ke arah pencapaian matlamat


sosial kanak-kanak dengan mengaitkan setiap aktiviti pembelajaran dengan
pelbagai aktiviti sosial sejajar dengan pendidikan ataupun pelajaran yang
sedang diikuti.

Dimensi pendidikan Multisentrik


Diskriminasi Pengajaran dan pembelajaran (PdP)
Geosentrik Prejudis
Majoriti

Banks, J. A. (1994). An introduction to multicultural education. Boston, MA: Allyn


& Bacon.

Banks, J. A. (1995). The historical reconstruction of knowledge about race:


Implications for transformative teaching. Educational Researcher, 24(2),
15–25.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kepentingan
Pendidikan
5 Pelbagai
Budaya
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan empat matlamat pendidikan pelbagai kaum;
2. Menjelaskan tiga kepentingan matlamat pendidikan pelbagai kaum;
3. Menghuraikan tiga kekurangan pendidikan pelbagai budaya
berdasarkan contoh di Malaysia;
4. Menjelaskan tiga aktiviti yang dapat mengurangkan kekurangan
pendidikan pelbagai kaum; dan
5. Membincangkan proses pembentukan program pendidikan pelbagai
budaya secara ringkas dan menyeluruh berdasarkan kes Malaysia.

 PENGENALAN
Dalam topik terdahulu anda telah mempelajari tentang sejarah pendidikan negara
dan faktor yang mempengaruhinya serta didedahkan dengan beberapa konsep
pendidikan pelbagai budaya dari perspektif Barat. Keperluan pendidikan
pelbagai budaya dari perspektif Malaysia juga dibincangkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KEPENTINGAN PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA  109

Seterusnya, anda akan didedahkan pula pada matlamat pendidikan pelbagai


budaya secara amnya, kepentingan dan kekurangannya. Secara ringkasnya juga
akan disentuh kepentingannya dari perspektif Malaysia berdasarkan beberapa
contoh yang relevan.

Di Malaysia, pendidikan pelbagai kaum telah menampakkan kepentingannya


setelah berlakunya peristiwa hitam 13 Mei 1969 yang menginginkan suatu dasar
pendidikan yang boleh diterima oleh semua kaum. Dasar pendidikan di Malaysia
telah digubal dan seterusnya membentuk kurikulum berpaksikan Falsafah
Pendidikan Negara/Kebangsaan.

Falsafah ini digubal dengan mengambil kira kepentingan dan matlamat


pendidikan bagi kaum Melayu/bumiputera, Cina dan India dan seterusnya bagi
menjamin kestabilan serta kemakmuran negara.

5.1 MATLAMAT PENDIDIKAN PELBAGAI


KAUM
Dalam Topik 4 yang lalu, anda telah didedahkan tentang matlamat kurikulum
pendidikan pelbagai budaya.

Apakah matlamat pendidikan pelbagai kaum?

Secara amnya, matlamat pendidikan pelbagai kaum ini ialah mengurangkan


rasa tidak puas hati dan sindrom diskriminasi antara kaum.

Namun, yang perlu diingati ialah pendidikan pelbagai kaum tidak akan mewujudkan
suatu kaum yang dikenal sebagai „kesatuan dalam kepelbagaian‰ (unity in diversity).
Malah, ia hanya memastikan yang hak dan kebebasan mendapatkan pendidikan
adalah setara dengan kaum lain melalui pendekatan pendemokrasian pendidikan.

Matlamat utama pendidikan pelbagai budaya termasuklah mengubah suai


persekitaran pembelajaran untuk memotivasikan pencapaian akademik dan
memberi sokongan gaya pembelajaran pelajar yang pelbagai dengan
memperkukuhkan nilai daripada kepelbagaian budaya, persamaan, keadilan
sosial dan demokrasi.

Pembentukan matlamat pendidikan pelbagai budaya bergantung pada beberapa


faktor. Antaranya ialah dasar kerajaan, keadaan sekolah, masa, masyarakat dan
matlamat pendidikan itu sendiri. Ia juga bermatlamat membantu pendidik

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


110  TOPIK 5 KEPENTINGAN PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA

memenuhi keperluan potensi individu, keperluan kanak-kanak dan mengajar


dengan menekankan aspek memperkembangkan perasaan seseorang, keyakinan
dan kompetensi.

Secara khususnya, terdapat empat matlamat pendidikan pelbagai kaum seperti


dilakarkan dalam Rajah 5.1.

Rajah 5.1: Empat matlamat pendidikan pelbagai kaum

Sekarang, mari kita pelajari keempat-empat matlamat pendidikan ini.

(a) Membentuk Literasi dan Budaya


Menyediakan pelajar dengan pelbagai maklumat tentang sesuatu kaum itu
dari segi sejarahnya dan kepentingan kaum tersebut dalam pembangunan
negara. Maklumat ini juga akan mengurangkan bias terhadap kaum lain.
Sehubungan dengan itu, kurikulum yang dibentuk perlu mengambil kira
sejarah, warisan, budaya, bahasa dan sumbangannya kepada negara.

Secara umumnya, pelajar akan didedahkan dengan latar sejarah kaum,


bahasa, ciri-ciri budaya, sumbangan, upacara tertentu dan unik serta
keadaan sosioekonomi kaum. Penjelasan ini perlu secara komprehensif,
analitikal dan perbandingan (persamaan dan perbezaan dengan kaum lain).

Matlamat ini sesuai sama ada bagi pelajar majoriti ataupun pelajar minoriti.
Kesilapan kebanyakan pendidik ialah mereka beranggapan bahawa pelajar
kumpulan minoriti sedia tahu tentang budaya dan sejarah mereka serta
pengetahuan itu hanya relevan untuk mereka bukan orang lain.

Ahli kumpulan dalam sesuatu etnik tidak semestinya memahami budaya


etniknya sendiri. Menguasai pengetahuan sejarah, kehidupan dan budaya
kumpulan etnik sesuai untuk semua pelajar kerana mereka perlu lebih
banyak belajar dengan mendapatkan maklumat yang lebih tepat berkaitan
dengan warisan mereka sendiri dan warisan orang lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KEPENTINGAN PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA  111

Tambahan pula, pengetahuan tentang pelbagai etnik merupakan asas yang


diperlukan untuk menghormati, menghargai, menilai dan meraikan
kepelbagaian sama ada pada peringkat nasional ataupun antarabangsa.

Guru juga belajar tentang budaya dan bahasa kaum lain kerana mereka
tinggal dalam masyarakat pelbagai budaya, mengajar dalam pelbagai
budaya dan pelajar yang selalu berinteraksi dari berlainan lokasi, gender,
persekitaran bandar atau desa, kewarganegaraan, pelbagai bangsa, bahasa
dan agama. Kesedaran dan kepekaan terhadap pengaruhnya kepada norma
adalah penting di dalam bilik darjah.

Bahagian seterusnya akan membincangkan perkembangan individu yang


mempunyai kaitan dengan sikap dan nilai. Sikap secara umumnya merujuk
tingkah laku yang ditunjukkan sama ada jelas ataupun sebaliknya. Manakala
nilai pula merupakan pegangan yang menjadi amalan ataupun perbuatan
seseorang dalam penghidupannya.

(b) Perkembangan Individu, Sikap dan Nilai


Ia akan membantu membina individu dari segi kefahaman kendiri, konsep
kendiri positif dan bangga dengan identiti sendiri. Hal ini akan membantu
pelajar itu sendiri daripada menyalah anggap identiti kaum, ciri-ciri dan
keunikannya. Matlamat ini juga akan membantu dari segi memenuhi
keperluan potensi individu, keyakinan dan kemahiran. Kebanyakan pelajar
lebih cenderung kepada sikap dan nilai yang telah dipupuk dalam keluarga
dan kaumnya.

Menitikberatkan aspek ini merupakan sebahagian daripada objektif


pendidikan pelbagai budaya dalam menyumbang kepada perkembangan
peribadi para pelajar, perasaan kendiri yang lebih baik yang akhirnya
menyumbang kepada keseluruhan intelek, akademik dan pencapaian sosial
pelajar.

Pelajar yang berasa diri mereka baik, lebih cenderung bersikap terbuka dan
menerima untuk berinteraksi dengan orang lain serta menghormati budaya
dan identiti mereka.

Pada masa yang sama, sikap dan nilai dibentuk secara positif akan
mempunyai pandangan yang saksama, bebas dan demokrasi. Mereka
dididik menghormati budaya lain dan sebahagian daripada ciri-ciri
masyarakat dalam sesebuah negara. Hal ini sekali gus mengurangkan
konflik antara kaum serta menggalakkan pluralisme dan diversiti.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


112  TOPIK 5 KEPENTINGAN PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA

Sikap dan nilai yang positif ini mewujudkan kerjasama dan tolak ansur
dalam kalangan pelajar. Perkembangan individu kebanyakannya
dipengaruhi oleh sikap dan nilai yang dimiliki. Hal ini boleh dijelaskan lagi
dalam Rajah 5.2.

Rajah 5.2: Perkembangan individu

Sekiranya individu telah memahami dan mempunyai sikap serta nilai seperti
yang dikehendaki, maka persoalan tidak adil, salah sangka dan diskriminasi
tidak akan wujud. Malah ia akan menggalakkan perhubungan dan
kerjasama yang baik antara pelbagai budaya.

Ramai pelajar mempunyai konsep yang salah dan mempunyai pandangan


negatif tentang diri mereka sendiri dan kumpulan etnik lain. Hal ini adalah
sesuatu yang biasa dalam masyarakat yang besar.

Pelajar daripada kaum minoriti mungkin percaya bahawa warisan mereka


tidak ada apa-apa untuk dibanggakan, sementara kumpulan dominan
mungkin dibesar-besarkan akan kepentingan mereka. Meningkatkan
kefahaman tentang diri sendiri, kumpulan etnik lain dan pengalaman
kebudayaan boleh membetulkan kesilapan ini.

Pendidikan pelbagai budaya juga boleh membantu pendidik memenuhi


matlamat untuk memaksimumkan potensi manusia, memenuhi keperluan
individu dan mengajar keseluruhan kanak-kanak dengan cara
meningkatkan perasaan dan nilai kendiri, keyakinan diri dan persaingan.

Ia mewujudkan kesediaan psikologi dalam diri individu dan persekitaran


pembelajaran yang mempunyai kesan positif dalam usaha meningkatkan
pencapaian akademik. Pada masa yang sama, matlamat pembangunan
negara melalui pendidikan pelbagai budaya dapat dicapai dengan mudah
dan terancang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KEPENTINGAN PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA  113

(c) Kecekapan Sosial Pelbagai Budaya


Pelajar akan belajar tentang cara berinteraksi dengan pelbagai kaum,
budaya, bahasa dan keturunan yang berbeza dengan dirinya sendiri.
Pendidikan silang budaya ini akan membantu pelajar memahami akan kaum
lain serta membentuk nilai dan jangka positif.

Hal ini bermakna guru mesti mempunyai kemahiran mengajar yang


merentasi budaya, komunikasi, hubungan interpersonal, analisis konteks,
memahami pandangan yang berlainan serta mengetahui pengaruh budaya
terhadap nilai, sikap, kepercayaan, rujukan, jangkaan dan tingkah laku
pelajar. Ia juga membantu pelajar membuat perbandingan tanpa menyentuh
perasaan kaum lain ataupun menghakimi kaum lain.

Kecekapan sosial juga akan membantu dari segi meningkatkan kemahiran


bersosial antara pelbagai kaum. Di samping itu, kecekapan sosial
membolehkan seseorang itu memahami aspek sosial pelbagai budaya dan
cuba diasimilasikan dengan budaya sendiri yang tidak merosakkan nilai
budaya orang lain. Oleh itu, memahami budaya orang lain akan memudahkan
komunikasi dan matlamat perhubungan antara pelbagai budaya.

(d) Membantu Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Literasi Pelajar


daripada Latar Belakang Etnik yang Pelbagai
Pendidikan pelbagai budaya ini akan menyediakan kemahiran asas
berdasarkan kaum yang terlibat. Ia memerlukan pengetahuan dan
pengalaman yang mendalam tentang latar belakang pelajar. Hal ini bagi
memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti yang
dikehendaki. Malah, pengetahuan ini akan memudahkan guru mengaitkan
isi pelajaran dengan latar belakang pelajar supaya lebih difahami dan
diterima secara jelas dan terang.

Guru akan menyediakan pelbagai bahan pengajaran berasaskan latar


belakang pelajar (budaya dan sosial) untuk diterapkan dalam isi pelajaran.
Contoh yang konkrit boleh diperoleh daripada pelajar itu sendiri kerana
telah sebati dan dijadikan amalan dalam penghidupannya.

Guru secara tidak langsung memperoleh pengetahuan dan pengalaman


daripada contoh sedemikian. Hal ini akan memudahkan pemeringkatan dan
perancangan pengajaran dan pembelajaran seterusnya. Guru juga
menggunakan apa-apa yang terdapat dalam bilik darjah sebagai bahan
pengajarannya. Rajah 5.3 menunjukkan perkaitan pengajaran dan bahan
pengajaran berasaskan pelbagai budaya dalam bilik darjah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 5 KEPENTINGAN PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA

Rajah 5.3: Perkaitan pengajaran dan bahan pengajaran


berasaskan latar belakang pelajar

AKTIVITI 5.1
Bagaimanakah sikap dan nilai berkaitan dengan perkembangan
individu dalam sesebuah masyarakat yang pelbagai budaya?

5.2 KELEBIHAN PENDIDIKAN PELBAGAI


BUDAYA
Seterusnya, mari kita teliti tiga kelebihan pendidikan pelbagai budaya seperti
disenaraikan dalam Jadual 5.1.

Jadual 5.1: Tiga Kelebihan Pendidikan Pelbagai Budaya

Kelebihan Deskripsi
Mewujudkan Pendidikan pelbagai budaya akan memudahkan semua orang
persetujuan menghormati budaya orang lain. Bukan sahaja dari segi bahasa, amalan
untuk dan pegangan, malah penerimaannya dalam budaya orang lain dialu-
menghormati alukan.
pelbagai
Kurikulum yang dibentuk akan mewujudkan sikap, kaum dan gender
budaya yang
lebih positif. Hal ini dibantu oleh guru dan pihak sekolah dengan
sedia ada
mengadakan program silang budaya di dalam sekolah. Sekali gus, ini
mewujudkan perasaan menghormati budaya orang lain dan diterima
sebagai salah satu elemen dalam sekolah.
Perbezaan dari segi bahasa dan adat resam boleh dikurangkan dengan
wujudnya tolak ansur dalam kalangan mereka. Malah penggunaan
pelbagai bahasa boleh membantu pelajar dan guru memahami
kebudayaan dan bangsa orang lain. Ia turut membantu mengurangkan
prasangka dalam kalangan mereka walaupun wujudnya perbezaan
bahasa, adat resam, pakaian dan sebagainya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KEPENTINGAN PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA  115

Menyemai Bilik darjah merupakan cerminan masyarakat di luar bilik darjah.


budaya Sekiranya terdapat pelbagai budaya dalam bilik darjah, maka masyarakat
pluralisme di di luar bilik darjah juga pelbagai budaya. Bilik darjah turut dijadikan
dalam bilik wahana bagi menerapkan ataupun memupuk budaya dan bahasa dengan
darjah lebih berkesan melalui interaksi dalam kalangan mereka. Maka,
pluralisme di dalam bilik darjah akan wujud.
Dalam konteks di Malaysia, pluralisme di dalam bilik darjah telah lama
wujud semenjak kemerdekaan lagi tetapi disebabkan terdapatnya dasar
pendidikan yang seragam menyebabkan perbezaan antara kaum ini tidak
ketara. Malah, ia mewujudkan kesatuan budaya yang sama-sama
diterima selagi tidak bercanggah dengan adat resam dan agama pelbagai
kaum ini.
Faedah daripada dasar ini ialah:
(a) Pelajar akan bersikap lebih positif terhadap sekolah dan kaum lain;
(b) Membantu sekolah dan mempertingkatkan hubungan sekolah dan
ibu bapa; dan
(c) Pencapaian pelajar adalah selaras dan diterima pakai dalam
pekerjaan.
Mengatasi Pendidikan pelbagai budaya akan mengurangkan unsur stereotaip bagi
unsur setiap kaum dengan memahami dan bersedia menerima unsur luar
stereotaip, sebagai sebahagian daripada proses asimilasi.
prejudis dan
Begitu juga sikap prejudis dan perkauman dapat diatasi dengan
perkauman
terdapatnya kurikulum yang mendukung cita-cita masyarakat yang
dalam
pelbagai budaya. Kurikulum yang pelbagai budaya akan memudahkan
masyarakat
penerimaan pelajar dalam pendidikan. Hal ini dapat dilakukan melalui
aktiviti yang melibatkan semua orang seperti pembelajaran koperatif,
projek dan lawatan.
Pengajaran yang menekankan sikap positif turut mengurangkan prejudis
dan sifat perkauman dalam masyarakat. Pengajaran mestilah melibatkan
interaksi antara kaum, komunikasi terbuka dan terkawal. Perkara ini akan
mewujudkan perasaan saling mempercayai dan bekerjasama antara satu
sama lain, seterusnya memperbaiki pencapaian akademik dalam
kalangan pelajar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 5 KEPENTINGAN PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA

5.3 KEKURANGAN PENDIDIKAN PELBAGAI


BUDAYA
Apakah kekurangan pendidikan pelbagai budaya? Rajah 5.4 menyenaraikan tiga
kekurangan pendidikan pelbagai budaya.

Rajah 5.4: Tiga kekurangan pendidikan pelbagai budaya

Mari kita pelajari setiap kekurangan ini dengan lebih lanjut.

(a) Menghasilkan Jurang antara Kaum


Pendidikan yang hanya menumpukan kepada satu-satu kaum akan
mewujudkan sikap antikaum dan enggan bekerjasama sesama mereka.
Akibatnya, jurang antara kaum akan semakin tinggi. Jika tidak ditangani,
akan wujud masalah sosial dalam masyarakat pelbagai budaya ini.
Contohnya, mari kita lihat kes Rodney King dan O. J. Simpson.

(i) Rodney King


Rodney King (lihat Rajah 5.5) dipukul oleh pihak polis kulit putih
kerana kesalahan memandu laju di jalan raya. Akibatnya, King
mengalami kecederaan teruk di muka, tangan dan perut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KEPENTINGAN PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA  117

Rajah 5.5: Rodney King


Sumber: https://www.kuer.org/post/rodney-king-comes-grips-riot-
within#stream/0

Kejadian memukul King ini telah mendapat liputan yang meluas di


Amerika kerana hanya kesalahan lalu lintas menyebabkan dia dipukul
hingga mendatangkan kemudaratan kepada beliau.

Oleh itu, kes King telah dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan


keadilan dari segi perundangan dan ketidakpuasan hati dalam
kalangan penduduk berkulit hitam Afrika Amerika.

(ii) O. J. Simpson
Simpson (lihat Rajah 5.6) ialah salah seorang bekas pemain American
Football yang telah berjaya dalam kerjayanya. Namun, pembunuhan
bekas isterinya dan teman lelakinya (kedua-duanya berkulit putih)
menyebabkan ketidakpuasan dalam kalangan rakyat Amerika berkulit
putih.

Rajah 5.6: O. J. Simpson


Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/O._J._Simpson

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


118  TOPIK 5 KEPENTINGAN PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA

Simpson dibicarakan atas tuduhan membunuh tetapi didapati tidak


bersalah. Hal ini menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan
penduduk berkulit putih.

(b) Akibat Luar Jangkaan


Segala perancangan dan pendekatan pengajaran berdasarkan kurikulum
sedia ada tidak menjamin memenuhi semua kehendak pelajar yang pelbagai
kaum ini. Terdapat aktiviti yang kurang menyenangkan disebabkan oleh
peraturan atau tegahan dalam satu kaum, keturunan atau agama.

(c) Ketidakpuasan dalam Kalangan Pelajar


Ketidakpuasan dalam kalangan pelajar menyebabkan penekanan yang
berbeza-beza mengikut kumpulan tertentu. Terdapat pelajar yang tidak
dapat menguasai bahasa pengantar dan isi pelajaran di dalam bilik darjah;
akibatnya, mereka tidak hadir ke sekolah.

Fenomena ini boleh menyebabkan berlakunya jurang akademik dalam


kalangan mereka. Jurang ini akan menyebabkan wujudnya sentimen
kepelbagaian pencapaian di dalam bilik darjah. Tambahan pula, gaya belajar
pelajar yang pelbagai dan kaedah pengajaran yang kurang disenangi akan
menimbulkan suasana kurang selesa di dalam bilik darjah.

Terdapat kajian yang menunjukkan kaedah pengajaran berkesan terhadap


sebahagian pelajar sahaja mengikut kaum dan keturunan. Perkara ini
mungkin terjadi kerana kaedah ini sesuai dan menepati cita rasa pelajar
tersebut.

Bagaimanakah kita dapat mengurangkan kekurangan pendidikan pelbagai


budaya? Terdapat beberapa pendekatan yang biasa digunakan dalam
mengurangkan kekurangan pendidikan pelbagai budaya. Pendekatan ini
boleh dilihat dari aspek berikut:

(i) Guru
Perlu dilatih dan sentiasa mendalami pengetahuan dalam bidang
budaya sesuatu kaum dari segi bahasa, agamanya, kebudayaan dan
amalan berkaitan dengan adat resam.
Pengetahuan ini penting bagi mengelak berlakunya salah faham dan
diskriminasi antara kaum. Mengubahsuaikan kaedah pengajaran
berdasarkan apa-apa yang terdapat di dalam bilik darjah akan lebih
menyeronokkan dan memberi gambaran yang lebih positif dalam
kalangan pelajar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KEPENTINGAN PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA  119

(ii) Pentadbir Sekolah


Sentiasa memantau dan menyelesaikan masalah konflik antara kaum
mengikut dasar, peraturan ataupun prosedur yang telah ditetapkan. Ia
perlu dilaksanakan secara adil, saksama dan tidak bias. Jika perlu,
tubuhkan jawatankuasa menangani masalah konflik kaum/budaya di
sekolah.

Selain itu, sediakan suatu kerja dan pembelajaran yang kondusif dalam
sekolah. Utamakan kerja berpasukan atau kerjasama antara guru dan
pelajar serta libatkan ibu bapa dalam program akademik di sekolah.

(iii) Ibu Bapa


Melibatkan ibu bapa daripada pelbagai budaya ini dengan program
sekolah, khususnya dalam meningkatkan pencapaian akademik dan
program kebudayaan, bahasa dan adat resam secara bekerjasama
dalam kalangan mereka.

(iv) Kurikulum Dibentuk secara Bersama


Tujuan kurikulum dibentuk ialah memenuhi keperluan dan kehendak
masyarakat terhadap masa depan anak mereka. Sehubungan dengan
itu, kurikulum yang dapat memenuhi keperluan masyarakat pelbagai
budaya dapat diterima dan dilaksanakan dengan berkesan.

SEMAK KENDIRI 5.1

1. Huraikan tiga matlamat pendidikan pelbagai kaum.


2. Nyatakan tiga aktiviti yang dapat mengurangkan kekurangan
pendidikan pelbagai kaum.
3. Apakah kepentingan matlamat pendidikan pelbagai kaum dalam
konteks di Malaysia?

AKTIVITI 5.2

Jelaskan mengenai pengajaran dan pembelajaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 5 KEPENTINGAN PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA

• Secara amnya, matlamat pendidikan pelbagai kaum ini ialah mengurangkan rasa
tidak puas hati dan sindrom diskriminasi antara kaum.

• Secara khususnya, empat matlamat pendidikan pelbagai kaum adalah seperti


yang berikut:

− Membentuk literasi dan budaya;


− Perkembangan individu, sikap dan nilai;
− Kecekapan sosial pelbagai budaya; dan
− Membantu pengajaran dan pembelajaran kemahiran literasi pelajar
daripada latar belakang etnik yang pelbagai.

• Kelebihan pendidikan pelbagai budaya adalah merangkumi:

− Mewujudkan persetujuan untuk menghormati pelbagai budaya yang sedia


ada;

− Menyemai budaya pluralisme di dalam bilik darjah; dan


− Mengatasi unsur stereotaip, prejudis dan perkauman dalam masyarakat.

• Tiga kekurangan pendidikan pelbagai budaya:

− Menghasilkan jurang antara kaum disebabkan tumpuan kepada kaum dan


pelbagai budaya. Misalnya, melalui pendidikan yang hanya menumpukan
kaum tertentu sahaja akan mewujudkan sikap antikaum dan enggan
bekerjasama sesama mereka;

− Akibat luar jangkaan kerana mungkin terdapat aktiviti yang kurang


menyenangkan disebabkan oleh peraturan ataupun tegahan dalam satu
kaum, keturunan atau agama; dan

− Ketidakpuasan dalam kalangan pelajar disebabkan wujudnya penekanan


yang berbeza-beza mengikut kumpulan tertentu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KEPENTINGAN PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA  121

Kesatuan dalam kepelbagaian (unity in Prejudis


diversity
Stereotaip
Kompeten
Wahana
Komprehensif
Literasi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pengaruh
Pelbagai
6 Budaya
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan peranan sosial dan ekonomi yang mempengaruhi
cara hidup masyarakat Malaysia pelbagai kaum;
2. Menjelaskan dua kepentingan faktor persekitaran yang
mempengaruhi cara hidup masyarakat Malaysia;
3. Menyenaraikan penerapan nilai murni dalam pendidikan;
4. Menyatakan tiga aktiviti yang dapat mengekalkan adat resam dan
warisan Malaysia berserta dengan contoh yang bersesuaian; dan
5. Membincangkan peranan pendidikan pelbagai budaya yang boleh
mengekalkan warisan budaya Malaysia secara ringkas.

 PENGENALAN
Pengaruh pelbagai budaya terhadap masyarakat amat penting dan seterusnya
mencorakkan masyarakat masa depan. Akibatnya, budaya masyarakat masa
depan lebih bercorak pelbagai dan diterima sebagai salah satu kebudayaan dalam
sesebuah negara.

Malaysia, sebagai sebuah negara yang dianggotai oleh pelbagai kaum, keturunan,
kelas sosial dan agama menerimanya sebagai satu keunikan yang tidak dimiliki di
negara lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGARUH PELBAGAI BUDAYA  123

Dalam topik ini, kita akan meneliti dan mengkaji pengaruh individu, kumpulan
dan masyarakat dalam memelihara adat resam serta mengekalkan warisan
budaya secara berkesan dan terjamin.

6.1 PENGARUH PELBAGAI BUDAYA


TERHADAP CARA HIDUP MASYARAKAT
MALAYSIA
Tidak dinafikan bahawa pengaruh budaya boleh mempengaruhi tatacara hidup
masyarakat Malaysia. Setiap masyarakat mempunyai budaya yang tersendiri dan
unik. Malah, budaya yang baik boleh diterima dan diamalkan secara bersama-
sama dengan masyarakat lain.

Apakah yang dimaksudkan dengan budaya?

Budaya itu boleh merangkumi pelbagai bentuk dan abstrak serta berubah
mengikut keperluan semasa.
(Bennett, 1999)

Malah, ia bergantung pada lokasi dan persekitaran yang berbeza-beza. Terdapat


budaya yang boleh diterima oleh satu-satu negara dan ada budaya yang tidak
boleh diterima langsung. Hal ini bermakna konsep budaya sentiasa berubah dan
bersifat dinamik.

Namun, konsep budaya dalam konteks pendidikan pelbagai budaya adalah


seperti yang berikut:

Budaya merangkumi sebarang pengetahuan, kepercayaan, seni, mural,


perundangan, adat, tabiat, simbol, intelektual, norma, sikap, nilai, idea dan
hubungan antara peristiwa dengan tingkah laku.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


124  TOPIK 6 PENGARUH PELBAGAI BUDAYA

Bagaimanakah pula pelbagai budaya mempengaruhi sosial, ekonomi dan


persekitaran masyarakat Malaysia?

(a) Sosial
Masyarakat Malaysia yang sedia ada sememangnya mempunyai kefahaman
tentang wujudnya pelbagai budaya semenjak merdeka. Oleh itu, tidak
timbul prasangka dan bias dalam membicarakan pelbagai budaya dalam
pendidikan.

Malah sistem pendidikan berpusat telah mengubah pandangan dan sikap ke


arah penerimaan pelbagai budaya sebagai sebahagian dalam kehidupan
masyarakat Malaysia. Upacara keagamaan dan kebudayaan dijadikan satu
agenda dalam memastikan setiap kaum boleh menghormati dan
menerimanya dalam negara.

Pengaruh yang paling ketara dalam masyarakat Malaysia dari segi sosial
ialah wujudnya pakaian yang boleh dipakai tanpa perasaan prejudis,
menghadiri pesta kebudayaan, bahasa yang boleh dipelajari secara bersama-
sama dan menerima sistem pendidikan di seluruh negara. Pembinaan
bandar raya pendidikan akan memudahkan lagi penerapan asimilasi sosial
dalam sistem pendidikan yang pelbagai budaya ini.

Kepentingan pelbagai budaya dalam masyarakat Malaysia menyebabkan


kerajaan berusaha mengukuh dan mengekalkannya dalam mengadakan
pesta kebudayaan, pendidikan kebudayaan pada peringkat sekolah, kolej
dan universiti serta menjadikan kepelbagaian budaya ini sebagai salah satu
identiti nasional yang boleh dibanggakan.

Maka, kepelbagaian budaya akan mewujudkan sikap tolak ansur dan


bersedia mengenali kebudayaan serta memahaminya dengan lebih
mendalam. Kerajaan dalam hal ini menggalakkan semua kaum menonjolkan
ciri-ciri keunikan yang boleh dikongsi secara bersama.

Antaranya ialah penggunaan pakaian (batik, baju Melayu dan lain-lain) pada
satu majlis telah menjadi amalan dan kebiasaan bagi rakyat Malaysia.
Contohnya, pakaian batik telah diterima sebagai satu pakaian rasmi yang
boleh dipakai oleh semua kaum.

Menurut Hussein (1993), jalinan budaya manusia tidak boleh difahami


melalui proses pewarisan biologi tetapi perlu dipelajari melalui proses
pendidikan sama ada di sekolah, dalam keluarga, kumpulan rakan atau
komuniti di persekitaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGARUH PELBAGAI BUDAYA  125

(b) Ekonomi
Dari segi ekonomi pula, kita dapati semua orang boleh menceburi pelbagai
kegiatan ekonomi di negara ini tanpa mengira kaum, keturunan dan agama.
Sebelum merdeka, penjajah telah mewujudkan dasar „pecah dan perintah‰
yang menyebabkan kegiatan ekonomi hanya dimonopoli oleh satu-satu
kaum sahaja. Namun selepas merdeka, perubahan telah berlaku dengan
menyediakan peluang ekonomi bagi semua kaum.

Dasar Ekonomi Baru (1970) merupakan program membantu dan menyusun


semula kegiatan ekonomi dan sosial rakyat Malaysia selepas berlakunya
ketidakseimbangan dalam pengagihan kekayaan negara yang disebabkan
dasar pemerintahan penjajah.

Pada masa yang sama, dasar ini cuba merapatkan jurang ekonomi antara
bandar dengan desa, antara bumiputera dan bukan bumiputera, antara
wilayah dan golongan elit dengan proletariat. Mekanisme yang biasa
dijalankan adalah dengan cara mendemokrasikan ekonomi bagi meluaskan
penyertaan golongan yang tidak berkemampuan dan dari wilayah terpencil
di seluruh negara.

Projek mega seperti Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang


Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA – Kuala Lumpur International
Airport) dan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) telah banyak memberi
peluang kegiatan ekonomi bagi penduduk setempat dan usahawan.
Penyertaan daripada semua golongan akan mengurangkan jurang
perbezaan ekonomi antara kaum.

(c) Persekitaran
Persekitaran yang harmoni dan sihat akan menjalinkan hubungan yang sihat
antara kaum. Persekitaran ini boleh diwujudkan dengan cara menyediakan
kemudahan yang boleh digunakan oleh semua orang.

Contohnya, taman permainan, taman tema air, dewan orang ramai dan balai
raya. Ruang anjung di sekolah dan rumah, gimnasium, padang permainan
mahupun kelab dan persatuan sukan juga merupakan antara tempat
persekitaran yang paling sesuai mewujudkan proses interaksi dan asimilasi
dalam masyarakat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


126  TOPIK 6 PENGARUH PELBAGAI BUDAYA

Komuniti di persekitaran sedia ada berpengaruh dalam membentuk budaya


baharu kerana individu itu akan:
(i) Menerima nilai yang sama-sama dikongsi;
(ii) Menyediakan pengalaman baharu selain di sekolah dan dalam
keluarga;
(iii) Mengadakan hubungan sosial dengan rakan sebaya; dan
(iv) Mewujudkan suatu budaya baharu.

Persekitaran tadi perlu dikawal selia demi matlamat pembangunan masyarakat


Malaysia tercapai dan bukannya sekadar mengekalkan status quo berdasarkan
bidang masing-masing. Persekitaran yang dapat memupuk nilai bangsa Malaysia
akan menjadi negara pelbagai budaya yang bersatu-padu dan maju pada masa
depan.

AKTIVITI 6.1

1. Jelaskan maksud budaya yang boleh diterima dalam konteks


Malaysia. Mengapakah anda mengatakan sedemikian? Nyatakan
tiga sebab bagi menyokong pandangan anda.

2. Berikan dua contoh ciri-ciri keunikan yang anda fikirkan sangat


sesuai dalam konteks di Malaysia.

6.2 PERANAN INDIVIDU DALAM


MENGHORMATI PELBAGAI ADAT RESAM
MASYARAKAT
Apakah peranan individu dalam menghormati adat resam masyarakat kita? Mari
kita lihat seterusnya.

(a) Pentadbir
Adat resam diberi keutamaan dalam kehidupan pelajar dan sekolah.
Pentadbir memastikan adat resam yang ada perlu dikembangkan dan
dimajukan lagi dalam kalangan pelajar melalui kegiatan kokurikulum dan
sudut kebudayaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGARUH PELBAGAI BUDAYA  127

Antara peranan yang boleh dimainkan oleh pentadbir dan sekolah dalam
menghormati adat resam ialah:
(i) Minggu suai kenal kebudayaan;
(ii) Minggu kebudayaan satu-satu kaum;
(iii) Menggalakkan guru dan staf menyuburkan kebudayaan masing-
masing;
(iv) Menjadikan budaya sendiri sebagai budaya di sekolah; dan
(v) Menyelaraskan satu piawaian yang diguna pakai oleh warga sekolah
seperti pakaian rasmi/kebudayaan, bahasa dan amalan budi pekerti.

(b) Guru
Menyepadukan isi pelajaran dengan contoh adat resam yang berlainan
kaum. Bagi memastikan isi pelajaran bersesuaian dengan ciri-ciri pelajar
yang pelbagai budaya ini, kesediaan untuk belajar tentang budaya orang
lain, berinteraksi dengan ibu bapa dan komuniti sekolah.

Yang berikut ialah ciri-ciri guru yang berkesan dalam mengekalkan adat
resam masyarakat:
(i) Jelas akan identiti dan etnik sendiri;
(ii) Jangkaan yang tinggi terhadap kejayaan;
(iii) Komited terhadap kesaksamaan pencapaian;
(iv) Mencipta persekitaran yang menggalakkan pembelajaran;
(v) Tugasan pembelajaran yang bermakna; dan
(vi) Menggalakkan ibu bapa terlibat sama.

(c) Pelajar
Pelajar menghormati, memahami dan menerima adat resam orang lain serta
disesuaikan dengan adat resam sendiri. Setiap pelajar perlu didedahkan
dengan segala pantang larang atau tegahan yang berunsur sensitif bagi
segolongan pelajar, khususnya berkaitan dengan keagamaan.

Antara peranan lain yang boleh disumbangkan oleh pelajar dalam


menghormati budaya orang lain ialah:
(i) Menghormati budaya orang lain;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


128  TOPIK 6 PENGARUH PELBAGAI BUDAYA

(ii) Menerima budaya orang lain yang tidak bercanggah dengan adat
resam dan agama sendiri;
(iii) Mengamalkan nilai yang dipersetujui bersama-sama dan selaras
dengan peraturan sekolah; dan
(iv) Mengadakan aktiviti kebudayaan melalui kurikulum dan
kokurikulum.

(d) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)


Kegiatan kebudayaan dan program yang dipunyai ibu bapa perlu dilibatkan
sama di sekolah. Kita tahu kebanyakan ibu bapa mempunyai kemahiran
dalam hal kebudayaan seperti seni kraf tangan, tarian, pakaian dan seni
lukis. Ibu bapa perlu memberi sumbangan dalam bentuk pendidikan dan
sukarela dalam mendidik anak di sekolah.

Budaya seperti ini telah lama diamalkan di negara maju seperti Amerika,
United Kingdom dan beberapa negara lain di Eropah. Antara sumbangan
yang boleh diberi oleh ibu bapa ialah:
(i) Bersedia menyumbangkan tenaga dan kepakaran kepada sekolah;
(ii) Sentiasa berhubungan dengan pihak sekolah bagi membantu
memperkembangkan kebudayaan masing-masing; dan
(iii) Menghadiri hari kebudayaan sebagai sokongan kepada sekolah.

AKTIVITI 6.2
Nyatakan tiga aktiviti berserta contoh yang anda fikirkan sesuai
dilakukan oleh pelajar-pelajar di sekolah anda untuk menanamkan
semangat hormat-menghormati antara budaya.

6.3 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB


MENGEKALKAN WARISAN BUDAYA
MALAYSIA
Warisan budaya Malaysia adalah unik dan pelbagai. Ia telah dijadikan daya
tarikan dan identiti Malaysia yang telah membentuk bangsa Malaysia yang
dianggotai pelbagai kaum, keturunan dan agama. Bagi memastikan warisan
budaya Malaysia berkekalan, peranan dan tanggungjawab bangsa Malaysia perlu
merealisasikan dua domain yang berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGARUH PELBAGAI BUDAYA  129

(a) Penerapan Nilai Murni Sejagat


Nilai murni merupakan tanggapan tentang beberapa perkara yang dihajati
(baik, mulia dan luhur) dan dijadikan rujukan, kriteria ataupun ukuran
(Ibrahim, 2000; Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, 1993).

Menurut Ibrahim (2000), nilai murni berpunca daripada agama dan


pemikiran. Dalam konteks Malaysia, nilai murni adalah berdasarkan lima
agama utama, iaitu agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh serta
falsafah moral Konfusianisme dengan menjadikan Islam sebagai agama
tonggak dalam pembentukan nilai murni sejagat.

Manakala penerapan merupakan perbuatan menyisipkan ke atas sesuatu


dan dikukuhkan melalui aktiviti tertentu. Tujuan utama penerapan nilai
murni sejagat secara umumnya ialah melahirkan modal insan dan
warganegara yang baik serta berakhlak mulia (Wan Mohd Zahid Mohd
Noordin, 1993).

Secara khususnya pula, menurut Wan Mohd Zahid Mohd Noordin (1993)
dan Ibrahim (2000) penerapan nilai murni sejagat:
(i) Menanam kesedaran, kefahaman, keyakinan dan kesyukuran;
(ii) Menanam semangat cintakan nilai suci;
(iii) Menghormati kebaikan dan membenci keburukan;
(iv) Membentuk sikap positif dan berguna kepada agama dan bangsa
sewaktu menjalankan tugas serta tanggungjawab;
(v) Menghapuskan sikap negatif dalam kehidupan sewaktu menjalankan
tugas serta tanggungjawab;
(vi) Membolehkan insan menjalankan amanah dengan dedikasi;
(vii) Melatih diri dengan disiplin;
(viii) Meningkatkan hasil/produktiviti; dan
(ix) Mendorong seseorang untuk berusaha mencapai kecemerlangan.

Nilai murni ini perlu dilaksanakan melalui pendidikan, latihan, simulasi,


main peranan dan juga aktiviti sukan serta riadah.

(b) Memahami Adat Resam Masyarakat Setempat


Adat resam setempat perlu dimaklumkan kepada penduduk setempat
ataupun dari luar kawasan dengan mengadakan papan kenyataan, majlis
penerangan dan risalah kebudayaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


130  TOPIK 6 PENGARUH PELBAGAI BUDAYA

SEMAK KENDIRI 6.1


Jawab semua soalan berikut dan berikan contoh dalam konteks di
Malaysia.
(a) Huraikan tiga cara menyerapkan nilai murni sejagat dalam
pendidikan di Malaysia.
(b) Bincangkan tiga aktiviti yang dapat mengekalkan adat resam dan
warisan Malaysia berserta contoh yang bersesuaian.
(c) Bagaimanakah pendidikan pelbagai budaya boleh mengekalkan
warisan budaya Malaysia?

6.4 DIALOG ANTARA AGAMA DAN


KEPERCAYAAN MASYARAKAT MALAYSIA
Dialog antara agama dan kepercayaan merupakan salah satu pendekatan yang
penting dalam proses pendidikan negara bagi memupuk semangat perpaduan
kaum dan agama dalam kalangan pelajar Malaysia. Selepas diisytiharkan mulai
tahun 2001 sebagai tahun dialog, pendekatan ini mula diterima ramai (Rahimin
Affandi Abd Rahim, Mohd Anuar Ramli, Paizah Ismail & Nor Hayati Mohd
Dahlal, 2011).

Malaysia mempunyai sebuah masyarakat majmuk, rakyatnya terdiri daripada


berbilang kaum, bangsa dan agama. Ia telah termaktub dalam Perlembagaan
Negara bahawa agama Islam sebagai agama persekutuan membentuk komposisi
60.4 peratus berbanding agama lain dengan komposisi 39.6 peratus seperti agama
Buddha, Hindu, Kristian dan lain-lain (Jabatan Perangkaan Negara, 2018).

6.4.1 Konsep
Perkataan dialog merujuk percakapan, perbualan dalam lakonan, cerita atau
bentuk pertuturan serta pertukaran pendapat, pandangan, perbincangan,
perundingan antara dua pihak atau lebih mengenai sesuatu isu secara tersusun
dan terbuka. Manakala dialogue dalam bahasa Inggeris merujuk wacana
(discourse).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGARUH PELBAGAI BUDAYA  131

Tegasnya dialog membawa pengertian sesuatu pandangan, idea yang


dibincangkan untuk mencapai sesuatu kesimpulan atau matlamat yang
bermanfaat kepada pihak yang terlibat. Ia perlu diterima secara positif sebagai
salah satu medium interaksi dan komponen komunikasi yang melibatkan
pertemuan dan perbincangan mengenai sesuatu isu yang menimbulkan
perbezaan pendapat, kesangsian dan salah faham antara pelajar dalam pelbagai
latar belakang yang tinggal bersama-sama. Matlamat utama dialog ini adalah
untuk memupuk persefahaman dan perkongsian hidup secara bersama-sama
dengan mematuhi etika yang khusus (Rahimin Affandi Abd Rahim et al., 2011).

6.4.2 Etika dalam Dialog antara Agama


Menurut Rahimin Affandi Abd Rahim et al. (2011), secara umumnya, dialog ini
bertujuan melahirkan perpaduan kaum dan agama dalam kalangan masyarakat
Malaysia.

Maka ia perlu diterima secara baik dengan mematuhi beberapa etika khusus
berikut:
(a) Tidak menjejaskan kerangka dan pemahaman asas, misalnya ajaran tauhid
dalam agama Islam.
(b) Mengakui tentang elemen universal yang wujud antara agama besar dunia.
(c) Menerima elemen pluralisme agama yang positif.
(d) Menerima sifat inklusif dan eksklusif dalam agama.
(e) Mengelakkan cemuhan budaya dan agama lain.
(f) Memerlukan sikap toleransi antara penganut agama untuk mengelak
konflik.
(g) Memelihara kerukunan antara penganut agama.
(h) Mengelak gejala buruk yang ditegah oleh semua agama dan kemanusiaan
sejagat seperti keganasan, ekstremisme, fanatisisme dan cauvinisme.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


132  TOPIK 6 PENGARUH PELBAGAI BUDAYA

• Tatacara hidup masyarakat di Malaysia sememangnya dipengaruhi oleh


budaya yang tersendiri dan unik. Ia mempunyai pengaruh yang besar dalam
bidang sosial, ekonomi dan persekitaran.

• Dari segi sosial, kita dapat lihat bahawa masyarakat Malaysia menghormati
dan menerima kepelbagaian agama dan budaya. Malah, pakaian tradisional
antara kaum boleh dipakai tanpa terdapat perasaan prejudis, menghadiri
pesta kebudayaan, bahasa yang boleh dipelajari secara bersama-sama dan
menerima sistem pendidikan di seluruh negara.

• Dari segi ekonomi pula, kita dapati semua orang boleh menceburi pelbagai
kegiatan ekonomi di negara ini tanpa mengira kaum, keturunan dan agama.

• Persekitaran yang harmoni akan menjalinkan hubungan yang sihat antara


kaum. Persekitaran ini boleh diwujudkan dengan cara menyediakan
kemudahan yang boleh digunakan oleh semua orang. Persekitaran ini perlu
dikawal selia demi matlamat pembangunan masyarakat Malaysia tercapai dan
bukannya mengekalkan status quo berdasarkan kaum.

• Pentadbir, guru, pelajar dan ahli PIBG merupakan individu memainkan


peranan yang penting dalam menghormati pelbagai adat resam masyarakat.
Misalnya, pentadbir memastikan adat resam yang ada perlu dikembangkan
dan dimajukan lagi dalam kalangan pelajar melalui kegiatan kokurikulum dan
dari sudut kebudayaan.

• Dialog antara agama dan kepercayaan merupakan salah satu pendekatan yang
penting dalam proses pendidikan negara bagi memupuk semangat perpaduan
kaum dan agama dalam kalangan pelajar Malaysia.

• Untuk memastikan warisan budaya Malaysia dikekalkan, antara peranan dan


tanggungjawab bangsa Malaysia adalah menerapkan nilai murni sejagat dan
memahami adat resam masyarakat setempat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGARUH PELBAGAI BUDAYA  133

Cauvinisme Fanatisisme
Dialog antara agama Monopoli
Ekstremisme Pewarisan biologi
Elit Proletariat
Etika Status quo

Jabatan Perangkaan Negara. (2018). Putrajaya, Malaysia.

Rahimin Affandi Abd Rahim, Mohd Anuar Ramli, Paizah Ismail, & Nor Hayati
Mohd Dahlal. (2011). Dialog antara agama: Realiti dan prospek di Malaysia.
Kajian Malaysia, 29(2), 91–110.

Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. (1993). Wawasan pendidikan: Agenda


pengisian. Kuala Lumpur, Malaysia: Nurin.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pedagogi yang
Berkaitan
7 dengan
Pendidikan
Pelbagai
Budaya
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan maksud pedagogi pendidikan pelbagai budaya;
2. Menghuraikan aspek yang terkandung dalam pedagogi pendidikan
pelbagai budaya; dan

3. Menilai peranan guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan


pembelajaran (PdP) secara berkesan dalam pendidikan pelbagai
budaya.

 PENGENALAN
Para sarjana pendidikan pelbagai budaya bersetuju bahawa pada tahap
fundamental, pendidikan pelbagai budaya merupakan orientasi terhadap sistem
persekolahan yang proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) adalah berasaskan
perspektif demokrasi yang ideal, iaitu keadilan dan kesaksamaan (Banks, l995;
Gay, 1994; Sleeter, 1995).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PEDAGOGI YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN  135
PELBAGAI BUDAYA

James A. Banks telah menyenaraikan lima dimensi kritikal dalam konteks


pendidikan pelbagai budaya, iaitu:
(a) Kandungan integrasi;
(b) Konstruksi ilmu pengetahuan;
(c) Hakisan prasangka (prejudice reduction);
(d) Pedagogi yang saksama; dan
(e) Budaya sekolah dan struktur sosial masyarakat yang adil.

Pedagogi ataupun kaedah boleh dianggap sebagai pengendalian kepada satu set
atau aktiviti yang dipilih oleh guru untuk diaplikasikan di dalam kelasnya.
Apakah yang dimaksudkan dengan pedagogi?

Pedagogi bermaksud satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu


set prosedur yang tersusun, berlandaskan sesuatu pendekatan yang terpilih.
(Kamarudin Husin, 1990)

Huraian ini bermakna kaedah yang dipilih untuk proses PdP harus berdasarkan
sesuatu pendekatan yang berkaitan dengan model, prinsip atau teori
pembelajaran. Beliau juga menyatakan bahawa aspek pedagogi sebagai satu
perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur,
kemas dan sistematik. Ia merupakan langkah atau peringkat pengajaran yang
tersusun rapi dan berkesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi
mencapai sesuatu objektif pengajaran.

Dapat disimpulkan di sini bahawa guru boleh merangka sesuatu prosedur PdP
dengan menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai, terutamanya kaedah yang
menarik yang dapat memenuhi keperluan pelajar mereka dalam konteks
pendidikan pelbagai budaya yang pelajar mempunyai latar belakang yang
berbeza. Oleh itu, guru perlu menggambarkan dengan jelas dalam fikiran mereka
ciri-ciri ataupun sifat berkenaan dan faham akan prinsip pengajaran
keseluruhannya.

Terdapat dua prinsip asas dalam pemilihan kaedah pengajaran seperti dinyatakan
dalam Jadual 7.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


136  TOPIK 7 PEDAGOGI YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN
PELBAGAI BUDAYA

Jadual 7.1: Dua Prinsip Asas dalam Pemilihan Kaedah Pengajaran

Prinsip Asas Deskripsi


Kaedah Pengajaran yang tidak dirancang dengan secukupnya menyebabkan ia
pengajaran tidak berpandukan objektif pendidikan, seterusnya membazirkan masa
perlu pembelajaran pelajar. Oleh itu, perancangan yang teliti dapat menjamin
dirancang penggunaan masa yang diperuntukkan secara efektif.
Faktor yang perlu diambil kira apabila membuat perancangan PdP ialah:
• Objektif pelajaran yang hendak dicapai.
• Topik yang akan dipelajari.
• Masa yang diperuntukkan.
• Bahan ataupun alat PdP yang ada.
• Latar belakang pelajar.
Kaedah Kaedah pengajaran yang terbaik yang boleh diamalkan dalam semua
pengajaran keadaan, masa, topik dan pelajar tidak dapat dipastikan disebabkan
perlu wujudnya masalah kepelbagaian. Namun, pembelajaran yang berkesan
perubahan dapat diwujudkan, jika timbul minat pelajar untuk mengikutinya. Salah
satu cara untuk menarik minat mereka ialah menerusi pelbagai kaedah
pengajaran dan aktiviti pembelajaran.
Maka, sudah tentu dalam membincangkan pedagogi pendidikan
pelbagai budaya, aspek objektif pengajaran, penggunaan masa, bahan
bantu mengajar haruslah berpaksikan usaha untuk mewujudkan
kesaksamaan dan kesamarataan kepada semua pelajar. Mereka
mendapat tempat dalam berinteraksi dengan rakan di dalam kelas.
Oleh itu, dalam konteks pendidikan pelbagai budaya, guru haruslah
sensitif, kreatif dan inovatif dalam memilih kaedah pengajaran supaya
interaksi antara guru dan pelajar dan juga pelajar dengan pelajar berlaku
dalam suasana yang cukup harmonis serta aspek kesamarataan akan
wujud.
Hal ini demikian kerana matlamat pendidikan pelbagai budaya dapat:
• Mewujudkan rasa hormat antara budaya dan nilai yang berbeza.
• Membantu pelajar belajar dan berfungsi dalam masyarakat pelbagai
budaya.
• Membangunkan konsep kendiri yang positif dalam kalangan pelajar.
• Membantu dan memupuk pengalaman baharu mengenai perbezaan
dan persamaan budaya dalam suasana yang positif.
• Menggalakkan para pelajar bekerjasama dalam suasana budaya yang
berbeza.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PEDAGOGI YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN  137
PELBAGAI BUDAYA

AKTIVITI 7.1

1. Apakah pedagogi yang sepatutnya anda aplikasikan dalam


pendidikan pelbagai budaya?
2. Bagaimanakah caranya anda dapat menjadi guru yang berkesan?

7.1 PEDAGOGI DALAM PENDIDIKAN


PELBAGAI BUDAYA
Sebagai guru, anda seharusnya bersedia memenuhi keperluan semua pelajar di
dalam kelas anda. Hal ini termasuklah memberikan perhatian yang saksama
kepada pelajar yang mempunyai:
(a) Latar belakang yang berbeza;
(b) Gender yang berbeza;
(c) Status ekonomi sosial yang berbeza; dan
(d) Kelainan agama, ras dan etnik.

Tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan pelbagai budaya mencabar pendidikan


tradisional naratif masyarakat Malaysia yang pelbagai bangsa, iaitu masyarakat
Melayu dengan sistem pendidikan Melayunya, Cina dan India dengan bahasa dan
budayanya yang terpisah.

Manakala pendidikan pelbagai budaya sebenarnya bersifat inklusif yang


mengandungi pelbagai budaya dan latar belakang masyarakat; lebih tepat jika
dikatakan ia mengiktiraf kelainan (diversity) yang wujud dalam masyarakat
majmuk. Matlamat intelektual yang diperoleh daripada pendidikan pelbagai
budaya adalah kefahaman yang tepat mengenai siapa kita sebenarnya sebagai
rakyat Malaysia.

Dalam membincangkan pedagogi dalam pendidikan pelbagai budaya, Marshall


(2001) menyatakan pedagogi ekuiti (equity pedagogy) merupakan pedagogi yang
dapat mewujudkan peluang yang sama untuk semua pelajar untuk belajar.
Pedagogi ini merupakan gabungan beberapa strategi dan teknik yang memberi
fokus pada gaya pembelajaran pelajar dan tahap kecerdasan mereka. Pedagogi
ekuiti lebih berfokuskan pelajar, yang pelajar diberi layanan dan PdP dalam
keadaan yang saksama, berdasarkan perbezaan yang dimiliki oleh mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


138  TOPIK 7 PEDAGOGI YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN
PELBAGAI BUDAYA

Manakala menurut Banks dan Banks (1993), terdapat empat tahap dalam usaha
memastikan berlakunya integrasi dalam isi kandungan kurikulum pendidikan
pelbagai budaya sebagaimana disenaraikan dalam Jadual 7.2.

Jadual 7.2: Empat Tahap dalam Usaha Memastikan Berlakunya Integrasi dalam Isi
Kandungan Kurikulum Pendidikan Pelbagai Budaya

Tahap Deskripsi
Tahap 1: Pendekatan ini merupakan tahap paling asas yang kandungan
Pendekatan kurikulum memfokuskan watak hero, tempat percutian, budaya
sumbangan yang menarik sesuatu masyarakat. Pendekatan tradisional ini
(contributions memfokuskan kurikulum etnosentrik yang banyak digunakan
approach) secara meluas dalam sekolah pelbagai budaya.
Perbincangan berfokuskan budaya dan tradisi masyarakat,
makanan, muzik, kesenian tetapi perhatian tidak diberi keutamaan
dalam memperkatakan maksud dan makna yang amat signifikan
kepada masyarakat minoriti.
Tahap 2: Pendekatan ini merupakan usaha menokok tambah aspek
Pendekatan kandungan, konsep, tema, tanpa perubahan terhadap strukturnya.
tambahan Contohnya, guru boleh menambah bahan bacaan, buku rujukan,
(additive unit pengajaran dan tajuk kursus.
approach)
Namun, pelajar tidak sepatutnya mempunyai pengetahuan asas
untuk memahami konsep, isu, kumpulan masyarakat dalam usaha
memahami dimensi kepelbagaian budaya, gender, ras dan
sebagainya. Pelajar minoriti hanya sedikit mengetahui dan
mempelajari sejarah mereka.
Tahap 3: Pendekatan ini melibatkan perubahan struktur dalam kurikulum
Pendekatan untuk membolehkan pelajar mengetahui konsep, isu, acara dan
pembaharuan tema dari perspektif masyarakat minoriti.
(transformational
Fokus utama dalam perubahan kurikulum ini ialah cara budaya
approach)
masyarakat yang dominan muncul daripada satu keadaan yang
kompleks dan berjaya berinteraksi dalam budaya berbeza yang
dapat diterima oleh semua bangsa.
Tahap 4: Pelajar diperlukan membuat keputusan mengenai isu sosial yang
Pendekatan penting dan mengambil tindakan yang sesuai untuk menyelesaikan
tindakan sosial isu tersebut. Pelajar perlu bertindak secara proaktif dan diberi kuasa
(social action untuk bertindak.
approach)
Mereka dibekalkan dengan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai
yang penting dalam mengambil bahagian dalam perubahan sosial.
Pendekatan ini berbentuk penilaian kendiri melalui analisis nilai,
kemahiran membuat keputusan, penyelesaian masalah dan
pengalaman menyelesaikan masalah sosial.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PEDAGOGI YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN  139
PELBAGAI BUDAYA

7.2 PERKARA YANG PERLU DIAJAR


Pendidikan pelbagai budaya mempunyai pelbagai bentuk dan struktur. Beberapa
orang sarjana pendidikan pelbagai budaya mempercayai bahawa pendidikan
pelbagai budaya mesti memberi fokus terhadap konsep budaya dan masalah yang
timbul hasil daripada pertembungan budaya.

Mereka berpendapat bahawa sekolah sepatutnya mengkaji konflik yang berlaku


disebabkan perbezaan budaya di rumah dengan budaya di sekolah. Malah, kajian
sepatutnya dijalankan antara budaya yang berpengaruh (budaya golongan
dominan) dengan budaya yang tidak berpengaruh atau kurang berpengaruh
(budaya golongan minoriti), layanan yang tidak adil kepada sesetengah ras, dan
gender (Spring, 2000 dlm. Nelson, 2004).

Manakala sarjana lain berpendapat pendidikan pelbagai budaya merupakan


kajian tentang pelbagai budaya yang lebih merupakan wahana untuk melakukan
perubahan dalam pendidikan. Maka, pengisian lebih fokus terhadap kurikulum
yang bersifat responsif, anjal yang segala sesuatu yang berlaku dalam masyarakat
pelbagai budaya dapat difahami dan dapat dilakukan perubahan terhadap
kurikulum.

Dalam konteks negara kita Malaysia yang kita mempunyai rakyat yang menganuti
agama yang berbeza, ras dan etnik yang berbeza serta amalan hidup yang berbeza;
sudah tentulah pendidikan pelbagai budaya merupakan wahana yang cukup
penting dalam usaha kerajaan mewujudkan integrasi nasional.

Maka, dalam mencapai hasrat murni ini, persoalannya ialah apakah isi kandungan
kurikulum yang perlu diajar kepada semua pelajar? Berdasarkan teori mengenai
kurikulum pendidikan pelbagai budaya, isi kandungan kurikulum mestilah
mengandungi budaya semua kaum yang merangkumi aspek budayanya,
agamanya dan amalan tradisinya.

Pendedahan peringkat awal dalam pendidikan di sekolah merupakan proses


memahami dan mengetahui budaya kaum lain yang akhirnya pada peringkat
pengajian yang lebih kompleks, pelajar sudah mampu membuat analisis budaya,
menghormati budaya orang lain dan ini akan mewujudkan golongan yang faham
budaya. Hal ini penting kerana sikap hormat-menghormati budaya akan terhasil
dengan pendidikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


140  TOPIK 7 PEDAGOGI YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN
PELBAGAI BUDAYA

7.3 PLURALISME DALAM PEDAGOGI


Tahukah anda ‰pluralisme‰ bermaksud perbezaan etnik, perbezaan bahasa,
kelainan sikap, perbezaan tingkah laku dan warna kulit yang selalunya
dipengaruhi oleh perbezaan agama? Definisi ini memberikan kesan terhadap
pedagogi yang akan digunakan dalam pendidikan masyarakat plural ini.

Hal ini bermaksud pedagogi yang akan digunakan adalah berdasarkan kelainan
latar belakang pelajar. Di sini dibincangkan aspek pedagogi yang dapat digunakan
untuk jantina, bahasa, latar belakang keluarga, sikap dan gaya pembelajaran yang
berbeza.

(a) Jantina
Pedagogi yang dipilih juga mestilah sesuai dengan jantina pelajar. Dalam
kelas yang mempunyai pelajar yang jantina yang sama, sudah tentu guru
perlu menggunakan pedagogi yang berbeza dengan kelas yang mempunyai
jantina yang bercampur lelaki dan perempuan. Kajian yang dijalankan
mendapati kematangan dalam kalangan pelajar perempuan mendahului
pelajar lelaki.

Aspek kematangan inilah yang memberikan keseriusan kepada pelajar


perempuan dengan memberikan tumpuan yang lebih kepada proses PdP
mereka. Oleh itu, tidak dinafikan bahawa prestasi akademik pelajar
perempuan lebih menonjol dan lebih baik daripada pelajar lelaki.

Hubungan guru yang berbeza jantina dengan pelajar juga dikatakan


memberikan kesan terhadap pedagogi yang dipilih guru lelaki mengajar
pelajar perempuan atau sebaliknya, sedikit sebanyak pendekatan haruslah
sesuai dengan hubungan yang bersifat berbeza jantina ini. Pluralisme aspek
pedagogi ini adalah kerana elemen jantina itu sendiri mempunyai perbezaan
sosial, budaya, kebolehan dan daya berfikir.

Setiap individu mempunyai cara belajar yang berbeza walaupun


mempunyai budaya yang sama. Terdapat pelajar dapat belajar dengan baik
melalui latihan, melalui pembelajaran teori, dan setengahnya melalui alat
bantu mengajar dan sebagainya. Terdapat juga pelajar yang dapat belajar
dengan baik melalui penerangan profesional, perbincangan kumpulan kecil
dan interaksi bersemuka.

Sesetengahnya pula bersifat analitik, sintetik dan intuitif. Oleh itu, perbezaan
jantina sudah tentu mempunyai cara belajar yang berbeza. Pelajar lelaki
mempunyai cara belajar yang bersifat individualistik. Kajian menunjukkan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PEDAGOGI YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN  141
PELBAGAI BUDAYA

pelajar perempuan lebih suka belajar dalam bentuk kumpulan, berbincang


dalam situasi menang-menang, dan berusaha untuk mencapai matlamat
bersama (Sohail Inayatullah, 2006).

Dari aspek pedagogi, guru perlu menggunakan kaedah yang pelbagai untuk
menyesuaikannya dengan jantina yang berbeza. Disebabkan kematangan
pelajar perempuan berada pada tahap tinggi berbanding dengan pelajar
lelaki, maka kaedah yang digunakan sudah tentu berbeza kerana kajian
menunjukkan pelajar perempuan lebih gemar belajar dalam kumpulan.

Dengan itu, kaedah kumpulan boleh diaplikasikan. Begitu juga dengan


pelajar lelaki yang lebih suka belajar secara bersendirian. Hal inilah yang
dimaksudkan dengan pluralisme dalam pedagogi yang guru perlu
menggabungkan pelbagai pedagogi dalam memenuhi keperluan pelajar
yang berbeza latar belakang.

(b) Bahasa
Menurut Kamarudin Hussein (l988), terdapat beberapa kaedah yang boleh
digunakan dalam pengajaran bahasa.

Sebanyak 13 kaedah yang paling klasik dalam pengajaran bahasa adalah


seperti yang berikut:
(i) Kaedah tatabahasa terjemahan;
(ii) Kaedah terus;
(iii) Kaedah semula jadi;
(iv) Kaedah tentera;
(v) Kaedah ajuk-hafal;
(vi) Kaedah linguistik;
(vii) Kaedah dengar-tutur;
(viii) Kaedah psikologi;
(ix) Kaedah terjemahan;
(x) Kaedah eklektik;
(xi) Kaedah kod-kognitif;
(xii) Kaedah fonetik; dan
(xiii) Kaedah lisan dan bacaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


142  TOPIK 7 PEDAGOGI YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN
PELBAGAI BUDAYA

Setiap kaedah yang disenaraikan mempunyai kekuatan dan kelemahannya


yang tersendiri. Sebelum guru menggunakan mana-mana kaedah dalam
mengajar kemahiran berbahasa pelajar, guru haruslah mengenali latar
belakang pelajar, budaya, kekuatan dan kelemahannya serta minatnya
supaya proses pembelajaran dan pengajaran bahasa berjalan dengan
lancarnya.

Isu dan masalah dalam pengajaran bahasa ialah proses pembelajaran bahasa
asing ataupun bahasa kedua. Contohnya, PdP bahasa Melayu dalam
kalangan pelajar bukan Melayu, PdP bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar
Melayu, begitulah seterusnya.

Walaupun terdapat pelajar yang dapat menguasai bahasa kedua dengan


baik tetapi kajian menunjukkan masih ramai pelajar yang masih
menghadapi masalah dalam pembelajaran bahasa kedua. Maka, guru
seharusnya mengaplikasikan pelbagai pedagogi dalam pengajaran bahasa
yang sesuai supaya matlamat pengajaran tercapai.

(c) Latar Belakang Keluarga


Latar belakang keluarga selalunya dipengaruhi oleh status sosioekonomi
pelajar. Pelajar daripada keluarga yang mempunyai pendapatan yang
terjamin sudah tentu mempunyai budaya keluarga yang berbeza dengan
pelajar yang miskin, serba kekurangan dan pemakanan yang kurang berzat.

Latar belakang pelajar yang tinggal di bandar amat berbeza dengan pelajar
yang tinggal di kampung. Latar belakang keluarga sebenarnya memupuk
budaya, cara berfikir, emosi dan daya intelek yang berbeza. Lazimnya,
pelajar miskin yang tinggal di luar bandar mempunyai rasa rendah diri
(inferiority complex) kerana kekurangan yang terdapat padanya.

Proses pembelajaran pelajar jenis ini bersifat pasif, murung, pendiam dan
tidak banyak bertanya. Guru harus pandai memilih dan mengaplikasikan
aspek pedagogi yang sesuai dengan kebolehan dan daya intelek mereka.
Manakala golongan yang mempunyai status ekonomi dan sosial yang tinggi
lebih berani, banyak bertanya, lebih ceria dan mampu menguasai kemahiran
yang diajar oleh guru.

Begitu juga pelajar yang mempunyai budaya dan latar belakang berbeza
kerana ras dan etnik yang berbeza sudah tentu mempunyai budaya dan cara
hidup serta pandangan dunia yang berbeza. Dalam konteks Malaysia, latar
belakang masyarakat Melayu amat berbeza dengan latar belakang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PEDAGOGI YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN  143
PELBAGAI BUDAYA

masyarakat Cina dan India. Maka, perbezaan ras yang sudah tentu
mempunyai agama yang berbeza, akan mempengaruhi cara hidup dan cara
mereka berfikir.

Tidak dapat dinafikan jantina juga dipengaruhi oleh latar belakang keluarga.
Seorang pelajar lelaki yang tinggal dalam keluarga yang didominasi oleh
jantina wanita, akan lebih gemar bertingkah laku sebagai seorang wanita.
Kajian menunjukkan bahawa tingkah laku ini berlaku adalah disebabkan
budaya, latar belakang dan amalan dalam keluarga tersebut. Tidak hairanlah
akan terdapat pelajar lelaki yang suka memasak, menjahit, sukakan fesyen
wanita dan sebagainya.

(d) Sikap
Mengikut kajian yang dijalankan oleh ahli psikologi pendidikan, sikap,
tingkah laku, kepercayaan, nilai, amalan dan tradisi ialah sesuatu yang
diwarisi dan diperoleh dari zaman kanak-kanak lagi. Sikap yang berbeza ini
akhirnya dibawa oleh pelajar ke sekolah.

Maka di sekolah, guru akan berhadapan dengan pelajar yang mempunyai


sikap yang pelbagai. Hal ini adalah cabaran yang dihadapi oleh guru. Oleh
itu, sikap pelajar terhadap sekolah, guru, kawan sedarjah, sikap terhadap
budaya lain, bangsa lain, agama lain dan sebagainya adalah halangan yang
perlu diatasi dalam pendidikan pelbagai budaya.

Sikap akan memberi kesan pada aspek psikologi pelajar. Anda sudah tentu
pernah berhadapan dengan sikap pelajar yang kadangkala mencabar
kesabaran anda sebagai guru. Namun menjadi tugas anda untuk berusaha
mengubah sikap pelajar tersebut supaya dia berada dalam arus perdana
masyarakat pelajar. Walaupun begitu, usaha untuk merubah sikapnya
merupakan tugas yang agak berat dan mengambil masa yang panjang.
Kejayaan anda mengubah sikap pelajar daripada negatif kepada positif
menunjukkan anda guru yang berjaya.

Begitulah halnya dengan sikap yang akan anda hadapi oleh pelajar anda
yang datang daripada latar belakang keluarga yang berbeza budayanya,
status sosioekonominya, bahasanya, ras dan etniknya. Maka, anda perlu
berusaha untuk merubah sikap yang tidak baik kepada sikap yang baik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


144  TOPIK 7 PEDAGOGI YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN
PELBAGAI BUDAYA

Hal ini demikian kerana sikap prejudis, buruk sangka dan tidak selesa
dengan budaya orang lain adalah ciri yang dominan dalam kalangan pelajar
anda. Maka pedagogi yang akan anda aplikasikan akan dapat menghakis
sifat buruk ini. Anda perlu berusaha supaya pelajar anda setelah mengikut
kelas anda, mereka sudah boleh berinteraksi, bergaul, saling faham-
memahami dan akhirnya proses melting pot akan berlaku.

(e) Gaya Pembelajaran yang Berbeza


Setiap pelajar mempunyai perbezaan dari aspek sosiologi dan psikologi.
Dari perspektif psikologi, pembelajaran setiap pelajar mempunyai kekuatan
dan kelemahan yang tersendiri dan ini sudah tentu mempengaruhi pedagogi
yang akan diguna pakai oleh guru. Hal ini bermaksud gaya pembelajaran
setiap pelajar anda adalah berbeza. Maka, daripada pedagogi yang akan
anda gunakan haruslah memberi tumpuan terhadap perbezaan ini secara
individu.

Nilai budaya dan pengalaman pelajar yang mempunyai latar budaya yang
berlainan akan mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang. Hal ini ditokok
tambah dengan alam pendidikan yang amat berbeza. Budaya sekolah
berbeza dengan budaya di rumah. Malah, kajian menunjukkan gaya
pembelajaran seseorang amat dipengaruhi oleh latar belakang budayanya.

Kemahiran belajar, cara mendapatkan informasi, memproses maklumat


adalah bergantung pada kesesuaian gaya PdP. Pelajar lelaki mempunyai
gaya pembelajaran yang berbeza daripada pelajar perempuan.

Pelajar yang berasal daripada keluarga yang mempunyai status


sosioekonomi yang rendah, mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza
dengan pelajar yang berasal daripada keluarga yang kaya-raya. Begitulah
jika dikaitkan dengan perbezaan budaya, ras dan etnik. Contohnya, orang
Asli Amerika menunjukkan gaya belajar yang aktif, pengalaman
pembelajaran yang konkrit dan sukakan situasi koperatif.

Gaya pembelajaran juga dipengaruhi jenis mata pelajaran yang dipelajari


oleh mereka. Gaya mempelajari sains dan matematik adalah berbeza apabila
mereka mempelajari sastera atau seni. Maka semua aspek ini perlu anda
pertimbangkan supaya pengajaran anda, pedagogi yang anda gunakan dan
gaya pembelajaran pelajar anda, semuanya diambil kira.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PEDAGOGI YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN  145
PELBAGAI BUDAYA

7.4 PEDAGOGI MEDIA (CARSON DAN


FRIEDMAN, 1995)
Sekarang, mari kita mempelajari pedagogi media menurut Carson dan Friedman
(1995).

(a) Penggunaan Pelbagai Media


Dalam pendidikan pelbagai budaya, tidak dapat dinafikan guru seharusnya
bersifat kreatif dan berinovatif dalam usaha mewujudkan pelbagai media
dalam pengajarannya. Buku teks merupakan salah satu media yang cukup
klasik dan bersifat tradisional. Walaupun dalam dunia yang sudah
mempunyai pelbagai media hasil daripada perkembangan teknologi moden,
buku teks masih popular sebagai media pengajaran, malah masih ramai guru
menggunakannya.

Tidak dapat dinafikan penggunaan pelbagai media dalam pengajaran akan


memberikan kesan kepada matlamat yang ingin diperoleh bagi setiap
pengajaran. Media mempunyai keupayaan yang berbeza dalam
meningkatkan kefahaman kepada pelajar. Jika terdapat maklumat yang
anda ingin sampaikan berada pada tahap domain pengetahuan, maka anda
perlu menyampaikan maklumat tersebut dalam konteks yang luas dan
bermakna.

Media yang mempamerkan imej yang dapat dilihat akan membantu


pengajaran anda. Maka sebagai guru yang dapat memotivasikan pelajar,
penggunaan pelbagai media amat membantu pengajaran anda di dalam
kelas yang mempunyai pelajar yang mempunyai latar belakang yang
berbeza dan budaya yang berbeza. Penggunaan televisyen, cakera video
digital (DVD – digital video disc), tayangan filem dan gambar yang bersifat
audio-visual merupakan satu kemestian dalam mengendalikan proses PdP
yang cukup bermakna.

(b) Bahan Pengajaran Berpusatkan Pelajar


Disebabkan pendidikan pelbagai budaya adalah usaha untuk
membangunkan satu budaya masyarakat yang cuba memenuhi keperluan
dari aspek kesaksamaan (equity) individu dalam masyarakat, keadilan
masyarakat dan kesamarataan (equality). Di samping itu, dapat
mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan saling hormat-
menghormati antara satu sama lain, malah pendidikan pelbagai budaya
dapat mewujudkan satu kejeleketan antara pelajarnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


146  TOPIK 7 PEDAGOGI YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN
PELBAGAI BUDAYA

Maka bahan pengajaran yang digunakan dalam PdP haruslah berpusatkan


pelajar. Bahan pengajaran tidak hanya memberi tumpuan terhadap
memenuhi keperluan akademik semata-mata ataupun untuk menjamin
golongan minoriti semata-mata. Bahan pengajaran bertindak sebagai
pemangkin dalam menambah bidang pengetahuan (body of knowledge)
pelajar untuk memahami perbezaan etnik, budaya dan gender.

Bahan pengajaran haruslah dapat menambah ilmu pengetahuan dan


pengalaman pelajar dalam konteks pelbagai budaya. Bahan pengajaran
berpusatkan pelajar seharusnya perlu mempunyai ciri-ciri berikut:
(i) Berpaksikan kepelbagaian budaya masyarakat, gender dan etnik;
(ii) Menjana pemikiran pelajar pada tahap kognitif yang lebih tinggi;
(iii) Mencungkil aspek yang tersurat dan tersirat yang dapat menarik minat
pelajar;
(iv) Menarik dan menjana perbincangan antara pelajar;
(v) Membantu mewujudkan komunikasi antara budaya; dan
(vi) Menyediakan peluang untuk semua pelajar mengetengahkan
pendapat dan pandangan berasaskan budaya, gender dan etniknya.

(c) Literasi Media


Guru harus celik media, bukan buta media. Dalam pendidikan pelbagai
budaya, guru haruslah mempunyai literasi yang tinggi terhadap
penggunaan media. Hal ini demikian kerana matlamat kandungan
kurikulum integrasi adalah untuk memperkembangkan kurikulum itu
sendiri dalam rangka melihat sumbangan dalam pelbagai budaya dari
perspektif disiplin tradisional.

Perkara ini hanya dapat dilaksanakan dengan tahap literasi dan kesedaran
guru terhadap teknologi. Contohnya, penggunaan jaringan sejagat (WWW –
World Wide Web) bagi memperoleh sumber pembelajaran untuk pelajar.

Mel elektronik dan teknologi multimedia dapat dimanfaatkan sepenuhnya


dalam menjana komunikasi dan interaksi yang bermakna dalam kalangan
pelajar yang berbeza budaya. Hal ini dapat membantu pelajar dalam
memahami dan menghayati isi kandungan kurikulum untuk subjek kajian
sosial, sains, psikologi, malah dalam pembelajaran bahasa asing.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PEDAGOGI YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN  147
PELBAGAI BUDAYA

Kebanyakan pendidik bersetuju bahawa antara teknologi dan pendidikan


pelbagai budaya menuntut pihak yang bertanggungjawab untuk
meningkatkan prasarana dan kemudahan pendidikan di sekolah. Hal ini
tidak dapat dinafikan akan membantu guru menggunakan teknologi terkini
dalam menyampaikan isi kandungan pengajaran.

Kajian yang dijalankan di sekolah yang mempunyai kelengkapan teknologi,


menunjukkan guru dapat menggunakan dengan meluas kemudahan
Internet dan pengajaran berasaskan teknologi komputer. Hasilnya, didapati
kebanyakan pelajar yang mahir menggunakan komputer akan
mengaplikasikannya di rumah mereka atau di mana-mana kafe siber.

Tidak dapat dinafikan terdapat juga keluarga pelajar yang tidak mampu
untuk menyediakan kemudahan komputer di rumah. Maka, situasi ini akan
menimbulkan perkara yang disebut fenomena ‰jurang digital‰ (digital gap).
Maka, guru haruslah berwaspada dan berhati-hati yang dalam keadaan
sebegini guru harus menggunakan media lain supaya objektif dan matlamat
pendidikan pelbagai budaya tidak terhalang kerana kekurangan media yang
berasaskan teknologi moden.

Dari perspektif dan dimensi pembinaan ilmu pengetahuan, para sarjana


bersetuju bahawa ahli sains telah memberikan sumbangan yang besar dalam
perkembangan ilmu pengetahuan. Hal ini demikian kerana ilmu
pengetahuan dibina atas asas integrasi isi kandungan yang dipengaruhi oleh
pandangan dunia yang terdiri daripada pelbagai budaya. Perkara ini dapat
memperkembangkan dengan membantu pelajar memupuk kemahiran
memperoleh ilmu pengetahuan.

Maka pendidikan guru dalam latihannya haruslah sentiasa menggunakan


teknologi untuk memupuk, malah jika boleh memaksa pelajar ‰membina
ilmu pengetahuan‰ sendiri. Maka guru sebagai pendidik seharusnya
menggunakan teknologi Internet dalam memupuk minat pelajar terhadap
subjek yang diajar. Hal ini termasuklah perbincangan secara dalam talian
(online) yang dapat menjana kefahaman pelbagai budaya dan dapat
membuat analisis antara budaya sendiri dengan budaya orang lain.

Malah, media dan teknologi pengajaran dapat menghakiskan rasa prejudis


dalam kalangan pelajar. Penggunaan teknologi serta media yang terkini juga
dapat membangunkan ciri-ciri peribadi pelajar yang sihat dan dapat
mengelak kecenderungan untuk memberikan penilaian yang negatif kepada
orang lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


148  TOPIK 7 PEDAGOGI YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN
PELBAGAI BUDAYA

Persembahan multimedia dalam sesi PdP e-pembelajaran (e-learning),


persidangan video (video conference), persidangan komputer (computer
conference), khidmat pesanan ringkas (SMS – short message services), mel
elektronik, interaksi di web, ePals, Friendster dan sebagainya dapat
digunakan dalam usaha bertukar-tukar pendapat dalam kalangan pelajar
pelbagai budaya yang sekali gus dapat menghakis perasaan buruk sangka.

Sebaliknya ia akan menimbulkan kemesraan dan saling faham-memahami


atas perbezaan yang telah wujud. Semua ini memerlukan guru yang
mempunyai literasi media, terutamanya media elektronik yang semakin
mendapat tempat dalam dunia pendidikan.

7.5 PEDAGOGI KRITIKAL


Pendidikan pelbagai budaya bukan sahaja mengenai pembelajaran dan
pengajaran sesuatu bahasa tetapi melihat bagaimana bahasa itu membina
pandangan dunianya (worldview). Maka, untuk mengelak daripada berlakunya
jurang pemisah antara budaya, pedagogi kritikal bukan sahaja merupakan satu
kaedah pengajaran biasa tetapi ia akan cuba menyiasat kesan sosial dan budaya
yang dihubung kait dengan sesuatu bahasa dan tamadun.

Untuk menyelidiki hubungan ini, maka soalan yang sering diujarkan adalah
tamadun manakah yang berlakunya penambahbaikan serta tamadun dan bahasa
manakah yang berlakunya tokok tambah? Perbezaan ini agak kritikal apabila
melihat tahap tamadun sesuatu bangsa. Bagaimanakah kita menggabungkan
sesuatu pengetahuan bukan bersifat semula jadi? Namun, bagaimanakah struktur
ilmu pengetahuan dalam konteks sesuatu budaya itu adalah lebih penting?

Malah kita dapat melihat cara individu dalam sesebuah masyarakat mencari
maklumat dan kebenaran dalam sesebuah masyarakat juga berbeza. Falsafah
inilah yang tersirat di sebalik pedagogi kritikal yang memerlukan guru
melaksanakannya dalam konteks pendidikan pelbagai budaya.

(a) Kemahiran Guru untuk Menangani Masalah Pelajar daripada Pelbagai Latar
Belakang
Kerja guru bukan sahaja tertumpu pada mengajar semata-mata. Ia adalah
silap apabila seseorang itu menceburkan dirinya dalam kerjaya guru, hanya
memikirkan semata-mata cara hendak menyampaikan ilmu pengetahuan
kepada pelajarnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PEDAGOGI YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN  149
PELBAGAI BUDAYA

Kerjaya guru memerlukan seseorang itu memiliki pelbagai kemahiran dalam


melaksanakan tugasnya. Menurut Gay (2005), terdapat 14 kemahiran yang
perlu ada pada seorang guru, antaranya ialah kemahiran mengajar,
kemahiran berkomunikasi, kemahiran pedagogi, kemahiran konseptual,
kemahiran teknikal, kemahiran hubungan, kemahiran penyelesaian masalah
dan kemahiran membuat keputusan.

Salah satu kemahiran yang dianggap penting dalam pendidikan pelbagai


budaya ialah kemahiran guru menangani pelbagai masalah pelajar yang
datang daripada pelbagai latar belakang. Masalah ini jika disenaraikan
adalah terlalu banyak dan rencam. Dalam konteks perbezaan budaya,
misalnya pelajar yang beragama Islam mempunyai masalah yang berbeza
dengan pelajar yang beragama Hindu ataupun yang menganut agama
Buddha.

Dari perspektif ras dan etnik, pelajar Melayu mempunyai masalah yang
berbeza berbanding pelajar Cina ataupun pelajar India. Menyentuh aspek
gender juga menunjukkan pola yang sama. Masalah pelajar lelaki berbeza
dengan masalah pelajar perempuan. Dikatakan pelajar perempuan lebih
matang daripada pelajar lelaki dan mereka lebih komited terhadap tugas
yang diberi.

Pelajar luar bandar yang mempunyai status sosioekonomi yang rendah;


sudah tentu menghadapi lebih banyak cabaran berbanding dengan pelajar
yang status sosioekonomi sosialnya lebih tinggi. Pelajar yang mempunyai
status ekonomi yang rendah akan mengalami sindrom rasa rendah diri
(inferiority complex) berbanding pelajar yang kaya dan berkemampuan.

Masalah yang wujud hasil daripada perbezaan latar belakang ini akan
memberikan kesan kepada guru di sekolah dan di dalam bilik darjah.
Pertimbangan secara rasional patut diberi perhatian supaya setiap pelajar
mendapat haknya untuk belajar.

Maka menjadi tanggungjawab guru menggunakan segala kemahiran yang


diperlukan untuk memperkembangkan potensi individu supaya mereka
boleh duduk sekelas, belajar bersama, saling menghargai, hormat-
menghormati dan tolong-menolong yang akhirnya matlamat untuk
memberikan kesaksamaan dan kesamarataan akan dapat diwujudkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 7 PEDAGOGI YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN
PELBAGAI BUDAYA

Kemahiran ini boleh diperoleh secara formal dan tidak formal. Secara
formalnya, guru harus mengambil peluang untuk menghadiri pelbagai
kursus dan seminar. Manakala secara tidak formalnya guru harus berani
mencuba kemahiran baharu hasil daripada pengalaman lampau, dalam
usaha menyelesaikan masalah pelajarnya ataupun dengan berkongsi
masalah dengan guru lain yang lebih berpengalaman dan berjaya.

(b) Menggalakkan Pelajar Melakukan Refleksi terhadap Masa Lampau, Masa


Kini dan Masa Hadapan
Dalam proses PdP, salah satu cara yang berkesan dalam mengaplikasikan isi
kandungan kurikulum adalah dengan menggalakkan para pelajar membuat
refleksi kendiri. Hal ini merupakan satu kemahiran yang dapat menjana
pemikiran tahap tinggi dalam menyelesaikan masalah serta dalam usaha
membuat andaian dan pelunjuran pada masa hadapan.

Proses refleksi dalam konteks bahasa yang mudah adalah cara anda menilai
dan bermuhasabah sesuatu yang telah anda pelajari dalam konteks masa
lampau, masa sekarang dan masa hadapan. Proses ini patut digalakkan para
pelajar anda melakukannya. Dalam proses refleksi ini, khususnya dalam
konteks pendidikan pelbagai budaya, mereka dapat menilai faedah
hubungan antara budaya.

Jika hubungan ini tidak berlaku, maka sejarah menunjukkan bahawa


keadaan ekonomi dan politik sesebuah negara akan hancur. Anda juga dapat
menggalakkan mereka untuk membuat projeksi masa depan dengan situasi
dan suasana yang wujud sekarang ini. Proses refleksi sebenarnya dapat
menanam satu sikap dan kepercayaan yang melibatkan perlakuan budaya
yang sesuai supaya kita dapat hidup dengan harmoni pada masa hadapan.

Dalam proses membuat refleksi, anda sebagai guru harus menyediakan


informasi dan maklumat yang cukup, mendedahkan pelajar anda dengan
pelbagai pengalaman interaksi budaya yang berbentuk amali (hands on).
Maka, hasil refleksi yang mereka lakukan nanti adalah satu proses yang jelas
hasil daripada input sejarah dan budaya, maklumat baharu yang berlaku
saban hari dalam kehidupan bermasyarakat.

Perkara yang penting dalam proses refleksi ialah pelajar anda dapat
memperbaiki diri, berusaha meletakkan diri mereka dalam budaya dan
norma masyarakat yang diizinkan. Akhirnya mereka dapat bertingkah laku
dengan cukup baik, sesuai dengan budaya masyarakat yang dominan dan
budaya masyarakatnya sendiri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PEDAGOGI YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN  151
PELBAGAI BUDAYA

(c) Penyebaran Maklumat untuk Menjana Idea Baharu


Sebagaimana anda ketahui, dalam dunia tanpa sempadan ini, kebanyakan
golongan sarjana komunikasi sering memperkatakan tentang pengurusan
ilmu pengetahuan (knowledge management). Dalam proses ilmu
pengetahuan, perkara yang penting ialah cara kita menyebarkan ilmu
pengetahuan kepada orang lain.

Selain itu, cara ilmu pengetahuan yang kita peroleh dapat memberikan
impak kepada penjanaan idea baharu, dapat memupuk pemikiran tahap
tinggi dan akhirnya mengaplikasikan idea baharu dalam bentuk yang dapat
dimanfaatkan oleh masyarakat terbanyak.

Sebagai guru, anda sendiri perlu mempunyai bank data atau bank
maklumat. Menurut Foster (2001) dalam bukunya Ideaship, penyebaran
maklumat adalah penting dalam usaha membantu orang lain dalam
menjana idea baharu, menggalakkan mereka berfikir dengan lebih baik dan
dapat membantu mereka mewujudkan suasana yang lebih menarik dan
menyeronokkan.

Dalam konteks pendidikan pelbagai budaya, aspek yang sama juga dapat
dilaksanakan. Penyebaran maklumat di dalam bilik darjah tidaklah bersifat
atas-bawah, iaitu semua maklumat daripada guru kepada pelajar.
Penyebaran maklumat ini boleh berlaku dalam bentuk vertikal dan
horizontal. Pelajar digalakkan memberikan maklumat baharu tentang latar
belakang budaya, bahasa, ras dan gender mereka. Semua maklumat ini
merupakan maklumat baharu bagi pelajar yang mempunyai latar belakang
yang berbeza dengan pelajar yang memberi maklumat tadi.

Dalam tahap ini, guru cuba menjana idea baharu hasil maklumat budaya
yang diberi oleh pelajar. Seterusnya menggalakkan perbincangan sumbang
saran (brainstorming), dalam usaha menjana idea baharu dalam kalangan
pelajar. Pada tahap ini, guru memainkan peranan yang minimum.

Proses penjanaan idea baharu akan menggalakkan pelajar berfikir secara


kreatif dan kritis. Mereka akan mengeluarkan idea yang terkeluar daripada
kepompong pemikiran budaya dan latar belakang kehidupan mereka. Hal
ini amat digalakkan; sebagai guru, anda harus berperanan untuk menilai
idea baharu ini serta memberikan pendapat dan pandangan anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


152  TOPIK 7 PEDAGOGI YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN
PELBAGAI BUDAYA

7.6 CARA GURU MENGENDALIKAN BAHAN


PENGAJARAN SECARA EFEKTIF
Bahan pengajaran yang digunakan dalam proses PdP berfungsi sebagai
pemangkin dalam meningkatkan kefahaman pelajar, malah dapat menarik minat
mereka dengan bahan mengajar yang cukup kreatif dan menarik. Terdapat enam
cara yang efektif dalam menggunakan bahan pengajaran secara berkesan dalam
proses PdP dalam pendidikan pelbagai budaya.
(a) Anda sebagai guru mestilah mempamerkan jangkaan yang tinggi kepada
semua pelajar di dalam kelas anda. Dengan cara ini, anda dapat memberi
perhatian kepada pandangan dan pendapat, pengalaman, sumbangan para
pelajar yang berbeza budaya dalam melaksanakan isi kandungan
kurikulum.
(b) Bahan pengajaran yang digunakan dapat memudahkan dialog mengenai
budaya, etnik, gender, bahasa dan kumpulan sosioekonomi yang berbeza.
Maka guru tidak mewujudkan suasana yang berat sebelah terhadap
perbezaan yang wujud dalam kelas.
(c) Guru harus dari semasa ke semasa memeriksa dan menilai buku teks, dan
bahan pengajaran yang selalu digunakan untuk memastikan bahawa bahasa,
imej dan gambar yang terdapat dalam bahan pengajaran bersifat inklusif
terhadap semua budaya.
(d) Guru pada setiap masa akan berusaha untuk memastikan isi kandungan
pengajaran dan kurikulum relevan dengan pengalaman, kehidupan dan
perspektif pelajar. Penerangan dan pemerolehan konsep boleh ditingkatkan
melalui penerangan budaya secara elaboratif.
(e) Berdasarkan bahan pengajaran yang ada, guru harus bersifat kreatif dan
responsif dengan mengubah pedagogi dalam usaha menyediakan hubungan
antara pelajar dengan pelbagai gaya pembelajaran mereka.
(f) Guru harus berusaha menyediakan peluang yang seluasnya untuk
mewujudkan pembelajaran interaktif. Hal ini demikian kerana interaksi
rakan sebaya boleh meningkatkan pemahaman pelajar terhadap konsep,
terutamanya dalam usaha memahami konsep baharu yang baru
diperkenalkan di dalam kelas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PEDAGOGI YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN  153
PELBAGAI BUDAYA

Tidak dapat dinafikan dalam pendidikan pelbagai budaya, pelajar selalunya


membawa bersama mereka ke dalam kelas bentuk budaya melalui bahasa, ruang
dan masa ketika berinteraksi, teknik dan cara penyelesaian sesuatu masalah, dan
gaya dan cara mereka berinteraksi. Mereka juga membawa bersama mereka
pengalaman yang berbeza dan rangka rujukan dalam memikirkan secara konkrit
idea yang abstrak.

Guru pula menyediakan bahan dan pengajaran yang boleh menyokong perbezaan
yang wujud ini. Maka bahan pengajaran yang digunakan haruslah bersifat
membantu asimilasi budaya yang berbeza dalam kalangan pelajar.

7.7 PEDAGOGI BERPUSATKAN KENDIRI


Pemilihan kaedah pengajaran bergantung pada keperluan dan kepentingannya
kepada pelajar, terutamanya yang melibatkan pelajar daripada pelbagai kaum
ataupun budaya. Oleh itu, pedagogi berpusat kendiri amat penting dan berkesan
dalam menyampaikan satu-satu isi pelajaran.

(a) Pengalaman Pelajar Diketengahkan


Satu teknik yang berkesan ialah menjadikan pengalaman pelajar dicungkil
dan dijadikan contoh dalam pembelajaran. Tujuannya ialah setiap pelajar
dapat mengetahui pengalaman lalu dan menjadikannya berguna dalam sesi
pembelajaran.

Malah, bahan pengajaran berasaskan pengalaman merupakan sumber


utama bagi guru. Tidak semua bahan pengajaran diperoleh daripada benda
maujud tetapi juga daripada pengalaman pelajar juga boleh membantu
mencapai matlamat pembelajaran.

Pembelajaran akan lebih bermakna jika pengalaman pelajar disampaikan


secara bersahaja supaya pelajar tidak merasa bosan tertekan, terutamanya
kalau guru itu dapat mengaitkan pengalaman itu dengan dunia sebenarnya.

(b) Mengkaji Semula Pendekatan/Model Tradisional


Tujuan mengkaji pendekatan/model tradisional ialah menyesuaikannya
dengan keadaan pembelajaran yang menekankan kesepaduan dalam
kepelbagaian. Pendidikan pelbagai budaya memerlukan pendekatan yang
dapat menyampaikan isi pelajaran dengan lebih berkesan tanpa
menimbulkan kesukaran dalam kalangan pelajar lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


154  TOPIK 7 PEDAGOGI YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN
PELBAGAI BUDAYA

Guru diberi kebebasan sepenuhnya dalam mereka bentuk kaedah


pengajaran atau menyatupadukan pendekatan tradisional dengan moden.
Hanya guru yang mengetahui permasalahan pembelajaran pelajar kerana
sentiasa berdamping dan menyelesaikan masalah pelajar.

Bagi pelajar daripada pelbagai budaya, ahli pendidikan menyarankan


pembelajaran koperatif, berpasukan dan kumpulan lebih berkesan kerana ia
melibatkan semua pelajar dan memenuhi matlamat pendidikan pelbagai
budaya.

(c) Penekanan pada Kemahiran Berfikir, Belajar dan Kesedaran Sosial


Pedagogi dalam pendidikan pelbagai budaya juga menekankan kemahiran
berfikir secara positif dengan cara mencari makna dan pemahaman terhadap
sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan secara saksama dan
demokrasi. Tujuan kemahiran ini diajar supaya pelajar berkebolehan untuk
menilai kemunasabahan sesuatu isu/idea dan bersifat penilaian.

Kemahiran belajar juga turut diutamakan kerana pelajar pelbagai budaya


mempunyai kebolehan yang pelbagai juga. Kemahiran belajar memerlukan
pelajar berkemahiran mendengar, membaca, menulis, mengambil nota dan
mengingat. Kesemua kemahiran ini disertai dengan kemahiran mencari
maklumat dan komunikasi.

Kemahiran sosial amat penting kepada pelajar sebagai pencetus dalam


interaksi sosial dalam bilik darjah. Kemahiran sosial tersebut merangkumi
kepimpinan, membuat keputusan, membina kepercayaan, komunikasi dan
pengurusan konflik. Kemahiran ini boleh dipelajari secara langsung atau
tidak langsung berdasarkan aktiviti dalam bilik darjah. Namun guru perlu
mengawal dan menyediakan garis panduan supaya tidak terkeluar daripada
matlamat pendidikan pelbagai budaya.

7.8 PEDAGOGI DI DALAM BILIK DARJAH


Di dalam sesebuah bilik darjah, wujudnya pelbagai budaya dan ragam pelajar serta
kebolehannya. Namun, bagi mengurangkan kepelbagaian ini, peranan guru amat
penting bagi memastikan PdP berjalan dengan berkesan. Oleh itu, pedagogi di
dalam bilik darjah yang mempunyai pelajar yang pelbagai budaya memerlukan
pendekatan yang tersendiri dan mudah diterima pelajar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PEDAGOGI YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN  155
PELBAGAI BUDAYA

(a) Pembelajaran Koperatif


Ia merupakan satu kaedah yang melibatkan sekumpulan pelajar yang
bertugas sebagai satu pasukan bagi menyelesaikan masalah atau
melengkapkan satu-satu tugasan demi mencapai sesuatu matlamat yang
sama atau kumpulan.

Fokus utama ialah melibatkan pelajar secara bersama-sama dan berusaha


untuk mencapai kejayaan yang dihendaki. Ia sangat sesuai bagi pelajar yang
mempunyai pelbagai latar budaya atau kaum, kebolehan dan keupayaan.

Prinsip utama pembelajaran koperatif ialah:


(i) Saling bergantungan antara satu sama lain secara positif.
(ii) Saling interaksi secara bersemuka.
(iii) Akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri.
(iv) Kemahiran koperatif.
(v) Pemprosesan kumpulan.

Contoh pembelajaran koperatif ialah:


(i) Meja Bulat (Round Table) − Pelajar memberi jawapan secara bergilir-
gilir mengikut giliran yang telah ditetapkan oleh guru.

(ii) Think-Pair-Square − Jawapan secara berpasang-pasangan dan dikongsi


dengan pasangan lain supaya menyediakan satu jawapan yang
menyeluruh dan luas.

(iii) Sekelompok Kepala Bernombor (Numbered Heads Together) − Setiap


pelajar ada nombor dalam kumpulan yang ditetapkan. Jawapan yang
dikehendaki akan diberi oleh pelajar dengan menyebut nombor
tertentu.

Pembelajaran koperatif akan menggalakkan pelajar berinteraksi secara aktif


dan positif dalam satu kumpulan tugasan. Hal ini akan mewujudkan situasi
berkongsi idea dan penerimaan pandangan secara bersemuka dalam
kalangan mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


156  TOPIK 7 PEDAGOGI YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN
PELBAGAI BUDAYA

(b) Pembelajaran Eksperiensial


Pembelajaran ini berlaku disebabkan pengalaman lalu menjadi pengajaran
dan lebih bermakna sekiranya pelajar berupaya membuat sesuatu dengan
lebih berkesan. Pembelajaran ini dimulai dengan pengalaman konkrit dan
diikuti dengan refleksi hasil dari pemerhatian. Hasil daripada refleksi akan
diasimilasikan ke dalam teori yang abstrak dan akhirnya membentuk
hipotesis yang akan diuji dalam situasi baharu atau lain.

Hal ini bermakna pelajar akan mengalami pembelajaran melalui tiga fasa,
iaitu:
(i) Fasa pembelajaran eksperiensial;
(ii) Fasa refleksi; dan
(iii) Fasa ke arah menguji pengalaman dalam situasi baharu dan mencabar.

Kesemuanya ini akan digunakan dalam menghadapi pembelajaran ataupun


pengalaman baharu dalam kalangan pelajar. Penjelasan ini dapat
diterangkan seperti dilakarkan dalam Rajah 7.1.

Rajah 7.1: Sembilan pembelajaran eksperiensial

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PEDAGOGI YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN  157
PELBAGAI BUDAYA

(c) Simulasi/Main Peranan


Simulasi merupakan suatu situasi yang terkawal dan sengaja diwujudkan
bagi menyerupai keadaan sebenar yang berlaku dengan tujuan menjalankan
latihan/praktikal bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Teknik ini akan
memberi pengalaman secara spontan dan gambaran sebenar.

Dalam konteks PdP bilik darjah, ia membolehkan pelajar mengajuk atau


melakukan sesuatu perkara secara olok-olok dalam keadaan yang teratur
dan terkawal. Ia sesuai dalam mata pelajaran Bahasa, Sastera, Geografi,
Sejarah dan Sains. Ia boleh ditadbir dalam bentuk kumpulan kecil ataupun
besar yang bergantung pada pemilihan isu penyelesaian masalah.

Teknik ini memberi peluang pelajar berinteraksi, menghayati, merasai dan


menerima pandangan orang lain dengan lebih berkesan, khususnya dalam
kalangan pelajar daripada pelbagai kaum/budaya. Ia sekali gus
menggalakkan menerima dan memahami perasaan orang lain.

Kebiasaannya terdapat dua jenis simulasi yang popular, iaitu:

(i) Main peranan − Ia lebih kepada ambil peranan atau latihan realiti
tanpa mendapat sebarang asas latihan. Contohnya, peranan sebagai
penemu duga dan orang yang ditemu duga.

(ii) Sosiodrama − Ia lebih kepada melakonkan satu-satu watak secara


spontan dan bersahaja.

(d) Projek
Teknik merupakan suatu aktiviti yang melibat merancang, melaksana dan
menghasilkan program yang telah ditentukan. Sebarang projek
memerlukan:
(i) Tujuan projek – Perlu jelas dan boleh dicapai oleh pelajar berdasarkan
umur dan latar belakang pelajar.
(ii) Aktiviti projek – Jenis projek dan jangka masa bagi menyelesaikan
sesuatu projek.
(iii) Hasilan yang dijangka – Hasilan yang diharapkan khususnya dari segi
matlamat pendidikan dan pengalaman pelajar.
(iv) Penilaian – Boleh dijayakan melalui senarai semak, hasilan projek,
buku skrap dan sebagainya.
(v) Ahli jawatankuasa – Siapa yang terlibat dan peranan setiap ahli.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


158  TOPIK 7 PEDAGOGI YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN
PELBAGAI BUDAYA

Teknik ini perlu dilaksanakan secara terperinci agar matlamat pendidikan


melalui projek tercapai. Menyediakan sesuatu projek memerlukan lokasi,
masa dan isi pelajaran yang bersesuaian. Dalam konteks pendidikan
pelbagai budaya, projek berasaskan budaya adalah lebih baik dan
menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

(e) Modeling
Modeling merupakan menjadikan sesuatu itu teladan atau panduan dalam
menjalankan tugasan yang diberi. Contohnya, model baju kebangsaan bagi
satu-satu kaum. Maka baju tersebut akan dijadikan model bagi
menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru. Pelajar akan menjawab soalan
berpandukan model yang dilihat atau diperhatikan.

SEMAK KENDIRI 7.1

Jelaskan ciri-ciri pembelajaran koperatif dengan pembelajaran


eksperiensial.

7.9 PEDAGOGI ABAD KE-21


Menurut Siti Faizzatul Aqmal Mohamad Mohsin dan Razali Hassan (2011), abad
ke-21 bermula dari tahun 2000 hingga tahun 2099. Abad ke-21 juga sebagai
milenium baharu. Pada abad ini, proses pendidikan pelbagai budaya memerlukan
para pendidik membuat anjakan paradigma terhadap kaedah penyampaian
mereka di dalam bilik darjah. Kemahiran pengajaran dan pembelajaran (PdP)
abad ke-21 ialah kemahiran yang diperlukan oleh pelajar untuk berdaya saing
pada alaf baru.

PdP abad ke-21 juga menuntut supaya guru lebih komited dan kompeten dalam
pelaksanaan kurikulum di sekolah pelbagai budaya. Empat komitmen dan
kompetensi yang dicadangkan perlu ada pada pendidik pelbagai budaya adalah
seperti ditunjukkan dalam Jadual 7.3.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PEDAGOGI YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN  159
PELBAGAI BUDAYA

Jadual 7.3: Empat Komitmen dan Kompetensi yang Dicadangkan Perlu


Ada pada Pendidik Pelbagai Budaya

Komitmen dan
Deskripsi
Kompetensi
Menguasai isi Berpengetahuan, berkemahiran dan berpengalaman
kandungan mengintegrasikan serta membina satu pengajaran yang
mantap dalam proses PdP yang lebih berkesan.
Mengesan Berkemahiran merancang program bagi menyokong dan
perkembangan pelajar membantu perkembangan pelajar melalui strategi sharply
focused, deep dive, analisis data, mempelbagaikan kaedah dan
aktiviti untuk pelajar mencari ilmu di luar bilik darjah.
Menguasai kemahiran Berkemahiran memahami bertingkah laku setiap pelajar bagi
psikologi memahami ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan pelajar
pembelajaran seperti meramal tingkah laku, memberi motivasi serta
menghubungkaitkan dengan proses PdP di dalam bilik darjah.
Menguasai Keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran,
Kemahiran Berfikir dan nilai dalam melakukan penaakulan dan refleksi bagi
Aras Tinggi (KBAT) menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan
atau Higher Order berupaya mencipta sesuatu. Kemahiran berfikir yang
Thinking skills berteraskan aras berfikir domain kognitif Anderson, iaitu
(HOTs) bermula dari mengingat, memahami, mengaplikasi,
menganalisis, menilai dan mencipta (Badrul Hisyam Alang
Osman, 2016).

Sumber: Institut Pendidikan Guru (2018)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


160  TOPIK 7 PEDAGOGI YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN
PELBAGAI BUDAYA

7.10 MEDIUM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN PELBAGAI BUDAYA
ABAD KE-21
Lapan medium PdP yang disyorkan dan selari dengan keperluan PdP masa kini
adalah seperti yang berikut (rujuk Jadual 7.4):

Jadual 7.4: Lapan Medium Pengajaran dan Pembelajaran

Medium Deskripsi
Literasi, Pendidik pelbagai budaya berupaya untuk mengakses informasi
maklumat, secara efisien dan efektif. Pendidik juga mampu menilai maklumat
media dan yang diperoleh secara kritikal dan kompeten, di samping
kemahiran menggunakan maklumat yang dicapai secara berkesan bagi
teknologi penyelesaian masalah, khususnya dalam PdP.
dalam
Selain itu, konstruk ini juga memerlukan para pendidik untuk
pengajaran
menggunakan maklumat untuk menjana maklumat baharu serta
dan
memahami isu dan etika maklumat dalam talian yang sesuai dengan
pembelajaran
pendidikan pelbagai budaya.
Pengajaran Pendidik menjalankan PdP dengan menghubungkaitkan pengalaman
kontekstual pelajar dalam proses pembelajaran. Para pendidik juga perlu bijak
dalam menjadikan aktiviti yang pernah dilaksanakan oleh pelajar
ataupun anak didik sebagai sebahagian daripada proses
pembelajaran.
Merentas Pendidik merancang aktiviti PdP yang melibatkan pelbagai bidang
disiplin dan budaya. Hal ini memerlukan pendidik menggalakkan pelajar
berfikir merentas disiplin dan budaya supaya mereka lebih kreatif dan
kritis dalam menghubung kait serta menangani sesuatu isu.
Pembelajaran Pendidik menerapkan elemen kerjasama dalam kalangan pelajar bagi
secara menangani sesuatu isu, memberi maklum balas dan berkomunikasi
kolaboratif serta berinteraksi antara satu sama lain secara berstruktur dalam sesi
PdP.
Pembelajaran Pendidik membenarkan pelajar membina kemahiran dan
berasaskan mendapatkan ilmu melalui projek, pembelajaran koperatif dan teknik
projek secara amali. Di samping itu, pendidik juga perlu menggalakkan
pelajar berfikir secara mendalam dan mencambahkan rasa ingin tahu
dengan mengaplikasikan pengetahuan saintifik dalam kerangka
pelbagai budaya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PEDAGOGI YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN  161
PELBAGAI BUDAYA

Kemahiran Siswa guru menyediakan peluang untuk pelajar mengaplikasikan


penyelesaian konsep, prinsip dan teori yang telah dipelajari dan melibatkan pelajar
masalah bergerak secara aktif dalam kumpulan atau kumpulan kecil serta
menyelesaikan masalah secara kritis, analitis, logis dan rasional.
Siswa guru juga perlu merangsang minda pelajar secara aktif supaya
dapat meningkatkan proses pembelajaran, di samping menggalakkan
eksplorasi dalam menyelesaikan sesuatu tugasan.
Pentaksiran Siswa guru menjelaskan tujuan dan objektif pembelajaran kepada
telus pelajar, di samping menggalakkan pelajar membuat penilaian kendiri
dan mampu membuat penilaian rakan sebaya. Siswa guru juga perlu
memberikan maklum balas yang sesuai dan tepat pada masanya dan
menggunakan keputusan pentaksiran untuk menambah baik PdP.
Kemahiran Pendidik menyediakan aktiviti yang mencabar minda pelajar dengan
berfikir menggunakan soalan atau stimulus yang beraras tinggi. Mereka juga
perlu menggalakkan pelajar membuat penerokaan dan penyelidikan
secara terancang dan teratur ke arah mewujudkan idea baharu yang
bernas dalam kalangan pelajar.
Selain itu, pendidik juga perlu berusaha untuk membangunkan
kreativiti dan kemahiran inovasi dalam diri dan sentiasa memupuk
supaya pelajar berfikiran kreatif dan menyumbang pada
pembangunan inovasi.
Pembelajaran abad ke-21 yang bersifat holistik, futuristik, fleksibel
dan dinamik memerlukan peranan dan komitmen yang tinggi dalam
kalangan warga pendidik. Mereka yang berkualiti dan bersedia
melengkapkan diri dengan kemahiran pedagogi abad ke-21 menjadi
sandaran pada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
merealisasikan transformasi pendidikan negara seperti yang
dihasratkan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013
hingga 2025.

Sumber: Institut Pendidikan Guru (2018)

SEMAK KENDIRI 7.2

Bincangkan medium pengajaran dan pembelajaran (PdP) pelbagai


budaya abad ke-21.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


162  TOPIK 7 PEDAGOGI YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN
PELBAGAI BUDAYA

AKTIVITI 7.2
1. Nyatakan tiga kepentingan pluralisme dalam pedagogi berserta
contohnya.

2. Berikan tiga kebaikan dan tiga kelemahan bagi setiap yang


berikut:
(a) Pedagogi kritikal
(b) Pedagogi berpusatkan kendiri
(c) Pedagogi media

3. Huraikan komitmen pengajaran guru dalam konteks pedagogi


abad ke-21.

• Pedagogi ialah pengendalian terhadap satu set atau aktiviti yang dipilih oleh
guru untuk diaplikasikan di dalam kelasnya. Pedagogi membawa maksud
ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun,
berlandaskan sesuatu pendekatan yang terpilih.

• Pluralisme bermaksud perbezaan dari segi etnik, bahasa, sikap, tingkah laku
dan warna kulit, yang selalunya dipengaruhi perbezaan agama. Hal ini
memberi kesan terhadap pedagogi yang akan digunakan dalam pendidikan
masyarakat plural ini.

• Pedagogi yang akan digunakan adalah berdasarkan kelainan latar belakang


pelajar yang mengambil kira aspek jantina, bahasa, latar belakang keluarga,
sikap dan gaya pembelajaran yang berbeza.

• Penggunaan pelbagai media, bahan pengajaran berpusatkan pelajar dan


literasi media merupakan antara ciri-ciri pedagogi media.

• Pedagogi kritikal memerlukan guru melaksanakannya dalam konteks


pendidikan pelbagai budaya. Antara ciri-ciri pedagogi ini ialah kemahiran
guru untuk menangani masalah pelajar daripada pelbagai latar belakang,
menggalakkan pelajar melakukan refleksi terhadap masa lampau, kini dan
masa depan serta penyebaran maklumat untuk menjana idea baharu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PEDAGOGI YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN  163
PELBAGAI BUDAYA

• Pedagogi berpusat kendiri amat penting dan berkesan dalam menyampaikan


sesuatu isi pelajaran kerana pengalaman pelajar dijadikan contoh dalam
pembelajaran. Selain itu, ia turut mengkaji pendekatan/model tradisional
untuk menyesuaikannya dengan keadaan pembelajaran yang menekankan
kesepaduan dalam kepelbagaian. Malah, ia juga menekankan kemahiran
berfikir secara positif dengan cara mencari makna dan pemahaman terhadap
sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan secara saksama dan
demokrasi.

• Pedagogi PdP pendidikan pelbagai budaya abad ke-21 memberi keutamaan


terhadap komitmen dan kompetensi guru dalam menguasai isi kandungan,
mengesan perkembangan pelajar, menguasai kemahiran psikologi
pembelajaran dan menguasai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Ekuiti Pedagogi
Jurang digital (digital gap) Pedagogi ekuiti (equity pedagogy)
Kemahiran berfikir aras tinggi Pengajaran dan pembelajaran (PdP)
(KBAT)
Pembelajaran abad ke-21
Kelainan
Pluralisme
Kesamarataan
Refleksi
Konstruk
Spontan
Kolaboratif

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


164  TOPIK 7 PEDAGOGI YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN
PELBAGAI BUDAYA

Badrul Hisham Alang Osman. (2016). Amalan pengajaran dan pembelajaran abad
ke-21 dalam kalangan pensyarah institut pendidikan guru kampus Ipoh.
Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 10.

Banks, J. A. (1995). The historical reconstruction of knowledge about race:


Implications for transformative teaching. Educational Researcher, 24(2),
15–25.

Foster, J. (2001). Ideaship: How to get ideas flowing in your workplace. Oakland,
CA: Berrett-Koehler.

Institut Pendidikan Guru. (2018). Pembelajaran abad ke-21 (PAK21). Dicapai dari
ipgkpm.edu.my

Siti Faizzatul Aqmal Mohamad Mohsin, & Razali Hassan. (2011). Pengajaran dan
pembelajaran berasaskan ‰streaming video‰ bagi meningkatkan tahap
kefahaman pelajar abad ke-21. Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan
Inovasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Implikasi
Pendidikan
8 Pelbagai
Budaya
terhadap Guru
di dalam Bilik
Darjah
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan maksud pendidikan pelbagai budaya;
2. Menghuraikan lima implikasi yang berlaku apabila pendidikan
pelbagai budaya dilaksanakan;
3. Menganalisis pendekatan mengajar yang sesuai digunakan dalam
pendidikan pelbagai budaya; dan

4. Membezakan antara jenis penilaian yang dapat digunakan dalam


menguji kurikulum pendidikan pelbagai budaya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


166  TOPIK 8 IMPLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA TERHADAP GURU
DI DALAM BILIK DARJAH

 PENGENALAN
Guru pada abad ke-21 sedang menghadapi pelbagai dilema budaya dalam
membuat keputusan perkara yang perlu diajar dan cara mengajar. Hal ini tidak
dapat dinafikan lagi kerana era pascamodenisme, era globalisasi dan era teknologi
maklumat ini telah memberikan kesan yang cukup besar terhadap peranan guru.

Senario yang terdapat pada hari ini, dari aspek sosialnya yang bersifat rencam
hasil daripada pengaruh politik, ekonomi dan sosial, maka guru harus bersedia
menghadapi perubahan ini. Namun, adalah tidak semudah yang difikirkan
dengan mengajar pelajar yang mempunyai satu budaya yang sama dengan
mengajar pelajar yang berbeza budaya dalam kelas yang sama.

Persoalannya adalah seperti yang berikut:


(a) Apakah maklumat yang diperlukan?
(b) Apakah konteks budaya dan bentuknya dalam masyarakatnya?
(c) Apakah nilai-nilai yang dikongsi bersama dalam masyarakat yang
dominan?

Adakah sebagai guru, anda mampu menjawab persoalan ini supaya tugas anda
cukup berkesan dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di
dalam bilik darjah yang mengandungi pelbagai latar belakang pelajar?

Sebagaimana yang anda maklum, pluralisme masyarakat mempunyai implikasi


yang cukup ketara dalam pendidikan sesebuah negara. Apakah yang
dimaksudkan dengan pluralisme?

Pluralisme bermaksud kelainan yang etnik, bahasa yang berbeza, sikap dan
tingkah laku, jantina yang tidak sama, budaya yang berbeza, ras dan etnik
yang berlainan.

Pada hari ini, tidak dapat dinafikan kebanyakan masyarakat adalah bersifat
pluralisme. Hal ini merupakan ciri tipikal dalam masyarakat moden pada hari ini;
aspek homogen ialah sesuatu yang luar biasa. Sejarah telah memaparkan kepada
kita bahawa percampuran etnik adalah melalui penaklukan, iaitu peperangan,
penjajahan dan imigrasi. Maka masyarakat pluralisme selalunya dicirikan
oleh ketidaksamaan dan konflik. Pluralisme mewujudkan perbezaan,
ketidaksamarataan sosial dan ekonomi, prejudis dan salah tanggapan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 IMPLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA TERHADAP GURU  167
DI DALAM BILIK DARJAH

Senario tadi telah memberikan implikasinya terhadap sistem pendidikan sesebuah


negara. Malah ciri kepelbagaian budaya telah banyak menarik perhatian
masyarakat Barat sejak tahun 1970-an dan 1980-an lagi, untuk diberi perhatian,
malah mereka melihat isu ini sebagai sesuatu yang bersifat ilmiah dan profesional.

Berasaskan kesaksamaan, dan hak asasi manusia, memaksimumkan kemampuan


nasional, mempertahankan keadilan sosial, isu ini menjadi fokus kebanyakan
masyarakat dalam era globalisasi. Maka tugas gurulah, sebagai pendidikan
berusaha menghakis segala fahaman yang boleh menimbulkan suasana yang tidak
selesa dalam masyarakat, sikap prejudis, amalan ketidakadilan dan sebagainya.

Namun, agak mendukacitakan kerana hanya sedikit usaha ditumpukan dalam


usaha mewujudkan pendidikan guru yang mantap dan profesional dalam usaha
menyediakan keperluan asas kepada guru, jemaah nazir, pengurusan sekolah dan
penyelidik pendidikan dalam konteks masyarakat yang berbeza ini. Maka guru
pada abad ke-21 ini menghadapi pelbagai dilema budaya, dalam membuat
keputusan mengenai bagaimana dan apakah yang akan diajar dalam konteks
pendidikan pelbagai budaya.

Bagaimanakah untuk mengurus bilik darjah yang terdiri daripada pelajar yang
mempunyai latar belakang kehidupan yang berbeza, gender yang berlainan,
budaya yang berbeza, agama yang berbeza, nilai dan amalan yang berbeza? Cuba
anda fikirkan apakah yang anda lakukan dalam situasi seperti ini? Apakah
maklumat yang anda perlukan dalam membuat keputusan ataupun pemilihan
yang tepat? Apakah bentuk budaya dan konteks masyarakatnya? Apakah nilai
yang boleh dikongsi dalam masyarakat yang budayanya cukup dominan?

Dalam konteks Malaysia, pendidikan pelbagai budaya merupakan salah satu


pendekatan yang dapat mewujudkan masyarakat yang saling hormat-
menghormati dan dapat hidup dalam suasana yang harmoni.

AKTIVITI 8.1

1. Apakah implikasi pendidikan pelbagai budaya terhadap tugas


anda sebagai guru? Bincangkan dalam forum myINSPIRE.
2. Sebagai guru, pada pendapat anda, apakah pendekatan-
pendekatan yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pendidikan pelbagai budaya?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


168  TOPIK 8 IMPLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA TERHADAP GURU
DI DALAM BILIK DARJAH

8.1 KURIKULUM
Menurut Taba (l962) dalam The International Encylopedia of Curriculum (l991)
menyatakan bahawa kurikulum adalah perancangan sesuatu pengajaran.
Manakala Tanner dan Tanner (1975), menyatakan bahawa kurikulum merupakan
perancangan dan pembelajaran. Apakah yang akan diajar dan apakah kandungan
yang perlu didedahkan kepada para pelajar?

Manakala mengikut Olivia (l997 dlm. Kenneth T. Henson) menginterpretasikan


kurikulum sebagai:
(a) Sesuatu yang diajar di sekolah;
(b) Satu set subjek;
(c) Program pengajian; dan
(d) Sebilangan pengalaman yang diajar di sekolah.

Bertitik tolak daripada definisi tadi, maka kurikulum pelbagai budaya


mempunyai maksud yang sama tetapi isi kandungannya adalah berfokuskan
pelbagai budaya. Oleh itu, kurikulum pendidikan pelbagai budaya seharusnya
mengandungi aspek budaya, gender, status ekonomi, sosial, ras dan etnik untuk
diajar kepada pelajar.

Hal ini penting kerana:


(a) Matlamat pendidikan pelbagai budaya adalah supaya semua para pelajar
dapat mengetahui kepelbagaian dan kerencaman budaya, gender, ras dan
etnik, dan perbezaan yang dimiliki oleh setiap ahli masyarakat. kurikulum
pendidikan pelbagai budaya bersifat inklusif kepada semua budaya yang
berbeza.
(b) Matlamat kurikulum pendidikan pelbagai budaya adalah bertujuan
memupuk rasa saling hormat-menghormati antara pelajar yang datang
daripada latar budaya, agama, ras, status ekonomi, dan gender yang
berbeza. Kurikulum pelbagai budaya juga digubal untuk
memperkembangkan kebolehan pelajar untuk berfungsi dalam masyarakat
yang pelbagai dan dapat mengenal pasti perbezaan yang wujud. Oleh itu,
kurikulum pendidikan pelbagai budaya perlu mengandungi perspektif
dunia wanita, lelaki, orang kaya dan miskin, ras dan etnik, dan budaya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 IMPLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA TERHADAP GURU  169
DI DALAM BILIK DARJAH

Sekarang, mari kita teliti perkara penting mengenai kurikulum pendidikan


pelbagai budaya.

(a) Perubahan/Reformasi Kurikulum


Kurikulum secara semula jadinya adalah sensitif kepada segala perubahan
yang sering berlaku dalam sesebuah masyarakat. Kurikulum juga bersifat
rumit kerana tujuan kurikulum adalah memudahkan pengajaran. Manakala
pengajaran itu sendiri bersifat terlalu kompleks yang sukar difahami.

Untuk terus efektif, kurikulum mestilah bersifat responsif terhadap


perubahan dalam masyarakat, perubahan dalam dasar kerajaan, malah
terhadap perubahan tingkah laku pelajar itu sendiri. Kegagalan kurikulum
untuk berubah, selaras dengan perubahan yang berlaku, maka keseluruhan
sistem pendidikan tidak dapat berfungsi dalam memenuhi kehendak dan
keperluan masyarakat.

Terdapat pelbagai konsep terhadap transformasi kurikulum pendidikan


pelbagai budaya. Perkara yang jelas ialah pendekatan terhadap transformasi
kurikulum pendidikan pelbagai budaya berlaku pada perubahan yang
sedikit hinggalah kepada perubahan secara total terhadap kesedaran sosial,
dan konsep tindakan masyarakat.

Banks (l994) dan McIntosh (2000) telah menggubal satu kontinum dalam
perubahan kurikulum dalam usaha membantu mewujudkan pembaharuan,
walaupun perubahan itu berlaku secara sedikit atau secara keseluruhan.

Banks (1994) dan McIntosh (2000) telah menyenaraikan beberapa langkah


dan strategi, dan dijadikan model. Mereka membahagikan perubahan
kurikulum pendidikan pelbagai budaya kepada tiga tahap seperti
dilakarkan dalam Rajah 8.1.

Rajah 8.1: Tiga tahap perubahan kurikulum pendidikan pelbagai budaya


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
170  TOPIK 8 IMPLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA TERHADAP GURU
DI DALAM BILIK DARJAH

Sekarang, mari kita teliti ketiga-tiga tahap ini dengan lebih lanjut.

(i) Tahap 1: Kurikulum Kumpulan Dominan (Curriculum of the


Mainstream)
Kurikulum arus perdana (mainstream) ialah kurikulum yang
dipengaruhi dan didominasi apa-apa yang disebut „berpusatkan
Barat‰ dan „berpusatkan gender lelaki‰. Hal ini dengan secara
langsung menafikan aspek pengalaman, harapan, sumbangan dari
perspektif individu atau kumpulan yang tidak dominan dalam isi
kandungan kurikulum.

Malah semua bahan pendidikan seperti buku teks, filem, dan alat dan
bahan bantu mengajar menyajikan maklumat yang bersifat dan
mempunyai format dan ciri Eurocentric, dan berfokuskan golongan
lelaki (male-centric). Tahap ini merupakan tahap yang berbahaya
kepada para pelajar yang dominan dan pelajar yang datang daripada
kumpulan yang tidak dominan. Hal ini memberi impak yang negatif
dan bahaya kerana mengikut Banks (l994:195):

...memaksa nilai superioriti yang palsu, memberikan konsep yang


salah dalam hubungan dengan etnik lain, dan menafikan peluang
dan faedah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan, perspektif,
rangka budaya yang sepatutnya boleh diperoleh dengan
menghayati budaya kumpulan etnik lain.

Kurikulum kumpulan yang dominan ini akan mendorong pelajar


daripada kumpulan yang non-dominan gagal menilai budaya,
pengalaman dan perspektif budaya mereka sendiri, ditambah pula
dengan budaya sekolah yang sudah didominasi oleh kumpulan
dominan yang mereka terpaksa berusaha menyesuaikan diri dengan
budaya baru yang sudah tentu amat berbeza daripada budaya mereka
sendiri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 IMPLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA TERHADAP GURU  171
DI DALAM BILIK DARJAH

(ii) Tahap 2: Wira dan Percutian (Hero and Holidays)


Guru pada tahap ini menonjolkan perbezaan yang terdapat dengan
mengintegrasikan maklumat, atau sumber mengenai individu yang
terkenal, dan artifak budaya daripada pelbagai ras dan etnik ke dalam
kurikulum perdana. Papan kenyataan di sekolah seharusnya
memaparkan gambar pemimpin negara dan tokoh pejuang.

Malah guru boleh merancang untuk mengadakan perayaan untuk


sesuatu peristiwa bagi kumpulan tertentu. Hal ini melibatkan
pembelajaran mengenai pakaian, makanan, muzik, dan elemen budaya
asing.

Kekuatan pendekatan ini ialah guru berusaha mengalih kandungan


kurikulum perdana dengan menyediakan bahan dan pengetahuan di
luar kurikulum yang dominan. Pendekatan ini mudah dilaksanakan
berbantukan ilmu pengetahuan yang sedikit yang diperlukan oleh
guru.

(iii) Tahap 3: Integrasi


Dalam melaksanakan proses integrasi, guru akan bertindak dengan
lebih drastik dengan menambah bahan dan ilmu pengetahuan
mengenai kumpulan yang non-dominan ke dalam kurikulum.

Perubahan kurikulum pendidikan pelbagai budaya mestilah


memberikan fokus pada perkara berikut:

• Semua isi kandungan kurikulum pelbagai budaya mestilah telah


melalui proses pengajian, dan penyelidikan yang terperinci supaya
setiap elemen budaya yang dibincangkan adalah tepat dan
lengkap;

• Semua subjek yang hendak diajar hendaklah dilihat dari pelbagai


sudut disiplin ilmu;

• Kurikulum inklusif mestilah mengandungi suara, pendapat dan


pandangan semua pelajar dalam sesebuah kelas;

• Memupuk perspektif yang positif terhadap semua hasil sastera,


bukannya mempunyai pandangan yang sempit bahawa hasil
sastera yang hebat hanya dari Barat; dan

• Kurikulum yang digubal semestinya menggambarkan gaya


pembelajaran yang berbeza dalam kalangan semua pelajar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


172  TOPIK 8 IMPLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA TERHADAP GURU
DI DALAM BILIK DARJAH

(b) Kandungan dan Proses Pendidikan


Seperti yang telah diperjelaskan bahawa kurikulum pendidikan pelbagai
budaya seharusnya bersifat inklusif yang aspek budaya, gender, status
sosioekonomi, ras, etnik, dan agama merupakan elemen yang penting yang
perlu diberi perhatian.

Hal ini demikian kerana proses pendidikan pelbagai budaya hanya akan
dapat dilaksanakan dengan lebih mudah, berfokus dan akan mewujudkan
proses pendidikan dengan lebih berkesan yang setiap pelajar di dalam bilik
darjah merasai diri mereka dihargai, mendapat kesaksamaan dan
kesamarataan.

(i) Kandungan Kurikulum


Persoalan paling asas dalam membincangkan apakah implikasinya
terhadap kurikulum, iaitu apakah yang perlu diajar? Menurut Jerry
Aldridge dan Renitta Goldman (2002), secara asasnya kandungan
pendidikan „pelbagai budaya‰ terdiri daripada dua elemen penting
yang mempunyai hubungan rapat dengan „celik budaya‰ (cultural
literacy), iaitu:

• Kurikulum yang Bersifat Arus Perdana (Mainstream Cultural


Literacy)
Contohnya, mata pelajaran Sejarah. Siapakah Hang Tuah? Hang
Tuah dikatakan pahlawan Melayu. Hal ini ialah pernyataan sejarah
yang ditegaskan dalam kurikulum arus perdana. Namun, jika
dilihat dari perspektif yang berbeza, sesetengah pengkaji Sejarah
Melayu khususnya, mengatakan bahawa Hang Jebat merupakan
pahlawan Melayu, bukan Hang Tuah.

• Kurikulum yang Bersifat Pesisir (Marginalised Cultural Literacy)


Dengan merujuk aspek budaya, kedua-dua perspektif ini
dikatakan tidak mencukupi.

Menurut Aldridge dan Goldman (2002) lagi, opsyen yang ketiga adalah
perkara yang disebut:

• Literasi Kritikal (Critical Literacy)


Jika kita mengajar pelajar untuk menimbangkan pelbagai pendapat
dan pandangan daripada pelbagai sumber, maka kita mengajar
mereka untuk menilai sumber yang menjadi rujukan mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 IMPLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA TERHADAP GURU  173
DI DALAM BILIK DARJAH

Soalannya seperti:

− Siapakah yang berkata?


− Siapakah yang menyokong pendapatnya?
− Siapakah yang dipinggirkan?
− Siapakah yang tertinggal dalam menceritakan pendapat
mereka dalam hal yang dibincangkan?

Hal ini demikian kerana semua pengetahuan mempunyai


kandungan politik dan kandungan budaya. Apa-apa yang telah
kita pelajari di sekolah mempunyai unsur politik, unsur sosial serta
unsur budaya dan alam yang sangat tinggi.

Maka tugas kita sebagai guru adalah untuk menjelaskan kepada


pelajar apakah mereka sudah menilai, menganalisis, memahami
apa-apa yang kita arah mereka untuk membaca dari pelbagai
sudut ini?

(ii) Proses Pendidikan: Bagaimanakah Sepatutnya Guru Mengajar?


Menurut Gary D. Borich (2000), terdapat beberapa tingkah laku guru
yang dapat memberi sumbangan kepada pengajaran yang berkesan
dalam kelas yang mempunyai pelajar yang mempunyai latar belakang
dan budaya yang berbeza.

Amalan tersebut ialah:

• Guru perlu menyediakan iklim pembelajaran yang menggalakkan


dengan menyediakan bantuan secara maksimum kepada pelajar.

• Menggalakkan pelajar memberikan respons kepada setiap


pengajaran.

• Guru hendaklah mempersembahkan bahan pengajaran secara


tersusun sesuai dengan latar belakang pelajar, iaitu menekankan
sesuatu ilmu yang konkrit, sebelum membincangkan aspek yang
abstrak.

• Guru hendaklah memantau prestasi pelajar. Guru perlu membantu


pelajar yang memerlukan bantuan dan tunjuk ajar dengan segera.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


174  TOPIK 8 IMPLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA TERHADAP GURU
DI DALAM BILIK DARJAH

• Menyediakan kurikulum dengan bahan yang telah dipiawaikan


dalam usaha memenuhi keperluan pelajar secara individu. Guru
hendaklah menggunakan media, sumber pengajaran, pengalaman
peribadi untuk meningkatkan minat dan perhatian pelajar.

Manakala menurut Rothstein-Fisch, l998; Triandis, 1989 (dlm. Aldridge


& Goldman, 2002), isu yang paling rumit dalam pendidikan pelbagai
budaya ialah nilai yang berbeza dalam kalangan golongan pelajar
majoriti dan pelajar minoriti. Isu yang rumit ini ialah isu nilai
kolektivisme dan individualisme.

Zeichner (l993) mengatakan terdapat beberapa elemen penting dalam


pengajaran pelbagai budaya, antaranya ialah:

• Guru mesti mempunyai gambaran yang jelas mengenai etnik dan


identiti budaya bangsanya sendiri.

• Mempunyai harapan yang tinggi terhadap kejayaan semua pelajar


yang diajarnya.

• Guru secara peribadi amat komited untuk meningkatkan dan


mengamalkan kesaksamaan (ekuiti) untuk semua pelajar dan
mempunyai keyakinan terhadap pencapaian yang terbaik terhadap
pembelajaran pelajar.

• Sentiasa mempunyai hubungan yang baik dengan pelajar.

• Pelajar didedahkan dengan kurikulum akademik yang amat


mencabar dalam memupuk kemahiran kognitif tahap tinggi.

• Pengajaran guru berfokuskan membentuk makna sesuatu


kandungan oleh pelajar dalam suasana yang cukup interaktif, dan
kolaboratif.

• Tugas belajar dianggap cukup bermakna oleh pelajar.

• Kurikulum bersifat inklusif kepada semua budaya yang berbeza.

• Guru secara eksplisit mendedahkan budaya sekolah dan pada


masa yang sama mempertahankan identiti budaya masing-masing.

• Ibu bapa digalakkan terlibat dalam pendidikan anak mereka.

• Guru terlibat dalam perjuangan politik untuk mewujudkan


masyarakat yang adil dan saksama bagi semua manusia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 IMPLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA TERHADAP GURU  175
DI DALAM BILIK DARJAH

Maka guru seharusnya perlu mengetahui dengan mendalam latar belakang


pelajar supaya proses PdP dapat dilaksanakan secara berkesan dan
mencapai objektifnya.

8.2 PENDEKATAN, STRATEGI, KAEDAH DAN


TEKNIK PENGAJARAN PENDIDIKAN
PELBAGAI BUDAYA
Sebagai guru, anda sudah mengetahui konsep asas seperti perkara yang
dimaksudkan dengan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran.
Sebelum kita membincangkan lebih lanjut mengenai pengajaran dan
pembelajaran (PdP) kurikulum pelbagai budaya, guru perlu mempunyai
pendekatan yang tersendiri, kaedah PdP yang teratur, teknik yang bersesuaian
dan juga strategi yang ditetapkan dalam proses pengajarannya.

Persediaan rapi yang dilakukan oleh guru akan membolehkan pelajar memahami
apa-apa yang disampaikan secara mudah dan sistematik. Hal ini akan menjadikan
proses PdP cukup menarik serta menyeronokkan pelajar yang mempunyai latar
belakang, dan budaya yang berbeza.

8.2.1 Pendekatan
Al-Ramaiah (1990) yang telah memetik kata-kata Sorenson dan Gross (1963) yang
mendefinisikan pendekatan sebagai „suatu percubaan untuk menyusun dan
mengemas prosedur cerapan atau pemerhatian sifat dan tingkah laku guru.‰
Sementara Mohd Salleh Lebar (1998) pula mendefinisikan pendekatan sebagai
„cara kita melihat dan membuat pentafsiran sesuatu kejadian.‰

Maka, dapat dikatakan bahawa:

Pendekatan sebenarnya merujuk cara sesuatu mata pelajaran itu diajar


dengan tujuan mencapai objektifnya.

Pendekatan juga biasanya berguna untuk jangka panjang dan di dalamnya


terkandung model dan prinsip atau teori pembelajaran sesuatu pelajaran.

Dalam konteks PdP kurikulum pendidikan pelbagai budaya, kemahiran berfikir


yang sesuai juga perlu diajar melalui kaedah yang dapat mengimbangkan
pemikiran pelajar terhadap pelbagai budaya yang ada di sekeliling mereka. Maka

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


176  TOPIK 8 IMPLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA TERHADAP GURU
DI DALAM BILIK DARJAH

guru perlulah merancang isi kandungan yang hendak diajar serta kaedah dan
aktiviti yang dapat mengembangkan kemahiran berfikir selaras dengan matlamat
pengajaran yang hendak dicapai.

Seperti pemberian kerja rumah, satu cara yang berkesan adalah dengan
menggunakan kerja rumah atau aktiviti yang sesuai yang terdiri daripada soalan
yang tersusun mengikut Taksonomi Bloom dan pelbagai carta aliran dan peta
konsep yang boleh mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain. Selain itu,
dapat mendedahkan para pelajar kepada perbezaan budaya, penghayatan
budaya, aspek gender, malah aspek perbezaan ekonomi.

Maka pendekatan yang digunakan oleh seseorang guru yang terlibat dalam PdP
pelbagai budaya seharusnya dapat memberikan kesan terhadap pemupukan
sikap dan budaya toleransi terhadap budaya orang lain.

8.2.2 Strategi
Menurut Kamus Dewan (2005) strategi membawa maksud sebagai „rancangan
yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan.‰ Manakala Kamaruddin
Husin (1990) pula melihat istilah strategi sebagai „⁄merujuk kepada satu set aksi
pengajaran yang bertujuan mencapai penghasilan yang diperlukan.‰

Maka kita boleh simpulkan bahawa:

Strategi ialah rancangan, rangka atau pelan yang telah dibuat atau tindakan
yang telah diambil dalam usaha membantu organisasi memenuhi tujuan
yang diharapkan.

Pelan untuk masa depan dipanggil strategi yang dirancang, tindakan yang telah
diambil dipanggil strategi yang dihasilkan. Bagi guru, strategi ialah satu bentuk
pelan rancangan PdP sebelum memasuki kelas yang dalam strategi tersebut
mengandungi set induksi, perancangan isi pelajaran dalam masa yang tertentu,
perancangan aktiviti untuk mencapai objektif serta perancangan penutup
pengajaran.

Strategi yang disediakan dengan baik dapat membantu mengagihkan sumber


yang ada ke dalam suatu keadaan yang unik dan kukuh setelah diambil kira
kecekapan dalamannya dan jangkaan perubahan persekitaran. Oleh itu, istilah
strategi boleh dirumuskan sebagai satu urutan peristiwa yang telah dirancang dan
diperluaskan dan boleh dilakukan perubahan „substantif‰ untuk digunakan
kepada pelajar oleh guru.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 IMPLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA TERHADAP GURU  177
DI DALAM BILIK DARJAH

Contohnya, pujian ialah satu strategi penting untuk membina harga diri dan
kekuatan diri pelajar. Pujian mempunyai kuasa motivasi yang kuat bagi
mendorong kemajuan pelajar. Guru yang baik dan berkesan akan menggunakan
pujian bagi menarik minat dan merangsang penglibatan pelajar dan
pengajarannya. Pelajar yang sentiasa menerima pujian daripada gurunya kerana
usaha dan kerja yang dilakukan mempunyai imej diri yang positif dan boleh
mendorong mereka kepada kejayaan dalam pelajaran.

Penghargaan sebegini amat penting untuk membina keyakinan dan harga diri
kepada pelajar. Pujian juga perlu diberi kepada pelajar dalam pelbagai bentuk
seperti memberi komen yang positif mengenai diri pelajar, memberi gred yang
baik dan merangsang harga diri pelajar serta memuji sebarang usaha yang
menunjukkan adanya tanda kemajuan yang dilakukan oleh pelajar. Guru harus
bermurah hati memberi pujian kepada pelajar kerana ia merupakan suatu
motivasi kepada mereka.

Dalam menentukan satu-satu strategi pengajaran, enam faktor berikut perlu


diambil kira:
(a) Kaedah dan teknik yang harus digunakan;
(b) Alat bantu mengajar yang terdapat di sekolah;
(c) Pengetahuan sedia ada pelajar;
(d) Kebolehan dan minat pelajar;
(e) Kepakaran guru ketika mengajar menggunakan bahan bantu mengajar
dalam pengajaran; dan
(f) Kawalan kelas ketika menggunakan strategi.

Terdapat lima jenis strategi yang boleh digunakan di dalam kelas, iaitu strategi:
(a) Penggabungan jalinan kemahiran asas seperti membaca, menulis dan
mengira;
(b) Penyerapan isi pelajaran;
(c) Pemusatan guru;
(d) Pemusatan pelajar; dan
(e) Pemusatan bahan.

Semua ini amat sesuai digunakan dalam proses PdP pendidikan pelbagai budaya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


178  TOPIK 8 IMPLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA TERHADAP GURU
DI DALAM BILIK DARJAH

8.2.3 Kaedah
Sukumaran (1992) telah membincangkan beberapa kaedah asas yang digunakan
dalam PdP Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Berpandukan
KBSM, pengajaran telah diubah kepada berpusatkan pelajar kerana penglibatan
pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat digalakkan.
Kaedah berpusatkan pelajar dikatakan amat sesuai dengan proses pengajaran dan
pembelajaran dalam pendidikan pelbagai budaya.

Secara tradisinya, ramai guru masih menggunakan pendekatan terus ataupun


kaedah penerangan berdasarkan buku teks yang dipraktikkan bagi semua topik,
pelajar dan kelas. Dalam konteks pendidikan pelbagai budaya kaedah ini amatlah
tidak sesuai.

Pendidikan pelbagai budaya tidak seharusnya dipraktikkan menerusi kaedah


„pembacaan dan pemahaman‰ seperti pelajaran bahasa yang bersifat
„monotonous‰ dan membosankan pelajar. Walaupun terdapat guru yang berjaya
melaksanakan kaedah ini dengan baik, namun masih terdapat kekurangan, iaitu
tiada variasi atau kepelbagaian, dan boleh menghalang penyampaian kurikulum
budaya yang bersifat pelbagai dan berbeza antara satu sama lain.

Pelbagai jenis media atau tunjuk ajar atau bahan mengajar seperti gambar,
televisyen, radio, carta, projektor overhed dan komputer boleh digunakan untuk
membantu melancarkan proses PdP dan pelajar dapat memahami dengan lebih
mendalam dan cepat. Tambahan pula, dalam pendidikan pelbagai budaya bahan
ini memang membantu guru dalam usaha mewujudkan satu keadaan yang
realistik di dalam bilik darjah.

Malah guru harus menyediakan peluang untuk pelajar mengikuti pembelajaran


secara praktik, iaitu dalam keadaan yang realistik tentang kebudayaan dan
kehidupan masyarakat, tidak hanya tertumpu pada teori atau kehidupan
tempatan semata-mata.

Pembelajaran dianggap sebagai proses pemikiran kognitif dan penguasaan


kemahiran. Oleh itu, seseorang guru harus mempunyai kekuatan terhadap kedua-
dua aspek, iaitu pengetahuan dan kefahaman dalam:
(a) Isi kandungan (perkara yang hendak diajar); dan
(b) Pelbagai kaedah pengajaran (cara mengajar).

Kedua-dua ini harus saling lengkap-melengkapi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 IMPLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA TERHADAP GURU  179
DI DALAM BILIK DARJAH

Antara kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran pendidikan pelbagai


budaya ialah:

(a) Kaedah Projek


Kaedah projek adalah suatu aktiviti PdP yang diadakan untuk memberi
pengalaman pembelajaran kepada pelajar. Aktiviti yang diberi kepada
pelajar haruslah tertumpu pada pencungkilan minat pelajar, keperluannya
dan memenuhi tujuan pembelajaran.

Terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti apabila seseorang guru


menggunakan kaedah ini dalam PdP pendidikan pelbagai budaya supaya ia
lebih berkesan, iaitu:
(i) Aktiviti yang dijalankan hanya akan dianggap sebagai sebuah projek
hanya, jika ia memberi perhatian kepada minat dan keperluan pelajar.
(ii) Pelajar akan dapat menikmati pengalaman dari pembelajarannya
apabila melakukan aktiviti projek. Mereka secara langsung
didedahkan pada pelbagai budaya, gender, ras dan etnik. Oleh itu,
mereka harus diberi peluang untuk memilih sendiri projek yang akan
mereka jalankan tanpa sebarang paksaan.
(iii) Guru harus memastikan projek tersebut dirancang dengan teliti oleh
pelajar tetapi dilakukan dengan bantuan guru.
(iv) Projek yang dirancang dengan teliti itu harus dilaksanakan dengan
cermat.
(v) Penilaian terhadap projek harus diadakan setelah projek tersebut
selesai bagi memastikan tujuan asal projek telah dicapai.
(vi) Guru juga perlu pastikan nilai seperti bersifat bekerjasama,
bertanggungjawab, memimpin, tidak cepat putus asa, saling hormat
menghormati antara budaya, berlaku interaksi antara pelajar dalam
proses menyiapkan projek, dan keaslian wujud di dalam diri pelajar
semasa menggunakan kaedah projek.
(vii) Guru harus bertindak sebagai penasihat, perunding, pengadil,
pengerusi, pendengar dan penilai serta bersimpati terhadap pelajar
bersesuaian dengan keadaan yang benar-benar memerlukan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


180  TOPIK 8 IMPLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA TERHADAP GURU
DI DALAM BILIK DARJAH

Aktiviti pembelajaran melalui kaedah projek dijalankan selepas pelajar telah


menguasai kemahiran tertentu. Berbeza dengan kebanyakan kaedah lain,
kaedah projek memerlukan lebih dari satu jangka masa pengajaran. Masa
yang lebih diperlukan untuk menyediakan projek tersebut. Walau
bagaimanapun, waktu pengajaran sebenar boleh digunakan untuk
membincangkan projek yang akan dibuat ataupun digunakan untuk
memperlihatkan hasil yang diperoleh daripada projek tersebut.

Menurut teori Pelaziman Klasik Pavlov, pembelajaran boleh berlaku akibat


antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan boleh juga dikaitkan
dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran.
Contohnya, seorang guru mewujudkan suasana PdP yang menyeronokkan
seperti mengadakan aktiviti PdP yang menarik minat pelajar, yang
membincangkan tentang lagu ataupun irama daripada pelbagai budaya.

Melalui contoh ini, wujud dua rangsangan, iaitu suasana PdP dan aspek emosi
(seronok). Jadi, pelajar mengaitkan ataupun rangsangan (suasana
pembelajaran) dengan satu lagi (seronok). Oleh itu, pelajar tersebut sentiasa
mempunyai keinginan ke sekolah dengan terdapatnya aktiviti PdP yang
menyeronokkan.

Mereka akan seronok belajar, bergaul bersama rakan pelajar lain dan akhirnya
akan wujud matlamat sebenar pendidikan pelbagai budaya, iaitu rasa
kesaksamaan dan kesamarataan. Tidak wujud rasa prejudis dan sebagainya.

(b) Kaedah Kaji Selidik


Kaedah ini memerlukan pelajar membuat kajian tentang budaya, agama dan
gendernya sendiri atau rakan sekelas dengannya. Pelajar diberi masa
tertentu untuk mereka melaksanakan kajian yang telah ditetapkan oleh
guru. Pelajar dalam tempoh penyelidikan perlu mencatat sebarang
maklumat mengenai budaya yang dikaji. Hasil maklumat yang diperoleh,
pelajar dikehendaki membentangkannya. Hasil pembentangan mestilah
meliputi tajuk dan aspek yang telah ditetapkan.

Pelajar akan membahagikan kaji selidiknya kepada tiga bahagian berikut:

(i) Pemerhatian
Contohnya, pelajar keluar dari kelas mereka untuk mengira berapa
banyak orang yang lalu-lalang di jalan raya yang telah ditetapkan. Di
samping itu, mereka memerhatikan jenis pakaian yang dipakai oleh
orang di jalan raya dan mereka perlu juga mengetahui perkara yang
berhubung rapat dengan pakaian, dan bahasa yang digunakan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 IMPLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA TERHADAP GURU  181
DI DALAM BILIK DARJAH

(ii) Perbincangan
Proses ini berlaku antara guru dan pelajar dan pelajar dengan rakan
sekumpulan. Maklumat dikongsi bersama. Oleh yang demikian,
pelajar yang lemah dapat memperbaiki kefahaman konsep dengan
bantuan daripada rakan sekumpulan.

(iii) Penyelidikan
Semua pelajar dikehendaki membuat penyelidikan. Mereka hendaklah
menyediakan satu buku catatan khas supaya fakta yang diperoleh
dapat direkodkan dan disimpan dengan kemas. Pelajar kemudian
membuat kerja praktik. Pelajar mempersembahkan dan menyatakan
maklumat yang diperoleh dalam bentuk gambar rajah, lukisan atau
model tertentu dengan menggunakan simbol tertentu dalam
memaparkan hasil pemerhatian mereka.

Akhirnya, pelajar dikehendaki membuat laporan. Pelajar dikehendaki


menulis laporan hasil daripada kajian yang telah dijalankan oleh mereka.
Kaedah projek ini banyak memberi peluang kepada pelajar mendapatkan
pengetahuan dengan cara sendiri.

Mereka boleh menggunakan sepenuhnya deria yang ada untuk memerhati,


mentafsir, menganalisis dan akhirnya, membuat rumusan. Secara
umumnya, hal ini akan mengembangkan potensi pelajar yang terbabit dari
segi intelek, rohani dan sosial. Dalam konteks pendidikan pelbagai budaya,
pelajar dapat memikirkan dan memahami sesuatu budaya dengan lebih jelas
hasil daripada maklumat primer yang diperoleh.

(c) Kaedah Main Peranan


Dalam aktiviti pembelajaran di bilik darjah, kaedah main peranan
digunakan bagi memberi peluang kepada pelajar menjalankan aktiviti
lakonan di hadapan kelas dalam keadaan yang teratur dan terkawal dengan
tujuan mengemukakan cara penyelesaian bagi satu-satu masalah yang
ditimbulkan. Lakonan adalah berasaskan tajuk yang dipelajari dalam kelas.
Pelajar yang mengambil bahagian akan menggunakan pengetahuan yang
telah dipelajari dalam keadaan sebenar.

Sebelum aktiviti bermula, guru mewujudkan satu situasi bermasalah


berkaitan dengan tajuk yang diajar di samping penerangan ringkas tentang
situasi tersebut. Pelajar pula membayangkan situasi yang timbul dan
seterusnya melakonkannya mengikut situasi yang dibayangkan secara
spontan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


182  TOPIK 8 IMPLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA TERHADAP GURU
DI DALAM BILIK DARJAH

Semasa berlakon, pelajar harus berfikir dan menyusun ideanya secara


teratur untuk menggambarkan cara penyelesaian yang dilakukan. Manakala
pada akhir waktu pembelajaran, guru harus membimbing pelajar memberi
pandangan dan membuat rumusan tentang lakonan yang telah dimainkan.

Secara tidak langsung, kaedah main peranan ini merupakan satu kaedah
yang boleh menolong guru untuk menjelaskan teori yang diajar dan
mengetahui setakat mana pelajarnya faham serta mengesan kebolehan dan
pencapaian mereka.

Tiga kelebihan menggunakan kaedah main peranan adalah:


(i) Memberi peluang kepada pelajar mengambil bahagian dalam proses
pembelajaran, di samping menguasai kemahiran bertutur secara
spontan melalui aktiviti lakonan.
(ii) Melatih pelajar berfikir secara spontan dan menyelesaikan masalah
secepat mungkin dalam situasi yang terkawal.
(iii) Meningkatkan kefahaman pelajar tentang tajuk yang dipelajari dengan
membawa situasi sebenar luar bilik darjah ke dalam bilik darjah.

Berdasarkan teori sosial Bandura (1969), iaitu peniruan tingkah laku


pembelajaran manusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain
melakukan sesuatu. Ia dilakukan dengan cara memerhati gerak balas yang
ditonjolkan.

Menurut Bandura, peniruan hanya berlaku jika terdapat perkara berikut:


(i) Perhatian yang teliti diberi pada gerak balas yang hendak dicontohi
sama ada melalui penglihatan, pendengaran dan penggunaan deria.
(ii) Hasil pemerhatian disimpan dalam ingatan.
(iii) Gerak balas yang ditimbulkan adalah berdasarkan apa-apa yang
dilihat, didengar dan dirasai.
(iv) Ganjaran diberi bagi meneguhkan gerak balas tersebut.

Oleh itu, dalam bilik darjah teori ini menyumbangkan teknik pengajaran
seperti main peranan dan simulasi. Guru memainkan peranan mewujudkan
situasi tertentu bagi mengajar nilai murni, aktiviti budaya, amalan gender,
melakonkan watak dan sebagainya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 IMPLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA TERHADAP GURU  183
DI DALAM BILIK DARJAH

(d) Kaedah Perbincangan


Kaedah perbincangan ini biasanya dilakukan untuk seluruh kelas (whole
class discussions). Salah satu kaedah yang kerap digunakan oleh guru untuk
menggalakkan pelajar bersosial serta mencari maklumat melalui
perbincangan. Dalam kaedah ini, guru memainkan peranan yang sangat
penting kepada pelajar, iaitu sebagai fasilitator.

Guru harus faham tentang perkara dan perbincangan yang dijalankan


supaya guru dapat memberi panduan dan memandu pelajar apabila pelajar
menghadapi masalah dalam perbincangan tersebut. Selain itu, kaedah ini
dapat mendorong pelajar supaya dapat mencari maklumat tentang perkara
yang dipelajari secara lebih terperinci serta lebih mendalam melalui
perbincangan.

Kaedah perbincangan boleh didefinisikan sebagai perbualan atau


perbincangan dengan beberapa orang mengenai sesuatu perkara penting
atau objektif. Kaedah ini memerlukan kemahiran dan latihan yang banyak.
Semasa guru mengendalikan perbincangan seluruh kelas, guru tersebut
sentiasa berada dalam skop perbincangan yang betul melalui cara
memfokuskan semula perbincangan tersebut dan menggalakkan pelajar
mendengar dengan teliti semua pendapat yang diberi semasa perbincangan.

Sebelum kaedah perbincangan dijalankan, guru harus memastikan pelajar


mempunyai pengetahuan asas atau silam tentang perkara yang akan
dibincangkan, dalam konteks ini mungkin aspek budaya mereka sendiri.
Perbincangan tidak dapat dijalankan jika pelajar tidak mempunyai sebarang
pengetahuan mengenai topik, iaitu budaya sendiri yang dibincangkan.

Kadangkala perbincangan dapat dilakukan sebelum arahan diberi sebagai


tujuan mencetuskan minat pelajar mengenai topik perbincangan tersebut.
Namun maklumat mengenai perbincangan tersebut haruslah diberi semasa
mengendalikan perbincangan tersebut.

Kaedah perbincangan mempunyai kaitan dengan dua pendekatan, iaitu:


(i) Pendekatan kognitif; dan
(ii) Pendekatan afektif.

Dalam pendekatan kognitif, kaedah perbincangan seluruh kelas dapat


menggalakkan pelajar untuk menganalisis idea dan fakta daripada
pengajaran yang dipelajari dan untuk mencari sama ada terdapatnya
hubungan mengenai pengajaran lepas yang telah diajar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


184  TOPIK 8 IMPLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA TERHADAP GURU
DI DALAM BILIK DARJAH

Dalam pendekatan afektif, kaedah perbincangan seluruh kelas ini


menggalakkan pelajar untuk mengkaji pendapat mereka untuk berinteraksi
dan menilai idea pelajar lain dan untuk meningkatkan kemahiran
mendengar pelajar tersebut semasa pengajaran dijalankan.

(i) Perbincangan Sehala − Penerangan daripada Guru


Kuliah melibatkan interaksi sehala antara guru dan pelajar. Hal ini
menyebabkan pelajar menjadi pasif. Pelajar hanya menjadi penonton
dan guru yang menjadi pemain aktif. Deria yang digunakan pula
hanya mata dan telinga sahaja. Perkara ini bercanggah dengan teori
pembelajaran yang mengehendaki kepelbagaian deria dilibatkan
dalam satu-satu sesi PdP.

Ia turut merangsang minat pelajar. Rangsangan dapat dilakukan oleh


guru semasa memulakan pengajaran. Hal ini penting terutamanya
ketika memulakan mata pelajaran atau unit pembelajaran yang baharu.
Guru dapat merangsang dan menimbulkan minat dan rasa ingin tahu
pelajar melalui bahan kuliah yang akan disampaikan.

• Melalui kaedah kuliah semata-mata juga amat sukar bagi guru


untuk mengukur tahap pembelajaran pelajar.

• Kuliah hanya diberi pada masa yang sesuai seperti ketika hendak
memulakan atau memperkenalkan tajuk yang baharu.

• Guru haruslah menyampaikan kuliah dengan cara yang menarik


dan menggunakan unsur persamaan (analogi), perbandingan,
gambaran (ilustrasi) dan bahan bantu mengajar yang lain.

(ii) Perbincangan Dua Hala


Sesi PdP juga hendaklah diselang-selikan dengan soal jawab,
perbincangan dan sebagainya yang difikirkan sesuai supaya interaksi
dua hala dapat dibina dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Aktiviti seperti ini akan menghasilkan pelajar yang mahir
berkomunikasi dan yakin dalam menyampaikan buah fikirannya
kepada guru.

Perbincangan adalah sangat baik bagi menolong pelajar memahami


konsep dan idea yang sukar. Manakala perbincangan pelbagai hala
dapat membentuk perhubungan sosial, dan pelajar akan dapat
mempelajari aspek budaya daripada pelajar yang berbeza latar
belakang. Maklumat diperoleh secara dalam suasana terbuka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 IMPLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA TERHADAP GURU  185
DI DALAM BILIK DARJAH

Selain itu, terdapat juga unsur kerjasama, tolong-menolong, hormat-


menghormati dan mendengar pendapat yang akan disampaikan oleh
orang lain. Malahan, unsur bersabar dengan karenah rakan, secara
tidak langsung akan membantu mengembangkan kemahiran pelajar
berhujah dengan tenang semasa perbincangan. Semua ini akan
membantu pelajar mempelajari kemahiran sosial, di samping
memahami serta mempraktikkan nilai murni dalam kehidupan.

Perbincangan juga dapat dilakukan dalam kumpulan besar dan kecil.


Dalam perbincangan sebegini, semua pelajar di dalam satu kelas
mengambil bahagian. Biasanya dalam sesi seperti ini guru bertindak
sebagai pengerusi perbincangan. Bahan yang dibincangkan oleh
pelajar dicungkil oleh guru melalui soalan bercapah yang diajukan
kepada kelas.

Perlu diingatkan bahawa sesi perbincangan tidak bererti sesi soal


jawab. Manakala perbincangan dalam kumpulan kecil, guru
membahagikan kelas kepada kumpulan kecil. Setiap kumpulan
diketuai oleh seorang pengerusi. Guru pula bertindak sebagai
fasilitator, bergerak daripada satu kumpulan ke kumpulan yang lain
sambil bertanyakan soalan yang bertujuan memastikan perbincangan
menuju ke arah yang ditetapkan.

Kepentingan kaedah perbincangan adalah:

• Kaedah perbincangan membolehkan pelajar mengumpulkan idea,


menganalisis dam melatih pelajar untuk sama ada menerima
ataupun menolak sesuatu idea yang dibangkitkan dalam sesuatu
topik perbincangan.

• Perbincangan meningkatkan daya pemikiran kreatif dan


pemprosesan maklumat dalam kognitif pelajar.

• Kaedah pengajaran secara perbincangan menambahkan


pengetahuan sedia ada melalui pertukaran maklumat sesama ahli
kumpulan perbincangan.

• Kaedah perbincangan merupakan satu kaedah yang penting bagi


kaedah penyelesaian masalah.

• Perbincangan menggalakkan pelajar memberi pendapat, kritikan


terhadap satu topik yang dibincangkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


186  TOPIK 8 IMPLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA TERHADAP GURU
DI DALAM BILIK DARJAH

Proses perbincangan sesuatu topik mengenai budaya ataupun aspek


ekonomi dan sosial boleh membimbing proses pembelajaran yang
abstrak (Bridges, 1997; 1987). Menurut Bridges lagi, interaksi dalam
kumpulan ialah komponen yang penting kerana ia membentuk
menjurus ke arah tinjauan dan penelitian terhadap sesuatu topik.

Perbincangan membolehkan pelajar mendapat pemahaman yang lebih


baik mengenai sesuatu topik dengan mengembangkan maklumat
setiap pelajar yang terlibat dalam perbincangan dengan ahli kumpulan
perbincangan yang lain.

Bagi menggunakan kaedah perbincangan untuk mendidik pelajar,


interaksi harus dijalankan dengan serius yang pelajar menyokong idea
mereka dengan bukti. Pendapat yang dikemukakan adalah merujuk
persaingan daripada ahli kumpulan mereka dan guru yang idea guru
adalah terbuka kepada kritik (Engle & Ochoa, 1988:47).

Engle dan Ochoa juga menyatakan bahawa tujuan dan percanggahan


aspek ataupun pandangan adalah untuk menggalakkan interaksi dan
menggalakkan pelajar bertindak dengan bukti kukuh yang mereka
ada.

Tujuan perbincangan di dalam kelas adalah seperti yang berikut:

(i) Membangunkan pemikiran aras tinggi sebagai satu kemahiran berfikir


yang membolehkan pelajar menterjemahkan, menganalisis dan
mengendalikan maklumat dengan kemahiran.

(ii) Kaedah perbincangan bertujuan membantu menghubungkaitkan pelajar


dalam pelajaran melalui:

• Rangsangan reaksi.

• Membuat analogi.

• Membawa idea alternatif ke dalam topik perbincangan.

• Membimbing pelajar berfikir lebih jauh ke hadapan dan bukan


hanya setakat tahu mencurahkan maklumat sahaja, iaitu
mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
(KBKK).

• Kaedah perbincangan juga bertujuan merangsang kecekapan dan


kebolehan untuk memenuhi matlamat pengajaran instruksi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 IMPLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA TERHADAP GURU  187
DI DALAM BILIK DARJAH

• Menggalakkan pelajar untuk membina pengetahuan mereka


sendiri berdasarkan topik yang diberi.

• Perbincangan memberikan pelajar pendedahan terhadap


pandangan yang berbeza.

• Perbincangan membantu memperbaiki dan seterusnya


mempertingkatkan kemahiran dan kebolehan berinteraksi antara
satu sama lain.

Kebaikan kaedah perbincangan adalah seperti yang berikut:


(i) Kaedah perbincangan dalam kelas dengan situasi dan peristiwa
yang berlaku di dunia sebenar. Hal ini akan mendorong pelajar
untuk mengetahui dengan lebih mendalam topik yang
diperbincangkan kerana telah timbul minat dan sikap ingin tahu
dalam diri pelajar. Secara tidak langsung kaedah perbincangan
membantu pelajar mengenal pasti hubungan yang wujud antara
konsep dan topik perbincangan.
(ii) Perbincangan dalam kumpulan membantu pelajar memahami
topik dengan lebih jelas kerana proses interaksi dan perbualan
yang berlaku sewaktu perbincangan membantu menjelaskan
perkara yang wujud dalam pemikiran mereka.
(iii) Guru dapat mengetahui dan mengenal pasti setakat mana tahap
kefahaman pelajar dan juga mengetahui pandangan ataupun
persepsi pelajar terhadap topik yang dibincangkan.
(iv) Pelajar dapat membangunkan kecekapan dalam perbincangan
yang kecekapan berbincang ini akan menjadi satu bentuk
kemahiran berdiskusi yang akan berlanjutan hingga ke luar bilik
darjah.

Dalam konteks pendidikan pelbagai budaya, kaedah perbincangan


merupakan kaedah terbaik dalam usaha memupuk interaksi sosial pelajar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


188  TOPIK 8 IMPLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA TERHADAP GURU
DI DALAM BILIK DARJAH

(e) Kaedah Kerja Praktik


Kaedah kerja praktik boleh ditakrifkan sebagai suatu kaedah yang
digunakan yang pelajar menggunakan alatan untuk belajar konsep ataupun
fakta mengenai budaya, ras, etnik dan gender.

Aktiviti PdP yang menggunakan kaedah ini dapat memberi keyakinan


kepada pelajar terhadap pembelajaran mereka. Mereka mudah memahami
serta mengingati konsep tertentu dan melalui kerja sendiri pelajar mendapat
latihan psikomotor dan keseronokan dalam aktiviti pembelajaran.

(f) Kaedah Induktif


Kaedah induksi digunakan untuk mendapat rumusan, fakta atau ciri am
daripada kajian ke atas aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik
darjah. Kaedah ini memerlukan pelajar mengkaji contoh situasi yang diberi,
membuat perbandingan dan penganalisisan sehingga mendapat
penyelesaiannya.

Oleh itu, keberkesanannya bergantung pada aras pencapaian pelajar.


Sekiranya pelajar masih belum menguasai kemahiran, guru perlu
memberikan bimbingan sewajarnya kepada pelajar.

(g) Kaedah Deduktif


Dalam kaedah deduksi ini, ia boleh ditakrifkan sebagai kaedah yang
menggunakan teori untuk mendapatkan rumusan ataupun generalisasi
yang baharu. Kaedah ini merupakan kaedah yang lebih kompleks kerana ia
memerlukan pelajar memperoleh pengalaman yang luas dan pengetahuan
yang cukup untuk mendapatkan rumusan.

Peranan guru adalah sebagai pemudah dan penunjuk cara supaya pelajar
jelas dengan konsep atau kemahiran yang ingin disampaikan. Kaedah ini
hanya berkesan jika guru bijak mengawal suasana pembelajaran kelas.

(h) Kaedah Inkuiri-penemuan


Kaedah ini, merangkumi semua aktiviti seperti merancang, menyiasat,
menganalisis dan menemui. Kaedah ini memerlukan kemahiran seperti
membuat perbandingan dan mencari ciri-ciri yang sama untuk membuat
generalisasi.

Kaedah ini berhubung rapat dengan kaedah kerja praktik. Melalui kaedah
ini, semangat „ingin tahu‰ dapat disemai ke dalam diri pelajar. Pembelajaran
akan lebih bermakna dan kekal dalam ingatan. Melalui pengalaman dan
pemerhatian, pelajar lebih menggemari kaedah inkuiri-penemuan kerana
mereka berpeluang meneroka sendiri untuk mencari jawapan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 IMPLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA TERHADAP GURU  189
DI DALAM BILIK DARJAH

Inkuiri etnografi yang memberi fokus pada penjelasan budaya sesebuah


masyarakat yang bertujuan memahami secara mendalam cara hidup sesuatu
masyarakat dari perspektif masyarakat natif sesuatu bangsa. Kaedah ini
sering digunakan oleh ahli antropologi untuk mengkaji budaya yang bersifat
eksotik tetapi adalah penting untuk mengetahui pengalaman hidup sesuatu
bangsa.

Inkuiri etnografi melibatkan aktiviti pemerhatian, temu bual yang sangat


berguna bagi guru dan pelajar. Pemerhatian yang dijalankan dapat
membantu guru dan pelajar memahami masyarakat, sekolah dan bilik
darjah, terutamanya yang mempunyai ciri pelbagai budaya.

(i) Kaedah Eksposisi


Kaedah eksposisi merupakan kaedah penyampaian maklumat,
menerangkan konsep, fakta, prinsip atau isi kandungan pelajaran kepada
pelajar di dalam kelas. Kaedah ini melibatkan cara penyampaian pelajaran
melalui penerangan, bercerita atau demonstrasi. Semasa menjalankan
kaedah ini, guru akan memberi penerangan terlebih dahulu dan pelajar
mendengar dengan teliti hingga mereka fahami ataupun mereka
merekodkannya dalam buku mereka.

(j) Kaedah Penyelesaian Masalah


Penyelesaian masalah merupakan aktiviti yang melibatkan masalah
berbentuk perkataan, masalah bukan mekanisme, teka-teki, kuiz atau
penyelesaian masalah dalam situasi sebenar. Kaedah penyelesaian masalah
ini boleh dikatakan berkesan kerana ia menggalakkan pelajar terlibat aktif
dari segi fizikal dan kognitif.

Walau bagaimanapun, pendekatan ini mempunyai kesukaran untuk


dijalankan pada semua peringkat pelajar. Aras kognitif pelajar merupakan
kekangan utama kerana kaedah ini lebih sesuai diberi kepada pelajar yang
telah menguasai kemahiran itu terlebih dahulu.

(k) Kaedah Pembelajaran Koperatif


Pendekatan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif merupakan salah
satu kaedah yang semakin digemari untuk digunakan oleh guru.
Pembelajaran koperatif ialah satu pendekatan mengajar yang pelajar
bekerjasama dalam kumpulan pelajar yang kecil, saling membantu antara
rakan untuk memenuhi tugasan individu ataupun berkumpulan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


190  TOPIK 8 IMPLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA TERHADAP GURU
DI DALAM BILIK DARJAH

Terdapat pelbagai manfaat dalam menjalankan kaedah ini dalam


pembelajaran pengurusan perniagaan, iaitu ia sesuai digunakan dalam kelas
dengan pelbagai kebolehan. Kita harus sedar bahawa pelajar kita bukannya
datang daripada satu kategori atau latar belakang sahaja tetapi daripada
pelbagai aras kognitif dan latar belakang.

Keperluan ini harus diambil kira oleh guru sebelum sesuatu aktiviti PdP
dijalankan. Keberkesanannya bergantung pada cara dan kaedah yang
digunakan.

Kaedah ini menggalakkan perasaan positif dengan sikap saling menghargai,


menyokong dan menghormati sesama mereka, cemerlang dalam pencapaian
akademik, sosial dan psikologi mereka melalui:
(i) Saling kebergantungan positif.
(ii) Kebertanggungjawaban individu.
(iii) Interaksi serentak.
(iv) Penglibatan saksama.
(v) Interaksi bersemuka.
(vi) Kemahiran sosial.
(vii) Pemprosesan kumpulan.

(l) Kaedah Pembelajaran Berdasarkan Konstruktivisme


Pendekatan baharu yang dipanggil konstruktivisme ini memberi idea
baharu tentang pertumbuhan kognitif dan pembelajaran. Ia menyatakan
bahawa pelajar membina pengetahuan secara aktif. Ia juga menyatakan
bahawa pelajar tidak semata-mata menerima idea yang diberi kepada
mereka secara terus tetapi merekalah yang sebenarnya mencipta idea.

Kajian menunjukkan bahawa permainan dan eksperimen ialah unsur


penting dalam pendekatan ini. Permainan melibatkan pertimbangan ke atas
kombinasi idea baharu serta hasil hipotetikal mengenai kejadian dan
keadaan yang digambarkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 IMPLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA TERHADAP GURU  191
DI DALAM BILIK DARJAH

(m) Teknik Pengajaran


Teknik merujuk unit kecil yang terkandung dalam sesuatu kaedah. Teknik
merangkumi aktiviti, perlakuan dan kemahiran guru yang digunakan dalam
pengajaran. Teknik ialah cara menyampaikan pelbagai langkah dalam
pengajaran. Oleh itu, teknik pengajaran boleh ditakrifkan sebagai kemahiran
guru dalam mengelolakan dan menjalankan langkah-langkah dalam aktiviti
pengajaran.

Ia menekankan dari aspek cara menggunakan sumber pengajaran serta


membimbing langkah-langkah pembelajaran. Dengan kata lain, teknik
merujuk tingkah laku guru semasa menggunakan sesuatu kaedah
pengajaran. Dalam konteks pendidikan pelbagai budaya, teknik juga
memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan penghayatan
pelajar terhadap isi kandungan kurikulum yang bersifat inklusif.

Tujuan teknik pengajaran adalah menarik minat pelajar, mengekalkan


perhatian pelajar sepanjang pengajaran dan dapat membangkitkan rasa
ingin tahu pelajar.

Terdapat lima teknik pengajaran yang boleh digunakan dalam


melaksanakan langkah-langkah yang telah dirancang oleh guru, iaitu:

(i) Teknik Latih Tubi


Tujuan teknik ini adalah mencapai taraf penguasaan kemahiran di
samping menjamin kekekalannya. Boleh digunakan untuk mencapai
sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut konsep ataupun
mengingati fakta penting. Melalui teknik ini, pelajar akan mengalami
proses memahami dan mengaplikasikannya.

(ii) Teknik Sumbang Saran


Teknik ini dikenal juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming)
yang merupakan sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli
kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea. Ia dianggap sebagai
aktiviti perbincangan yang lebih serius dan kompleks pada peringkat
sekolah menengah. Ia menekankan pengeluaran idea daripada
pembelajaran yang kreatif dan bukan pembelajaran secara analitis.

Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk


dibincangkan dalam sesi umum. Setiap ahli diberi peluang untuk
mengemukakan cadangan. Pelajar digalakkan menyumbang seberapa
banyak idea. Suasana perbincangan yang tidak formal hendaklah
diwujudkan. Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh
dikritik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


192  TOPIK 8 IMPLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA TERHADAP GURU
DI DALAM BILIK DARJAH

Teknik ini dipilih bagi langkah pengajaran pertama dan kedua kerana
pada sesi ini, perbincangan antara ahli kumpulan berlangsung bagi
membolehkan setiap kumpulan menyumbang kepada pengeluaran
idea dan pendapat. Idea yang terbaik akan dibentangkan kepada guru
melalui aktiviti melengkapkan carta minda.

Pada langkah pengajaran kedua pula, pelajar akan duduk di dalam


kumpulan untuk menyelesaikan soalan berbentuk sumatif yang
disediakan oleh guru dan kemudian diserahkan semula kepada pelajar
untuk disemak. Guru akan memberikan jawapan yang betul kepada
pelajar.

(iii) Teknik Permainan


Permainan ialah salah satu aktiviti yang boleh dilakukan dalam
mempelajari pelbagai budaya. Penglibatan dalam permainan telah
memberi peluang kepada pelajar memperoleh latihan intensif,
pembelajaran bermakna dan sebagai alat diagnostik. Kebanyakan
aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran
antaranya kemahiran mendengar dan menyelesaikan masalah.

Hala tuju ini diinterpretasikan melalui objektif tersirat dalam


merangsang interaksi verbal pelajar untuk menambah kefasihan dan
keyakinan dengan menyediakan konteks pembelajaran yang bertindak
sebagai alat untuk mengikis rasa bosan serta sebagai alat pemulihan,
pengukuhan dan penggayaan.

(iv) Teknik Soal-jawab


Teknik ini berupaya mewujudkan interaksi guru dengan pelajar secara
berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan
soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki
memberi tindak balas yang sewajarnya. Soalan yang dikemukakan
memerlukan pelajar berfikir di samping dapat menguji dan menilai
apa-apa yang diajar.

Tujuan utama teknik soal jawab ialah:

• Mengesan pengetahuan sedia ada pelajar.

• Menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan


kritis.

• Mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang


diajar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 IMPLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA TERHADAP GURU  193
DI DALAM BILIK DARJAH

Teknik ini berupaya mewujudkan interaksi guru dengan pelajar secara


berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan
soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran pelbagai budaya yang akan
disampaikan dan pelajar dikehendaki memberi tindak balas yang
sewajarnya seperti yang dilakukan oleh guru dalam set induksi.

Pada masa ini, guru boleh bertanya kepada pelajar mengenai aspek
budaya, gender dan status ekonomi. Soalan seperti ini dapat menguji
pengetahuan sedia ada pelajar tersebut tentang tajuk yang akan
dibincangkan. Teknik ini juga digunakan oleh guru pada akhir
pengajaran yang guru bertanyakan kembali isi pelajaran yang telah
dipelajari dan pelajar memberikan jawapan berdasarkan
kemampuannya mengingati kembali.

Penyoalan dapat merangsang pelajar berfikir secara kritis, analitis serta


mendapat maklum balas yang logik dan tepat. Teknik ini dapat
membantu menghubungkan antara guru dengan pelajar dan
menyatukan ahli kumpulan melalui interaksi.

(v) Teknik Kuiz


Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman
pelajar mengenai topik tertentu. Pelajar dapat mengulang kaji sambil
bergembira. Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan
mengemukakan soalan secara teka-teki. Pelajar juga dapat belajar
kaedah ini cara berfikir yang baharu.

(n) Gaya Pengajaran yang Diubah Suai


Didapati pengalaman pelajar mempunyai hubungan yang kuat dengan status
sosioekonomi, budaya, bahasa dan cara mereka belajar. Sebagai guru. anda
perlu melaksanakan proses PdP terhadap semua pelajar anda dalam keadaan
yang berbeza ini.

Dalam proses pengajaran, perbezaan individu ini harus diberi perhatian


kerana dengan:

(i) Mengiktiraf perbezaan setiap pelajar anda, anda sebagai guru boleh
membantu mereka menggunakan pengalaman mereka untuk memahami
pengajaran anda. Maka berasaskan pengetahuan yang mereka ada, anda
akan dapat mengajar dengan lebih berkesan dalam memenuhi keperluan
pembelajaran individu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


194  TOPIK 8 IMPLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA TERHADAP GURU
DI DALAM BILIK DARJAH

(ii) Memahami perbezaan latar belakang pelajar anda sendiri, sebenarnya


anda dapat menyelami masalah, kekuatan dan kelemahan pelajar anda
secara individu. Hal ini akan membantu anda mengubah gaya
pengajaran anda supaya sesuai dan secocok dengan pengalaman
mereka.

Kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa guru yang


mengaplikasikan strategi instruksional terhadap kebolehan pelajar yang
berbeza menunjukkan peningkatan dalam prestasi akademik mereka.
Contohnya, kaedah pengajaran seperti perbincangan berpusatkan pelajar
dapat meningkatkan prestasi pelajar yang sudah pun mempunyai
keputusan yang baik. Manakala pengajaran berpusatkan guru memberi
faedah kepada pelajar yang prestasi akademiknya berada pada tahap rendah
dan sederhana.

Menurut Borich (2000), „pengajaran adaptif‰ (adaptive teaching) dikatakan


sesuai dalam mengajar pelajar yang mempunyai latar belakang budaya,
bahasa, gender dan status sosioekonomi yang berbeza.

Terdapat dua pendekatan dalam pengajaran adaptif, iaitu:

(i) Pendekatan Remedial (Remedial Approach)


Pendekatan ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran
atau tingkah laku paling asas yang memberi faedah kepada pelajar
yang pencapaiannya rendah. Misalnya, anda boleh meletakkan pelajar
yang mempunyai prestasi cemerlang dengan mengadakan
perbincangan berpusatkan pelajar sebelum sesuatu kuliah atau
pengajaran dilaksanakan untuk memberi faedah kepada semua pelajar.

Selain itu, anda boleh mengajar kemahiran mendengar kepada pelajar


yang tidak mahir dalam sebutan terlebih dahulu sebelum anda
menggunakan pendekatan linguistik sepenuhnya kepada semua
pelajar. Jadi, kedua-dua kumpulan mendapat faedahnya. Pendekatan
remedial ini boleh dilaksanakan pada masa yang ditentukan dalam
menghasilkan kemahiran atau tingkah laku yang diperlukan.

(ii) Pendekatan Kompensentori (Compensatory Approach)


Pendekatan ini membolehkan anda sebagai guru memilih kaedah yang
sesuai untuk menggantikan kekurangan pengetahuan dan kemahiran.
Guru mengubah suai isi kandungan pengajaran dalam usaha
mengatasi kelemahan pelajar dan meningkatkan kekuatan ataupun
keupayaan mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 IMPLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA TERHADAP GURU  195
DI DALAM BILIK DARJAH

Hal ini dapat dilakukan dengan menyediakan bahan bantu mengajar


yang sesuai dan dapat membantu isi kandungan pengajaran. Guru
boleh menggunakan media pengajaran seperti filem, ilustrasi dan
gambar. Kemudahan ke tahap yang lebih sukar seperti simulasi, buku
kerja berorientasikan pengalaman dan menghimpunkan portfolio.

Pengajaran adaptif dapat meningkatkan kejayaan untuk semua pelajar,


tanpa mengambil kira perbezaan individu. Hal ini dilakukan dengan cara
kaedah remedial atau pemulihan dan kaedah kompensatori. Oleh itu, dalam
pengajaran adaptif ini, prasyarat yang penting ialah anda sebagai guru perlu
mengetahui dan memahami tahap kebolehan pelajar anda disesuaikan
dengan pilihan instruksional yang boleh meningkatkan daya penerimaan
mereka.

(o) Pengurusan Bilik Darjah dan Struktur Aktiviti yang Pelbagai


Pengurusan bilik darjah pelbagai budaya memainkan peranan yang cukup
penting dalam memastikan interaksi pelajar berjalan dalam keadaan yang
cukup harmonis dan menggalakkan interaksi, dan pembelajaran secara
kolaboratif. Oleh itu, guru perlu bersedia untuk menggalakkan iklim bilik
darjah yang positif kepada semua pelajar.

Malah, keseluruhan budaya sekolah hendaklah sentiasa dipantau dan dinilai


supaya tidak wujud budaya negatif yang bersifat perkauman ataupun
tekanan kepada golongan tertentu. Pihak pentadbir sekolah semestinya
sentiasa menilai proses PdP guru supaya amalan negatif di dalam bilik
darjah tidak berlaku. Soal pilih, nepotisme, seks dan sebagainya tidak
berlaku. Pihak pentadbiran sekolah juga perlu memastikan guru
mempunyai tahap kepekaan yang tinggi terhadap pelbagai budaya dan latar
belakang pelajarnya.

Aktiviti PdP haruslah bersifat pelbagai, merangsang pelajar belajar, menarik


minat serta mempunyai nilai ilmu, dan pengajaran yang dapat
memperkembangkan sikap pelajar terhadap aspek keadilan dan
kesaksamaan hidup bermasyarakat yang mempunyai pelbagai latar budaya
yang berbeza.

Objektif setiap aktiviti yang dijalankan seharusnya menjurus ke arah


kewujudan rasa saling menghormati, saling memahami antara budaya,
bersikap terbuka terhadap perbezaan dan pelajar dapat berinteraksi secara
harmonis atas perbezaan yang wujud.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


196  TOPIK 8 IMPLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA TERHADAP GURU
DI DALAM BILIK DARJAH

Craviotto dan Heras (l999) menyenaraikan enam ciri bilik darjah yang dapat
menggabungkan antara kurikulum dan budaya bilik darjah, iaitu:
(i) Keluarga pelajar merupakan sumber utama ilmu pengetahuan.
(ii) Budaya dan sastera digunakan sebagai sumber dalam memahami
sesuatu budaya dari pelbagai perspektif.
(iii) Pelajar dianggap sebagai penjana pengetahuan mengenai budaya
mereka yang aktif.
(iv) Aktiviti dialog di dalam bilik darjah merupakan aspek penting dalam
wacana budaya.
(v) Guru berusaha mewujudkan sudut untuk pembelajaran, eksplorasi
dan perbincangan dengan rakan sebaya pelajar.
(vi) Menggalakkan penggunaan beberapa bahasa di dalam bilik darjah
sebagai alat komunikasi.

Maka, anda sebagai guru haruslah dapat menguruskan bilik darjah anda
secara sebaik mungkin, supaya bukan sahaja pelajar berasa selesa, proses
PdP berlaku dengan berkesan tetapi bilik darjah yang berkesan dalam
konteks pendidikan pelbagai budaya ialah berlakunya proses melting pot di
dalam kelas anda.

8.3 SUMBER PENGAJARAN


Subtopik ini membincangkan mengenai sumber pengajaran yang boleh
digunakan oleh guru di dalam bilik darjah untuk pendidikan pelbagai budaya.

(a) Pelbagai Media


Dalam pendidikan pelbagai budaya, anda perlu menggunakan pelbagai
media sebagai bahan bantu mengajar anda. Malah sebagai guru yang berada
dalam era teknologi maklumat anda sepatutnya menggunakan strategi yang
berbentuk interaktif dalam pengajaran anda khususnya dalam pendidikan
pelbagai budaya.

(i) Komputer dan Internet


Komputer boleh memainkan pelbagai peranan dalam mengekalkan dan
meningkatkan minat pelajar di dalam bilik darjah. Malah komputer dapat
membantu guru untuk menggalakkan semua pelajar untuk menerima,
menghargai, memahami dan menghayati perbezaan yang wujud.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 IMPLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA TERHADAP GURU  197
DI DALAM BILIK DARJAH

Guru boleh mengajar tentang perbezaan etnik, gender, budaya dan


sebagainya dengan menggunakan komputer untuk memaparkan secara
langsung (live). Komputer dapat membantu bukan sahaja guru tetapi
pelajar sendiri dalam meningkatkan kefahaman mereka, malah dapat
mengaplikasikan kecekapan dan kemahiran mereka menggunakan
komputer. Sumber pengajaran daripada Internet sangat mudah
diperoleh, terutamanya apabila guru memerlukan aspek kebudayaan, ras
dan etnik.

(ii) CD-ROM
CD-ROM bersifat mesra pengguna. Anda sebagai guru boleh memilih
mana-mana CD untuk ditayangkan. Hal ini amat membantu anda.
Inovasi ini telah banyak digunakan di sekolah di negara kita.

(iii) Rakaman Peristiwa: Kamera Digital


Dalam konteks pendidikan pelbagai budaya, kamera digital boleh
digunakan untuk merakam pelbagai aktiviti masyarakat untuk
digunakan dalam pengajaran. Malah kebanyakan pendidik
menggunakan kamera digital menyediakan bahan yang sesuai dengan
pengalaman dan budaya kehidupan pelajar.

(iv) Surat Khabar


Surat khabar merupakan sumber pengajaran yang paling relevan
dengan pelajar. Kebanyakan pelajar memang membaca surat khabar di
rumah, di perpustakaan awam atau di perpustakaan di sekolah. Bahan
yang dipaparkan di surat khabar dapat menjadi bahan untuk dibaca,
malah dapat mendedahkan pelajar pada pelbagai bentuk budaya dan
perayaan.

Dalam konteks negara Malaysia, persuratkhabaran merupakan sumber


maklumat dalam kehidupan kita seharian. Semua maklumat ini dapat
digunakan dalam pengajaran di dalam bilik darjah. Harga yang murah
dengan maklumat yang banyak merupakan kemudahan untuk guru.
Malah konsep Akhbar dalam Darjah (ADD) memang memberi manfaat
kepada guru dan pelajar.

(v) Video/Filem
Video dan filem juga merupakan sumber pengajaran. Sebagai guru,
anda boleh menayangkan filem yang relevan dengan tajuk anda, dalam
usaha mendedahkan para pelajar anda pada aspek kehidupan sebenar
terhadap pelbagai budaya, ras, etnik atau bahasa yang berbeza.
Tayangan filem juga dapat menarik minat pelajar kerana mereka
berkongsi emosi sesama mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


198  TOPIK 8 IMPLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA TERHADAP GURU
DI DALAM BILIK DARJAH

(vi) Permainan
Permainan dapat mendedahkan pelajar pada kehidupan pelbagai
budaya, terutamanya permainan tradisional sesuatu budaya, ras atau
etnik. Dalam setiap permainan terdapat peraturan dan cara untuk
bermain. Semua ini merupakan manifestasi budaya yang pelajar boleh
belajar dan mengetahui segala selok-belok permainan. Permainan juga
dapat mewujudkan perasaan tolak ansur, bersaing secara sihat dan
bertoleransi antara pelajar.

(vii) Buku
Buku masih memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan
ilmu pengetahuan dan kemahiran pelajar. Guru mestilah memastikan
kandungan buku memang membantu proses PdP di dalam bilik darjah
dan di luar bilik darjah. Pendedahan aspek budaya yang terdapat
dalam buku merupakan satu kombinasi kemahiran asas, iaitu pelajar
perlu membaca, memahami dan menghayati isi kandungannya.

(viii) Televisyen
Televisyen merupakan media yang paling popular di Malaysia.
Kementerian Pelajaran juga menyediakan TV Pendidikan untuk
membantu guru dalam proses PdP. Dalam konteks pendidikan
pelbagai budaya, tidak dapat dinafikan TV banyak memaparkan aspek
budaya kehidupan masyarakat Malaysia yang pelbagai. Hal ini
merupakan sumber pengajaran kepada pelajar mendekati pelbagai
budaya yang wujud di Malaysia.

(b) Kandungan Pelbagai Media


Ketika anda merancang aktiviti pengajaran, tidak dapat dinafikan anda akan
terpengaruh oleh banyak faktor. Faktor ini merangkumi objektif pengajaran,
ciri-ciri pelajar di dalam kelas anda serta strategi dan pendekatan yang akan
anda aplikasikan. Semua ini tidak akan berkesan tanpa anda memberi
perhatian kepada kandungan media yang akan anda gunakan untuk
membantu anda dalam pengajaran anda.

Anda harus mempertimbangkan mengenai jenis media dan kandungan


media yang akan anda gunakan yang akan memberikan kesan yang
sebaiknya kepada pelajar anda.

Pertimbangan berikut harus diberi perhatian dalam menentukan kualiti


kandungan sesuatu media:
(i) Kandungan media mestilah bersifat inklusif terhadap perbezaan
pendapat dan budaya, dari sudut perspektif yang berbeza.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 IMPLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA TERHADAP GURU  199
DI DALAM BILIK DARJAH

(ii) Dapat menggalakkan para pelajar berfikir secara kritis mengenai isi
kandungan yang dipersembahkan.
(iii) Maklumat yang disampaikan mestilah tepat, dan tidak bias,
menimbulkan sebarang kontroversi dan prejudis terhadap pelajar.
(iv) Segala maklumat dan informasi haruslah disampaikan secara adil dan
saksama.
(v) Maklumatnya ialah maklumat yang mutakhir dan menyeluruh.
(vi) Format persembahan memang membantu proses pembelajaran dan
pembelajaran guru dan pelajar.
(vii) Kandungan isi persembahan mestilah sesuai dengan keupayaan
pelajar.

Dalam konteks pendidikan pelbagai budaya, isi kandungan media yang


digunakan dapat merangsang untuk menjawab soalan seperti yang berikut:
(i) Pandangan siapakah yang kita dengar?
(ii) Pandangan dan pendapat siapakah yang kita tolak?
(iii) Mengapakah filem itu tidak ditayangkan kepada masyarakat umum?
(iv) Apakah bias yang terdapat dalam novel itu?
(v) Mengapakah wujudnya prasangka dalam masyarakat?

Ia antara soalan kritikal yang dapat dijana daripada kandungan media dan
bahan pengajaran yang digunakan.

8.4 PSIKOLOGI DAN KAUNSELING


Aspek emosi pelajar memainkan peranan yang penting dalam usaha
menyesuaikan diri dengan kepelbagaian dan perbezaan budaya. Guru haruslah
memahami pelajarnya dari aspek psikologinya serta dapat menyelesaikan
masalah dengan menggunakan pendekatan kaunseling yang berjaya dan
berkesan.

(a) Guru Mendekati Pelajar Berasaskan Pengalaman dan Perspektif Mereka


Interaksi guru-pelajar merupakan sebahagian daripada proses PdP yang
berlaku di dalam bilik darjah. Dalam proses interaksi ini, agak sukar untuk
pelajar memahami budaya dan tingkah laku guru. Hal ini demikian kerana
faktor psikologi semula jadi yang pelajar akan lebih bergantung pada
gurunya.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
200  TOPIK 8 IMPLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA TERHADAP GURU
DI DALAM BILIK DARJAH

Oleh itu, anda sebagai guru harus bertindak proaktif dengan mendekati
pelajar anda berasaskan pengalaman mereka. Ia adalah mudah untuk anda
mendekati mereka dan memahami diri mereka dari perspektif mereka. Hal
ini bermaksud anda perlu mempunyai kefahaman tentang pandangan hidup
(worldview) mereka.

Menurut Borich (2000), dalam usaha mendekati pelajar anda, perkara yang
anda perlu lakukan ialah:
(i) Anda harus bekerjasama dengan pelajar anda dalam pelbagai situasi
pembelajaran yang dilalui oleh mereka. Anda juga harus berusaha
mewujudkan pelbagai situasi ini yang pelajar berpeluang
menggunakan pengalaman mereka, pembelajaran lepas dan budaya
mereka. Situasi begini membolehkan anda memahami pengalaman
dan perspektif mereka.
(ii) Anda harus memberikan peluang kepada pelajar anda untuk
mendedahkan atau meluahkan sesuatu yang dimiliki oleh mereka atau
ketahui berdasarkan budaya mereka dalam membina hubungan antara
idea dan fakta yang telah anda ajar dengan pengalaman dan perspektif
mereka.

Terdapat lima langkah lain yang boleh anda laksanakan dalam usaha anda
mendekati pelajar anda dari perspektif mereka, iaitu:
(i) Berbual dengan pelajar anda mengenal hal yang telah mereka ketahui;
(ii) Menggalakkan pelajar anda untuk membuat perbandingan dengan
apa-apa yang mereka ketahui dengan sesuatu topik yang anda ingin
mereka ketahui;
(iii) Mendedahkan pelajar anda dengan kemahiran belajar yang mereka
ada dalam usaha mencapai objektif mereka;
(iv) Mengajar pelajar anda menggunakan pendekatan mereka sendiri yang
mereka rasa efektif dan sesuai dengan diri mereka; dan
(v) Memahami kandungan budaya atau latar belakang mereka dengan
sikap dan tingkah laku mereka.

Hal ini adalah langkah yang anda boleh laksanakan. Sebagai guru yang
berkesan, anda perlu kerap berinteraksi dengan pelajar anda. Hanya dengan
cara ini, anda akan memahami diri mereka dan mereka merasa anda
menghargai kehadiran mereka di dalam bilik darjah anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 IMPLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA TERHADAP GURU  201
DI DALAM BILIK DARJAH

(b) Latihan Guru dalam Pengurusan Pelbagai Budaya


Secara umumnya, terdapat beberapa strategi dan prinsip dalam latihan guru
untuk mengurus isu pendidikan pelbagai budaya, antaranya ialah:
(i) Guru mesti didedahkan dengan kefahaman tentang isu sensitif
mengenai budaya, berpengetahuan dan memiliki kompeten etnik;
(ii) Mempunyai program latihan yang holistik, mempromosi keprihatinan
terhadap perbezaan dan kefahaman pelbagai budaya;
(iii) Menyediakan modul dalam usaha mewujudkan kesedaran dan
ketidaksedaran terhadap budaya dan prejudis;
(iv) Guru didedahkan dengan gaya pembelajaran, kurikulum yang
tersusun yang mengandungi kesedaran sosial, pengetahuan tentang
pelbagai budaya, dan dapat memupuk tingkah laku berdasarkan
orientasi tindakan; dan
(v) Guru didedahkan pada refleksi dan sejarah peribadi sebagai alat untuk
pembelajaran secara eksperiensial (experential learning).

Tidak dapat dinafikan tidak ada satu stail atau pendekatan psikologi dan
kaunseling dikatakan dapat menyelesaikan semua masalah mengenai
pendidikan pelbagai budaya. Latihan guru mestilah mempunyai sifat
keterbukaan dan fleksibel, iaitu mempunyai pendekatan eklektik. Oleh itu,
latihan guru sepatutnya mempunyai ciri anti-perkauman.

Salah satu kemahiran yang dianggap penting dalam mengurus pelbagai


budaya ialah kemahiran komunikasi guru dalam pelbagai bahasa. Tidak
dapat dinafikan kemahiran guru terhadap pelbagai bahasa akan dapat
membantu guru bukan saja dalam proses pengajaran dan pemelajaran tetapi
guru tersebut dapat bertindak sebagai pemudah cara dan dapat mengurus
kepelbagaian budaya pelajar. Kebolehan berbahasa guru juga akan dapat
meningkatkan kefahaman guru terhadap pelbagai budaya.

Manakala pihak kerajaan pula perlu menyediakan prasarana kemudahan


untuk pendidikan pelbagai budaya. Prasarana ini dapat bertindak sebagai
pemangkin dalam proses PdP malah dapat menjadi wahana untuk pelajar
berinteraksi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


202  TOPIK 8 IMPLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA TERHADAP GURU
DI DALAM BILIK DARJAH

Menyentuh tentang program pendidikan guru, menurut Schmidt (2005),


walaupun tidak dapat dinafikan program latihan guru menunjukkan
kejayaan tetapi dalam konteks pendidikan pelbagai budaya, program latihan
guru seharusnya dapat melahirkan golongan guru yang responsif terhadap
budaya, dan aspek inilah yang dianggap masih kurang dan tidak diberi
perhatian.

(c) Penyesuaian Guru dalam Suasana Pelbagai Budaya


Guru harus dapat menyesuaikan diri dengan suasana pelbagai budaya yang
terdapat di dalam kelas masing-masing. Dalam proses penyesuaian ini,
maka guru hendaklah mengetahui dan memahami budaya pelajar lain,
aspek gender dan status sosioekonomi mereka. Aspek penyesuaian ini
bukan sahaja bermaksud guru merasa selesa dalam bilik darjah yang
pelbagai budaya tetapi lebih daripada itu; guru memang mengetahui dan
menghayati kehidupan sebenar pelajar berdasarkan perbezaan mereka.

Ramai ahli pendidikan pelbagai budaya menyatakan penyesuaian guru


bermaksud yang mereka merasa selesa dan sesuai dengan setiap pelajar
secara individu. Hal ini membawa maksud bahawa guru dapat meletakkan
dirinya dalam kumpulan pelajar secara kumpulan atau secara individu.

Proses penyesuaian ini akan mengambil sedikit masa untuk anda dapat
memahami, mengetahui, dan menghayati nilai, norma, budaya dan tradisi
setiap pelajar. Proses penyesuaian ini sebenarnya proses pembelajaran
pelbagai budaya. Hasil daripada memahami budaya pelajar anda, langkah
seterusnya ialah anda harus bertindak dalam suasana anda disenangi oleh
semua pelajar anda dari perspektif mereka yang mempunyai latar belakang
yang berbeza.

Maksudnya, anda harus dapat menyesuaikan diri anda secara merentas


budaya. Penyesuaian inilah yang bersifat dinamik, adil, menyeluruh dan
anda dilihat sebagai guru yang berjaya berinteraksi dengan semua pelajar
anda.

Kesan daripada penyesuaian diri anda dengan pelajar anda, akan dapat
menimbulkan pola hubungan interaktif yang harmoni, iaitu hubungan anda
dengan pelajar dan hubungan antara pelajar dengan pelajar dalam situasi
yang dihajatkan dalam konteks matlamat pendidikan pelbagai budaya. Ia
untuk melahirkan pelajar yang dapat hidup dalam pelbagai budaya dengan
saling menghormati dan saling memahami. Dalam aspek ini anda perlu
bertindak sebagai suri teladan (role model) kepada semua pelajar anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 IMPLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA TERHADAP GURU  203
DI DALAM BILIK DARJAH

8.5 PENILAIAN
Secara tradisinya, guru bertanggungjawab untuk mengukur serta menilai
kebolehan dan prestasi pelajarnya. Isu yang tidak pernah selesai adalah
bagaimanakah cara terbaik untuk anda menilai pelajar anda? Dalam sistem
pendidikan hari ini, aspek peperiksaan memainkan peranan yang cukup penting
dalam menentukan kejayaan para pelajar.

Dalam sistem pendidikan tradisional, pendidik gemar menggunakan kaedah:


(a) Penilaian diagnostik;
(b) Penyelesaian masalah;
(c) Orientasi proses; dan
(d) Penilaian guru.

Manakala bagi penilaian aspek budaya pula kebanyakannya menggunakan:


(a) Bahan bercetak;
(b) Berasaskan pengukuran;
(c) Persaingan;
(d) Kertas dan pensel; dan
(e) Peperiksaan luaran.

Terdapat beberapa sebab mengapa pelajar perli diuji, iaitu:


(a) Menentukan pemberian gred kepada setiap pelajar;
(b) Memastikan kemahiran, pengetahuan yang diperoleh dalam proses PdP
telah dikuasai oleh pelajar dan tindakan susulan dengan mengadakan
aktiviti pemulihan bagi tajuk yang sukar dikuasai; dan
(c) Mengenal pasti sama ada pengajaran guru berkesan ataupun tidak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


204  TOPIK 8 IMPLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA TERHADAP GURU
DI DALAM BILIK DARJAH

Sebagai guru, anda perlu memikirkan beberapa perkara sebelum anda menilai
setiap pelajar anda. Aspek yang anda perlu fikirkan ialah:
(a) Apakah tujuan anda mahu menilai pelajar anda?
(b) Apakah yang akan anda gunakan dalam menilai pelajar anda?
(c) Adakah soalan yang anda kemukakan itu mengukur perkara yang
sepatutnya diukur?

Oleh itu, dalam pendidikan pelbagai budaya anda perlu memberikan perhatian
kepada perkara berikut:

(a) Pemilihan Alat Penilaian yang Terbaik untuk Menyesuaikan Latar Belakang
Pelajar
Alat penilaian yang terbaik ialah alat penilaian yang mempunyai empat
domain objektif, iaitu dapat menilai:
(i) Pengetahuan pelajar;
(ii) Kemahiran intelek pelajar;
(iii) Kemahiran motor; dan
(iv) Sikap pelajar.

Pemilihan alat penilaian merupakan tugas seorang guru dalam usaha


memastikan alat yang digunakan sesuai dengan latar belakang setiap
pelajarnya.

Terdapat empat alat penilaian yang digunakan dalam pendidikan pelbagai


budaya seperti yang berikut:

(i) Penilaian Formatif


Penilaian formatif merupakan penilaian berterusan yang dapat
menggalakkan pelajar belajar. Kajian menunjukkan ujian formatif
dapat membaiki tingkah laku pembelajaran pelajar, menilai semua
kurikulum dan tugas guru. Guru dapat menyediakan perkhidmatan
yang terbaik kepada pelajar yang mempunyai kebolehan yang berbeza
disebabkan oleh latar belakang yang berbeza.

(ii) Ujian Sumatif


Ujian ini dijalankan setelah anda selesai mengajar sesuatu tajuk
ataupun topik. Ia bertujuan memastikan tahap pengetahuan dan aspek
mana yang masih pelajar anda lemah ataupun tidak dapat
menguasainya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 IMPLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA TERHADAP GURU  205
DI DALAM BILIK DARJAH

(iii) Ujian Bakat


Ujian jenis ini adalah bertujuan mengesan prestasi pelajar anda dalam
pelajaran bahasa asing, iaitu mengukur kemahirannya dalam
menguasai bahasa yang akan dipelajari nanti.

(iv) Ujian Diagnostik


Matlamat ujian ini adalah untuk mengesan masalah yang wujud dalam
kalangan pelajar anda dalam proses pembelajaran. Dengan
menjalankan ujian ini anda akan dapat mengetahui unit, subunit atau
tajuk mana yang agak sukar bagi pelajar anda menguasainya.

(b) Penilaian yang Luwes dan Peka terhadap Pelbagai Budaya


Cabaran yang wujud dalam pendidikan pelbagai budaya adalah bukan
sahaja untuk menyediakan kurikulum yang relevan tetapi aspek penilaian
yang kadangkala bersifat sensitif terhadap budaya masyarakat. Oleh itu,
sebagai guru, anda perlu pastikan bahawa alat penilaian yang anda pilih
mempunyai item yang telus serta peka terhadap budaya dan latar belakang
pelajar.

Hal ini bermaksud anda perlu mempunyai kemahiran dalam pembinaan


item supaya tidak wujud prasangka, prejudis dan salah tanggap dalam
kalangan pelajar. Ketelusan dalam pembinaan soalan bermaksud bahawa
walaupun terdapat aspek budaya, status sosioekonomi atau gender yang
perlu diajukan dalam item yang anda gubal; maka harus bersikap terbuka
dan menerima sesuatu itu sebagai ilmu pengetahuan, dan ia harus dilihat
dari perspektif akademik semata-mata. Walaupun begitu, aspek ini agak
sukar dilaksanakan.

(c) Penilaian yang Berbeza Berdasarkan Kebolehan Pelajar dan Penyelesaian


Masalah
Disebabkan oleh perbezaan latar belakang pelajar dari aspek budaya,
gender, status sosioekonomi, bahasa, dan ras atau etnik; maka aspek ini
mempengaruhi kebolehan pelajar. Tidak dapat dinafikan kajian yang
dijalankan menunjukkan perbezaan latar belakang pelajar mempengaruhi
aspek sosial dan aspek psikologinya. Menyedari hakikat yang wujud ini,
anda sebagai guru perlu memastikan item yang dibina bersesuaian dengan
kebolehan pelajar anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


206  TOPIK 8 IMPLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA TERHADAP GURU
DI DALAM BILIK DARJAH

Sanchez (2006) berpendapat sudah sampai masanya konsep penilaian yang


bersifat tradisional dalam sistem pendidikan pelbagai budaya dinilai
semula. Malah beliau berpendapat kaedah penilaian tradisional tidak lagi
relevan. Beliau mencadangkan bahawa untuk mengelak daripada timbulnya
isu yang sensitif dalam penilaian pendidikan pelbagai budaya, guru boleh
menggunakan kaedah penyelesaian masalah (problem solving strategy).

Kaedah ini menekankan proses penyelesaian masalah yang setiap pelajar


dikehendaki menduduki peperiksaan yang menekankan aspek „kecerdasan
pelbagai‰ (multiple intelligences). Kaedah ini dikatakan mempunyai
implikasi penilaian kepada semua pelajar, tidak kira latar belakang
budayanya.

Model ini memberi peluang kepada guru untuk membuat analisis setiap
pelajar yang dapat menggalakkan pelajar untuk belajar, manakala aspek
pemulihan juga dilaksanakan. Model ini dikatakan dapat mengelak
daripada berlakunya bias atau prejudis dalam kalangan pelajar. Model ini
merujuk model Gardner (l983).

SEMAK KENDIRI 8.1


1. Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan pelbagai budaya?
Huraikan.
2. Mengapakah pendidikan pelbagai budaya penting dalam
pendidikan sesebuah negara?
3. Apakah yang perlu ada dalam isi kandungan pendidikan pelbagai
budaya?
4. Nyatakan konsep kesamarataan dan kesaksamaan.

• Pendidikan pelbagai budaya merupakan salah satu pendekatan yang dapat


mewujudkan masyarakat yang saling menghormati dan dapat hidup dalam
suasana yang harmoni.

• Pendidikan pelbagai budaya memberikan banyak implikasi pada tugas


seseorang guru yang memerlukan perhatian pada aspek seperti kurikulum,
pendekatan mengajar, sumber pengajaran, psikologi dan kaunseling, dan
penilaian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 IMPLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA TERHADAP GURU  207
DI DALAM BILIK DARJAH

• Matlamat pendidikan pelbagai budaya bukan sahaja untuk menyampaikan


ilmu pengetahuan atau melahirkan pelajar yang prestasinya cemerlang tetapi
tugas dan tanggungjawab guru adalah untuk melahirkan golongan pelajar
yang celik budaya, mengetahui dan menghormati budaya dan perbezaan
orang lain, dapat berinteraksi dan bergaul dalam usaha mewujudkan
masyarakat yang bersatu padu.

• Kurikulum mestilah bersifat responsif terhadap perubahan dalam masyarakat,


perubahan dalam dasar kerajaan, malah terhadap perubahan tingkah laku
pelajar itu sendiri.

• Banks dan McIntosh telah membahagikan perubahan kurikulum pendidikan


pelbagai budaya kepada lima tahap, iaitu:

− Kurikulum kumpulan dominan;

− Wira dan percutian;

− Integrasi;

− Reformasi struktur; dan

− Kesedaran dan tindakan sosial pelbagai budaya.

Akhbar dalam Darjah (ADD) Pengajaran adaptif (adaptive teaching)


Dominan Pendekatan remedial (remedial
approach)
Implikasi
Pendekatan kompensentori
Kaedah (compensatory approach)
Kecerdasan pelbagai (multiple Reformasi
intelligences
Responsif
Kaedah penyelesaian masalah
(problem solving strategy)
Kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif (KBKK)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


208  TOPIK 8 IMPLIKASI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA TERHADAP GURU
DI DALAM BILIK DARJAH

Aldridge, J., & Goldman, R. L. (2002). Current issues and trends in education.
Boston, MA: Allyn & Bacon.

Bandura, A. (1969). Social learning theory. Dicapai dari http://learning-


theories.com

Banks, J. A. (1994). An introduction to multicultural education. Boston, MA: Allyn


& Bacon.

Borich, G. D. (2000). Effective teaching methods. Upper Saddle River, NJ: Merrill
Prentice Hall.

Craviotto, E., & Heras, A. I. (l999). Cultures of the fourth-grade bilingual


classroom. Dicapai dari http//eric.ed.gov/

Gardner, H. (1983). Frames of mind: The theory of multiple intelligences. New


York, NY: Basic Books.

Kamus Dewan (Ed. ke-4). (2005). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Mohd Salleh Lebar. (1998). Pengenalan ringkas sosiologi sekolah dan pendidikan.
Batu Caves, Malaysia: ThinkerÊs Library.

Sanchez, T., Lamela, L., Valdes, R., & Lopez, O. (2006). Evaluation of the
productive indicators of Holstein cows in pedestals. Pastos y Forrajes,
29(1),51−60.

Schmidt, P. R. (2005). Learning point associates. North Central Regional:


Educational Laboratory (NCREL).

Taba, H. (l962). Curriculum development: Theory and practice. Dlm. A. Lewy


(Pnyt.). (l991). The international encylopedia of curriculum. Oxford, United
Kingdom: Pergamon Press.

Tanner, D., & Tanner, L. N. (1975). Curriculum development: theory into practice.
New York, NY: Macmillan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Isu dan
Cabaran
9
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti isu dan cabaran dalam pendidikan pelbagai budaya;
2. Menghuraikan apakah peranan media dalam membina identiti
masyarakat Malaysia;
3. Menganalisis ciri-ciri pendidikan pelbagai budaya untuk masyarakat;
dan

4. Membezakan antara kurikulum pendidikan pelbagai budaya untuk


guru, pelajar dengan masyarakat.

 PENGENALAN
Sebagaimana yang anda ketahui, Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada
tahun 1957, dan merupakan sebuah negara yang didiami oleh bangsa Melayu,
India dan Cina. Setelah pembentukan Malaysia, penduduk peribumi Sabah dan
Sarawak menjadi sebahagian daripada kaum yang terdapat di negara.

Kesemua kaum ini telah mengikat satu kontrak sosial dalam usaha untuk hidup
secara aman dan damai serta mewujudkan perpaduan antara kaum. Secara
keseluruhannya, aspek perpaduan kaum, pencapaian ekonomi negara dan
kehidupan sosial rakyat dapatlah dibanggakan hingga ke hari ini. Walaupun tidak
dapat dinafikan cabaran paling hebat dalam menguji perpaduan kaum di
Malaysia ialah peristiwa hitam 13 Mei l969.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


210  TOPIK 9 ISU DAN CABARAN

Rusuhan kaum yang berlaku memberikan tamparan hebat terhadap usaha


kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu-padu dan saling
menghormati. Banyak persoalan yang timbul hasil daripada peristiwa 13 Mei 1969
ini. Namun perkara yang jelas ialah peristiwa rusuhan kaum ini merupakan
manifestasi daripada rasa curiga-mencurigai, sikap prejudis dan tiadanya sikap
toleransi antara kaum di Malaysia. Isu dan cabaran inilah paling besar dalam
usaha kerajaan untuk melahirkan sebuah negara Malaysia yang aman dan
makmur.

Hasil daripada permuafakatan dan persetujuan semua, maka dilihat pendidikan


memainkan peranan yang cukup besar dan lebih kritikal dalam membawa
perubahan sosial secara drastik. Ia dapat membentuk masyarakat yang bestari
yang mempunyai kualiti hidup, dan budaya yang maju, moden dan progresif
dalam kehidupan masyarakat Malaysia ini.

Ia jalan keluar dan penyelesai pada masalah yang wujud, walaupun tidak
dinafikan, terdapat kaedah dan cara lain. Rasionalnya ialah pendidikan
merupakan proses melahirkan generasi baharu negara dengan asuhan dan
didikan sejak kecil lagi. Perubahan sikap generasi muda Malaysia harus bermula
sejak kanak-kanak lagi.

Oleh itu, iltizam politik dan pendidikan harus dicerna supaya dapat melahirkan
satu gagasan baharu, reformasi pendidikan untuk melahirkan masyarakat yang
mempunyai ciri-ciri generasi yang bertanggungjawab, cinta akan negara,
berdisiplin dan berakhlak mulia, berdedikasi dan berfikiran terbuka.

Menurut Abd Rahim Abd Rashid (2000), sosialisasi politik yang sesuai dengan
sejarah dan aspirasi perjuangan bangsa dan negara perlu menjadi asas utama
pembentukan ciri kewarganegaraan. Pendidikan berfungsi sebagai asas sosialisasi
politik dan kewarganegaraan supaya generasi muda faham asas politik dan
sejarah perjuangan bangsa, dan kontrak sosial yang dipersetujui antara kaum.

Maka persoalannya adakah kita mempunyai iltizam politik dan iltizam


pendidikan dalam usaha untuk membentuk masyarakat Malaysia yang
mempunyai literasi politik, literasi sosial, literasi teknologi dan literasi agama.
Elemen inilah yang penting dalam usaha mewujudkan masyarakat Malaysia yang
harmoni (Abd Rahim Abd Rashid, 2000).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ISU DAN CABARAN  211

9.1 MEMBINA IDENTITI MASYARAKAT


MALAYSIA DALAM KONTEKS PELBAGAI
BUDAYA
Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum, yang mengamalkan pelbagai
budaya dan cara hidup, yang mempunyai puak dan agama yang berlainan sudah
tentu menghadapi masalah identiti rakyatnya. Dalam banyak negara terutamanya
di negara Afrika, kebanyakan etnik mahu mengekalkan identiti asalnya dan
menolak sebarang cadangan untuk menerima identiti negaranya. Maka jalan
penyelesaian paling mudah bagi mereka ialah persengketaan dan peperangan
yang tidak pernah selesai. Hal ini jelas apabila kita meninjau negara dunia ketiga
dan negara di sebelah Afrika.

Dalam konteks Malaysia, usaha untuk membina identiti masyarakat Malaysia


bukanlah mudah. Kerajaan telah mengambil langkah proaktif sejak merdeka lagi.
Contohnya, pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (l970) hingga pelaksanaan Rancangan
Malaysia ke-9 (2006) ialah usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan, menyusun
semula masyarakat, dalam usaha melahirkan masyarakat yang adil dan saksama
supaya prejudis antara kaum terhakis.

Untuk itu, kerajaan telah melaksanakan pelbagai program dalam usaha


mewujudkan perpaduan dan pembinaan negara bangsa yang mempunyai identiti
Malaysia. Setelah berlakunya krisis 13 Mei 1969, kerajaan telah menggubal dan
melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Ciri utama Dasar Pendidikan
Kebangsaan ialah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kurikulumnya
adalah berorientasikan Malaysia.

Matlamatnya adalah mahukan setiap pelajar yang telah melalui kurikulum ini
menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia dan mempunyai identiti
Malaysia. Ia adalah agak sukar untuk menyenaraikan apakah identiti Malaysia
sebenarnya. Apakah identiti yang hendak kita tentukan atau kita pilih?

Menurut Ibrahim Saad (l980), persoalan „siapa aku‰ adalah sukar untuk dijawab.
Adakah anda seorang Malaysia, seorang Melayu, Cina atau India, seorang Islam,
seorang Hindu atau seorang Kristian, Atau adakah hanya memadai dengan
mengatakan kita orang Malaysia? Dilema inilah yang timbul bila kita berhadapan
dengan persoalan ini.

Di Malaysia, usaha ke arah mewujudkan satu kebudayaan yang sama sudah


wujud sejak tahun 1980-an lagi. Walaupun kebudayaan dalam kalangan
masyarakat Melayu, Cina dan India ternyata berbeza. Namun sudah terdapat cita-
cita untuk mewujudkan satu jenis kebudayaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


212  TOPIK 9 ISU DAN CABARAN

Hal ini dapat dilakukan berdasarkan kesedaran tentang pentingnya keadilan,


kebenaran dan tolak ansur yang boleh mewujudkan perpaduan dalam kalangan
rakyat, sekali gus akan mewujudkan identiti Malaysia. Oleh itu, peranan
kebudayaan adalah berusaha menanam nilai positif dan kebersamaan dalam
usaha untuk memajukan aspek politik, dan sosioekonomi rakyat.

Dalam usaha membina identiti masyarakat Malaysia, Wawasan 2020 menjadi


penanda aras ke arah usaha yang dijalankan. Peranan pendidikan dilihat sebagai
wahana untuk merealisasikan perubahan dan pembentukan identiti masyarakat
Malaysia yang dinamik.

Abd Rahim Abd Rashid (2000) membicarakan bahawa pembentukan dan


perkembangan masyarakat bestari adalah ke arah pembinaan identiti masyarakat
Malaysia. Oleh itu, reformasi pendidikan perlu memainkan peranan utama dalam
melahirkan masyarakat bestari. Maka perubahan perlu dilakukan dalam aspek
dasar, falsafah, kurikulum, sistem, organisasi, struktur, peranan dan fungsi ke
arah lebih dinamik futuristik.

Selaras dengan semangat dan iltizam Wawasan 2020, identiti masyarakat Malaysia
mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:

(a) Berpengetahuan dan Bermaklumat


Dalam era teknologi maklumat, budaya digital, globalisasi, dan dalam era
pengurusan pengetahuan (knowledge management), masyarakat Malaysia
mestilah mempunyai daya fikir yang kritis dan inovatif hasil daripada
peradaban baharu masyarakat. Masyarakat sangat mementingkan kekuatan
minda, daya fikir, daya intelek yang bersifat responsif terhadap apa-apa
yang berlaku dalam masyarakat setempat dan masyarakat antarabangsa
(Abd Rahim Abd Rashid, 2000).

Masyarakat Malaysia dalam era maklumat tidak berfikiran jumud dan tidak
hanya mementingkan kelompok tertentu sahaja dalam menentukan
kelangsungan (survival) bangsa.

(b) Masyarakat Moden dan Dinamis, Bijaksana, Berhemah Tinggi dan


Berpandangan Jauh
Reformasi pendidikan harus mampu melahirkan individu yang moden dan
dinamis. Moden bukan dalam bentuk peniruan budaya Barat yang telah
runtuh tetapi moden dalam erti kata individu yang mempunyai nilai akhlak,
maruah diri yang tinggi, bijaksana dan berpandangan jauh yang selaras
dengan proses penyesuaian yang berlaku dalam sosiopolitik negara dan
dunia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ISU DAN CABARAN  213

Semua aspek ini mempunyai elemen agama dan akal serta nilai budi
masyarakat yang disanjung dan diamalkan. Perbezaan budaya, amalan dan
tradisi dapat difahami dalam konteks kehidupan yang bermakna untuk
mewujudkan satu suasana yang aman damai dan saling membantu.

(c) Kaya Budaya dan Dapat Hidup dengan Toleransi dan Bermuafakat
Masyarakat Malaysia ialah masyarakat yang kaya dengan budaya dan
tradisi. Nilai murni yang terdapat dalam setiap budaya menjadi amalan dan
cara hidup. Malah masyarakat Malaysia mempunyai rasa bangga terhadap
perbezaan budaya dan saling hormat-menghormati.

Perbezaan merupakan satu nikmat anugerah Tuhan. Ia satu rahmat dalam


usaha untuk hidup lebih mencabar, menguji kekuatan diri, menilai
kesabaran, memupuk nilai kasih sayang dan tolong-menolong.

(d) Dapat Merealisasikan Konsep Demokrasi, Liberasi, Ekualiti dan Perpaduan


dalam Perbezaan Budaya
Dalam konteks masyarakat Malaysia, amalan demokrasi menjadi prinsip
dalam pentadbiran, bersifat liberal terhadap perubahan, perbezaan dan
kemajuan. Bertindak secara adil dan saksama dalam memberikan hak dan
peluang kepada semua ahli masyarakat.

Malah setiap rakyat perlu berusaha mewujudkan iklim perpaduan dan


mengamalkan prinsip demokrasi. Amalan yang boleh meruntuhkan
tamadun bangsa seperti rasuah, nepotisme dan pilih kasih merupakan
amalan terkutuk.

(e) Responsif terhadap Perubahan, Pembaharuan dan Menggalakkan Reka


Cipta
Salah satu sikap yang dapat membina identiti masyarakat Malaysia ialah
sikap yang responsif terhadap perubahan yang berlaku. Penyelidikan dan
pembangunan merupakan aktiviti dalam menyahut perubahan dan
pembaharuan.

Hasil penyelidikan dan reka cipta dapat dimanfaatkan oleh keseluruhan


masyarakat dan dapat meningkat celik sains dan teknologi dalam kalangan
rakyat. Malah individu yang bermaklumat seharusnya mempunyai minat
yang mendalam dalam reka cipta dan bersifat konstruktif dalam usaha
membendung kemiskinan dan penderitaan anggota masyarakat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


214  TOPIK 9 ISU DAN CABARAN

(f) Memiliki Nilai Insaniah


Menurut John Donne (1624), seorang sarjana dan penyair terkenal, No man
is an island. Hal ini bermaksud manusia tidak dapat hidup secara
bersendirian. Teori sosiologi menyatakan individu membentuk keluarga,
keluarga membentuk masyarakat dan masyarakat membentuk negara. Maka
menjadi tugas setiap individu untuk memakmurkan individu lain. Sifat
insaniah inilah yang perlu diamalkan. Sikap suka membantu ialah amalan
yang menjadi prinsip hidup.

Dengan itu, bolehlah dibuat rumusan bahawa dalam usaha membina identiti
masyarakat Malaysia pelbagai budaya, perhatian tidak hanya ditumpukan pada
aspek asimilasi budaya antara kaum semata-mata tetapi identiti sesuatu bangsa
juga menjurus pada kemajuan dalam bidang sains dan teknologi, dapat
berperanan dan memberi sumbangan dalam arena antarabangsa dan dapat
menjana peradaban baharu dalam usaha menyelesaikan krisis moral masyarakat.

9.1.1 Pendidikan Pelbagai Budaya untuk Masyarakat


Kehidupan manusia bersifat dinamik dan tidak statik. Masyarakat sentiasa
berkembang, bergerak pantas untuk maju dengan pelbagai ideologi dan isme yang
sentiasa berubah. Implikasinya, sistem kehidupan manusia sudah berbeza, nilai
tradisi sudah hilang dan perbezaan budaya semakin ketara dan jelas.

Pada hari ini, kita sering mendengar bagaimana proses perbandaran, peranan
media dan kesan globalisasi telah mewujudkan jurang pemisah antara budaya dan
ahli masyarakat. Manusia hidup dalam usaha memenuhi keperluan kebendaan
tanpa memikirkan kehidupan yang bermakna, kehidupan beragama, berbudaya
dan berakhlak.

Matlamat pendidikan pelbagai budaya adalah sebagai usaha yang proaktif dan
progresif untuk mewujudkan dan mengekalkan satu masyarakat yang adil dan
saksama. Hal ini demikian kerana budaya di rumah akan memberikan kesan
kepada apa-apa yang berlaku di sekolah dan sebaliknya.

Maka, dengan kata lain, wujud proses saling pengaruh mempengaruhi. Oleh itu,
menjadi tugas setiap ahli masyarakat memastikan bahawa tidak ada
percanggahan nilai antara kedua-dua budaya ini supaya pelajar tidak keliru atau
pelajar akan terpengaruh dengan nilai yang bersifat anti pembangunan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ISU DAN CABARAN  215

Maka pendidikan pelbagai budaya untuk masyarakat haruslah mendedahkan


kepada setiap ahli masyarakat tentang nilai umum yang diterima oleh semua
pihak dan tidak bercanggah dengan kepercayaan, nilai dan tradisi sesuatu bangsa
dan agamanya.

Usaha untuk memupuk nilai murni seperti adil dan saksama kepada semua pihak
yang semua mendapat perhatian, dapat berperanan dan tidak dipinggirkan dalam
kehidupan bermasyarakat. Aspek perbezaan nilai, agama dan kepercayaan
haruslah menjadi tunjang perpaduan dan bukannya menjadi elemen prejudis dan
prasangka.

Elemen agama dan kepercayaan merupakan elemen yang sensitif dan menjadi
punca persengketaan antara ras dan etnik. Maka persoalan tentang agama
haruslah dibincangkan secara ilmiah bukan mewujudkan konflik nilai dan
mengizinkan tindakan yang tidak bertamadun.

Oleh itu, wacana tentang agama, nilai dan kepercayaan merupakan usaha untuk
mendidik masyarakat memahami antara satu sama lain. Sejarah telah banyak
mengajar kita bahawa setiap perbezaan bukanlah merupakan garis pemisah tetapi
setiap perbezaan itu harus terdapat usaha untuk saling dekat mendekati. Harus
terdapat usaha untuk dipertemukan dalam membentuk dan membina satu identiti
masyarakat yang berbilang kaum.

Di sinilah peranan media massa, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO – Non-


Governmental Organisation), pihak yang berwajib dalam organisasi dan institusi
kerajaan memainkan peranannya. Golongan intelek, kumpulan yang peka pada
sistem sosial yang harmonis, pejuang hak asasi manusia dan kebebasan harus
berperanan besar. Masyarakat keseluruhannya hendaklah mencari satu formula
yang dapat dilaksanakan dalam usaha mendidik masyarakat tentang pelbagai
budaya.

Peranan media dalam menjalankan wacana antara agama dan budaya,


menerapkan nilai baik dalam masyarakat harus dilaksanakan dalam bentuk yang
efektif. Audiens media harus mendapat manfaat maksimum daripada segala
rancangan dan program yang dilaksanakan. Media bukan sahaja melihat pada
aspek keuntungan semata-mata atau hanya menyediakan program berbentuk
hedonisme semata-mata tanpa terdapat usaha membina jati diri masyarakat,
terutamanya generasi muda negara.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


216  TOPIK 9 ISU DAN CABARAN

Oleh itu, media hendaklah mempunyai satu falsafah yang jelas dalam usaha
mendidik masyarakat tentang kehidupan dalam masyarakat majmuk seperti
Malaysia. Pendedahan dan perbincangan dapat diadakan dalam majlis
perbincangan yang memuatkan nilai saling menghormati. Aktiviti dialog dalam
usaha mendidik masyarakat tentang falsafah dan nilai positif pelbagai budaya
menjadi inti pati perbincangan dan dialog.

Selebihnya aktiviti berpersatuan dan berorganisasi tidak hanya tertumpu pada


satu ras dan etnik semata-mata. Persatuan belia, parti politik tidak lagi bersifat
parokial, masing-masing mahu memperjuangkan kelangsungan kumpulannya,
dengan menafikan hak dan tanggungjawab terhadap kumpulan lain. Hal ini
memerlukan iltizam politik yang cukup kuat.

Sebagaimana yang anda ketahui, inilah sahaja jalan yang menanti kita untuk
mendidik masyarakat tentang pelbagai budaya. Matlamatnya adalah jelas supaya
masyarakat dapat menghargai kelainan yang wujud dan bersatu. Hal inilah yang
sering dilaungkan oleh masyarakat yang inginkan keharmonian hidup, iaitu
perpaduan dalam kepelbagaian (unity in diversity).

Sekolah dapat memainkan peranan sebagai pemangkin kepada pendidikan


pelbagai budaya untuk masyarakat. Hal ini dapat dilakukan dengan
membudayakan sekolah sebagai pusat pembelajaran untuk masyarakat. Sekolah
dalam konteks ini harus bersifat „mesra masyarakat‰. Organisasi sekolah harus
keluar dari kepompong sekolah sebagai „wahana pendidikan formal‰ semata-
mata. Guru yang celik budaya harus berperanan menjadi pemangkin kepada niat
murni ini.

Tugas berat ini menanti setiap lapisan masyarakat termasuk golongan pendidik,
ahli teori pendidikan, penyelidik, aktivis, ahli politik, pegawai kerajaan dan setiap
ahli masyarakat untuk terus memperjuangkan pendidikan pelbagai budaya.

9.1.2 Peranan Media sebagai Pemangkin terhadap


Pembentukan Identiti Masyarakat Malaysia
Media mempunyai peranan yang cukup besar yang boleh bertindak sebagai
pemangkin terhadap kewujudan masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan
saling menghormati antara satu sama lain. Dalam sebuah negara yang sedang
pesat membangun dan bergerak pantas dalam sistem komunikasi yang canggih,
media seperti media elektronik dan bukan elektronik mempunyai pengaruh yang
kuat dalam kalangan rakyat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ISU DAN CABARAN  217

Maka media perlu memainkan peranan yang dapat membantu merealisasikan


Wawasan 2020 yang Malaysia akan maju dari segenap segi dan rakyatnya hidup
aman dan damai dalam suasana ekonomi yang adil dan saksama. Media juga
mestilah mematuhi etika kewartawanan supaya kredibiliti mereka diyakini oleh
segenap lapisan masyarakat. Prinsip ini merupakan asas kepada peranan media
iaitu membentuk dan membina identiti masyarakat.

Menurut Gorski (l999), media seharusnya memuatkan segala berita, maklumat


dan informasi yang mempunyai ciri-ciri berikut:
(i) Relevan dan bersesuaian;
(ii) Mempunyai kredibiliti;
(iii) Tidak ada unsur bias;
(iv) Ketepatan maklumat;
(v) Mudah diperoleh; dan
(vi) Bersifat kepelbagaian budaya.

Media berperanan menyediakan pelbagai pengetahuan dan maklumat terkini


dalam usaha membentuk pemikiran rakyat ke arah lebih produktif dan responsif
terhadap dasar kerajaan. Maka media dapat mewujudkan celik maklumat, peka
kepada isu sosial, dan dapat menyesuaikan diri dengan segala perubahan dan
pembaharuan yang berlaku.

Media juga dalam usaha membina identiti masyarakat Malaysia, seharusnya


memahami kontrak sosial antara kaum dan menghormati persetujuan yang telah
dicapai dalam usaha membendung rasa curiga dan tidak puas hati antara kaum
di Malaysia. Soal perkauman bukanlah perkara yang boleh dipermainkan. Media
harus menanam nilai sensitif dan memahami pantang larang dalam mendedahkan
maklumat kepada masyarakat.

Tugas yang lebih berat ialah media harus berperanan memupuk nilai murni dalam
kalangan ahli masyarakat dengan menyampaikan mesej yang jelas tentang
kehidupan yang berkualiti, bertamadun dan tidak dipenuhi emosi yang
keterlaluan dan bercelaru.

Usaha untuk meningkatkan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi negara
harus dimainkan dengan efektif supaya matlamat untuk menjana tamadun bangsa
akan tercapai. Masyarakat akan lebih menikmati erti perpaduan, jika ekonomi
negara dapat menjamin kehidupan yang lebih berkualiti.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


218  TOPIK 9 ISU DAN CABARAN

Media juga berperanan memupuk kemahiran baharu dalam usaha meningkatkan


taraf hidup rakyat. Ia juga mendedahkan pembaca atau audiens kepada dunia
keusahawanan yang mempunyai ciri-ciri kuat berusaha, rajin dan sentiasa
mencari peluang adalah nilai murni yang perlu dieksploitasi media.

Jelaslah media mempunyai peranan yang tersendiri dalam usaha membangunkan


masyarakat dan membina identiti masyarakat Malaysia, malah dapat membantu
negara menghadapi sebagai segala cabaran. Dalam dunia yang lebih canggih ini,
media harus berperanan mengisi minda dan pemikiran rakyat dengan rasa
toleransi dan kasih sayang.

AKTIVITI 9.1
1. Berdasarkan pengalaman anda, bincangkan sama ada peranan media
pada masa ini dapat memupuk hubungan yang baik antara kaum.
2. Jelaskan konsep dunia tanpa sempadan.
3. Berdasarkan pengalaman anda melayari Internet, senaraikan
kebaikan dan keburukan yang anda peroleh.

9.2 MEMBINA KURIKULUM PENDIDIKAN


PELBAGAI BUDAYA
Seperti yang telah dijelaskan, pendidikan merupakan alat penting dalam
memupuk perpaduan dan integrasi nasional. Maka, untuk merealisasikan hasrat
dan cita-cita murni untuk melahirkan masyarakat yang dapat hidup dalam
keadaan yang aman damai dan saling menghormati, kurikulum pendidikan
pelbagai budaya haruslah digubal.

Pelajar hendaklah didedahkan pada aspek pelbagai budaya masyarakat yang


merangkumi status sosioekonomi, gender, bahasa, budaya, ras serta etnik, agama,
adat dan tradisi.

Pendidikan pelbagai budaya merupakan gabungan antara elemen pendidikan dan


aspek instruksional yang direka bentuk untuk budaya dan etnik yang berbeza
dalam sesebuah negara dalam satu sistem pendidikan yang bersepadu. Proses
pengajaran dan pembelajaran adalah berfokuskan rasa hormat, menggalakkan
interaksi pelbagai budaya dalam masyarakat majmuk. Pendidikan pelbagai
budaya menghargai dan memperkembangkan nilai positif ras dan etnik yang
berbeza.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ISU DAN CABARAN  219

Pembinaan kurikulum pendidikan pelbagai budaya haruslah bersifat progresif


dan mempunyai matlamat jangka panjang dalam memenuhi aspirasi negara, iaitu
untuk melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu padu. Oleh itu, aspek pedagogi
dalam pendidikan pelbagai budaya mestilah bersifat praktikal kepada pelajar,
iaitu bukan bersifat pembelajaran aspek teori semata-mata. Namun, kaedah yang
digunakan haruslah bersifat amali yang pelajar secara langsung terlibat dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, dalam usaha memperoleh kemahiran dan
pengetahuan.

Maka kaedah baharu harus diterokai supaya sesuai dengan objektif dan matlamat
kurikulum. Kaedah syarahan, kaedah induktif dan kaedah deduktif ialah kaedah
tradisional yang sudah tidak sesuai dengan perkembangan dunia pendidikan
pada hari ini. Yang jelas, kaedah yang digunakan mestilah bersifat mesra pelajar,
iaitu guru hanya sebagai fasilitator dan pemerhati sahaja.

Proses pembelajaran berlaku yang pelajar terlibat secara maksimum. Kaedah yang
digunakan juga akan memberi peluang kepada setiap pelajar yang berbeza
budaya untuk mengambil bahagian secara aktif, yang perbezaan diiktiraf dan
dilayan secara adil dan saksama, yang bilik darjah merupakan gelanggang di
mana proses asimilasi budaya berlaku.

(a) Isi Kandungan Kurikulum


Menurut Tyler (l989), kurikulum ialah segala pembelajaran yang di
rancangan dan di arah oleh sekolah bagi mencapai matlamat pendidikan.
Manakala menurut Ee Ah Meng (l994), kurikulum ialah satu rancangan yang
merangkumi aktiviti akademik seperti mata pelajaran dan kursus dan
kegiatan di luar bilik darjah.

Kurikulum mengandungi aktiviti akademik dan bukan akademik yang


dapat memperkembangkan aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Berdasarkan definisi yang tersebut, maka kurikulum pelbagai budaya
mempunyai maksud yang sama tetapi isi kandungannya adalah berfokus
kepada pelbagai budaya masyarakat.

Dalam konteks negara Malaysia, aspek budaya Melayu, Cina, India dan
penduduk Sabah dan Sarawak merupakan golongan yang paling ketara
dalam landskap sosiopolitik negara. Oleh itu, kurikulum pendidikan
pelbagai budaya seharusnya mengandungi aspek budaya Melayu, Cina,
India dan budaya masyarakat peribumi Sabah dan Sarawak.

Budaya merupakan sesuatu amalan yang merangkumi keseluruhan cara


hidup sesuatu bangsa. Maka fokus kurikulum pendidikan pelbagai budaya
harus menjurus pada latar belakang dan sejarah sesuatu bangsa, aspek

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


220  TOPIK 9 ISU DAN CABARAN

agamanya, aspek sosialnya, aspek ekonomi dan politiknya. Kandungan


budaya, adat resam, agama dan kepercayaan dilihat sebagai elemen penting
dalam mengenali secara dekat sesuatu bangsa itu.

(b) Objektif Kurikulum Pendidikan Pelbagai Budaya


Kurikulum yang dibina bukanlah merupakan kurikulum tegar yang
menghalang proses sosialisasi pelajar; sebaliknya kurikulum yang dibina
memberi ruang yang seluasnya untuk berlakunya proses sosial yang
dinamik di dalam dan di luar bilik darjah. Maka kurikulum harus dapat
berfungsi menggalakkan hubungan sosial antara masyarakat sekolah dan di
luar sekolah.

Hal ini penting kerana matlamat kurikulum pendidikan pelbagai budaya:


(i) Matlamat pendidikan pelbagai budaya adalah supaya semua pelajar
dapat mengetahui kepelbagaian dan kerencaman budaya, gender, ras
dan etnik serta perbezaan yang dimiliki oleh setiap ahli masyarakat.
Kurikulum pendidikan pelbagai budaya mestilah bersifat inklusif
kepada semua budaya yang berbeza.
(ii) Bertujuan memupuk rasa hormat-menghormati antara pelajar yang
datang daripada latar budaya, agama, ras, status ekonomi dan gender
yang berbeza. Kurikulum pelbagai budaya juga digubal untuk
memperkembangkan kebolehan pelajar untuk berfungsi dalam
masyarakat yang pelbagai dan dapat mengenal pasti perbezaan yang
wujud. Oleh itu, kurikulum pendidikan pelbagai budaya perlu
mengandungi perspektif dunia wanita, lelaki, orang kaya dan miskin,
ras dan etnik dan budaya.

Maka, objektif utama kurikulum pendidikan pelbagai budaya adalah seperti


yang berikut:
(i) Menghasilkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani;
(ii) Membentuk insan yang berupaya berfikir secara logik, analitis, kreatif
dan inovatif serta memiliki ilmu pengetahuan yang benar;
(iii) Memperkembangkan bakat, potensi dan keupayaan setiap pelajar;
(iv) Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang dapat
menggalakkan interaksi sosial antara pelajar pelbagai budaya;
(v) Membolehkan pelajar mempelajari nilai murni yang terdapat dalam
pelbagai budaya masyarakat;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ISU DAN CABARAN  221

(vi) Melahirkan individu yang mantap jiwa serta agamanya dan sanggup
berbakti kepada semua anggota masyarakat tanpa mengambil kira
budaya yang berbeza; dan
(vii) Melahirkan pelajar yang mengamalkan nilai keadilan, toleransi dan
tolong-menolong.

(c) Pelaksanaan Kurikulum


Anda sebagai guru memainkan peranan yang cukup penting dalam
merealisasikan pendidikan pelbagai budaya. Anda harus bertindak sebagai
orang yang berada di barisan hadapan (the frontliner) dalam usaha memastikan
segala perancangan kurikulum pendidikan pelbagai budaya dapat
dilaksanakan dan mencapai matlamatnya.

Oleh itu, anda sebagai guru seharusnya mempunyai kemahiran yang boleh
menyokong peranan anda ini. Dalam pendidikan pelbagai budaya, anda
sebagai guru mestilah mempunyai pengetahuan kandungan (content
knowledge) dan pengetahuan pedagogi (pedagogical knowledge) serta
mempunyai ciri keprofesionalan yang tinggi.

Hal ini termasuklah mempunyai sikap dan tingkah laku yang dapat diterima
oleh semua pelajar, yang boleh dijadikan suri teladan oleh semua anak didik
anda. Aspek pengetahuan kandungan memerlukan anda mempunyai
pengetahuan yang luas tentang budaya, cara hidup, agama, tradisi dan
budaya semua masyarakat. Manakala dari aspek pengetahuan pedagogi,
anda mempunyai kepakaran dan kemahiran untuk memindahkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar.

Anda sebagai guru dan pendidik mestilah berusaha memastikan bahawa


sekolah harus bersifat sensitif dan peka kepada tekanan, ketidakadilan, dan
ketidaksamarataan yang berlaku dalam masyarakat. Hal ini demikian
kerana pendidikan pelbagai budaya adalah alat dalam usaha membuat
perubahan kepada individu, dan sekolah sebagai titik tolak untuk merubah
masyarakat.

Maka keadilan sosial dan kesamarataan yang berlaku di sekolah mestilah


dapat diperkembangkan kepada kehidupan sebenar masyarakat di luar
sekolah dalam sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang bersifat
majmuk. Jika ini dapat diwujudkan, maka matlamat pendidikan pelbagai
budaya telah dapat memberikan sumbangan yang cukup bermakna dan
kejayaan ini merupakan pencapaian matlamat pendidikan pelbagai budaya
sepenuhnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


222  TOPIK 9 ISU DAN CABARAN

Menurut Brian dan Donald (l998), peranan sekolah dalam masyarakat telah
banyak menampakkan kejayaan. Sekolah dan sistem pendidikan sesebuah
negara telah berjaya membentuk masyarakat yang bertamadun. Menurut
mereka, sekolah merupakan sumber pendidikan untuk majoriti rakyat dan
telah berjaya melahirkan manusia yang berjaya, mewujudkan kekuatan
ekonomi, mewujudkan rasa toleran dan sensitif terhadap budaya setiap ahli
masyarakatnya.

Dewey (l890) menyatakan:

...pendidikan mesti mewakili kehidupan sekarang. Kehidupan kanak-


kanak yang penting dan sebenarnya seperti apa yang dilakukan di rumah,
di taman perumahan atau di tempat bermain.

Beliau yang memperkenalkan pendidikan progresif, melihat bahawa di


sinilah peranan guru untuk mengadun segala ilmu, kemahiran, dan
pengalaman untuk dapat mewujudkan pembelajaran yang dapat mewakili
kehidupan yang sebenar.

Malah beliau juga menegaskan bahawa proses pelaksanaan kurikulum di


sekolah merupakan kehidupan yang cukup aktif, bukan sahaja sebagai
tempat belajar semata-mata. Maka soal pedagogi, kemahiran mengajar, etika
guru haruslah bertindak sebagai asas dalam mendidik anak untuk
memahami, menghayati secara mendalam isi kandungan pendidikan
pelbagai budaya.

Oleh itu, harapan untuk mewujudkan sekolah berkesan dalam konteks


pendidikan pelbagai budaya bukan sahaja dapat membina daya intelektual
pelajar tetapi aspek sosial, emosi, dan keperluan fizikal kanak-kanak dapat
dipenuhi.

Hal ini demikian kerana pendidikan boleh merubah masyarakat. Nilai


akademik yang dimiliki pelajar memberi faedah yang cukup besar kepada
masyarakat luar sekolah dan inilah harta yang dimiliki oleh masyarakat
yang bertamadun.

(d) Kurikulum yang Bersesuaian dengan Guru dan Pelajar


Pelaksanaan pendidikan pelbagai budaya akan melibatkan semua pihak
dalam sistem pendidikan negara. Aspek penyediaan guru, pelajar,
masyarakat, kurikulum, prasarana dan suasana di sekolah perlu mengalami
satu perubahan yang selaras dengan perubahan yang akan dilakukan dalam
konteks pendidikan pelbagai budaya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ISU DAN CABARAN  223

Untuk melaksanakan pendidikan pelbagai budaya, guru semestinya perlu


mempunyai kompetensi untuk mengajar. Oleh itu, kurikulum latihan guru
mestilah bersifat inklusif kepada semua budaya yang berbeza. Guru
mengetahui budaya semua masyarakat yang mana ini merupakan latar
belakang setiap pelajar yang diajarnya.

Guru haruslah didedahkan dengan kemahiran asas, pengetahuan dan sikap


seperti yang berikut:
(i) Menyedari bahawa mereka perlu didedahkan dengan cara bekerja
secara kolaboratif, dalam satu pasukan;
(ii) Memahami tetapan (setting) bilik darjah pendidikan pelbagai budaya
yang dapat melaksanakan strategi pembelajaran pelbagai budaya;
(iii) Guru mampu memahami budaya semua pelajar dan cara perbezaan
budaya ini dapat digabungkan dan digunakan dalam satu pengajaran;
(iv) Guru mampu menggunakan perbezaan pelbagai budaya dalam
memupuk komunikasi menang-menang dalam kalangan para pelajar;
(v) Guru berkemampuan menyediakan suasana yang efektif untuk
berbincang, bertukar pendapat dalam konteks memahami dan
menghayati budaya orang lain dalam memandu pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran; dan
(vi) Cabaran kepada pendidikan guru ialah bagaimana menyediakan guru
yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai kemahiran
instruksional, yang cukup profesional, yang dapat mewujudkan proses
pembelajaran yang optimum dalam persekitaran pembelajaran pelajar
yang berbeza budaya.

Maka fokus kepada latihan guru adalah bercirikan latihan kemahiran


mengajar ataupun kemahiran untuk memindahkan ilmu pengetahuan pada
tahap yang cukup mendalam. Secara khususnya, kurikulum latihan guru
mestilah memberi fokus pada interaksi antara budaya, iaitu aspek ekuiti dan
kesaksamaan.

Dalam usaha menyediakan guru yang dapat melaksanakan konsep


pendidikan pelbagai budaya, Malaysia sebagai sebuah negara pelbagai
kaum, pelbagai agama dan mempunyai budaya yang berbeza, sudah tentu
mempunyai peranan yang besar dalam melaksanakan pendidikan pelbagai
budaya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


224  TOPIK 9 ISU DAN CABARAN

Tidak dapat dinafikan fokus pada pendidikan dan latihan guru untuk
melahirkan generasi guru yang celik budaya, yang dapat menjadi
pemangkin kepada proses asimilasi budaya, dapat memupuk masyarakat
yang bersatu padu, dan akhirnya dapat melahirkan generasi warga Malaysia
yang sempurna seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

Kajian mengenai pendidikan guru merupakan bidang yang kompleks. Hal


ini disebabkan oleh beberapa elemen seperti aspek sosial, ekonomi dan
politik, bukanlah merupakan perkara yang semudah aspek pedagogi yang
menjadi domain dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelaksanaan Dasar
Pendidikan Pelbagai Budaya melibatkan dasar sosial yang sedikit sebanyak
mempengaruhi pendidikan pelbagai budaya sesebuah negara.

Malaysia sehingga ke hari ini boleh dikatakan tidak mempunyai satu dasar
yang jelas dalam pendidikan pelbagai budaya. Aspek ini masih merupakan
sisipan, kalau pun dilaksanakan dalam mata pelajaran tertentu.

Dalam konteks pendidikan guru dalam pendidikan pelbagai budaya di


Malaysia, pendidikan guru di negara kita wujud dalam dua tahap, iaitu:
(i) Guru yang dilatih di maktab perguruan; dan
(ii) Guru yang memiliki ijazah dari universiti tempatan.

Kurikulum Pendidikan Guru adalah dikawal oleh Kementerian Pelajaran


Malaysia. Falsafah Pendidikan Guru di Malaysia adalah selaras dengan
falsafah dan dasar pendidikan negara, iaitu matlamat pendidikan guru di
Malaysia adalah:

...seorang guru yang mempunyai wawasan dan berusaha untuk


mencerminkan dan memupuk matlamat dan aspirasi negara dalam
memastikan perkembangan individu dan pelestarian masyarakat yang
bersatu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 1982)

Bahagian Pendidikan Guru telah menggubal kurikulum latihan guru yang


dapat memperkembangkan profesional, akademik dan perkembangan
individu guru ke arah mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Maka
program latihan guru diharapkan dapat melahirkan guru yang berfikiran
terbuka (broad-minded), berdisiplin, harmoni, bersesuaian, bersosial dan
mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ISU DAN CABARAN  225

Maka kurikulum pendidikan pelbagai budaya seharusnya mengandungi


ilmu pengetahuan mengenai budaya yang berbeza. Oleh itu, tidak dapat
dinafikan guru perlu mempunyai pengetahuan mengenai adat, budaya dan
tradisi masyarakat Malaysia.

Malah mereka sepatutnya lebih bersifat sensitif terhadap agama dan budaya
semua rakyat Malaysia, dapat membantu untuk memecahkan tembok
perkauman, prejudis dalam kalangan pelajar, dan berusaha memupuk
kefahaman dan penerimaan terhadap amalan yang berbeza dari segi agama
dan budaya oleh semua lapisan masyarakat.

Menurut Gratft (l996), enam peranan pendidikan guru dalam masyarakat


pelbagai budaya adalah seperti yang berikut:

(i) Latihan dan pendidikan guru harus mampu melahirkan golongan


guru yang bersifat sensitif terhadap budaya (culturally sensitive). Ia
untuk melahirkan guru yang peka budaya yang dapat memenuhi
keperluan etnik yang berbeza, di dalam sekolah dan di dalam kelas
yang sama. Dengan wujud golongan guru yang celik dan peka budaya,
maka proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara
bermakna kerana guru mengusai pengetahuan kandungan yang dapat
membantu guru.

(ii) Peranan pendidikan guru dalam menyediakan guru pendidikan


pelbagai budaya ialah dapat memperkembangkan kemahiran
mengajar yang dapat memupuk dan memperkembangkan peluang
individu dan identiti diri yang rencam dan pelbagai.

Aspek penting yang perlu dimiliki oleh guru ialah kemahiran mengajar
yang tinggi, yang dapat mengadun aspek pedagogi seperti
pendekatan, kaedah dan teknik supaya kekuatan pengetahuan pedagogi
dapat digabungkan dengan pengetahuan kandungan yang kedua-dua
elemen ini ialah keperluan asas untuk menjadi pendidik yang
berkesan.

(iii) Pendidikan guru dapat memperkembangkan bakat dan potensi


individu dalam usaha untuk mewujudkan kesaksamaan dan
kesamarataan dalam konteks pendidikan pelbagai budaya. Bakat dan
sikap guru terhadap budaya yang berbeza haruslah dilihat dari
perspektif yang positif. Hanya dengan cara ini, guru yang telah
menjalani latihan guru akan dapat membina satu sikap yang rasional
tanpa prejudis terhadap mana-mana pelajar yang mempunyai
perbezaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


226  TOPIK 9 ISU DAN CABARAN

(iv) Institusi latihan bukan sahaja berfokuskan semata-mata terhadap


mencerna asimilasi pelbagai budaya yang terdapat di sekolah sahaja
tetapi individu guru yang dikeluarkan ini dapat memberikan
sumbangan kepada perkembangan ekonomi negara, iaitu dengan
maksud dapat melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran,
berketerampilan dan mempunyai daya produktiviti yang tinggi.
Golongan ini nanti dapat menampung keperluan guna tenaga negara.

(v) Peranan latihan guru dalam pendidikan pelbagai budaya ialah


kemampuan untuk mengukuhkan pertalian sosial antara ahli
masyarakat sekolah yang terdiri daripada pelbagai budaya, gender,
status ekonomi dan sosial. Dalam konteks ini, kemahiran
berkomunikasi antara budaya contohnya perlu dimiliki oleh semua
guru.

(vi) Latihan guru perlu mewujudkan guru yang mempunyai kualiti


keprofesionalan yang tinggi. Ini kerana seorang guru tidak akan
berkesan dalam mengajar dalam kelas yang mempunyai pelajar
daripada latar belakang pelbagai budaya, jika tidak mempunyai dan
melalui latihan profesional untuk melaksanakan tugas ini.

Guru yang berprofesional memiliki dan menghayati akhlak dan etika


perguruan secara mendalam dalam memastikan ia dapat berfungsi
sebagai suri teladan kepada bukan sahaja kepada pelajar di sekolahnya
tetapi dapat mempamerkan sifat keterbukaan, menghormati budaya
orang lain dalam realiti kehidupannya dengan masyarakat luar
sekolah.

Maka program latihan guru haruslah mampu melahirkan golongan guru


yang dapat memupuk sifat dan ciri pelajar yang dapat meletakkan diri
mereka dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia.

Manakala bagi pelajar, isi kandungan mengenai aspek budaya yang sama
dalam latihan guru perlu diperluaskan di dalam bilik darjah. Isi kandungan
yang dipelajari di institut latihan perguruan mestilah dapat disampaikan
dalam realiti kehidupan pelajar.

Perkara yang perlu anda sebagai guru laksanakan adalah pertimbangan


psikologi yang pelajar anda merupakan kanak-kanak yang sukar memahami
aspek budaya kompleks yang memerlukan pemikiran tinggi. Anda harus
memberi peluang kepada pelajar untuk bersosialisasi, menghayati
perbezaan yang wujud di dalam kelas mereka, dalam usaha mereka
memahami aspek yang kompleks ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ISU DAN CABARAN  227

(e) Kesan Penggunaan Teknologi Pelbagai Media terhadap Perhubungan


Manusia
Teknologi pelbagai media mempunyai kesan yang cukup mendalam
terhadap hubungan manusia. Ini tidak dapat dinafikan. Dalam konsep dunia
tanpa sempadan (borderless world) dan globalisasi, era teknologi maklumat
telah mewujudkan dunia baharu dalam hubungan masyarakat. Masyarakat
telah didedahkan kepada pelbagai informasi dan maklumat, dari jauh dan
dekat yang selama ini manusia merupakan benteng penghalang kepada
proses pengaliran segala bentuk maklumat dan ilmu pengetahuan.

Perkembangan dan kemajuan dalam teknologi maklumat telah dapat


mencorakkan perkembangan masyarakat, perhubungan masyarakat yang
peka dengan perubahan yang berlaku di seluruh dunia. Maklumat yang
diperoleh telah dapat menjana hubungan manusia dalam bentuk dua hala,
malah bersifat universal yang merentas sempadan negara dan benteng ras
dan etnik.

Hubungan manusia lebih bersifat dinamik, moden, berpandangan jauh,


daya kaya dengan budaya hidup bermasyarakat. Malah wujud perkongsian
bijak, wujud hubungan menang-menang dalam usaha mewujudkan
kerjasama dan perpaduan dalam masyarakat yang mengamalkan pelbagai
budaya.

Alat perhubungan moden yang berasaskan kepada kemajuan teknologi


maklumat dan budaya digital seperti e-mel, sistem pesanan ringkas dan
persidangan video telah berjaya mencipta satu peradaban baharu yang telah
mempengaruhi pola kehidupan manusia seluruhnya.

Era teknologi maklumat merupakan era pascamodenisme masyarakat yang


dapat menjana daya fikir yang lebih rasional, logik, kreatif dan kritis dalam
mewujudkan hubungan yang cukup bermakna. Televisyen, dan
persuratkhabaran juga harus dapat memupuk hubungan yang dapat
membina dan meningkatkan hubungan antara manusia.

Tidak dapat dinafikan dalam dunia yang bersifat terbuka ini yang semua
maklumat diperoleh dengan cara mudah tanpa melalui proses saringan,
maka kesan negatifnya wujud dalam kalangan ahli masyarakat yang tidak
peka pada pembinaan nilai diri yang positif.

Maka di sinilah peranan pendidikan yang dapat memupuk dan menanam


nilai baik supaya segala maklumat merupakan sesuatu yang bermanfaat
untuk membina tamadun manusia yang dapat dimanfaatkan oleh
masyarakat dunia yang dicirikan oleh nilai universal.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


228  TOPIK 9 ISU DAN CABARAN

Oleh itu, sebagai pengguna kemudahan perhubungan hasil daripada


perkembangan teknologi media, maka rasa hormat terhadap perbezaan
yang wujud dalam kalangan masyarakat harus didukung dengan kesedaran
bahawa manusia harus hidup dalam suasana yang tidak tercemar budaya
dan tidak tercemar pemikirannya.

Usaha untuk mewujudkan hubungan haruslah menjangkau ke tahap


perkongsian pintar (smart partnership) yang menggambarkan satu bentuk
hubungan yang cukup berkualiti, dalam bentuk pelbagai hala, dalam usaha
memupuk kehidupan yang lebih berkualiti.

9.3 MEMBUDAYAKAN KEMAHIRAN


INSANIAH ABAD KE-21
Kemahiran insaniah (KI) atau soft skill merupakan kemahiran yang berkait rapat
dengan kemahiran generik (generic skill). Kemahiran insaniah merangkumi aspek
kemahiran generik. Walaupun tidak terdapat suatu senarai kemahiran khusus
tentang KI, namun kebanyakannya berkait dengan penguasaan kemahiran seperti
kepemimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi dan pembelajaran berterusan
(Kementerian Pengajian Tinggi, 2006).

Secara umumnya, tidak terdapat definisi yang tepat bagi terma kemahiran
insaniah (KI). Walau bagaimanapun, KI dikaitkan dengan trait personaliti
individu, bijak berkomunikasi, pandai mendapatkan kenalan, berdaya tahan dan
berinovatif.

Terdapat tujuh jenis kemahiran yang boleh dikuasai pelajar dan warga pendidik
untuk diberi penekanan dalam semua komponen pengajaran dan aktiviti bersifat
merentasi kurikulum dalam sistem pendidikan di Malaysia seperti ditunjukkan
dalam Rajah 9.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ISU DAN CABARAN  229

Rajah 9.1: Tujuh jenis kemahiran yang boleh dikuasai pelajar dan warga pendidik
Sumber: Saemah Rahman (2009)

Sekarang, mari kita pelajari satu persatu jenis kemahiran tersebut dengan lebih
lanjut.

(a) Kemahiran Komunikasi


Konstruk ini memerlukan warga pendidik:
(i) Berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan dengan jelas, berkesan dan
yakin;
(ii) Mendengar pendapat orang lain;
(iii) Memberi maklum balas;
(iv) Membuat pembentangan secara jelas serta yakin dengan
menggunakan pengetahuan dan kemahiran teknologi;
(v) Berunding secara berkhemah untuk mendapat persetujuan bersama;
(vi) Berkomunikasi merentas budaya;
(vii) Memulakan perbualan dengan orang yang baru dikenali; dan
(viii) Menggunakan bahasa badan selaras dengan mesej yang ingin
disampaikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


230  TOPIK 9 ISU DAN CABARAN

Beberapa ciri komunikasi perlu diterapkan dalam aktiviti merentasi


kurikulum dan kokurikulum adalah seperti yang berikut (Jamaludin
Badusah, 2009):
(i) Mempengaruhi orang lain;
(ii) Membuat keputusan;
(iii) Memahami dan menghuraikan sesuatu perkara;
(iv) Mengawal diri sendiri;
(v) Menentukan had dan batasan;
(vi) Menunjukkan kemahiran;
(vii) Menerima tanggungjawab;
(viii) Menyesuaikan tujuan;
(ix) Mengawal perasaan individu; dan
(x) Menyelesaikan masalah.

(b) Kemahiran Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah


Konstruk ini memerlukan siswa guru berupaya:
(i) Mengenal pasti masalah dalam pelbagai situasi;
(ii) Membuat analisis masalah dalam isu yang telah dikenal pasti;
(iii) Membuat penilaian dengan memberi justifikasi secara rasional;
(iv) Menggunakan kemahiran berfikir secara analitis, kritis dan kreatif
yang bersesuaian dengan masalah yang dikenal pasti;
(v) Menjana idea dalam mencari cara penyelesaian terbaik;
(vi) Berfikir luar daripada konteks sebenar;
(vii) Membuat keputusan berdasarkan bukti yang kukuh; dan
(viii) Bertahan secara berfokus apabila menghadapi masalah yang
kompleks.

(c) Kemahiran Kerja Berpasukan


Konstruk ini memerlukan siswa guru berupaya:
(i) Membina hubungan baik dengan ahli kumpulan;
(ii) Berinteraksi secara efisien untuk mencapai matlamat yang sama;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ISU DAN CABARAN  231

(iii) Bekerja secara efektif dan berkesan bersama ahli kumpulan;


(iv) Memahami dan menerima peranan pemimpin dan pengikut;
(v) Menerima perbezaan latar belakang dan sosiobudaya ahli kumpulan;
(vi) Melibatkan diri dalam perancangan dan penyelarasan hasil usaha
kumpulan; dan
(viii) Menunjukkan komitmen terhadap keputusan kumpulan.

(d) Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat


Konstruk ini memerlukan siswa guru berupaya:
(i) Mencari dan mengurus maklumat yang relevan daripada pelbagai
sumber dengan menggunakan teknologi yang sesuai;
(ii) Menerima idea baharu untuk mengamalkan pembelajaran kendiri;
(iii) Meneroka dan membangun ilmu baharu; dan
(iv) Mengenal potensi diri bagi tujuan peningkatan atau penambahbaikan
kerja.

(e) Kemahiran Keusahawanan


Konstruk ini memerlukan siswa guru berupaya:
(i) Mengenal pasti peluang perniagaan;
(ii) Membina jaringan sosial melalui perjumpaan profesional;
(iii) Mempamerkan ciri-ciri keusahawanan;
(iv) Bekerja sendiri; dan
(iv) Menghasilkan produk/idea yang boleh dipasarkan.

(f) Kemahiran Beretika dan Moral Profesionalisme


Konstruk ini memerlukan siswa guru berupaya:
(i) Memahami kesan ekonomi dalam amalan profesionalisme, kesan alam
sekitar dalam amalan profesionalisme dan kesan sosiobudaya dalam
amalan profesionalisme;
(ii) Memastikan harta intelek berkaitan penerbitan ilmiah dipelihara;
(iii) Mengamalkan sikap beretika pada setiap masa;
(iv) Mengamalkan sikap kesukarelawanan apabila diperlukan oleh
masyarakat;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


232  TOPIK 9 ISU DAN CABARAN

(v) Menyokong dasar kementerian; dan


(vi) Menjaga nama baik negara di mana sahaja berada.

(g) Kemahiran Kepimpinan


Konstruk ini memerlukan siswa guru:
(i) Berpengetahuan tentang teori asas kepimpinan dan berkeupayaan
untuk mempengaruhi ahli dalam kumpulan untuk melaksanakan
sesuatu projek;
(ii) Menjadi mentor kepada ahli pasukan;
(iii) Menjadi pemimpin yang terlibat sepenuhnya dalam setiap aktiviti
yang dilaksanakan; dan
(iv) Membangunkan subordinat/pengikutnya (Institut Kemahiran Guru,
2018).

9.4 DINAMIKA KEKELUARGAAN DALAM


PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
KANAK-KANAK MALAYSIA
Subtopik ini akan menghuraikan mengenai dinamik kekeluargaan. Mari kita
mempelajarinya.

9.4.1 Keluarga
Dalam subtopik ini, anda akan mempelajari berkenaan definisi keluarga, bentuk
keluarga dan teori perkembangan keluarga.

(a) Definisi Keluarga


Tahukah anda apakah definisi bagi keluarga?

Keluarga merujuk sekelompok manusia yang mempunyai hubungan


perkahwinan, hubungan darah atau hubungan angkat; tinggal
serumah; berinteraksi serta berhubung antara satu sama lain
berdasarkan peranan sosial masing-masing sebagai suami dan isteri,
ibu bapa, anak lelaki atau perempuan, abang, kakak, adik; dan
mewujudkan serta mengekalkan budaya yang sama.
(Burges et al., 1971)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ISU DAN CABARAN  233

(b) Bentuk Keluarga


Menurut Robert dan Jeanette (2000), terdapat empat bentuk keluarga yang
berupaya memberi kesan terhadap proses pendidikan kanak-kanak seperti
dinyatakan dalam Jadual 9.1.

Jadual 9.1: Empat Bentuk Keluarga

Bentuk Keluarga Deskripsi


Keluarga asas Ia dianggotai oleh pasangan suami isteri dan anak-anak
(nuclear) yang belum berkeluarga.
Keluarga luas Dua keluarga asas atau lebih yang tinggal di bawah satu
(extended) bumbung.
Keluarga Gabungan keluarga yang dibentuk oleh saudara kandung.
bergabung (joint)
Keluarga cantuman Keluarga yang bercantum setelah berlakunya perkahwinan
(blended) antara seorang duda dengan seorang balu ataupun janda.

(c) Teori Perkembangan Keluarga


Ruben Hill (1964) dan Evelyn Duvall (1957) adalah antara sarjana yang telah
mempelopori teori perkembangan keluarga. Ia memberi fokus kepada tugas
perkembangan dan peralihan hidup keluarga. Perubahan dalam keluarga
sedikit sebanyak memberi kesan dalam proses pendidikan.

Perubahan ini bermula dengan:


(i) Perkahwinan.
(ii) Kelahiran.
(iii) Keluarga dengan anak prasekolah.
(iv) Keluarga dengan anak yang bersekolah.
(v) Keluarga dengan anak remaja.
(vi) Keluarga sebagai pusat pelancaran.
(vii) Keluarga pada peringkat pertengahan.
(viii) Keluarga pada usia tua.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


234  TOPIK 9 ISU DAN CABARAN

9.4.2 Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan


Tingkah Laku
Abd Rahim Abd Rashid (2003) menuturkan bahawa selain daripada peranan
keluarga, terdapat lapan faktor lain yang boleh mempengaruhi perkembangan
tingkah laku kanak-kanak dan remaja seperti dipaparkan dalam Jadual 9.2.

Jadual 9.2: Lapan Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan


Tingkah Laku Kanak-kanak

Faktor Deskripsi
Proses Kanak-kanak akan terkesan dalam proses pembesarannya bersama
pembesaran kehidupan yang dialaminya dalam sesebuah keluarga. Tingkah laku
yang ditunjukkan kepada mereka akan menjadi ikutan dan
mencorakkan watak dan perilaku mereka.
Baka Faktor baka dikaitkan dengan kepandaian, kecerdasan dan tingkah
laku seseorang. Kecenderungan kanak-kanak melakukan sesuatu
perkara seperti keganasan, jenayah sering dikaitkan dengan pengaruh
baka dan latar belakang keluarga.
Perkembangan Pelbagai bentuk perkembangan personaliti boleh berlaku disebabkan
personaliti pengaruh hidup seseorang kanak-kanak dalam keluarganya. Selain
keterampilan luaran, ia juga berkait dengan perkembangan
kerohanian, keagamaan, moral dan etika.
Pengaruh Perkembangan tingkah laku kanak-kanak juga dipengaruhi oleh
persekitaran persekitaran hidupnya, sosial dan budaya. Persekitaran yang positif
seperti kerukunan, kesenangan, ketenangan, keharmonian dan
keagamaan mampu membentuk tingkah laku yang baik dalam
kalangan kanak-kanak.
Sebaliknya persekitaran yang negatif seperti keganasan, kemarahan,
keruntuhan, kesusahan dan kesempitan sedikit sebanyak
mempengaruhi pembentukan watak kanak-kanak.
Pengaruh kelas Kelas sosial juga mempunyai pengaruh yang amat mendalam dan
sosial keluarga kritikal terhadap perkembangan personaliti, pembesaran dan
perkembangan tingkah laku kanak-kanak.
Perkembangan kanak-kanak juga amat bergantung pada kemudahan,
peralatan, pemakanan, kebendaan dan kesihatan yang segala-galanya
yang memerlukan perbelanjaan kewangan, walaupun wang bukanlah
segala-galanya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ISU DAN CABARAN  235

Pengaruh Keluarga moden kini mempunyai banyak kemudahan sosial yang


media membolehkan nilai dan budaya disalurkan menerusinya. Saluran
media elektronik, media cetak, gajet dan lain-lain telah mencorakkan
kehidupan kanak-kanak yang berada di langit terbuka atau dunia
tanpa sempadan.
Etika dan Etika dan moral keluarga menjadi amat penting dalam pembentukan
moral tingkah laku kanak-kanak kini. Nilai moral yang baik dan bersesuaian
dengan budaya dan kebijakan menjadi teras dan ikutan yang baik.
Begitu juga sebaliknya, nilai moral yang negatif juga mempunyai
pengaruh sebaliknya terhadap perkembangan kanak-kanak.
Pengaruh Proses peniruan sosialisasi dan pembinaan identiti kanak-kanak
rakan sebaya terutama remaja akan mengalami proses pengukuhan dan perubahan
(peer group) yang tidak dapat dijangka oleh ibu bapa dan keluarga. Oleh itu,
pengaruh rakan sebaya tidak boleh dikesampingkan.

9.4.3 Isu Kekeluargaan


Mari kita teliti mengenai isu kekeluargaan yang terbit:

(a) Isu Ibu bapa Bekerja dan Pendidikan Anak


Semua ibu bapa yang sibuk bekerja kerana berniat untuk memberikan yang
terbaik buat anak-anak mereka. Ibu bapa manakah yang mahu
membesarkan anak dalam keluarga yang tak sihat dan serba kekurangan?
Namun, ramai ibu bapa yang sibuk bekerja ini tidak sedar yang mereka
sebenarnya sedang melukakan hati anak sendiri.

Mengapakah begini? Hal ini demikian kerana anak sebenarnya memerlukan


ibu bapa. Jadi, sebenarnya kanak-kanak akan terkesan dari aspek emosi dan
perkembangannya apabila ibu bapa sibuk bekerja dan kurang meluangkan
masa dengan mereka.

Kesibukan bekerja membuatkan anak akan mengalami tiga konflik berikut:


(i) Merasa pekerjaan ibu bapa lebih penting daripada diri mereka;
(ii) Anak merasa terasing dan terabai kerana kesibukan ibu bapa; dan
(iii) Anak mengalami tekanan perasaan.

Menurut Vijayakumari (2011), peranan ibu bapa yang berkarier biasanya


akan diambil alih oleh pengasuh, pusat penjagaan kanak-kanak atau
diserahkan kepada individu lain seperti ahli keluarga dan jiran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


236  TOPIK 9 ISU DAN CABARAN

Perkara itu pastinya bukan sahaja memberi impak kurang baik, malah lebih
membimbangkan apabila ia boleh merosakkan hubungan kekeluargaan
selain menjarakkan hubungan antara ibu bapa dengan anak. Oleh yang
demikian, jangan sesekali melakukan perkara yang menyebabkan
perhubungan keluarga semakin sukar apabila si anak mula beranggapan ibu
bapa bukanlah individu paling penting dalam hidupnya.

Yang berikut adalah antara kaedah yang boleh dilakukan bagi


mengukuhkan lagi hubungan ibu bapa dan anak:
(i) Bercuti atau beriadah dengan anak dengan melakukan aktiviti
menarik.
(ii) Memperbanyakkan komunikasi, bercerita dan menggalakkan anak
bercerita perjalanan hariannya kepada anda.
(iii) Kerap menerangkan mengapa anda sibuk pada siang hari.
(iv) Melakukan tugas di rumah bersama-sama.
(v) Menghabiskan masa bersama-sama anak ketika anda tidak bekerja.
(vi) Sesekali memberikan anak hadiah atau barangan kesukaannya.

(b) Isu Penderaan Kanak-kanak


Apakah definisi bagi penderaan kanak-kanak?

Penderaan kanak-kanak merujuk penderaan kanak-kanak dan


pengabaian, iaitu penderaan kanak-kanak dari aspek fizikal, emosi
atau seksual terhadap kanak-kanak yang berusia di bawah umur
18 tahun.
(Vijayakumari, 2011)

Pada peringkat umur ini, sepatutnya mereka berada di bawah jagaan dan
kebajikan ibu bapa atau penjaganya.

Statistik kes penderaan kanak-kanak di Malaysia yang dilaporkan oleh


Jabatan Kebajikan Masyarakat dari tahun 2013 hingga 2017 secara umumnya
dapat dilihat terbahagi kepada enam kategori berikut:
(i) Penderaan fizikal.
(ii) Penderaan emosi.
(iii) Penderaan seksual.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ISU DAN CABARAN  237

(iv) Pengabaian pengawasan yang mendatangkan kecederaan.


(v) Pengabaian penganiayaan kepada kanak-kanak.
(vi) Pengabaian tanggungjawab yang sewajarnya kepada kanak-kanak.

Manakala kategori kes penderaan pengabaian lain juga melibatkan kanak-


kanak yang diabaikan secara langsung atau tidak langsung oleh ibu bapa
atau penjaga mereka (Norsaleha Mohd Salleh et al., 2018).

Berdasarkan kenyataan tersebut, isu penderaan kanak-kanak masih boleh


dibendung dengan adanya kerjasama dan kesedaran semua pihak termasuk
ibu bapa, penjaga, masyarakat dan pihak berwajib sama ada sektor awam
atau swasta. Kesedaran ini juga mampu dipupuk menerusi peranan sekolah
sebagai agen utama perubahan sosial.

(c) Isu Dekadensi Moral


Sedekad yang lalu masyarakat dikejutkan dengan beberapa insiden
keganasan yang melibatkan para pelajar dan generasi muda. Pada masa kini,
masyarakat kita masih terus dibelenggu masalah moral dan gengsterisme
yang makin membimbangkan. Isu ini membincangkan secara langsung
dengan persoalan dekadensi moral atau keruntuhan akhlak yang menjadi
impak utama kepada arus kemajuan dan industrialisasi.

Apakah definisi bagi dekadensi?

Dekadensi ialah kemerosotan nilai atau kemunduran berbanding


dengan keadaan yang sebelumnya.
(Kamus Dewan, 2005)

Apakah pula yang dimaksudkan dengan moral?

Moral adalah merujuk ajaran atau pegangan berkaitan buruk baik


sesuatu perbuatan atau kelakuan, sikap atau cara berkelakuan yang
yang berasaskan atau yang diukur dari segi ketentuan baik buruk
akhlak.
(Kamus Dewan, 2005)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


238  TOPIK 9 ISU DAN CABARAN

Jelasnya, wajah moral secara sederhana adalah bermaksud gambaran nilai


moral yang wujud pada masa kini. Gambaran nilai moral ini diterjemahkan
menerusi watak, nilai diri, jati diri dan perlakuan individu dan masyarakat
secara menyeluruh.

Mohd Azhar Abd Hamid et al. (2004) mengatakan bahawa tahap moral
dapat diukur dari tiga perspektif asas berikut (rujuk Jadual 9.3):

Jadual 9.3: Tiga Perspektif Asas untuk Mengukur Tahap Moral

Perspektif Deskripsi
Peribadi Seseorang itu akan menimbangkan dahulu setiap gerak langkah
yang akan diambilnya, tentang kesannya ke atas dirinya pada masa
akan datang. Apakah tindakan tersebut akan mendatangkan
manfaat atau mendatangkan mudarat.
Sejagat Ia mengukur tindakan seseorang pada nilaian masyarakat sejagat
atau sekeliling. Jika sesuatu perlakuan itu bersesuaian dengan
masyarakat sejagat dan dipersetujui, maka ia dianggap akan
memberi kebaikan terhadap persekitaran pelakunya.
Mutlak Hal ini merujuk tahap moral yang dipandu oleh kepercayaan
seseorang itu kepada kuasa yang terulung atau tertinggi. Ia akan
menggalakkan seseorang itu memegang prinsip moral kerana
keyakinannya bahawa ini adalah kehendak kuasa unggul (the
superior power) atau lebih tepat dipanggil Yang Maha Kuasa, iaitu
Tuhan.

Terdapat banyak punca yang menyumbang kepada gejala dekandensi


moral, antara lain ialah:

(i) Pengaruh Rakan Sebaya


Menurut kajian, ketika usia remaja, seseorang itu lebih rapat dengan
rakan sebaya berbanding keluarga. Oleh itu, rakan sebaya sangat
mudah mempengaruhi seseorang remaja itu sama ada ke jalan yang
benar atau sebaliknya.

Para remaja khususnya akan saling cabar-mencabar dengan rakan


sebaya untuk melakukan sesuatu, walaupun mereka tahu perkara itu
salah. Oleh sebab „darah muda‰ remaja yang pantang dicabar, mereka
akan melakukan perkara itu untuk membuktikan kehebatan mereka,
walaupun mereka tahu perkara itu berbahaya dan sia-sia. Bak kata
pepatah, „menang jadi arang, kalah jadi abu.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ISU DAN CABARAN  239

(ii) Kesibukan Ibu Bapa


Lumrah ibu bapa ialah mendidik dan mengasuh anak supaya menjadi
orang yang berguna. Namun, kadangkala kesibukan mereka
menghalang mereka untuk menjalankan tanggungjawab terhadap
anak. Oleh itu, anak akan terumbang-ambing dalam dunia mereka.

Kesibukan ibu bapa juga menghalang mereka untuk mengambil tahu


aktiviti anak dan seterusnya membiarkan anak bebas melakukan apa-
apa sahaja tanpa pengetahuan termasuklah melakukan aktiviti yang
salah. Ibu bapa ini hanya akan tersedar ketika anak mereka sudah
terjebak dalam sesuatu perkara yang negatif.

(iii) Pengaruh Media


Pada zaman yang serba moden ini, zaman dunia tanpa sempadan,
media massa dan media sosial merupakan satu keperluan dalam
kehidupan seharian. Walaupun menerusi media banyak yang
memberikan kebaikan tetapi juga boleh mempengaruhi seseorang
secara negatif, terutamanya golongan remaja jika tiada kawalan dan
batasan serta bimbingan.

Unsur seperti keganasan, hiburan melampau dan seks bebas,


penyalahgunaan dadah boleh mempengaruhi dan merangsang remaja
untuk meniru aksi negatif tersebut.

(iv) Sifat Ingin Mencuba dan Kecelaruan Identiti


Walaupun pada awalnya niat mereka hanyalah untuk meniru,
mencuba atau suka-suka tetapi lama-kelamaan mereka menjadi
ketagih dan terus terjebak ke dalam aktiviti tidak bermoral itu. Mereka
yang telah ketagih akan melakukan apa-apa sahaja termasuk
melakukan jenayah untuk memenuhi desakan naluri mereka.

Bentuk gejala dekadensi moral di Malaysia berdasarkan laporan pihak kuasa


antara lain ialah (Laporan Polis Diraja Malaysia, 2012 hingga 2018):
(i) Penyalahgunaan dadah/menghidu gam dan bahan terlarang lain.
(ii) Kegiatan gengsterisme.
(iii) Ragut.
(iv) Lumba haram.
(v) Seks bebas.
(vi) Hiburan melampau.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


240  TOPIK 9 ISU DAN CABARAN

(vii) Ponteng sekolah.


(viii) Penagihan arak.
(ix) Peras ugut.
(x) Vandalisme.
(xi) Buli.
(xii) Lari dari rumah.
(xiii) Anak luar nikah.
(xiv) Kehamilan remaja.
(xv) Jenayah siber.

Tiga langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini ialah:

(i) Ibu bapa dan keluarga boleh memainkan peranan mereka. Ibu bapa
merupakan orang yang membesarkan dan mengasuh mereka dan
paling mengerti dengan hati budi anak mereka. Oleh itu, ibu bapa
semestinya dapat menasihati mereka dan menarik mereka ka pangkal
jalan.

Selain itu, ibu bapa haruslah mendidik anak mereka dari awal kerana
bak kata pepatah „melentur buluh biarlah dari rebungnya‰ supaya
pendekatan awal yang lebih baik boleh dilakukan. Mencegah lebih
baik daripada mengubati.

(ii) Pihak berkuasa hendaklah lebih tegas dalam memainkan peranan


supaya gejala ini dapat dibendung termasuk penguatkuasaan undang-
undang.

(iii) Masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan juga boleh menganjurkan


aktiviti dan peranan lain yang dapat membentuk moral anak dengan
memupuk semangat kesukanan, aktiviti riadah, santai, semangat
kerjasama, perpaduan antara kaum, kemasyarakatan dan sebagainya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ISU DAN CABARAN  241

9.5 GLOBALISASI DAN CABARAN


PENDIDIKAN
Subtopik ini akan membincangkan mengenai globalisasi dan cabaran yang
ditempuhi dari aspek pendidikan. Mari kita meneruskan pembacaan.

9.5.1 Definisi Globalisasi


Tahukah anda apakah definisi globalisasi? Jadual 9.4 Akan memberikan definisi
globalisasi berdasarkan pandangan beberapa orang sarjana.

Jadual 9.4: Definisi Globalisasi oleh Sarjana

Sarjana Definisi Globalisasi


Collin (2013) Globalisasi merujuk proses yang membolehkan pasaran kewangan
dan pelaburan untuk beroperasi pada peringkat antarabangsa.
Sebahagian besarnya ialah hasil daripada pembatalan kawal selia
dan peningkatan komunikasi secara berkesan.
Financial Time Globalisasi menerangkan proses yang ekonomi serantau dan
Lexicon (2013) negara, masyarakat dan budaya telah menjadi bersepadu melalui
rangkaian perdagangan global, komunikasi, imigresen dan
pengangkutan.
Sidek Baba Globalisasi ialah suatu proses pensejagatan berasaskan hegemoni
(2003) Barat dan kuasa besar terhadap dunia. Ia pancaran daripada puncak
tamadun materialistik Barat yang menjadikan alat teknologi dan
komunikasi sebagai teras kepada „penjajahan‰ bentuk baharu. Alat
utama yang digunakan ialah teknologi langit terbuka (open sky
technology) untuk menjadikan pensejagatan lebih berkesan.

Kesan yang amat nyata dunia menjadi semakin kecil, penstrukturan sistem,
sempadan geopolitik dan budaya akan menjadi lebih terbuka dan gaya hidup
masyarakat akan menjadi lebih utilitarian atau nilai moral sesuatu tindakan hanya
ditentukan melalui akibat atau kesan yang terhasil.

Dalam konteks dunia pendidikan globalisasi bermatlamat untuk melahirkan


masyarakat bermaklumat dan berilmu (informative and knowledge society) dan
kesannya akan secara langsung melibatkan struktur sosioekonomi, pendidikan,
kebudayaan, multimedia, penyelidikan dan sebagainya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


242  TOPIK 9 ISU DAN CABARAN

Globalisasi juga menyediakan platform untuk semua orang tanpa mengira bangsa,
kaum, warna kulit, status dan latar belakang untuk bersaing secara adil dalam
mana-mana bidang. Globalisasi telah membawa kedua-dua kesan positif dan
negatif dalam banyak aspek kehidupan kita terutamanya pendidikan. Hal ini
demikian kerana pendidikan ialah salah satu bidang yang banyak dipengaruhi
oleh persekitaran dan perlu menyesuaikan diri dengan perubahan pesat di
seluruh dunia.

9.5.2 Isu Semasa dalam Globalisasi Pendidikan


Yang berikut merupakan isu semasa dalam globalisasi pendidikan:

(a) Impak Globalisasi terhadap Sektor Pendidikan Negara


Impak globalisasi ini adalah seperti yang berikut:
(i) Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa
antarabangsa.
(ii) Pendidikan di negara ini terbuka kepada dunia luar di mana universiti
asing dibenarkan untuk menubuhkan cawangan mereka di sini.
(iii) Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan
meningkat apabila banyak kolej swasta dan universiti telah
ditubuhkan.
(iv) Penekanan dalam penilaian dan penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
(v) Internet sebagai sumber maklumat dan komunikasi.
(vi) Peranan guru di dalam kelas lebih kepada pemudah cara.
(vii) Guru perlu celik TMK dalam menjalankan kerja pentadbiran.
(viii) Pelajar kita mampu bersaing dalam pasaran kerjaya global.
(ix) Persaingan yang adil dalam kalangan institusi pengajian tinggi.
(x) Pembelajaran sepanjang hayat boleh dicapai dengan peluang
pembelajaran yang disediakan.
(xi) Perkongsian pengetahuan terutamanya penemuan baharu hasil kajian
yang dilakukan di seluruh dunia.
(xii) Membolehkan pencapaian matlamat pendemokrasian pendidikan
apabila setiap orang diberi peluang pendidikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ISU DAN CABARAN  243

(b) Menangani Globalisasi dalam Pendidikan


Kesan globalisasi kepada pendidikan telah mencabar proses pelaksanaan
sistem pendidikan di Malaysia kerana kita perlu menyesuaikan diri dan
mengikuti trend di seluruh dunia supaya dapat bersaing pada peringkat
antarabangsa.

Menurut Sidek Baba (2003), skop pengurusan ilmu dan maklumat akan
menjadi lebih luas dan pelbagai. Dunia pendidikan akan menjadi lebih
kreatif dan inovatif berasaskan keterampilan aspek elektronik dan digital. Ia
akan memperlihatkan kecanggihan yang nyata dalam teknologi komunikasi
mahupun bidang lain.

Para pendidik terdedah dengan pelbagai cara pengajaran dan pembelajaran


(mode of teaching-learning). Pendekatan konvensional dimajukan dengan
cara pengajaran berasaskan elektronik dan telekomunikasi. Pendidikan jarak
jauh seperti ditawarkan di Open University Malaysia dan pendidikan secara
interaktif menjadi pilihan utama dengan menggunakan pendekatan
modular mampu menjadikan dunia pendidikan lebih efisien dan berkesan.
Namun demikian, peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan
perpaduan tidak boleh dikesampingkan.

Cabaran lain yang dihadapi adalah seperti yang berikut:


(i) Keperluan untuk mengamalkan pembelajaran berterusan.
(ii) Penggunaan TMK dalam proses pendidikan.
(iii) Pentadbiran pendidikan yang lebih efisien.
(iv) Pembangunan identiti dan sahsiah pelajar.
(v) Kualiti dan bidang tugas guru.
(vi) Keperluan untuk membangunkan kurikulum selaras dengan peluang
globalisasi dalam era Industri 4.0.
(vii) Budaya ilmu dan keutuhan jati diri masyarakat Malaysia.

Yang berikut ialah cara menangani globalisasi dalam pendidikan:


(i) Sekolah dan guru bertanggungjawab dalam menghasilkan pelajar
yang mampu untuk bersaing dalam era globalisasi ini.
(ii) Pelajar perlu mengamalkan budaya ilmu sepanjang hayat dan
pembelajaran yang berterusan bagi membolehkan mereka terus berada
dalam perubahan yang pesat ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


244  TOPIK 9 ISU DAN CABARAN

(iii) Guru perlu melengkapkan pelajar dengan keupayaan untuk


berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan menggunakan bahasa
antarabangsa seperti bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Jepun,
bahasa Mandarin dan bahasa utama dunia yang lain supaya mereka
dapat berinteraksi dan berkomunikasi di peringkat antarabangsa.
(iv) Untuk melibatkan diri secara global, pelajar perlu menguasai
kemahiran TMK kerana TMK ialah satu bidang yang pesat berubah.
(v) Sekolah dan guru perlu memastikan bahawa kurikulum masa kini
membolehkan pelajar menguasai kemahiran kognitif, afektif dan
psikomotor yang berguna dalam menyelesaikan tugas yang kompleks
dan mencabar.
(vi) Pelajar perlu mampu menyelesaikan masalah dan menjana
pengetahuan baharu untuk inovasi era industri 4.0.
(vii) Menjadi tanggungjawab guru untuk menekankan aspek etika dan
moral serta pembentukan integriti rakyat Malaysia yang mampu
bersaing pada peringkat global.

(c) Revolusi Industri 4.0


Apakah yang menandakan Revolusi Industri Keempat (Industri 4.0)?
Menurut pengasas Forum Ekonomi Dunia, Klaus Schwab (2017) dalam
bukunya The Fourth Industrial Revolution menjelaskan:

Revolusi Industri Keempat ini ditandai dengan kemunculan


superkomputer, robot pintar, kenderaan tanpa pengemudi, suntingan
genetik dan perkembangan neuroteknologi yang memungkinkan
manusia untuk lebih mengoptimumkan fungsi otak.

Revolusi ini boleh diungkapkan dengan bahasa mudah ialah perubahan


teknologi dalam dunia moden dan kehidupan manusia akan
dipermudahkan dengan bantuan mesin atau robot yang bakal menjadi
‰kawan‰ dalam memudahkan urusan dan tugasan harian.

Ketua Pakar Pendidikan Tinggi Bank Dunia, Francisco Marmolejo (2015)


dalam Seminar Revolusi Industri 4.0 berkata, sistem pendidikan tinggi di
seluruh negara juga akan mengalami perubahan hasil revolusi Industri 4.0.
Marmolejo (2015) turut memuji Malaysia selaku negara pertama merangka
elemen cabaran Industri 4.0 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
(Pendidikan Tinggi) 2015 hingga 2025.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ISU DAN CABARAN  245

Idea yang dipraktikkan Malaysia merupakan langkah paling inovatif untuk


menentukan cara negara akan menjadi pemain yang signifikan dalam ekonomi
global pada masa hadapan. Tegasnya, apa-apa pun, bidang ilmu dan pendidikan
mesti dijadikan sebagai teras dalam usaha mempersiapkan pelajar dan graduan
menangani cabaran baharu revolusi itu.

Mungkin sukar untuk digambarkan logik akalnya apabila melihat pesanan


barangan ataupun makanan yang kita lakukan melalui pesanan telefon, akan
dihantar dengan menggunakan perkhidmatan mesin ataupun dron sampai di
hadapan pintu rumah.

Selain itu, segala urusan harian lain dalam rumah tangga seperti mencuci pakaian,
membeli-belah, sistem keselamatan, memberi makanan kepada haiwan
kesayangan dan mematikan suis lampu atau alat pendingin hawa hanya perlu
menekan butang di telefon pintar masing-masing tanpa perlu lagi bersusah payah
menggunakan tenaga manusia ataupun mengambil perkhidmatan lain.

Contoh lain untuk ke pejabat pula, kita tidak perlu lagi untuk menghidupkan enjin
dan memandu di tengah-tengah jalan raya yang sesak. Semuanya akan selesai
dengan hanya menekan butang kekunci, penumpang boleh menyambung tidur di
dalam kereta masing-masing dan segala urusan pemanduan akan dikawal
sepenuhnya melalui satelit sampai ke tempat yang ingin dituju dengan selamat.

Senario tersebut walaupun pelik, namun secara perlahan-lahan telah mula


berkembang dan berevolusi menjadi satu bentuk norma yang biasa pada masa
akan datang. Dengan menggunakan akronim Revolusi Industri 4.0 ini, segala
urusan harian manusia akan dikongsi bersama robot yang dicipta khusus untuk
mengoptimumkan keperluan dan keselesaan manusia.

Contohnya, penggunaan aplikasi navigasi seperti „Waze‰ atau „Google Maps‰


yang menyediakan pemandu tentang maklumat laluan serta perjalanan adalah
antara bibit-bibit awal kepada pengenalan dunia yang dipanggil Internet benda
(IoT – Internet of Things).

Tegasnya, Revolusi Industri Keempat adalah pencapaian tertinggi tamadun


manusia kini dalam dunia TMK kepada zaman yang lebih canggih, iaitu era IoT.
Era yang menjadikan jaringan Internet sebagai teras dan elemen terpenting dalam
urusan seharian manusia moden termasuk pendidikan, perbankan, kemudahan
awam, pengurusan ekonomi, perniagaan, kerjaya, pelancongan, komunikasi,
riadah dan segala-galanya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


246  TOPIK 9 ISU DAN CABARAN

SEMAK KENDIRI 9.1

1. Apakah cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia dalam


membina kehidupan yang bersatu padu dan aman damai?
Huraikan.
2. Senaraikan langkah yang boleh dilaksanakan dalam usaha
mengatasi cabaran tersebut.
3. Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan pelbagai budaya?
Huraikan.
4. Mengapakah pendidikan pelbagai budaya penting dalam
pendidikan sesebuah negara?
5. Jelaskan kemahiran insaniah yang perlu dikuasai pendidik sebagai
asas dalam menghadapi cabaran masa hadapan.

AKTIVITI 9.2
1. Apakah yang perlu ada dalam isi kandungan pendidikan pelbagai
budaya? Bincangkan.
2. Bincangkan konsep kesamarataan dan kesaksamaan.
3. Bincangkan faktor-faktor berlakunya dekadensi moral dalam
kalangan masyarakat dan bagaimana seseorang pendidik mampu
memberi sumbangan penambahbaikan.
4. Bincangkan persediaan seorang pendidik dalam menghadapi
cabaran Revolusi Industri 4.0.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ISU DAN CABARAN  247

• Antara ciri-ciri identiti masyarakat Malaysia adalah berpengetahuan dan


bermaklumat, masyarakat moden dan dinamis, bijaksana, berhemah tinggi,
berpandangan jauh, kaya budaya dan dapat hidup dengan toleransi dan
bermuafakat, dapat merealisasikan konsep demokrasi, liberasi, kesamarataan,
perpaduan dalam perbezaan budaya, responsif terhadap perubahan dan
pembaharuan, dan menggalakkan reka cipta dan memiliki nilai insaniah.

• Matlamat pendidikan pelbagai budaya adalah sebagai usaha yang proaktif


dan progresif untuk mewujudkan dan mengekalkan satu masyarakat yang
adil dan saksama.

• Media berperanan menyediakan pelbagai pengetahuan dan maklumat terkini


dalam usaha membentuk pemikiran rakyat ke arah lebih produktif, dan
responsif terhadap dasar kerajaan. Selain itu, media juga perlu harus
menanam nilai sensitif dan memahami pantang larang dalam mendedahkan
maklumat kepada masyarakat.

• Pembinaan kurikulum pendidikan pelbagai budaya haruslah bersifat


progresif dan mempunyai matlamat jangka panjang dalam memenuhi aspirasi
negara, iaitu untuk melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu padu.

• Kurikulum pendidikan pelbagai budaya seharusnya mengandungi ilmu


pengetahuan mengenai budaya yang berbeza. Maka seseorang guru haruslah
lebih sensitif terhadap agama dan budaya semua rakyat Malaysia untuk
mengelakkan perkauman, prejudis dan berusaha memupuk kefahaman serta
penerimaan amalan perbezaan agama dan budaya antara semua lapisan
masyarakat.

• Perhubungan manusia menjadi lebih dinamik, moden, berpandangan jauh,


daya kaya dengan budaya hidup bermasyarakat adalah antara kesan daripada
penggunaan teknologi pelbagai media.

• Kemahiran insaniah meliputi kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi,


kemahiran pemikiran kritis dan menyelesaikan masalah, kemahiran kerja
berpasukan, kemahiran pembelajaran berterusan dan teknologi maklumat,
kemahiran keusahawanan, kemahiran beretika dan moral profesional, dan
kemahiran kepimpinan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


248  TOPIK 9 ISU DAN CABARAN

Globalisasi Pengetahuan kandungan (content


knowledge)
Hedonisme
Pengetahuan pedagogi (pedagogical
Internet benda (IoT – Internet of knowledge)
Things)
Perpaduan dalam kepelbagaian (unity
Kelangsungan in diversity)
Kemahiran insaniah (KI) Revolusi Industri Keempat (Industri
Penderaan kanak-kanak 4.0)

Pendidikan pelbagai budaya Teknologi maklumat dan informasi


(TMK)

Abd Rahim Abd Rashid. (2000). Wawasan dan agenda pendidikan. Kuala
Lumpur, Malaysia. Utusan Publications & Distributors.

Abd Rahim Abd Rashid. (2003). Gangguan seksual: Pengurusan tingkah laku dan
perkembangan gender dalam organisasi. Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan
Publications & Distributors.

Ibrahim Saad. (l982). Isu pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Burges, P. (1971). Reasons for adult participation in group educational activities.


Adult Education Quarterly Jurnal, 22(1), 3−29.

Collin Dictionary. (2013). Dicapai dari www.collindictionary.com/word lovers

Duvall, E. M. (1957). Family development. Oxford, United Kingdom: J. P. Lippincott.

Ee Ah Meng. (l994). Psikologi dalam bilik darjah. Kuala Lumpur, Malaysia:


Penerbitan Fajar Bakti.

Financial Time Lexicon. (2013). Dicapai dari www.ft.com/epaper

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 ISU DAN CABARAN  249

Jamaludin Badusah. (2009). Pembangunan pelajar: Memperkasakan kokurikulum


institusi pengajian tinggi. Serdang, Malaysia: Penerbit Universiti Putra
Malaysia.

Kamus Dewan (Ed. ke-4). (2005). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Laporan Polis Diraja Malaysia. (2012−2018). Kementerian Dalam Negeri. Dicapai


dari www.rmp.gov.my

Lauer, R. H., & Lauer, J. C. (2000). Marriage and family: The quest for intimacy.
US: Jeanette Lauer Books, ValoreBooks.com.

Mohd Azhar Abd Hamid et al. (2004). Wajah moral masyarakat Melayu
pascamoden: Antara realiti, harapan dan gagasan pendidikan moral tinggi.
Seminar Antarabangsa nilai dalam komuniti pascamodenisme, anjuran
Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan (SIVIC 2004), di Hotel Bayview
Langkawi, 4 hingga 6 September 2004.

Norsaleha Mohd Salleh et al. (2018). Liberalisme dalam pemikiran belia di media
pendidikan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia: Institut Kefahaman
Islam Malaysia.

Rodgers, R. H. (1964). Toward a theory of family development. Journal of Marriage


and Family, 26(3), 262−270.

Saemah Rahman. (2009). Reformasi pendidikan serantau. Bangi, Malaysia: Fakulti


Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Schwab, K. (2017). The fourth industrial revolution. New York, NY: Currency.

Sidek Baba. (2003). Globalisasi dan cabaran pendidikan. Dlm. Memahami isu-isu
sosial. Jurnal Kajian Keagamaan dan Kemasyarakatan, 1(2), 165−175.

Vijayakumari, G. A. P. (2011). The changing family dynamics in Malaysia and its


effects on children. Social development in Malaysia. Kuala Lumpur,
Malaysia: Malaysian Strategic Research Centre.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Hala Tuju
10
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengetahui hala tuju untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu
padu;
2. Menghuraikan kesamarataan dan kesaksamaan dalam kehidupan;
3. Menghuraikan masyarakat pelbagai budaya;
4. Menganalisis proses asimilasi budaya di Malaysia;

5. Menghuraikan maksud transformasi diri; dan

6. Menganalisis proses pembentukan peradaban Malaysia menerusi


pendidikan.

 PENGENALAN
Hala tuju yang jelas dalam konteks negara Malaysia adalah untuk melahirkan
masyarakat yang bersatu padu dalam kepelbagaian budaya. Nilai dan amalan
kesamarataan dan kesaksamaan perlu wujud dari aspek sosial, politik dan
ekonomi untuk setiap kaum di Malaysia.

Dalam bidang pendidikan, kesamarataan dan kesaksamaan perlu wujud dalam


menyediakan peluang pendidikan tanpa dipengaruhi oleh perbezaan budaya,
etnik, tradisi serta sistem nilai dan kepercayaan masyarakat. Iltizam dan hasrat
murni ini akan memberikan kesan kepada keseluruhan pembangunan sesebuah
negara yang mencakupi aspek rohani dan jasmani.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HALA TUJU  251

Dengan kata lain, apabila setiap kaum diberi hak peluang untuk hidup dan dapat
memberikan sumbangan untuk memajukan dan membangunkan negara, maka
akan lahirlah suasana kehidupan yang cukup sihat, bermakna dan disinari dengan
cahaya perpaduan, perkongsian, dan berpasukan.

Akhirnya, dapat mewujudkan perkongsian bijak yang semua ahli masyarakat


sudah berada pada tahap saling meyakinkan, saling mempercayai, saling
membantu, dan susah sama susah, senang sama senang. Perkara ini adalah salah
satu niat murni Wawasan 2020 yang selanjutnya menjadi Wawasan 2025, iaitu
untuk membina satu bangsa Malaysia yang bersatu padu.

Agenda ini memang mencabar, apatah lagi berdepan dengan situasi negara yang
dibentuk oleh masyarakat majmuk. Walaupun banyak langkah positif digembleng
untuk mengintegrasikan anggota masyarakat yang berbilang kaum, namun
tumpuan serius masih perlu dijurus untuk meningkatkan kefahaman budaya
antara ahli masyarakat. Malah, perpaduan kaum dan pertumbuhan ekonomi
negara yang rancak merupakan teras dan jentera untuk bergerak dengan berkesan
dalam usaha mewujudkan masyarakat yang adil dan saksama.

Hasrat ini sentiasa tersirat dan dinyatakan sejak pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru
(l970) hinggalah sekarang apabila kerajaan melancarkan Misi Nasional Rancangan
Malaysia Kesembilan (RMK-9). Bahkan, usaha melestarikan pembangunan negara
dari aspek fizikal, jasmaniah dan rohaniah supaya menjadi lebih berkesan
memerlukan asas perpaduan kaum yang jitu. Hal inilah prasyarat sebenarnya
terhadap kejayaan sebuah negara.

Sebenarnya, asas kepada kesejahteraan sosial ialah darjah toleransi,


kemuafakatan, sikap kurang prasangka, antietnosentrisme, dan pemahaman serta
penghayatan nilai dan wawasan negara yang dikongsi bersama seperti Rukun
Negara dan Misi Nasional Negara. Hal ini disertakan dengan pencapaian ekonomi
negara yang mapan, yang sekali gus akan memberikan kesan kepada
kesejahteraan dan kemakmuran hidup rakyat.

Manakala hubungan kaum, komunikasi antara budaya dan silang budaya dalam
konteks pembinaan negara dan pembentukan masyarakat yang toleran, berbudi
bahasa dan bermoral tinggi khususnya perpaduan rakyat memerlukan
pemantauan rapi dan penelitian yang teratur.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


252  TOPIK 10 HALA TUJU

Maka akan lahirlah masyarakat yang mempunyai semangat patriotik, sayang akan
negara dan berani berjuang untuk mempertahankan kedaulatan negara. Proses
pembudayaan dan pemupukan semangat patriotisme ini dapat dilaksanakan
dengan terus-menerus, secara tidak langsung akan timbul satu perasaan dalam
diri mereka tentang betapa pentingnya, betapa berharga erti sebuah keamanan
dan kemakmuran yang sedang kita kecapi sekarang.

Oleh itu, untuk merealisasikan kejayaan dalam mencapai hala tuju negara, maka
perlu ada iltizam politik yang kuat. Hal ini demikian kerana corak politik
Malaysia masih lagi berlandaskan politik perkauman. Pendekatan baharu
seiring dengan paradigma baharu perlu dicari untuk mencari identiti politik
yang lebih sihat. Jika tiada satu parti tunggal terbentuk bagi menunjukkan
keikhlasan kerajaan dalam mencapai integrasi kaum, sekurang-kurangnya
pemimpin kerajaan tidak mengungkit isu sensitif yang boleh menimbulkan
ketegangan dan perpecahan kaum.

Dengan ini diharapkan akan lahir bangsa Malaysia yang mempunyai semangat
dan rasa kepunyaan. Kelahiran satu bangsa Malaysia ini dan kesinambungannya
banyak dicorakkan oleh keunggulan budaya tunjangnya.

Dalam konteks integrasi kaum di Malaysia, isu kepelbagaian budaya yang lama
bertapak dalam kehidupan bermasyarakat harus dilihat sebagai satu asas
kekuatan yang boleh menyumbang kepada kelahiran satu bangsa yang bukan
sahaja unggul tetapi cemerlang dan dipandang tinggi. Perkara ini selaras dengan
citra melahirkan sebuah masyarakat industri maju negara.

Maka, inilah hala tujunya dan untuk berjaya bukanlah mudah. Anda harus
bertanyakan kepada diri anda apakah peranan anda dalam usaha untuk
merealisasikan niat murni ini. Anda juga perlu bermuhasabah, apakah niat murni
tidak akan tercapai. Semuanya merupakan lagu lama yang didendangkan kembali.

Kita tiada pilihan lain. Pilihan yang ada menanti kita di hadapan sana adalah
untuk berusaha mencapai kehidupan yang bermakna dalam masyarakat majmuk
Malaysia. Jika tidak, gaung permusuhan yang dalam menanti kita yang kita akan
terhumban dalam konflik dan krisis etnik yang cukup sengsara.

AKTIVITI 10.1

1. Apakah hala tuju negara kita?

2. Bagaimanakah hala tuju tersebut dapat direalisasikan?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HALA TUJU  253

10.1 KESATUAN DALAM KEPELBAGAIAN


BUDAYA (CULTURAL UNITY IN
DIVERSITY )
Ekuiti ataupun kesamarataan merupakan konsep yang secara langsung
mempunyai hubungan kepada konsep keadilan, yang merangkumi idea seperti
layanan sama rata berdasarkan undang-undang semula jadi tanpa berat sebelah
ataupun pilih kasih. Ekuiti dan ekualiti (kesaksamaan) mempunyai konsep yang
sangat berbeza. Ekualiti ataupun kesaksamaan boleh diukur dengan syarat setiap
individu memiliki sesuatu yang sama, layanan yang sama berasaskan prinsip
semua manusia diciptakan sama (men are created equal).

Namun, persoalan yang selalu menjadi topik perbincangan adalah pemikiran


sesetengah ahli masyarakat melihat ekuiti dan ekualiti dari perspektif dan budaya
masing-masing. Contohnya, persoalan gender yang golongan lelaki melihat
keadilan di tempat kerja antara lelaki dan wanita adalah berbeza. Adakah kita
mampu membahagikan sesuatu barang secara adil dan saksama secara mutlak?

David Spitz (l982 dlm. Jack L. Nelson, 2004) seorang penganalisis politik
menyatakan:

Kesaksamaan mendorong kita ke dalam dilema moral yang tiada jalan


penyelesaiannya, dan dengan itu menjadi amalan yang bertentangan dengan
apa yang kita sarankan selama ini... Untuk mencapai keputusan yang
saksama ... adalah dengan cara membatasi kesaksamaan peluang. Kita tidak
boleh mempunyai kedua-dua kesaksamaan dengan serentak.

Namun, ini tidak bermakna bahawa perspektif budaya masing-masing


merupakan batu penghalang kepada kesatuan yang bermakna dalam
kepelbagaian yang wujud. Perbezaan budaya dan cara hidup boleh mewujudkan
kesatuan yang kuat dalam kalangan ahli masyarakat.

Dalam konteks negara kita, konsep kesatuan dalam kepelbagaian budaya


merupakan elemen yang sudah mengambil tempatnya tetapi bukanlah dalam erti
kata yang dapat memaparkan satu identiti budaya rakyat Malaysia. Kita tidak
dapat nafikan bahawa untuk mewujudkan masyarakat yang mempunyai ciri
seperti apa-apa yang dimaksudkan dengan istilah melting pot masih jauh.
Kemerdekaan yang telah mengambil tempatnya melebih 60 tahun masih lagi
muda berbanding dengan negara moden yang masih menghadapi isu dan
masalah yang sama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


254  TOPIK 10 HALA TUJU

Pendidikanlah merupakan alat untuk memupuk dan menyatupadukan rakyat.


Pendidikan dalam konteks negara Malaysia sudah sampai masanya memikirkan
tentang perubahan sistem, kurikulum, dasar dan cara melaksanakannya.
Matlamatnya tidak lain dan adalah untuk melahirkan rakyat yang peka terhadap
budaya masyarakat lain, menghargai perbezaan sebagai satu kekuatan untuk
bersatu, berbeza budaya tetapi tidak berbeza hasrat dan matlamat. Biarlah bagai
pepatah mengatakan „tidur sebantal dengan mimpi yang sama.‰

Masalah yang masih bermain di sesetengah kotak pemikiran masyarakat adalah


apabila bercakap soal kelangsungan dan kelangsungan bangsa, maka pada masa
yang sama menafikan hak kaum lain. Segelintir masyarakat ingin menjadi juara
dalam kepompong budaya dan masyarakat yang bersifat terpencil, terpisah secara
keseluruhannya daripada kehidupan yang lebih dominan.

Hal ini demikian kerana abad ke-21 merupakan abad yang menuju ke arah
kewujudan satu bangsa dan mengamalkan satu budaya Malaysia. Maka kesatuan
dalam kepelbagaian budaya merupakan titik tolak ke arah merealisasikan hasrat
murni ini.

Hasrat dan cabaran inilah yang menanti di hadapan. Asasnya sudah ada, kita
tidak nafikan sudah berlaku satu gerakan atas rasa kesedaran dalam kalangan
golongan elit politik, golongan penggubal dasar, golongan pendidik untuk
mewujudkan peradaban baharu ini.

Malah kehidupan masyarakat Malaysia hari ini telah dicorakkan oleh pelbagai
budaya. Dari aspek kehidupan, makanan, pakaian, perayaan, kita sudah bergerak
ke arah hala tuju yang betul. Asasnya sudah kukuh. Maka terpulang kepada setiap
individu dan masyarakat untuk berperanan secara lebih berkesan, berfikiran lebih
terbuka dan mempunyai hasrat untuk melihat kehidupan generasi akan datang
lebih bermakna. Kita perlu mempunyai semangat yang teguh.

10.1.1 Asimilasi Gaya Hidup Masyarakat Pelbagai


Budaya
Penerangan mengenai asimilasi ini adalah seperti yang berikut:

(a) Setiap agama di dunia mempunyai pegangan dan nilai yang tersendiri.
Setiap agama menuntut pengikutnya untuk berpegang pada prinsip yang
telah ditetapkan oleh agama tersebut. Secara umumnya, setiap agama
menerapkan nilai yang mempunyai ciri-ciri yang baik dan terpuji kepada
penganutnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HALA TUJU  255

Tiada agama yang mengajar dan melihat penganutnya mempunyai sifat


yang buruk dan terkutuk di sisi agama. Meskipun mempunyai sedikit
sebanyak perbezaan dan persamaan dari aspek yang tertentu, namun setiap
agama masih tidak lari daripada berpegang pada objektif utama, iaitu
mengajar penganutnya supaya mempunyai sifat yang terpuji dan berbudi
pekerti yang tinggi.

(b) Dari sudut khazanah kebudayaan pula, terdapat kecenderungan dalam


kalangan individu dan ahli masyarakat untuk mengamalkan praktis budaya
kaum tanpa terikat pada batasan etnik ataupun kaum tertentu. Malahan,
terdapat amalan yang dipraktikkan dengan asas dan simbolisme yang sama
oleh pelbagai kaum di Malaysia. Pengaruh dan meluasnya amalan ini telah
membuka ruang terhadap pembentukan identiti baharu yang boleh
dikaitkan sebagai „budaya popular-sepunya Malaysia.‰

Proses sedemikian boleh membantu dalam meningkatkan rasa perpaduan


dan persefahaman kaum, satu prasyarat perlu dalam usaha untuk
meningkatkan keyakinan dan rasa keterbukaan, di samping mengurangkan
rasa syak wasangka antara kaum.

(c) Kajian tentang usaha meningkatkan kefahaman masyarakat umum terhadap


inti pati dan pola budaya pelbagai kaum di Malaysia adalah langkah
strategik untuk mereka dan bangsa Malaysia yang bersatu padu pada tahun
2020 dan seterusnya. Kajian ini menunjukkan betapa penting terdapatnya
kefahaman yang mendalam mengenai budaya popular dan sepunya yang
diamalkan oleh pelbagai masyarakat di negara ini.

Konsep budaya popular-sepunya Malaysia harus ditanggapi dalam konteks


budaya kaum dan etnik yang terdapat di Malaysia. Promosinya harus
dilaksanakan dengan perancangan dan ketelitian supaya kesilapan dapat
diminimumkan dan memastikan tahap sensitiviti dan toleransi yang tinggi.

(d) Usaha awal harus diberi untuk mengadakan pelbagai forum dan saluran
untuk meningkatkan kefahaman, pendedahan dan penghayatan umum
sebelum langkah susulan diambil untuk membincangkan dan mengenal
pasti inti pati dan ciri-ciri budaya kaum dan etnik yang boleh
dipertimbangkan untuk diserapkan sebagai elemen asas yang dapat
mendukung pembentukan dan seterusnya pemantapan kebudayaan
nasional.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


256  TOPIK 10 HALA TUJU

(e) Secara sedar atau tidak, proses asimilasi budaya dalam konteks masyarakat
Malaysia telah lama berlaku; proses ini masih berjalan dan mengambil
tempatnya. Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan tentang pola
kehidupan masyarakat Malaysia yang banyak melalui proses asimilasi
budaya.

Menurut Ho (dlm. Abd Rahman Md Aroff, 1999), kebanyakan sarjana


menyatakan bahawa orang Asia, termasuk masyarakat Malaysia lebih
mementingkan ketenangan fikiran, hal kerohanian dan agama; tidak
mementingkan soal kekayaan dan keselesaan kebendaan. Malah, soal
kemiskinan dan kekurangan dapat dihadapi secara tenang. Perspektif moral
digunakan dalam menentukan hubungan antara manusia, bukan kekayaan
yang dimiliki oleh seseorang.

(f) Masyarakat Malaysia dianggap lebih bertoleransi, tidak agresif dan tidak
ganas dalam hubungan sosial mereka. Segala konflik etnik dapat
diselesaikan dengan cara permuafakatan, bukan dengan kekerasan dan
ugutan.

(g) Bagi masyarakat Melayu, India dan Cina, terdapat nilai yang dikongsi
bersama. Menurut Muzaffar (dlm. Abd Rahman Md Aroff, 1999), keluarga
bertindak sebagai asas komuniti. Ibu bapa dan orang tua diberi nilai tinggi
dan dihormati dalam masyarakat. Malah ketiga-ketiga bangsa menganggap
bahawa moral sosial kolektif merupakan sesuatu yang penting dalam
menentukan kebahagiaan dan keharmonian masyarakat.

Soal rasuah serta kebendaan yang melampau yang mendorong seseorang itu
bersifat tamak dikutuk dan dihina. Hal ini menunjukkan bahawa walaupun
masyarakat yang berbilang bangsa mempunyai perbezaan dari aspek agama
dan etnik serta sistem kepercayaan, masih terdapat nilai yang dikongsi
bersama.

(h) Masyarakat Melayu, India dan Cina melihat aspek kesetiaan kepada
keluarga dan kepada negara sebagai sesuatu yang mutlak yang tidak
berbelah bahagi. Begitu juga dengan ketaatan kepada kedua-dua ibu bapa.
Ia merupakan sesuatu perwatakan dan nilai moral yang menjadi kayu
pengukur untuk mewujudkan hubungan antara ahli masyarakat.

(i) Manakala dalam kehidupan berumah tangga, soal kasih sayang terhadap
isteri tidak perlu ditunjukkan secara terbuka. Isteri akan memahami betapa
kasih dan sayang suaminya daripada tindak tanduk suami dalam proses
kehidupan berumah tangga.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HALA TUJU  257

Seorang suami mempunyai autoriti dan peranan di luar rumah dan segala
keputusan menjadi hak suami untuk menentukannya, setelah berbincang.
Manakala peranan isteri lebih tertumpu pada mengurus rumah tangga.
Walaupun isteri sudah bekerja, fungsi ini masih menjadi tanggungjawab
isteri.

(j) Bagi masyarakat Melayu, India dan Cina, nilai seorang sahabat bukanlah
mengharapkan makan dan minum semata-mata tetapi nilai sahabat adalah
sejauh mana seseorang itu dapat berkongsi masalah dan sanggup tolong-
menolong.

(k) Manakala dalam konteks perayaan, ibu bapa ataupun golongan yang lebih
tua akan memberikan duit raya atau „angpow‰ kepada kanak-kanak atau
golongan yang lebih muda. Ia amalan yang biasa dilakukan oleh semua
masyarakat Malaysia. Budaya pemberian angpow ini merupakan pengaruh
masyarakat Cina yang setiap masyarakat akan memberikan duit raya dalam
sampul surat yang disediakan.

Perbezaan angpow untuk Tahun Baharu Cina adalah dalam sampul


berwarna merah. Semasa perayaan, aktiviti ziarah-menziarahi dilakukan
dalam usaha untuk memupuk nilai kasih sayang. Budaya rumah terbuka
ialah amalan masyarakat Malaysia yang semua kaum akan turut merayakan
seperti Hari Raya, perayaan Deepavali atau Tahun Baharu Cina.

(l) Begitu juga dengan budaya mengadakan majlis kenduri kahwin, semua
masyarakat Malaysia berkongsi nilai yang sama, iaitu kad jemputan
diedarkan kepada semua jemputan dan terdapatnya majlis persandingan.
Manakala penyediaan makanan adalah dengan mendapat perkhidmatan
„katerer‰ dan hidangan pada kebiasaannya adalah secara bufet. Lokasi
majlis kenduri kahwin dijalankan di hotel. Jemputan akan membawa hadiah
kepada pengantin dalam bentuk barangan ataupun wang.

(m) Kajian yang dijalankan juga menunjukkan kebanyakan masyarakat Malaysia


masih mengamalkan konsep gotong-royong dan bekerjasama. Sikap tolong-
menolong masih lagi menjadi amalan.

(n) Kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa telah berlaku proses
asimilasi budaya yang wujud nilai etika sejagat yang merentasi kaum, etnik,
agama, tradisi dan kepercayaan rakyat Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


258  TOPIK 10 HALA TUJU

Rajah 10.1 memaparkan proses asimilasi budaya yang terlibat.

Rajah 10.1: Proses asimilasi budaya

10.1.2 Kehidupan yang Sejahtera dan Harmoni


Ahli kaji sosial berpendapat bahawa kehidupan yang sejahtera dan harmoni
merangkumi tiga aspek penting, iaitu:

(a) Aspek Sosial


Kehidupan yang sejahtera dan harmoni ialah kehidupan yang
mempamerkan interaksi sosial masyarakat yang cukup muhibah, saling
memahami, dan wujud rasa kasih sayang antara mereka. Sikap suka
bekerjasama, tolong-menolong merupakan asas kepada kehidupan
bertoleransi yang setiap individu dalam masyarakat bebas mengamalkan
budaya dan agamanya.

Malah, aspek perbezaan agama merupakan pemangkin kepada usaha untuk


saling mengenali, memahami dan menghormati. Aspek pendidikan
mempunyai fokus untuk melahirkan generasi rakyat yang mampu
memahami fungsi masing-masing.

Pendidikan dapat melahirkan generasi yang celik budaya, berfikiran


terbuka, sentiasa terdorong untuk melakukan sesuatu yang mempunyai
nilai moral dan akhlak yang tinggi. Perbezaan agama merupakan asas
kepada permuafakatan yang lebih berfaedah dalam usaha memupuk
kehidupan yang menjurus kepada rasa hormat, rasa bangga dan dapat
menilai secara kritis perbezaan yang wujud, bukan untuk mewujudkan
krisis.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HALA TUJU  259

(b) Aspek Ekonomi


Pendapatan per kapita rakyat berada pada tahap yang membolehkan
mereka memiliki keperluan asas. Ekonomi individu dijana oleh produktiviti
yang tinggi yang memberikan pulangan kepada negara dan rakyat. Jurang
perbezaan pendapatan rakyat bukanlah pada jurang yang luas serta mereka
dapat menikmati kemakmuran ekonomi secara adil dan saksama.

Pembangunan negara memberikan peluang kepada setiap rakyat


mengambil bahagian dan boleh berperanan untuk memakmurkan keluarga,
rakyat dan negara. Kadar kemiskinan berada pada tahap paling rendah.
Golongan kaya akan sentiasa mempunyai iltizam untuk membantu
golongan miskin, malah mereka tidak dipinggirkan dalam arus
pembangunan negara.

(c) Aspek Politik


Rakyat bebas memilih serta bersuara dalam usaha mewujudkan negara yang
stabil, aman dan sejahtera. Nilai demokrasi difahami dan dihayati secara
rasional oleh setiap rakyat. Semangat untuk mempertahankan kedaulatan
negara, membina tamadun bangsa ialah iltizam politik yang sentiasa
berusaha untuk memaksimumkan kepuasan kualiti kehidupan rakyat.

Ketiga-tiga elemen ini merupakan asas dalam pembinaan negara yang


sejahtera, aman dan damai. Aspek sosial, aspek politik dan aspek ekonomi
merupakan satu rantaian yang saling mempengaruhi. Untuk mewujudkan
iklim yang sejahtera dan harmoni, ketiga-tiga aspek ini seharusnya berada
pada tahap yang memberangsangkan.

Jika salah satu daripada tiga aspek penting ini berada pada tahap yang tidak
stabil, maka kesejahteraan negara akan tergugat. Oleh itu, kestabilan aspek
politik, sosial dan ekonomi merupakan petanda kepada tahap kesejahteraan
hidup rakyat.

Kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa masyarakat yang hidup dalam


keadaan sejahtera dan harmoni ialah masyarakat yang sentiasa berpegang pada
nilai hidup yang progresif, memahami aspirasi demokrasi, mempunyai kesedaran
untuk bertingkah laku baik, bertanggungjawab terhadap diri dan masyarakat, dan
berani mempertahankan nilai akhlak yang baik. Kehidupan masyarakat yang
sejahtera juga ditandai dengan mengamalkan kehidupan yang berteraskan
perpaduan dan hubungan kaum yang murni berlandaskan kesatuan yang utuh.
Hal inilah inti pati pada kehidupan yang cukup bermakna.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


260  TOPIK 10 HALA TUJU

10.2 KESAMARATAAN DAN KESAKSAMAAN


DALAM PELUANG PENDIDIKAN (EQUITY
AND EQUALITY IN EDUCATION)
Konsep pendidikan pelbagai budaya telah banyak melalui proses evolusi. Pada
mulanya, fokus pendidikan pelbagai budaya lebih tertumpu pada perbezaan
budaya dan bahasa semata-mata. Kemudian, datang pula idea hubungan manusia
yang lebih tertumpu pada keunikan individu dan keunikan ini mestilah diiktiraf.
Selanjutnya, muncul pula gerakan yang mengkaji etnik yang memasukkan aspek
etnik.

Akhir-akhir ini, wujud satu gerakan baharu yang berpendirian bahawa ketiga-tiga
aspek ini harus digabung dalam memberi konsep baharu terhadap pendidikan
pelbagai budaya. Golongan ini berpendapat bahawa pendidikan yang berbentuk
pelbagai budaya merupakan agen pembinaan semula masyarakat yang memberi
tumpuan pada konsep kesamarataan gender, etnik, budaya dan status
sosioekonomi masyarakat.

Maka, dalam konteks ini, pendidikan pelbagai budaya merupakan proses untuk
memberikan peluang kepada semua pelajar untuk mempelajari aspek budaya
yang pelbagai.

Implikasi pendidikan pelbagai budaya bukan sahaja terhadap kurikulum tetapi


perubahan ini turut berlaku dari aspek pedagogi dan iklim sekolah. Masyarakat
sekolah, pelajarnya dan iklim sekolah turut berubah; tidak lagi membawa imej
stereotaip tetapi menggalakkan pertumbuhan jati diri pelajar serta menggalakkan
semua pelajar bebas bersuara dan perlumbaan terhadap kejayaan akademik
menjadi penting.

Kepelbagaian budaya, etnik, gender dan status sosioekonomi dalam masyarakat


sekolah setiap hari meningkat. Hal ini termasuklah pelajar istimewa (pelajar cacat,
sindrom Down dan kecacatan lain). Hal ini merupakan cabaran yang perlu
dihadapi dalam masyarakat plural. Maka perbezaan pelbagai budaya ini
menuntut kesamarataan dan kesaksamaan dalam peluang pendidikan. Perkara ini
bermaksud semua pelajar mendapat hak yang sama rata serta diberi layanan yang
saksama dan adil.

Dalam konteks pendidikan pelbagai budaya, pernyataan kesamarataan dan


kesaksamaan dalam peluang pendidikan membawa maksud bahawa berdasarkan
perbezaan budaya, etnik atau gender yang dimiliki oleh mereka. Perbezaan ini
diiktiraf dan layanan yang sama rata dalam konteks pengajaran dan pembelajaran,
interaksi, peluang bersuara, dan peranan diberi secara adil dan saksama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HALA TUJU  261

Dalam bahasa yang mudah, hal ini bermaksud bahawa setiap pelajar mendapat
hak sama rata dengan pelajar lain, diberi peluang seluas-luasnya dan dilayan
secara adil walaupun berlainan dari segi budaya, jantina, etnik atau status
sosioekonomi.

Dalam menangani isu perbezaan budaya pelajar, dalam usaha untuk mewujudkan
kesamarataan dan kesaksamaan, Bronfenbrenner (l979) membangunkan Model
Ekologikal untuk menggabungkan pemboleh ubah kritikal ini untuk memberikan
layanan yang cukup bermakna kepada setiap pelajar.

Berdasarkan model ini, guru akan cuba memahami dan menilai pelajarnya dari
aspek berikut:
(a) Sistem mikro (microsystem) – Dalam konteks hubungannya.
(b) Sistem meso (mesosystem) – Hubungan atau pengaruh ibu, ayah, keluarga
yang jauh atau rakannya.
(c) Sistem makro (macrosystem) – Budaya pelajar dan subbudayanya.
(d) Sistem ekso (exosystem) – Aspek struktur sosial pelajar.

Model ini mengasingkan pelajar yang berbeza dan konteks ekologi yang ini akan
memberikan peluang kepada pelajar untuk meningkatkan kefahaman mereka
tentang isu kritikal yang memberi kesan kepada pelajar yang mempunyai latar
belakang yang berbeza; mereka diberi perkhidmatan yang relevan dan model
pendidikan yang sesuai dengan budaya pelajar.

Model pendidikan ini mempunyai ciri sensitiviti kepelbagaian budaya (highly


cultural sensitive) adalah untuk masyarakat dan pelajar berkenaan dan
mempunyai hubungan sosial yang pelajar berkenaan menjadi ahlinya. Model ini
kemudiannya diikuti dengan program intervensi dalam usaha membangunkan
jati diri pelajar. Hal ini penting supaya pelajar yang mempunyai pelbagai budaya
yang berbeza dapat dibentuk setiap tahap kehidupannya kerana golongan ini
mudah terdedah pada beberapa perubahan yang berlaku.

Pendidikan pelbagai budaya akan dapat memberikan hasil yang terbaik, jika
peluang pendidikan yang saksama dan sama rata dapat disediakan kepada semua
pelajar yang berbeza latar belakang, budaya, gender dan etnik. Dalam konteks
negara Malaysia, pendidikan pelbagai budaya harus memberikan tumpuan dan
fokus terhadap isu yang kritikal dan cukup dominan, iaitu isu perbezaan etnik,
perbezaan budaya dan perbezaan status sosioekonomi. Hal ini wujud kerana
landskap sosiopolitik Malaysia mempunyai masyarakat yang pelbagai,
terutamanya tiga kaum yang dominan, iaitu Melayu, Cina dan India.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


262  TOPIK 10 HALA TUJU

Pendidikan pelbagai budaya mempunyai objektif yang cukup murni, iaitu usaha
untuk melahirkan generasi masyarakat yang dapat menikmati kemakmuran
negara dalam suasana yang harmoni, aman serta damai tanpa sebarang krisis
walaupun kita mempunyai perbezaan budaya dan agama.

Matlamat pendidikan pelbagai budaya adalah untuk mewujudkan perpaduan


dalam kepelbagaian (unity in diversity).

(a) Amalan Unsur Pendidikan Pelbagai Budaya


Dalam usaha memupuk kehidupan yang bersatu padu, harmoni, dan aman
damai dalam masyarakat yang terdiri daripada pelbagai budaya seperti
Malaysia, maka amalan unsur pendidikan pelbagai budaya dalam
kehidupan seharian ialah pemangkin kepada usaha untuk mewujudkan
masyarakat yang dapat mencapai aspirasi negara. Hal ini bermaksud
masyarakat yang dapat hidup dalam keadaan harmoni dan bersatu padu
dalam kehidupan sebenar.

Amalan unsur pendidikan pelbagai budaya yang dimaksudkan ialah amalan


yang mempertahankan nilai murni serta nilai yang baik yang tidak
bercanggah dengan tuntutan agama, moral, etika dan akhlak manusia. Nilai
ini merentasi pelbagai budaya dengan menghormati dan mengiktiraf
perbezaan budaya yang wujud dalam masyarakat.

Kesan amalan pendidikan pelbagai budaya yang dibincangkan dalam


konsep masyarakat Madani dan masyarakat Bestari oleh Abd Rahim Abd
Rashid (2000) ialah diharapkan bahawa hasil daripada amalan unsur
pendidikan pelbagai budaya akan dapat melahirkan ahli masyarakat yang
sudah mempunyai kecekapan dan kemahiran sosial, iaitu boleh berinteraksi,
dapat menyesuaikan diri, mampu berkomunikasi dengan berkesan,
berdisiplin, berhemah tinggi dan dapat mengamalkan prinsip sosial yang
beretika.

Fokus utama adalah juga untuk menghasilkan individu yang dapat


memperkembangkan potensi dirinya, akhlak, sosial dan moral sebagai asas
pembangunan insan dan perhubungan antara ahli masyarakat.

Amalan unsur pendidikan pelbagai budaya dapat menyedarkan ahli


masyarakat tentang aspek hak dan undang-undang yang merupakan
landasan untuk mempertahankan hak asasi manusia, harta benda, hak untuk
bersuara, kebebasan berpersatuan, kebebasan untuk berucap dan memberi
pendapat dalam usaha untuk mempengaruhi keputusan yang berkait
dengan kepentingan awam dan hak individu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HALA TUJU  263

Amalan unsur pendidikan pelbagai budaya juga dapat meningkatkan


kefahaman dan kecelikan sosial tentang perbezaan, budaya, etnik, tradisi
dan nilai kepercayaan dalam kalangan individu. Malah, ia dapat
mewujudkan individu yang mempunyai pegangan agama yang utuh dan
kekuatan rohani; dan dapat membentuk nilai moral dan akhlak dalam proses
berinteraksi sesama ahli masyarakat.

Malah amalan unsur pendidikan pelbagai budaya dapat melahirkan


individu yang peka tentang masyarakat yang demokratik, adil dan saksama.
Akhirnya, diharapkan dapat melahirkan golongan yang menghargai nilai
intelektual, nilai sosial dan etika yang bersifat progresif dan dinamik.

(b) Ke Arah Transformasi Diri dan Masyarakat


Transformasi diri dan masyarakat harus bermula dengan transformasi
pemikiran terlebih dahulu, sebelum disusuli dengan transformasi diri dan
transformasi masyarakat.

(i) Transformasi Pemikiran


Dari aspek transformasi pemikiran, proses pembangunan pemikiran
bangsa adalah melalui sistem pendidikan yang diamalkan oleh
sesebuah negara. Di Malaysia, usaha membangunkan daya fikir rakyat
tidak dapat dinafikan lagi. Kerajaan melalui sektor pendidikan telah
menyediakan prasarana yang cukup daripada pendidikan prasekolah
hinggalah ke tahap universiti dalam usaha melahirkan generasi rakyat
yang mampu berfikir dan menyumbang kepada kemakmuran negara.

Individu dan masyarakat yang berjaya ialah individu dan masyarakat


yang sentiasa berfikir. Mereka ialah golongan ahli masyarakat yang
berkebolehan menimba ilmu daripada seberapa banyak sumber yang
mungkin, menilai dan menghalusi setiap ilmu yang diperoleh, dan
dapat mengaplikasikannya dalam kerangka untuk menyelesaikan
masalah yang wujud dalam masyarakat.

Transformasi pemikiran bermaksud bahawa setiap ahli masyarakat


sebaik-baiknya mampu memaksimumkan keupayaan otak (lahir), iaitu
keupayaan untuk melihat sesuatu berdasar rasionaliti, bukti dan
musabab (logik), malah ada keupayaan dan kekuatan untuk
mewujudkan kreativiti, kebolehan mencari alternatif dan menginovasi
(lateral). Akhirnya, golongan ini mempunyai pegangan utuh terhadap
agama sebagai „tambatan‰ supaya tidak melampaui „undang-
undang‰ dan etika (luhur).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


264  TOPIK 10 HALA TUJU

Hal ini akan membolehkan seseorang itu mampu berhadapan dengan


kemelut dan cabaran hidup. Hal ini demikian kerana setiap individu
dibekalkan dengan kepintaran mengubah cara dan pendekatan untuk
terus berjaya untuk berkreativiti dan berinovasi. Seseorang perlu
mengubah, mengalih dan mencari pendekatan serta kebolehan yang
perlu sehingga terbentuknya kemahiran. Lebih mahir seseorang itu,
maka lebih terbuka „halaman‰ di depannya untuk bergerak.

Akhir-akhir ini, pelbagai cabaran yang mengasak daripada pelbagai


penjuru, luar dan dalam, menggesa setiap individu untuk
mempertahankan kelangsungan bangsa dan terus bergerak melangkah
lebih jauh untuk menjadi bangsa yang berjaya. Hal inilah yang
dimaksudkan dengan perubahan paradigma pemikiran sebelum
bertolak membincangkan transformasi diri dan masyarakat.

(b) Transformasi Diri


Bertolak daripada kekuatan pemikiran maka berlakulah transformasi diri
yang memberi corak dan pendekatan baharu dalam usaha mewujudkan
masyarakat Malaysia yang mempunyai identitinya yang tersendiri. Hal ini
demikian kerana individu yang kekuatan minda serta daya fikir bersifat
sensitif terhadap perubahan, terhadap krisis moral dan krisis sosial
masyarakat.

Individu yang mempunyai kekuatan minda juga bersifat proaktif dalam usaha
menyesuaikan diri dalam peradaban hidup bermasyarakat. Kekuatan minda
dapat menjana kehidupan yang lebih bererti sambil memberikan sumbangan
yang cukup bermakna untuk mewujudkan masyarakat yang mempunyai jati
diri yang utuh, tanpa dapat dipengaruhi oleh nilai negatif yang bergerak
seiring anjakan paradigma masyarakat industri pada hari ini.

(c) Transformasi Masyarakat


Pada hari ini, perubahan diri, transformasi yang lebih bermakna perlu
dilakukan dalam proses sosialisasi dengan peradaban baharu masyarakat
Malaysia. Pemikiran yang bersifat jumud, mementingkan diri dan
kelangsungan etnik dan kaum tertentu sudah tidak lagi mendapat tempat.
Individu dan masyarakat harus melihat daripada spektrum baharu
kehidupan bermasyarakat dalam acuan yang lebih terbuka, bertoleransi dan
dapat menerima perbezaan yang wujud.

Era bersikap cauvinis dalam hubungan kaum sudah berlalu. Masyarakat hari
ini melihat kerukunan hidup yang memperjuangkan nilai universal yang
dapat memenuhi kehendak dan hasrat keseluruhan masyarakat Malaysia
menjadi agenda utama. Pemikiran jumud yang memaparkan ekstremisme

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HALA TUJU  265

budaya yang melampau dan menafikan hak orang lain adalah sesuatu yang
mendukacitakan. Hal inilah paradigma baharu dalam melestarikan pemikiran
dan sikap yang lebih bersikap terbuka.

Globalisasi juga menuntut kita untuk berubah. Kita tidak mampu lagi hidup
dalam kepompong budaya dan bangsa kita lagi. Sebaliknya, kita mesti
menerima kehadiran pelbagai tamadun, pelbagai maklumat dan pelbagai
kemajuan hasil kemajuan masyarakat dunia. Era teknologi maklumat telah
berjaya membuka minda kita dalam hubungan yang lebih bermakna dalam
memupuk aliran budaya positif.

Globalisasi juga menuntut kekuatan dan transformasi diri mempertahankan


nilai yang cukup bermakna yang selama ini menjadi tunggak kejayaan kita.
Globalisasi dan era teknologi maklumat bukan pemangkin kepada
penghakisan budaya dan nilai murni masyarakat Malaysia. Kita jangan
mudah menjadi jaguh dan agen pemodenan semata-mata untuk berubah,
tanpa memikirkan impaknya pada usaha untuk mewujudkan kehidupan
yang lebih bermakna.

Nilai murni masyarakat, kehidupan berakhlak menjadi modal insan yang


dipegang kuat tanpa tolak ansur. Maka transformasi diri harus menjurus
kepada melahirkan individu yang mempunyai personaliti unggul (towering
personality) yang menjadi suri teladan kepada generasi baharu negara, tetap
membawa identiti baharu rakyat Malaysia dalam usaha memupuk
kehidupan bertamadun, adil dan saksama pada peringkat global.

Sejarah telah banyak mengajar kita, runtuhnya tamadun sesuatu bangsa


bukanlah kerana kalah dalam peperangan; runtuhnya tamadun sesuatu
bangsa disebabkan oleh masyarakatnya yang rapuh budaya, yang tidak
mempunyai jati diri tulen dan tidak mempunyai kekuatan jiwa. Amalan nilai
murni dalam kehidupan bermasyarakat haruslah bersifat merentas budaya
dan kaum. Interaksi sosial yang merentasi budaya, agama, dan kaum
mempunyai kekuatan dalam membina satu bangsa Malaysia.

Perspektif baharu masyarakat yang telah melalui proses transformasi diri


harus dapat mewujudkan perubahan sosial yang drastik. Perubahan
masyarakat ini dapat dilakukan dengan wujudnya individu yang optimistik
terhadap perubahan, berani bertindak berasaskan nilai intelektual yang jitu,
mempunyai dimensi moral yang utuh, dan dapat membina dan
mempertahankan nilai hidup masyarakat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


266  TOPIK 10 HALA TUJU

Dari perspektif keazaman politik, sudah sampai masanya masyarakat lebih


menumpukan kewujudan satu bangsa yang terhasil daripada perkongsian
bijak, perkongsian kuasa yang bersifat menang-menang, tidak lagi bertindak
menjuarai satu kelompok masyarakat sahaja. Iltizam politik memerlukan
komitmen tinggi, pengorbanan, tolak ansur, dan mempunyai matlamat jelas
dalam usaha mewujudkan kejelikan yang kuat dan kemas.

Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan setiap individu, setiap masyarakat


harus bergerak untuk berubah. Dunia dan tamadunnya bukan bersifat statik.
Perubahan berlaku saban hari. Ia adalah agak malang, jika kita masih lagi
hidup dalam rangka pemikiran yang ketinggalan zaman, sedangkan
masyarakat dunia sibuk merebut peluang untuk mencapai kemajuan untuk
meletakkan diri dan bangsa dalam peradaban baharu dunia.

10.3 PENDEMOKRASIAN DALAM


PENDIDIKAN
Pendemokrasian dalam pendidikan ialah proses mendemokrasikan sistem
pendidikan supaya setiap individu diberi peluang dan hak yang sama bagi
memperoleh peluang pendidikan dan kemudahan yang disediakan. Ia termasuk
kebebasan memilih jenis sekolah untuk belajar tanpa mengira status ekonomi, taraf
sosial, jantina, kaum, agama dan latar belakangnya.

10.3.1 Konsep
Menurut R. Kiao (1981) dalam laporan kajiannya bertajuk Democratization of
Education: A Tanzania Case menyebut bahawa „pendemokrasian pendidikan‰
merujuk kesamarataan peluang untuk semua individu dalam sebuah negara yang
melibatkan peruntukan kewangan dan bahan sumber yang besar, melibatkan
pembangunan dasar yang direka untuk mengurangkan ketidaksamaan dari segi
sosial dan ekonomi, di samping mengurangkan kos persekolahan seperti yuran
dan kos bahan, melibatkan pembangunan kurikulum yang berkaitan dan kerja
merangka prosedur pemilihan yang sesuai untuk memperoleh peluang
pendidikan pada peringkat yang lebih tinggi.

Menurut Dewey (1966) pula dalam tulisan beliau Democracy and Education An
Introduction to the Philosophy of Education, pendemokrasian pendidikan ialah
peluang yang disediakan untuk semua orang untuk berjaya dalam pendidikan
dan menggunakan pendidikan sebagai alat utama untuk berjaya dalam hidup dan
menikmati kehidupan yang berkualiti.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HALA TUJU  267

10.3.2 Isu Semasa dalam Pendemokrasian Pendidikan


Banyak langkah dan dasar telah dibuat oleh banyak negara termasuk negara ini
untuk memastikan seluruh rakyat dan warganegara di negara ini berpeluang
menikmati pendidikan asas yang berkualiti secara percuma. Pada masa yang
sama, keperluan untuk memastikan bahawa pelajar yang kurang upaya juga diajar
berdasarkan sistem dan kurikulum yang sama dengan pelajar normal.

Usaha untuk mencapai matlamat pendemokrasian pendidikan yang dinyatakan


dalam dasar pendidikan adalah seperti pendidikan wajib dan percuma untuk
sekolah rendah dan sekolah menengah, pelaksanaan sekolah vernakular (SJK Cina
dan SJK Tamil), sekolah teknik, sekolah berasrama, sekolah agama dan sekolah
pendidikan khas. Sekolah kurang murid (SKM) pula adalah untuk memenuhi
keperluan pelajar dari kawasan terpencil.

Dalam usaha untuk menyediakan peluang kepada masyarakat untuk meneruskan


pengajian mereka ke peringkat pengajian tinggi, kerajaan menerusi Kementerian
Pelajaran telah mewujudkan pendidikan dalam talian, kolej dan universiti swasta.
Selain itu, pelbagai program seperti Skim Bantuan Pendidikan, Skim Pinjaman
Buku Teks (SPBT) dan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dilaksanakan untuk
membantu pelajar daripada golongan berpendapatan rendah supaya mereka terus
kekal dalam sistem pendidikan dan sentiasa berupaya mengamalkan budaya
hidup sihat.

10.3.3 Cabaran dalam Pendemokrasian Pendidikan


Pelbagai cabaran telah dihadapi oleh kerajaan dalam melaksanakan
pendemokrasian pendidikan. Kerajaan perlu memastikan bahawa pendidikan
berkualiti diberi kepada pelajar tanpa mengira latar belakang etnik, status
sosioekonomi, lokasi dan ekuiti.

Pelajar dari sekolah luar bandar harus mempunyai hak untuk menggunakan
kemudahan dan infrastruktur yang sama seperti di sekolah bandar. Pelajar dari
sekolah luar bandar juga perlu diajar oleh guru terlatih dan berkualiti bagi
memudahkan mereka untuk mencapai kecemerlangan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


268  TOPIK 10 HALA TUJU

10.3.4 Peranan Guru dalam Pendemokrasian


Pendidikan
Guru memainkan peranan dalam merealisasikan matlamat pendemokrasian
pendidikan dengan memastikan peluang yang sama diberi kepada semua pelajar
tanpa mengira etnik, jantina, status sosioekonomi, latar belakang budaya, agama
dan kecerdasan. Hal ini supaya mereka dapat memperkembangkan potensi
mereka dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor secara holistik dalam mencapai
matlamat kemenjadian pelajar.

Tambahan lagi, guru perlu mengamalkan prinsip keadilan dan kesaksamaan


dalam semua aspek pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum, di samping
berupaya untuk melakukan interaksi yang baik dengan pelajar yang terdiri
daripada pelbagai kumpulan etnik.

Kepentingan pendemokrasian pendidikan jelas diperlihatkan apabila ia dapat


membasmi masalah buta huruf dalam kalangan penduduk dalam negara kurang
maju. Keadaan ini dibuktikan dengan pelaksanaan sistem pendidikan melalui
pendemokrasian yang memberi pendidikan kepada semua masyarakat di luar bandar.

Selain itu, pendemokrasian pendidikan juga dapat merapatkan jurang pencapaian


akademik kerana ketidaksamaan peluang dalam pendidikan. Jurang pencapaian
akademik dipengaruhi oleh perbezaan kelas sosial, perbezaan sosialisasi bahasa dan
perbezaan lokasi dan luar bandar.

Mengikut kajian seperti yang dilaporkan oleh Bourdieu (1995), ahli sosiologi
pendidikan dari Perancis, pencapaian persekolahan seseorang individu adalah berkait
rapat dengan latar belakang kebudayaan ibu bapanya dan tahap pendidikan ibu bapa
adalah lebih banyak mempengaruhi pencapaian persekolahan anak mereka daripada
kedudukan kerjaya mereka dalam masyarakat.

Isu ini juga dapat meningkatkan keprihatinan masyarakat terhadap pendidikan serta
perkembangan terkini, seterusnya menimbulkan minat mereka terhadap pendidikan
secara amnya dan khususnya terhadap pendidikan anak mereka.

Maka, tidak akan wujud lagi alasan tidak menghantar anak ke sekolah disebabkan
desakan hidup. Seterusnya, pendemokrasian pendidikan turut memberi kesedaran
kepada pelajar tentang kepentingan pendidikan untuk masa depan masyarakat
Malaysia dan seterusnya membangunkan negara.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HALA TUJU  269

Slogan „Bangsa Malaysia‰ mempunyai kesinambungan dengan pendemokrasian


pendidikan ini. Bangsa Malaysia mengutamakan rakyat berbilang kaum dalam segala
aspek tanpa mengira kaum dan bangsa, terutamanya dalam pendidikan. Sistem
pendidikan tidak pernah mengabaikan mana-mana golongan masyarakat sama ada
golongan buta, cacat pendengaran dan bisu serta kanak-kanak sindrom Down dan
lain-lain juga mendapat peluang dalam perkhidmatan pendidikan dalam negara.

Oleh sebab itu, kewujudan institusi pendidikan swasta dan pelbagai jenis sekolah,
iaitu Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil SJK(C),
SKJ(T), Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Menengah Agama, Sekolah Swasta
dan sebagainya merupakan sebahagian daripada agenda pendemokrasian
pendidikan.

Tidak cukup dengan itu, langkah sokongan untuk memantapkan lagi pelaksanaan
agenda pendemokrasian pendidikan dari aspek ini, iaitu bantuan buku dan kebajikan
melalui SPBT, RMT, bantuan awal persekolahan dan pemberian biasiswa oleh
Kementerian Pendidikan dan agensi lain bagi mereka yang layak bertujuan supaya
kemiskinan tidak dijadikan alasan seseorang itu tidak mendapat pendidikan
sewajarnya.

Hal ini jelas memperlihatkan langkah kerajaan untuk membangunkan pendidikan


dalam kalangan rakyat Malaysia supaya tidak terdapat golongan yang tertinggal
dalam arus pendidikan, terutamanya generasi yang akan menjadi peneraju negara
pada masa akan datang.

Malaysia ialah negara kita yang tercinta. Oleh sebab itu, pendekatan, pelaksanaan dan
amalan pendemokrasian pendidikan haruslah dinilai dengan membuat perbandingan
dengan negara yang lebih maju yang lain supaya hasrat kerajaan untuk membentuk
sistem pendidikan yang terbaik akan terlaksana.

10.4 PEMBENTUKAN PERADABAN


MASYARAKAT MALAYSIA DALAM
PENDIDIKAN
Para sarjana dan pemikir bersependapat bahawa faktor manusia sebagai unsur
terpenting dalam kelangsungan sesebuah peradaban. Manusia sebagai makhluk
sosial sepertimana yang diistilahkan oleh Ibn Khaldun, merupakan pelakon utama
yang berperanan membentuk dan mencorakkan sesebuah peradaban. Sebagai
memenuhi peranan makhluk sosial, manusia tidak boleh hidup secara
bersendirian, tetapi memerlukan individu lain dan persekitaran untuk dilahirkan,
diasuh, dididik, dibangunkan dan dibesarkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


270  TOPIK 10 HALA TUJU

Manusia juga memerlukan komuniti untuk membangunkan institusi sosial bagi


tujuan memajukan diri. Interaksi dan kerjasama inilah yang akhirnya melahirkan
sesebuah peradaban manusia. Jelasnya di Malaysia, peranan pendidikan agama,
budaya dan teknologi dalam memantapkan sesebuah peradaban merupakan asas
kukuh yang perlu diperkasa dalam pembentukan peradaban negara yang lebih
dinamik.

10.4.1 Peradaban
Mahadi Abu Hassan dan Khadijah Mohd Khambali (2013) menjelaskan perkataan
„peradaban‰ sering kali disamakan dengan pengertian tamadun yang membawa
maksud „pencapaian dan kemajuan sesebuah bangsa dan masyarakat
merangkumi aspek intelektual, spiritual, emosi dan jasmani atau fizikal.‰

Antara sarjana terawal yang mengutarakan konsep peradaban atau tamadun ini
ialah al-Farabi melalui tulisannya Al-Siyasah al-Madaniyyah yang
memperkenalkan istilah madaniyyah atau „perbandaran‰ pada kurun ke-11
Masihi. Istilah tersebut kemudiannya dipopularkan oleh sarjana lain seperti Farid
Wajdi dan Muhammad Abduh (Beg, 1980).

10.4.2 Pembentukan Peradaban Malaysia


Bagi membangunkan peradaban Malaysia keseimbangan antara kemajuan
material dan pengukuhan pegangan kerohanian berasaskan amalan agama dan
ketuhanan perlu dibentuk. Penghayatan terhadap agama menjamin kelangsungan
hayat sesebuah peradaban untuk berdiri kukuh dalam jangka waktu yang lama.

Selain merupakan penggerak yang amat efektif ke arah mewujudkan rasa


kesamaan, keharmonian pergaulan, hormat-menghormati serta tolong-menolong
sesama manusia, agama bertindak memandu rakyat Malaysia ke arah kesatuan
jiwa dan kekuatan, terutamanya pada tahap permulaan pembentukan sesebuah
peradaban. Dalam proses memantapkan dan menstabilkan peradaban, agama
harus dikembangkan sehingga terbentuknya satu penghayatan yang mantap bagi
rakyat seluruhnya (Muhamad Tahir, 1998).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HALA TUJU  271

Bennabi (1994) telah merumuskan perkembangan masyarakat manusia


seumpama organisma hidup yang melalui tiga fasa perkembangan, iaitu:

(a) Masyarakat Praperadaban


Masyarakat praperadaban merujuk masyarakat primitif yang masih berada
pada tahap benda (things age). Masyarakat praperadaban dalam konteks
peradaban Malaysia adalah masyarakat yang masih dibatasi oleh sistem
penjajahan.

(b) Masyarakat Berperadaban


Tahap seterusnya ialah masyarakat berperadaban, iaitu masyarakat yang
menuju ke tahap kemajuan dan kebebasan pemikiran selepas negara
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Pada peringkat umum pencapaian
ilmu, agama dan teknologi memainkan peranan penting dalam membentuk
jaringan hubungan sosial, politik, pencapaian ekonomi dan kemajuan yang
lain.

Dalam konteks peradaban Malaysia, dasar dan sistem kenegaraan


disalurkan menerusi kurikulum kebangsaan bagi menjana pemikiran dan
budaya baharu dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan
keturunan. Hal ini sekali gus mewujudkan konsep baharu melalui
persaudaraan, persahabatan, perpaduan yang ditunjukkan oleh seluruh
rakyat Malaysia termasuk Sabah dan Serawak.

(c) Masyarakat Pascaperadaban


Tahap pascaperadaban pula merupakan tahap terakhir perkembangan
masyarakat Malaysia, iaitu tahap masyarakat mula kehilangan punca
pemikiran aslinya. Kehidupan mula bersifat individualistik dan
meninggalkan konsep persaudaraan yang ditunjukkan oleh golongan
masyarakat tradisional Malaysia.

Dalam tempoh tersebut, fahaman kebendaan cukup berleluasa mengatasi


batas kesusilaan dan keharmonian. Maka, pembinaan peradaban Malaysia
perlu terus berada di atas landasan yang asal, yang betul dan benar supaya
satu kecemerlangan peradaban dapat dizahirkan dalam negara ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


272  TOPIK 10 HALA TUJU

10.4.3 Peranan Pendidikan


Pembinaan sesuatu peradaban bukanlah hasil daripada satu individu sahaja,
malah ia akan terhasil dengan gagasan usaha yang bersepadu dan holistik bagi
seluruh anggota masyarakat dalam pelbagai sektor seperti ekonomi, sosial,
pengurusan dan tidak ketinggalan, sektor pendidikan.

Antara peranan yang boleh dimainkan sektor pendidikan dalam pembinaan


peradaban dan tamadun Malaysia adalah seperti yang berikut:

(a) Pembinaan Jati Diri dan Sahsiah


Memupuk semangat perpaduan dan muhibah dalam kalangan pelajar taat
kepada ajaran agama dan ketuhanan, mematuhi adab, etika dan akhlak
mulia selari dengan perlembagaan dan Rukun Negara menerusi amalan
pengajaran dan pembelajaran berteraskan kurikulum kebangsaan.

(b) Budaya Ilmu dan Teknologi


Kepentingan penguasaan ilmu pengetahuan sepanjang hayat dalam semua
bidang termasuk bidang sosial, ekonomi, sains, teknologi, maklumat,
teknikal, kesenian, budaya dan sebagainya perlu dibudayakan menerusi
pendidikan.

(c) Kemahiran, Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi Futuristik


Pembinaan dan pembangunan peradaban amat berkait rapat dengan
kemajuan fizikal dan material. Oleh itu, aspek kemahiran menjadi teras
utama selepas penguasaan ilmu pengetahuan.

Bidang keusahawanan pula menjadi laluan utama penjanaan ekonomi yang


dinamik dan global. Kejayaan sesebuah peradaban hari ini adalah
sumbangan kepada generasi akan datang; justeru, daya kreativiti dan
inovasi yang bersifat futuristik (masa hadapan) menjadi amat mustahak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HALA TUJU  273

10.5 PERANAN FALSAFAH DAN DASAR


PENDIDIKAN NEGARA
Rajah 10.2 memaparkan Falsafah Pendidikan Negara (FPN).

Rajah 10.2: Falsafah Pendidikan Negara

Falsafah Pendidikan Negara perlu dijelaskan dan difahami serta dihayati


sepenuhnya.

Menurut Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia


(1988) menyebut beberapa asas penting dalam memahami peranan Falsafah
Pendidikan Negara (FPN) adalah seperti yang berikut:

(a) Latar Belakang Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960)
menjadi asas kepada pembentukan sistem dan Dasar Pelajaran Kebangsaan
seperti termaktub dalam Akta Pelajaran 1961. Ketiga-tiga dokumen ini
menegaskan perpaduan sebagai matlamat utama negara. Di samping itu,
usaha juga mesti dilaksanakan untuk memajukan aspek pembangunan
bangsa dan negara yang meliputi kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik.

(b) Kemajuan dalam aspek ini bertujuan mempercepat dan memperkukuhkan


cita-cita ke arah mewujudkan perpaduan negara. Usaha ke arah
mewujudkan perpaduan menjadi semakin mendesak apabila berlakunya
tragedi 13 Mei 1969. Kerajaan telah membentuk Dasar Ekonomi Baru yang
bertujuan menghapuskan kemiskinan dan pengenalan kaum mengikut
pekerjaan. Di samping itu, digubal Rukun Negara yang menggariskan lima
rukun sebagai asas pegangan dan panduan setiap rakyat di negara ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


274  TOPIK 10 HALA TUJU

(c) Dalam bidang pendidikan, satu jawatankuasa kabinet telah ditubuhkan


pada tahun 1974 untuk mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan.
Dalam laporan jawatankuasa ini, matlamat perpaduan ditegaskan semula.
Di samping itu, laporan ini juga meluaskan lagi matlamat pendidikan
negara meliputi: „ ⁄⁄ matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat
yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih‰ (Laporan Jawatankuasa
Kabinet, 1974:1).

(d) Ringkasnya, matlamat pendidikan ialah untuk melahirkan warganegara


yang baik yang memiliki ciri-ciri bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.
Lebih lanjut lagi, laporan tersebut menghuraikan ciri-ciri seorang
warganegara yang baik. Ciri-ciri tersebut ialah:
(i) Keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan
rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai
sebagai rakyat Malaysia;
(ii) Menghormati dan mematuhi undang-undang serta peraturan,
bersedia bekerja atau membuat sesuatu sehingga sempurna,
menghormati hak individu, mengamalkan tingkah laku yang baik dan
tidak menjejaskan kepentingan orang lain, menghormati dan
mempunyai semangat memperbaiki keadaan secara membina, dan
bersedia berkhidmat untuk negara; dan
(iii) Boleh menyertai dengan berkesan dalam kegiatan pembangunan
negara.

Untuk menjayakan pembentukan warganegara yang berdisiplin dan bertatasusila,


Laporan Jawatankuasa Kabinet memperakukan supaya pelajar bukan Islam diajar
Pendidikan Moral dan Etika. Pengajaran Pendidikan Islam pula diperbaiki serta
diperkukuhkan. Pengubahsuaian juga dilakukan dalam kurikulum untuk
menemui dan memenuhi hasrat menghasilkan warganegara yang dapat memberi
sumbangan kepada negara.

Selaras dengan perkembangan masyarakat dunia, masyarakat Malaysia juga


mengalami proses perkembangan yang pesat dan mencabar. Oleh itu, sistem
pendidikan harus menerima cabaran tersebut kerana proses perkembangan
sesuatu masyarakat sentiasa dikaitkan secara langsung dengan sistem pendidikan.

Dalam konteks ini, Laporan Jawatankuasa Kabinet menjelaskan: „Untuk


kepentingan pembangunan negara, tenaga rakyat yang diperlukan bukan sahaja
perlu dilihat dari segi bilangan, jenis pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki
bahkan perlu dilihat dari segi nilai-nilai disiplin yang perlu diterima. Dari segi
sikap, mereka jujur dan dedikasi terhadap kerja. Mereka bukan sahaja perlu cekap

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HALA TUJU  275

bahkan perlu boleh berfikir dan bertindak dengan baik sama ada secara sendiri
mahupun secara beramai-ramai dengan berpandukan kepada punca-punca
akhlak yang mulia. Tegasnya, individu yang dilahirkan dari sistem persekolahan
negara perlu selaras dengan tujuan pembangunan kemanusiaan.‰

Dengan mengambil kira pernyataan dan perakuan tadi, sistem pendidikan negara
mesti digerakkan untuk menemui serta memenuhi cita-cita tersebut. Falsafah dan
matlamat pendidikan negara dalam sistem pendidikan kebangsaan yang
diamalkan sekarang, tidak dinyatakan secara tersurat.

Walau bagaimanapun, hasrat dan matlamat pendidikan negara telah dicerminkan


dalam Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961 dan Laporan
Jawatankuasa Kabinet 1979. Dalam konteks pembangunan negara, sistem
pendidikan kebangsaan ini dikaitkan pula dengan prinsip Rukun Negara.

Keperluan untuk menyatakan Falsafah Pendidikan Negara secara tersurat telah


lama disedari. FPN ini dapat menjadi cermin cita-cita dan keunggulan yang
hendak diperjuangkan oleh rakyat negara ini. Selaras dengan hasrat dan cita-cita
ini Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan seperti yang berikut:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.

Pernyataan falsafah ini menegaskan bahawa sistem pendidikan negara memberi


penekanan pada perkembangan potensi individu secara menyeluruh serta
bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik, berdasarkan kepercayaan,
keyakinan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Hal ini bermakna FPN berhasrat untuk melahirkan insan yang berpegang teguh
pada agama. Berpandukan FPN, matlamat pendidikan ialah ke arah melahirkan
insan yang baik dan sempurna. Insan yang baik ini secara automatik menjadi
warganegara Malaysia yang baik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


276  TOPIK 10 HALA TUJU

Mereka ini hendaklah memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:


(a) Percaya dan patuh kepada Tuhan;
(b) Berilmu pengetahuan;
(c) Berakhlak mulia;
(d) Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara;
(e) Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara; dan
(f) Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.

10.5.1 Huraian Falsafah Pendidikan Negara


Huraian FPN adalah seperti yang berikut:

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia


(1988), „memperkembangkan potensi individu‰ bermaksud:

Potensi ini ialah bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh seseorang individu
semenjak dia dilahirkan. Bakat dan kebolehan ini meliputi aspek intelek, rohani
dan emosi, dan jasmani yang merupakan anugerah Tuhan. Bakat ini perlu
dicungkil, diperkembangkan dan dipertingkatkan secara berterusan.

Manakala ‰menyeluruh dan bersepadu‰ bermaksud:

Kesemua bakat dan kebolehan yang ada pada diri individu hendaklah
diperkembangkan secara optimum. Pengembangan itu pula hendaklah
dilakukan secara tergabung dan saling berkaitan antara satu sama lain.

„Insan yang seimbang dan harmonis‰ pula bermakna:

Manusia yang memiliki sahsiah yang sepadu apabila semua potensi dirinya
dikembangkan secara selaras, menyeluruh dan harmonis. Dia menjadi insan
yang sentiasa bersyukur, bersedia menerima segala ujian dan cabaran hidup
serta sentiasa berikhtiar untuk mengatasi segala masalah yang dihadapi dengan
tenang. Oleh sebab itu, dia dapat menikmati ketenteraman dan ketenangan jiwa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HALA TUJU  277

Keseimbangan dan kesejahteraan yang dimiliki bukan sahaja bermanfaat pada


dirinya, malahan ia tercermin dalam hubungannya dengan orang lain, dengan
alam sekitaran dan dengan Maha Pencipta. Perhubungan ini tidak dihadkan oleh
batas sempadan negaranya sahaja, malah ia menjangkau ke peringkat dunia dan
antarabangsa.

Unsur intelek mengandungi aspek berikut:


(a) Hikmah, iaitu ilmu yang boleh membawa kepada kemakmuran;
(b) Daya pemikiran yang kreatif dan inovatif;
(c) Daya pemikiran yang logik dan analitis; dan
(d) Ilmu yang bermanfaat.

Unsur rohani dan emosi pula merangkumi aspek berikut:


(a) Keyakinan terhadap Tuhan;
(b) Kepercayaan beragama;
(c) Kemantapan jiwa;
(d) Penghayatan nilai murni dan norma masyarakat;
(e) Berbudi pekerti mulia; dan
(f) Berbakti dan berkorban.

Unsur jasmani pula merangkumi dua perkara berikut:


(a) Kecergasan fizikal dan kesihatan diri; dan
(b) Dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal sendiri untuk berdikari dan
hidup bermasyarakat.

„Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan‰, memberi fokus pada usaha ke arah
ini yang dapat melahirkan individu yang yakin bahawa manusia dan alam tidak
terjadi secara tersendiri tetapi ada Penciptanya. Keyakinan ini pula menguatkan
kepercayaan bahawa hukum alam ialah hukum Tuhan jua dan manusia
dianjurkan mengkaji fenomena alam. Manusia juga dituntut memikul amanah dan
bertanggungjawab kepada Tuhan dalam mentadbir dan memakmurkan alam ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


278  TOPIK 10 HALA TUJU

„Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan‰ bererti:

Masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan memiliki sikap suka membaca


serta cintakan ilmu pengetahuan. Manusia yang memiliki sifat ini akan
menggunakan ilmu tersebut untuk manfaat diri dan orang lain. Hal ini
bermakna setiap individu mesti berusaha untuk menghayati prinsip
pendidikan sepanjang hayat.

“Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia‰ pula bermaksud:

Masyarakat Malaysia yang baik budi pekertinya serta memiliki tingkah laku
yang sopan, berdisiplin dan bersepadu. Sifat mulia ini terbentuk dari dalam diri
setiap rakyat. Sifat mulia ini juga mesti berteraskan ilmu, keyakinan dan
amalan.

Sementara „rakyat Malaysia yang bertanggungjawab‰ bererti:

Masyarakat Malaysia yang berpegang teguh pada amanah dan mempunyai


tanggungjawab yang tinggi terhadap Tuhan, bangsa dan negara. Masyarakat ini
ialah masyarakat yang produktif, bertanggungjawab dalam melaksanakan
tugas mereka dengan bersih, cekap dan amanah.

„Rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan diri‰ bermaksud:

Masyarakat Malaysia yang memiliki jiwa yang damai dan tenteram. Hal ini
membolehkan setiap individu memperkembangkan dan memanfaatkan
seluruh potensi dirinya bagi memenuhi keperluan sendiri, keluarga,
masyarakat, agama dan negara.

„Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan‰ bermakna:

Masyarakat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran bagi melahirkan


tenaga manusia yang produktif, berinisiatif dan berinovatif untuk
mentadbirkan alam. Masyarakat ini mampu menggunakan teknologi dengan
cekap bagi mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah pembangunan negara.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HALA TUJU  279

10.5.2 Keharmonian dan Kemakmuran Masyarakat


dan Negara
Masyarakat Malaysia yang mengamalkan sikap toleransi antara satu sama lain,
bekerjasama, hormat-menghormati dan mencapai perpaduan kaum. Dengan
adanya perpaduan muncul keadaan yang aman, tenteram dan stabil. Suasana
yang sihat dan positif membantu dan menjamin perkembangan ekonomi dan
kemajuan dalam semua bidang kehidupan.

Tegasnya, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) ialah teras kepada sistem


pendidikan di negara ini. Falsafah ini digubal atas kesedaran bahawa negara mesti
mempunyai tuju hala dan matlamat yang benar dan tepat dalam sistem dan
rancangan pendidikannya. Selaras dengan Rukun Negara, falsafah pendidikan ini
turut menekankan prinsip kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Malah keseluruhan Falsafah Pendidikan Negara adalah berpaksikan ketuhanan.


FPN ini dimanifestasikan dalam diri insan yang memiliki ciri-ciri baik, seimbang
dan harmonis. Dalam konteks yang lebih luas, insan yang baik, seimbang dan
harmonis mencerminkan individu yang berilmu pengetahuan, luhur dan mulia
dari segi rohani, sihat dan bersih dari segi mental dan fizikal serta dapat berbakti
kepada agama, bangsa dan negara.

AKTIVITI 10.2
1. Apakah hala tuju negara Malaysia? Huraikan.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan „kesatuan dalam
kepelbagaian budaya‰? Bincangkan.
3. Huraikan maksud asimilasi budaya dalam konteks negara
Malaysia.
4. Apakah kesan kepada individu dan masyarakat dalam
mengamalkan unsur-unsur pendidikan pelbagai budaya?
5. Pada pandangan anda, apakah halangan dalam mewujudkan
masyarakat yang bersatu dalam kepelbagaian budaya?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


280  TOPIK 10 HALA TUJU

• Hala tuju negara Malaysia adalah untuk melahirkan masyarakat yang bersatu
padu dalam kepelbagaian budaya. Ia menjadi hasrat setiap ahli masyarakat
agar wujud nilai dan amalan kesamarataan dan kesaksamaan dari aspek
sosial, politik dan ekonomi untuk setiap kaum di Malaysia.

• Hal ini dapat dilaksanakan dengan berlakunya proses asimilasi budaya,


kehidupan yang sejahtera, disertai dengan amalan unsur pelbagai budaya
dalam kehidupan seharian, dan akhirnya perubahan sikap setiap ahli
masyarakat supaya mempunyai paradigma baharu.

• Masyarakat yang hidup dalam keadaan sejahtera dan harmoni ialah


masyarakat yang sentiasa berpegang pada nilai hidup yang progresif,
memahami aspirasi demokrasi, mempunyai kesedaran untuk bertingkah laku
baik, bertanggungjawab terhadap diri dan masyarakat, dan berani
mempertahankan nilai akhlak yang baik.

• Pendidikan yang berbentuk pelbagai budaya, merupakan agen pembinaan


semula masyarakat yang memberi tumpuan pada konsep kesamarataan
gender, etnik, budaya, dan status sosioekonomi masyarakat.

• Setiap pelajar mendapat haknya sama rata dengan pelajar lain, diberi peluang
dan dilayan secara adil walaupun berbeza budaya, jantina, etnik atau status
sosioekonomi.

• Transformasi diri dan masyarakat bermula dengan transformasi pemikiran


disusuli dengan transformasi diri, individu dan masyarakat. Transformasi
pemikiran bermaksud bahawa setiap ahli masyarakat mampu
memaksimumkan keupayaan untuk melihat sesuatu berdasarkan rasionaliti,
bukti dan sebab-musabab, malah ada keupayaan dan kekuatan untuk
mewujudkan kreativiti, kebolehan mencari alternatif, dan menginovasi.

• Pembinaan peradaban Malaysia berkait rapat dengan peranan sektor


pendidikan dalam pembinaan jati diri dan sahsiah masyarakat. Pengisian
peradaban Malaysia termasuk penguasaan budaya ilmu sepanjang hayat dan
sumbangan kepada generasi akan datang yang berkait rapat dengan bidang
inovasi yang bersifat futuristik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HALA TUJU  281

Asimilasi Madaniyyah
Falsafah Pendemokrasian pendidikan
Futuristik Peradaban
Kesaksamaan Sahsiah
Kesamarataan Transformasi
Ketamadunan

Beg, M. A. G. (1980). The image of Islamic civilization. Kuala Lumpur, Malaysia:


University Malaya Press.

Bennabi, Malik. (1994). Unsur-unsur pembina peradaban. (Terj.) Syuruth an-


Nahdah. Dlm. Membangun dunia baru Islam. Bandung, Indonesia: Mizan.

Bourdieu, P. (1995). Sociology in question. (Terj.). Questions de sociologie.


Thousand Oaks, CA: Sage.

Dewey, J. (1966). Democracy and education an introduction to the philosophy of


education. New York. NY: Free Press.

Kiyao. (1981). Democratization of education: A Tanzania case. Paris, Perancis:


United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization.

Mahadi Abu Hassan, & Khadijah Mohd Khambali. (2013). Pengislaman sains dan
pengaruhnya dalam peradaban: Respons ilmuwan Muslim terpilih. Journal
of Human Capital Development, 6(1), 133−150.

Muhamad Tahir. (1998). A Muslim theory of human society. Selangor, Malaysia:


ThinkerÊs Library.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi )
Tel No.: 03-78012140
Fax No.: 03-78875911 / 03-78875966

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

You might also like