Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Aktiviti ekopelancongan dapat memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Penduduk tempatan mendapat peluang untuk menjalankan aktiviti perikanan. Contohnya


penduduk  yang tinggal di tepi persisiran  pantai, seperti Pahang,Terengganu dan Kelantan
bergantung kepada aktiviti perikanan sebagai sumber rezeki  . Hasil tangkapan terutama
perikanan laut dalam dapat memberi pulangan lumayan. Justeru itu, ia boleh menambahkan
pendapatan dan nelayan seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka.. Akan tetapi, aktiviti
perikanan memberi impak negatif terhadap alam semula jadi.

Kesan aktiviti perikanan terhadap alam semula jadi ialah pemcemaran laut sering berlaku
kesan tumpahan minyak daripada bot nelayan. Hal ini menyebabkan pembiakan ikan tidak
aktif dan akhirnya bilangan ikan akan semakin berkurangan. Pancaran cahaya matahari tidak
sampai ke dasar laut. Hal ini menyebabkan plankton tidak membiak, seterusnya
menyebabkan bekalan makanan ikan kurang.

Pada masa kini, nelayan menggunakan bom atau bahan letupan yang diletakkan di dalam air
sebelum diletupkan. Hal ini menyebabkan ikan mati akibat letupan akan timbul di permukaan
air lantas akan dikutip dengan senang. Hasil letupan bahan api ini akan memusnahkan
persekitaran di dalam air dan meninggalkan kesan runtuhan struktur dalam air akibat letupan.
Fakta mengatakan bahawa penggunaan bahan letupan ini mengakibatkan kemusnahan
karang-karang dan habitat ikan di Asia Tenggara sejak 20 tahun yang lalu.

Di samping itu, ikan ditangkap menggunakan kaedah teknologi moden. Pelepasan bahan-
bahan sampingan seperti sisa perikanan, tumpahan minyak kapal perikanan menyebabkan
ekosistem laut tercemar. Hal ini akan menjejaskan rantaian dan siratan makanan untuk biotik
laut. Edaran oksigen juga terganggu kerana permukaan laut yang berminyak menghalang
kitaran oksigen yang mengakibatkan banyak sepsis akuatik pinggir pantai mati.

Aktiviti perikanan telah menyebabkan kepupusan hidupan akuatik. Sebagai contoh,


tangkapan ikan yang berlebihan dan tanpa kawalan terutamanya apabila menggunakan pukat
tunda di kawasan laut dalam boleh menyebabkan bekalan ikan terhad. Di kawasan pinggir
pantai, aktiviti menuba (menggunakan racun) dan  penggunaan kuasa letrik di kawasan paya,
kolam, tasik dan sungai menyebabkan kemusnahan ikan yang masih kecil. Akibatnya,
bekalan ikan masa depan akan pupus.

Penangkapan ikan secara besar-besaran akan menyebabkan terumbu karang menjadi pupus.
Tanpa ikan dan haiwan vertebrata laut, populasi karang akan digantikan oleh populasi alga.
Alga mencegah penempelan dan pertumbuhan larva polip karang pada substrat. Penangkapan
ikan secara berlebihan yang tersebar luas di Asia Tenggara, dianggarkan mengancam
terumbu karang di kawasan tersebut. Penangkapan ikan dengan menggunakan racun akan
melepaskan racun sianida ke kawasan terumbu karang. Ia kemudian membunuh atau
membius ikan. Karang yang diancam oleh sianida berulang kali akan mengalami pemutihan
dan kematian.

Di samping itu, penduduk tempatan juga mendapat peluang untuk menjalankan aktiviti
perlombongan. Melalui pekerjaan ini, dapat meningkatkan pendapatan dan taraf hidup
penduduk setempat. Mereka dapat mengeksport petroleum dan gas asli ke Jepun. Pertukaran
wang asing memberi keuntungan kepada kepada negara. Akan tetapi, aktiviti perlombongan
turut meninggalkan kesan negatif terhadap alam semula jadi.

Antara kesan aktiviti perlombongan terhadap alam sekitar ialah menggalakkan hakisan dan
kerosakan cerun bukit. Penggondolan dan pendedahan kawasan mengakibatkkan struktur dan
komposisi tanah musnah akibat aktiviti perlombongan yang dijalankan ke atasnya. Selain itu,
kejadian hakisan tanah, kerosakann tanah dan tanah runtuh sering berlaku di kawasan
perlombongan yang melibatkan kawasan tanah tinggi. Contohnya, perlombongan tembaga di
Bukit Mamut (Sabah) menggalakkan kejadian tanah runtuh dan hakisan tanah di kawasan
tersebut. Kesan kejadian tersebut, Sungai Mamut dipenuhi oleh sadimen-sedimen dan
mencetekkan sungai tersebut.

Selain itu, kegiatan perlombongan menyebabkan pencemaran uadara dan jerebu berlaku.
Kegiatan perlombongan kuari dan pecah batu menyebabkan partikel terampai seperti habuk
dan debu mencemar udara. Dalam keadaan udara kering, partikel-partikel terampai seperti
debu dan habuk akan terapung dengan kepekatan yang tinggi. Kesannya, fenomena jerebu
pula akan berlaku. .Contohnya, pelepasan asap dari kilang memproses gas asli di kawasan
industri di Paka dan Kerteh mengakibatkan pencemaran udara.

Kesan seeterusnya aktiviti perlombongan terhadap alam sekitar ialah mengakibatkan air laut
tercemar akibat daripada tumapahan minyak semasa aktiviti penggerudian. Apabila
pemcemaran air laut berlaku, keseimbangan ekosistem marin pula terjejas. Ketul-ketulan
minyak di permukaan laut akan menghalang kemasukan cahaya matahari ke bawah air.
Keadaan ini akan menyebabkan plankton dan terumbu karang yang menjadi pengeluar
makanana utama dan habitat kepada hidupan laut akan mati atau tidak boleh membiak.

 
Kegiatan perlombongan di kawasan hutan seringkali mengakibatkan kemusnahan kawasan
tadahan hujan. Keadaan ini menyebabkan jumlah hujan berkurangan di kawasan tadahan dan
seterusnya mengurangkan kapasiti air di dalam alur sungai di kawasan hulu sungai.
Seterusnya mengganggu punca air ke sungai-sungai utama dan juga sumber air empangan.
Contohnya kegiatan perlombongan yang dijalankan di Sokor, Tanah Merah Kelantan telah
mengakibatkan kerosakan kawasan tadahan hujan yang menjadi punca air ke Empangan
Pergau.

Kegiatan perlombongan seringkali mengakibatkan kawasan yang luas diterokai. Penerokaan


ini melibatkan kerja-kerja pembinaan kawasan Bandar baru, kilang memproses petroleum
dan gas asli dan jalan raya . Akhirnya mengakibatkan kemusnahan habitat dan ekosistem
semulajadi flora dan fauna. Ini secara tidak langsung mengakibatkan kepupusan sumber
bermutu dari hutan yang tiada nilainya.Contohnya perlombongan emas secara haram di
Hutan Simpan Mersing pada Jun 2005 telah mengakibatkan kawasan hutan seluas 2 hektar
dimusnahkan dan perlombongan petroleum di dasar laut juga mengakibatkan kemusnahan
kawasan karangan laut yang menjadi habitat kepada hidupan marin contohnya perlombongan
petroleum di luar pantai Terengganu.

You might also like