Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Topik 3: Sistem Dan Struktur Pentadbiran Negara

Topik 3

SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini anda seharusnya dapat:
1. Dapat menerangkan konsep Federalisme.
2. Dapat menjelaskan tentang Demokrasi Berparlimen di Malaysia.
3. Dapat menjelaskan tentang Komponen Utama Kerajaan.

1.0 Pengenalan

Topik ini memberi pengetahuan kepada anda tentang sistem dan struktur pentadbiran Negara Proses pembentukan sistem dan

struktur pentadbiran Negara yang menjadi asas kepada pemerintahan Negara Malaysia. Topik ini juga merangkumi Federalisme,

Demokrasi Berparlimen di Malaysia dan Komponen Utama Kerajaan. Konsep Federalisme ini bermaksud Persekutuan dimana

wujudnya dua peringkat Kerajaan iaitu adanya kuasa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri dan setiap kerajaan itu ada had kuasa

masing-masing. Demokrasi Berparlimen pula membincangkan tentang pemerintahan Negara berasaskan sistem Berparlimen. Di

Parlimen terdapat tiga komponen penting iaitu Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Manakala Komponen

Utama Kerajaan pula berkaitan dengan Teori Pengasingan Kuasa. Terdapat tiga badan utama dalam teori Pengasingan Kuasa iaitu

Badan Eksekutif, Badan Legislatif dan Badan Judisiari.

2.0 Federalisme.

Malaysia adalah antara negara yang mengamalkan konsep federalisme (Persekutuan). Mohd Foad Sakdan dalam

bukunya Asas Politik Malaysia (DBP, 1999) memetik pandangan Wheare yang menyebut bahawa konsep federalisme bermaksud

wujudnya dua peringkat kerajaan, iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang tiap-tiap kerajaan itu mempunyai had bidang kuasa

masing-masing serta bebas daripada campur tangan orang lain. Dari sudut sejarah, konsep federalisme di negara kita telah wujud

dan diguna pakai sejak 1896. Ia bermula apabila kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu diperkenalkan melalui Perjanjian

Persekutuan 1895 yang menggabungkan empat negeri yang dijajah British iaitu Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan di

bawah satu kerajaan pusat yang diketuai oleh seorang Residen Jeneral. Setiap negeri itu pula diketuai oleh seorang Residen yang

mentadbir berdasarkan panduan kuasa yang telah digariskan. Sebelum itu, keempat-empat negeri tersebut diperintah oleh Residen

masing-masing dengan memiliki kuasa yang terlalu luas sehingga kemajuan dan pembangunan di keempat-empat negeri itu tidak

seimbang. Konsep federalisme yang dilaksanakan British itu telah berjaya mengubah landskap pembangunan di kesemua negeri

terbabit. Banyak masalah dapat diatasi melalui pemerintahan berpusat itu. Seterusnya pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah

Melayu ditubuhkan berasaskan prinsip federalisme bagi menggantikan Malayan Union (Kesatuan Malaya) yang ditubuhkan pada

1946 tetapi mendapat tentangan hebat orang Melayu. Ketika negara mencapai kemerdekaan pada 1957, kesemua negeri-negeri di

Tanah Melayu menandatangani perjanjian persekutuan dan menerima kewujudan negara yang dikenali sebagai 'Persekutuan

Tanah Melayu' dengan kerajaan pusatnya berada di Kuala Lumpur. Justeru, jika kita meneliti peruntukan asal Perlembagaan
Topik 3: Sistem Dan Struktur Pentadbiran Negara

Perkara 1 (1), Perlembagaan Persekutuan 1957 dengan jelas menyatakan bahawa 'Persekutuan hendaklah dikenali dengan nama

Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya).' Pada 16 September 1963, idea mengenai gagasan Malaysia yang diilhamkan

Tunku Abdul Rahman pada 1961 telah dapat direalisasikan. Sabah, Sarawak dan Singapura bersetuju untuk berada dalam

Persekutuan yang dikenali sebagai Persekutuan Malaysia. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada itu digunakan

dengan pindaan dibuat bagi membolehkan kemasukan Singapura, Sabah dan Sarawak. Perkara 1 (1) Perlembagaan Persekutuan

yang telah dipinda menyebut bahawa 'Persekutuan adalah dinamakan Malaysia dalam Bahasa Melayu dan dalam Bahasa Inggeris'.

Di dalam Perkara 1(2) disebut dengan jelas 13 buah negeri di dalam Persekutuan. Singapura menarik diri dari Malaysia dan

menjadi sebuah negara merdeka pada 1965. Secara mudahnya, konsep federalisme menonjolkan ciri-ciri pembahagian kuasa

antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Jadual 1: Pengagihan Kuasa Pentadbiran Malaysia

Senarai Persekutuan Senarai Negeri Senarai Bersama

 hal ehwal luar negeri  Undang-undang Islam  Kebajikan Sosial

 Pertahanan,  Tanah  Biasiswa

 Keselamatan dalam negeri  Pertanian/Perhutanan,  Taman Negara

 Pentadbiran dan keadilan  Kerajaan Tempatan  Perancangan Bandar dan wilayah

 Kerakyatan negara  Perkhidmatan tempatan  Penjagaan haiwan

 Pilihan raya  Kerajaan Negeri,  Kesihatan/Kebersihan awam

 Kewangan  Hari cuti negeri  Parit dan tali air

 Perniagaan/ Perdagangan/  Undang-undang Negeri.  Pemulihan,

Perusahaan  Hiburan awa

 Perkapalan/ Pelayaran/  Perhubungan

Pengangkutan,

 Jabatan Ukur/Penyelidikan

 Kerja raya/ Tenaga Pusat

 Pelajaran

 Kesihatan

 Keselamatan buruh dan sosial

 Orang Asli

 hal-hal ain.

3.0 Demokrasi Berparlimen di Malaysia.

Konsep Demokrasi
Topik 3: Sistem Dan Struktur Pentadbiran Negara

Demokrasi adalah suatu bentuk pemerintahan politik yang kekuasaan pemerintahannya berasal dari rakyat, baik secara

langsung atau melalui perwakilan. Istilah demokrasi berasal dari bahasa Yunani yaitu “demos” yang bermaksud “rakyat” dan

“kratos” yang bermaksud kuasa. Istilah ini telah diasaskan oleh kerajaan Greek Purba dan dikembangkan oleh beberapa orang

cendekiawan seperti Socrates, Plato, Aristotie dan Pericles. Demokrasi juga membawa maksud “Kerajaan Rakyat” iaitu kerajaan

dibentuk berdasarkan sokongan majoriti rakyat.

Secara umumnya Demokrasi merujuk kepada Kerajaan yang memerintah adalah kerajaan yang dipilih secara langsung oleh

majoriti rakyat dimana rakyat diberi dan mempunyai kuasa dalam menentukan pemerintahan Negara melalui sistem pilihan raya.

Menurut Sarjana Sains Politik, Robert A. Dahl, Demokrasi merupakan suatu sistem politik yang memberi ruang dan hak kepada

rakyat untuk membuat keputusan.

Maksud Demokrasi Berparlimen

Demokrasi berparlimen membawa maksud pemerintahan yang dijalankan secara perwakilan. Hal ini bermaksud, rakyat

melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara, manakala raja -raja menjadi lambang taat setia rakyat. Dekmokrasi juga

bermaksud pelbagai iaitu bebas membuat pilihan, mempunyai hak untuk membuat sesuatu dan lain-lain. Perlembagaan Malaysia

menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia. Selaras dengan peredaran masa, beberapa

pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran dengan perkembangan politik semasa. Sistem demokrasi

berparlimen di negara kita berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera, dan stabil.

Ciri ciri Demokrasi Berparlimen di Malaysia

1.Perlembagaan

Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah negara.

Perlembagaan mengandungi segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan

mentadbir negara. Perlembagaan Malaysia diperkenalkan setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan

diperkemaskan setelah terbentuknya Perseketuan Malaysia pada tahun 1963.

2. Raja Berperlembagaan

Raja Berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut pembentukan dalam Perlembagaan Malaysia.

Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagan Malaysia. Kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara

merupakan lambing taat setia dan perpaduan rakyat, lambing kedaulatan Negara, Ketua Parlimen, Ketua Pemerintah dan

sebagainya

3. Parlimen

Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan, dan ia membuat undang-undang yang boleh

dikuatkuasakan di seluruh Negara. Parlimen meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang
Topik 3: Sistem Dan Struktur Pentadbiran Negara

persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang

baru. Parlimen terdiri daripada tiga komponen utama iaitu Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

4. Pilihan Raya

Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah samada pada peringkat negeri mahupun persekutuan.

Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur. Badan yang bertanggungjawab yang

melaksanakan proses piliharaya di Malaysia ialah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Terdapat dua jenis Pilihan raya iaitu Pilihan Raya

Umum dan Kecil. Pilihan Raya Umum diadakan setiap 5 tahun sekali manakala Pilihanraya Kecil diadakan apabila terdapat

kekosongan kerusi disebabkan oleh kematian, perletakan jawatan, masalah kesihatan kronik dan dihukum penjara. Di antara

proses Pilihan Raya ialah Writ Pilihan Raya, Penamaan Calon, kempen, pengundian, penjumlahan undi dan keputusan Pilihan

Raya..

5. Kuasa Pemerintahan

Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi berparlimen yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa. Kuasa

pemerintahan dibahagikan kepada tiga bahagian iaiu badan Eksekutif (Pentadbiran), Badan Legislatif (Perundangan) dan Badan

Judisiari (Kehakiman). Tujuan dibuat pengasingan kuasa ini adalah untuk mengelakkan pertindihan kuasa pemerintahan Negara.

6. Parti parti politik

Parti politik merujuk kepada sekumpulan orang yang mempunyai ideologi politik untuk mencapai malamat bersama. Parti-

parti politik ini berjuang untuk mendapatkan kuasa. Jumlah Parti Politik yang mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya sebanyak

53 buah parti.

7. Kebebasan Asasi

Terbahagi kepada dua bahagian iaitu kebebasan mutlak dan kebebasan bersyarat. Kebebasan mutlak adalah kebebasan yang

tidak bersyarat. Manakala kebebasan bersyarat pula berlandaskan kepada peraturan tertentu. Perkara tentang kebebasan asasi

dalam Perlembagaan Malaysia terkandung dalam Perkara 5 -13.

4.0 Komponen Utama Kerajaan.

Komponen utama yang terkandung di dalam sistem berkerajaan di Malaysia dapat digambarkan Rajah 1.

Rajah 1: Komponen Utama Sistem Kerajaan Malaysia

Badan Pentadbiran

Sistem Kerajaan Majlis Raja-Raja Badan Perundangan


Malaysia

Badan Kehakiman
Topik 3: Sistem Dan Struktur Pentadbiran Negara

Kuasa pemerintahan dibahadikan tiga cabang iaitu badan Pentadbiran, badan perundangan, dan badan kehakiman.

a) Badan Pentadbiran (Eksekutif)

Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan dan pembuat dasar tertinggi Negara.

Tugas Jemaah Menteri adalah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara. Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah

Menteri. Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri juga mengetuai sebuah atau beberapa kementerian. Setiap kementerian

bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan, merancang serta menyelaras program pembagunan ekonomi dan social.

Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik.

Menteri tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berfolio.Beliau akan diberi tugas-tugas

tertentu oleh Perdana Menteri.

Perkhidmatan awam diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. Beliau bertanggungjawab mengawasi perjalanan

kementerian dan jabatan kerajaan. Pada peringkat kementerian, pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian.

Beliau dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali kumpulan pegawai perkhidmatan awam. Semua kakitangan awam

bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan. Jabatan kerajaan pula diketuai oleh Ketua

Jabatan yang dikenali dengan gelaran Ketua Pengarah. Kementerian juga biasanya mempunyai jabatan di peringkat pusat, negeri

dan daerah. Badan-badan kerajaan pula dikenali sebagai Badan Berkanun. Badan berkanun merupakan badan separuh kerajaan

yang mempunyai kuasa autonomi tertentu. Badan berkanun mempunyai peruntukan kewangan sendiri. Ia ditadbir oleh Lembaga

Pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri yang berkenaan. Badan berkanun ini mempunyai pelbagai tugas dan

tanggungjawab yang besar untuk mempercepatkan pentadbiran dan program pembangunan di bawah rancangan lima tahun

kerajaan. Contohnya Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Institut

Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Beberapa suruhanjaya turut ditubuhkan untuk mengendalikan urusan perlantikan,

kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin kakitangan perkhidmatan awam. Antara Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya

Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.

b) Badan Perundangan (Legislatif)

Badan Perundangan merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh Badan Perundangan yang dipertanggungjawab oleh

perlembagaan. Fungsi Badan Perundangan ialah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat.

Parlimen ialah Badan Perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita. Parlimen terdiri daripada

Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

i) Yang di-Pertuan Agong

Dalam bidang perundangan, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk memperkenankan rang undang-undang yang

diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebelum diisytiharkan menjadi undang-undang yang sah. Semua perlaksanaan

undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen memerlukan pengiktirafan baginda sebelum dikuatkuasakan. Baginda mestilah
Topik 3: Sistem Dan Struktur Pentadbiran Negara

mengiktiraf undang-undang yang baharu dalam tempoh 30 hari selepas diluluskan oleh Parlimen. Sekiranya baginda tidak bersetuju

dengan rang undang-undang, baginda boleh merujuknya kepada Parlimen untuk dibincangkan semula.

Seterusnya, Yang di-Pertuan Agong juga berkuasa untuk memanggil, menangguh dan membubarkan Parlimen atas nasihat

Perdana Menteri. Tiada orang lain yang berhak melaksanakan tanggungjawab tersebut. Baginda juga boleh menolak permintaan

untuk membubarkan Parlimen jika belum cukup tempoh lima tahun. Baginda boleh memberikan ucapan dalam Dewan Rakyat dan

Dewan Negara. Di samping itu, Yang di-Pertuan Agong boleh meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja -Raja tentang

keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu.

ii) Dewan Negara

Dewan Negara merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara kita. Mengandungi 70 orang ahli. 26 orang ahli

dipilih daripada 13 buah negeri iaitu dua orang setiap negeri. Ahli ini dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada bukan

kalangan ahli DUN. 44 ahli yang dilantik olehvYang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putra Jaya yang terdiri daripada

individu yang telah berjasa dan cemerlang dalam bidang profesional. Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Ahli Dewan Negara digelar Senator yang dilantik tanpa melalui pertandingan dalam pilihan raya. Senator memegang jawatan bagi

tempoh tiga tahun. Senator mestilah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf Senator sama dengan Ahli Parlimen. Mereka

boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri. Ahlinya terdiri daripada individu yang telah memberi sumbangan cemerlang dalam

perkhidmatan awam, bidang professional, atau bidang tertentu seperti perniagaan, perusahaan, pertanian, kesenian dan kebajikan

atau yang mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti Orang Asli.

iii) Dewan Rakyat

Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. Mengandungi 222

orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh Negara. Tempoh jawatan bagi anggota ahli Dewan Rakyat ialah

lima tahun.Tugas utama Dewan rakyat adalah menggubal undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat. Undang-undang yang

dibuat oleh Parlimen ialah Akta Undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri ialah Enakmen Undang yang dibuat

oleh DUN Sarawak dan Sabah dikenali sebagai Ordinan.

Proses meluluskan undang-undang di Parlimen:

CADANGAN oleh kementerian.

PENGGUBALAN rang undang-undang oleh Peguam Negara.

BACAAN PERTAMA di Dewan Rakyat iaitu pembacaan tajuk rang undang-undang sahaja.

BACAAN KEDUA di Dewan Rakyat dan rang undang-undang ini pada peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat.

BACAAN KETIGA di Dewan Rakyat. Rang undang-undang ini dibahaskan sebelum diluluskan untuk dikemukan ke Dewan Negara.

PEMBENTANGAN di Dewan Negara. Proses yang sama seperti di Dewan Rakyat diulangi.

PENYERAHAN rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan dan

diturunkan cap Mohor Negara.


Topik 3: Sistem Dan Struktur Pentadbiran Negara

PEWARTAAN atau pemberitahuan undang-undang ini dalam Warta Kerajaan.

c) Badan Kehakiman (Judisiari)

Badan Kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan :-

 Perkara sivil berkaitan saman biasanya memerlukan affidavit.

 Perkara jenayah pula melibatkan kanun keseksaan.

Berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Sistem Mahkamah diwujudkan oleh Perlembagaan

Malaysia untuk melaksanakan tugas kehakiman.

Kuasa Mahkamah:-

 mentafsir Perlembagaan Negara, mentafsirkan undang-undang, mengisytiharkan

undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

 mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-udang.

Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara itu merupakan kuasa badan perundangan atau Parlimen. Sistem

Mahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki piramid.

Melalui sistem ini, individu atau kumpulan yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah boleh merayu di mahkamah yang

lebih tinggi. Terdapat dua mahkamah rendah iaitu Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen. Terdapat empat mahkamah atasan

iaitu Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah. Seterusnya Mahkamah Rayuan dan yang paling atas

Mahkamah Persekutuan. Semua hakim dilantik oleh Yang Dipertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri. Urusan perlantikan,

kenaikan pangkat dan perlucutan jawatan pula terletak di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong. Seseorang hakim tidak boleh

dipecat dengan sewenang-wenangnya tanpa sebarang sebab yang munasabah. Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian

dalam politik supaya hakim dilindungi daripada pengaruh politik untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan undang-undang.

Penasihat undang-undang kerajaan ialah Peguam Negara. Peguam Negara menjadi Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi

kerajaan. Peguam Negara dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-Undang dan kehakiman.

RUMUSAN
Sistem demokrasi berparlimen sejak diperkenalkan sehingga kini, sistem tersebut telah dapat mewujudkan suasana

politik yang stabil, aman, dan makmur. Melalui demokrasi berparlimen, kewujudan seorang raja berperlembagaan telah

mengekalkan kesinambungan tradisi pemerintahan di negara ini. Manakala kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya. Di

Malaysia, sistem politik yang berasaskan pengasingan kuasa Badan Eksekutif (Pentadbiran), Badan Legislatif (Perundangan) dan

Badan Judisiari (Kehakiman) membuktikan satu sistem pemerintahan yang tersusun dan berkesan. Biarpun terdapat pertindihan

kuasa di beberapa keadaan, namun hal tersebut tidak menjadi satu kelemahan, malah dapat memantapkan lagi sistem sedia ada.

Kewujudan jentera pentadbiran yang kemas melalui kementerian-kementerian di peringkat persekutuan juga dengan kerjasama

Kerajaan Negeri.

KATA KUNCI
Topik 3: Sistem Dan Struktur Pentadbiran Negara

Federalisme
Eksekutif
Legislatif
Judisiari
Afidavit
Demokrasi
Akta
Enakmen
Ordinan

SEMAK KENDIRI 4.1


1. Nyatakan TIGA(3) peringkat pengasingan kuasa yang diperuntukkan
didalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

2. Nyatakan TIGA(3) kelayakan untuk membolehkan seseorang itu


menjadi calon Dewan Negara.

3. Senaraikan TIGA(3) kuasa kehakiman.

4. Nyatakan TIGA(3) fungsi utama Suruhanjaya PilihanRaya (SPR).

5. Senaraikan TIGA(3) jenis mahkamah atasan di Malaysia

RUJUKAN
Asnarul Hadi Abu Samah, Nazaruddin Mohd Jali & Ismail Hj. Mohd Rashid (2010), Pengajian Malaysia Edisi Kedua, Kuala Lumpur,
Penerbit Prentis Hall.

Hairol Anuar (2010), Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Patriotisme (Edisi Kedua), Bandar Seri Putra: Pusat Penyelidikan dan
Pembangunan Akademik KUIS.

Mardiana Nordin & Hasnah Hussiin (2014), Pengajian Malaysia, Kuala Lumpur, Penerbit Oxford Fajar

Mohd Syariefudin Abdullah, Mohamad Kamal Kamaruddin et al (2011), Kenegaraan & Ketamadunan, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar
Bakti

http://pmr.penerangan.gov.my capaian pada 20 Oktober 2017

You might also like