Emcee Taklimat Pasm, Permuafakatan Dan Hari Raya

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

TEKS EMCEE TAKLIMAT PASM, MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA DAN JAMUAN

HARI RAYA 2022


NO PERKARA CATATAN
1 SALUTASI

Yang Berbahagia ,

Yang Dipertua PIBG,


Sekolah Tinggi Muar

Yang Dihormati,
Encik Mohd Hatta bin Istamar
Pengetua , Sekolah Tinggi Muar.

Barisan Guru Penolong Kanan,


Sekolah Tinggi Muar.

Barisan Guru-guru Ketua Bidang,


Sekolah Tinggi Muar.

Guru - guru Pendidikan Khas,


Sekolah Tinggi Muar.

Ibu bapa serta anak anak didik yang dikasihi sekalian.

2 BACAAN DOA

Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah kita bersama-sam menadah tangan mengaminkan
bacaan doa memohon keberkatan. Oleh itu, majlis dengan ini
mempersilakan Cikgu Hamid bagi memimpin bacaan doa.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan.

*Bacaan doa

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada Cikgu Hamid atas bacaan doa itu tadi.

3 UCAPAN GPK PEND KHAS

Sidang hadirin sekalian,

Adat berbahasa menyampaikan pesan,


Adat upacara menyampaikan ucapan,

Tanpa membuang masa, majlis diteruskan lagi dengan


menjemput dan mempersilakan  Encik Mohd Farid Bin Zainal,
Guru Penolong Kanan, Pendidikan Khas Sekolah Tinggi Muar,
untuk memberikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan.

*ucapan
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik Mohd
Farid bin Zainal, atas ucapan yang telah disampaikan sebentar
tadi.

4 UCAPAN PERASMI

Sidang hadirin sekalian,

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang


Dihormati, En. Mohd Hatta bin Istamar, Pengetua Sekolah
Tinggi Muar untuk menyampaikan ucapan dan sekaligus,
merasmikan Majlis Permuafakatan bersama ibu bapa dan
Taklimat PASM kita pada hari ini.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan.

*ucapan

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati,


En. Mohd Hatta bin Istamar, Pengetua Sekolah Tinggi Muar,
atas ucapan dan kesudian merasmikan majlis sebentar tadi.

5 PENYERAHAN

Seterusnya,

Tanpa melengahkan masa lagi, saya menyerahkan majlis ini


kepada Penyelaras Penilaian Alternatif Sekolah Menengah
(PASM), Cikgu Masroha binti Marwan dan Cikgu Hamid
bin_________ untuk mengendalikan sesi Taklimat PASM.

Dengan ini, mempersilakan

6 SELESAI TAKLIMAT PASM

Jutaan terima kasih kepada Cikgu Masroha binti Marwan dan


Cikgu Hamid bin_________ kerana telah memberikan
penerangan sebentar tadi. Semoga dapat kita bersama - sama
mencapai matlamat yang diinginkan.

7 REHAT 10 MINIT

8 PENYERAHAN MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA


2022

9 SELESAI MAJLIS PERMUAFAKATAN

10 DOA JAMUAN RAYA DAN MENJEMPUT JEMPUTAN


UNTUK MENJAMU SELERA
11 PENUTUP MAJLIS

You might also like