Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 28

Penggunaan Ujian Atas Talian (on-line) dalam menentukan Keselarasan Personaliti Kerjaya Pelajar

Ahmad Rosli Bin Mohd Nor Roslee bin Yahya Mokhtar bin Saad Anuar bin Mohd Ali

ABSTRAK

Pengunaan teknologi ICT telah diguna meluas dalam pelbagai bidang samada di negara kita atau peringkat antarabangsa. Namun begitu penggunaan ICT dalam Kaunseling Kerjaya masih dianggap baru di Malaysia. Justeru itu kajian ini akan memperlihatkan keberkesanan penggunaan teknologi ICT bagi menentukan samada terdapat keselarasan antara personaliti kerjaya pelajar dengan persekitaran program pengajian yang diikuti berasaskan Teori Keselarasan Personaliti dan Persekitaran Holland di kalangan pelajar program sijil di Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat adakah terdapat hubungan di antara keselarasan kecenderungan kerjaya dengan pencapaian akademik pelajar. Subjek kajian terdiri daripada 160 orang pelajar yang telah dipilih secara rawak berkelompok daripada 237 orang pelajar-pelajar sepenuh masa di KKBBM. Alat kajian yang digunakan ialah ujian x-plorasi atas-talian yang berasaskan ujian Self Directed Search (SDS). Alat statistik yang digunakan untuk menganalisa data ialah kaedah Environment Assessment Technique (EAT), Indeks Keselarasan Wiggin, min, Ujian t dan ujian Korelasi Pearson dengan aras keertian ditetapkan pada .05. Dapatan kajian menunjukkan terdapat keselarasan antara kecenderungan kerjaya dengan program pengajian pelajar bagi pelajar yang mengikuti program STE dan SKD. Keputusan kajian ini menunjukkan ada di kalangan pelajar yang memilih bidang pengajian yang selaras dengan kecenderungan kerjaya mereka dan ada yang memilih bidang yang tidak selaras dengan kecenderungan kerjaya mereka. Sehubungan dengan keputusan yang diperolehi, beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan. Kata Kunci : Keselarasan, Kecenderungan kerjaya, personality kerjaya

2 LATAR BELAKANG KAJIAN Kolej komuniti merupakan satu institusi yang menawarkan para pelajar lepasan SPM yang berpencapaian sederhana bagi meneruskan pelajaran dan seterusnya memberi mereka peluang kedua untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Program-program yang ditawarkan seperti Teknologi Elektrik, Automotif, Pemasangan Komputer, Hotel & Katering dan Fesyen Pakaian. Pembangunan pesat kolej komuniti ini menyaksikan pertambahan bilangannya di seluruh negara daripada 10 buah kolej komuniti rintis pada Jun 2001 meningkat pada 72 buah (42 kolej induk dan 32 kolej cawangan) pada tahun 2011. Pertambahan ini mempunyai pelbagai faktor seperti keyakinan pelajar, prospek pekerjaan dan sebagainya. Secara asasnya pemilihan pelajar ke dalam setiap kursus adalah berpandukan pilihan pelajar dan kekosongan tempat yang ada. Namun begitu sering kali berlaku kesilapan pemilihan kursus samada oleh kelemahan pelajar atau kekurangan tempat yang ada menyebabkan pelajar gagal mendapatkan kursus yang diminati mereka. Perkara ini perlu di ambil perhatian serius kerana Holland (1973;1985) menegaskan bahawa terdapat hubungan yang rapat di antara jenis personaliti dengan persekitaran kerja. Bagi beliau, pemilihan sesuatu kerjaya merupakan suatu tingkah laku ekspresif yang mencerminkan motivasi, pengetahuan, personaliti dan kebolehan seseorang individu. Sesuatu pekerjaan itu juga menunjukkan suatu cara hidup, suatu persekitaran, lebih daripada suatu set fungsi dan kemahiran kerja yang berasingan. Misalnya, untuk menjadi tukang kayu, bererti seseorang individu itu bukan sahaja tahu menggunakan alat-alat, tetapi juga mempunyai kedudukan, peranan dan pola hidup tersendiri. Dalam hal ini, pemilihan sesuatu jenis pekerjaan menunjukkan beberapa jenis maklumat: motivasi dan pengetahuan tentang pekerjaan itu, wawasan dan pemahaman mengenai dirinya sendiri serta kebolehan-kebolehan yang ada pada dirinya (Holland 1958;1977).

PENYATAAN MASALAH. Para pelajar datang dan mendaftar di Kolej Komuniti dengan harapan yang besar samada daripada diri, keluarga atau masyarakat di sekeliling mereka. Namun sering kali mereka berhadapan dengan dilema apabila mendapati kursus yang dipilih atau ditawarkan tidak

3 memenuhi kehendak atau kecenderungan kerjaya mereka. Ini kerana kemasukan pelajarpelajar ke kolej-kolej komuniti di seluruh negara adalah berdasarkan syarat kemasukan am Kementerian Pengajian Tinggi. Para pelajar dibenarkan membuat pilihan kursus sendiri namun ianya juga bergantung kepada kekosongan tempat dalam kursus di sesebuah kolej komuniti itu sendiri. Jika tidak para pelajar akan diberi kursus pilihan kedua atau pun yang langsung tidak dimohonnya. Syarat yang ditentukan itu menunjukkan kejayaan pemohon hanyalah bergantung kepada kelayakan akademik dan kekosongan tempat semata-mata tanpa mempertimbangkan kesesuaian kecenderungan kerjaya pelajar dengan program yang dipilih. Pemilihan program pengajian yang diikuti oleh pelajar akan menentukan bidang kerjaya yang akan diceburi oleh mereka kelak. Semasa pemilihan dibuat mungkin berlaku keadaan di mana pelajar-pelajar telah memilih atau ditawarkan bidang pengajian yang mereka kurang minati. Akibatnya berlaku ketidakkeselarasan antara kecenderungan kerjaya dengan mungkin akan menjejaskan pencapaian akademik pelajar. Ini bermakna, semakin selaras ciri-ciri diri mereka dengan ciri akademik tempat mereka belajar akan mempengaruhi pencapaian akademik. Ini jelas menunjukkan betapa pentingnya pemilihan program pengajian yang sesuai kepada pelajar-pelajar di semua kolej komuniti berdasarkan personaliti mereka. Tambahan pula., mengikut Gysbers, Hepnner dan Johnston (1998) melalui konsep Life-Career Rainbow menyatakan individu yang berada pada peringkat umur 15 hingga 24 tahun berada dalam peringkat penerokaan kerjaya. Ianya bertepatan dengan umur purata pelajar di seluruh kolej komuniti di Malaysia. Justeru itu amatlah penting bagi setiap pelajar diberi panduan yang secukupnya dalam penerokaan bidang kerjaya masing-masing. Inilah yang ditegaskan oleh Holland (1973;1985) yang menyatakan bahawa keselarasan di antara kecenderungan kerjaya dengan persekitaran kerjaya dapat menjamin kepuasan seseorang individu. Apabila wujud keselarasan maka hasilnya adalah kepuasan dalam kerjayanya. Ini akan menjadikan seseoramg itu mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan bersungguh-sungguh, ikhlas dan jujur. Perkara sebaliknya boleh berlaku jika tidak berlaku keselarasan antara kecenderungan kerjaya dengan persekitaran kerjaya individu. Bagi pelajar yang kuat jiwanya mereka mungkin akan mengubah kecenderungan mereka agar selaras dengan bidang yang dipelajari namun ada bidang yang dipilih dan

4 juga yang gagal menangani tekanan dan seterusnya hanyut tanpa arah tujuan. Ini bagi mengelakkan pelajar gagal bukan kerana mereka lemah tetapi kerana tiada keselarasan antara kecenderungan kerjayanya dengan kursus yang diambil. Justeru itu satu kajian perlu dijalankan untuk melihat keselarasan kecenderungan kerjaya pelajar dengan kursus yang mereka pilih atau ditawarkan.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini secara umumnya bertujuan untuk meninjau keselarasan kesenderungan kerjaya pelajar di Kolej Komuniti Bukit Beruang dengan program pengkhususan dan hubungannya dengan pencapaian akademik. Kajian ini secara khususnya bertujuan seperti berikut: (i) Mengenalpasti kecenderungan kerjaya semua program pengajian sijil di Kolej Komuniti Bukit Beruang. (ii) Menentukan samada wujud keselarasan antara kecenderungan kerjaya pelajar kolej komuniti dengan pengkhususan program pengajian mereka (iii) Mengenalpasti tahap kepuasan penggunaan ujian atas talian Xplorasi di kalangan pelajar KKBBM (iv) (v) Melihat perbezaan Keselarasan Kerjaya antara pelajar lelaki dan perempuan Menentukan samada wujud hubungan antara keselarasan kecenderungan kerjaya dan pengkhususan program pengajian dengan tahap akademik pelajar

PERSOALAN KAJIAN

Kajian yang dilakukan ini diharap dapat menerangkan perkara-perkara berikut (i) Apakah kecenderungan kerjaya bagi pelajar dalam semua program sijil di Kolej Komuniti Bukit Beruang? (ii) Apakah wujud keselarasan antara kecenderungan kerjaya pelajar kolej komuniti dengan pengkhususan program pengajian mereka? (iii) Apakah tahap kepuasan penggunaan ujian atas talian Xplorasi di kalangan pelajar KKBBM?

5 (iv) Adakah wujud perbezaan pada Keselarasan Kerjaya antara pelajar lelaki dan perempuan? (v) Adakah wujud hubungan antara keselarasan kecenderungan kerjaya dan pengkhususan program pengajian dengan tahap akademik pelajar?

HIPOTESIS KAJIAN.

Persoalan kajian i, ii dan iii tidak melibatkan pengujian hipotesis. Walau bagaimanapun beberapa hipotesis nul kajian telah dibentuk untuk menjawab soalan-soalan kajian iv dan v iaitu:

Ho1

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada Keselarasan Kerjaya antara pelajar lelaki dan perempuan

Ho2

Tidak

terdapat

hubungan

yang

signifikan

antaara

keselarasan

kecenderungan kerjaya dan program pengajian pelajar dengan peningkatan meningkatkan pencapaian akademik bagi program Sijil Automotif.

Ho3

Tidak

terdapat

hubungan

yang

signifikan

antaara

keselarasan

kecenderungan kerjaya dan program pengajian pelajar dengan peningkatan pencapaian akademik bagi program Sijil Teknologi Elektrik.

Ho4

Tidak

terdapat

hubungan

yang

signifikan

antaara

keselarasan

kecenderungan kerjaya dan program pengajian pelajar dengan peningkatan pencapaian akademik bagi program Sijil Fesyen & Pakaian.

Ho5

Tidak

terdapat

hubungan

yang

signifikan

antaara

keselarasan

kecenderungan kerjaya dan program pengajian pelajar dengan peningkatan pencapaian akademik bagi program Sijil Hotel dan Katering

6 Ho6 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antaara keselarasan

kecenderungan kerjaya dan program pengajian pelajar dengan peningkatan pencapaian akademik bagi program Sijil Kecantikan dan Dandanan.

DEFINISI ISTILAH Kolej Komuniti Kolej telah ditubuhkan pada tahun 2001 dibawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan penekanan diberi kepada aspek teknikal, hospitaliti dan perniagaan di peringkat sijil dan Diploma. Ianya dibuka kepada semua lulusan SPM dengan syarat minimun bagi membantu lulusan SPM yang sederhana untuk melanjutkan pelajaran.

Pengkhususan Program Program pengajian yang ditawarkan ialah Sijil Teknologi Elektrik, Automotif, Pemasangan dan Penyelenggaraan Komputer, Hotel & Katering, Penyelenggaraan Banguna, Pengurusan Perniagaan Simpan Kira, Fesyen Pakaian dan sebagainya.

Kecenderungan Kerjaya Keutamaan kerjaya yang ingin diceburi oleh seseorang ataupun memegang sesuatu pekerjaan yang mencirikan sesuatu jenis personaliti tertentu. Dalam sesetengah kajian, pengkaji menggunakan istilah personaliti kerjaya atau minat kerjaya.

Keselarasan Kerjaya Lazarus (dlm. Sidek 2006) telah mendefinasikan keselarasan sebagai satu usaha yang dilakukan untuk menyesuaikan, memadankan dan menyamakan nilai-nilai yang sedia ada dengan satu keadaan yang baru diterima. Keselarasan dalam kerjaya akan berlaku apabila individu bekerja atau tinggal dalam persekitaran yang serupa dengan jenis personalitinya. Ini kerana menurut Holland (1973;1978;1985) setiap individu akan menyerupai salah satu daripada enam jenis personaliti yang asas.

7 METODOLOGI KAJIAN

Rekabentuk Kajian

Kajian ini bertujuan untuk melihat keselarasan antara jenis kecenderungan kerjaya dengan program pengajian yang diikuti oleh pelajar-pelajar peringkat sijil di Kolej Komuniti Bukit Beruang (KKBB) dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar. Pengkaji telah menggunakan kajian berbentuk deskriptif dan komparatif sebabakibat atau ex-post facto. Dalam kajian yang dijalankan ini, rekabentuk deskriptif digunakan untuk mendapatkan profil personaliti responden melalui ujian on-line di www.xplorasi.edu.my yang telah dihasilkan oleh Prof. Datin Dr. Amla Salleh dan ianya berasaskan ujian Self Directed Search oleh John Holland. Amla (2008) menegaskan kaunseling berasaskan komputer adalah satu revolusi teknologi dalam aktiviti kaunseling. Ianya merupakan satu inventori yang boleh digunakan untuk mengenalpasti profil kecenderungan kerjaya dan minat kerjaya seseorang individu di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Min dan ujian t digunakan untuk melihat tahap kepuasan penggunaan ujian dan perbezaan keselarasan kejaya antara pelajar lelaki dan perempuan. Reka bentuk expost facto jenis korelasi untuk melihat keselarasan antara kecederungan kerjaya pelajar dengan persekitaran program pengajian dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar.

Tempat Kajian Kajian dilakukan di Kolej Komuniti Bukit Beruang yang bertempat di Taman Bukit Beruang Indah, Bukit Beruang Melaka dan cawangannya iaitu Kolej Komuniti Kota Melaka (KKKM).

Populasi Dan Sampel Kajian Populasi kajian ini ialah semua pelajar-pelajar peringkat sijil sepenuh masa di Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka dan Kolej Komuniti Kota Melaka, semester 4 sesi Januari 2011 yang mengikuti program Sijil Teknologi Elektrik (STE), Sijil Automotif

8 (SAU), Sijil Hotel dan Katering (SHK), Sijil Kecantikan dan Dandanan (SKD) dan Sijil Fesyen dan Pakaian (SFP). Dalam kajian ini responden kajian dipilih secara kaedah persampelan rawak kelompok atas kelompok dan bertujuan. Pemilihan telah dibuat secara khusus bagi memudahkan kajian. Pemilihan khusus responden yang dibuat adalah mengkhusus kepada pelajar-pelajar semester empat. Pemilihan pelajar semester empat adalah atas andaian bahawa pelajar-pelajar telah melalui proses penyesuaian dengan program pengajian selama satu tahun setengah dan ini berkemungkinan dapat memberikan kesan pada pencapaian akademik pelajar. Sekaran (2003) menyatakan kaedah pemilihan persampelan rawak atas kelompok dapat melibatkan semua lapisan elemen dalam populasi yang akan memberikan kejituan dalam pemilihan responden bagi memenuhi kehendak pengkaji. Dalam kajian ini rawak bermula dari Program Pengajian, Semester Pengajian dan jantina responden. Oleh yang demikian sampel ialah beberapa orang pelajar bagi mewakili program pengkhsusan serta kelas yang terdapat di KKBB. Bilangan sampel kajian ini adalah terdiri daripada 160 orang pelajar. Taburan bilangan sampel yang digunakan adalah seperti jadual 1.

Jadual 1 : Bilangan Populasi dan Sampel Pelajar Semester 4 sesi 2008/2009 mengikut program pengajian _______________________________________________________________________ Program Pengajian
Sijil Teknologi Elektrik (STE) Sijil Automotif (SAU) Sijil Fesyen dan Pakaian (SFP) Sijil Hotel dan Katering (SHK) Sijil Kecantikan dan Dandanan (SKD) JUMLAH

Bil. Keseluruhan
45 41 56 52 43 237

Jumlah Sampel
38 30 28 44 20 160

_____________________________________________________________________________________

9 Instrumen Kajian Dalam kajian ini, untuk mengumpul data, alat ukuran yang digunakan adalah satu set borang soal selidik yang terdiri daripada Biodata Responden dan ujian on-line di alamat www.xplorasi.edu.my.

Bahagian A : Biodata Responden Maklumat-maklumat yang terdapat di dalam Bahagian A borang soalselidik ialah mengenai biodata responden yang meliputi sesi pengajian, kursus, jantina, PNGK dan soalan-soalan mengenai tahap kepuasan penggunaan ujian. Pembolehubah-pembolehubah yang dikenalpasti digunakan serta dikodkan oleh pengkaji dalam kajian ini ialah pemilihan program pengajian dan PNGK. Soalan mengenai tahap kepuasan pelajar dalam bahagian ini adalah berdasarkan soalan tinjauan kepuasan pengguna yang terdapat di dalam ujian xplorasi.

Bahagian B : Ujian On-Line Ujian on-line ini dibangunkan oleh Prof. Datin Dr Amla bt Mohd Salleh berasaskan Inventori Self-Directed Search (SDS) dalam Teori Kerjaya Holland. Amla (2008) menegaskan kaunseling berasaskan komputer adalah satu revolusi teknologi dalam aktiviti kaunseling. Ianya merupakan satu inventori yang boleh digunakan untuk mengenalpasti profil kecenderungan kerjaya dan minat kerjaya seseorang individu di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Inventori ini terdiri daripada 192 item yang dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu Kesukaan, Kecekapan dan Minat (pekerjaan). Item-item dari setiap bahagian boleh dikelaskan kepada enam jenis kecenderungan kerjaya seperti yang dikemukakan oleh Holland (1973;1985) iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan Konventional (K).

10 ANALISIS DATA KAJIAN Analisis Kajian Deskriptif Menggunakan Environment Asssessment Technique (EAT)

Teknik EAT telah diperkenalkan oleh Astin dan Holland (1961). Ianya mempunyai telah dibuktikan kesahannya oleh beberapa pengkaji seperti McCormick, Jenneret dan Mecham pada tahun 1972 dan Gottfredson pada tahun 1982 (Sidek 2002) dan mempunyai kebolehpercayaan Uji dan Uji-Kembali yang tinggi, iaitu bernilai antara .83 hingga .99 untuk selang masa antara 2 hingga 6 tahun (Asten & Holland 1961). Data daripada ujian on-line Xplorasi digunakan untuk menentukan dan mendefinasikan Kod Tiga Huruf untuk kecenderungan kerjaya pelajar manakala kaedah EAT digunakan untuk melihat Kod Tiga Huruf Holland keseluruhan pelajar. Kajian EAT ini menggunakan kaedah statistik deskriptif iaitu secara analisis kekerapan dan pemeratusan. Berdasarkan jumlah skor bagi enam personaliti, tiga skor tertinggi mengikut urutan merupakan kod persekitaran bagi sesuatu program pengajian. Dalam kajian ini, jumlah keseluruhan skor enam jenis personaliti diperolehi dengan menjumlahkan semua skor yang diperolehi oleh responden mengikut jabatan pengajian dan kelas mereka.

Analisis Indeks Keselarasan (IK)

Bagi menentukan Indeks Keselarasan Kecenderungan Kerjaya-Persekitaran Program pengajian responden, Kod Tiga Huruf Holland (Dictionary of Occupational Codes) dengan Indeks Keselarasan dinilai berdasarkan Indeks Keselarasan Wiggins dan Moody (1981) sebagai rujukan. Ianya ditentukan dengan membandingkan padanan antara kod personaliti yang diperoleh daripada tiap-tiap persekitaran program pengajian dengan kod tiga-mata Holland yang telah ditentukan dalam klasifikasi Holland. Padanan tepat, contohnya, KES dan KES, akan diberikan IK 8; sementara kod langsung tiada padanan, contohnya SEA dan IRK akan diberikan IK 0. Sementara itu IK 4 akan diberikan kepada padanan di tahap sederhana contohnya RIK-ERI, RIK-SRK, RIK-EIR dan RIK-ERS.

11 Ujian T dan Min

Ujian T dijalankan untuk melihat perbezaan Indek Keselarasan antara jantina pelajar sementara min digunakan untuk mengukur tahap kepuasan pelajar yang menggunakan ujian ini.

Ujian Korelasi Pearson

Korelasi ialah hubung kait antara dua atau lebih pemboleh ubah (Alias Baba 1999). Analisis korelasi Pearson telah digunakan untuk mendapat nilai korelasi bagi melihat hubungan antara keselarsan kecenderungan kerjaya-persekitaran dengan pencapaian akademik pelajar KKBBM.

DAPATAN KAJIAN Kod Tiga Huruf Holland Kecenderungan Kerjaya dan Indeks Keselarasan

Kajian ini telah dijalankan dengan meminta pelajar menjawab inventori minat kerjaya xplorasi atas-talian di www.xplorasi.edu.my. Ianya akan diproses secara automatik dari segi pemarkahan dan pemilihan kod. Seterusnya kod pelajar terbabit akan diproses secara EAT untuk mendapatkan kod keseluruhan pelajar program dan perbandingan akan dibuat dengan Kod Tiga Huruf Holland. Berdasarkan Indek Keselarasan Wiggins dan Moody markah keselarasan akan di beri untuk melihat tahap keselarasan setiap pelajar KKBBM.

12 Jadual 2 menunjukkan Kod Tiga Huruf pelajar dan yang dicadangkan oleh Holland bersama dengan Indek Keselarasannya.

Jadual 2: Kod Tiga Huruf pelajar dan Holland bagi Kecenderungan Kerjaya pelajar KKBBM

Program STE SAU SHK SFP SKD

n 38 30 44 28 20

Kod Pelajar SRE SRI SKE SKI SIA

Kod Holland RSE RIE RSE AEI ASI

IK 5 4 4 3 6

________________________________________________________________________

Jadual 2 menunjukkan bagi program STE, Kod Tiga Huruf Holland ialah RSE manakala kod yang didapati daripada pelajar ialah SRE.. Tahap IK adalah 5 iaitu Indeks Keselarasan yang agak kuat. Program SAU, Kod Tiga Huruf Holland ialah RIE manakala kod yang diperolehi oleh pelajar ialah SRI dan tahap IK adalah 4 iatu keselarasan yang lemah. Program pengajian SHK mempunyai Kod Tiga Huruf Holland RSE , manakala kod pelajarnya ialah SKE dan tahap IK juga 4. Manakala program SFP, Kod Tiga Huruf Holland ialah AEI dan kod pelajarnya ialah SKI. Kedua-duanya mempunya tahap IK yang rendah. Manakala bagi pelajar SKD, Kod Holland yang dicadangkan ialah ASI dan kod yang didapati dari pelajar ialah SIA. Ia menunjukkan tahap IK yang lebih baik iaitu 6. Menurut Moody dan Wiggins ia menunjukkan tahap keselarasan yang baik.

13 Tahap Kepuasan Penggunaan Ujian Atas Talian (on-line) Xplorasi

Jadual 3: Nilai min bagi tahap kepuasan penggunaan ujian xplorasi Program STE SAU SHK SFP SKD Keseluruhan n 38 30 44 28 20 160 Min 8.5 7.7 8.5 8.6 8.5 8.4

_______________________________________________________________________

Jadual 3 menunjukkan min pelajar KKBBM adalah sebanyak 8.4 iaitu aras kepuasan yang tinggi dan 4 program pengajian iaitu STE, SHK,SFP dan SKD melepasi min keseluruhan di mana SFP mencatatkan min yang paling tinggi. Sementara pelajar SAU mencatatkan min terendah iaitu 7.7.

Perbezaan Kelarasan Kerjaya antara Pelajar Lelaki dan Perempuan Jadual 4 : Perbezaan tahap keselarasan Kerjaya antara pelajar lelaki dan perempuan Jantina IK Lelaki N F Sig. Nilai t .409 .409 dk 158 158 Sig. (2 hujung) .683 .683 Min 4.50 4.03

80 3.42 .067

Perempuan 80 3.42 .067

Analisis menunjukkan nilai t ialah .409 yang lebih kecil dari t kritikal iaitu 1.984. Ini menunjukkan hipotesis nul telah diterima iaitu wujud perbezaan yang signifikan pada keselarasan kerjaya antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

14 Hubungan Antara Indeks Keselarasan dengan Pencapaian Akademik Pelajar

Korelasi Pearson digunakan untuk melihat tahap perhubungan yang signifikan di antara pembolehubah-pembolehubah iaitu tahap keselarasan kecenderungan kerjaya dengan pencapaian akademik pelajar Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka. Ianya telah diproses dalam perisisan SPSS versi 18.0 dan hasil daripadanya telah diplotkan dalam bentuk jadual bagi keputusannya.

Jadual 5: Hubungan antara Keselarasan Kecenderungan Kerjaya pencapaian akademik pelajar KKBBM _______________________________________________________________________ Program STE SAU SHK SFP SKD Min (IK) 5 4 4 3 6 Min (PA) 3.05 2.76 2.77 3.09 3.20 r .516 .454 .681 .737 .801 r .266 .206 .463 .543 .642 p .040 .020 .000 .000 .003

________________________________________________________________________ Jadual 5 menunjukkan analisis korelasi di antara Indeks Keselarasan Kerjaya dengan pencapaian akademik pelajar STE. Ia menunjukkan faktor keselarasan kerjaya mempunyai hubungan yang signifikan yang positif dengan pencapaian akademik (p = 0.040) di mana p < 0.05. Bagi program SAU analisis menunjukkan faktor keselarasan kerjaya mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik (p < 0.05). Analisis korelasi di antara Indeks Keselarasan Kerjaya dengan pencapaian akademik pelajar SHK. Analisis menunjukkan faktor keselarasan kerjaya mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik (p < 0.05). Analisis korelasi di antara Indeks Keselarasan Kerjaya dengan pencapaian akademik pelajar SFP menunjukkan faktor keselarasan kerjaya mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik (p < 0.05). Manakala analisis korelasi di antara Indeks Keselarasan Kerjaya dengan pencapaian akademik pelajar SKD menunjukkan faktor keselarasan kerjaya mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik (p < 0.05).

15 RINGKASAN, RUMUSAN DAN IMPLIKASI Kod Tiga Huruf Hollad bagi semua pelajar setiap program pengajian

Dapatan kajian ini telah dapat menyempurnakan tujuan pertama kajian dijalankan iaitu untuk mengenalpasti Kod Tiga Huruf Holland Kecenderungan Kerjaya program-program pengajian yang terdapat di Kolej Komuniti Bukit Beruang. Dengan menggunakan alat ujian xplorasi secara atas-talian, kajian ini telah berjaya memperolehi Kod Tiga Huruf Holland personaliti bagi program-program peringkat Sijil di Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka. Bagi Sijil Teknologi Elektrik (STE), di dapati personaliti yang paling dominan ialah Sosial, Realistik dan Enterprising (SRE) manakala berdasarkan Dictionary of Occupational Codes pula Kod Tiga Huruf bagi program STE ialah RSE. Bagi program Sijil Automotif (SAU) personaliti yang paling dominan ialah Sosial dan diikuti oleh Realistik dan Investigatif (SRI). Satu paten yang hampir sama dengan pelajar STE. Tetapi Kod Holland untuk SAU ialah RIE. Program Sijil Hotel dan Katering (SHK) mencatatkan personaliti yang paling dominan ialah Sosial dan diikuti oleh Konvensional dan Enterprising (SKE) manakala Kod Hollandnya ialah RSE. Mankala program Sijil Fesyen dan Pakaian (SFP) yang merekodkan personaliti yang kurang dominan iaitu Sosial dan diikuti dengan Konvensional dan Investigatif. Ini berbeza dengan Kod Holland SFP iaitu AEI. Pelajar SKD mencatatkan Kod tiga huruf yang paling hampir iaitu Sosial, Investigatif dan Artistik (SIA) manakala Kod yang dicadangkan Holland ialah ASI. Dapatan kajian di Kolej Komuniti Bukit Beruang ini hampir sama dengan kajian Ahmad Rosli (2009) di Politeknik Kota Melaka (PKM) yang mendapati pelajar Sijil Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (SKE), di dapati personaliti yang paling dominan ialah Sosial, Realistik dan Enterprising (SRE) manakala berdasarkan Dictionary of Occupational Codes pula Kod Tiga Huruf bagi program SKE ialah Realistik, Investigatif dan Enterprising (RIE). Bagi program Sijil Kejuruteraan Awam (SKA) personaliti yang paling dominan ialah Sosial dan diikuti oleh Artisitik dan Investigatif (SAI). Kod Holland untuk SKA pula ialah Investigatif, Sosial dan Realistik (ISR). Program Sijil Kejuruteraan Mekanikal (SKM) mencatatkan personaliti yang paling dominan ialah Realistik dan

16 diikuti oleh Sosial dan Konvensional (RSK) manakala Kod Hollandnya ialah Realistik. Sosial dan Enterprising (RSE). Ini menunjukkan ciri-ciri personaliti yang hampir sama antara pelajar-pelajar bidang teknikal PKM dan KKBBM yang kebanyakan mereka mencatatkan personaliti paling dominan dalam Sosial. Ianya boleh ditakrifkan sebagai personaliti yang agak berbeza dalam dunia kerjaya teknikal yang lebih berkecenderungan kepada realistik seperti yang disarankan dalam of Occupational Codes oleh Gotfredson, Holland dan Ogawa (1982). Namun begitu kita dapat lihat personaliti yang kedua dominasi bagi pelajar STE dan SAU ialah Realistik, ini bermaksud pelajar-pelajar ini tetap mempunyai kecenderungan yang bersesuaian dengan program kejuruteraan dan hospitaliti ini. Tetapi perkara ini agak ketara berlainan bagi pelajar SHK yang mencatat SKE berbanding personaliti yang dicadangkan iaitu RSE dan pelajar SFP yang mencatatkan SKI berbanding kod Holland AEI. Personaliti Realistik dan Artisitik langsung tiada dalam Kod Tiga Huruf mereka. Ini tidak bermakna mereka akan gagal menyesuaikan diri dengan dunia kerjaya mereka tetapi sesuatu perlu dilakukan oleh pihak berkenaan bagi memastikan semua pelajar ini dapat mengadaptasikan diri mereka dengan dunia kerjaya mereka atau pun mampu mengadaptasikan kerjaya ini dengan diri mereka agar tidak timbul tekanan yang melampau (burn out) kepada pelajar. Ini kerana menurut Holland (1973, 1985) ketidakselarasan akan berlaku apabila individu bekerja atau tinggal dalam persekitaran yang berlawanan dengan jenis personaliti. Ianya akan memberi kesan kepada tahap kepuasan kerja, pencapaian, produktiviti dan kestabilan diri individu tersebut. Namun begitu pelajar-pelajar Sijil Kecantikan dan Dandanan (SKD) menunjukkan Indeks Keselarasan yang baik antara Kecenderungan Kerjaya mereka dengan program pengajian yang diikuti. Mereka menunjukkan personaliti yang paling dominan dalam Sosial dan diikuti dengan Investigatif dan Artistik (SIA). Sementara Kod Tiga Huruf Holland yang dicadangkan ialah ASI. Keselarasan atau kongruen ini dikaitkan dengan tahap kepuasan bekerja yang tinggi, produktiviti yang meningkat dan kestabilan emosi yang baik untuk individu yang terbabit. Ianya adalah satu perkembangan yang sihat dan perlu diteruskan oleh pihak pengurusan kolej komuniti dalam memberi peluang kepada pelajarnya berada dalam bidang yang diminati dan sesuai dengan personaliti mereka.

17 Fenomena ini disokong oleh kajian longitudinal Gotfredson dan Holland (dlm. Sidek 2002) terhadap sekumpuln Juruwang Bank yang baru dilantik. Mereka telah menyimpulkan bahawa keselarasan individu-persekitaran mempunyai korelasi yang cukup kuat dengan kepuasan kerja terutama di kalangan sampel yang didefinasikan jelas dan homogenius. Begitu juga dengan kajian oleh Wiener dan Vaitenas (1977) terhadap pekerja daripada kumpulan jenis Enterprising (E) iaitu pekerjaan-pekerjaan dalam bidang pengurusan dan penjualan. Hasil analisis mendapati kumpulan pekerja yang mempunyai personaliti Enterprising kurang berkecenderungan untuk bertukar atau berhenti daripada kerjaya mereka berbanding dengan kumpulan yang mempunyai personaliti yang berlainan. Dapatan-dapatan ini secara tidak langsung menyokong saranan teoritikal Holland tentang pemilihan kerjaya dan kestabilan.

Keselarasan Kecenderungan Kerjaya dengan Program Pengajian Pelajar

Data daripada alat ukuran xplorasi atas talian digunakan untuk menentukan dan mendefinasikan Kod Tiga Huruf untuk persekitaran program pengajian yang dipilih di KKBBM. Ianya diproses secara automatik di akhir ujian dan keputusan Kod Tiga Huruf Holland akan dipaparkan pada keputusan akhir yang akan dicetak bagi tujuan rujukan. Manakala kajian Environmental Assessment Technique (EAT) pula menggunakan kaedah statistik deskriptif iaitu secara analisis kekerapan dan pemeratusan. Berdasarkan jumlah skor bagi enam jenis personaliti, tiga skor tertinggi menurut urutan merupakan kod persekitaran bagi sesuautu program pengajian. Seterusnya ia dibandingkan dengan Kod Tiga Huruf Holland yang dicadangkan bagi setiap persekitaran kerjaya oleh Gotfredson, Holland dan Ogawa (1982) dalam Dictionary of Occupational Codes. Hasil bandingan ini akan dinilai melalui Indek Keselarasan oleh Wiggins dan Moody (1981) untuk mendapatkan Indek Keselarasan. Hasilnya didapati bahawa pelajar Sijil Kecantikan dan Dandanan (SKD) dan Sijil Teknologi Elektrik sahaja yang mempunyai keselarasan antara kecenderungan kerjaya dan program pengajian mereka. Indek Keselarasan Wiggins dan Moody memberikan mata 5 hingga 8 sebagai tahap keselarasan yang baik. Para pelajar SKD mendapat IK 6 dan STE mendapat IK 5 dan boleh dikatakan hanya mencapai tahap minima sahaja dalam Indeks Keselarasan yang baik.

18 Hasil dapatan ini selaras dengan kajian oleh Norida et al. (2008) kepada pelajar program pengajian Kuasa Industri yang menunjukkan Indeks Keselarasannya adalah 5. Ini menunjukkan pelajar-pelajar dalam bidang ini mempunyai keselarasan antara kecenderungan kerjaya dengan progarm pengajian mereka. Begitu juga dengan kajian oleh Sabariah (1999), di mana beliau mendapati pelajar yang mengikuti pengajian Sarjaan Muda Kejuruteraan mempunyai Indeks Keselarasan 7 yang bermaksud selaras antara kecenderungan kerjaya dan persekitaran pengajian pelajar. Pelajar Sijil Hotel dan Katering (SHK) dan Sijil Automotif (SAU) KKBBM pula masing-masing mendapat Indeks Keselarasan 4 sahaja. Manakala pelajar Sijil Fesyen dan Pakaian hanya mendapat Indeks Keselarasan 3 sahaja iaitu paling lemah antara ketigatiga kursus. Ini bermaksud pelajar-pelajar di ketiga-tiga program ini tidak mempunyai keselarasan antara kecenderungan mereka dengan persekitaran program pengajian yang mereka ikuti. Dapatan kajian ini selaras dengan kajian oleh Norida Abdullah et al. (2008) pada pelajar di Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di UteM yang mendapati Indeks Keselarasan bagi program pengajian Kejuruteraan Komputer ialah 4, Industri Elektronik ialah 4 dan Telekomunikasi ialah 2. Dapatan kajian ini menunjukkan Indeks Keselarasan yang diperolehi oleh ketiga-tiga program adalah tidak selaras antara kecenderunga kerjaya pelajar dengan program pengajian yang diikuti oleh mereka. Namun begitu dapatan ini berbeza dengan dapatan yang diperolehi oleh Mohd Som (1996) yang mendapati Indeks Keselarasan bagi pelajar yang mengikuti program pengajian Kejurtraan Elektrik dan Elektronik di Sekolah Menegah Teknik di Malaysia adalah 5 iaitu selaras. Bagi kajian yang dilakukan oleh Othman (1999) adalah para pelajar yang mengikuti program Kejuruteraan di UPM pula mendapati Indeks Keselarasan pelajar program ini adalah 4.

Tahap kepuasan Penggunaan Ujian Xplorasi

Analisis tahap kepuasan menunjukkan majoriti pelajar mengatakan mereka sangat berpuas hati dengan penggunaan ujian secara atas-talian. Ianya dapat dilihat menerusi analisis tahap kepuasan yang dibuat dengan menggunakan min dan didapati min pelajar KKBBM adalah sebanyak 8.4 iaitu aras kepuasan yang tinggi dan 4 program pengajian

19 iaitu STE, SHK,SFP dan SKD melepasi min keseluruhan di mana SFP mencatatkan min yang paling tinggi. Sementara pelajar SAU mencatatkan min terendah namun begitu masih lagi merupakan peratusan yang tinggi untuk tahap kepuasan penggunaan.

Perbezaan Keselarasan Kerjaya antara antara pelajar lelaki dan perempuan

Kajian jelas menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara tahap keselarasan kerjaya antara pelajar lelaki dan wanita. Justeru itu boleh dikatakan permasalahan keselarasan antara darjah kongruen merupakan senario yang sama dirasai oleh pelajar lelaki atau pun perempuan.

Korelasi antara Keselarasan Kecenderungan Kerjaya dan Program Pengajian dengan Pencapaian Akademik

Kajian ini menggunakan Korelasi Pearson dan ia telah diproses menggunakan perisian SPSS ver.18.0. Hasil dapatan menunjukkan wujud hubungan positif yang signifikan antara keselarasan kerjaya-program pengajian dengan pencapaian akademik pelajar dalam semua program pengajian di Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka. Apa yang membezakan antara kelima-lima program ini hanyalah tahap korelasinya sahaja. SKD mencatat korelasi paling kuat pada iaitu r = .801, diikuti oleh SFP r = .737, STE r = .516, SHK r = .681 sementara paling rendah ialah SAU iaitu r = .454. Berdasarkan Cohen (dlm. Pallant 2007) nilai korelasi boleh diinterpritasikan seperti berikut r = .10 hingga .29 adalah hubungan lemah, r = .30 hingga .49 hubungan sederhana dan r = .50 hingga 1.0 hubungan yang kuat. Justeru itu boleh diinterpritasikan di sini, kesemua pelajar kursus ini memperlihatkan hubungan yang kuat antara kecenderungan kerjaya dengan pencapaian akademik melainkan pelajar SAU yang mempunyai hubungan yang sederhana. Dapatan kajian ini bersesuaian dengan pandangan Holland (1973;1985) yang berpendapat bahawa motivasi, kepuasan kerja, pencapaian, produktiviti dan kestabilan adalah bergantung kepada darjah keselarasan atau kongruens antara jenis personaliti dengan jenis persekitaran tempat individu tersebut bekerja. Konsep kongruens atau keselarasan mencadangkan bahawa semakin banyak persamaan yang yang wujud antara

20 jenis personaliti dengan jenis persekitaran mereka, semakin tinggi kestabilan, pencapaian dan kepuasan yang akan mereka alami. Pencapaian akademik adalah bergantung kepada darjah keselarasan atau kongruens individu-persekitaran, ketekalan personaliti dan perbezaan personaliti (Reuterfors et al. 1979). Banyak kajian lain juga menyokong pandangan Holland ini seperti kajian oleh Norida et al. (2008) yang menunjukkan bahawa pencapaian akademik pelajar dari semua fakulti di UteM kecuali Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik mempunyai hubungan dengan keselarasan personaliti-persekitaran kerjaya. Dapatan ini jelas menunjukkan bahawa pencapaian akademik pelajar yang ciri personaliti mereka selaras dengan persekitarn pendidikan tempat belajar akan memberi kesan kepada pencapaian akademik. Ini bermakna, semakin selaras ciri diri mereka dengan ciri persekitaran tempat mereka belajar akan membantu pencapaian akademik yang baik. Sidek Mohd Noah (1996) juga telah menjalankan kajiannya terhadap pelajar program Bacelor Kejuruteraan Pertanian, Bacelor Sains (Kepujian), Bacelor Pendidikan (TESL), Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling), Bacelor Sains Perniagaan Tani dan Bacelor Perakaunan, UPM, Serdang, untuk melihat hubungan antara keselarsan kerjaya dengan pencapaian akademik pelajar. Hasilnya didapati tiga program pengajian iaitu BP (TESL), BP (B&K) dan BSPT memperlihatkan hubungan yang positif yang signifikan antara keselarsan kerjaya dengan pencapaian akademik. Tiga program pengajian lain iaitu BKP, BS (K) dan BPA memperlihatkan hubungan yang positif tetapi tidak signifikan. Walau bagaimanapun hubungan positif yang signifikan antara keselarasan kerjaya (IK) dan pencapaian akademik (PA) telah diperoleh apabila analisis dibuat secara keseluruhan iaiatu subjek kajian tidak dipecahkan mengikut program pengajian masing-masing.

21 IMPLIKASI KAJIAN Implikasi Teoritikal

Di Malaysia, pengkajian berhubung dengan keselarasan kerjaya telah banyak dijalankan. Antaranya oleh Amir Awang (dlm. Sidek 2002), Amla Salleh (1984), Sidek Mohd Noah (1996), Haslee Shahril Lim (1992), Othman Jailani (1999) dan sebagainya. Kebanyakan kajian ini telah diasaskan kepada teori Pemilihan kerjaya Holland (Sidek 2002). Kajiankajian ini telah menghasilkan beberapa dapatan yang penting dan signifikan. Walau bagaimanapun, kebanyakan kajian yang dijalankan tidak begitu menyeluruh kerana beberapa kehadiran beberapa batasan. Sebagai contoh, Amir Awang (dlm Sidek 2002) dan Amla Salleh (1984) lebih menekankan pengkajian tentang kesahan dan kebolehpercayaan alat ukuran dan bukan keselarasan kerjaya. Begitu juga dengan pengkaji-pengkaji lain yang walaupun menumpukan kajian mereka kepada keselarasan kerjaya tetapi tidak mencakupi kesemua bidang kerjaya yang disarankan dalam teori Pemilihan Kerjaya Holland (Sidek Noah 2002). Manakala bagi kajian ini, menggunakan Ujian Kerjaya Xplorasi yang dibina oleh Prof. Datin Dr. Amla Salleh dari Fakulti Pendidikan, UKM yang berasaskan ujian SDS sebagai alat ukur kecenderunga kerjaya dan ianya dijawab secara atas talian. Kajian yang dijalankan juga mencakupi semua bidang pengajian di Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka. Dapatan kajian ini, secara teori, telah menyokong teori kerjaya yang dikemukakan oleh Holland (1973;1985). Beliau menyarankan idea mengenai kewujudan ciri-ciri kecenderungan kerjaya dan persekitaran-persekitaran tertentu yang dikelaskan olehnya sebagai Realistik (R), Investigatif (I), Artisitik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan Conventional (C) atau Konvensional (K) dalam bahasa Melayu. Bagi pelajar program Sijil Teknologi Elektrik (STE) ciri kecenderungan kerjaya persekitarannya ialah Sosial, Realistik dan Konvensional, begitu juga dengan pelajar Sijil Automotif, manakala pelajar Sijil Hotel dan Katering mencatatkan personaliti Sosial, Konvensional dan Enterprising sementara pelajar Sijil Fesyen dan Pakaian memperlihatkan kecenderungan kerjaya Artistik, Sosial dan Konvensional. Namun dapatan kajian ini agak kurang menyokong konsep keselarasan kecenderungan kerjaya dan persekitaarn yang disarankan oleh Holland (1973;1985) yang

22 mengatakan bahawa individu yang mempunyai yang mempunyai kecenderungan kerjaya yang sama atau seakan-akan sama akan memilih persekitarn yang sama atau seakan-akan sama dengan kecenderungan kerjaya mereka. Ini memandangkan beberapa progarm pengajian seperti SAU, SFP dan SHK mempunyai Kod Tiga Huruf yang berlainan dengan apa yang dicadangkan oleh Dictionary of Occupational Codes (Gotfredson, Holland dan Ogawa 1982). Hanya pelajar SKD dan STE sahaja yang mempunyai keselarasan yang tinggi antara kedua-dua pembolehubah di mana personaliti yang dominan adalah sama dengan apa yang dicadangkan oleh Teori Holland Cuma kedudukan susunan huruf sedikit berbeza. Walaupun begitu ia tetap memberikan gambaran bahawa keselarasan

kecenderungan kerjaya-persekitaran amat penting apabila kita melihat hasil korelasi yang diperoleh antara keselarasan kecenderungan kerjaya-persekitaran kerjaya dengan pencapaian akademik pelajar. Ianya memperlihatkan hubungan positif yang sungguh kuat antara kedua-duanya pada semua program pengajian. Ini bertepatan dengan saranan Holland (1973;1985) yang mengatakan individu yang kongruen kecenderungan kerjayapersekitaran akan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk berjaya dan menghasilkan pencapaian yang baik.

Implikasi Praktikal

Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu menambahkan dan memantapkan pengetahuan dalam bidang kaunseling terutama apabila mengkaji tentang Kaunseling Kerjaya dan impaknya kepada prestasi akademik atau kepuasan kerja. Kajian ini juga memperlihatkan satu inovasi Kaunseling Kerjaya dalam ICT dan ianya diterima baik oleh majoriti pelajar yang menggunakannya. Kita juga boleh melihat masalah keselarasan kerjaya secara lebih menyeluruh tanpa melihat dari aspek jantina bagi memantapkan lagi lulusan pelajar kolej komuniti. Banyak perkara boleh dilakukan oleh Bahagian Pengurusan Kolej Komuniti bagi menangani permasalahan yang telah dirungkaikan oleh kajian ini seperti mengadakan aktiviti bercorak akademik atau kokurikulum yang dapat membantu pelajar

menyesuaikan diri dan menggunakan keseluruhan potensi diri untuk memenuhi keperluan

23 dan kehendak bidang pengajian yang berkenaan. Manakala penubuhan Pusat Perkhidmatan dan Kerjaya khas juga dicadangkan untuk membantu pelajar memahami diri dan mengatasi masalah yang dihadapi terutama dalam konflik pemilihan kerjaya. Akhir sekali pengkaji ingin mengesyorkan agar diadakan ujian personaliti atas-talian sebagai satu mekanisme pengambilan pelajar untuk semua calon yang ingin memasuki program-program pengajian di kolej komuniti supaya mereka boleh berada di dalam bidang pengkhususan yang sesuai dengan kecenderungan kerjaya mereka.

CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA

Kajian ini dijalankan ke atas seramai 160 orang pelajar di Kolej Komuniti Bukit Beruang, melaka sahaja. Hasil kajian mungkin akan dapat menjadi lebih baik sekiranya lebih banyak sampel kajian digunakan. Kajian ini juga tidak mengambil kira faktor status sosioekonomi dan sebab pemilihan program oleh pelajar. Faktor-faktor ini mungkin juga boleh mempengaruhi faktor pencapaian akademik atau pemilihan program pengajian. Mungkin jika faktorfaktor ini diambil kira, kajian ini akan menjadi lebih menyeluruh. Kajian yang dijalankan juga terbatas kepada pelajar semester 4, peringkat

pengajian sijil Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka sahaja. Oleh itu suatu generalisasi dapatan kajian mungkin tidak boleh dilakukan terhadap semua kolej komuniti di Malaysia. Oleh itu kajian yang lebih menyeluruh terhadap tahap keselarasan kecenderungan kerjaya dan program pengajian pelajar perlu diadakan untuk dapatan yang lebih baik. Kajian ini juga tidak sepenuhnya dapat membuktikan pelajar yang mempunyai kecenderungan yang sama atau seakan-akan sama lebih cenderung untuk berada dalam persekitaran yang sama atau seakan-akan sama. Kajian yang seterusnya mungkin berdasarkan kajian ini, boleh melihat dan mendalami mengapa pelajar memilih program yang tidak selaras dengan kecenderungan kerjaya mereka dan apakah masalah yang mungkin timbul daripadanya. Justeru itu, langkah-langkah yang terbaik dapat digerakkan bagi membantu pelajar-pelajar sebegini yang kadang kala seolah-olah terperangkap dalam dunia kerjaya yang tidak sesuai dengan jiwa mereka.

24 Kajian-kajian lain juga boleh dilakukan sebagai kesinambungan daripada kajian ini seperti kajian hubungan antara kepuasan belajar dan pencapaian akademik, hubungan antara ciri-ciri personaliti dengan pencapaian akademik dan mengkaji perbezaan pencapaian akademik antara pelajar yang selaras dan tak selaras kecenderungan kerjaya dan bidang pengajian. Ketiga-tiga persoalan ini tidak dikupas dalam kajian ini. Justeru amatlah besar manfaatnya kepada para pelajar jika tiga isu ini dikaji dan dikenalpasti puncanya. Ianya juga boleh membantu Kementerian Pengajian Tinggi untuk

mengenalpasti suatu program dan perancangan untuk meningkatkan mutu pengajian di semua kolej komuniti di seluruh negara. Di samping itu ia juga boleh memberi kesedaran kepada keluarga pelajar agar tidak memilih program pengajian untuk anak-anak mereka mengikut selera mereka tanpa memberi peluang kepada anak mereka untuk berada di dalam alam kerjaya yang selaras dengan kecenderungan kerjaya mereka.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya beberapa kesimpulan boleh didapati dari kajian ini :

i.

Kajian tentang Kod Tiga Huruf Holland pada para pelajar di Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka menunjukkkan memang terdapat Kod tiga Huruf yang tersendiri pada setiap program pengajian.

ii.

Keselarasan antara kecenderungan kerjaya dengan program pengajian pelajar di Kolej Komuniti Bukit Beruang telah dikenalpasti di mana kajian menunjukkan ada di kalangan pelajar yang selaras dan ada yang tidak selaras antara kecenderungan kerjaya dengan program pengajian mereka.

iii.

Para pelajar KKBBM berpuas hati dengan penggunaan ujian atas-talian Xplorasi bagi melihat Personaliti Kerjaya mereka

iv.

Tidak wujud perbezaan dari segi tahap keselarasan kerjaya antara pelajar lelaki dan pelajar perempaun. Justeru itu ia boleh dianggap masalah yang sama dihadapi oleh semua jantina.

25 v. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik dengan keselarasan kecenderungan kerjaya dalam semua program pengajian.

Kajian ini telah dapat menghasilkan maklumat yang bernilai tentang keselarasan kecenderungan kerjaya dan program pengajian serta hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar. Kajian ini akan menjadi lebih bermakna jika disokong oleh kajiankajian akan datang yang telah dicadangkan.

26 RUJUKAN

Ahmad Rosli. 2009. Keselarasan Kecenderungan Kerjaya ddengan Program Pengajian Pelajar di Politeknik Kota Melaka. Universiti Kebangsaan Malaysia : Tesis Sarjana Ahmad Rozelan & Othman Aman. 2005. Keselarasan Personaliti dengan Persekitaran Pendidikan : Satu tinjauan perbandingan antara dua buah IPTA di kalangan pelajar jurusan kejuruteraan, Prosiding Seminar Akademik IPTK, KUTKM Alias Baba. 1999. Statistik Penyelidikan dalam Pendidikan dan Sains Sosial. Bangi: Penerbit UKM Amir Awang. 1984. Pengantar Bimbingan dan Kaunseling. Pulau Pinang : Penerbit USM Amla Salleh. 2008. Penilaian Dalam Kaunseling: Untuk Kaunselor dan Profesional Membantu. Manuskrip Buku DBP Amla Salleh. 1984. An investigation of the reliability, validity and translation of Hollands SDS for utilization by a Malaysian population. Universiti Western Michigan :Tesis PhD Amla Salleh, Zuria Amat & Salleh Majid. 2006. Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. Bangi: Penerbit UKM Astin, A.W & Holland, J.L. 1961. The Environmental Assesment Technique: A way to measure college envirnment. Journal of Educational Psychology 31: 308-316 Brighton, J.A. 2008. Industry-Education collaboration for sustainable workforce

development Meeting s the challenge. Industry Dialogue Report 2008. KPTM Cates, W.M. (1985). A Practical Guide to Education Research. 1st Ed. Englewood Cliffs, N.Y: Prentice - Hall. Chua Yan Piaw (2006). Kaedah Penyelidikan. K.Lumpur : McGraw-Hill Gotfredson, G.D, Holland, J.L & Ogawa, D.K. 1982. Dictionary of Occupational Codes CA: Consulting Psychologist Press Gysbers, N.C., Hepnner, M.J. and Johnston, J.A .2003. Career Counselling: Process, Issues and Techniques. Boston: Allyn & Bacon

27 Haslee Shahrill Lim. 1991. The compatibility of trade students personality and their respective trade training environment: an application of Hollands Theory in Negeri Sembilan Vocational School. Universiti Putra Malaysia: Tesis Sarjana Holland, J.L. .1973. Making Vokational Choices: A theory of Careers. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall Holland, J.L. .1985. A Theory of Vocational Personality and Work Environment. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall Holland, J.L. 1989. The Occupation Finder. Odessa. Florida: Psycological Assessment Resources Inc. Holland, J.L. .1996. Making Vocational Choice: A Theory of Vocational Personality Personality and work Environment. Odessa. Florida: Psycological Assessment Resources Inc. Kamus Dewan. 1999. Kuala Lumpur:DBP KPTM. 2009. Fakta Ringkas JPPKK. Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Mastura Mahfar. 2004. Hubungan antara pencapaian akademik dan darjah kongruen personaliti persekitaran di kalangan pelajar UTM. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana. Mastura Mahfar, Ishak Mad Shah & Hamdan Abd Kadir. 2008. Kekongruenan personaliti-persekitaran dan hubungan dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar. Jurnal Kemanusiaan 12: 23-32 McKenzie, K. & Schweitzer, R. 2001. Who succeeds at university? Factors predicting academic performance in first year Australian university students. Higher Education Research & Development. 20: 21-33. Mohd Majid Konting. 2005. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : DBP

Mohd Najib Abdul Ghafar. 2003. Rekabentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai: Penerbit UTM Mohd Som Abd Hamid. 1996. Keselarasan personaliti-persekitaran dan hubungannya dengan kepuasan belajar di kalangan pelajar sekolah menengah teknik. Universiti Putra Malaysia: Tesis Sarjana

28 Norida Abdullah, Ahmad Rozelan & Hafzan Ariffin. 2008. Keselarasan Personaliti dengan program pengajian dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar. Jurnal PERKAMA 14 : 23 54 Pallant, J.. 2007. SPSS: Survival Manual. New York: McGraw Hill Education Reuterfors, D.L., Shcneider L.J & Overton, T.D. 1979. Academic Achievement: An Examination of Hollands Congruency, Consistency and Differentiation Prediction. Journal of Vocational Behavior 14: 181 189 Sabariah Siron. 1995. Keselarasan personaliti persekitaran Holland dan hubungannya dengan kepuasan belajar dan pencapaian akademik di kalangan pelajar universiti. Universiti Putra Malaysia: Tesis Sarjana Sidek Mohd Noah. 2000. Rekabentuk Penyelidikan, Falsafah, Teori dan Praktis. Serdang: Percetakan FPP Sidek Mohd Noah .2002. Perkembangan Kerjaya : Teori dan Praktis. Serdang : Penerbit UPM Tan Ah Hui (2003). Kekongruenan personaliti-persekitaran dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar fakulti pendidikan, UTM. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana. Wiggins, J.D and Moody, A. 1981. Compatibility Index Discriptor. DE: Training Associates Ltd.

You might also like